Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Tauhu Sumbat & Kuah Kacang paling senang nak buat!

Dah lama tak share resepi kat sini.
Asyik asyik asyikkk tak menyempat nak ambik gambar untuk share resepi.
Amboi bunyi macam rajin benor masaknya. 
Padahal first day puasa je, KFC yang masakkan.
Pencalonan isteri mithali jatuh kepada sangat.
-______-

By the way, hari ni aku nak share resepi yang cukup simple dimple pimple wunnek,
iaitu tauhu sumbat dan kuah kacang.
Sejenis makanan yang ringkas tapi semua orang suka.
Amboi kompiden itu penting. Heheh.

 Ok persediaan untuk resepi ni, ada 3 peringkat:
1) Tauhu
2) Inti tauhu
3) Kuah kacang

Nampak macam leceh. Tapi sebenarnya tak.
Ibarat nak seribu daya, taknak seribu dalih, tapi kita ubah sikit jadi, 
taknak seribu biji tauhu, nak 10 biji je.
Haaaa.. kan dah senang sikit. ;D

Ok langkah pertama.
Ambil tauhu, basuh, selawat dan masuk dalam oven.
Bakar pada suhu 170'C sampai perang.

Agak lama jugak la proses membakor nih.
Kalau jenis yang tak boleh tunggu, goreng je lah.
Cepat sikit. -___-


Langkah kedua.
Prepare inti tauhu.
Aku guna timun, carrot dan taugeh.

Carrot dan timun tu parut.
Pastu, carrot dan taugeh celur dalam air panas sekejap. Timun tak payah celur ok.
Sebenarnya terpulang kat korang nak letak inti apa.
Ada orang suka letak sengkuang. Tapi aku tak berapa suka.
So terpulang. Nak letak kacang bendi pon boleh.
Tapi kalau kena gelak dengan mak mertua, nasib la. Kahkah.


Ok langkah terakhir.
Kuah kacang.
Resepi kuah kacang ni, aku dapat dari internet.
Tapi tak ingat kat mana. -___-

Sebab masa search resepi tu aku buka banyak-banyak tab,
pastu compare mana yang paling senang, itulah yang aku pilih. ;D
Aku kan.
Kalau pilih yang paling susah, bukan Adlil Rajiah la tu. -..-


Ok resepi kuah kacang yang aku guna ni sumpah senang gila tapi sedap!!!


 Bahan asas yang korang perlukan hanyalah,
cili kisar (2 sudu besar), gula melaka (4 blok kecil) dan kacang tanah (350g).
Ye itu saje. Bunyi macam lawak antara benua kan.
Tapi serius ni betul tak tipu.

 Tapi selain tu, ofkos korang juga perlukan sedikit garam, minyak masak dan air ok.
Kang cemana nak masak kalau takde minyak masak aduiduiduinyapun.

Ok dah ada semua bahan, boleh ikut langkah berikut:
  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak sampai perang. Blender dan ketepikan.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak masak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak
  3. Campak kacang tanah yg telah dikisar.
  4. Pastu tuang la air sampai tenggelam semua kacang tanah tu.
  5. Kacau-kacau sikit, pastu masukkan gula melaka.
  6. Masak sampai pekat macam mana yang korang nak. 
  7. Oh lupa, letak garam secukup rasa. 
  8. Ingat, kena sentiasa kacau supaya tak hangit.
 
Siap!!



Oh lupa, tauhu yang dah bakar tadi, potong dua jadi bentuk triangle.
Dan belah tengah supaya ada lubang untuk sumbat sayur.
Macam ni.


Dah siap macam ni, boleh bagi jiran sikit.
Jangan lupa minta maaf kalau rasa tak sedap kahkah.
Biasa la bulan puasa kan. Tak boleh nak test-test rasa dulu.
Nak test-test rasa sampai berteguk-teguk pulak tu. 
Amboi.

Aku kalau masak memang kena rasa dulu baru kompiden nak hidang.
"Rasa" tu bukan yang main celet-celet kat lidah tu je.
Kena rasa bersungguh biar terserap sampai ke halkum dan otak. 
-______-

So bila puasa ni pempaham je la.
*jeling hubby*
 
Ok dah.
Selamat mencuba!

