Showing posts with label Kids Activity. Show all posts
Showing posts with label Kids Activity. Show all posts

Aktiviti Untuk Latih Anak Fokus dan Teamwork.


Kalau anak anda susah nak fokus, 
susah nak take turn and work as a team,
suka berebut dan tak suka sharing, 
kurang pandai tolerate dan susah ikut rentak orang lain, 
boleh cuba aktiviti ni.

Tak susah pun.

Cuma perlu ada--
Papercup (boleh doodle on it)
Getah
Straw

Tu je. 
Dan cara buat aktiviti ni, 
boleh refer video.

Selamat mencuba! ðŸ˜Š



Lagi 20+ idea aktiviti Parent-Child yang mudah, murah, dan bagus untuk perkembangan anak,
read my two bestseller books:

#3Kertas3Krayon3PenselWarna 
#WhySoSeriousParents 

Untuk order:
Whatsapp 011 5289 0825 
www.wasap.my/601152890825

Atau nak PM Adlil Rajiah pun bulehh. 

Macam biasa, setiap pembelian terus melalui saya akan dapat tandatangan, 
parents declaration card.

The Power of Free Writing



Haikal wrote this on my xray report lepas dapat tahu saya boleh discharge setelah beberapa hari berkampung di hospital--
.
"Untuk Adelel Rajiah / Mama.
Nak adiya tak mama. Nati Haikal bagi adiya untuk mama."
😊
.
Saya tak pernah ajar Haikal menulis.
"Tiba-tiba" je dia pandai mengeja dan menulis.
Ini bukan magik.
Sebab saya percaya, Haikal banyak belajar secara tak langsung dalam rutin hariannya yang PENUH DENGAN BERMAIN.
.
Sambil main pasir, kami menulis atas pasir.
Sambil mandi, kami menulis di dinding atau cermin.
Sambil makan, kami mengeja guna batang2 sayur yang ada. ðŸ˜‚
Sambil baring-baring, kami menggerakkan jari dan menulis di atas permukaan kulit.
Sampai tergeliat-geliat sebab geli. Haha.
.
Saya tak pernah ajar Haikal menulis dan mengeja menggunakan buku latihan atau tracing book.
.
Sebab bagi saya-
itu kurang seronok. ðŸ˜‰
.
And I believe in the power of--
free-writing.
Anak-anak bebas menulis apa sahaja,
di mana sahaja, dan bagaimana sahaja yang dikehendakinya.
Mencipta apa saje sukukata, bunyi dan perkataan yang terlintas di fikirannya.
.
Dan tugas saya?
Slowwwwwly betulkan setiap yang ditulis oleh Haikal--
tanpa membunuh keseronokan belajar dan rasa "ingin tahu" pada Haikal.
.
Mungkin proses macam ni agak lambat dan memakan masa.
Tapi bagi saya, cepat atau lambat itu bukan isu.
Yang penting, anak gembira, minat dan suka belajar secara berterusan.
.
Kan?
.
Banyak saya kongsikan tentang free-writing and free-drawing dalam buku#3Kertas3Krayon3PenselWarna dan #WhySoSeriousParents tentang betapa pentingnya proses ini, dalam membantu perkembangan anak-anak.
Biarkan anak bebas menconteng, menulis dan melukis, sambil otak mereka perlahan-lahan berkembang tanpa perlu paksaan demi mengejar kesempurnaan.
.
Biar lambat, asalkan minat anak untuk belajar tak mati.
Sebab hanya dengan minat dan hati yang gembira,
manusia akan terus maju. 

let gadget be our last option

Bila makan kat luar, dan terlupa bawa busy kit anak--

Order some ais ketul in a plate, 
bagi anak main.





Settle.

Don't worry, ais doposen je. 
And most of the time, diorang tak charge langsung.

Dengan hanya beberapa ketul ais, 
anak dah boleh leka main (siap dapat sensory stimulation), dan mak bapak boleh mengketedarah dengan tenang.

In any situation--
let gadget be our last option. ðŸ˜Š

Happy weekend, pipol!

Aktiviti Fokus & Sasaran

As usual, my creative husband Hafify Zulhaimy Hashim always come up with new idea bila nak buat aktiviti dengan Haikal lepas balik kerja. 

Macam yang dia selalu share dengan semua Daddies during #LookisslahTeeArtPlaygroup
aktiviti yang dia selalu buat dengan Haikal lepas balik kerja, mestilah--
MUDAH, 
DUDUK SETEMPAT (sebab balik kerja kan penat), 
boleh buat ANAK HAPPY, 
dan dapat create INTENSE ATTACHMENT dengan anak. 

