Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Video Raya 2014... SIAP!!

Finalleyhhh!
Selepas beberapa hari berperang dengan nafesu malas, nafesu makan, nafesu tidur berlebihan,
video raya ku siap jua...
Syaitonirrojim ni memang tau.
Mentang-mentang baru terlepas dari penjara, asyik nak menghasuttttt je kerojenya.
Tetiba rasa macam sayup-sayuppp kat telinga,

"Rajiah... Tidur la lagi... Bukan mati pun tidur lama-lama..."
"Rajiah... Kenapa makan 3 ketul je ayam goreng tu. Makan la lima ketul.. Ayam kan halalan toyyiban.."

Aku tak tahu la itu syaitonirrojim punya kerja ke atau aku yang persetankan diri sendiri.
-_________-


By the way, dah 2 minggu kita sambut Syawal.
Cepat betul kan masa berjalan. Berjalan ke berlari pecut entah.
Atau mungkin masa menaiki basikal.
Atau mungkin juga menaiki pesawat.
Oh masa..patutlah anda laju sangat. -..-

Jadi tanpa membuang masa, marilah kita sama-sama menonton video di bawah.
*tetiba*



Tahun ni, 1 Syawal kitorang beraya di Kuala Pilah.
Pagi 1 Syawal kat Kg. Inas (kampung Daddy).
Petangnya kat Kg. Gamin (kampung mak mertua).

Nasib baik apak sey dengan omak montuo sey, kampung eh dokek-dokek.
Tak sampai doploh minit jarak eh.
Buleh la nak main lari-lari. Kojap kek ineh, kojap kek gamin.
Tak lah jetlag mano.
;D

Berayo kek nissimilan (negeri sembilan) ni biasolah.
Mesti ado lomang eh. Mesti ado kotupek eh.
Mesti ado rondang ayam rondang daging eh.
Dan ado macam-macam laie juadah sampingan eh macam tapai, sup tulang, kuah kacang, etc,
baru komplit.
Lopeh tu masakan eh mosti nak podeh.
Kok tak podeh bukan ong nissimilan la tu.

Bak kato uwan sey, makanan kalau tak podeh, tak sodap raso eh. Tawaaaa yo.
Macam makan pepayo.

Kahkah.

Ado lak pepayo disamo an dengan rondang daging. Kan jauh bunyi eh tu.
Kalau lombu tahu koturunan eh disamo an dengan pepayo,
mau monangih hontak-hontak kaki!

Tapi sey diam yo lah dopan uwan sey.
Nak togo kang teraso.
Ong tuo-tuo biasolah. Hati nak kono jago.
Kang tak dapek tanah pusako.
;D

Ok dah.
Aku tak tahu lah korang paham ke tak apa yang dibebelkan ini.
Maafkan saya. -___-

Cerita penuh untuk hari raya pertama kedua ketiga keempat kelima keseploh aku akan cerita later okayyy..

Amat aiiee ayeee!!
:D

31st Birthday, 4th Anniversary, Father's Day Surprise!

Ni entry yang agak basi.
Bulan lepas punya cerita.
Diibaratkan seperti roti gardenia yang dibiarkan selama sebulan,
nescaya dah bercendawan butang dah.
Dah boleh petik buat pasta bolognese.
-___-

Tapi takpe.
Basi-basi pun masih berguna dikala tiada modal nak update blog. ;D

Setiap tahun, bulan Jun ialah bulan paling busy untuk aku.
12th June - Wedding Anniversary
3rd Sunday of June - Father's Day
21st June - Hubby's Birthday

Juga dikenali sebagai bulan paling manja untuk hubby.
Ham. Boih.

So saban tahun memang aku akan buat persiapan untuk bulan jun.
Tak kisah la kecil-kecilan, mahupun besar-besaran, mahupun sederhana-sederhanaan. -..-

Dari bulan Januari aku kumpul ongkos pelan-pelannn. Demi meraikan suami tercehenta.
Tak salah kot setahun sekali melabur untuk orang yang kita sayang.
Dengan niat, harapan dan ingatan tulus ikhlas agar suami tak kawen lain. Kahkah.
Alahai bang..bukan taknak bagi.
Cuma ustaz kata kalau nak kawen lagi, kena hadiahkan bini BMW X6 at least.
Ustaz la kata. Ustaz mana tak pasti pulak bahahaha.

So 12 Jun lepas, aku ada la buat small surprise untuk hubby.
Tu sekali rangkum la tu 3 celebrations - anniversary, father's day, dan birthday.
Eh kuasa pulak saya nak buat asing-asing khonn. -..-

 12 Jun tu hari Khamis.
Sengaja pilih weekdays supaya kang time hubby pergi keroje,
hah time tu la kita pulun pasang lapik meja, pasang lampu raya apa semua.
Susah ok nak set up sengsorang dengan si kenit Haikal tu.
Dia punya banyak mulutttt. Haih.

"Mama buat apa tu?"

"Mama nak buat surprise untuk papa."

"Ooo buat surprise. Kenapa nak buat surprise?"

"Birthday papa, sayang.."

"Ooo birthday papa.. Cake ni untuk papa ke?"

"Iyee.."

"Untuk Haikal?" 

-________-"

"Ermm..mama, mama buat apa tu?"


Derrrrrr........?
Boleh tak pergi layan upin ipin kejap sementara mama nak setelkan benda ni?