Spaghetti Prawn Aglio Olio

Siapa kat sini suka makan Spaghetti Prawn Aglio Olio kat Pizza Hut yang sebelas hengget tu?
Yang ada udang sebesar zarah dua ketul je tu.
Yang spaghetti ada beberapa utas je tu.
Yang harga sebelas ringgit, belum campur GST tu. -____-

Meh sep sikit.
Walaupon udang sebesar zarah cuma dua ketul. Tapi aku suka je. -..-
Pergi pizza hut mesti nak order.

Namun, amat menyakitkan hati bila kita baru sedar yang Spaghetti Prawn Aglio Olio berharga RM11 tersebut takkan kekal lama dalam uri perut kita.
Rasa macam baruuuuu je malam tadi kita makan, tetiba bangun pagi ni,
dah rasa sebak-sebak sebab spaghetti tu kata dia dah nak pergi meninggalkan perut kita. Sobs.
Padahal masih terasa-rasa lagi kesedapan dia kat mulut.
Sebab malam tadi lupa nak gosok gigi. ;D

Kamon.. Sampai hati awak.
Saya sanggup bayar mahal tau untuk bersama awak.
Tak boleh ke awak duduk lama-lama sikit dalam perut kita.
At least 3 hari 2 malam ke. -..-

Dan..
Tak boleh ke awak tinggalkan kita dalam rupa yang sama macam masa kita jumpa malam tadi?
Malam tadi awak cantik dan sangat menyelerakan.
Tapi pagi ni, lain betul rupanya. Undescribable. ;D
Kenapa cepat sangat awak berubah?
Bahah.

Begitulah kisah menyayat hati antara saya, spaghetti dan tuuuttt tuuuttt tuuuttt.
 *talian sengaja dimatikan*

Ada satu hari tu kan, aku ternampak resepi Spaghetti Prawn Aglio Olio dalam majalah RASA.
So aku pon belek-belek la. Makin aku belek, makin resah gelisah aku rasa.
Rasa macam, eh banyak pulak syaitooonirrojim kat sini.
Asal tengok majalah masakan je mesti nafsu lapar berbakul-bakul.
Tetiba halkum macam bergerak-gerak asyik telan airliur.
Rasa nak telan je majalah tu. -_____-

Itu memang masalah bila tengok majalah masakan kan? Pfft
Tapi Alhamdulillah, iman aku kuat (BAHAHA), so aku tutup balik majalah tu dan abaikan.

Selang beberapa hari, aku terlintas pulak dengan majalah SAJI.
Tetiba aku terdengar macam ada orang bagi salam.
Macam sayup-sayuppp je suara dia.

Aku pon tercari-cari sambil belek-belek majalah SAJI tersebut,
dan ohhh rupanya ada resepi Spaghetti Prawn Aglio Olio juga!
Dia la yang bagi salam sayup-sayup tadi. ;D

Aku cuba tutup majalah tu dan buat-buat tak tahu.
Tapi semakin aku buat tak tahu, semakin ia menghantui diriku.
Amboi jadi hipotesis terus.
Jadi apa pembolehubah malar kita sekarang? -..-

So sejak hari tu, hidup aku semakin tak tentu arah.
Asyikkkk terdengar macam ada orang bagi salam sayup-sayup. Kahkah.

Sampai la satu hari tu, aku macam kena rasuk tau.
Sedar-sedar je dah kat Tesco tengah beli bahan-bahan nak buat Spaghetti Prawn Aglio Olio.

Nampak tak permainan dia di situ? -____-

Balik dari Tesco, pon masih dalam mode dirasuk.
Pastu sedar-sedar je, ada Spaghetti Prawn Aglio Olio terhidang depan mata.

Maka aku pon melantak dua pinggan.
Aku tak pasti ini semua angkara syaitoooonirrojim ke apa. 
Tetiba je dah sendawa bau udang. ;D

Begitu lah alkisahnya.
Best tak cerita rasuk-merasuk kita pada hari ni? -..-

Tapi memang lagi puas bila masak sendiri rupanya.
Bajet tak sampai RM20, tapi boleh makan 4 orang.
Walaupon kitorang bertiga je, pempaham la lagi satu portion tu siapa yang makan.
Takkan bagi kucing pulakkk. -..-


Untuk tabur-tabur kat atas spaghetti tu, aku guna tiga benda ni.
Parmesan Cheese, Daun Parsli, dan Chilli Flakes.

Sebenarnya tak susah pon buat benda ni. Senang sangat.
Semudah melepaskan kentut di tangga sahaja.
Korang boleh tiru resepi kat bawah ni k.

