Adam seksi!!

Ade sorang budak depan rumah aku ni.
Anak jiran la. Kecik lagi.
Umur dalam 4 tahun kot.
Peramah budaknya.
Kalau aku keluar bukak gate je,
"Hai kak Rajeyy!"


Ye, dia panggil aku "kak RAJEYY".
Aku rasa mungkin sebab jiran sebelah rumah dia tu kap-lam-ya-nga.
So nama aku RAJIAH pon boleh jadi RAJEY. T_T
okay itu tak pe lagi.


Bila hubby balik kerja,
budak tu mesti duk lambai-lambai hubby.
Kadang-kadang dia tegur hubby,
"Kak Rajeyy baru balik kerja?"

Hubby pon dia panggil 'kak Rajeyy' rupanya!
Haihhh budak.. budak.. -___-"


Part yang paling best,
masa kitorang nak keluar semalam, budak tu tengah nyanyi-nyanyi.
Kitorang tak berapa pikap la pulak lagu ape yang dia nyanyi.
Sampai la dia datang dekat sikit, ni yang aku dengar..

Adam seksi! 
Adam seksi!
Bergabung!
Meletop!


keh keh kehh..

Perangai dia dah maiiii dahhhh.. =P

Jam dah tunjuk pukul 12:30 malam.
Aku tengok hubby pon dah terlelap.
Nak kejutkan, kesian pulak.


Okay takpelah. Biskut kan ada.
Aku bangun.
Tetiba...


Hubby: Kenapa sayang?
Aku: erkk..errr... laparrr..
Hubby: Alahai siannya.. Sayang nak makan ape?
Aku: Ermmm..takpelah..
Hubby: Cakap la. Abang pi carik.
Aku: Burger ayam special. Cheese and mayo lebih. Eh double boleh tak?
Hubby: *gelak* Whatever u want, sayang. Abang kuar jap eh.
Aku: Okayyy *bersinar mata*


Tengah-tengah malam buta tu, hubby merempit cari burger.
And finally, hasil tangkapan hubby untuk isteri terchenta... =')


Jangan ada yang jilat screen komputer masing-masing.


First & second bites, sebelum tamat riwayat sebijik burger. 

Malam tadi, aku tidur lebih lena daripada biasa! HAHA
Hubby, thank you!!!

He's chosen to be Allah's guest.. Alhamdulillah..

Almost a week tak update belog rasa geli-gelisah semacam je.
Bila dah boleh online balik, otak terlalu tepu pulak.
Tak tau nak update mana satu dulu. =P


When i was away, 
ramai gak yang tanya pasal pregnancy update.
Haihhh..awal-awal ni takde ape sangat yang obvious.
Kerana setiap masa ialah MAKAN MAKAN MAKAN MAKAN.
Yang paling kelakar, bila adik-adik aku duk raba-raba perut aku.
Bajet dapat rasa 'tendangan' baby la tu.
tapi eh hellooo!! Baru dua bulan la! -___-"




So takmo citer pasal pregnancy.
Aku nak citer pasal 'hari sebak' semalam.
Semalam, before i left to Penang, aku join rombongan hantar orang nak pi umrah.
I repeat, bukan join rombongan nak pi umrah, TAPI JOIN ROMBONGAN NAK HANTAR ORANG NAK PI UMRAH. Paham?



 Paling sebak sebab, budak tecik yang manja ni yang nak pi umrah.
Hmmm..untung Rujhan (adik bongsu aku) sebab dah dijemput sebagai tetamu Allah dalam usia yang muda. Alhamdulillah.. Kakngah tumpang gembira ya, sayang..


Because he got 5As in UPSR last year,
Daddy asked him,"Nak hadiah ape?"
Terus dia jawab,"Jahan nak pi Mekah."
Kitorang semua terkejut and tak sangka dia betul-betul serious nak pi Mekah. =') Aku umur 12 tahun dulu pon tak de kesedaran lagi nak pi Mekah. T_T



Dan semalam, he left to Mekah. Tercapailah impian dia. InsyaAllah.




Rujhan pergi together dengan Atok & Nenek.




