Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Batas-Batas Yang Perlu Dijaga Di Rumah Mertua Atau Di Kampung

Assalamualaikum semua!

Baru-baru ni ramai yang tag saya dalam artikel yang viral pasal isu tidur berlonggok kat kampung dan rumah mertua tu.
(Walaupun sebenarnya lebih ramai yang tag pasal isu lowyat. Hmm.)
-____-

Memula malas nak layan, sebab sebenarnya dua tahun lepas saya pernah tulis pasal ni.
Boleh KLIK SINI kalau nak baca.

Tapi tetiba ada sorang kawan saya ni tanya soalan yang sama.


Ok cool please, babe.
Pakai tudung je kot.
Bukan suruh pakai telekung siap usung tasbih 24 jam.
;D

You can do it, insyaAllah!

Sebenarnya isu ni bukan kat rumah atau kampung mertua je,
kat kampung sendiri pun sebenarnya ada bukan mahram TANPA KITA SEDARI.
Pakcik-pakcik kita, sepupu-sepupu lelaki kita, suami-suami adik beradik kita, semua tu bukan mahram bagi kita.
Kat mana-mana pun, kalau ada bukan mahram kena la jaga aurat.

So jangan ingat kat rumah keluarga suami (mertua) je kena jaga aurat ye.
Di rumah keluarga sendiri juga.

Dan bagi saya, ada betulnya apa yang ditulis dalam artikel viral tersebut,
iaitu dalam hal aurat isteri ni suami kena mainkan peranan lebih.
Kenapa?
Satu, dosa isteri, suami yang tanggung. There's no excuse.
Sebab Allah yang dah tetapkan begitu.
Dan bukan setakat dosa isteri sahaja. Dosa anak-anak perempuan juga.

Dua, suami kan ketua keluarga, so perlu ada sense of leadership.
Mengarahkan isteri untuk menutup aurat itu adalah hak suami, dan isteri wajib ikut.
Sebab?
Rujuk balik point nombor 1.

Tiga, syurga isteri kan di bawah telapak kaki suami.
Bukanlah bermaksud kau tengok tapak kaki suami terus nampak syurga.
Atau kau hidu tapak kaki suami terus terhidu bau syurga.
 -____-

Rasulullah saw pernah bersabda:
"Apabila seorang wanita itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, jaga maruah dan patuh kepada suaminya
maka dia layak masuk ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya."
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

So hakak-hakak sekalian (termasuk diri saya sendiri),
taknak ke masuk syurga ikut sesuka hati?
Buat macam rumah sendiri.

So layakkan lah diri kita dulu,
patuh kapada suami supaya lengkap syarat untuk kita dapat privilege tersebut.
Tapi ye lah kan, soal menjaga aurat ni bukan sesuatu yang mudah.
Terutama untuk kita orang perempuan.

Rasa macam lahaiiii perlu ke nak tutup lengan, tutup kaki bagai.
Adik/Abang ipar aku bukan stim pun tengok lengan aku ni.
Dah la berlipat, siku hitam pulak tu.
Kaki pun berbulu.
Ahh tak yah tutup ahhh.

Tak.
Ini bukan soal adik ipar kau stim ke tak stim.
Ini soal peraturan tuhan.
Soal bekalan kita sebelum sorang-sorang duduk dalam kubur nanti.
Malaikat takkan tanya sama ada adik ipar kita stim ke tak stim tengok lengan kita yang berlipat siku hitam tu.
Malaikat akan tanya, kita ikut ke tak perintah Allah suruh tutup aurat depan bukan mahram.
Dan saat itu aurat kita akan jawab,  
"Si polan ni TAK IKUT perintah Allah. Dia biar aku terdedah depan bukan mahramnya ketika makan durian beramai-ramai. Dah la gelojoh, babad tersembul."