 Bahan-bahan ( 4 orang )
  • Sebungkus spaghetti (250g) 
  • 1 senduk olive oil
  • 1 labu bawang putih (dicincang haluih)
  • 1 biji bawang besar (dicincang haluih)
  • Udang. Suka hati nak banyak mana.
  • Isi ayam (dicincang). Kat Pizza Hut takde ayam, tapi aku saje tambah.
  • Setengah tin sliced button mushrooms.
  • 1 batang lobak merah. Potong la ikut suka.
  • Serbuk perasa Knorr Pasti Sedap.
  • 1 biji telur. (Ni pon aku memandai tambah. Dasar gemuk. -..-)

Cara-cara:
  1.  Siang udang, buang kulit. Pastu kulit udang tu basuh dan rebus. Bila dah mendidih, tutup api dan ketepikan.
  2. Dalam periuk lain, rebus spaghetti macam biasa dan toskan.
  3. Sementara spaghetti tu masih panas, pecahkan sebiji telur diatasnya dan gaul. Yang telur ni, kalau taknak pon takpe. Tapi kalau ada telur lagi sedap baq hang.
  4. Dalam kuali lain, tumis bawang besar, bawang putih dengan olive oil.
  5. Bila dah naik bau, masuk udang dan ayam. Gaul-gaul sikit.
  6. Bila ayam dan udang hampir masak, masukkan setengah cawan air rebusan kulit udang dalam step #1 tadi.
  7. Pastu masukkan carrot dan mushrooms dan biar sampai mendidih.
  8. Pastu masukkan dua sudu besar serbuk perisa Knorr Pasti Sedap. Dan gaul sebati.
  9. Dah siap, tuang bahan-bahan tumis ni dalam bekas besar berisi spaghetti dalam step #3, dan gaulllll.
  10. Yeayyy dah siap dan dah boleh hidang!
  11. Oh lupa, untuk hiasan letak parmesan cheese, daun parsli dan chilli flakes. Setel!

Sebelum mengundur diri, terimalah sebuah pantun dua kerat dari saya,
Gendang gendut tali pusat,
Kenyang perut, semua berlipat. ;D

Selamat mencuba!

Resepi Meatballs Ikea (Homemade Gravy)

Dah lama tak share resepi kat sini.
Asik asik asikkkk share tips kanak-kanak.
Gaya macam anak dah sepuluh. Puih!
-____-

So hari ni tak nak cakap pasal kanak-kanak, tapi nak share resepi.
Iaitu Meatballs Berkuah Special Ala Ikea.
Amboi gitu nama dia.

Siapa pernah makan meatballs kat Ikea?
Yang belum pernah makan, pergilah rasa.
Rasa sekali, mesti sawan terus malam-malam mimpi meatballs. :D
Memang sedap tak terperi orang kata.

Tapi banyak kontroversi betul food court Ikea tu kan.
Ada yang kata tak halal la.
Ada yang kata takde kelulusan JAKIM la.
Ada yang kata meatballs dia guna daging kuda la.
Yang daging kuda tu paling lulz aku rasa.
Kalau dia kata guna bulu hidung kuda lagi lulz! Kahkah.

Tapi sampai sekarang, still ramai je pergi makan sana.
Pastu masing-masing pon nak upload kat FB gambar meatballs tersedap di dunia tu kan.
Amboi.
Lepas 10 minit, upload gambar usap perut, pinggan dah kosong. Fine.
Pastu halkum besar semacam je, meatball sangkut kat tekak ke apa?
Mungkin sayang nak telan. Kat rumah kang baru telan. ;D

Sajeeee la tu nak bagi orang yang jauh dari Ikea ni menggelupur tengok gambar halkum ada meatball.
Fine fine. Saya fine. -..-


So saya mengambil inisiatif untuk masak sendiri je kat rumah,
 meatballs ala ikea aduinya pun.

Dan ini hasilnya.


Gambar kena gempak.
Baru readers terpedaya dan yakin aku pandai masak. ;D

Ok taknak bongkak sangat la kan.
Sebab kebanyakan bahan aku guna yang instant punya je. Bahah.
Macam french fries, beli yang yang instant. So balik rumah, taruk minyak, gorengggg macam biasa.
Brokoli tu aku stim sekejap. Kasi lembut.
Yang tomato tu langsung tak buat apa-apa. Potong je nipis-nipis.
Meatballs tu pon aku guna yang instant. Jenama MARINA.


