
Haikal: Mama, kenapa kita kena tukar tayar kereta?
.
Me: Sebab dah haus.
.
Haikal: Laa. Kenapa nak membazir duit?
.
Me: Apa yang membazir nya?
.
Haikal: Tak perlu la sampai tukar tayar baru.
.
Me: Kenapa pulak? Tayar dah haus, kena la tukar.
.
Haikal: Tayar haus, bagi la dia minum. Lepas minum, elok la dia.
.
Me: Kelakar ke?
😒
.
Haikal: Apa kelakar pulak? Betul lah. Kalau mama haus, mama buat apa? Minum kan?
.
Me: Haduuuuu...Memang la. Tapi tayar haus tu maksudnya tayar dah botak. Bukan sebab dia haus nak minum.
.
Haikal: Ooo.. Tayar botak sebab rambut dia dah gugur ke?
.
Me: Lahhh. Apa pulak rambur gugur niiii. Tayar mana ada rambutttt adoii!
.
Haikal: Habis tu botak kenapa?
.
Me: Tayar botak tu maksudnya dah nipis, so kena la tukar. Kalau tak tukar, bahaya. Boleh eksiden. Camtuhhh.
😑
.
Haikal: Ooooo.. Cakap je tayar dah nipis, kan senang? Tak perlu kejap haus, kejap botak. Mama ingat tayar tu manusia ke? Kalau mama cakap tayar nipis dari awal tadi, mesti kita tak gaduh.
.
Fine fine fine fineeeeee!
😑
😑
😑
.
Kepada yang cipta term "tayar haus tayar botak" ni, sila pindah ke planet musytari sekarang, sebab anda telah menyusahkan penduduk bumi. Kot ye pun nak cipta term pelik-pelik, cipta la sekali skema jawapan untuk jawab kat budak-budak ni hergh.
.
#HaikalsLogic
#SenakOtak
#TayarHausBagiMinum
#Haduuuuu
😂
.
.
More #HaikalsLogic stories in my bestseller book:#WhySoSeriousParents.
😊
A friend of mine complained --
.
"Babe, anak aku selalu tanya soalan-soalan pelik-pelik. Yang memang takde jawapan. Pening aku nak menjawab. How do i stop that?"
.
Saya jawab pada dia--
"Layan je. Fasa tu takkan lama."
.
Makin stress kawan tu.
Mungkin dia menyesal jugak mengadu dengan saya.
Padan muka dia.
😂
.
So far,
cara yang paling effective yang saya buat bila Haikal tanya soalan pelik-pelik adalah--
asking him back.
.
Anak tanya,
kita tanya dia balik.
Dia tanya lagi,
kita tanya dia lagi.
Dia tanya lagi,
kita bagi bagi bagi lagi.
.
Sampai akhirnya dia annoyed dan berambus.
😁
Tapi beberapa minit kemudian, dia pasti kembali lagi dengan soalan yang lain pula. -_____-
.
But NEVER stop them from asking.
Bila anak bertanya, means their brain is functioning dan stimulasi ransangan sedang berlaku.
Dan bila kita tanya dia balik,
kita sedang menggalakkan lagi stimulasi tersebut.
.
So chill, my friend.
Your child is just being child.
He/she is developing and growing rapidly.
This mind*ucking phase won't last forever, trust me.
😂
Sikit masa lagi, kita pula yang akan rindukan soalan-soalan pelik daripada anak.
.
So for the time being,
LAYAN JE.
.
Saya kongsikan some weirdest questions yang Haikal pernah tanya :
.
1) "Nanti bila Haikal dah besar, Haikal dah kawen, siapa yang akan jadi anak Haikal?"
😑
.
2) "Kenapa haiwan tak pakai baju?"
(Pergi la tanya haiwan. Tanya mama buat apa.
🐖
😂) .
.
3) "Kenapa rambut melekat kat kepala, kat kening, dan dalam lubang hidung?"
