Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Tauhu Sumbat & Kuah Kacang paling senang nak buat!

Dah lama tak share resepi kat sini.
Asyik asyik asyikkk tak menyempat nak ambik gambar untuk share resepi.
Amboi bunyi macam rajin benor masaknya. 
Padahal first day puasa je, KFC yang masakkan.
Pencalonan isteri mithali jatuh kepada sangat.
-______-

By the way, hari ni aku nak share resepi yang cukup simple dimple pimple wunnek,
iaitu tauhu sumbat dan kuah kacang.
Sejenis makanan yang ringkas tapi semua orang suka.
Amboi kompiden itu penting. Heheh.

 Ok persediaan untuk resepi ni, ada 3 peringkat:
1) Tauhu
2) Inti tauhu
3) Kuah kacang

Nampak macam leceh. Tapi sebenarnya tak.
Ibarat nak seribu daya, taknak seribu dalih, tapi kita ubah sikit jadi, 
taknak seribu biji tauhu, nak 10 biji je.
Haaaa.. kan dah senang sikit. ;D

Ok langkah pertama.
Ambil tauhu, basuh, selawat dan masuk dalam oven.
Bakar pada suhu 170'C sampai perang.

Agak lama jugak la proses membakor nih.
Kalau jenis yang tak boleh tunggu, goreng je lah.
Cepat sikit. -___-


Langkah kedua.
Prepare inti tauhu.
Aku guna timun, carrot dan taugeh.

Carrot dan timun tu parut.
Pastu, carrot dan taugeh celur dalam air panas sekejap. Timun tak payah celur ok.
Sebenarnya terpulang kat korang nak letak inti apa.
Ada orang suka letak sengkuang. Tapi aku tak berapa suka.
So terpulang. Nak letak kacang bendi pon boleh.
Tapi kalau kena gelak dengan mak mertua, nasib la. Kahkah.


Ok langkah terakhir.
Kuah kacang.
Resepi kuah kacang ni, aku dapat dari internet.
Tapi tak ingat kat mana. -___-

Sebab masa search resepi tu aku buka banyak-banyak tab,
pastu compare mana yang paling senang, itulah yang aku pilih. ;D
Aku kan.
Kalau pilih yang paling susah, bukan Adlil Rajiah la tu. -..-


Ok resepi kuah kacang yang aku guna ni sumpah senang gila tapi sedap!!!


 Bahan asas yang korang perlukan hanyalah,
cili kisar (2 sudu besar), gula melaka (4 blok kecil) dan kacang tanah (350g).
Ye itu saje. Bunyi macam lawak antara benua kan.
Tapi serius ni betul tak tipu.

 Tapi selain tu, ofkos korang juga perlukan sedikit garam, minyak masak dan air ok.
Kang cemana nak masak kalau takde minyak masak aduiduiduinyapun.

Ok dah ada semua bahan, boleh ikut langkah berikut:
  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak sampai perang. Blender dan ketepikan.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak masak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak
  3. Campak kacang tanah yg telah dikisar.
  4. Pastu tuang la air sampai tenggelam semua kacang tanah tu.
  5. Kacau-kacau sikit, pastu masukkan gula melaka.
  6. Masak sampai pekat macam mana yang korang nak. 
  7. Oh lupa, letak garam secukup rasa. 
  8. Ingat, kena sentiasa kacau supaya tak hangit.
 
Siap!!



Oh lupa, tauhu yang dah bakar tadi, potong dua jadi bentuk triangle.
Dan belah tengah supaya ada lubang untuk sumbat sayur.
Macam ni.


Dah siap macam ni, boleh bagi jiran sikit.
Jangan lupa minta maaf kalau rasa tak sedap kahkah.
Biasa la bulan puasa kan. Tak boleh nak test-test rasa dulu.
Nak test-test rasa sampai berteguk-teguk pulak tu. 
Amboi.

Aku kalau masak memang kena rasa dulu baru kompiden nak hidang.
"Rasa" tu bukan yang main celet-celet kat lidah tu je.
Kena rasa bersungguh biar terserap sampai ke halkum dan otak. 
-______-

So bila puasa ni pempaham je la.
*jeling hubby*
 
Ok dah.
Selamat mencuba!

Spaghetti Prawn Aglio Olio

Siapa kat sini suka makan Spaghetti Prawn Aglio Olio kat Pizza Hut yang sebelas hengget tu?
Yang ada udang sebesar zarah dua ketul je tu.
Yang spaghetti ada beberapa utas je tu.
Yang harga sebelas ringgit, belum campur GST tu. -____-

Meh sep sikit.
Walaupon udang sebesar zarah cuma dua ketul. Tapi aku suka je. -..-
Pergi pizza hut mesti nak order.