Aku suka brand ni sebab meatballs dia macam ada rasa black pepper sikit.
Kalau korang nak beli meatballs brand lain pon ok je.
Meatballs ni aku just goreng tanpa minyak. Api kecikkkkk je.
Berzaman la jugak nak tunggu masak. -..-

Dan untuk gravy dia.
Haaa ni kena bongkak sikit. ;P
Gravy ni homemade, aku buat sendiri kat rumah. Bukan instant.
Tapi resepi dia, aku search-search kat internet jugak la. ;D

Nah resepi untuk gravy.

Macam leceh, tapi sebenarnya senang dan sekejap je buatnya.
Campak-campak, biar sampai mendidih, pastu blend. Dah siap.


Dah boleh makan.
Dua malam berturut-turut kitorang dinner ni je.
Taknak cakap la beli berapa kotak meatballs marina tu kan.
Mama baca kang kantoi.
;D

Dani Dana Takoyaki with Nodie The Toothpick.

Lepas wedding Udin & Dahlia kat Bukit Jelutong hari tu,
kitorang pergi dating ngan Nodie kat Plaza Masalam, Shah Alam.
Tapi bebudak Niners tak panggil Plaza Masalam, diorang pangil Shah Alam Mall.
Aku pon tak paham kenapa.
Dulu masa aku baru pindah Shah Alam,
aku bajet diorang panggil Shah Alam Mall sebab itu lah satu-satunya Mall yang ada kat Shah Alam ni. -____-
Mohon jangan gelakkan aku.

Kitorang janji pukul 4 petang jumpa kat Dani Dana Takoyaki.
Nodie la beria sangat ajak aku makan situ.
Padahal kitorang tak biasa sangat makan makanan jepun korea ni.
Tapi sebab ada orang tu nak belanja, plus Nodie cakap makanan kat situ sedap gila kalau kau tak try, kau akan menyesal tujuh keturunan.
Ok itu aku gebang. :D

Oh lupa nak bagitahu.
Nodie ni budak Niners jugak. Kiranya kitorang satu sekolah la dulu.
Tapi kat sekolah dulu kitorang tak pernah berkawan pon. Lagipon dia ni junior.
Tapi Nodie ni familiar je bagi aku. Aku selalu nampak dia lepak bilik guru, lepak bilik pengawas.
Mana nak layan murid bermasalah macam aku ni kahkah.
Korang pon tahu kan aku kat sekolah dulu camane.
Pepagi datang sekolah, lepak basuh jamban sudah. -______-

So ni kali pertama la kitorang jumpa bertentang mata. Berbicara dari mata turun ke hati. Dari hati cinta bersemi. Ok geli.
 Kalau Nodie baca ni mesti dia wassapp aku gambar shit bermata dua. -..-

Tepat jam 4 petang aku, hubby dengan Haikal sampai Plaza Masalam.
Kebetulan Nodie pon baru sampai, kitorang bertembung kat Level 2.
Jodoh kuat bhai. Sampai pon nak sama-sama. -..-

Tapi minah tu jalan laju nak mampos. Sampai tak perasan aku kat depan mata dia.
Maksudnya aku takde la gemok mana pon sebenarnya. :D

Dah lama-lama sikit baru dia perasan. So kitorang sama-sama gerak ke level bawah sekali.
Sebab Dani Dana Takoyaki tu kat situ.

Ok ni lah kiosknya.
Masa baru sampai tu aku tengok ramainya orang!! Maka hati pon terdetik,
 "Kompom sedap makan sini. Aku nak order sepuluh pinggan."

Sampai-sampai je terus duduk.
Dah la Nodie ni jalan memang laju gila tak tahu nak cakap ah.
Aku tak pasti dia jalan ke terbang sebenarnya. -..-

Comel tak boyfriend Nodie sebelah tu? :D


Disebabkan aku ngan hubby tak biasa makan makanan jepun korea, maka terpaksa Nodie explain satu per satu menu yang ada.
Pastu bila dia dah habis explain, aku belek-belek la page depan-depan nak decide nak makan apa kan.

Sekali,
"Nodie, yang ni kau cakap camane tadi? Ada udang eh? Pedas tak?"

Pastu belek-belek lagi,
 "Eh yang ni ada apa? Cheese eh?"

Last-last bila Nodie tanya nak order apa,
"Errr kau rasa mana sedap? Kau order kan ah."