Dan ketika itu,
mana kau nak lari?
-____-

 Saya sendiri pun masih BANYAKKKKK kekurangan dan lubang-lubang yang perlu ditutup.
Saya juga langsung tak sempurna.
Bukan juga orang yang tiptop dalam memelihara aurat.
Tapi insyaAllah saya cuba.
Dan dengan menulis pasal benda ni hari ni,
saya harap saya dapat ajak lebih ramai kaum wanita untuk memperbaiki diri.
TERMASUKLAH SAYA SENDIRI.

Dan sentiasa juga ingatkan suami-suami kita, supaya selalu monitor aurat isteri.
Sebab dalam soal aurat isteri, ada bahagian suami.
Terdedah aurat isteri, isteri berdosa, suami juga berdosa.
Tertutup aurat isteri, isteri dapat pahala, suami pun dapat pahala.
:)

Honestly, dulu pun saya jenis yang endah tak endah.
Dalam rumah mertua pakai ketat-ketat, tak pakai tudung.
Bertepuk bertampar dengan adik beradik lelaki suami.
Sebab diorang pun jenis suka bergurau.
Orang bergurau, takkan kau nak duduk tercegat pulak kan. ;D

Dan bila di rumah keluarga saya pula, adik perempuan saya dibiarkan tak pakai tudung,
dan suami saya pun rilekkk je pakai seluar pendek.
Ye lah kan, mentaliti kami masa tu macam,
"Kamonnnn we are family. There's nothing to hide. Even lutut hitam pun, no need to hide also."

Gitu la keibaratannya.
Jahil betul masa tu.
Perangai macam budak-budak.
Dan saya akui, faktor kawen awal juga mungkin mempengaruhi.
Darah muda dan rebellious orang kata.
Hmm -..-

Tapi selepas setahun dua kawen, dah ada ilmu sikit-sikit.
Dah matang sikit.
Dah sedar mana betul mana salah.
Dah sedar apa akibat setiap perbuatan.
Saya mula buat perubahan dan suami mula tegas.

Tak perlu perubahan yang terlalu drastik, takut-takut kita cepat lose the spirit.
One baby step at a time.
Takde la hari ni free hair, tetiba esok turun makan tengahari kat rumah mertua terus pakai niqab nampak kening je.
Memang mak mertua kau terus azan 4 penjuru kang. ;D

Slowly but surely.
And keep the spirit burning.
InsyaAllah kita akan menuju kesempurnaan dalam menghijab aurat.

Saya nak share 4 tips yang kita boleh sama-sama praktikkan bila balik kampung terutama sempena musim perayaan ni.
Dan of course di musim-musim lain jugak.



1) Bab Aurat

Dalam bab ni, saya dan suami selalu pegang ini,
"Kalau di rumah keluarga saya, saya yang kena mainkan peranan lebih.
Kalau di rumah keluarga suami, suami yang kena mainkan peranan lebih."

Maksudnya, kalau ada apa-apa yang kurang manis di rumah keluarga saya,
contoh adik perempuan saya tak menutup aurat ke,
saya yang kena bertanggungjawab untuk attend and tackle adik saya WISELY supaya menjaga aurat.

Kalau saya tengah masak kat dapur dengan adik perempuan saya,
saya akan ingatkan suami supaya tak masuk ke dapur.
Kalau nak masuk jugak, inform dulu.
Dan adik saya akan get ready tutup apa yang patut, sebelum saya izinkan suami saya masuk dapur.
That's how saya menjaga aurat adik perempuan saya dan pandangan suami saya di rumah keluarga saya.

Dan perkara yang sama perlu dipraktikkan di rumah mertua, tapi kali ni suami lah yang kena memainkan peranan.
Contoh, kalau tetiba adik beradik lelaki suami saya muncul, dan saya tengah tak pakai tudung,
suami saya yang akan berlari ambik tudung dan campak kat muka saya. ;D
Yes kitorang memang hardcore like that haha.