Since diorang terus landing kat Jeddah, diorang kena pakai ihram terus dari airport.
So sampai Mekah, terus buat 'tawaf selamat datang'.





Aku paling tak tahan bila tetiba Rujhan cakap,
"Jahan taktau kenapa tetiba Jahan sedih sangat hari ni..." 
Dia banyak termenung je masa kat airport. =(


Okay bawah ni citer off-topic sikit.
Bila jumpa perempuan ni, memang gosipppp manjang la.


 Along's wifey la sape lagi.. hihi..

Kitorang kan sama-sama preggy. hihi..

Pastu nak bergosip pon pasal pregnancyyyy je. hihi..




Pastu dengan selamber pi balun mee goreng yang Mama bekalkan untuk Rujhan.
Licinnnnn wehhhh..
Eh,sebenarnya Kaklong yang habiskan. 
Aku makan sikit je. LALALALA~



Lepas tu mintak Mama belanja eskrem pulakkkk!
Sopan sangat lah perangai kau tu.
Padan la belum dijemput jadi tetamu Allah.. T_T


Untuk Rujhan, Kakngah's so proud of u.
Hopefully, Rujhan jaga diri baik-baik kat sana.
Jangan lupa doakan kami kat sini..


Doktor paling biadap

Ni kejadian masa aku pi buat buku merah tu.
Rasa nak terajang je doktor tu laju-laju.
Padahal selama ni profession doktor ni la yang paling aku kagum.


Kau bayangkan, ziarah orang sakit pon dah dapat pahala,
inikan pulak doktor yang tugasnya merawat penyakit orang.
Berlipatganda la pahala tu kan.. Syabas doktor! 


Tapi doktor cha-ya-nun-alip yang aku jumpa last week tu, lain macam sikit.
Biadap.
Kurang ajar.
Otak kat kaki.
Semua lah!
Jarang jumpa doktor pompuan perangai camni.


KeBIADAPan beliau terserlah masa dia check buku merah aku tu.



Dia argue pasal column "Tahap Pendidikan" tu.

Doktor: How old are u?
Aku: 23.
Doktor: *Jeling kat nurse dia sambil gelak sindir* U tot i'll believe this ah?? U're juz 23 and u're doing PhD?
Aku: *sentap* Why? But i'm still in the 1st year. 
Doktor: heheheh..impossible!
Aku: Nah *tunjuk kad pelajar*


Doktor: How can u finish ur study so fast? *tetap taknak percaya*
Aku: Belom habis lagi. Baru first year!
Doktor: U pakai kabel kan?
Aku: *shit lah kau ni* Nope.


Aku wonder ape yang memelikkan sangat doktor tu??
Sambil muka tak puas hati, dia check blood pressure aku.
Conteng-conteng dalam buku merah aku. 
Ape ntah yang dia isi. Malas aku nak amik tau.
Sambil dia tulis-tulis tu, aku try la tanya dia pape soalan.
First pregnancy kan. Mesti la banyak bende aku nak tau.


Aku: Dr, nanti i've to attend a course kat Bukit Jalil. So i've to travel for about 4 hours. Is it ok?
Doktor: Bahahahaha!!!! U orang pertama yang tanya i soalan bodoh macam ni!
Aku: *sentap lagi*
Doctor: Of course lah boleh! U pergi naik kereta, bukan naik kuda kannn.
Aku: *cehhh lawak sangat la tu!*
Doctor: Better u risau pasal aktiviti lasak. Such as having sex ke.. Ha itu lagi bahaya kan?? HAHAHAH *gelak lagi*
Aku: Sebelom ni i pernah tanya doktor kat klinik swasta. And she answered me properly! She said, travelling can be dangerous kalau rahim tak kuat.
Doctor: *terdiam* If that case, u kena lapik pillow la okay.
Aku: Can i leave now?
Doctor: oh sure-sure.
*aku sengaja hempas pintu kuat-kuat lepas keluar*


So ape pendapat korang?
Layak ke orang camni jadi doktor??
Aku rasa doctor cha-ya-nun-alip tu racist la.
Padahal sebelum tu aku ade pergi klinik swasta, baikkkkk je doktor kat klinik tu layan semua soalan aku. Soalan remeh pon dia layan.
Bcoz she knew this is my first time. Consider la sikit kan.