-_____-

Nasib baik sempat jugak la set up dan semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Fuh alhamdulillah.
Peluh-peluh keti aiyolls nervous you knoww.

So hubby balik je dari keroje,
terus aku lancarkan surprise tersebut.
Dan Alhamdulillah reaksi yang memberangsangkan diterima dari hubby kahkah.

Nak tahu camane reaksi dia?
Sila tonton video di bawah.

Amboi.



Actually masa kitorang celebrate ni adalah sehari sebelum aku keguguran. T__T
Nasib sempat bersuka ria sebelum berduka.
Sebab aku dah plan lama.
Kalau tak terlaksana, mungkin agak tekilan.

Tapi rancangan Allah memang terbaik.
 Ada rezeki dan sempat menggembirakan suami dahulu, sebelum terbuat dia kecewa dengan berita keguguran yang menyusul kemudiannya. Huhu.
Takpelah. Kitorang pon dah redha soal itu.

Bang, raya kang kita work out lebih sikit la.
Kata nak anak kembar. ;D


Buat suami tercehenta,
Happy 31st Birthday,
Happy 4th Anniversary,
Happy Father's Day.

Mama saaaaayang papa.
Mama tak mintak banyak, X6 sebijik pun jadi la.
;D

Fadhli Hafzan - Wedding Video

Ok dah siap video kawen ateh.
Tapi video dia shaky gilaaaa.
Sebab aku tak pakai stabilizer mahupun tripod masa shoot tu.
Aku dah la kuat gelak.
So bila tergelak sikit terus bahu terjungkit-jungkit, tangan shaking.
Tahniah ye rajiah. -____-

Aku harap pengantin redho dan boleh maafkan saya. *tetiba saya*
Tapi aku rasa diorang tak marah kot.
Pengantin baru kannn.
Kentut depan muka pun tak marah kott. Kan semuanya tengah indah. ;D

Kitorang dulu pun camtu.
Tidur pun senyum okkk. Kahkah.
Tiada sekelumit kemarahan dan kekecohan langsung di dalam rumahtangga.
Suami lapar, isteri masakkan.
Suami nak makan nasi, isteri sendukkan.
Suami nak pergi kerja, isteri salam cium tangan.
Suami gatal, isteri garukan. ;D

Cuba sekarang. Dah empat tahun kawen.
Suami letak kunci kereta merata pun kena tazkirah dengan isteri 3 hari 2 malam. -..-
Isteri nak salam cium tangan suami nak pergi kerja pun makin payah sekarang ni.

"Mama, papa nak pergi kerja dah ni."
"Jap jap!! Tengah basuh berak Haikal."

-_______-

Nangis suami nak salam tangan isteri baru lepas basuh berak anak.
Nak pakai glove tak sampai hati pulak. :D

So all the best la Ateh dan Pali hahaha.
*apa punya kakak ipar entah*

Tapi jangan risau.
Semoga dengan perkahwinan ni, akan membuka lebih banyak pintu-pintu untuk korang mencapai syurga Allah.

In fact Rasulullah saw sendiri pernah bagitahu,
seorang perempuan bila dah jadi isteri, makin mudahlah jalan dia ke syurga.
"Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang dimahukannya." (riwayat Abu Hurairah)

Dulu pernah dengar ustaz cakap,
"Kahwin dan berkasih sayanglah. Allah suka orang yang berkasih sayang di jalanNya. Allah akan bagi rezeki yang mencurah-curah kepada mereka yang berkasih sayang. Syaratnya mudah saje. 
Isteri kena taat kepada suami kerana Allah. Suami kena redha dengan isteri kerana Allah."

=)



Tahniah Ateh & Pali.
Semoga sentiasa dilindungi dan dipermudahkan urusan korang di dunia dan akhirat.
Mohon maaf sekali lagi di atas kualiti video yang ibarat mintak kaki di muka ini.

Selamat pengantin baru! :D

Bila Papa bawa balik surpriseeee untuk Haikal & video Haikal membebel.

Hari tu hubby terjumpa kura-kura kat site tempat dia kerja.
Pastu dia call aku,

"Mama, ok tak kalau papa bawak balik kura-kura untuk Haikal?"
"Ha? Nak buat apa?"
"Saje la nak bagi Haikal kenal kura-kura."
"Oh ok je. Besar mana benda tu?"
"Besar la jugak. Sikit lagi nak sama besar ngan mama."

-____________-

"Kat mana kura-kura tu sekarang?"
"Ada ni. Dia duduk dalam kereta. Sebelah papa. Dia tengah dengar kita bercakap ni."

-______________-


Dan ini la kura-kuranya. -..-

Masa hubby sampai rumah, Haikal tengah tidur.
So aku kejutkan Haikal dan cakap,
"Haikal, papa bawak balik ninja turtle untuk Haikal. Jom tengok."

Lajuuuuu je budak tu turun katil. Kahkah.


 Ayat pertama yang keluar dari mulut Haikal,
"Eh. Ni bukan ninja turtle. Bukan bukan. Mama salah."
:D


"Oh ye ke. Kalau bukan ninja turtle, habis tu apa?"
"Emmm. Turtle lah. Haikal jadi ninja turtle, Mama jadi turtle. Ok tak?"

-_________-


Bila kura-kura tu dah start berjalan, Haikal siap cakap kat kura-kura,
"Ninja turtle, cepat! Cepat lari siniiii.."