Namun, amat menyakitkan hati bila kita baru sedar yang Spaghetti Prawn Aglio Olio berharga RM11 tersebut takkan kekal lama dalam uri perut kita.
Rasa macam baruuuuu je malam tadi kita makan, tetiba bangun pagi ni,
dah rasa sebak-sebak sebab spaghetti tu kata dia dah nak pergi meninggalkan perut kita. Sobs.
Padahal masih terasa-rasa lagi kesedapan dia kat mulut.
Sebab malam tadi lupa nak gosok gigi. ;D

Kamon.. Sampai hati awak.
Saya sanggup bayar mahal tau untuk bersama awak.
Tak boleh ke awak duduk lama-lama sikit dalam perut kita.
At least 3 hari 2 malam ke. -..-

Dan..
Tak boleh ke awak tinggalkan kita dalam rupa yang sama macam masa kita jumpa malam tadi?
Malam tadi awak cantik dan sangat menyelerakan.
Tapi pagi ni, lain betul rupanya. Undescribable. ;D
Kenapa cepat sangat awak berubah?
Bahah.

Begitulah kisah menyayat hati antara saya, spaghetti dan tuuuttt tuuuttt tuuuttt.
 *talian sengaja dimatikan*

Ada satu hari tu kan, aku ternampak resepi Spaghetti Prawn Aglio Olio dalam majalah RASA.
So aku pon belek-belek la. Makin aku belek, makin resah gelisah aku rasa.
Rasa macam, eh banyak pulak syaitooonirrojim kat sini.
Asal tengok majalah masakan je mesti nafsu lapar berbakul-bakul.
Tetiba halkum macam bergerak-gerak asyik telan airliur.
Rasa nak telan je majalah tu. -_____-

Itu memang masalah bila tengok majalah masakan kan? Pfft
Tapi Alhamdulillah, iman aku kuat (BAHAHA), so aku tutup balik majalah tu dan abaikan.

Selang beberapa hari, aku terlintas pulak dengan majalah SAJI.
Tetiba aku terdengar macam ada orang bagi salam.
Macam sayup-sayuppp je suara dia.

Aku pon tercari-cari sambil belek-belek majalah SAJI tersebut,
dan ohhh rupanya ada resepi Spaghetti Prawn Aglio Olio juga!
Dia la yang bagi salam sayup-sayup tadi. ;D

Aku cuba tutup majalah tu dan buat-buat tak tahu.
Tapi semakin aku buat tak tahu, semakin ia menghantui diriku.
Amboi jadi hipotesis terus.
Jadi apa pembolehubah malar kita sekarang? -..-

So sejak hari tu, hidup aku semakin tak tentu arah.
Asyikkkk terdengar macam ada orang bagi salam sayup-sayup. Kahkah.

Sampai la satu hari tu, aku macam kena rasuk tau.
Sedar-sedar je dah kat Tesco tengah beli bahan-bahan nak buat Spaghetti Prawn Aglio Olio.

Nampak tak permainan dia di situ? -____-

Balik dari Tesco, pon masih dalam mode dirasuk.
Pastu sedar-sedar je, ada Spaghetti Prawn Aglio Olio terhidang depan mata.

Maka aku pon melantak dua pinggan.
Aku tak pasti ini semua angkara syaitoooonirrojim ke apa. 
Tetiba je dah sendawa bau udang. ;D

Begitu lah alkisahnya.
Best tak cerita rasuk-merasuk kita pada hari ni? -..-

Tapi memang lagi puas bila masak sendiri rupanya.
Bajet tak sampai RM20, tapi boleh makan 4 orang.
Walaupon kitorang bertiga je, pempaham la lagi satu portion tu siapa yang makan.
Takkan bagi kucing pulakkk. -..-


Untuk tabur-tabur kat atas spaghetti tu, aku guna tiga benda ni.
Parmesan Cheese, Daun Parsli, dan Chilli Flakes.

Sebenarnya tak susah pon buat benda ni. Senang sangat.
Semudah melepaskan kentut di tangga sahaja.
Korang boleh tiru resepi kat bawah ni k.

 Bahan-bahan ( 4 orang )
  • Sebungkus spaghetti (250g) 
  • 1 senduk olive oil
  • 1 labu bawang putih (dicincang haluih)
  • 1 biji bawang besar (dicincang haluih)
  • Udang. Suka hati nak banyak mana.
  • Isi ayam (dicincang). Kat Pizza Hut takde ayam, tapi aku saje tambah.
  • Setengah tin sliced button mushrooms.
  • 1 batang lobak merah. Potong la ikut suka.
  • Serbuk perasa Knorr Pasti Sedap.
  • 1 biji telur. (Ni pon aku memandai tambah. Dasar gemuk. -..-)