Terus minah tu buat muka. Kahkahkah. 
Lepas berejam belek-belek menu,
Nodie pon dah lama tunggu macam dah keluar asap sikit-sikit kat hidung dia,
 last-last aku order je dua benda ni..

 Takoyaki biasa.

Takoyaki Tempura Udon.

Memang kitorang makan light-light je.
Satu, sebab baru balik keduri Udin. Nasi minyak hujan panas pon tak hadam lagi.
Dua, sebab dah petang so minum petang je lah konon.
Tiga, sebab ni first time jumpa Nodie so jangan tunjuk sangat true colour perangai pelahap kau tu.
;D

Nodie makan Korean Ramen.
Kau tengok. 3 kali cubaan baru dapat amik gambar budak ni sharp dan tak vibrate.
Itu pon dia buat muka stok ternampak megan fox di depan mata. :P
Dah la dia ni makan lambat gila tau. Mana taknya, mulut banyak. 
Pastu sikit-sikit nak tunjuk carrot bentuk bunga la apa la.
Aku dah macam, boleh tak kau makan je carrot tu diam-diam?
Nanti lepas makan kita pergi giant beli carrot buat bunga banyak-banyak ye. -___-

 Actually Haikal masa tu tak ok sangat.
Dia nak berjalan. Biasalah budak jarang masuk mall.
Gitu la.
So terpaksa hubby layan dia tawaf satu mall. Sempat Haikal paw papa dia satu toy.

Pastu datang balik kat meja, Aunty Nodie tolong bukakan toy baru dia tu. 
Kejap. Macam tak kena pulak panggil Nodie "Aunty Nodie".
Uncle Nodie kot baru ok. ;D

Ok jangan kacau dia. Biar dia berangan dengan kereta baru situ.


 
Dan papa dia dah boleh makan dengan aman.


Tengok Haikal bagi muka macam mana kat Uncle Nodie. ;D


Dalam 5.30 camtu, Haikal macam dah start cranky.
So aku minta diri la nak balik.
Sekali Nodie pon cakap dia nak balik.
Aku ingatkan dia nak stay situ tolong basuh pinggan ke apa kan. ;D


Korang tengok. Kurus gila kan minah ni?
Aku rasa kalau letak toothpick kat sebelah dia, memang orang tak boleh beza la.
Kembar seiras terus.
 Entah-entah berat Nodie sama je macam Haikal.
Meh mama dukung meh. -..-

Tak sangka Aunty Nodie ni pandai layan budak-budak rupanya.
Tetiba "Aunty" kan. Kahkah.

Masa nak berpisah tu, Nodie sibuk nak kiss Haikal.
Tapi bila aku suruh dia kiss aku, taknak pulak dia. 
Aku pon tak tahu kenapa. Bahah.

Walaupon dapat jumpa sekejap je tapi ok lah.
At least boleh la kenal-kenal sikit.
Aku kan tak dikenali langsung kat sekolah dulu.
Lepas 9 tahun habis sekolah baru kengkawan sekolah start nak kenal. -___-

Korang yang duduk Klang Valley tu try la pergi Dani Dana Takoyaki ni.
Serious not bad food dia.
Takoyaki yang aku order tu memang terbaik.
Besar-besar pulak tu.
Sebelum ni aku makan takoyaki haluih-haluih je, ada la besar ibu jari kaki aku je. -..-
Saje la tu nak cakap ibu jari kaki aku kurus kahkah.

Tapi hari tu makan Takoyaki kat sini, 4 ketul je pon dah puas.
Ada banyak lagi makanan sedap-sedap kat sini ok.
Sila bendung airliur masing-masing seraya mengscroll down.


Dah la harga memang affordable gila.
Eh memang la affordable bila ada orang belanja. Haha!
 Pastu semua pon halal tau.
Tak payah sibuk-sibuk nak tanya takoyaki tu sembelih ke tak. -..-

 Dani Dana Takoyaki ni ada 4 branch tau.
Yang aku pergi ni kat Plaza Masalam, Seksyen 9 Shah Alam. Level bawah sekali.