Pastu dia yang syok sendiri lari lintang pukang sana sini.
Ninja turtle tu rilekkk je slow mo jalan. Kahkah.


Hubby bagi Haikal main kura-kura tu sekejap je.
Lepas tu hubby lepaskan balik.
Tak elok la kan main lama-lama. Menganiaya haiwan.
Lagipun tujuan sebenar cuma nak Haikal kenal kura-kura je.
Bukan nak Haikal pedajal kura-kura tu jadi ninja turtle. -..-

Tapi sebelum kitorang lepaskan kura-kura tu, Haikal macam mengamuk la jugak.
Tak habis-habis,
"Papa no! Papa no! Jangan amik. Tu Haikal punya."

Pulak dah. -..-

Tapi kitorang try jugak explain baik-baik,
Kura-kura ni bukan mainan.
Kura-kura pon ada keluarga. Kura-kura pon ada mama papa dia.
Nanti kalau dia duduk rumah kita, nanti mama papa dia nangis.
Gitu.

So bila dah bagitahu camtu, Haikal pon rela la kura-kura tu pergi.
Nak cakap dengan anak ni, kita kena pandai saiko sikit.
Kadang-kadang anak memberontak, bukan sebab dia degil.
Tapi sebab dia tak faham apa yang kita maksudkan.
Dia tak faham kenapa begitu kenapa begini.
So parents kena lebih kenal anak.
Dan tahu nak pusing tang mana bila bercakap dengan anak.
Supaya dia faham.
Bila dia faham, dia akur.

Semua manusia pon akan marah dan berontak bila dia tak faham.
Tapi bila faham, dia senang akur dan terima keadaan. Kan?
So anak-anak pon sama lah keadaannya.
Dalam segala hal kalau boleh kena fahamkan dia.

Dan explanation kita tu biar senang untuk anak visualize.
Contoh kes kura-kura tadi.
Kalau kita cakap,
"Tak boleh aniaya kura-kura. Nanti dosa."

Anak takkan faham. Aniaya tu macam mana? Dosa tu apa?
So kita pusing ayat tu sikit jadi,
"Tak boleh main dengan kura-kura ni. Sebab nanti kura-kura lapar, dia cari mama dia. Tapi mama dia takde. Nanti dia nangis. Nanti dia sakit. Kesian dia."

Camtu.
Memang la macam tak realistik.
Tapi anak akan dapat visualize. Dan dia akan faham.
So mesej sebenar tetap sampai.
Bahawa kura-kura perlu pulang ke habitat asal supaya dia boleh hidup bahagia di samping keluarga. =)

Ok dah habis cerita kura-kura dan mamanya.
And they live happily ever after. :D

Oh by the way, ramai yang mintak video Haikal.
Nak video Haikal nyanyi la.
Nak video Haikal bercakap la.
Nak video Haikal main toys la.

Tapi bila aku tanya, "Video mak Haikal nak tak?"
Semua diam.

T____T

Eh iolls talented tau.
Nyanyi boleh. Cakap boleh. Ciken dance boleh.
Sampai hati taknak video iolls kannnnn.
;D

Ok nah la latest video Haikal.
Tapi video biasa-biasa je la.
Harap korang enjoy.




 Lepas ni tolong la request video mak Haikal nyanyi pulak plisss.
Suara iolls macam ramli sarip you knowww.
Rugi tak request.
;D

Family vacay at Grand Lexis Port Dickson - Sneak peek video

Aku rasa macam lambat lagi je nak update pasal sponsored vacation kat Grand Lexis ni.
Gambar banyak satu hal.
Pastu tak tahu nak start dari mana.
-_____-

So korang layan je la video ni dulu.


Seperaisss bideo untuk orang darah manis.

Woohooooo kebizian kembali melandaaa..
Sehonok angattt puiii. -..-

Orang yang paling aku kesian bila busy ialah
siapa lagi
kalau bukan
 jejaka kesayangan hamba...

 Bukan yang baju coklat tu. Itu tak payah kesian.
Tengok badan laaaagi tak jadi nak kesian. Kahkah. 
Kong hajooo bini jenis hape ni?? ;P


Yang baju putih pegang roti tu la jejaka kesayangan hamba.
Saaaaaayang sangat tahap sayang apa kabar dengan mu terkehel leher. Haha!

Sejak balik dari Manila hari tu la aku jadi kurang waras camni.
Biasa la hari tu cuti lamaaaa kan.
Seronok sangatttt kan.
Bajet takde kerjaaaa kan.
Sekarang hamikkk.
Hari-hari terpaksa overdose caffein.
Agaknya Haikal nenen pon dah rasa kopi kot susu aku nih kahkah.
Eh takpe, susu rasa kopi pon bagus jugak. Kang hubby mintak kopi ais, aku perah je pastu letak ais. Siap!

;D

So camtu lah tahap overdose aku. 
Kopi lapan gelas sehari. Sampai weng terus otak. Pffft.
Sekarang hari-hari aku tidur pukul 6 ok. 6 pagi ok. 
Orang lain bangun tidur dan solat subuh, tapi aku solat subuh dan tidur.
Kan ke takde life sangat nama dia tu? -..-
Hubby cakap aku ni dah boleh mintak kerja jadi mak gad dah.
Setakat berjaga malam pegang kayu besbol, senang je kottt.
Kompiden gila hubby iolls suruh iolls jadi mak gad. 
Terbukti iolls ni gagah habis okkk.  
Gagah tahap cabut bulu hidung tanpa rasa sakit kahkah. 
Ok tak kelakar.