Cara-cara:
  1.  Siang udang, buang kulit. Pastu kulit udang tu basuh dan rebus. Bila dah mendidih, tutup api dan ketepikan.
  2. Dalam periuk lain, rebus spaghetti macam biasa dan toskan.
  3. Sementara spaghetti tu masih panas, pecahkan sebiji telur diatasnya dan gaul. Yang telur ni, kalau taknak pon takpe. Tapi kalau ada telur lagi sedap baq hang.
  4. Dalam kuali lain, tumis bawang besar, bawang putih dengan olive oil.
  5. Bila dah naik bau, masuk udang dan ayam. Gaul-gaul sikit.
  6. Bila ayam dan udang hampir masak, masukkan setengah cawan air rebusan kulit udang dalam step #1 tadi.
  7. Pastu masukkan carrot dan mushrooms dan biar sampai mendidih.
  8. Pastu masukkan dua sudu besar serbuk perisa Knorr Pasti Sedap. Dan gaul sebati.
  9. Dah siap, tuang bahan-bahan tumis ni dalam bekas besar berisi spaghetti dalam step #3, dan gaulllll.
  10. Yeayyy dah siap dan dah boleh hidang!
  11. Oh lupa, untuk hiasan letak parmesan cheese, daun parsli dan chilli flakes. Setel!

Sebelum mengundur diri, terimalah sebuah pantun dua kerat dari saya,
Gendang gendut tali pusat,
Kenyang perut, semua berlipat. ;D

Selamat mencuba!

Tips memasak cepat untuk wanita super-sibuk.

Ok bila cakap pasal memasak, automatik dagu kena kedepan sikit.
Baru feel. ;D

Hari ni aku nak share tips.
Basically tips ni untuk orang yang tak berapa cekap kat dapur. Macam aku.
Aku kalau kat dapur memang selowwww je. Aku suka masak rilek-rilek sambil dengar lagu.
Sebab tu masakan aku tiptop.
*kentut*


Satu kelemahan orang yang tak cekap kat dapur ni ialah, tak mampu masak bila kesuntukan masa.
Contoh macam hari tu sibuk ada banyak urusan ke kan.
Confirm takkan masak. Tapaw kat kedai je. -____-

Aku salute dengan sorang kawan aku ni.
Dia seorang isteri, ibu kepada dua orang anak dan bekerja.
Rutin harian dia memang sibuk.
Setiap pagi bangun pukul 4.30 buat breakfast, siapkan anak apa semua.
Pagi-pagi pergi kerja, dah nak maghrib baru balik rumah.
TAPI.
Dia masih mampu masak untuk keluarga dia SETIAP HARI.
Dia cuma amik masa 30 minit je untuk masak nasi dengan lauk. Hebat kan?
Itu kelebihan orang yang cekap kat dapur.

Macam mak mertua aku pon cekap aku tengok.
Rasa macam baruuuuu je dia masuk dapur. Tetiba je dah bawak lauk pauk ke meja makan sambil,
"Ok jom makannnnn!!"

Nasib baik aku kalau bab makan, memang cekap.
Tak tahu la itu dikira kelebihan jugak ke apa. ;D

Tapi apa yang aku nampak,
kerja dapur ni memerlukan KEBIJAKSANAAN dan PERANCANGAN AWAL jugak sebenarnya.
Kau tak boleh menonongggg je masuk dapur sambil dagu kedepan,
pastu expect skill memasak kau sejibik macam Chef Wan.
Tak boleh.
Dagu kedepan pon tak guna kalau otak kebelakang. -..-
Dan multitasking skill kena tinggi untuk cekap di dapur.

Contoh sambil goreng ikan, sambil buat sambal tumis.
Sambil buat masak lemak, sambil siang ikan untuk masak esoknya.
Sambil masak, sambil kemas dapur.
Camtu.
Buat 2-3 kerja dalam satu masa.
Itu namanya CEKAP. Sambil masak sambil otak berjalan.

Aku ni bila entah nak sampai tahap tu. Selowwwww memanjang. -___-
Aku jenis yang tak suka rushing.
Macam sambil tunggu ikan masak kat atas kuali tu,
aku akan rilek kejap duduk atas bangku sambil dengar lagu sambil mengunyah.
Buruk betul perangai.
Nak harapkan dagu je la kedepan. T___T

So disebabkan kelembapan itu, aku mula berfikir.
Dengan perangai aku yang sedemikian rupa, macam mana aku nak menambahkan tahap kecekapan di dapur supaya aku boleh masak makanan yang berkhasiat untuk keluarga setiap hari.
Tanpa perlu mengubah perangai. Kahkah.

Dannnnnnn aku dah jumpa jawapannya.
Ni yang nak share dengan korang nih.
Walaupon kita sebenarnya pemalu. *tetiba*

Aku dah amalkan tips ni sejak 3 minggu lepas.
Dan hasilnya:
  • Aku mampu masak makanan best-best untuk keluarga setiap hari.
  • Masa yang diluangkan kat dapur hanya 20 minit sahaja.
  • Dapur tak bersepah dan tak perlu basuh banyak kitchen utensils. Cuma perlu basuh seketul kuali dan sudip sahaja. Yeayyy!
  • Kerja kat dapur lebih sistematik dan terurus. Tak payah pening kepala fikir nak masak apa hari ni. Sebab semua dah plan awal-awal.
  • Lebih banyak masa terluang untuk anak. Tak banyak masa lepak kat dapur.
  • Grocery shopping lebih cepat dan jimat.
  • Bagus untuk bajet bulanan. Boleh jimat RM100-150 sebulan. Dah boleh beli jubah baru satu. Eceh promosi promosi. ;D

Nak tahu camane aku boleh dapat semua tu?
Ok jom kita tengok satu per satu step dia.