Tapi pernah jugak beberapa kali suami saya terlupa.
So saya akan whatsapp dia untuk ingatkan.
Walaupun masa tu duduk sebelah-sebelah je hahaha.
Then dia akan berdesup ambik tudung. Kalau tak jumpa tudung yang proper, towel yang dicampaknya.
-_____-

Bagi kami, ia lebih appropriate dan sedap dipandang bila suami yang lebih menjaga aurat isteri di rumah keluarganya.
Dan isteri lebih perihatin tentang aurat suami atau adik beradik perempuannya bila berada di rumah keluarga isteri pula.

So kesimpulannya, bab aurat ni sebenarnya bukan sahaja tanggungjawab individu.
Tetapi tanggunjawab bersama.
Sama-sama saling menjaga.
Sama-sama saling menyokong.
Baru menjadi.

Dan kalau semua orang faham dan hormat hak masing-masing,
there should be no problem walaupun kena menutup aurat dalam rumah setiap masa.
:)


2) Bab Bersalam

Bab ni pun sama.
Selain adik beradik ipar berlainan jantina,
kita (isteri) jugak tak boleh salam dengan bapa-bapa saudara sebelah suami.
Dan suami tak boleh salam dengan mak-mak saudara sebelah isteri. 
Sama juga dengan nenek-nenek dan atok-atok saudara (adik beradik kepada atok nenek kita),
juga haram bersalam.
Walaupun adat kata KENA SALAM tanda hormat,
takpe, kita slowly educate mereka dan bawa budaya islam dalam adat keluarga kita.

Yang penting, tak perlu bermasam muka,
dan tak perlu gaduh jika dakwah kita tak diterima.
Bak kata ustaz harun din, berdakwah ni tak perlukan kekerasan,
cuma perlu menegur secara berhemah dan menjaga perasaan orang.

Dan blog ni pun salah satu cara lah sebenarnya.
Tegur secara haluihh namanya.
;D

Dan dalam bab bersalam ni, ada cabarannya jugak.
Especially bila ada orang (bukan mahram) hulur tangan nak bersalam dengan kita.
Haa macam mana?

Benda ni ada khilaf pendapat.
Ada pendapat kata harus sambut, sebab nak jaga air muka orang tersebut,
Tapi ada juga kata, haram sebab bukan mahram.
Dan dah banyak ustaz yang saya dengar, diorang kata ambillah mana-mana pendapat pun.
Tiada masalah.
Namun sebaik-baiknya CUBA untuk tidak bersalam.

Kalau saya,
contohnya kalau ada bapa saudara (sebelah suami) dah hulur tangan, saya akan sambut.
Tapi later, saya akan minta suami untuk remind orang tu.
Kalau rasa takde kekuatan nak remind, next time saya akan buat la apa-apa bahasa tubuh yang
mungkin orang akan faham.
Contohnya, letak kedua-dua tangan kat belakang ke,
atau angkat tangan sedikit, dan anggukkan kepala sambil senyum seolah-olah cakap,
"Sorry. Kita tak boleh bersalam."
Atau kalau susah sangat, jauhkan diri dan elakkan berpandangan.
Acah-acah tak perasan la hahaha.

Tapi itu kalau yang pangkat bapak-bapak atok-atok la.
Kalau yang adik beradik ke sepupu sepapat ke yang umur lebih kurang, cakap je direct.
Ok je insyaAllah.
Saya dengan adik beradik lelaki suami pun dah alert sikit bab ni, dan diorang pun dah faham alhamdulillah.
Walaupun kengkadang terlupa jugak pastu tersalam pastu eh astaghfirullahhhh batal wuduk.
;D



3) Bab Bermalam

Kat rumah mertua saya bilik limited.
Kat rumah keluarga saya pun bilik limited.
Kat kampung mertua saya bilik limited.
Kat kampung keluarga saya pun bilik limited.