Last weekend adik ipar aku (adik hubby) bertunang.
Adik ipar aku tu nama Hafzan Zaifaridsha. Bila dipendekkan jadi, Ateh. Hihi!
Kitorang balik umah Mak pon last minit tau.
Ateh tunang hari Ahad. Sabtu malam tu kitorang baru sampai rumah Mak. Sempat la tolong-tolong buat persiapan sikit. Pastu habis je majlis, terus zasss balik penang balik.
Ulang alik Penang-KL dalam masa sehari, dia punya penattttt hui!
Parkinson terus aku bila sampai rumah.
Penat satu hal, overdose kopi pon satu hal.
Jadi, penat + kopi = parkinson.
Itulah equation yang dapat kita rumuskan disini huhu.
Sebab tu aku takde update blog langsung.
Dah parkinson kan. Kalau  update jugak, mesti camni
GGGGGGGGGMMMMMMMMQQQQQQQQWWWWWWBBBBBBB
Parkinson kan gigil-gigil. Bahah.
Ok tak baik gelak.

Aku sebenarnya banyak gila benda nak update tau.
Sebab last week jugak anniversary kitorang yang ketiga. Pon tak sempat nak update pasal tu. Aku ada buat sajak anje-anje untuk hubby tau. Kalau aku letak sini kompom korang muntah bubur jagung 40 hari 40 malam.
Anjeeeeee angatttt ;D
Pastu ada beberapa benda random jugak aku nak share. Pon tak sempat.

So takpelah. Lain kaliiii sajelah aku update semua tu.
Hari ni aku nak share video majlis tunang Ateh.
Aku buat video guna phone je tau. So pempaham je la kualiti dia memang stok karaoke jamban punya video la.
Sebab phone aku ni takde la canggih mana. Phone free kottt.
Hasil menang contest kuikuikui.

So korangzzz layanzzzz je la video dulu ye.
Later aku update full story majlis dia.



Sojuk budak tu jang oiii!!

Masihhhhh bukan entry Mother's day. Haha!

Dah kenapa sibuk sangat tanya mana entry Mother's Day kan.
Hari-hari pon aku mother apa.
Setiap saat, setiap detik waktu dan ketika aku ialah mother..
Esok pon masihhhh 
maderrrr...

-______-

Penat ok sebenarnya jadi maderrr nih.
Maderrr mana ada cuti.
Kalau hari buruh, semua buruh dapat cuti kan.
Dah kalau hari ibu?
Mana ada ibu-ibu dapat cuti bhaiiii..
Tetap kena menjadi ibu jugak ok.

Cuba kalau aku bangun pagi di hari ibu, tetiba rasa macam nak cuti dari menjadi ibu pada hari tersebut. Pastu bila Haikal mintak nenen, tetiba jawab 

"Eh eh tak boleh tak boleh! Sorry hari ni saya off day."
*libas boxer sambil tarian ballet*

Boleh??
Takkan dapat der gitu. 
Tak sampai 3 minit kompom kena panah petir. Hanya kerana tidak memberi nenen. Haha!

 So begitulah ye kita ibu-ibu sekalian.
Walaupon nama Hari Ibu,
tetap kena setelkan laundry, kosongkan sinki dapur yang tak pernah kosong tu, 
paling lama kosong pon patbelas saat je pfft
Pastu siapkan sarapan, lunch dan dinner untuk family. Mungkin lepas ni boleh syorkan hari ibu adalah hari puasa sunat sedunia kecuali ibu-ibu je boleh puasa yok-yok haha!
Anak kencing berak pon tetap ibuuuuuuuuu yang kena setel.
Anak nak mandi pon, ibuuuuuuuu
Anak nak nenen, ibulah jugak takkan ayah pulak. Masin kottt kahkah.

Jadi
Marilah kita bersabar. Huhu!

Tapi hari ni bukan aku nak cerita pasal Mother's Day tempoh hari (walaupon dah lima perenggan engko bebel pasal Mother's Day, oh maafkan saya).
Sebab rasa malas pulak nak upload gambar Ahad lepas. Esok je la eh. Takpon lusa. 
Pastu buat-buat lupa je lah senang kan.. ;D

Hari ni aku nak share video Haikal main hujan je. T_T
Ye dia sekarang memang semakin kronik bila nampak hujan. 
Sebijik macam ipin nampak ayam goreng. *eh ada kena mengena ke?*
Dah la dalam video ni, dia main hujan masa kat rumah Mak (MIL).
Berapa kali tah kitorang kena marah ngan Wan (nenek hubby). Haha!

Sikit-sikit Wan jerit,
"Ya Allah kang domam anak kau tuuu!"

Selang seminit,
"Eyyyyyy!! Den tak tahu la camano laie nak koba an! Masuk la, jangan main hujan tu laieeee!!"

Selang seminit setengah,
"Ya Allah apo dogey bona tuuu! Bawak masuk budak tu! Sojuk budak tu jang oiiii!"

Aku diam je. 
Sebab aku tengok hubby pon buat tak tahu je. Kahkah.
Kong hajo sangat.
Tapi Wan kalau marah comel tau. 
Sampai rasa was-was nak rasa takut ke taknak ni? Haha!
Tapi kalau dah kali ke patratus juta dia jerit suruh masuk tu, aku takuit la jugak. Kang kena sumpah jadi peti ais pulak...



