Aktiviti kanak-kanak yang murah & bagus untuk perkembangan minda!

Ok topik hari ni agak ke"mak-mak"an sikit.
Orang bujang mesti boring baca.
Tapi kalau bujang yang kuat berangan, boleh la baca sambil berangan anak ada kat sebelah.
Scaryyyy~~
;D

Ok sebenarnya since aku publish entry pasal Child Psychiatrist tu kan, ramai parents yang email aku dan share pengalaman masing-masing buat assessment dengan Child Psychiatrist.
Rupanya ramai jugak parents yang dah pernah bawak anak jumpa Child Psychiatrist kan.
Aku ingat aku sorang je. -___-
Well, ramai yang beranggapan bahawa anak-anak yang perlu jumpa Psychiatrist ni, mesti anak yang terencat otak,
anak ada masalah mental, anak autism, anak asik kena rasuk, etc.
Kamonnn.. TAK SEMESTINYA.

Macam kita. Kita jumpa gynecologist sebab nak beranak je ke?
Tak semestinya kan. Period tak teratur pun jumpa gynae.
Asik sakit perut pon jumpa gynae.
Saje-saje nak cari jodoh pon jumpa gynae. :D

So sama macam child psychiatrist.
Bawak anak jumpa psychiatrist tak semestinya anak kau gila. -_____-
Sebenarnya, semua parents yang ada anak 12 bulan dan keatas,
sangat disarankan bawak anak masing-masing jumpa Child Psychiatrist.
Untuk apa??
Supaya parents lebih mengenali behaviour anak.
Supaya parents tahu cara yang betul untuk handle behaviour-behaviour tertentu.
Contoh, anak kuat jerit, nak buat camane. Anak takut strangers, nak buat camane. Anak terlalu manja, nak buat camane. Anak lembap, nak buat camane. Anak lambat cakap, nak buat camane.
Kat sana ialah tempat terbaik untuk parents belajar mengenali anak masing-masing
dan tahu mana salah silap SEBELUM TERLAMBAT.
Dan supaya perkembangan fizikal dan mental anak dapat diransang dengan baik.
Dan parents bukan sekadar memperbodohkan anak dengan gajet semata.
Amboi kasarrrr ayatnya. -___-

Biasalah kita sekarang dah terlalu moden.
Sampai otak jadi sempit dan tak kreatif bila fikir soal anak.
Bila anak bosan, nah ipad.
Bila anak nak perhatian, nah ipad.
Nanti esok-esok kau dah tua, kau lapar, anak suapkan ipad dalam mulut kau.
Ok kasar lagi. Maafkan saya. -..-

Bagi parents yang dah pernah hantar anak buat assessment dengan Child Psychiatrist, mereka tahu betapa banyakkkkk aktiviti yang boleh dilakukan bersama untuk merangsang fizikal dan minda anak.
So hari ni aku nak share beberapa aktiviti tersebut.
Dan semua aktiviti ni bukan saje based on experience aku sendiri, tapi jugak dari pengalaman parents lain yang sudi berkongsi untuk manfaat bersama.
Siapa kata aku mereka-reka cerita, korang siap. Aku jentik tahi lalat tu kang.
;D

Kalau diikutkan memang terlalu banyak aktiviti untuk meransang minda anak-anak yang diguna-pakai oleh Child Psychiatrist dalam assessment mereka.
Tapi kat sini, aku senaraikan beberapa sahaja, yang aku rasakan murah, mudah dan semua orang boleh praktikkan dengan anak masing-masing di rumah.

Ok jom kita tengok satu-satu.


1) Ring Tower / Tower Blocks / Cup Tower.

Apa-apa sahaja aktivti berkenaan membuat tower adalah bagus.
Macam Haikal, kitorang beli ring tower je. Senang.
Cuma susun yang besar bawah, kecik atas.
Dan supaya dia boleh kenal saiz mengikut turutan yang betul.


Dari aktiviti ni, anak akan dapat recognize saiz dan belajar camane nak buat tower yang seimbang.
Selain ring tower, korang jugak boleh guna barang yang dah ada kat rumah macam cawan plastik atau mangkuk plastik untuk buat tower.


Besar bawah, kecik atas. Suruh anak susun camtu.
Pastu bayangkan iklan anmum, sel-sel otak sedang berhubung. ;D


2) Colour Sorting

Ok untuk aktiviti ni, korang boleh guna apa sahaja benda yang berwarna.
Dan suruh anak asingkan mengikut warna yang sama.
Macam Haikal, selalunya aku guna tiga benda.

a) Fruit Fork.

 


b) Fur Balls

 


c) Batang Aiskrim


Seperti yang kita semua tahu, bermain dengan warna adalah cara paling baik untuk merangsang minda anak.
Aku pon tak tahu nak explain secara scientific. Tapi aku boleh tengok sendiri dari perangai Haikal.
Kalau bermain dengan benda berwarna, dia nampak excited dan bersemangat.
Dia tak cepat bosan dan happy je masa bermain.
Dan menurut doktor, warna bagus untuk stimulate mata anak-anak jugak. =)
 
Aku tak guna benda yang sama setiap hari untuk aktiviti sorting colours ni,
sebab Haikal akan bosan bila tengok benda yang sama hari-hari.
So kita tukar-tukar.
Hari ni batang aiskrim, esok fur balls, lusa fruit fork, dan sebagainya.
Aktiviti ni tak terbatas untuk barang-barang tertentu sahaja.
Asalkan barang tu berwarna, boleh guna.
Sudu ke, sepit baju ke, pensil warna ke, kertas warna ke, stokin ke. -___-


3) Sorting beads

Aktiviti ni agak merbahaya dan wajib ada orang dewasa yang monitor.
Sebab ia melibatkan beads/manik.
Aktiviti ni aku dapat tahu dari mak saudara aku. Dia nurse.
Dan dia jugak pernah bawak anak jumpa Child Psychiatrist,
dan ini salah satu aktiviti yang anak dia buat semasa assessment.

Aktiviti ni mudah je. Korang hanya perlukan manik berbagai warna dan jenis.
Butang baju pon boleh.
Longgokkan banyak-banyak dalam pinggan.
Dan suruh anak asingkan mengikut jenis atau warna.
Dah macam babak nak cari bakal isteri dalam cerita p.ramlee pulak. Kahkah.