On the way home, aku story kat hubby.
Dia pon hanginnnnn je.


Demi Allah aku tak mereka-reka cerita ni. 
Jauh sekali nak benci para doktor sekalian. 
In fact, dalam hidup ni kita memang memerlukan doktor kan. 
Tapi seorang doktor tu kena la ada moral yang tinggi jugak bcoz diorang ni berurusan dengan nyawa orang lain.
Tuhan jadikan kau seorang doktor untuk berjasa kepada masyarakat.


Sekian entry emo giler!


6 weeks plus.. =)

Biasala first pregnancy, 
bila online, mesti nak browse pasal pregnancy je..
Kalau boleh nak bookmark semua website pregnancy.
Tak cukup dengan info-info dalam folder kat desktop, siap print out lagi.
Nak bawak tidur gamaknya.
Tak cukup dengan print out, siap heret si suami pi kedai buku,
nak cari buku pregnancy katanya.
Macam banyak sangat je masa kau nak baca buku tu!


Hmmm aku cakap pasal diri sendiri sebenarnya.. -___-"
Yang duk sibuk-sibuk sangat tu, kau mengandung dah berapa bulan?
Eh heheh baru se..bulan lebih..ehh hehehe.. T_T


Tapi hari-hari aku excited bila baca pregnancy calendar aku. hihi.
Kalau ikutkan, hari ni (17th March):
"Moms may be experiencing mood swings or irritability."


Tapi hari ni aku tak rasa pape ponnn.. Rilekkk je dari tadi asyik mengunyah. =P
Tapi tu kan prediction je.. 
Alhamdulillah takde mood swings setakat ni. =)

And kalau ikut calendar tu jugak, Ahad depan cukup la 2 bulan!
"Baby's fingers and toes are present, although they may still be webbed."
Yoohooo!


Aku ade google pasal baby's evolution.
Ni yang dijumpain.

So aku sekarang, antara 6 & 7 weeks tu la.. 
teeheeee ^-^


That's moon ring lah! Notty betul!

Last nite, the moon was so bright.
Maybe sebab baru pas hujan kot.
So bulan lebih visible la kan. =P


Lebih kurang pukul 1 pagi, kitorang sampai rumah.
Lepas puas round satu Penang cari kerang bakar.


Tetiba, hubby pointed to the sky,
"Eh, tengok tu! Bulan ade areola lah!"


Aku dongak ke langit,
"Areola??? eishh... itu moon ring lah!"


 Hubby terus terbahak-bahak,"hahahaha...".


"Mengada-ngadalah abang nih!" ;)


Hopefully takdelah jiran dengar kitorang mengilai-ngilai kat luar rumah semalam.

I believe most women tau kot areola tu ape. Hihihi..
Kepada yang taktau, hangpa pi google sendiri.


hint...


p/s: Kalau moon ring tu ialah areola, abeh bulan kat tengah-tengah tu ape ek? ;)

Video ni buat aku tak kelip mata walau sesaat!

Cer tengok video ni dari awal sampai habis.
U'll be amazed!!!




First & last person to know..

To know about my pregnancy la ye.
Selain dari aku and hubby yang first tau pasal pregnancy ni (ofcoz la),
there's another person yang tau paling awal and it wasn't my parents.


It was Rizzy (adik aku).




Aku TERRRbagitau dia accidentally masa tengah argue bila nak balik Shah Alam sama-sama. =P



And as expected, Rizzy terus call aku, terpekik-terlolong-overexcited. 
Paling takleh blah, dia boleh tanya WEIII BOY KE GIRL?? haha
Baru 6 weeks kottt.. Cuping telinga pon tak nampak lagi.. T_T

 Then lepas dia tau aku & Kaklong sama-sama dah berisi,
I received an SMS from Rizzy.
 =')

 Heheh..thanks dik..


And yang paling last tahu (dalam family) was Raidoo..
Loser giler kau wehhh..


Once dia tau je, terus buat kira-kira bila baby nak keluar.. haha


Eksaited terlebih sebab anak-anak buah dia bakal lahir November macam dia. =P

Pape pon adik-adik sekalian, doakan kakngah kamu ni selalu ye.. =)

Rezeki double wedding..