1) Rancang menu untuk seminggu. Bukan sehari.

Macam aku, setiap hari Ahad lepas subuh aku akan sit down dan fikir menu untuk 7 hari akan datang.
Dan dalam bab fikir menu ni, jangan ikut syaitonirrojim. Ikut kemampuan.

Kalau menunya macam ni:
Isnin: Nasi beriani Kambing.
Selasa: Nasi Minyak Kari Ayam.
Rabu: Spaghetti Bolognese
etc etc..

Itu menu syaitonirrojim nama dia. ;D
Kalau ya pon nak menggembirakan perut suami, agak-agak la.
Fikir bajet, fikir khasiat setiap menu, fikir kesihatan keluarga.
Biar realistik, dan jangan terlalu optimistik. Nanti aku lestik.
Sekian pantun 3 kerat.

Macam kitorang, satu atau dua lauk untuk sekali makan sudah memadai.
Tak perlu meriah sangat.
Sebab tu badan aku macam megan fox.
*kentut lagi*

Bila selesai fikir menu untuk 7 hari akan datang tu, list down dengan jelas resepi dan bahan-bahan untuk setiap menu tersebut.

Jangan tanya mana resepi hari Jumaat. Sebab Jumaat hari cuti memasak.
Jumaat letih ok. Kan penat baca Yasin malam sebelum tu. ;D

Yang aku buat kat atas ni contoh je.
Korang nak buat 7 hari 7 resepi berlainan pon boleh.
Macam aku, aku buat 2 hari satu resepi yang sama sebab nak memudahkan pembelian barang dapur.
Supaya tak kalut sangat nak amik banyak benda. Maklom lah ada anak kecik.
Nak-nak pulak Haikal sekarang dah pandai amik barang masuk troli. Pfft.
Tetiba masa nak bayar ada 10 batang carrot dalam troli, padahal rasa macam aku amik dua je tadi. -____-

Plus, bila korang dah plan dan list down betul-betul barang dapur macam tu, korang akan lebih berdisiplin ketika grocery shopping.
Grab barang yang DIPERLUKAN sahaja.
Tak lah ikut syaitonirrojim sangat, main sambarrrr je mana nak.
Dan korang juga tak perlu amik masa yang banyak untuk grocery shopping.

Macam kitorang, grocery shopping adalah setiap Ahad.
Maksudnya kitorang akan beli barang dapur seminggu sekali.
Dan bajet kitorang adalah RM150 sahaja sekali shopping.
Guna cash, jangan guna credit card.
Kang RM150 takkan jadi RM150.80. Mesti jadi RM280 terus.

Syaitoooooonirrojim lagi.



2) Siapkan semua bahan untuk setiap menu sejurus pulang dari grocery shopping.

Macam barang basah seperti ikan, ayam, udang, etc etc, siang siap-siap sementara masih fresh.
Dah siang tu, basuh dan selawat siap-siap sebelum masuk freezer.
Supaya nanti nak masak, boleh defrost dan terus masuk kuali je.

Cara nak store dalam freezer, simpan dalam plastik atau container yang berasingan mengikut menu dan hari.
Isnin satu plastik, Selasa satu plastik, rabu satu plastik, dan seterusnya.
 So nanti nak masak, keluarkan plastik berisi ikan yang nak dimasak sahaja.
Tak perlu nak defrost semuaaaa sekali.
Ikan akan cepat rosak bila defrost-freeze-defrost-freeze banyak kali.
Kan dah membaziorrr.



Ok itu untuk barang basah.
Untuk barang kering macam bawang-bawang dan sayur-sayur, pon kena potong, basuh dan tos siap-siap.
Cuma cara penyimpanan dia berbeza sikit. Sebab sayur mudah rosak lepas dipotong.
So untuk bagi dia tahan lama, balut dengan aluminium foil.
Pon buat berasingan mengikut menu.

Kalau sayur yang mudah berair seperti tomato, bawang, dan sebagainya, balut dalam aluminium foil yang berasingan mengikut spesis mereka sahaja. -..-


Aku guna aluminium foil heavy duty, jenama Diamond. Sebab dia tebal dan tahan lasak.
Bila unfold banyak-banyak kali pon tak koyak. So boleh basuh dan guna berkali-kali.
Dah boleh jimat di situ.



3) Semua bahan yang dah siap disiang/ dipotong, simpan elok-elok dalam bekas dan LABEL mengikut hari.

Supaya korang tak komfius bawang ni untuk menu mana, kentang ni untuk menu mana.