Kenapa guna manik?
Sebab benda kecik-kecik ni boleh stimulate fine motor skills anak dan latih anak untuk lebih fokus.
So nanti penglihatan dan pemikiran dia tajam, pergerakan tangan dia lebih lancar.
InsyaAllah bila besar nanti pandai melukis dan tulisan cantik.
Macam iolls.
*muntah*
;D


4) Shape Sorting

Masa Haikal baby dulu, kitorang ada beli shape sorter yang macam ni.

 

Branded dan mahal.
Berlagak habis la masa tu. Bahah.
Tapi percayalah cakap aku. Tak worth it langsung korang beli shape sorter yang mahal-mahal camni.
Dah la mahal, pastu blocks dia tak banyak.
Macam yang aku beli ni, blocks dia dalam 18 ketul je.
Umur belum setahun Haikal dah boleh buat tak sampai 2 minit. 
Sekarang dia siap dah boleh masukkan shape tu dari dalam ke luar. -____-
Lagi satu yang aku tak suka, kegunaan dia tak pelbagai. Boleh guna sebagai shape sorter sahaja.
Boring. Dan membazir.

Nasib baik ada sorang ibu yang share tentang shape sorter yang lebih berbaloi.
Katanya, kat Mr.DIY ada jual wooden blocks (100 ketul), harga cuma RM40.
Ada tiga kegunaan pulak tu:

Shape sorter.


Boleh buat castle atau tower.


Dan boleh buat Domino jugak!

Lebihhhhh berbaloi dari beli shape sorter yang mahal tapi tah hape-hape itu. -..-
Jadi Haikal pon boleh main lebih lama dan tak bosan dengan satu aktiviti sahaja.
Selain boleh rangsang otak dalam mengenal pasti shapes,
benda ni jugak boleh enhance kreativiti anak dalam construct castle dan susun domino.
Oh selain tu, korang jugak boleh suruh anak sort colours menggunakan wooden blocks ni.
Kan dia ada banyak warna tu.
Sangat beronok-ronok bukan? :D


5) Penyepit baju.

Masa buat assessment dengan Dr. Sherine, Haikal ada buat aktiviti ni.
Guna sepit baju.

Tak payah yang fancy-fancy camni pon takpe.
Sepit baju mydin pon boleh guna. =)
Korang boleh latih anak tekan sepit baju tu dan sepit di tepi bekas seperti ini..


Selain merangsang otak, aktiviti ni sangat bagus untuk motor skills, sensory skills, dan melatih anak mengawal tangannya.
Memula memang payah. Sampai herot-herot mulut Haikal nak picit penyepit tu kahkah.
Tapi lama-lama dia semakin terrer.
Makin laju dia buat. =)


6) Fur sticks & Penapis Sayur.

Bahah.
Kenapa penapis sayur perlu terlibat sama dalam hal ni. -___-


Fur sticks ni aku simpan sejak zaman anak dara lagi.
Aku dulu memang suka buat arts. Macam buat kad mother's day ke hape kan.
Biasalah anak dara mana ada kerja lain. Nak tolong mak kemas rumah, malas. -..-

Korang boleh cari Fur Sticks ni di mana-mana kedai stationaries. Mesti ada punya.
Apa yang korang perlu buat ialah, potong fur sticks tu pendek-pendek
dan suruh anak masukkan dalam lubang penapis sayur.


Aktiviti ni pun bagus untuk latih anak lebih fokus dan stimulate fine motor skills.
Selalunya aku suruh Haikal cucuk dan susun mengikut warna fur sticks tu.
Aktiviti ni memang fun sebab boleh menguji tahap kesabaran anak korang jugak. :D


7) Hair bands, lidi dan penapis sayur.

Ye, masih menggunakan penapis sayur. -___-


Tapi kali ni kita guna penapis sayur berlainan dari yang tadi.
Supaya blog readers tahu kat rumah iolls ada banyak penapis. Kahkah!

Ok tentang hair bands, semua mak-mak mesti ada hairbands bukan?
Takkan la kau memasak dengan rambut lion king segala.
Macam aku, memang suka standby hair bands banyak-banyak kat rumah.
Sebab hairbands ni, hobi dia menghilangkan diri selalu.
Sebelum mandi elok je letak atas meja, tetiba habis mandi ting! Hilang. -..-
So kalau travel ke apa, aku memang standby banyak hairbands dalam wallet.
Kang kalau hairbands hilang atau hari tu kuat berpeluh so hairband berbau hapak nak pengsan bila bau kahkah.
So lebih senang bila ada banyak spare.

Jadi sementara hair bands yang belum diguna masih banyak,
boleh lah guna untuk buat aktiviti bersama Haikal.
Jangan bagi anak main yang dah hapak pulak ye. Rosak saraf hidung budak tu. ;D

Aktiviti ni senang saje. Anak cuma perlu tarik hairbands dan masukkan dalam lidi mengikut warna.
Tapi aktiviti ni cukup bagus untuk fizikal dan mental anak.
Sebab?
Sama macam aktviti lain, dapat enhance sensory and fine motor skills.
Latih pergerakan tangan. Latih anak fokus. Latih anak sabar. =)


8) Count the sea-shells.

Ok budak-budak memang cepat belajar mengira bila ada objek dan bukan sekadar menulis di atas kertas.
Korang boleh guna apa-apa barang yang senang dikira.
Macam Haikal, kitorang guna sea-shells.


Korang boleh je kutip mana-mana kalau rumah kat tepi pantai kan.
Tapi boleh jugak guna benda-benda lain macam batu sungai ke kan.
Eh semua benda pon boleh guna kottt. Nak kira je pon kan. -..-

Dalam aktiviti ni, Haikal perlu letak bilangan sea-shells mengikut nombor yang diletakkan kat sebelah pinggan.
Macam ni..

Kalau anak korang dah besar sikit, boleh guna kaedah yang sama untuk ajar maths macam plus minus dan sebagainya.


9) Bolts & Nuts

Ok yang ni pon salah satu aktiviti yang Haikal buat masa assessment dengan Dr.Sherine tempoh hari.
Bolts and Nuts ni korang boleh beli kat mana-mana. Cari yang murah sudah.
Aku beli kat Mr.DIY. Memang murah.
Tapi tak ingat dah berapa. -___-


Benda ni dia berbeza mengikut warna, bentuk dan saiz.
So bolt dan nut tu kena matching dalam 3 perkara itu (warna, bentuk, saiz).
Kalau tak match, memang tak masuk.