Aku and Along (abang aku) memang rapat sangat since kecik.


In fact, bila dah besar, we decided to kawen serentak.


Lepas kawen, kitorang berempat jadi makin rapat.
Sama-sama berdoa agar dikurniakan cahaya mata.


Lepas 8 bulan kawen, aku disahkan pregnen.
I called up Mama to surprised her.


Aku: Mama, thank u tolong doakan ye.
Mama: Haa? kenape?
Aku: I'm pregnant.
Mama: Alhamdulillah.
Aku: Ermm.. Mama dont tell Along first ye. Let me let him know later.
Mama: *tahan gelak*
Aku: Kenapa Mama nak gelak??
Mama: Rajiah & Rashid ni memangggggg rapat betul lah! Mama pon tak faham.
Aku: Ape Mama cakap nih?
Mama: Along just called me up bagitau good news jugak.
Aku: Whatttt??? Really?? Aiyooo..serentak lagi ke?
Mama: hahahaha


A few minutes later, aku terus call Along & Kaklong.
We were like terpekik-terlolong-terjerit-terlompat happyyyyy giler okayyy.
Memang 'sebaya' pulak kandungan kitorang. =')
Memang unexpected bila rezeki datang berganda kan?
Dah la diorang pon mintak Mama rahsiakan good news diorang daripada aku.
Last-last dua-dua kantoi pregnant rupanya! haha


Mula la aku berangan.
Last year dah double wedding.
This year, double mengandung.
Double beranak.
Double berpantang.
Double aqiqah.
Double mother's day. haha
And obviously, semua ni betul-betul make us getting closer!




Recently, aku dapat mesej from Kaklong (Along's wifey).
Rupanya dia pon tengah berangan benda yang sama!!


***
Sebenarnya..sebenarnya..sebenarnyaa...
akk tgh berangan2..

1) asyik terbayang2 jer dpt bersalin pada hari yg sama..hihihi..mesti sgt2 besttt..pastue bile org tanye boleh lah ckp i dpt ank kembar..dua skali..hihi..

2) pastue berangan nak dpt bilik bersalin yg sama..pastue along ngan fify pon ade skali bagi support kat kita..hahaha..ok fify sibuk2 tgkap gambar kita tgh nak bersalin..along pulak tgh terjerit2 ckp pussssshhhh kat kita..hihihi..(waaa rasa tersangat indah..bersalin pon secara berjemaah)

3) pastue mesti kita sama2 jadi pelahap..makan mesti nak byk..pastue yg bestnyer tak sabar nak amik gambar sama2 kngah bila perot dah besarrrr nanti..pastue kita boleh lah beza2kan sape lagi gemoookkkk...hahaha..

4)confrm2 kita akn pantang same2..xsabar gak nak amik gambar mase pantang..hikhikhik..kita tgk muka sape paling 'berseri' nanti..

5)pastue cukur jambul pon sesama..bolehlah save budget..hikhikhik..ok tema pon kene sama..baju baby and baju kita berempat mestilah kene sama..barulah grant..

6)pastuekan pastuekan bila baby dah lahir hari yg sama, mesti diorang pon sambut birthday pon sama2..awesomeeeeee...

waaaaaaaa..sgt bersyukur..byk lagi nak ngomel..tapi mcm overlah sgt..takut nanti kakngah ckp akk nie excited bebenor..(tapi sbnrnyer mmg tgh excited pongggg)...

bila pikir2 balik, Allah tue sgt hebatkan..DIA pon Maha Adil..bersyukur sgt..DIA tahu ape yg terbaik utk kita..tgk baby kita lahir bln 11 tahun 2011..patutlah Allah uji kita dulu..rupe2 nyer DIA nak kasi kita yg lagi indah, dpt pregnant sama2..dpt kongsi kegembiraan sama2..insyaAllah dpt memahami kesusahan dan kesenangan sama2..akk doakan yg terbaik utk kita semua..jika yg terbaik itu menguji kesabaran kita mintak2 Allah akan slalu membantu..