Saya dan suami dah hadam hakikat ini,
tapi ia bukanlah alasan untuk kami tidak bermalam atau berkampung di rumah keluarga.
Tapi macam mana nak bermalam dalam masa yang sama nak menjaga batas-batas ni semua?
Ye la kalau dah adik beradik dalam 6-7 orang, mana nak dapat rumah yang ada 7-8 bilik kan? 
Lain la kalau mak mertua kita ialah rosmah.
Sorang nak lapan bilik pun bolehh. ;D

Jadi bila semua rumah pun bilik limited,
maka agak impossibru untuk kita mengubah rumah itu supaya meets our needs,
supaya senang nak solat, senang nak mandi, senang nak tukar baju, senang nak sarung spenda,
senang nak tidur membongkang, senang nak breastfeed anak, etc.
Maka kita kena fikirkan cara supaya kita boleh bermalam dengan selesa bersama keluarga tanpa melanggar hukum syarak dan menyusahkan orang lain.

So ini antara pilihan yang boleh diambil mengikut hierarki.

1) Pilih satu bilik khas di rumah keluarga untuk penempatan kita laki bini dan anak-anak.

2) Kalau takde bilik atau tak cukup bilik, pilih satu bilik untuk bini-bini, dan satu bilik lagi untuk suami-suami.
Takpun suruh suami-suami tidur je depan tivi diorang lagi sukaaa. ;D

3) Kalau tak boleh jugak asingkan bilik mengikut jantina, tidur lah bercampur pun asalkan aurat terjaga.
Pakai je tudung serkup tu, baju lengan panjang dan tilam kena jarak-jarakkan.
Kang tutup aurat tapi bontot bergesel pun jahanam jugak. ;D

4) Kalau isteri tak selesa tidur pakai tudung, cari lah mana-mana hotel bajet ke, homestay ke, yang berdekatan.
Bak kata suami saya, jangan kisah sangat bab duit kalau itu yang terbaik untuk pelihara agama.
Tabik hormat ke kanan hormat kepada suami sendiri. Heheh.

5) Kalau tak mampu jugak bayar hotel bajet atau takde hotel yang berdekatan, tak perlu bermalam di kampung.
Tidur rumah sendiri je. Pepagi gerak balik kampung, malam sikit balik rumah sendiri, pada hari yang sama.

6) Kalau taknak balik hari, tak larat travel, nak jugak bermalam di kampung,
 kembali kepada point nombor 1.
Baca semula dan pilih lah mana-mana keputusan yang terbaik.
:D

By the way, benda ni nampak remeh bagi sesetengah pihak terutama orang-orang kampung kita yang
dah terlalu selesa dengan adat dan cara hidup mereka.
Padahal diorang ni bukanlah jahil agama sebenarnya,
cuma kadang-kadang bagi diorang nampak mesra dan seronok bila ramai-ramai bermalam sama-sama.
Ye lah jarang dapat berkumpul ramai-ramai camni, sekali sekala tidur sama-sama apa salahnya.
Untuk dua-tiga malam je pun.

Tapi tolong fikir semula.
Sebab malaikat kiri kanan kita tak pernah berhenti mencatit baik buruk kita.
Patuh ingkar kita.
Salah betul kita.
Walaupun untuk 2-3 malam yang kita anggap terkecuali itu, namun tidak bagi dua malaikat ini.

So ikhtiarkanlah walau macam mana sekali pun.
Dahulukan perintah Allah.
Fahamkan tuan rumah.
Kalau itu rumah mak ayah kita, kita cakaplah kat diorang dengan cara yang paling baik.
Bukan kita taknak memeriahkan suasana. Lagi meriah, lagi best kan?
Tapi biarlah meriah yang Allah pun suka.
:)

Terutama kepada para isteri yang breastfeed anak.
Jangan beriya sangat kot ye pun konfiden ikut konsep "nursing in public is every mother-child's right".
Memang la. Tapi aset tu.
Aset tu jaga. Mahal tu, bro.
Tak patut dedah kat orang yang tak layak melihatnya.
Laki kau bayar berpuluh ribu wang hantaran untuk tengok benda tu.
Orang lain takkan dapat tengok free je?
;D



4) Leceh la nak jaga semua ni. Macam mana nak cari kekuatan?