Bila nak masak, buka peti, terus ambil bekas yang berlabel hari tersebut sahaja.
Senang.


Sekian sahaja 3 tips memasak dari saya yang dagu tak berapa kedepan ni. ;D
Aku harap, dengan mengamalkan kehidupan yang lebih sistematik camni, korang lebih bersemangat dan gembira dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang permaisuri rumah.
Taknak jugak cakap surirumah kahkah.

Kalau dulu, setiap kali memasak, mesti camni keadaan dapur.

Meletihkan.
Tapi sekarang, korang cuma perlu letih sekali seminggu sahaja. 
Oh tak tak. Dua kali seminggu. Campur malam jumaat bahahahaha. ;D

Aku harap dengan perkongsian ini, wanita-wanita yang super-sibuk mahupon yang sibuk berangan kat luar sana, lebih kerap boleh memasak untuk suami dan anak-anak.
Ingat, air tangan tu penting.
Bak kata Azhar Idrus, "Biar tak reti masak, janji RAJIN MASAK."
=)

Resepi Meatballs Ikea (Homemade Gravy)

Dah lama tak share resepi kat sini.
Asik asik asikkkk share tips kanak-kanak.
Gaya macam anak dah sepuluh. Puih!
-____-

So hari ni tak nak cakap pasal kanak-kanak, tapi nak share resepi.
Iaitu Meatballs Berkuah Special Ala Ikea.
Amboi gitu nama dia.

Siapa pernah makan meatballs kat Ikea?
Yang belum pernah makan, pergilah rasa.
Rasa sekali, mesti sawan terus malam-malam mimpi meatballs. :D
Memang sedap tak terperi orang kata.

Tapi banyak kontroversi betul food court Ikea tu kan.
Ada yang kata tak halal la.
Ada yang kata takde kelulusan JAKIM la.
Ada yang kata meatballs dia guna daging kuda la.
Yang daging kuda tu paling lulz aku rasa.
Kalau dia kata guna bulu hidung kuda lagi lulz! Kahkah.

Tapi sampai sekarang, still ramai je pergi makan sana.
Pastu masing-masing pon nak upload kat FB gambar meatballs tersedap di dunia tu kan.
Amboi.
Lepas 10 minit, upload gambar usap perut, pinggan dah kosong. Fine.
Pastu halkum besar semacam je, meatball sangkut kat tekak ke apa?
Mungkin sayang nak telan. Kat rumah kang baru telan. ;D

Sajeeee la tu nak bagi orang yang jauh dari Ikea ni menggelupur tengok gambar halkum ada meatball.
Fine fine. Saya fine. -..-


So saya mengambil inisiatif untuk masak sendiri je kat rumah,
 meatballs ala ikea aduinya pun.

Dan ini hasilnya.


Gambar kena gempak.
Baru readers terpedaya dan yakin aku pandai masak. ;D

Ok taknak bongkak sangat la kan.
Sebab kebanyakan bahan aku guna yang instant punya je. Bahah.
Macam french fries, beli yang yang instant. So balik rumah, taruk minyak, gorengggg macam biasa.
Brokoli tu aku stim sekejap. Kasi lembut.
Yang tomato tu langsung tak buat apa-apa. Potong je nipis-nipis.
Meatballs tu pon aku guna yang instant. Jenama MARINA.


Aku suka brand ni sebab meatballs dia macam ada rasa black pepper sikit.
Kalau korang nak beli meatballs brand lain pon ok je.
Meatballs ni aku just goreng tanpa minyak. Api kecikkkkk je.
Berzaman la jugak nak tunggu masak. -..-

Dan untuk gravy dia.
Haaa ni kena bongkak sikit. ;P
Gravy ni homemade, aku buat sendiri kat rumah. Bukan instant.
Tapi resepi dia, aku search-search kat internet jugak la. ;D

Nah resepi untuk gravy.

Macam leceh, tapi sebenarnya senang dan sekejap je buatnya.
Campak-campak, biar sampai mendidih, pastu blend. Dah siap.


Dah boleh makan.
Dua malam berturut-turut kitorang dinner ni je.
Taknak cakap la beli berapa kotak meatballs marina tu kan.
Mama baca kang kantoi.
;D

Resepi Mangga

 Pada satu ketika dulu kan,
 aku pernah janji nak buat kompilasi resepi-resepi mangga.
Kan?
Hah ni lah dia entrynya heheh.
Dah berbulan-bulan, baru teringat nak buat heheh.
Eh jeling-jeling macam marah je tu heheh.
:D

Hari ini aku nak share empat resepi menggunakan mangga.
Haa..excited tak?
Kamonnn. Mangga kot. 
Bukan kacang buncis bhai.
Mangga kotttt.
Rare habis ni. -..-


Ok resepi pertama.
Kek Mangga Kukus.