(Excuse me, sir. Anda terlupa sebutkan beberapa tempat lagi.
😂) .
.
4) "Mama, kenapa taik lalat boleh melekat kat badan orang, lepas tu boleh tumbuh bulu?"
(hmm good question
💆) .
.
5) "Mama, kenapa traffic light takde warna purple and silver and blue and pink?"
(Traffic light kat planet lain mungkin ada sayangku. Goodbye, earth!) .
.
Semoga kita semua survive fasa yang sangat "mind blowing" ini.
We can do this.
.
Let's sleep (die) now.
Tomorrow got moreee questions to be wasted.
😂
🔫
.
Selamat malam, semua.
❤
.
#WakeMeUpWhenSeptemberEnds
#OrWhenTheirQuestionsEnd
#MyBrainNeedsToRest
#HaikalsLogic

Haikal: Mama, tadi Haikal terkentut tapi takde bau.
.
Me: So?
.
Haikal: Haikal hairan lah. Kadang-kadang kentut ada bau, kadang-kadang takde bau.
.
Me:
😑 Bagus la takde bau. Ke Haikal suka yang ada bau?
.
Haikal: Haikal suka yang ada bau.
.
Me: Erkk kenapa pulak?
.
Haikal: Sebab bau dia boleh tukar-tukar. Kejap bau bawang, kejap bau telur, kejap bau roti. Baru lah best.
.
Me:
😑 Ok dah. Taknak la cakap pasal ni.
.
Haikal: Kenapa pulak?
.
Me: Sebab kentut kan dirty. Taknak lah.
.
Haikal: Mana ada dirty? Dia kan bunyi je.
.
Me:
😑
.
*Diam beberapa saat*
.
Haikal: Mama, kenapa kadang-kadang kita boleh tahan kentut, dan kadang-kadang dia terkeluar sendiri?
.
Me: Aduuu.. Soalan apa ni?
.
Haikal: Haikal cuma terfikir. Mama tahu kenapa?
.
Me: Mama tak tahu la pasal kentut-kentut ni. Nanti tanya papa k.
.
Haikal: Haa ok ok. Sebab papa selalu kentut.
.
Me: Luls.
😂
.
*Diam lagi beberapa saat*
.
Haikal: Tapi kan, kadang-kadang kentut Haikal bunyi macam senjata.
.
Me: Aduuu tak habis-habis lagi ke? Senjata apa pulakkkkk
😫
.
Haikal: Bunyi macam machine gun. Bunyi macam snoring atok pun pernah.
.
Me: Okay dah, enough. Kita cakap pasal benda lain pulak ye. Umm..malam ni kita ajak papa jalan-jalan nak? Kita cari durian. Nak?
.
Haikal: Yeayyy nak nak! Nanti mesti lepas tu kentut Haikal bau durian.
.
Me: Eeeeeeiiiiiiiiiiii
😣
.
.
A few hours later, hati saya masih tak tenang sebab soalan-soalan pelik Haikal tadi masih bermain-main dalam fikiran.
Yes--
tentang kentut.
😑
.
Dan tetiba saya terfikir,
why don't I do some readings on that.
Mana lah tahu dapat jumpa jawapan kepada persoalan Haikal tu.
Dan boleh jadi knowledge baru untuk diri sendiri jugak.
😂
.
So i googled everything about kentut.
Mula-mula rasa macam omggg gross gila apa benda aku baca niii
😑
.
Tapi after reading some research-based articles, saya jumpa beberapa mind-blowing facts tentang this amazing gas we call kentutsss! Terus excited nak share dengan korang semua hahah.
.
.
These are the 10 facts about farts atau flatulence atau orang kita panggil kontutt:
.
1) Hanya 1% je daripada gas kentut yang dikeluarkan, yang mempunyai bau busuk. 99% yang selebihnya adalah odourless! 1% tersebut adalah sulfurous. Cis, kongasam kau sulfurous!