Jangan macam tu.
Kita buat semua ni bukan untuk orang lain.
Tapi untuk diri sendiri.
Sebab dalam kubur nanti kita sorang-sorang. Kena libas pun sorang-sorang.
 Mungkin kejap lagi kita mati? 
Dan kita sedang dalam keadaan kita tidak memelihara agama?

Na'uzubillahi minzalik.

Banyakkan membaca atau dengar kuliyah untuk tambah ilmu agama.
Supaya kita lagi gerun nak buat benda yang tak betul. 
Dan lagi seronok nak buat benda yang betul.

Tak pernah terlambat untuk baiki diri, insyaAllah.

Islam ni mudah sebenarnya.
Cuba dulu. Mesti boleh.
Biarpun berubah perlahan-lahan.
Step by step.
Allah ambil kira semua IKHTIAR kita tu, walaupun baby steps.
Walaupun mula-mula pakai tudung tapi lengan nampak.
Walaupun mula-mula pakai tudung tapi jarang.
Walaupun mula-mula pakai tudung tapi main salam je ngan semua lelaki.
Tapi at least, kita sedang MENCUBA.
Allah tahu. Dan mintalah pertolongan Dia supaya segala urusan kita mudah.

Yang penting, hari ni lebih baik dari semalam.
Dan esok, lebih baik dari hari ni.
InsyaAllah.

:)


p/s: Di kesempatan ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua!
Minta maaf ye kalau sebelum-sebelum ni saya pernah mengguris perasaan korang.
Tak kisah la melalui perkataan ke, penulisan ke atau perbuatan.
Saya pun manusia yang selalu lupa diri. Bajet bagus padahal tak bagus langsung. -..-
Mohon maaf zahir dan batin, hujung rambut ke hujung kaki.
Dan satu lagi, ketupat rendang jangan lupakan, peninggalan nenek zaman berzaman.
*tetiba*

Selamat Hari raya, semua!
Makan ketupat kat rumah mertua kang, pinggan jangan lupa basuh!
:D

Fadhli & Hafzan's Surprise Baby Shower

Kalau ikutkan memang taknak update pasal ni kat sini.
Sebab dah kata SURPRISE kan.
Tak syok la nanti si mangsa baca, terus kantoi segala perancangan aku untuk suprise kan dia tempoh hari.
Kebangangan apakah kau cerita balik setiap detik preparation apa semua kan.
-_____-

Tapi sebab ada beberapa tetamu jemputan yang tak dapat hadir pada hari kejadian, request aku share kat sini supaya diorang pun dapat tengok macam mana majlis tu berjalan etc.
Plus, yang menjayakan suprise ni not me alone, tapi ramai yang terlibat.
So aku rasa kena feature jugak cerita ni dalam blog sebagai penghargaan untuk setiap seorang yang terlibat.
#muahciked



Sebenarnya plan nak buat surprise baby shower untuk Fadhli (Pali) & Hafzan (Ateh) ni dah lama.
Since bulan doblas tahun lepas lagi dah plan kahkah.
Aku kalau bab plan surprise ni memang lama. Kena peratiiii dulu mangsa tu kan. ;D

Pastu plan asal sebenarnya nak buat double baby shower, sekali dengan bini Along.
Tapi sebab tetiba dia dah terberanak dulu.
So.. tak dapek den nak nolong.
Maafkan saya dan sila reproduce lagi. Hehehe.

Jadi pikior punya pikior, kita buat Februari je la sebab Ateh ni pun February baby.
So dah alang-alang, baby shower merangkap birthday dia la.
Double selebresyon gitcu.