So semalam, 
he made a dart board for Haikal. 
Guna kotak je pun. 
Pastu lukis beberapa ketul dinosaurs as targets, 
and each dino tu ada markah tersendiri. 
Pastu dart bullets tu, dia beli kat pasar malam je. ðŸ˜‚

Tapi kenapa dart? 
Kenapa bukan gajet? 
Atau Didi, Pak Atan and friends di Astro Ceria? ðŸ˜‘

Sebab dart sebenarnya adalah salah satu aktiviti yang melibatkan fokus dan sasaran yang sangat bagus untuk perkembangan cognitive dan motor skills anak. 
Sama macam aktiviti memanah, menembak, memasukkan bola dalam gol, memasukkan bola ke dalam bakul/jaring, menuang air ke dalam cawan, etc. 
Semua tu adalah aktiviti yang melibatkan fokus dan sasaran. 





Macam yang saya share dalam buku #3Kertas3Krayon3PenselWarna di mukasurat 63,
any activities yang memerlukan sesuatu objek untuk kena/masuk ke sasaran adalah sangat sangat sangat bagus untuk perkembangan anak. 
Terutamanya yang berumur 8 tahun ke bawah.

Kenapa? 
Ini 7 sebab yang semua parents perlu tahu. 
.

1) Hand-eye coordination & Balance

Aktiviti sebegini sangat sesuai untuk anak-anak yang masih belum ada body balance yang baik, belum mahir pegang pensel, belum ada muscle-control yang baik. 

THIS is what they need. 
Activities yang bantu develop hand-eye coordination dan body balance. 

Bila main dart atau apa-apa aktiviti yang melibatkan sasaran. 
Anak akan cuba "mengatur anggota badan" dan "mem-postur-kan" badan agar objek yang dibaling, terkena pada target. 

Lama-lama mereka akan bina keselesaan, keseimbangan dan kejituan melalui anggota badan mereka. 


2) Emotional control & growth mindset
.
Dengan pendedahan berterusan terhadap aktiviti yang melibatkan fokus & sasaran, anak akan belajar mengawal stress / emosi bila objek yang dibaling tak kena pada sasaran. 

Mula-mula memang payah.
Anak akan menangis, bosan, give up, etc. 
Tapi kalau parents pandai tackle dan motivate, 
they will develop good self-motivation, good problem-solving skills, dan pandai improve skills/emosi sendiri untuk mencapai sesuatu target. 

And that is a very useful skill in life! 


3) Focus, patience, and self-awareness 

Kebanyakan anak-anak sekarang memang ada masalah fokus. 
Cepat bosan, tak sabar dan kerap bertukar aktiviti tanpa menyiapkan tugasan yang diberi. 
Kan? 

So aktiviti yang melibatkan fokus dan sasaran macam dart ni, 
boleh latih anak untuk lebih sabar dan beri tumpuan terhadap sesuatu perkara sehingga target tercapai, 
atau sehingga tugasan yang diberi selesai. 


4) Self-confidence 

Yang ni of course lah. 
Setiap target yang dicapai akan meningkatkan tahap keyakinan diri anak. 

Setiap kepuasan yang datang bila target mengena atau masuk "goal", 
akan beri impact yang dasyat kepada pembentukan self-esteem anak. 

Dalam islam pun ada ajar, keyakinan diri dapat dicapai dalam 3 stages iaitu :
Ilmulyakin--
bila kita belajar sesuatu. 
Ainulyakin--
bila kita buat, nampak dan rasa kesan bila dah capai sesuatu. 
Haqqulyakin--
Bila dah buat banyak kali dan dah expert, 
kita jadi betul-betul yakin dengan diri sendiri. 

So anak-anak pun perlu melalui fasa yang sama untuk membentuk keyakinan diri. ðŸ˜Š


5) Macam superhero! 
.
Bila saya tanya Haikal, 
"Best ke main dart?" 

Haikal jawab, 
"Best! Haikal rasa macam superhero!"

So this kind of activities juga sebenarnya beri anak "rasa best" atau good state of mind yang boleh release stress yang terkumpul dalam diri mereka. 


6) Better behaviour 

Menurut kajian, anak-anak yang didedahkan dengan aktiviti yang melibatkan sasaran atau target, mempunyai sikap yang matang dan rasional. 
.
Ini kerana, aktiviti macam ni menyedarkan anak bahawa--
target/goal hanya boleh dicapai jika semua rules dipatuhi dengan baik. 

So secara tak langsung ia membentuk disiplin dan persistence dalam behaviour anak, dan lama kelamaan akan diaplikasi dalam hidup sebenar. 