Video ni aku buat ada soundtrack.
Sebab kalau tak letak soundtrack, nanti boleh dengar suara Wan marah kitorang hihi. 
Malu iolls dah tua bangka pon kena marah. T_T

Macam mana payung dan kereta boleh bekerjasama. ;D

Haikal sekarang dah panjang akal sikit.
Dah tak main macam biasa.
Tengok la dia main kereta mainan dia macam mana.


Boleh pulak payung tu jadi aksesori kereta kahkah.
Kepada semua yang tanya kenapa haikal dah kurus, tengok lah video itu dan anda akan bertemu jawapannya. Wah gittew.
Mana tak kurus, hari-hari tolak kereta dengan payung keliling rumah ok. 
Usain Bolt pon pancit kalau training camni hari-hari.
Setakat lari keliling KeyEll takde hal lah.
Cuba lari sambil tolak kereta? Dengan payung?
Mampuuuuu???

-__________-

Dah banyak mulut dah diaaaa!!

Kepada yang suruh aku upload video Haikal bercakap, nah ni untuk korang.



Macam lah kau paham apa yang dia cakap tu haa.
Haha!
Tapi takpelah. Buat-buat faham je.
Sambil tengok video tu, jangan lupa pura-pura angguk faham berkali-kali.
Ok lah.
Hari ni banyak keroje tahuuuu!

Bruno Mah.

Kegemaran Baby Haikal sekarang ialah menari.
Asal rancak sikit lagu yang dia dengar, mula la terangkat-angkat vontot. 
Pastu hayun-hayun tangan. Pastu teleng-teleng kepala. Hamboi dia tuuu.

Tapi everytime tengok dia manari, aku rasa macam nak tercabut jantung.
Sebab kemain ganaih budak tu menari.
Kejap hentak kaki, kejap menonggeng, kejap berpusing sampai pening.
Pernah sekali dia terantuk kat pintu sebab sakan sangat joget pusing punya pusing punya pusing last-last terlepekkk dahi di pintu. 
Haaa kannnnn dahhhh mendapatttt lagiiiii...
Pffft.

So nah. 
Tarian tiang tanpa tiang untuk korang. Performed by Baby Haikal.
Haha!




Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Anak Kampung (Episod 2)

Korang ingat lagi tak entry ni?
Dasar Anak Kampung.

Masa tu Baby Haikal baru 9 bulan gitu.
Dan waktu tu, lagu anak kampung tu je lah yang dia suka.
Kalau pasang lagu lain, mesti dia buat tak tahuuuu saje.

Dan memang lagu Anak Kampung tu all-time fevret dia rupanya.
Sampai sekarang. -..-
Tengok nih...



-____________-"

Bukan main kau kannn.. Dengan siap berkain pelikat bagai. Haha!
Kebetulan dia baru lepas solat isyak berjemaah dengan bapaknya.
Walupon setakat Allahuakbar sekali, pastu terus lipat sejadah kahkah.
Lepas tu terus nak dengar lagu anak kampung.
Amboiiiiii....solat tak sampai satu rakaat engko kannn..

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Video lagi.. sila boring.. -_________-

Ok serious boring.
Semalam video, hari ni video. Esok?
Kita tengok la camane. Mungkin tak update terus. Haha!
Sorry la memang serious bizi sikit minggu ni. 
Tu yang entry-entry pon semua yang dah lama. Scheduled post kata ko... Ngehehe.

Dipendekkan cerita, korang layan je lah video nih.



First time aku dengar lagu ni kan, terus tersuka. 

Aku: Papa, best gila lagu ni kan?
Hubby: Errrr..sape yang nyanyi?
Aku: Bedroom Sanctuary
Hubby: Apa tajuk lagu?
Aku: Lagu
Hubby: Memang la lagu. Apa tajuk dia?
Aku: Lagu la.
Hubby: Ye..tapi tajuknya ape???
Aku: Lagu!!!!!!!!!!!!

-____________-

Kenapalah tajuknya ialah "Lagu"..Kan dah jadi punca pergaduhan sesebuah rumah tangga. Haha! Tak pepasal.
Aku nak mintak maaf siang-siang la kalau ada terbit rasa kemenyampahan dalam jiwa sanubari korang kan. Maklomlah video syok sendiri kottt kahkah.
Aku tak berniat pon. Aku sedar video-video aku semuanya tak berapa semenggah pon. Kuikui. Aku pon sebenarnya buat sekadar suka-suka je. So nanti takdelah boring sangat kalau kitorang nak tengok balik video lama Baby Haikal berulang-ulang kali.
Kalau korang tak suka tengok, delete je la video tu.
Ehh..tak boleh delete eh?
Oh ye la. Ni kan belog aku.... wakaka!
Apakahhhh?? -______-

p/s: Usah ditanya mana kelibat megan fox dalam video. Beliau dah turun pangkat, jadi cameraman dan penyunting video je. Tak boleh jadi heroin dah. Tu la banyak sangat kontroversi, kan dah turun pangkat. pppppppppuih!