😂
.
2) Secara purata, manusia normal akan kentut 14 kali sehari. Sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak.
.
3) Pengambilan makanan yang ber"angin" seperti cauliflower, kobis, kekacang, broccoli, dan gandum akan buat badan produce lebih banyak gas/kentut. Makanan yang mengandungi Fructose (sejenis gula dalam buah / susu) juga akan cause more gas. Itu yang sampai tahap kentut dalam setiap rakaat solat tapi taknak mengaku.
😂
.
4) Daging, telur dan bawang mengandungi kandungan sulfur yang tinggi, menyebabkan kentut lebih berbau puaka daripada biasa.
.
5) Kentut adalah bahan flammable atau mudah terbakar. So jangan kentut di tepi unggun api.
.
6) Eat smaller meals, stay calm, dan exercise frequently akan bantu badan dan minda mengawal pengeluaran kentut dengan lebih baik. Hiargh!
💪
.
7) Kepelbagaian bunyi kentut adalah disebabkan oleh the amount of gas, the force at which it is expelled, and the tightness of the sphincter muscles (otot di saluran tersebut
🙈).
.
8) Tahan kentut tak merbahayakan kesihatan, tapi boleh menyebabkan kekejangan dan tidak selesa pada perut.
.
9) Kaum wanita lebih sensitive tentang kentut di tempat awam, kerana kentut wanita sebenarnya mengandungi hydrogen sulfide yang lebih tinggi (lebih berbau), berbanding kentut lelaki. K fine.
😒
.
10) Banyak research dijalankan untuk menghasilkan pills yang boleh convert bau kentut kepada bau coklat, rose dan berries. Omgggg nakkkkk
😂
.
Okay dah. Cukup sepuluh.
Bagi lebih-lebih kang korang mengkaji kentut sendiri pulak.
Sebab mind-blown sangat terus curiousity level increase.
😂
.
Sorry kalau topik hari ni agak gross dan buat anda rasa tak selesa. Tapi ia adalah sesuatu yang sangat related to our daily lives kan?
😂
.
Kelakar kan bila persoalan-persoalan pelik yang diajukan oleh anak-anak, sebenarnya boleh membuka mata dan minda kita.
Selama 30 tahun hidup, tak pernah sekali tergerak hati untuk baca pasal kentut ok.
.
So hari ni adalah satu pencapaian.
Terima kasih, Haikal!
😂
.
Have a good day, everyone!
.
I'm still warded.
Cuma hari ni takde masuk air kat tangan, so boleh menaip panjang-panjang yeay!
😁
Nothing serious, cuma asthma attack dan ada sikit lungs infection.
.
Terima kasih kepada yang bagi kata semangat dan doa.
Terus doakan please.
Nak balikkkkkkkk.

I was playing with Haikal,
sambil pegang handphone kat tangan,
busy replying whatsapp and emails.
.
Tiba-tiba --
.
Haikal: Mama tahu tak kenapa superman pakai spenda kat luar?
.
Mama: Err... Tak tahu.
.
Haikal: Nak tahu kenapa?
.
Mama: Nak.
.
Haikal: Superman pakai spenda kat luar sebab masa dia pakai spenda tu, dia tengah main handphone. So dia tak fokus sampai tak sedar spenda dia kat luar.
.
Mama: Errr..ok so?
.
Haikal: So macam mama sekarang lah. Nak main dengan Haikal, tapi layan handphone. Haikal tanya, mama tak jawab. Haikal cakap lain, mama dengar lain. Tak fokus langsung.
.
Mama: Sorry.
😑
.
Haikal: Macam mana kalau mama tengah bercakap dengan Haikal, tapi Haikal sibuk layan handphone. Mama suka?
.
Ok please stop.
I. Am. Really. Sorry.
Dah rasa macam kena tembak dengan bazooka dah ni.