Tak susah pun sebenarnya nak plan suprise untuk Ateh ni.
Satu, sebab dia tak serumah dengan aku. Ye la susah kot nak suprisekan orang duk serumah.
Senang kantoi. Nak tulis greeting card pun kena buat dalam bilik air. -..-
Dua, sebab dia keluarga mertua. Biasa kalau buat untuk keluarga sendiri, diorang macam dah boleh expect.
Sebab aku ni memang jenis yang suka buat surprise. Diorang dah masak sangat dah haha. Tapi kalau family mertua, belum kenal budi pekerti lagi maka yes senang nak surprise sampai menangis padan muka muahaha.
Dan ini sebenarnya first time aku plan surprise yang melibatkan keluarga mertua. Memula rasa segan-segan tenuk jugak.
Tapi bila semua bagi kerjasama, alhamdulillah. 
Tiga, laki ateh (Pali) sangat ohsem. Senang nak kawteam. Sebab dia rilek, pandai buat muka seposen dan banyak duit.
;D



Decorations apa semua buat sendiri je.
Google je "free baby shower printables" atau " free birthday printables".
Bersepah.
Cakap je nak tema apa.
Tema misai? Tema superheroes? Tema pwincess esah? Tema barisan nasional?
Semua ada.
Banners, cake toppers, invitation card, photobooth props, pembalut air mineral, semua ada.
Print je atas kertas keras atau sticker paper, gunting, tampal-tampal, dah settle.

Tapi kena gigih sikit la.
Sebab yang kena menggunting dan menampal tu tangan kau la kan.
Takkan guna apps pulak. -___-


Ini sesi buat perangai sambil tunggu mangsa sampai.
Everything dah standby, tinggal nak cakap "surpriseee!" je lagi.
So marilah kita buat perangai dulu sebelum mangsa conquer keadaan. ;D

Kitorang semua pakai baju #HaikalOPG sebab pagi tu ada playgroup dulu.
Habis je playgroup, terus masing-masing kena kerah untuk baby shower Ateh pulak.
So dengan ketiak berlecak aroma terapi itu lah kitorang suprise Ateh.
Pasti Ateh terkenang-kenang keharuman ketiak kami sepanjang majlis itu berlangsung. ;D


 
Kebosanan menunggu mangsa, maka inilah hasilnya.
Misai sudah menjadi kening.
;D



Terima kasih keluarga mertua dan kawan Ateh, Cik Pah yang sudi datang on-time.
Masing-masing excited nak surprisekan Ateh.
Tapi malangnya, sejam jugak la kitorang melangut kelaparan sebab si mangsa lambat sampai kahkah.
Ateh, kot ye pun tak jumpa spenda, takkan sampai sejam mencari.
Kamon la. Nak jadi mak dah kot.
;D


 "Hello Makteh. Haikal ada spenda lebih kalau nak pinjam. 
Nanti pulangkan balik lepas 7 kali basuhan termasuk air tanah k."
;D


Ini bila laki aku suruh pura-pura jadi Ateh sebab nak setting camera kat pintu masuk.
Muka pura-pura terkejut tu paling rasa nak bagi kaki kan?
Hahaha. 


Lepas sejam kitorang melangut, mangsa sebenar pun tiba.
Surpriseeeee!!!

 

:')

Masa ni aku dapat mengesan beberapa titisan air mata kat mata Ateh.
Mungkin ada beberapa titisan lagi dia sempat sedut balik ke dalam mata. Kahkah.

The ultimate reason why aku suka surprisekan orang,
ialah kerana ada sejenis perasaan yang timbul bila kita dapat buat orang lain happy sampai keluar air mata.
Puas.

Happiness yang paling pure adalah happiness yang kita langsung tak expect sampai mengalirkan air mata.
Kan?

So untuk Ateh, mission accomplished!
:)



Ni Ateh tengah membebel kat laki dia sebab buat muka seposen sepanjang masa sampai dia tak dapat hidu plan kitorang walau sekelumit pun.
Good job, Pali.
Muka seposen anda paling saya hargai. ;D


 
 


Lepas Ateh dah boleh bernafas sikit, heart rate pun dah tak laju macam tadi heheh,
kitorang pun start majlis dengan bacaan doa.