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Surprise video for hubby

Hari ni takmo cerita banyak.
Sebab? Takde masa!!!!!
Bizi bizi biziiiii!!! *sambil lari lintang pukang*

Bila tah last week kot tak ingat pulak bila, aku ada buat surprise sikit untuk hubby.
Kasi tetanjat-tanjat boboi sikit. Huhu!
Well, memang akuuuuuu je lah yang memanjangggg buat surprise untuk mamat tu kannn.. Bila tah giliran aku pulak nak tetanjat-tanjat.
*mengharapkan balasan rupanya haha!* -____-

Tapi kan. Memang sejak zaman anak dara lagi, aku memang suka buat surprise untuk orang. Especially untuk family. Sampai Mama pernah cakap,"Kalau birthday mama, ayah atau adik badik, kakngah (aku) mesti orang pertama yang akan buat sesuatu."

Tapi lepas kawen, aku la orang terakhir. Haha!
Sebab urat-urat semua dah putus kan. Ada alasan baikkkk punya. Hak hak hak.
Tapi to be frank, aku memang suka buat orang tergezut-tergezut. Mana tah aku belajar aku pon tak tahu. Sampaikan pernah satu tahap, aku buat surprise untuk sape tah, untuk Daddy kot kalau tak silap. Aku perabih terus gaji aku bulan tu (masa aku buat part time tuisyen). Yang penting aku berjaya buat Daddy tetanjat on his birthday.
Beberapa hari lepas tu, terus nyesal. Kahkahkah.

Tapi tahun depannya, buat lagi. Memang hobi tahunan nampaknya.  -______-

Tapi aku pernah dengar somewhere,
"Orang yang suka buat surprise-surprise ni ialah orang yang kurang kasih sayang. Dia nak dapatkan perhatian lebih sebab tu dia buat surprise."
Hahah! Sadis pulak aku dengar statement tu. Macam betul pon iye jugak. =P
Dalam dua tiga minggu lepas kan. Aku rasa bosannnnnn je hidup kitorang. Hubby sibuk dengan kerja seperti biasa. Aku pulak menjalani hidup yang samaaaaa je setiap hari. So macam boringgggg gitu kan.Tu yang terfikir nak buat surprise kecil-kecilan la untuk hubby disamping naikkan mood diri sendiri. Wah gituuu.
Pikio punya pikio. Aku rasa nak buat surprise video untuk hubby.
Sebenarnya dari Baby Haikal lahir sampai lah sekarang aku ada amik banyakkkkkk video. Tapi bila tengok balik satu per satu, rasa macam boringnya video-video yang aku amik.
So aku pon pikio la camane cara nak bagi video-video yang hampeh itu nampak macam best bila ditengok berulang-ulang kali.

Dannnnnnnnnnnn ni lah hasilnya...



Motip lagu Faizal Tohir? Dia kan boypreng ai..kuikui.
Walaupon dalam video ialah hubby dan Baby Haikal, tapi dalam hati tetappppp bang pejai. *mata satu keatas satu kebawah*

Aku amik masa lebih kurang dua jam untuk buat video ni.
Dan petangnya, hubby balik keroje, terus aku suruh dia duduk depan laptop dan tekan play. Tersengih tersengih tersengihhhhhh je mamat tu tengok.

 Habis je tengok video tu, terus hubby kiss aku sambil cakap,  
"Terima kasih sayang...Touching dah ni. Malam ni Papa belanja makan luar ok." Derrrrrrrrrrrrrr.....takkan kena buat video dulu baru dapat makan luar.
Hari-hari makan luar tak boleh ke?
T_____________T

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

First time makan limau masyam.

Sebelum ni aku tak pernah bagi Baby Haikal makan limau mandarin mahupon limau nipis ataupon limau kasturi. Sebab..entah. Taktau kenapa tak pernah bagi.
Mungkin tak terfikir kot.
Biasa la kalau tengok buku resepi baby, balik-balik pisang pisang pisang. 
Ingat anak aku kera ke? *emo tak ketahuan hala*
 
So bebaru ni kitorang beli limau mandarin.
Biasa la bila beli yang banyak-banyak, mesti ada yang manis ada yang masam ada jugak yang busuk. Nasibbbbb engko lah. 
So masa aku makan limau yang masam, aku try bagi Baby Haikal rasa.  
Nak tengok reaksi dia macam mana kan.

Nah korang tengok video ni.

  
 Walaupon sampai kecik-kecikkk mata menahan masam, tapi lepas lima saat menganga lagi minta suap limau. Haha!
Tapi aku perasan Baby Haikal memang suka benda yang masam-masam.
Seperti.........ketiak ibu?

Ok bye!  
 

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

No No No~

Baby Haikal sekarang kemainnnnn lagi perangai dia tau.
Bebaru ni kan, ada beberapa lagi perangai baru dia muncul. Huhu!
Kalau tengah nenen kan, kengkadang dia boleh main tiup-tiup pulak. Tak payah la korang nak tanya aku dia tiup ape. Dah aku cakap tadi tengah nenen, tiup apaaaaa lagi kannnnn.. Haha!
Dia bukan nak nenen sangat pon sebenarnya. Tapi nak main. Takde benda yang lebih senonoh kau nak main kan yang.. -..-
Sorry pasal ni aku tak boleh letak gambar mahupon video. Kangggg..... huhu!

Lagi satu perangai dia, dia suka buat No No No pakai jari telunjuk.
Sebelom-sebelom ni memang aku dengan hubby je selalu buat camtu kat dia. Contoh macam tetiba Baby Haikal main dengan tong sampah ke kan. Mesti aku datang dekat-dekat sambil cakap no no no sambil jari telunjuk goyang-goyang.
Tapi sekarangggg, Baby Haikal pulak yang buat no no no kat kitorang.
Derrrrr...kong ajo la tu kannnnn...