7) Surviving skills 

Above all, kita sebenarnya bukan mahukan anak jadi jaguh dart atau jaguh bola sepak atau jaguh memanah, 
tapi kita mahu anak-anak menguasai setiap LIFE SURVIVING SKILLS yang dipupuk perlahan-lahan melalui aktiviti-aktiviti tersebut. 

Tiada jaguh yang boleh beats orang yang mempunyai surviving skills yang baik dan mampu mengharungi hidup dengan tenang, gembira dan berjaya walau apa pun keadaan nya. 
Setuju? 

.
Ok dah. 
Pasal dart je pun dah ceniaaa panjang post kau. ðŸ˜‚

Btw, ada banyakkkkkk lagi sebenarnya aktiviti yang boleh beri 7 skills penting di atas. 
Bukan dart atau memanah sahaja. 
So rajin-rajin lah menggoogle! ðŸ˜‰

Kalau at the first try, 
anak tak boleh buat atau anak cepat putus asa, 
don't worry and don't stop exposing him/her to this kind of activities. 
Cuma try to breakdown the challenges. 
Mungkin boleh kurangkan difficulty level. 
Mungkin boleh dekatkan sikit objek dengan sasaran. 

Beri anak "rasa" kejayaan mencapai target, 
dan slowwwwwly increase the difficulty levels.
Lama-lama they will develop that confidence and excitement. 

Ingat, 
anak-anak sentiasa imitate emosi ibu bapa. 
Kalau mak bapak pun macam lemau tak motivated, 
jangan harap anak akan jadi orang yang bersemangat mengharungi liku-liku hidup kelak. 
Dia pun sama makan tido je kerja macam kau. ðŸ˜‚

Salah satu event yang saya organize--
LOOKISSLAH Tee Art Playgroup, 
juga menerapkan aktiviti-aktiviti yang membentuk 8 skills di atas. 

Dah terbukti masa Tee Art Playgroup yang lepas, bila anak-anak yang join, berjaya fokus, build hand-eye coordination, dan sebagainya. 
Yang paling best, anak-anak juga dapat socializing, sharing thoughts, boost self-esteem, good emotions and memorable experience! 

Untuk info lanjut tentang LOOKISSLAH ni, boleh check out page facebook.com/lookisslah
Dan untuk orang Melaka dan Perak, 
boleh join playgroup di Bandar Bukit Baru, Melaka & Seri Manjung, Perak pada 1 & 8 January 2017 ini. 

Orang negeri lain, don't worry. 
Kami akan tour satu Malaysia nanti insyaAllah. 
Stay tune! ðŸ˜‰

Atau kalau malas nak join, boleh dapatkan kit DIY Lookisslah Doodle Tee, dan get creative & bonding dengan anak-anak kat rumah! 
Contact our #lookisslahagent di seluruh Malaysia. 

Untuk lebih banyak tips keibubapaan dan tips psikologi santai, boleh dapatkan buku saya, 
3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna. 
Sebab dalam buku tu ada banyakkkkkk lagi tips yang akan buat korang tak boleh stop baca. ðŸ˜‰

Korang boleh dapatkan buku tu di kedai buku Popular / MPH / Kinokuniya dengan harga RM45.
Atauuuu kalau nak signature & free gift, 
boleh order directly from me! 

Whatsapp je:
016 217 3349 

Have a good longgggg holiday, pipol! 
Yang kena bekerja, mohon jangan kemurungan melihat orang-orang yang lenjan cuti lama. 
Bersangka baik dengan setiap percaturan Allah. Gicu. ðŸ˜‚

Langkah Dedahkan Anak Kepada Aktiviti Snorkeling

Haikal: Mama, macam mana ikan boleh hidup dalam air? Dia tak lemas ke? 

Me: Tak. Sebab Allah memang buat ikan untuk hidup dalam air. Dia boleh bernafas dalam air. 

Haikal: Oo.. Tapi kalau ikan duduk dalam air je, macam mana dia nak pergi sekolah? 

Me: ðŸ˜‘ Hmm. Dia ada la sekolah dia dalam air tu. 

Haikal: Umm.. Tapi macam mana ikan nak bawak beg sekolah? Dia kan takde tangan? 

Me: Dia sangkut kat ekor la kot. ðŸ˜‘

Haikal: Oo.. Mama, kenapa ikan takde rambut? 