3 lagi branch kat sini:
  • Lot.G22, Ground Floor, Giant Hypermarket Kemuning Utama, Seksyen 33, Shah Alam Selangor.  
  • L1-K09 Level 1, The Mines,Jalan Dulang, Mines Resort City, 43300 Seri Kembangan, Selangor 
  • CP-G-12 Ground Floor,Space U8, Persiaran Pasak Bumi, Taman Bukit Jelutong,Seksyen U8, 40150 Shah Alam, Selangor.
Kalau nak tahu lebih lanjut, atau nak ngorat Nodie (HAHA),
pergi Like page ni

Facebook: Dani Dana Takoyaki

Sebenarnya Dani Dana Takoyaki ni milik Cikgu Rokiah.
Cikgu kat sekolah kitorang dulu. Kitorang panggil dia Cikgu Rok. Memang rock pon.
Tapi dia cikgu akaun, aku budak sains tulen, so dia tak ajar aku.
Alhamdulillah. ;D

Sebab dengar-dengar dia macam baca blog ni jugak.
Sebab tu entry kali kena buat lebih sopan dan lebih beradab daripada biasa. Heheh.

Assalamualaikum cikgu. Hehe.
Cikgu apa kabar? Cikgu dah makan? Hehe.
Eh mesti la dah makan kan. Kan ke cikgu ada kedai makan. Hehe.
Kirim salam cikgu rosliyah eh. *tetiba*
;P

Resepi Mangga

 Pada satu ketika dulu kan,
 aku pernah janji nak buat kompilasi resepi-resepi mangga.
Kan?
Hah ni lah dia entrynya heheh.
Dah berbulan-bulan, baru teringat nak buat heheh.
Eh jeling-jeling macam marah je tu heheh.
:D

Hari ini aku nak share empat resepi menggunakan mangga.
Haa..excited tak?
Kamonnn. Mangga kot. 
Bukan kacang buncis bhai.
Mangga kotttt.
Rare habis ni. -..-


Ok resepi pertama.
Kek Mangga Kukus.

Korang ingat tak aku pernah share resepi kek pisang kukus dulu.
So untuk yang kek mangga kukus ni, aku pakai resepi sejibik sejibon macam tu.
Cuma, aku substitute pisang dengan mangga.
Of course lah kan. Dah kata kek mangga cik kiah cik melah oi.

Kalau korang tengok resepi kek pisang hari tu, aku guna satu cawan pisang (dilecek) kan?
Tapi yang kek mangga ni aku guna 4 cawan mangga (dilecek).
Sebab kalau pakai satu cawan je, rasa dia macam tak sampai.
So korang kena letak empat cawan jugak. Boleh?
Kalau tak cukup 4 cawan, alaa apa guna mangga terjuntai-juntai kat rumah jiran sebelah tu.
Malam ni tepat pukul 12, jalan pelan-pelan, pastu PLOPP! (bunyi petik mangga kahkah)
Alaa macam tak biasa. ;D

Tapi sukatan mangga tu je korang kena tambah tau.
Sukatan tepung gula apa semua korang jangan tambah pulak.
Ikut sejibik sejibon macam resepi kek pisang tu.
Cuma sukatan mangga je up jadi 4 cawan. Ok?

 Ni hasil dia.

 
 Mama kata sedap. Daddy pon kata sedap.
Tapi hubby makan senyap je.
-_____-


 
Aku tak tahu la kenapa gambar kejap kuning kejap coklat. -..-
Padahal kek yang sama.
Yang gambar kek kuning tu dari camera phone je. Pembongak betul la phone tu.
Kek mangga aku takde la kuning gitu pon sebenarnya. Pfft.

Oh lagi satu kan, ramai tanya camane nak buat kek kukus jadi gebu.
Jawapannya, ada pada pipi si pembuat kek. Bahahaha!

Ok gurau.
Rahsia dia, masa korang putar telur tu, putar sungguh-sungguh sampai kembang.
Guna kelajuan mixer yang paling tinggi.
Kalau ada nombor 10, guna nombor 10.
Sampai terbang pon takpe. :D
Kalau korang putar guna tangan, sambil putar tu pasang muzik tektonik.
Kasi laju sikit tangan tu kahkah.



Ok resepi yang kedua:
Puding Mangga Berlapis.

Nama sebenar dia ialah Layered Mango Pudding, 
tapi kalau bahasa melayu, jadi la Puding Mangga Berlapis. Kan?
Aku takut korang terbayang dagu berlapis je. Haha!
Takde kena mengena dengan dagu pon puding ni tau.


