Showing posts with label Momma. Show all posts
Showing posts with label Momma. Show all posts

Hari lahir Mama yang kelima puluh tujuh.

Lepas majlis bertandang Ateh ngan Pali kat Sungai Buluh tu,
kitorang terus rush ke Shah Alam untuk celebrate birthday mama.
Itu pon kitorang sampai lambat.
Diorang dah makan dulu. T___T

Tapi takpe. Asalkan makanan belum habis. Itu paling penting. ;D

Buat kesekian kalinya, aku lunch dua kali pada hari tersebut.
Kat kenduri rumah Pali makan nasi minyak 2 kali tambah. 
Maklum lah duduk meja VIP kan. Kena bijak mengambil peluang kahkah.

Pastu kat Shah Alam, pergi Asiari SACC untuk celebrate birthday mama. 
MAKAN LAGI!
Tapi tak ingat pulak berapa kali tambah.
Tapi macam lagi banyak dari kat rumah Pali. -..-

Ada dua jenis je manusia yang perangai kuat makan camni.
Bela jin,
 atau kau lah jin itu.
-_____-

Yang tudung biru tu la birthday girl nya.
Kecik je orangnya. Dah kata girl. ;D

Birthday mama kali ni tak sempat nak plan apa-apa sangat.
Semua orang macam sibuk dengan banyak hal.
Termasuk la birthday girl tu pon. 
Sibuk uruskan anak dia (Adan) yang straight As SPM tu kan.
Mentang-mentang shortlisted untuk scholarship Bank Negara dan Petronas.
So mama asyik sibuk dengan Adannnn je la sekarang. *nada dengki*

Yang baju purple tu lah anak kesayangan mama buat masa ni.
SPM 7A+ & 2A punya pasal. Terus anak-anak lain jadi anak angkat. ;D
Tahniah la Adan. Amik la mama tu amik laaa.
Buat la macam mama awak sorang.
-_______-


 
So sepanjang hari tu kitorang just pergi makan-makan pastu berkumpul ramai-ramai kat rumah mama.
Mama pun happy sangat anak cucu semua balik untuk birthday dia.
Eh ke dia happy sebab Adan straight As? *tak habis-habis*
T________T
 

Dua orang ni kan.
Dah pandai berborak. Apa yang diborakkan pun tak tahu.
Tapi gaya macam seriusss je. 

"Haikal, kau tahu tak dragon ball ada tujuh bijik semuanya?"
Serius gila topik dragon ball. :D


 Pastu bila dengan Aqilah, Haikal penyayang sangat.
Aqilah nak capai apa, semua dia bagi.
Selalunya kalau bab mainan, Haikal paling kedekut tahi hidung masin gred AAA. Kahkah


Paksu yang dah dewasa tapi dia punya manja sama macam Baby Aqilah. -___-


Ni aku dengan anak-anak jiran.
Ye kami nampak sebaya saya tahu saya tahu. ;D
Tengok la yang rambut kerinting tuuuuu.
Dah macam Marilyn Monroe aku tengok. Gewwaammm


Galah (monopod) ni memang tersangat best dan berguna.
Satu, boleh selfie guna phone tanpa berasa loser sebab muka besar tak muat dalam frame. -..-
Dua, sangat handy, ringan, dan senang nak bawak pergi mana-mana.
Tiga, boleh buat tongkat kalau tiba-tiba kaki kebas semut-semut kahkah.
Empat, boleh berpantun. Buah cempedak diluar pagar ambil monopod tolong jolokkan. ;D

Korang nak jugak, boleh BELI SINI.


Kepada Mama Fatimah Corazon Abdullah yang kusayangi,
semoga panjang umur dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.
Nanti boleh honeymoon dengan Daddy lagi.
Hari tu Daddy cakap,
"Mama kamu ni kalau pergi jalan sihat aje dia. Kalau duduk rumah terus sakit lutut."
:D

Takpe. Pergi lagi honeymoon banyak-banyak kali. Baru sihat sentiasa.
Biarkan Daddy tu nak merungut ke apa. Dia tak beranak dia tak tahu. *tetiba hahaha*

Apa pun, terima kasih Ya Allah sebab turunkan Fatimah Corazon untuk kami.
Isteri yang baik, ibu yang baik, nenek yang baik, buat kami.
Sekarang mama dah boleh rileks. Tak payah risau apa-apa.
Sebab ramaiiiiii orang sayang mama.
Termasuk kami.