Oh aktiviti ni paaaaaling aku suka.
Sebab Haikal kena genius sikit nak main benda ni.
Selalu dia main benda senang-senanggg je kan.
Yang ni susah, padan muka dia. ;D

Tapi lama-lama, pon Haikal boleh buat.
Tak pandang pun rilek je dia buat. -___-

Aktiviti ni bagus.
Selain mencabar minda, sebab kena matching banyak warna, bentuk dan saiz,
ia juga dapat melatih fine motor skills dan hand movement.
Ingat, apa-apa aktiviti yang merangsang pergerakan fizikal (pulas, picit, tekan, tolak, tarik, lompat, lari, merangkak, berguling etc), juga akan merangsang motor skills dan brain development!
Sekali lagi bayangkan iklan anmum, sel-sel otak sedang berhubung. :D


10) Melukis

Walaupon aktiviti melukis ni nampak remeh,
ataupon nampak macam tak best sebab parents tak pandai lukis,
sila tahu bahawa permikiran dan imaginasi budak tak terbatas kepada sesuatu gambarajah sahaja.
Lukislah apa saje dan suruh anak imitate lukisan korang.
Cantik ke tak cantik tu balakang kira.

Masa ni la korang nak latih anak pegang pen, pensil warna, crayon dan sebagainya.
Kajian mengatakan, anak yang SUKA melukis mempunyai pemikiran yang lebih kreatif.
Dan tahap keterbukaannya dalam membuat keputusan adalah lebih luas.
Hamboi.

Dia kata anak yang SUKA melukis ye, dia tak kata anak yang PANDAI melukis. 
So pandai tak pandai melukis, itu belakang kira.
Yang penting, jadikan aktiviti melukis tu sebagai hobi atau rutin harian.

 

Jangan kata parents tak pandai lukis, so taknak buat aktiviti melukis dengan anak.
Rugi.
Lukislah apa saje. Dan suruh anak imitate.
Walau sekadar bulatan atau garisan.

Ataupon buat camni.
Kita lukis sesuatu bentuk (bulat, square, line, oval, etc.) dan suruh anak sambung lukisan tersebut.
Pepandai dia la nak sambung dan menjadikan apa-apa yang dia nak.

Memang la buruk hazabedah lukisan dia. Bahah.
Tapi kita tak tahu apa yang sedang bermain di fikiran dia.
Jadi biar dia lukis, biar dia explore. =)


Ok ni aku saje nak share.
Hari tu aku jumpa crayon blocks ni. Pun dekat Mr. DIY.
Crayon blocks ni sangat berguna. Bila Haikal dah bosan melukis, dia boleh buat tower. =)

Macam-macam mainan budak-budak sekarang.
Crayon blocks lah apa semua lah. -____-

Helloooo mama dulu lukis pakai arang je tau.
Ok tipu. ;D


11) ABC 123 Blocks.

Macam yang aku cakap sebelum ni, warna dan appearance permainan tu memainkan peranan penting dalam menarik minat anak-anak.
Kalau sekadar tulis ABC 123 di atas kertas, mungkin diorang akan cepat bosan.
So korang boleh try guna blocks.
Kat mana-mana pon ada benda ni. Aku beli kat giant tak silap.

 
Sebelum umur 2 tahun, Haikal dah boleh hafal dan recognize setiap huruf A-Z dan nombor 1-10.
Amazing? Memang.
In fact, blocks adalah lebih powerful dari flash cards.
Tak percaya korang boleh cuba.


12) Car track.

Tak payah beli car track yang bertingkat-tingkat yang mahal tu.
Cuma guna masking tape berwarna, dan tampal kat lantai dan design lah ikut suka korang.
Dan amik segala mainan cars yang anak korang ada, dan suruh dia gerakkan car tu di atas track.


Aktiviti ni pon bagus untuk fine motor skills selain melatih anak untuk lebih fokus.
Selain bajet yang murah, sebab korang hanya perlukan masking tape sahaja,
 korang jugak boleh ubah design track tu kepada design yang lebih susah dari minggu ke minggu.
Supaya aktiviti ni jadi lebih mencabar, dan otak anak korang dirangsang dengan lebih baik.


13) Shoot the ball.

Ok ni last.
Aku pon dah penat taip. -______-"

"Shoot the ball" jugak adalah salah satu aktiviti Haikal semasa assessment tempoh hari.
Just baling bola dalam jaring.
Main bola jaring la senang cakap. -..-

Kebaikan aktiviti ni lebih kurang macam memanah.
Dapat latih anak lebih fokus, precise dan concise dalam hidup.
Macam yang kita tahu, aktiviti memanah adalah sunnah nabi.
Tapi pada umur ini, Haikal belum sesuai untuk buat aktiviti memanah.
So untuk melatih ke arah itu, boleh buat aktiviti ni dulu (baling bola dalam jaring).
Dan bila dah besar sikit, boleh ajar dia main dart, dan seterusnya ajar memanah.
Gitu.

Note untuk parents: Jangan lupa letak bakul bawah jaring supaya korang tak lecak ketiak kejar bola sana sini. -___-

Aktiviti ni korang kena lakukan secara berperingkat.
Buat paras rendah dulu. Biarkan dia masukkan ball tu dengan senang lenang.
Benda ni penting untuk build dia punya self-esteem sebelum memulakan cabaran yang lebih susah.
So bila dia kompiden habis masukkan ball dalam jaring tu, baru letak paras yang lebih tinggi.
Kalau boleh paras yang memerlukan anak tu melompat atau mengjingkitkan kaki.
Pergerakan macam ni bagus untuk fizikal especially kekuatan muscle dan tulang dia.
Dan ofkos untuk otak jugak. =)


Ok dah.
Habis jugak entry ni. Hahaha.
Panjang betul lah hai. Terhakis dah jari aku ni haa.
Harap korang sama-sama dapat manfaat lah.
Tak delah sia-sia sangat jari aku terhakis ni haaa.. -___-

Oh lagi satu, mohon jangan tanya aku aktiviti sekian-sekian sesuai untuk umur berapa.
Aku tak boleh jawab.
Sebab lain budak, lain tahap dia.
Macam Haikal, dia dua tahun. Tapi doktor kata pemikiran dia sama macam budak lima tahun. 
Aku tak tahu la nak rasa apa. Bersyukur ada, gerun pon ada.
Nasib doktor tu tak kata macam umur 25.
Boleh aku start carikan jodoh untuk dia. -____-

So sepatutnya, parents tu sendiri tahu tahap potensi dan kebolehan anak.
Jangan takut untuk dedahkan benda baru kepada anak pada umur berapa-berapa pun.
Lagi awal lagi bagus kan.Yang penting keselamatan kena utamakan.
Kalau anak suka masuk barang dalam mulut, dalam hidung, kena awas lebih.