As usual, doa dibacakan oleh adikku, Adan.
Sebab suara dia macam Rahmat Mega sikit. :D

Teks doa, aku ambil dari website Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam. (KLIK SINI)
Doa dia memang sesuai untuk event birthday atau apa-apa majlis untuk meraikan seseorang.
Walaupun panjang berjela, tapi memang terbaik doa dia. Maksud pun padu.

Sesiapa ada kawan yang birthday esok, tepat jam 12 malam ni,
pergi rumah dia pakai telekung, panjat tingkap bilik dia,
baca doa ni pelan-pelan sambil letak torchlight kat bawah dagu.
Sambil sorang lagi buat suara latar,
"Cu.. buka la tingkap ni cu.. Nenek tahu cu tak tidur lagi.."

;D


Lepas dah baca doa, dah nyanyi-nyanyi, 
apa lagi?
Makan la.
 
Tengok yang tudung biru tu.
Ekspresi muka paling priceless. 
Betul-betul muka kelaparan yang kalau tak dapat sebutir nasi memang boleh mati dalam kiraan 0.05 nano saat.
Hahaha.


"Apa tengok-tengok? Nak kena makan jugak ke?"
;D


Ini ibu mertuaku.
Mak comel gila masa aku memula nak bagitahu pasal baby shower ateh ni.

"Mak, sabtu ni kitorang nak buat surprise baby shower untuk ateh."
"Eh ateh lambat lagi beranak la, yang."
"Err.. baby shower memang orang buat sebelum beranak, mak."
"Nak shower apa kalau belum beranak?"
"Err..."
*buntu nak jawab camane hahaha*

"Ye lah. Nanti mak bagitahu ateh ye. Takut dia tak free pulak sabtu ni."
"Ehhh tak tak. Ini surprise. Ateh tak boleh tahu."
"Abih kalau dia tak tahu, camane dia nak datang?"
"Err.. Pali tahu."
"Oo ok. Nanti mak datang dengan Angah."

Fuh.
Berjaya bersubahat dengan mak mertua walaupun berpeluh-peluh nak jawab soalan.
;D


 
Ini Angah.
Thank you angah sebab sudi kawteam jugak.
Heheh.


Ini Cik Pah.
Satu-satunya kawan ateh yang dapat attend. -..-
Sebab last minute sangat aku menggelabah dapatkan contacts kengkawan ateh, 
so ramai yang dah ada komitmen lain.
Tapi semua pun terkilan sebab tak dapat attend. Huhu.
Takpe takpe lepas ni kita suruh Ateh pregnant lagi. Apa susah.
;D


Teacher Namie ni kalau korang nak tahu,
dia takde la waras sangat sebenarnya.
Kengkadang wayar putus jugak.
Hahahah.


Paliiiii!!!
Thank youuuuu kerana mengheret bini anda dengan jayanya. ;D

Masa aku deal dengan Pali pasal baby shower ni, Pali tengah outstation kat Bintulu.
So senang la sebab bini dia takde di celah ketiaknya sewaktu sedang berbalas mesej dengan aku miahaha. 
Lancarrrr saje perbincangan kami.

At first, kitorang plan nak tong-tong bayar untuk event ni.
Tapi last-last Pali nak bayar semua.
Amboi berlagak kau kan.
Mentang-mentang balik kerja naik aeroplane. Hahahah.

So alhamdulliah. 
Pali memudahkan urusan kitorang yeayyy!