Korang ingat tak aku pernah share resepi kek pisang kukus dulu.
So untuk yang kek mangga kukus ni, aku pakai resepi sejibik sejibon macam tu.
Cuma, aku substitute pisang dengan mangga.
Of course lah kan. Dah kata kek mangga cik kiah cik melah oi.

Kalau korang tengok resepi kek pisang hari tu, aku guna satu cawan pisang (dilecek) kan?
Tapi yang kek mangga ni aku guna 4 cawan mangga (dilecek).
Sebab kalau pakai satu cawan je, rasa dia macam tak sampai.
So korang kena letak empat cawan jugak. Boleh?
Kalau tak cukup 4 cawan, alaa apa guna mangga terjuntai-juntai kat rumah jiran sebelah tu.
Malam ni tepat pukul 12, jalan pelan-pelan, pastu PLOPP! (bunyi petik mangga kahkah)
Alaa macam tak biasa. ;D

Tapi sukatan mangga tu je korang kena tambah tau.
Sukatan tepung gula apa semua korang jangan tambah pulak.
Ikut sejibik sejibon macam resepi kek pisang tu.
Cuma sukatan mangga je up jadi 4 cawan. Ok?

 Ni hasil dia.

 
 Mama kata sedap. Daddy pon kata sedap.
Tapi hubby makan senyap je.
-_____-


 
Aku tak tahu la kenapa gambar kejap kuning kejap coklat. -..-
Padahal kek yang sama.
Yang gambar kek kuning tu dari camera phone je. Pembongak betul la phone tu.
Kek mangga aku takde la kuning gitu pon sebenarnya. Pfft.

Oh lagi satu kan, ramai tanya camane nak buat kek kukus jadi gebu.
Jawapannya, ada pada pipi si pembuat kek. Bahahaha!

Ok gurau.
Rahsia dia, masa korang putar telur tu, putar sungguh-sungguh sampai kembang.
Guna kelajuan mixer yang paling tinggi.
Kalau ada nombor 10, guna nombor 10.
Sampai terbang pon takpe. :D
Kalau korang putar guna tangan, sambil putar tu pasang muzik tektonik.
Kasi laju sikit tangan tu kahkah.



Ok resepi yang kedua:
Puding Mangga Berlapis.

Nama sebenar dia ialah Layered Mango Pudding, 
tapi kalau bahasa melayu, jadi la Puding Mangga Berlapis. Kan?
Aku takut korang terbayang dagu berlapis je. Haha!
Takde kena mengena dengan dagu pon puding ni tau.


 
Dalam banyak-banyak resepi mangga yang aku pernah try, resepi ni yang paling dirindui.
Sebab paling sedap.
Dan paling VRCWCEZXDJYMIJONKMBG! (Maksud: Sedap tak terkata)

Puding Mangga ni ada dua lapisan.
Lapisan bawah ialah agar-agar mangga.
Lapisan atas ialah puri mangga (mangga yang diblend semata-mata).
Pastu dalam lapisan agar-agar bawah tu, ada mangga yang dipotong dadu.

Sambil taip ni pon dah macam berkumpulll je airliur dalam kerongkong.
Dari luar boleh nampak halkum gerak-gerak tengah telan airliur bahahaha.
Terbayang-bayang sedap dia hoih.

Pastu makan pulak masa sejuk-sejuk.
Hoho makin laju halkum gerak-gerak. ;D

 Nah resepi Puding Mangga Berlapis.
Bukan dagu berlapis tau.




Resepi ketiga:
Puding Mangga Berkuah Cocktail Susu.

Sebenarnya kan.
Agar-agar yang aku buat lapisan bawah dalam resepi atas tadi, banyak lebih.
Sebab puri mangga sikit, agar-agar banyak. How leyy?
Maka muncul la lagi satu resepi. :D

Guna agar-agar yang sama dari resepi atas tadi,
cuma tambah kuah cocktail susu sahaja.

Yang ni pon boleh tahan sedap jugak la. Makan sejuk-sejuk pergh pergh perghhh.
Tapi tak boleh makan selalu la.
Kalau dah standby kaki palsu sepasang kat rumah, boleh la makan selalu. ;D

Ok resepi agar-agar mangga, ikut yang atas tadi punya ye.
Sekarang aku bagi resepi untuk kuah koktel susu tu je.
Senang je lah hai nak buatnya.
Sambil goyang gerudi 7 kaki ke dalam pon boleh buat.



Lagi sekali ulang, ni resepi kuah koktel sahaja.
Resepi agar-agar dia amik yang resepi atas punya.
So bila dah siap kuah koktel susu ni, sejukkan dulu dalam peti.
Bila nak makan, baru tuang atas agar-agar.
Rasa dia, perghhhhh. Terlajak laris. Dapatkan segara! *tetiba*



Resepi terakhir:
Ice-blended Mangga.

Atau dalam bahasa melayu, Ais Kisar Mangga.
Jahat betul ais tu. ;D

Ni resepi paling mudah la aku rasa.
Tak tengok resepi pon dah boleh agak macam mana nak buat.