Dan sebenarnya kita sebagai parents pon kena berfikiran kreatif dalam membuat aktiviti bersama anak.
Kalau penat bekerja sekalipon, ada banyak aktiviti mudah yang tak perlu keluar peluh pon.
Jangan malas dan jangan harapkan ipad semata.
 :D





181 comments:

YanaHime said...

tq jiji for this entry, sbb byk jugak idea utk dijadikan mainan anak ni. lately dah kehabisan idea.

Tapi anak tak kering idea laa. main2 sorting2 tu guna pinggan mangkuk mak dia, kalau kat luar rumah guna batu, daun & kayu. sungguh nature gitew!

Makwe Kintan said...

wah amazing la sis.. wlaupun sy tiada anak lg tp ini bagus tambah ilmu saya..nti dh ada anak senang dh tau cara nak praktikkan ilmu mcm ni kat anak..TQ so much.. cayang sikit ! hehe -..-

DYatie ABakar said...

Thanks dear. Pandai Haikal! Acik kagum. =)

Adda Comel said...

Wow.......x pernah terfikir lak kita....

Muja.. said...

Oh Tuhan..banyaknya koleksi utk Haiqal.. Sangat bagus entry ni..

Thanks so much yer mami Haiqal.. Nmpknya mak kena OT tiap mlm ni..sbb time tu ajer ms ngan anak2

syawalsimpsons said...

serius sangat2 baguih la semua XTVT permainan tu..so far alhamdulillah syawal mmg tak da pon carik HP ibu n abah dier..si izz pon main ok je ngan abg dier...

Haza said...

Thumbs up!
Suka dengan semua entry
Tak puas baca dampai habis!
Brilliant kids datang dari brilliant mom!
Best best best :)

fifi said...

Suka sangat entry ni!!! Good job.

Cik (Puan) Fizza Lovalova said...

wahhh bestnyeee mcm2 tips, nnti sis share yg lain ye..

hehe, ade request pulak ;p

Anonymous said...

As salam.. bley rekemen tak child psychiatrist area shah alam? Nk bw jgak ank gi check

M@m@ Mand@ said...

wahh mmg best la...
klu umur 25 boleh la booking tuk calon menantu.. hehe..
best haikal dpt mama yg rajin & bijak..
good info..

A to Z: Little World said...

Thanks for the tips! Sgt2 membantu utk saya yg masih terkapai2 ni :-)

Unknown said...

mohon share

-DoUbLe Z- said...

Tumpang tanya, yg furball tu beli kat mana ye? Terima kasih ye :)

Qider said...

Assalamualaikum, start kenal blog ni sebab entri pasal haikal and child psychiatrist. Actually saya pun bakal bawak anak-anak untuk jumpa child psychiatrist sebab kes speech delay.

Agree with you,mak ayah sekarang patut bawak anak jumpa child psychiatrist bukan sebab anak ada masalah semata, tapi sebab parent sekarang ramai take for granted dengan ilmu parenting dan fitrah anak.

Suffi Izzara said...

nice info.. sngt2 berguna.. as a parent rs tkut plak dng prkembangan ank2 zaman skrg.. sngt cepat. kite pun kena bnyk blajar jugak.

Unknown said...

Assalamualaikum..
terima kasih utk entry ni..
memang menarik jiwa dan raga untuk membaca..
tetiba je dh abis.huish!
InshaaAllah akan dipraktikkan utk cikenet yg bakal membesar tu.
Best Entry ever lh..
<3 <3 <3

maryk_akmal said...

Sgt mnrk info yg awk bg ... Sy br je follow blog ne .. By da way nk tnye since haikal umur bpe ye ajar? Bahy sy dh setaun 2 bln ... Tp x taw hoe to start ...

haslan said...

Wah.. banyaknye bahan yang melatih motor skills yang murah dan boleh kita adapt.. tq moderator

Sabar said...

bukan anak je yg seronok main..dgn mak2 sekali nak main.hehe.MR DIY mmg kdi fav termasuk suami tu..

Unknown said...

alhamdulillah..comel & cerdik Haikal.. semoga jd hamba Allah & anak yg soleh :)

Supermom said...

Thanks, for sharing. May Allah reward you!

Kira Sakura said...

wahhhhh sangat menarik untuk dicuba. boleh cuba walau usia Fateh Usia masih mentah. baru 4 bulan tapi tak salah nak cuba benda simple2 macam kaler tue kan. tenkiu2. sangat gooooddddddddddddddd info

lady butterfly said...

sangat bagus info ni...tq for sharing...i like....

Nadiamiera said...

Salam..info yg sgt2 bergune..thnx for sharing..

are-need said...

Perkongsian yg sgt bermanfaat. Kdg2 ibu bapa belikan anak mainan tp tak nak main sama2 dgn anak. So anak x generate interest untuk main dan lama2 boring dgn mainan diorg. Ibu bapa kna main peranan pelbagaikan cara utk anak bermain :-)

Fiza Rahman said...

Bijaknya Haiqal. Good tips & thanks for sharing :-)

jamilahamzah said...

menarik.. saya ada belikan anak ring tower tu tp dia x pandai susun lg... tp lpeas baca entry ni.. saya rasa nak praktiskan la jugak yg lain2 tu... thanks for sharing..

EjamOthman said...

Peh bestnya cadangan mainan yang disertakan, semangat rasanya nak serang Mr.DIY dengan wife nanti cari mainan2 menarik ini.

Terima kasih untuk perkongsian ini.

amal salleh said...

best best best.. murah pon murah!!
tQ :)

anis-chan said...

nak tanya jugak fur balls beli kat mana?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
cik Anggur said...

subhanallah...makaseh ats prkongsian ilmu insyaAllah boleh cuba kalau ada rezeki nnti ~

Unknown said...

Tq la sis mmg berbaloi dan bermanfaat info u bagi ni....sblm ni x kreatif nk layan kerenah anak2...lps ni boleh manfaatkan pd baby Durrah...x saba lak...baby Durrah baru 3 bln

vasej5 said...

Hey mama, I am amazed with all your creative and low cost activities :) love it and happy to see more n more parents on my track and not only ABC :) keep it up and hope to see more sharing here :)

colourfulsomethings said...

mekasih2 T_T

vasej5 said...

Hey mama, I am amazed with all your creative and low cost activities :) love it and happy to see more n more parents on my track and not only ABC :) keep it up and hope to see more sharing here :)

adikhan said...

Hebatnye...lagi pulak boleh DIY je..tq share knowledge ni..tapi boleh share tak waktu sesuai nak main2 brain game mcm ni..

