Showing posts with label earthquake. Show all posts
Showing posts with label earthquake. Show all posts

First earthquake experience

Kecoh satu dunia semalam pasal earthquake kat Acheh.
Sebenarnya dari semalam lagi aku nak update pasal benda ni. 
Bcoz kat utara Malaysia memang gegaran tahap cipan punya. 
Aku kat Penang ni pon tak terkecuali lah.
Tapi aku takut kalau aku update kat belog, nanti family baca, diorang risau pulak. 

Semalam lepas rasa gegaran tu, aku call Mama (kat Shah Alam),
hubby call Mak (kat Putrajaya).
Diorang tak rasa ape-ape pulak. So Alhamdulillah.
Aku pon takde la cerita detail pasal gegaran yang kitorang rasa kat sini.
Taknak la diorang risau sangat.

Tapi hari ni semua dah kembali ok, so boleh la aku story sikit-sikit.
Lepas aku semayang Asar semalam, aku duduk kat study table. 
Sambil godek-godek laptop. Tetiba aku rasa macam goyang pening-pening.
Tapi aku buat taktau je lah. 
Pastu tetiba hanger kat penyidai baju dalam bilik goyang dan terjatuh.
And aku rasa macam rumah aku atas air, goyang-goyang.
Pastu tengok air nescafe dalam mug, berkocak!
Pergh ini lain macam je nih! Aku terus grab Baby Haikal (he was sleeping).
Sambil dukung Baby Haikal tu la aku pakai jeans, pakai tudung, grab handphone,
terus keluar rumah.
Aku tengok kat luar, jiran-jiran semua dah keluar rumah, masing-masing tengah panik.
Ada yang cakap nampak tiang letrik tepi jalan pon bergoyang la. 
Air dalam longkang berkocak la.
Aku pon Astaghfirullah banyak-banyak. 
Memang tak pikir ape dah.

Tetiba aku teringat hubby kat tempat kerja, aku call hubby.
Dia cakap kat opis pon, komputer bergoyang. Semua orang keluar opis.
And big boss dia terus balik rumah sebab risau kat family kot.
Dalam 10-15 minit, aku & Baby Haikal pon masuk rumah balik.
Aku on TV, rupanya ada tsunami kat Acheh.
Masa tu aku cuba bayangkan camne keadaan orang kat Acheh.
Kita kat sini pon dah lintang pukang panik. Kat sana apatah lagi.

Tak lama lepas tu, hubby sampai rumah.
Hubby baru nak duduk-duduk, tetiba rasa gegaran kedua.
Hubby letak air paip dalam 1 gelas, berkocak air tu.
Memang taktau nak describe camne. Jantung berdegup lajuuuuu je.

Lepas maghrib, kawasan perumahan kitorang dah mula lengang.
Masing-masing lari keluar rumah. Sebab ada amaran tsunami kat semua kawasan pantai. Kawasan kitorang memang dekat sangat la dengan pantai (site Penang Second Bridge).
Jiran sebelah aku, siap dengan berkain batik, angkut segala baju, bekal susu anak, nak lari dari rumah.
Ada satu jambatan kat sungai dekat ngan rumah kitorang ni, air dah naik. 
Tu yang diorang chuak nak lari. 
Banyak la jugak kereta keluar dari rumah masing-masing. Nak lari mana tah.
Tapi Stadium Batu Kawan ni dah ade beberapa anggota pertahanan standby kot-kot ada emergency. Siap bukak khemah banyak-banyak.

Kitorang pon keluar rumah, pi lepak Tesco. Hehe bukan nak cari tempat lapang ke ape. Aku siap pakai baju tidur lagi. Haha.
Ada jugak siblings call, tanya keadaan kitorang.
Tapi kitorang jawab biasa-biasa je la. Taknak diorang terlampau risau.
Tapi hakikatnya, berderauuuu je darah ni punya chuak kan. Huhu.

Tapi Alhamdulillah, dalam pukul 11 camtu, amaran tsunami ditarik balik.
Kitorang semua balik rumah.
Tapi ade lagi orang buat kawalan in case ada amaran baru kot.
Tapi sampai sekarang semuanya kembali stabil.
Alhamdulillah. Kita kat Malaysia masih di bawah perlindunganNya.

Let's pray for Acheh. Semoga diorang tabah dan kuat hadapi bencana alam. Sesungguhnya, Allah yang menurunkan bala, dan Allah juga yang memberi pertolongan. Innalillah..

Allah dah bagi aku pengalaman rasa 2 kali gegaran earthquake tu pon dah cukup menginsafkan. Astaghfirullah..Semoga kita semua tak mudah lalai dan alpa di dunia sementara ni.

Tsunami terhebat selepas 140 tahunnnnn!! :O

TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.


Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air. 


Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.


Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.


Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters  


p/s: Doakan supaya gempa bumi tu tak merebak ke negara-negara berdekatan termasuklah Malaysia..