SELAMAT MENJADI IBU, kngah..semoga segalanya dipermudahkan..
***

Congratulations to both of u too, Along & Kaklong! I love u both!


p/s: Ni la another good news yang aku nak bagitau tu.. 
Our double wedding finally means double sustenance for us.. Alhamdulillahhh..

Tsunami terhebat selepas 140 tahunnnnn!! :O

TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.


Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air. 


Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.


Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.


Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters  


p/s: Doakan supaya gempa bumi tu tak merebak ke negara-negara berdekatan termasuklah Malaysia..

Uikss..buku ape tuuuuu.... ;)


 ;D

'swimmers' sesat.. ;)


Plawok! Plawok! Plawok! ;D


Engagement Day.. ape rase ek??

Dari semalam aku tengok jiran depan rumah ni berting-tang-ting-tang.
Riuh dan sibuk!
Seluruh kaum kerabat dia berkampung kat rumah depan nih.
Maklom la..nak buat majlis pertunangan anaknya. =)
Nak masak-masak lagi.. Set up khemah lagi..
Nak siapkan hantaran..
Door gift lagi..
Banyaknyaaaaa nak kena buattt!


Tetiba bila aku tengok suasana camtu, aku teringat masa zaman aku bertunang dulu.
 Aku ada sebulan je untuk persiapan pertunangan.
Diorang merisik 10/5/2009.
Set tarikh bertunang 14/6/2009.
Sebulan je weiiii..
Tergopoh gapah habis.



Print benda ni atas kertas biasa je sebelum edarkan.
Dah tak sempat nak book invitation card segala.


Kena lapangkan rumah so that boleh occupy semua orang nak datang.
Walaupon ade khemah kat luar, tapi kau kena paham semua orang nak tengok upacara menyarung cincin tu okayyyy T_T


 Rumah berjaya dilapangkan. Perabot-perabot semua tumpang rumah jiran T_T



And kau as a bride, mestilah paling happy gaban hari tu.
Pukul 9 pagi dah start bermekap, padahal majlis pukul 12 kang.
Siap panggil fotografer naik atas, capture moment-moment bermekap. pfft.



 Bab baju jugak kau paling kerek nak baju songket tenun melayu segala.
Siap ekseseri ek'eleh segala.
Terpaksa orang-orang sekeliling dikerah mencari kelengkapan beta. 
Mesti diorang macam, WEI JIJI KAU NI BARU BERTUNANG JE KOTTT.
DCAWKEGFNNBERMHUYDN!!




Tiba la saat disarung cincin. 
Hati kau macam, WAH WAH AKU DAH BERTUNANGGG
Dengan tak sedar diri terus menganggap mak tunang sebagai MOTHER IN LAW.


 Senyummm sampaiii nakkk terkoyakkkk muluttt!!

 Dan membahasakan diri MAKLANG kepada anak-anak buah si tunang.
POYOOOOOO



Selesai majlis pertunangan tu, terus call si tunang dan cakap,
HELLO TUNANG! (dengan nada eksaited haha)
Sejak hari pertama bertunang, sampai hari ke berapa ratus tah,
Asik duk menayang cincin tunang sambil melalak-lalak,
WEIIII AKU DAH BERTUNANG WEIII...


Agak menjengkelkan jugak perangai aku ni rupanya.
Lepas dah berkahwin ni, bila flashback masa bertunang,
baru sedar pertunangan tu is nothing sebenarnya.
Jauhhh lagi kalau dibandingkan dengan kahwin. -__-"
Tapi at least aku pernah merasai detik itu.


No wonder la ada sorang pakcik pernah pesan kat aku..
"Jangan berhabis sangat masa bertunang. Sebab bertunang mungkin boleh jadi dua tiga kali seumur hidup. Berkahwin nanti baru sungguh-sungguh. Sebab kawen sepatutnya hanya sekali seumur hidup."
Masa tu aku carut-carut je dalam hati kat pakcik tu.
Tapi sekarang aku realize, BETULLL SANGAT yang pakcik tu cakap.


p/s: Selamat Bertunang kepada kawan-kawan yang baru bergelar tunangan orang.. 
Selamat berdarah manissss..=)