Sufi said...

Best sharing..nak like banyak2..nt nk try kt ank kt umah ni

Sufi said...

Best sharing..nak like banyak2..nt nk try kt ank kt umah ni

Jazilah Ilyas said...

best la dear tgk anak main banyak2 camtu..akram ni kang mainan beli bnyk2 last2 sepah2..aahhaha..pastu hilang ntah ke mana

tapi mmg anak cepat menangkap keadaan sekeliling kalau kita bebaskan dia dan bg explore semua menda..tp kna ada pemerhatian la kan..

BTW, very good info, very handsome boy..hihih..boleh try certain thingy utk both kids kat rumah ni..

thanks cik puan :)

afibizz said...

Nice info, terima kasih for sharing

SeputihSalju said...

bagus info nih.. berguna sgt2.. sy tak terpikir pun yg gth rambut blh guna dlm pembelajaran.. mintak izin copy ye.. :-)

Unknown said...

Minta izin share. Thumb up for the good info.

MAMSGARAGE said...

Nk share jugak
So next time lupe bole refer blik
Tq

Fiza-San said...

Mula-mula baca sebab kawan suruh. Lepas tu bila nampak ayat "orang bujang mesti boring baca" rasa nak tutup balik tapi kuatkan semangat berjaya baca sampai habis hehe. Cayalah Mama Haikal! *tepuk tangan kuat-kuat*

Unknown said...

nice one...tq ...tips berguna untuk saya as newly mom ;)

mikiorianeko said...

Trima ksih atas ilmu yg diberikn..^_^..

mikiorianeko said...

Trima ksih atas ilmu yg diberikn..^_^..

fnd said...

Terima kasih atas ilmu yg dikongsikan.

Unknown said...

suke! boleh dah start beli penapis sayur banyak2.hahaha tenkiu kak! :)

Unknown said...

suka!
nanti nak cuba.
jazakallahukhairan kathira.

Unknown said...

Tq for the sharing ;-)

Emma Ruzaima said...

t.kasih atas perkongsian yang sangat berguna..

Emma Ruzaima said...

t.kasih atas perkongsian yang sangat berguna..

Shafinaz Harish said...

sis,mmg teringin sgt nak buat ni..tp nak buat dgn anak yg 3 org beza setahun sorg mmg agak challenging..si kakak mungkin faham arahan,adik pulak suka masuk brg2 dlm mulut,yg kecik plak sgt lasak..ehehe..i think i should bring my children jmpa psychiatrist kan..baru i faham their very own needs...but what u share is very useful...suka sgt..i akan cuba,x dpt semua satu je dulu..sbb nak kurangkan jam dierang tgk tb..x tahan btul..tablets dah mmg out skang..tb plak...

Unknown said...

Terima kasih kerana memberi tips yang sangat bermanfaat..saya suka!

Rozita Ceritaita said...

alhamdulillah...salam kenal.. entri yg sangat bagus.. dah jadi parent lama tapi tak pernah terfikir.. terima kasih ye..

Muhammad Syukri said...

Terbaikkk!!
Saya akan gunakan idea ini dan ubahsuai utk murid sekolah rendah sy dalam kelas pendidikan jasmani.
Terima kasih!!!!!!!!!

Unknown said...

thank 4 info ye sis.. nk praktikkn pd 'ammar sket ari lg.. :)

Unknown said...

Hi sis.. entry yg sgt bguna... btw.. boleh share u jumpa child psychiatrist kt mn coz im planning to send my 4yo son jumpa child psychiatrist before refer to speech pathologist bcuz of his speech delayed.. or if anyone noe any kt area k.l plz let me noe.

Unknown said...

entri ttg aktiviti2 anak-anak ni memang best. kena Ummi dia kasi rajin sikit je supaya dapat jalankan aktiviti2 semua ni. hihihi

neways, good good entri. terima kasih!!

aida said...
This comment has been removed by the author.
aida said...
This comment has been removed by the author.
Mommy Adam Adib said...

TQ sis...info yg sgt berguna...mohon share..

Unknown said...

Mane nak dapat fur ball and fur stick tu, selalu pg juga kedai stationery tp xpnh nmpk pun benda ni.. Anak saya 18 bulan tp masih lagi amik barang masuk dalam mulut, so nak buat aktiviti cmni mmg kene pengawasan yang lebih. TQ for your info sis. boleh x sis share klinik psikiatri mane yang boleh bawak budak.

Unknown said...

Thanx sis..memg setuju sgt dgn info2 ni..sgt membantu..ape gunanya kite beli mainan mcm2 utk anak tp xsama2 main dgn diorang..seronoknya..memg colourful..mak ngan ayah budak pon jadi tertarik...haha

Unknown said...

How 2 contact u sis?

ilyannie said...

terima kasih banyak2 for this entry... seronok sangat dan teruja nk apply tuk hero saya 2 org tu. tadi dah msg husben ajak g serang MR DIY tu.. huhuhu thank you yee... :)

Unknown said...

Sharing yang sangat best. TQ2..

mohon izin untuk saya buat 1 entry kt blog sy nnt. Saya akan bg backlink kt entry puan ni.

Saya baru berjinak2 dengan wordpress, dan ada buat 1 contest untuk semua blogger. Siapa yang sudi boleh la kunjungi blog saya ya.

kedaivitaminhalal.com

terima kasih.

CeqGu said...

Terima kasih atas perkongsian yg sgt berguna ni.bkn stakat utk anak sdiri.tp boleh juga diguna pakai utk murid2 istimewa sy semasa proses pembelajaran.harap akan terus berkongsi ye ;)

CeqGu said...

Terima kasih atas perkongsian yg sgt berguna ni.bkn stakat utk anak sdiri.tp boleh juga diguna pakai utk murid2 istimewa sy semasa proses pembelajaran.harap akan terus berkongsi ye ;)

Unknown said...

Good info for me..
Feel free to visit my blog =)
luvlacemommy.blospot.com

zaza said...

Very2 good info...saya suka sangat....tqvm. Allah sahaja dpt balas segala penatlelah awak menaip dan mmberi info. :)

Unknown said...

indeed..good info n tips ;-)

marmed world said...

tbaek lah awk.. rse sbr nk buat hahaha.. sy sdri suke tgk kaler2 tu ni kan plk budak2 kan.. hihihi

amni said...

Terima kasih banyak banyak atas perkongsian. Anak saya belum 3 tahun dah boleh kenal jenama kereta atas jalan tanpa disuruh. Nak katanya. Budak kecik ni kalau kita ajar ape pun macam sponge boleh serap. Ajar yang betol dan dia akan bagi feedback yang mengagumkan dan menghiburkan.

huda saim said...