 
Dalam banyak-banyak resepi mangga yang aku pernah try, resepi ni yang paling dirindui.
Sebab paling sedap.
Dan paling VRCWCEZXDJYMIJONKMBG! (Maksud: Sedap tak terkata)

Puding Mangga ni ada dua lapisan.
Lapisan bawah ialah agar-agar mangga.
Lapisan atas ialah puri mangga (mangga yang diblend semata-mata).
Pastu dalam lapisan agar-agar bawah tu, ada mangga yang dipotong dadu.

Sambil taip ni pon dah macam berkumpulll je airliur dalam kerongkong.
Dari luar boleh nampak halkum gerak-gerak tengah telan airliur bahahaha.
Terbayang-bayang sedap dia hoih.

Pastu makan pulak masa sejuk-sejuk.
Hoho makin laju halkum gerak-gerak. ;D

 Nah resepi Puding Mangga Berlapis.
Bukan dagu berlapis tau.




Resepi ketiga:
Puding Mangga Berkuah Cocktail Susu.

Sebenarnya kan.
Agar-agar yang aku buat lapisan bawah dalam resepi atas tadi, banyak lebih.
Sebab puri mangga sikit, agar-agar banyak. How leyy?
Maka muncul la lagi satu resepi. :D

Guna agar-agar yang sama dari resepi atas tadi,
cuma tambah kuah cocktail susu sahaja.

Yang ni pon boleh tahan sedap jugak la. Makan sejuk-sejuk pergh pergh perghhh.
Tapi tak boleh makan selalu la.
Kalau dah standby kaki palsu sepasang kat rumah, boleh la makan selalu. ;D

Ok resepi agar-agar mangga, ikut yang atas tadi punya ye.
Sekarang aku bagi resepi untuk kuah koktel susu tu je.
Senang je lah hai nak buatnya.
Sambil goyang gerudi 7 kaki ke dalam pon boleh buat.



Lagi sekali ulang, ni resepi kuah koktel sahaja.
Resepi agar-agar dia amik yang resepi atas punya.
So bila dah siap kuah koktel susu ni, sejukkan dulu dalam peti.
Bila nak makan, baru tuang atas agar-agar.
Rasa dia, perghhhhh. Terlajak laris. Dapatkan segara! *tetiba*



Resepi terakhir:
Ice-blended Mangga.

Atau dalam bahasa melayu, Ais Kisar Mangga.
Jahat betul ais tu. ;D

Ni resepi paling mudah la aku rasa.
Tak tengok resepi pon dah boleh agak macam mana nak buat.

Oh sebelum tu, aku nak tanya.
Korang yang duduk Shah Alam tu pernah tak rasa Ice-blended Mango kat restoran PakLi Kopitiam Seksyen 7?
Perghhh aku rindu gila nak minum ice-blended mango dia.
Sedap gila hoi.
So atas dasar kerinduan itulah aku buat resepi ni.
Dan hasilnya, langsung tidak mengecewakan.
Ceyyyy puji diri sendiri secara halus. Kahkah.


 
Buat satu jug, dan minum terus dari jug tu.
Fedulik hape aku.

Sebab kitorang takde straw yang besar tu, so pakai je la straw haluih ni.
Itu pon korek-korek kat tempat sudu garpu kat dapur.
Tetiba
"Yeay! Jumpa satu straw!"

Korek-korek lagi,
"Yeay! Jumpa satu lagi straw!"

-__________________-

Pastu masing-masing tak sabar nak minum.
So minum la serentak aku ngan hubby.
Berlaga dahi berlaga hidung pon buat tak tahu je.
Sikit pon tak setim. ;D

 Nah ni resepi ice-blended mangga.



Sekian sahaja entry kompilasi resepi mangga dari saya yang dagu tak berapa nak kedepan ni. Tapi saya harap sikit sebanyak dapat menggembirakan hari anda. *apentah*

Oh lagi satu.
Aku nak minta maaf kepada yang tengah berpuasa. 
Mungkin entry ni ialah satu penyiksaan bagi korang kahkah. 
Tapi anggap je lah ini ujian dari Allah. 
Mohon tingkatkan kesabaran dan ketaqwaan. :D

Aku bukan apa.
Ada sorang kawan aku ni. Asik puasaaaa je kerja dia.
Padan la badan haluih macam toothpick. ;D
So bila aku update pasal makanan je, dia bising sebab dia puasa.
Mana la aku tahu dia tengah puasa kan. 
Dah takdir telah mengaturkan begitu.
 Asal dia puasa je, aku update pasal makanan, 
asal aku update pasal makanan je, dia puasa. 

Nasib kau lah, Nodie!
:D