Oh sebelum tu, aku nak tanya.
Korang yang duduk Shah Alam tu pernah tak rasa Ice-blended Mango kat restoran PakLi Kopitiam Seksyen 7?
Perghhh aku rindu gila nak minum ice-blended mango dia.
Sedap gila hoi.
So atas dasar kerinduan itulah aku buat resepi ni.
Dan hasilnya, langsung tidak mengecewakan.
Ceyyyy puji diri sendiri secara halus. Kahkah.


 
Buat satu jug, dan minum terus dari jug tu.
Fedulik hape aku.

Sebab kitorang takde straw yang besar tu, so pakai je la straw haluih ni.
Itu pon korek-korek kat tempat sudu garpu kat dapur.
Tetiba
"Yeay! Jumpa satu straw!"

Korek-korek lagi,
"Yeay! Jumpa satu lagi straw!"

-__________________-

Pastu masing-masing tak sabar nak minum.
So minum la serentak aku ngan hubby.
Berlaga dahi berlaga hidung pon buat tak tahu je.
Sikit pon tak setim. ;D

 Nah ni resepi ice-blended mangga.



Sekian sahaja entry kompilasi resepi mangga dari saya yang dagu tak berapa nak kedepan ni. Tapi saya harap sikit sebanyak dapat menggembirakan hari anda. *apentah*

Oh lagi satu.
Aku nak minta maaf kepada yang tengah berpuasa. 
Mungkin entry ni ialah satu penyiksaan bagi korang kahkah. 
Tapi anggap je lah ini ujian dari Allah. 
Mohon tingkatkan kesabaran dan ketaqwaan. :D

Aku bukan apa.
Ada sorang kawan aku ni. Asik puasaaaa je kerja dia.
Padan la badan haluih macam toothpick. ;D
So bila aku update pasal makanan je, dia bising sebab dia puasa.
Mana la aku tahu dia tengah puasa kan. 
Dah takdir telah mengaturkan begitu.
 Asal dia puasa je, aku update pasal makanan, 
asal aku update pasal makanan je, dia puasa. 

Nasib kau lah, Nodie!
:D

Mee Goreng Mamak untuk kanak-kanak

Ok dah lama saya tak share resepi di sini.
Saya pasti anda semua ternanti-nanti resepi baru dari saya setelah sekian lama bukan?
Ibarat bulu hidung terlebih, geli-geli bila disentuh. Bahah.
-____-

Ok dah.
Pergi basuh tangan.
Dah sentuh-sentuh bulu hidung tadi, sekarang pergi basuh.
Sebelum masak, kebersihan kena jaga.
Nak-nak pulak kalau nak masak makanan untuk anak. Tak boleh kotor sikit pon.
Kalau untuk diri sendiri takpe.
Untuk suami, lagi la takpe. ;D

Hari ni aku nak share resepi mee goreng mamak untuk budak-budak.
Kenapa untuk budak-budak?
Sebab resepi ni tak pedas.
Pastu tak amik masa yang lama untuk masak. Paling lama pon 15 minit.
Budak-budak selalunya tak boleh tunggu lama kalau lapar kan.
Lama sikit nanti meragam. Serius potong setim kalau anak meragam. -..-

Kebelakangan ni Haikal suka betul makan mee-mee.
Tapi kalau nasi, dia kurang sikit.
Kalau bihun ke, mee kuning ke, pasta ke. Lajuuuuuu je dia makan.
Belum panggil lagi dia dah siap duduk bersila sambil tadah tangan nak baca doa.
Pastu tahu-tahu je dah "aminnn" sambil nganga mulut luas-luas.
Itu kalau mee-mee la.

Tapi kalau nasi...
T_________T

"Haikal, meh makan nasi. Ni ada fish. Ada carrot. Dap (sedap) nya."
*Haikal buat tak tahu*

"Cepat cepat. Nanti nasi nangis. Kesian nasi."
*Still buat tak tahu*

"Eh eh Goodboy nya otromen! Mama sayang otromen la camni. Otromen makan nasi. Mama bagi otromen habiskan lah camni."
 Selalunya ayat ni paling berjaya.
Nanti kang Haikal datang terus terajang semua otromen sambil

"Eypp! No! Angan akan asik Haikal!" 
(Jangan makan nasi Haikal)

-_______-

 Dulu aku pernah dengar pepatah ni,
"Feeding small kids is a battlefield."

Tak sangka pulak betul. -..-
Siapa cipta pepatah tu?
Saya pasti ada tempat untuk awak di syurga kelak. ;D

Ok jom tengok resepi mee goreng mamak untuk kanak-kanak.
Senang je sebenarnya. Tutup mata pon boleh buat.