Beli brg kt Mr DIY tu kt mn ye

kastari multimedia said...

anak yg pintar :-)

https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra+Media.+PT

Teacher Basariah said...

Terbaekla!saya tak mampu nak buat camni..tapi nice sharing!(^_^)

Unknown said...

Salam..akak furr ball tu mana nk dpt?
Anyway thanks for info n suggestions. .mhhh sy nk share ye..

Unknown said...

Salam..akak furr ball tu mana nk dpt?
Anyway thanks for info n suggestions. .mhhh sy nk share ye..

Unknown said...

Best2..ada fb x?(soalan apa ni..hehe sure adkn..)kot bole share blog awak dr fb..add sy ye..janna suzanna..best info sgt membantu..anak sulung da msk 3 tahn..mulut mmg cam.murai mslh msh xbuang pampers..any suggeation x?cara senang nak ajar..sbb dia ckp cm.org tua da tp kencinh o'o' xreti btau..huhu..harap dpt ler membantu ye..

Dkna Abza said...

Gigih betul haikal main..

budak baik said...

Love love love this article.. thanx for sharing..

Anonymous said...

Takjub la...sya lngsung x tpkir mcm ni...apply d real objek for learn...bole apply to my children..tkvm..kalo de lg share lg...

Anonymous said...

Takjub la...sya lngsung x tpkir mcm ni...apply d real objek for learn...bole apply to my children..tkvm..kalo de lg share lg...

mrs faa said...

Assalamualaikum...pertama sekali...thanks atas perkongsian yang sangat2 berguna ni... Actually nak tanya, kat mna eh ada jual masking tape kaler2 tu? Selalu jumpa masking tape yang warna cream tu ja...

Unknown said...

Tq for a good entry. Nnt boleh la sy share dgn org lain.

Saya kata said...

Terima kasih...sharing is caring!!!

Saya kata said...

Terima kasih...sharing is caring!!!

redzamastura said...

Bagus ada entry cmni. Terima kasih kerana berkongsi ilmu. :)

redzamastura said...

Bagus ada entry cmni. Terima kasih kerana berkongsi ilmu. :)

redzamastura said...

Tumpang tanya. Penyepit baju yg fancy cmtu leh beli ktne eh?. :) tq

Unknown said...

Good job....tahniah.
Saya pun nak blajar jg.

Unknown said...

Thank u very much....

Nur Dalin said...

Assalamualaikum kak

ni first time baca blog akak.. dan serious best! gaya akak tulis mmg lawak.. and sgt berinfomasi.. dannn.. anak akak sgt la comeyyy.. puteh gebu nyyaa..

saya belum kawin lagi..hehe... tp suka baca pengalaman org utk persediaan esok hari...

thanks akak for sharing your stories~!

Unknown said...

wow..something good to share.. thanks .. very good info

nurnazfa said...

salam sis..apa yg sis share tu mmg sgt best :) thanx for sharing it with us.. tak sabar nk cuba semuanya dgn my baby nanti.. <3

Unknown said...

Entry yg sgt best...fur ball tu sy ada nmpk dalam daiso..xsemua DIY ada ni kan..nanti nak terjah semua DIY..tq

Unknown said...

Salam. Blog yang menarik. Terima kasih berkongsi ilmu ttg pendidikan awal kanak2.

Qcute Healthy said...

wah..pertama kali masuk blog ni terus jatuh cinta dengan info yang sangat bermanfaat. dari rasa mengantuk sebab dah lewat malam, terus segar dan rasa tak puas membaca entry ni ditambah lagi ralit tengok gambar-gambar Haikal bermain. Sangat teruja tengok Haikal & mainannyer. Handsome boy & clever boy.
Tahniah puan, mg dgn usaha puan ini mendapat ganjaran pahala dariNYA yang tidak putus-putus. amiiin!
Haikal jadi anak yang soleh & taat pada ibu ayah ye nak! Jadi seperti Uwais Al Qarni yang sangat taat pada ibunya.
Mohon share info ini di blog saya ye puan, nanti saya sertakan sekali link info blog puan.
terima kasih.

Jemput ziarah http://qcutehealthy.blogspot.com/

rayhan said...

Anak u brp thn tu..pdinya dia...

ily♥ said...

akibat terpengaruh dgn ur entry, terus ajak husband gi terjah Mr. DIY smlm..boleh sawan rasanya dok dlm tu lama2..banyaknye bende best2..Rambang mata..Seriously i thought Mr. DIY tu jual brg hardware je..Dangggg~
hah...bought that wooden blocks & crayon blocks also..ngeee~

Unknown said...

Info yg bagus..tq sgt sebab share

Unknown said...

Info yg bagus..tq sgt sebab share

Fazeila Isa said...

Salam. Mohon bertanya Mr DIY tu cawangan mana ya dibeli shape sorter block tu? Ada cari juga di MR DIY tapi tak sama dgn yg itu.

Putri_apple said...

Yela..boleh bgtaw x mr diy mne yg jual shape sorter n crayoon block tu x? area wangsa maju cam x jumpa je... huhuhu

fajridil adha said...

blog yang bagus. banyak panduan yang boleh dijadikan rujukan kepada ibu bapa dalam membesarkan anak. tq

ctmah said...

good sharing. thanks wak..akan dipraktikkan

Ifila Saila said...

Info yang sangat bagus dan berguna utk ibubapa dan pengusaha taska&tadika. Mohon share lagi skli..! ;)

Unknown said...

Bagus sgt.jazakallahu khair..

cikmerpatiputeh said...

great entry! well done mama haikal! :)

Aisyah Radin said...

suke la baca blog akak..full of info dan kelakar.gelak sorang2 saya baca..hihi..nnt ammar da besar sy pun nk wat cam akak.no gajet2..sehari leh 1 jam je eh..hee..

jemput la melawat blog sy yg baru nk belajar ni..

www.ummiammararif.blogspot.com

Unknown said...

Subhanallah sungguh x disangka benda yg ada depan mata boleh jadi permainan.thanks a lot. memang sangat teruja.

Unknown said...

Subhanallah sungguh x disangka benda yg ada depan mata boleh jadi permainan.thanks a lot. memang sangat teruja.

Unknown said...

Subhanallah sungguh x disangka benda yg ada depan mata boleh jadi permainan.thanks a lot. memang sangat teruja.

Unknown said...