Me: Zzzzzzzzz *buat-buat tido*

😂

Sejak umur 3 tahun lagi, 
Haikal dah start tunjuk curiosity terhadap underwater world.
Dia banyakkkkkkk tanya pasal ikan. 
Shark, stingray, dolphin, swordfish, puffer fish, nemo, dory, turtle, corals, yada yada. 
Dia tak tahu ke mama dia ni kenal ikan bilis je?
Oh dan juga bebola ikan. ðŸ˜‘

So apa saya buat bila Haikal tanya macam-macam pasal ikan? 
Youtube la. ðŸ˜‚
That's the only time, youtube dihalalkan ke atas Haikal. 
Itupun not more than 30mins at a time. 

So kalau dia nak tahu how fishes swim, how sharks cari makanan, how turtles lay eggs, etc, i'll show him videos and explain to him. 
Or sometimes, 
kitorang bawa Haikal pergi aquaria KLCC ke apa, just to let him see sharks depan batang hidung. 

Tapi kalau dah tahap tanya kenapa ikan takde rambut, memang pura-pura tido je la jawabnya.
Takpun pun pura-pura nak berak lalu berlari ke toilet untuk menyelamatkan diri. ðŸ˜‚
Kuasa pulak nak jawab kenapa ikan takde rambut. ðŸ˜’

My husband and I always wanted to help with Haikal's curiosity tentang underwater world. 
And last year, 
kitorang ada bawa Haikal ke Pulau Lang Tengah, Redang dan Perhentian. 
Konon-konon nak bagi dia rasa snorkeling dalam laut. 
Tapi malangnya masa tu he wasn't ready for that kind of activity. 
He was too afraid, 
sebab dia tak pernah mandi kat open ocean sebelum tu.

Silap kitorang jugak sebenarnya sebab tak pernah expose Haikal dengan air laut. 
Asyik mandi pool je. 
Kalau pergi pantai pun duduk tepi-tepi je. 
Kecut telo meraung-raung budak tu nak masuk laut masa snorkeling tahun lepas ðŸ˜’

Stress jugak la masa tu. 
Sebab datang jauh-jauh, tetiba hoiii taknak snorkeling pulak. 

But we learn the lesson.

We start exposing Haikal slowwwwwly dengan air laut. 
Ambik masa beberapa bulan juga lah to build that confidence dan bagi Haikal selesa mandi laut. 

Dannn baru-baru ni kami cuba sekali lagi bawa Haikal pergi snorkeling. 
Dan yesssss alhamdulillah, 
he really enjoy his snorkeling experience this time. 
Sampai taknak balik. 
Hujan rintik-rintik pun taknak balik.
Nak mandi hujan dengan ikan, katanya. ðŸ˜‘

Keesokannya, tahniah sebab Haikal demam.
Itu namanya, allah bayar cash bila taknak dengar suruhan ibu. ðŸ˜‚

Tapi alhamdulillah kami puas,
sebab seronok tengok Haikal enjoy snorkeling. 
Haikal tak henti-henti recall pengalaman snorkeling pertama dia. 
And lukis "creatures" yang dia nampak sepanjang snorkeling tu. ðŸ˜Š

Anak-anak ni, 
sebenarnya curiosity mereka sangat powerful, 
dan itu yang encourage diri mereka untuk menimba macam-macam knowledge. 

But unfortunately, 
kita ibu bapa kadang-kadang tersilap langkah atau tersilap jawab soalan-soalan anak, 
sampai tanpa kita sedari, 
we actually kill their curiosity. 
And once kita bunuh curiosity mereka, 
kita sebenarnya bunuh masa depan mereka. 

We should always be careful with our reactions towards their curiosity. 
Biar mereka selalu bertanya. 
Biar mereka selalu curious. 
Sebab itu yang akan menemukan mereka dengan masa depan mereka. 
Kan? 

Nanti saya share in another post, 
tentang cara saya handle "soalan-soalan merepek" Haikal okay? ðŸ˜‚

The key is--
don't kill their curiosity. 
Don't stop them from asking questions. 
Sebaliknya lead them to find the answers. 
I will write more on this later k. 

Sebab kali ni saya nak share 5 tips, 
untuk korang yang nak plan bawa anak-anak pergi snorkeling. 
Benda-benda ni jugak yang saya apply dekat Haikal, 
to get him ready for his very first snorkeling experience baru-baru ni. 

1) KNOW YOUR CHILD'S READINESS 

Bila sebut readiness, jangan tengok umur. 
Tapi kenal tahap anak masing-masing. 
Sama macam bila nak ajar anak membaca, mengaji, mengira, apa semua, 
tengok readiness, bukan umur. 

Jangan sebab anak jiran sebelah yang umur sebaya anak kita dah pandai baca, 
so kita pun assume anak kita pun dah ready untuk membaca. 