😭
.
Kita manusia memang terlalu mudah lupa dan kena diingatkan setiap hari setiap masa, terutamanya tentang handphone.
Kan?
😥
.
Jangan jadi macam saya yang sering terlupa,
dan jangan jadi superman yang pakai spenda kat luar.
Let's try to be better parents everyday.
.
Kita semua tak sempurna dan selalu sangat buat silap
Tapi tak salah untuk sentiasa bercita-cita ke arah yang lebih baik.
.
InsyaAllah setiap pengorbanan dan usaha,
anak-anak akan nampak.
Yang paling penting --
Allah nampak.
😊
.
Good night, everyone!

I was unhappy with Haikal yesterday.
He was cranky, clingy, dan merengek tak tentu pasal the whole day sampai saya tak boleh buat apa-apa kerja.
.
Sebagai manusia biasa, saya hilang kawalan.
I was mad. Very mad.
.
Saya cuma minta dia faham--
hidup ini bukan semata-mata untuk dia dia dia dan dia.
Saya juga perlukan ruang dan masa untuk pelbagai urusan lain.
Dan dia kat situ tak seperti yang saya harapkan.
.
Hanya memeningkan kepala.
.
Tapi malam tadi,
when I was brushing my teeth,
Haikal suddenly wrapped his arms around my waist, and said,
“Mama, cuba pandang Haikal sekali lagi.”
.
I asked him why.
And he said,
“Haikal minta maaf. Haikal cuma rindu nak pandang muka Mama lama-lama.”
.
I cried.
A river.
.
Bila fikir-fikir balik,
It wasn’t his fault pun.
It was just me—
and my workloads.
Diri sendiri yang tak pandai manage emosi dan masa.
.
Haikal,
Untuk kali yang ke 837452745274527372—
mama pun nak minta maaf.
While we were having some family time last night,
Haikal tiba-tiba cakap--
.
"Bila Haikal besar nanti, Haikal taknak ada dua benda."
.
My husband and I looked at each other.
Masing-masing tak paham apa yang Haikal cuba sampaikan.
.
Me: Haikal taknak ada dua benda? Apa bendanya?
.
Haikal: Bila besar nanti, Haikal taknak ada--
HANDPHONE dan ROKOK.
.
Sekali lagi, saya dan suami pandang sesama sendiri.
Tapi kali ni, melopong.
Tak tahu nak react macam mana.
.
Husband: Umm.. Kenapa Haikal cakap macam tu? Kenapa dengan handphone dan rokok?
.
Haikal: Sebab handphone buat orang malas, lambat buat kerja, dan tak dengar apa orang lain cakap. Rokok pulak buat mulut bau busuk dan suka kotorkan bumi, hujung rokok bersepah-sepah.
.
😨
.
Me: Kenapa Haikal tiba-tiba cakap macam ni? Are you okay?
.
Haikal: Dah banyak kali Haikal nampak. Handphone dan rokok buat orang jadi jahat.
.
😭
.
Haikal sambung--
.
"Haikal pernah nampak orang drive kereta senget-senget, sebab dia tgh main handphone. Bila dah kena hon baru dia letak handphone. Dan Haikal pernah nampak orang campak rokok ikut tingkap kereta. Haikal tak suka."
.
😩
.
Allahuakbar.
True.
So true.
.
Benda simple.
Benda common.
Benda yang hari-hari berlaku.
.
Tapi kita yang dewasa ni dah biasa.
Maka minda terima saje,
walaupun perkara buruk.
.
Tapi anak-anak yang masih terpelihara fitrah ni?
😑
.
Indeed,
They're here to observe us.
To fix us.
.
Children are perfect.
They speak the truth.
They speak what they genuinely feel.
While we are not.
.
Handphone dan rokok--
buat orang jadi jahat.
Sangat.
😭
.
Thank you for today's lesson, Haikal.
Ya Allah, please forgive us.