Subhanallah sungguh x disangka benda yg ada depan mata boleh jadi permainan.thanks a lot. memang sangat teruja.

Unknown said...

Subhanallah sungguh x disangka benda yg ada depan mata boleh jadi permainan.thanks a lot. memang sangat teruja.

Unknown said...

Subhanallah sungguh x disangka benda yg ada depan mata boleh jadi permainan.thanks a lot. memang sangat teruja.

Unknown said...

Subhanallah sungguh x disangka benda yg ada depan mata boleh jadi permainan.thanks a lot. memang sangat teruja.

Unknown said...

Subhanallah sungguh x disangka benda yg ada depan mata boleh jadi permainan.thanks a lot. memang sangat teruja.

Unknown said...

Subhanallah sungguh x disangka benda yg ada depan mata boleh jadi permainan.thanks a lot. memang sangat teruja.

Unknown said...

Subhanallah sungguh x disangka benda yg ada depan mata boleh jadi permainan.thanks a lot. memang sangat teruja.

Unknown said...

Subhanallah sungguh x disangka benda yg ada depan mata boleh jadi permainan.thanks a lot. memang sangat teruja.

Unknown said...

Subhanallah sungguh x disangka benda yg ada depan mata boleh jadi permainan.thanks a lot. memang sangat teruja.

Salsabeel said...

banyak ilmu yang saya boleh ambil darii blog

Salsabeel said...

Terima kasih ye, banyak idea nk buat aktiviti untuk anak2 lepasnie.....Jom borong koleksi#salsabeel_putrijubah.bermula rm15.00

zarazery said...

nk tny kat mana beli basketball net tu?

Unknown said...

boleh saya tahu umur anak awak ni berapa tahun?

Unknown said...

Syukralaki ya ukhti ats pkongsian ilmu... Semoga ALLAH mberikn kshatan&barakah kpd ukhti skeluarga utk mympaikan lbih bnyak ilmu yg bharga spt ini... Jazakallah :)

Unknown said...

Ya Allah..sangat menarik okey..rs nk gi mr.DIY sekarang jugak heheh thanx for the idea :)

Www.adaa-inspiration.com

Faizah said...

Terima kasih byk2 ats perkongsian ni...

Unknown said...

MaashaAllah, Tabarakallah.
Jazakillahu khair buat en suami yang share link Puan Rajiah ni. Sudah pasti, terima kasih saya buat Puan Rajiah atas sharing penulisan santai idea-idea permainan dengan anak. Allahu, kekadang bila dah anak ramai-ramai boleh jadi buntu dibuatnya. Perkongsian ini memberi tambahan idea. Saya mohon izin untuk share di blog saya ya.

Salam balas kunjungan.

Dexandra by raisya said...

Thanks kongsi tips.. saya nak cuba untuk anak saya..

Mama Kembar Tiga said...

Very good sharing. Most of activities similar with what my boys did during their occupational & speech therapy. Benda yang nampak simple but sebenarnya sgt bagus untuk minda budak budak kan. Mama nak copy paste & share kat my blog boleh ye. Will credit to you :-)

[sutera kasih] said...

Perkongsian yg sgt best !! thanks for sharing, nk praktis kt bdk2 nnti hehe

Tips Home Living said...

Salam, ilmu yang sangat berguna. Minta izin share kat fb yer.. :)

Unknown said...

TQ...info yg sangat berguna...nak try buat camni kat anak...TQVM

Unknown said...

terima kasih kongsi tips ni :D anak dalam perut lagi... nnti dah keluar ai praktis. ok nak follow ur blog :D

Yaati Nor said...

alhamdulillah jumpa kembali blog ni..hehehe

Unknown said...

good info. tq for sharing sis.

SkbCenterprise said...

assalam sy nk tny mcm mn nk bwk anak kita pg jumpa child psychiatric ni...
bg sy tips..
sbb sy refer klinik mcm xboleh buat jer..
pg private ker

SkbCenterprise said...

assalam sy nk tny mcm mn nk bwk anak kita pg jumpa child psychiatric ni...
bg sy tips..
sbb sy refer klinik mcm xboleh buat jer..
pg private ker

SkbCenterprise said...

assalam sy nk tny mcm mn nk bwk anak kita pg jumpa child psychiatric ni...
bg sy tips..
sbb sy refer klinik mcm xboleh buat jer..
pg private ker

Syamsina said...

salam...minta nak feature dalam blog saya nanti ye kak

tq

Unknown said...

idea2 yang sangat best! lepas nie boleh serang MR diy

ainaez said...

Allahuakbar,subhanallah,alhamdulillah.terima kasoh dengan perkongsian yang sgt best.lepas ni nak cuba pada anak sendiri pula. =)
ainaez.blogspot.com

ainaez said...

Allahuakbar,subhanallah,alhamdulillah.terima kasoh dengan perkongsian yang sgt best.lepas ni nak cuba pada anak sendiri pula. =)
ainaez.blogspot.com

Nurul Diyana said...

Allah, Terima kasih atas entri yang sangat berguna ini. Mungkin ini jawapan untuk memenuhi aktiviti anak-anak saya. Bosan betul nampak walau dah banyak aktiviti disediakan..Saya ada letak link di blog saya nuruldiyanamohd@blogspot.com. Terima kasih banyak-banyak.

Unknown said...

assalam..akak jii..tq for the info.. sy nak mohon share info ini sebagai panduan masa intern sy nanti ye.. mohon halalkan.. kalau akak ada lagi info n tips yg berguna y akak nak share boleh email kan kt sy kt samirasazali@yahoo.com
semoga dimurahkan rezeki kak ji n family

Unknown said...

Bestnya haikal dapat mummy yang rajin beli toys.

Saya just nak share tentang Tips Pilih Mainan Yang Betul Untuk Anak iaitu

kita perlu pastikan, toys yang diberikan kepada anak mempunyai ciri keselamatan seperti;-

-Tiada permukaan tajam
-Tiada bahagian-bahagian kecil yang mudah ditelan
-Material yang bebas bahan kimia atau bahan toksik
-Barang mainan yang tak mudah pecah

Unknown said...

bnyk nya idea mainan budak...best2...

blh main dengan anak nie.... :)

chedacheyu said...

Tq bagi idea.. Tak sabar nak buat aktiviti dgn anak..

MADU QUADMEDS said...

Terbaik! :)

Sufi said...

terima kasih share..bnyk xtvt menarik..ade x aktiviti sesuai untuk anak lelaki 3- 4 tahun? jika ada boleh share..tq

ruqayya said...