Lihat kecenderungan anak dulu. 
Bila dia cenderung, maksudnya dia ready. 
Macam mana nak trigger readiness tu? 
Break down the process. 
Expose secara berperingkat dan perlahan-lahan, 
sampai kita nampak kecenderungan anak terhadap perkara tersebut. 

Sama lah dengan snorkeling. 
Tak boleh expect anak terus ready, 
nampak laut terus terjun, 
pastu terus mampu menari berirama dengan ikan-ikan dalam laut tu. ðŸ˜‘

No. 
Slowwwwwly trigger the readiness. 
Boleh juga tunjuk video orang snorkeling untuk trigger readiness tu. 

And when you think your child is ready, 
then start making the next step. 

2) BIASAKAN ANAK DENGAN OPEN OCEAN

Swimming pool dan laut adalah dua benda berbeza. 
Biasa mandi pool, tak semestinya anak akan suka mandi laut. 

Since snorkeling adalah aktiviti di lautan, 
slowly expose anak kepada air laut. 
Mula-mula main pasir dulu. 
Pastu start cicah-cicah kaki. 
Pasti celup sampai lutut. 
Pastu rendam satu badan. 
Pastu jemur di ampaian. 
Ehh! ðŸ˜‚

3) INVEST IN GOOD SNORKELING GEAR

Ini soal keselamatan anak. 
So jangan berkira sangat. 
Make sure snorkel set yang dipilih, berkualiti. 

Pilih yang silikon instead of plastic, 
to avoid water leaking kat bahagian hidung, mata, dan mulut. 

Cari yang kids size. 
Yang fit pada muka anak. 
Fit ye, bukan tight. 
Kita selalu anggap yang ketat tu bagus. 
Sebenarnya tak. 
Cari yang ngam dan selesa, bukan ketat dan menyakitkan. 

Pemilihan snorkel mask yang salah atau menyakitkan, akan buat anak traumatize dan terus tak minat snorkeling. 

Kalau ikut pakej snorkeling di pulau-pulau, 
selalunya diorang akan sediakan snorkeling gear, 
tapi biasanya diorang takde saiz untuk budak-budak. 
So nak selamat, beli sendiri untuk anak-anak. 

4) BIASAKAN ANAK DENGAN SNORKELING GEAR. 

Selain kena biasakan anak dengan laut,
kena biasakan mereka juga dengan snorkeling gear. 

Biar mereka explore benda tu. 
Ajar mereka cara pakai, dan cara breathing.
Yang ni biasanya ambik masa. 
Sebab anak-anak tak biasa bernafas melalui mulut. 

And make sure they're comfortable with those equipments. 

BAGI MEREKA MASA untuk build that confidence untuk swimming in open ocean sambil memakai snorkel set tu. 
Jangan paksa. 
Let it happen naturally. 

Macam biasa, 
break down the process. 
Mula-mula bagi anak explore snorkel set. 
Lepas tu pakai kat rumah sambil mandi kat bilik air, sambil ajar cara breathing. 
Pastu pakai kat swimming pool. 
Pastu pakai kat tepi-tepi laut. 
Pastu pakai sambil berenang kat laut sambil menunggang jerung. ðŸ˜‚
.
5) PROPER FLOTATION 

During snorkeling, selalunya kita kena pakai life jacket. 
So benda tu pun kena biasakan. 
Tapi tak semestinya kau kena beli life jacket untuk anak la kan. 
You can use pelampung tangan yang macam Haikal pakai tu, atau pool noodle. 
As long as anak biasa kawal diri di atas permukaan air. 


So that's all. 
Semoga berguna untuk korang semua. 

Kalau ada rezeki, try la snorkeling dengan anak-anak. 
Best tau. 
Sebab bagi diorang, 
snorkeling experience ni macam magical gila.
Macam tiba-tiba berada di dunia yang aneh dan fantasi sambil dikerumuni oleh makhluk asing. ðŸ˜‚

Di samping tu, 
dapat juga pupuk sifat mengagumi kebesaran Allah dalam diri anak-anak. 

Apa pun aktiviti yang kita lakukan dengan anak-anak, 
always remember to have fun and always control our emotion! 
Snorkeling dengan anak-anak shouldn't be stressful. 
It should be one of those memorable moments in life.

Just remember, 
anak-anak kita imitate ibu bapa. 
Kalau mak bapak happy dan pandai kawal emosi, 
insyaAllah anak-anak pun akan happy and well-behaved, insyaAllah. ðŸ˜Š

Thank you Allah for this opportunity. 
Lepas ni boleh la bawak Haikal snorkeling kat Bahamas sambil tunggang ikan pari sebesar kuali kacau dodol ittew. ðŸ˜‚