Kengkadang aku tengah masak kat dapur kan. tetiba cari senduk takde. Mesti Baby Haikal la yang main sape lagi. Pastu aku pon rampas la senduk tu dari dia kan. Tetiba dia buat jari no no no. Terpaksaaaa aku masak guna garpu. 
Ye rumah aku ada satu je senduk. -______-

Ada sekali tu, aku punya la dah separuh gila berebut periuk dengan Baby Haikal.
Aku nak masak sup ayam, yang dia pulak sibuk nak main periuk tu.
Ho ho hoiiiii..maka berebut la kitorang periuk tu.
Sampai melalak budak tu nak mempertahankan periuk dia kahkah.
Last-last hubby datang, amik periuk tu telangkupkan atas kepala Baby Haikal.

 Terus buat muka simpati tahap maksimum bila aku dan hubby bantai gelakkan dia.
Dah macam magician dah Mama tengok engko yang.
Cuba buat magik sikit. Hahaha!

Last-last projek sup ayam aku terbengkalai begitu sahaja. Kita makan je lah apa yang ada. Bukan di rumah tapi di kedai. Kahkahkah.
Bagus jugak engko main semua periuk Mama yang. 
Dapatlah Mama cuti memasak, cuti memotong bawang, cuti membasuh pinggan mangkuk. Huhu!

Nah video Baby Haikal buat no no no.
Untuk tatapan bakal ibu mertua diluar sana. Huhu!



Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Baby Haikal dah start berjalannnn!!!

 Malam tadi la. Kemain Baby Haikal dah mula berjalan!
Dan pencapaian terbaik setakat ni ialah 4 langkah. Haha.
Empat langkah sahaja walaupon kannnn.
Tapi okay lah untuk permulaan. Kang terus berlangkah-langkah perginya, terkujat pulak kitorang tengok. Macam ada bela sesuatu je kan. Haha

*sila abaikan tupperware yang bersepah-sepah atas lantai tu ye. Tak lain tak bukan kerja Baby Haikal la tu -___-*

 Hubby balik kerja tu terus eksaited tengok Baby Haikal belajar jalan. Siap taknak tukar baju kerja tu okay. Bau asyemmm je. Haha.

31hb ni Baby Haikal genap setahun. So elok sangat la tu.
Dah tau dah nak bagi hadiah birthday ape untuk Baby Haikal. Mestilah kasut. Sempena baru boleh berjalan kan. Hihik.

Hari tu aku dah survey-survey dah kasut budak. Macho-macho je semua! Terus rambang mata aku dibuatnya. Papa, nak yang tu! Nak yang tu! *maknya yang gelabah pilih kasut, anaknya rilek je isap jari dalam stroller sambil dalam hati, KASUT tu ape?? Hahah*
Tapi memang gewwam la tengok kasut tecik-tecik tetomei-tomei ni kan. Ade tu siap matching dengan kasut orang dewasa. Maksudnya kau boleh pakai kasut yang sama dengan anak kau. Satu baby size, satu adult size. Saiz aku pon ade, dah try dah. Eh tetiba birthday aku pon 31hb ni jugek ke? Tetiba aku pon nak beli kasut baru sempena baru boleh berjalan jugek kennn...

Oh lagi satu kan. Aku terlupa nak update korang pasal entry Cerai Susu hari tu.
Cerita aku dalam entry tu macam terdesak gila-babeng punya kan. Tapi sampai hari ni aku masih breastfeed Baby Haikal. Heh. Tapi memang terdesak pon waktu tu. Cuma lepas kejadian tu, aku terus berenti consume steroid. Aku amik yang sedut-sedut tepong tu je (accuhaler). 
Tapi aku kena berwaspada selalu la, seboleh-boleh avoid benda-benda yang mendatangkan asthma semula.
Pastu aku makannnnn semua-semua yang dapat menambahkan susu. Dan Alhamdulillah susu aku dah ada balik. Tapi tak sebanyak susu masa sebelom aku kena asthma attack tu la. Tapi at least ada lah.

Dan dalam masa yang sama, kitorang selow-selow ajar Baby Haikal minum susu formula. In case lepas ni kejadian yang sama berulang lagi. Tak sanggup mak!

Ok lah itu je.
Tak sabar nak bawak Baby Haikal tatih-tatih kat luar rumah petang ni. Nak show-opp kat jiran-jiran lettew! Kui kui kui


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Kereta kecil ku berbunyi pon pon pon..

 
Thanks Hayfa sebab kasi Baby Haikal pinjam kereta kecil warna merah awak ni. Raya ni, nak pinjam lagi boleh? Heheh. Maklang bukan apa. Hari tu Maklang dah nak belikan satu untuk Haikal kereta macam ni. Dah pilih dah yang lagi power dari Hayfa punya ni. Lagi hensem dari Hayfa punya. Tapi bila nak bayar tu, tetiba Maklang tersedar. Rupanya Maklang mimpi je nak beli kereta tu. 
Kah kah kah

Dasar taik idung masyennn.


Dasar anak kampung

Korang tahu lagu anak kampung Jimmy Palikat tu?
Takyah buat-buat taktau la. Tak urban langsung kot kalau taktau.
Padahal siap set alarm nak bangun sahur lagu anak kampung.
Dengan harapan, terjaga dari tidur terus miming "orang miskin tiada apa-apa, kuli kuli...". Pastu terus mood nak masak nasi goreng kampung untuk sahur.
Seswai sangat.