Interesting! I wish I could reverse back the time.

Ruqayya wrotw.... Cara tye dye. Jom buat sendiri!!

Leosweety smartshop said...

as salam boleh tanye tak beli abc block tu kat mane

yN crEATioNs said...

Sgt mmbantu...tq..

Anonymous said...

waa bestnye.nnti nak try buat.

Jemput blogwalking disini http://zindanazie.blogspot.my/2015/09/lebih-confident-dengan-lemon-yellow.html

Unknown said...

terima kasih atas perkongsian.. saya juga ingin lakukan yg terbaik buat anak2 saya.. segala info dan perkongsiaan anda bolehla sy praktikkn... tq..salam perkenalan

Unknown said...

Byknye info time kaseh..:)

pencari ilmu said...

interesting nyaaa😁😁😁. tak sabar nk cuti sem. nk ajar adik adik kat rumah macam nihh. thank u sistaa. mintak mintak lah menjadi. aminn😘🌷

pencari ilmu said...

interesting nyaaa😁😁😁. tak sabar nk cuti sem. nk ajar adik adik kat rumah macam nihh. thank u sistaa. mintak mintak lah menjadi. aminn😘🌷

Halimah said...

Thank you so much.
Skrg tgh hadiri KAP.
Pening nak buat RPA.

Anonymous said...

info ini sangat-sangat membantu saya sebab saya sekarang sangat stress bagaimana nak mengatasi masalah anak yang kuat menangis dan mengamuk...umur baru setahun 6 bulan..

nurhayatt said...

Orang lain semua comment dah lama..hehe..sy baru baca.. Maklumlah baru start mencari info untuk aktiviti anak.. Trime kasih atas info ni.. Seronok baca n tengok

NINA FARHANA said...

Walaupun panjang gigih jugk baca sb input berguna ni ilmu mahaalll sgt. Tak sabar nak buat aktiviti ni dengan anak2😊 tqqqq!

Unknown said...

Hai sis
Macam mana nk jumpa child psychiatrist tu?

Dr Joaquin Bravo said...

Amazing amount of great, actionable advice. I will keep coming back to this Post....

Unknown said...

Assalamualaikum puan, idea2 diatas lebih pada anak2 kecil.. Saya ada anak berumur 7 tahun yang mmg ada masalh fokus, ada idea x aktiviti apa yang sesuai untuk anak range umur ni. TQ

Unknown said...

Berita Bola Terkini
Prediksi skor
Promo Bonus
Agen Domino Qiu Qiu
poker online terpercaya

sitisaradhatul said...

Terima kasih atas perkongsian
,idea ni sgt membantu saya :)..Semoga dikurniakan pahala dan manfaat yg berterusan..

SqasQAS said...
This comment has been removed by the author.
Misterius Human said...

agen bola terpercaya - bandar bola online - bandar poker
Kamubet adalah Bandar judi online terpercaya yang menyediakan permainan sportbook, casino, slots, togel, sabung ayam, dan poker juga banyak bonus-bonus menariknya..

mau tau bonus apa saja yang kita sediakan?

berikut promo kamubet :
- BONUS DEPOSIT NEW MEMBER SLOT GAMES 50%
- BONUS NEXT DEPOSIT 20% SLOT GAMES
- WELCOME BONUS DEPOSIT SPORTBOOK 100%
- WELCOME BONUS DEPOSIT SABUNG AYAM 100%
- BONUS CASHBACK MIXPARLAY 100%
- BONUS ROLLINGAN LIVE CASINO 1%
- BONUS CASHBACK SPORTBOOK 10%
- BONUS DISKON TOGEL UP TO 66%
- BONUS CASHBACK SLOT GAMES 5%
- BONUS DEPOSIT SETIAP HARI UP TO 20.000- BONUS REFERRAL SEUMUR HIDUP

Jangan lupa daftar sekarang juga di kamubet.biz

sylas ct said...

aphelios ct
Sylas Ct
Lucian Ct
sett ct

Situs Judi Online Terpercaya said...

NAGAQQ | AGEN BANDARQ | BANDARQ ONLINE | ADUQ ONLINE | DOMINOQQ TERBAIK

Yang Merupakan Agen Bandarq, Domino 99, Dan Bandar Poker Online Terpercaya di asia hadir untuk anda semua dengan permainan permainan menarik dan bonus menarik untuk anda semua

Bonus yang diberikan NagaQQ :
* Bonus rollingan 0.5%,setiap senin di bagikannya
* Bonus Refferal 10% + 10%,seumur hidup
* Bonus Jackpot, yang dapat anda dapatkan dengan mudah
* Minimal Depo 15.000
* Minimal WD 20.000

Memegang Gelar atau title sebagai Agen BandarQ Terbaik di masanya

Games Yang di Hadirkan NagaQQ :
* Poker Online
* BandarQ
* Domino99
* Bandar Poker
* Bandar66
* Sakong
* Capsa Susun
* AduQ
* Perang Bacarrat (New Game)


Info Lebih lanjut Kunjungi :
Website : NAGAQQ
Facebook : NagaQQ Official
WHATSAPP : +855977509035
Line : Cs_nagaQQ
TELEGRAM : +855967014811

BACA JUGA BLOGSPORT KAMI YANG LAIN:
agen bandarq terbaik
Winner NagaQQ
Daftar NagaQQ
Agen Poker Online

Roseline said...

win88
Slot online
pokerace99

jenny said...

togel online
bandar togel terpercaya
agen togel
judi togel

Estefani Evarista said...

Excellent beat ! I wish to apprentice even as you amend
your web site, how could i subscribe for a blog site?
The account aided me a acceptable deal. I had been a little bit familiar of this your broadcast provided vibrant
transparent concept
Nonton Streaming Movie

Unknown said...

Tidak perlu capek-capek keluar rumah mengantri dan membayar lebih untuk menonton di bioskop, Nonton FIlm movie terbaru bioskop atau serial tv terlengkap dengan subtitle indonesia / subtitle inggris. cukup memiliki pc/laptop atau smartphone dan koneksi internet, kamu sudah bisa mengakses banyak film mulai dari film Action, Horror, Comedy. Selain itu untuk kamu yang sangat nge-fans dengan artis favorit seperti Ryan Reynolds, Keanu Reeves juga bisa dicari filmnya termasuk film-film ngetop seperti Game of Thrones, The Walking Dead, Avengers: Infinity War atau Drama Korea terbaru yang bikin baper lengkap semua disini. Tunggu apalagi! Segera bagikan pengalaman kamu nonton di Filmepik! :D