Happy 57th birthday Mama.
Rilek ma, muda lagi.
=)




*********************************************************Ads********************************************************
Sebelum ni aku kureng sikit dengan susu kambing.
Walaupun tahu, susu kambing adalah susu paling dekat dengan susu ibu.
Dan susu kambing lebih mudah hadam berbanding susu lembu.
Pernah la jugak cuba-cuba minum beberapa jenama susu kambing.
Tapi rasa dia bluerghhh. Rasa kambing. Kalau rasa kambing golek takpe.
Ni rasa kambing kat kandang yang sedang meragut rumput tu.
Sambil minum susu kambing mesti terbayang kambing berjanggut tapi telur nampak. -______-
Tapi lepas aku cuba susu kambing Golden Goat, perghhh tak sangka sangat.
Sedap nak mampss.
Itu la susu kambing tersedap pernah aku minum.
Memula aku tengok harga dia. Murah.
Pastu macam, hmmm murah mesti tak sedap bahah.
Tapi bila rasa, terus macam nak beli 3 botol terus. -___-
Korang tak percaya cuba try.
Website: www.goldengoat.com.my
Untuk dapat harga diskaun: SMS GG10 ke 012-4746962
Promosi diskaun ni limited untuk 10 orang terawal sahaja tau! Baik cepat.

Daddy & Along's Birthday Treat

Bulan Disember ada dua orang birthday boy dalam family.
Daddy dan Along.
Daddy 10 Dec. Along 20 Dec.
Daddy tahun 1958. Along tahun 1985.

So beza umur diorang lebih kurang dalam
ermm..
85 tolak 58, kali sembilan belas, divided by zero point one percent, punca kuasa one point four hoursepower. Jadi berapa?
;D

Last weekend kitorang balik Shah Alam.
So sempat la makan-makan dengan family sempena birthday Daddy dan Along.
As usual, Along tak pernah ada birthday celebration dia sendiri-sendiri.
Mesti nak kena share dengan Daddy.
Dah kata bulan sama kan.
Kalau tak kena share dengan Daddy, mesti kena share ngan Nenek.
Kahkah.

Tapi takpe. Along ni tabah orangnya.
Tengok misai ngan janggut dia. Kan lagi lebat dari rambut tu.
*takde kena-mengena*


Kitorang makan kat Laman Grill Steak & Bar-B-Que, Laman Seri Business Park, Seksyen 13, Shah Alam. Hamik alamat penuh aku bagi.
Tempat ni memang recommended. Sedap nak mamppp.
Dah pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan jugak.

Masa kitorang pergi tu dah petang-petang camtu.
So tak ramai orang sangat.
Order makanan pon laju je sampai.


Nampak tak macam ada silau-silau sikit kat belakang Haikal tu?
Along, mohon derma sikit bulu janggut kepada pakcik tu.
Kesian silau-silau blog ai. ;D



Sambil tunggu order biasalah. Masing-masing bosan tak tahu nak buat apa.
Kejap selfie.
Kejap borak-borak.
Kejap ketuk-ketuk meja.
Kejap acah-acah nak jolok garfu dalam hidung.
Bukan aku la ofkos. ;D

Ada dua orang je yang tak bosan masa tunggu order.
Mama dan Daddy.
Tak caya korang tengok.

-_________-"
Bahagia sangat bila ada cucu nampaknya.
Guna pisau dan garfu pon bolehhh.
Aku rasa staf restoran pon tak sabar nak timang cucu tengok gelagat diorang ni. -..-

Tengok. Aqil sumbat kerepek dalam mulut pon kemain happy Lola tepuk tangan. -..-
Tak sabar nak tunggu turn aku pulak jadi nenek nanti.
Agaknya aku terus buat chicken dance tengok cucu makan kerepek. T_T


 Cari perbezaan antara dua gambar di atas. 
Hint: Jiji Flizzow. ;D

Bila makanan sampai je, korang tengok perangai masing-masing.