Resepi ni untuk 2-3 orang ye.
Dah tu. Masa Haikal makan, korang pikir aku buat apa?
Takkan duduk sesaje bhai..
Mesti tumpang barang sepinggan dua. :D


Dia punya inti-inti dalam mee ni korang boleh fikir sendiri kot kan.
Aku biasa letak isi ayam je. Takpon chicken ball ke fish ball ke fish cake ke.
Cheese cake je tak pernah letak lagi. 
Kalau korang nak letak minced beef ke, sosej ke. Suka hati la.

Aku ngan hubby pon suka je perabih mee goreng Haikal ni.
Tapi selalunya kitorang letak sos cili atau chili flakes.
Takpon buat camni; gaul bawang, limau nipis, cili api, dalam kicap manis.
Pastu makan la dengan mee goreng "kanak-kanak-lah-sangat" kau tu .
Perghhhh.
Aku gerenti, hantu kopek lalu pon korang buat tak tahu je.
;D

By the way, aku pernah share resepi mee goreng mamak yang kaw kameha meha untuk orang dewasa. Korang boleh tengok kat Link Resepi kat tepi sidebar tu ye.

Selamat mencuba!

Resepi Aidiladha - Sup Daging, Daging Goreng, Nasi Daging

Bapak lama aku kepam entry ni.
Sepatutnya aku up masa raya haji 1434H hari tu.
Tapi ni dah masuk tahun baru 1435H dah.
-..-

Aku sebenarnya nak share resepi daging korban.
Biasalah raya haji kan. Raya yang sangat sinonim dengan daging.
Atau nama lain, hari menternak daging. :D

Oh sorry. Sekarang kita tengah cakap pasal raya haji ok. Bukan deepavali.
Walaupon orang sekeliling sibuk cakap pasal ladoo,
yang kau dah kenapa tetiba cakap pasal daging?
Takpe.
Tak dosa pon.

So jangan komfius dengan topik kita pada hari ni.
Mentang-mentang kau baru lepas melantak ladoo dua dulang.
Ciss tak ajak. *tetiba*

So musim raya haji lepas, banyak jugak daging aku dapat.
Alhamdulillah, rezeki.

Ada la beberapa resepi baru yang aku try.
Meh aku share.


1) Nasi Daging

Ni first time aku masak nasi daging.
Nasib baik jadi. Kalau tak jadi, mesti tak tenang roh lembu di alam sana. :D

 
  Aku hidang nasi daging ni dengan air asam, acar timun, dan air rebusan daging.


Sebelum aku buat nasi daging ni, aku tengok banyak resepi kat google.
Pastu aku buat la ikut suka hati aku.
Sebab kengkadang ada resepi yang guna bahan yang aku tak makan,
so aku kena substitute dengan something else. Camtu.
So aku share resepi kat bawah ni, pepandai lah korang.
Hopefully kena la dengan tekak korang.
Kalau tak kena, dekatkan sikit. ;D


 


2) Daging Goreng

Ni request dari hubby.
Aku selaku bini paling mitahli abad ini, kena la buatkan. 
Sayang suami kan. -..-


By the way, senang je nak buat bendealah daging goreng ni sebenarnya.
Cuma makan masa sikit sebab nak tunggu daging tu empuk.
Tapi selalunya kalau daging fresh macam daging korban, cepat je empuk.
Tapi tengok jugak la.
Kalau korang potong daging tu setebal ibu jari kaki korang, 
sampai subuh esok pon belum tentu empuk.
Lain la kalau ikut saiz ibu jari kaki aku, sekejap je dah empuk. Ehh! :D

Okay ni resepi daging goreng.


3) Sup Daging

Sup daging ni sebenarnya aku masak masa pagi raya haji tu.
Sah-sah la bukan daging korban kan.
Pagi lagi. Lembu pon belum sembelih lagi.
Elok je lembu tengah meragut rumput melayan perasaan pagi tu.
Hubby ada beli daging kat pasar sehari sebelum raya.
So aku buat la sup pagi raya tu.


Aku kalau masak sup daging ke sup tulang ke sup ekor ke, aku guna slow cooker.
Memang terbaik hasil dia.
Daging empuk tahap boleh kunyah pakai bibir. 
Atau gusi bagi yang takde gigi. :D
Pastu dia punya rasa rempah apa semua, memang meresap kaw-kaw ke dalam daging.
So macam masa kunyah tu, sampai ke halkum boleh rasa keenakan daging tu.
Ok memang exaggerate sangat bunyi dia.
Tapi serious tak tipu.
Lepas seminggu lebih pon still boleh terasa-rasa kat halkum kesedapan daging tu.
Ok exaggerate lagi. ;D

Korang try la guna slow cooker.
Dia tak sama macam pressure cooker tau. 
Pressure cooker memang daging cepat masak kan. 
Tapi dia punya umphh tak sampai bhai..
Slow cooker lagi terangkat bhai..
Aku pernah masak beef stew guna slow cooker.
Dia punya sedapppp..pergh!

Eh ni promot masakan sendiri ke apa?
Terangkat-terangkat apa bagai.
Macam bagus. -..-

Dah. Ni resepi sup daging.

Selamat mencuba! :)