Ini Nodie.
Perempuan yang tak pernah tak busy.
Ada je kerja dia.
Pagi join playgroup, tengahari baby shower ateh, petang pergi launching Hospital Beyond Boundaries,
malam event apa tah aku tak ingat.
Kau ni nak jadi YB ke apa, Nodie?  
Cakap terus terang je la. Kitorang boleh calonkan.
Tapi undi tak janji la.
;D



Untuk Pali dan Ateh,
all the best in your future undertakings and welcome to parenthood very soon!
Ateh kena garang sikit please. Awak tu dah la sama tinggi dengan anak nanti. Hahahah.

Stay cute, loving and happy as ever ok!
I know you will be the best and awesome parents for your son, Kamarudin (bukan nama sebenar bahah).
And I pray hard for your safe and easy peasy delivery. InsyaAllah.
Jangan nervous-nervous sangat. 
Beranak memang sakit dan kesakitan itu pasti akan tiba.
MUAHAHAHA. *gelak jahat*

Tapi believe me, the pain will fade away as soon as you hear the baby cries for the first time.
Hadiah dari syurga kan.
Sepenuh hati terjatuh cinta sampai sakit pun hilang, insyaAllah.
:)

Selamat menjadi ibu dan bapa for both of you
 and Happy Belated Birthday for Ateh.
I love you both to the moon and halfway back.
;D


Last but not least, I wanna thank everyone yang mengkecimpungkan diri dalam pembikinan surprise baby shower and birthday Ateh ini.
Terima kasihhhh banyak-banyak kepada:

Mama & Daddy, sebab terus setuju tanpa banyak soal bila saya cakap nak buat baby shower kat rumah mereka.
Suami saya, sebab tak pernah tak sokong benda-benda remeh yang bini dia buat. Suruh punggah meja dari flat seksyen 7 bawak ke seksyen 13 pun dia sanggup. :')
Along & Kaklong, sebab sudi datang memeriahkan majlis walaupun Kaklong masih dalam pantang. Macam yang saya pernah cakap sebelum ni, apa-apa event pun akan rasa awkward kalau takde Along sekeluarga.
Rizwan, sebab memula dia yang offer diri nak masak lunch buffet untuk event ni. Tapi last minute cancel sebab dia kena attend kursus. It's ok, dik. I still appreciate your willingness to cook for us.
Tapi terkilan jugak la tak dapat makan masakan kau. Cis! Haha.
Raidah, sebab paling gagah tolong itu ini. Sanggup tidur pukul 3-4 pagi tolong saya buat deco, vacuum rumah, set up barang apa semua. Esoknya pulak masa semua orang sibuk playgroup,
dia sengsorang pergi ambik belon, ambik kek, apa semua. Aahhh love you, sister!
Adan & Jahan, sebab banyak tolong jugak. Jahan siap fly dari asrama sebab nak join kitorang kahkah.
Semua crew #HaikalOPG, sebab sanggup bekerjasama dalam apa keadaan sekalipun,
termasuk dalam keadaan ketiak berlemuih. ;D
 Family mertua dan kawan-kawan ateh yang datang ataupun tidak, terima kasih sudi bagi kerjasama.


 Itu saje.
Aku harap event macam ni dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara kita,
terutama antara family aku dan family mertua.
InsyaAllah.
=)





***************************************************************************************************************
Sebelum korang banyak tanya,
baik aku jawab siap-siap.

Kek yang simple tapi sedap nak mamp ini dari mana lagi kalau bukan dari Choc Hut.
Semua event pun mostly aku akan order cake Choc Hut.
Sampai ada orang cakap, 
"Jiji, nanti nak buat event lagi jemput aku tau. Sebab nak makan kek Choc Hut."
;D

Whatsapp: 017-9743857 (Puan Sarah)


Lain-lain:
Catering Lunch Buffet dari Facebook: Aisq Catering
Crown and sash "mom-to-be" dari Instagram: @yourlovebirds
Foil Balloons dan Cupcake Stand dari Facebook: Paper Lantern N' Boxes
Decorations (banner, cake toppers, topper misai, photobooth props) semua print sendiri. Free printables download dari internet.


Sekian terima kasih.