Mengikut pengamatan kitorang, lagu tu je yang buat Baby Haikal berjoget setakat ni. Aku repeat lagu anak kampung SAHAJA.
Punyalah aku kasi dia dengar lagu kuping kiping, marry had a little lambchop. Dia boleh yilekkk je berpeluk tubuh sambil isap jari mata pandang atas.
Tapi bila lagu anak kampung berkumandang je, terus goyang-goyang bontot.
Hoi geli hati makpaknya.
 Siap dengan makpak sekali join goyang bontot. 

Tapi dalam duk goyang bontot tu, aku wonder la kenapa la mamat ni suka lagu tu je?? Memang dasar anak kampung la kot anak aku nih.
Punya la mak pulun makan western waktu pregnenkan kau dulu yang.
Dengan harapan, bila kau keluar nanti, muka mirip Justin Bubur, suka nyanyi lagu Boypreng, speakang London sokmo.
Last-last Jimmy Palikat jugak menjadi pojaan kau yang.
Kalau Jimmy Shanley mak boleh consider lagi.
Kiut pon kiut. Mak pon suka. Eh eh.

Jom layan Anak Kampung versi Baby Haikal goyang bontot. Hihih.


Eksperimentasi dengan muka

Sejak akhir-akhir ni, Baby Haikal sungguh gemar bereksperimentasi dengan muka sendiri.
Berbagai-bagai mimik muka yang cuba dilakukan oleh beliau.
Suatu hari, sedang beliau asyik bermuka-muka, ibunya berpesan.
Jadilah orang yang berguna, kelak kau akan disanjung tinggi.
Sejurus selepas itu..
*Adaptasi dari Kesah Dongeng Pelanduk Yang Tamak Lalu Disumpah Menjadi Dugong*

Eh eh macam segmen kisah dongeng bersama Ustaz Don Mahir Jawi pulak.

Maafkan saya kerana termerapu di pagi Jumaat nan indah penoh barakah ini.
Okay kita berbalik semula kepada pokok pangkal ulam mendatang.

Aku nak cerita pasal Baby Haikal ni.
Yang makin hari makin baaaanyak ragamnya.
Tapi kali ni aku nak cerita ragam yang kelakau la.
Iaitu, Baby Haikal suka betoi kemut-kemut muka tak tentu pasal.
Asal aku biar dia main sengsorang, mula la dia.
Senget-senget mulut. Kerut-kerut dahi.
Sepet-sepet mata. Kembang-kembang hidung.
 Lawak giler kottt.
Dah banyak kali kena bahan dengan aku & hubby.
Baby Haikal pon dah lali kena gelak ngan mak paknya. Kah kah kah
Masalahnya kau buat lawak, mana taknya kena bahan, yang. ;P
*kenapakah wujudnya ibu bapa sebegini -__-*

Ni antara muka-muka fevret yang Baby Haikal suka buat.
 

Masa kitorang snap gambar-gambar ni pon, kitorang sakan gelak berguling-guling. 
Tergelak kegembiraan bagai kera mandapat ciken foldover.
Siyes kelakau!

Maybe korang tengok muka-muka Baby Haikal tu, mesti korang ingat dia macam nak nanges ke, nak ngamok ke, nak marah ke hape kan.
Tapi sebenarnya tak, okay.
Dia memang tengah eksperimentasi dengan muka sendiri!
Percayalah, mamat ni memang drama lebih.
At first, kitorang pon kemain risau bila tengok dia duk buat muka memacam.
Kot la sakit perut ke lapaq ke hape ke kan.
Lelama baru kitorang paham, Baby Haikal tengah memain je.
Tu yang aku cakap, mamat ni memang drama lebih.
Kau takyah duk chuak-chuak sangat. Haha
Tak caya, tengok video ni..


Part yang last tu paling sadis okay.
Aku & hubby dah banyak kali kena sembur ngan budak nih.
Rasa nak semburrr je balik.
Tapi sebab anak, terus merelakan saje diri disembur.
Walau tetiba je, setepek air liurnya di wajahku.
Nak-nak pulak bila si ibu dah siap-siap bermekap cantik-cantik.
Dan-dan tu jugak dia nak sembur. T_T
Takpe lah kasih ibu membawa ke syurga. 
Tetiba.


Ape yang penting?? Kerjaaasama!

Ada satu malam tu, tengah santai-santai dengan family, tetiba mata aku terpaku kat satu sudut rumah. Bila aku teliti betul-betul, rupanya ada satu perlawanan sengit tengah berlangsung antara dua makhluk iaitu Super Semut dan Raksasa Baja Hitam.
Selama ni aku duk tengok Otromen je melawan Raksasa.
Tapi kali ni aku tengok liveeee depan mata!

Sekawan SuperSemut sedang berhabis-habisan menumpaskan seekor raksasa bagak besau yang cuba menawan empayar mereka.
Aku cakap pon dah macam pembaca berita dah nih.
So korang boleh saksikan paparan yang saya sediakan yang bakal menyusul selepas ini.

Seriously bizarreeeeee!
Siap ada background song lagi. 
Untuk makluman, suara-buluh-perindu & bunyi gitar tersebut dimainkan oleh Hubby ye. 
Kih kih kih