Mana mahu nak pandang kamera lagi dah.
Peha kambing bersaiz bapa di depan mata lesap dalam kiraan 54265312829012.
Tahu-tahu je dah Burppp! *bau kambing*


Tapi aku burp wangi sikit la. Bau salmon. ;P


Raidoo dengan Adan makan pasta.
Boring betul pergi Grill Steak tapi makan pasta.
Derrr nak makan pasta kat rumah pon boleh derr. 
Kakngah masak lagi sedap kot.
Eh!

Nampak tak point dia kat situ?
Ada benda dia nak show-off tu. Antara nampak ngan tak nampak je.
;D

Macam taknak mengaku keturunan pon ada tengok muka Adan ni.
 Tarik janggut tu tahu la! -___-


Aku order salmon tu sebab tiru Rizzy sebenarnya.
Sebab kalau pergi makan mana-mana, mesti yang Rizzy order paling sedap.
Chef la katakan.
Tak lama lagi Rizzy dah nak naik kapal. Jadi chef atas kapal.
Dik, ni kakngah nak pesan sikit ni. 
Kau jangan makan banyak sangat atas kapal tu nanti. Kang kapal mendap. Lebih muatan. Terus driver kapal kena bawah 70 kilometer sejam je. Speed limit kan 110.
Kesian driver tu. Cirit dia tekan minyak. 
-______-

Awww! Suami siapa yang suhwiiitt sangat ni.
Sebab dia tahu bini dia akan masukkan dalam blog, tu yang sweet semacam je tu. -..-


Habis makan, kitorang jalan-jalan kat taman belakang Laman Seri Business Park tu.
Ada la macam pokok buluh sikit. Bangku-bangku sikit.
Boleh la berlari-lari anak dan buat lompat bintang sambil berkata di dalam hati,
"Yesss confirm berat badan turun 5 kilo lepas ni. Kamon kamon."


Berjalan camni boleh turun 5 kilo kau kata??
10 gram pon belom tentu luak. -..-

Daddy Lang (Rizzy) ni muka je gangster.
Tapi bila layan anak buah, holloh holloh hollohhh.
Bila anak buah fire je, terus buat-buat mati. Kahkah.


Ni la perangai Lola sekarang.
Amik video cucu-cucu, pastu rilek amik port layan sorang-sorang. 
Siap gelak-gelak lagi tengok video.
Entah video cucu suap kerepek tadi tu je yang digelakkan. -____-



Cucu-cucu kesayangan Atok dan Lola.
Kalau cucu ada depan mata, anak setakat pandang sipi-sipi je.
Nampak tak nampak je kan.
Padahal anak lagi besor dari cucu. -..-


As usual, harus ada family portrait dulu sebelum pulang.


Masa ni lawak.
Aqil tetiba datang mintak pakngah (hubby) dukung.
Korang tengok muka Haikal. Bergenang terus. Kahkah.
Macam tu la bila tak biasa kongsi kasih sayang.
Biasanya hubby dukung dia sorang je kan.
Mana ada dukung mamanya sekali.  
Walaupon mamanya ringan je padahal aduinya pun.


Nampak tak persamaan perangai Atok dan Lola?
Senyum koyak mulut sampai ke sudah.
Sebab dia satu je. 
Cucu. -..-


Budak baju biru kotak-kotak tu dapat 9A PMR semalam.
Alhamdulillah.

Aku dulu 7A je. Sejarah kantoi.
Bukan apa.
Masa tu cikgu sejarah kitorang kena chicken pox.
So bab yang pasal Francis Light buat perjanjian dengan M Daud Kilau tu tak sempat cover.
Tu yang aku dapat B je.
Ada la jugak kengkawan yang dapat A. Tapi diorang pergi tuisyen.
Kebetulan cikgu tuisyen tak kena pulak chicken pox.
 ;D

Harap-harap cikgu sejarah saya takde yang baca blog ni.
Kahkah.