Showing posts with label Siblings. Show all posts
Showing posts with label Siblings. Show all posts

A birthday surprise.. for me!

Too excited to update about this sampai sanggup skip cerita Pangkor.
Beheh.
So kita update cerita lain dulu ye.
Yang Pangkor tu kemudian. Kemudian tu bukan esok tau beheh.
Ni kira cerita birthday Episod 1, yang pangkor episod 2.
Dan mungkin pangkor ada 3 episod.
Ini blog atau.. rindu awak 200%?
-____-

So last weekend,
satu birthday surprise was arranged by my family, for me. :D

Lahaiii surprise kali ni sumpah jadi, 
because aku tak hidu langsung plan diorang, 
because diorang plan seminggu selepas birthday aku,
so memang terkejut ter-surprised ter ter terr.
Terkejut sama macam birthday last year. ;D

Nak-nak saya tengah demam teruk masa tu.
So lagiiiiii la tak hidu apa-apa.
Demam teruk ok. Hilang selera makan dan turun 2 kg.
;D

 Tak silap saya, idea nak buat surprise ni adalah idea Mama.
Dia komplot camane tah dengan adik-beradik, dengan hubby semua.
Yang saya tahu cuma,
weekend tu tetiba semua kena balik sebab Mama nak berkumpul makan-makan sekeluarga
sementara adik saya yang kerja Chef atas kapal tu ada kat rumah.

So ok lah.
Demam-demam pun tetap ku gagahi jua.
Sebut je makan memang terus gagah.
Kahkah.

Bila kitorang sampai je rumah Mama, semua terus bersiap.
Pakai lawa-lawa, wangi-wangi.
Aku dah macam, nak kemana laaa diorang ni.

Bila aku tanya,

"Kita nak pergi makan kat mana? Bukan nak berkumpul kat rumah je ke?"

Adik-adik aku kemain jawab,

"Tak. Kita makan luar. Mama malas masak."
"Kita nak makan kat warung kat Shah Alam Mall tu je."

Aku dah macam pfftt.
Sebab aku pakai seluar tidur yang stok tersedut bontot tu je.
Make up pun tak, apa pun tak. Dah kata demam kan.
Tak tahu pulak nak makan luar.
-_____-

Tapi takpe. Seluar sedut bontot pun saya redho.
Bila semua dah ready, kitorang pun keluar satu keluarga.
Aku pun ikut menonong je lah apa plan diorang.

Sampai kat Shah Alam Mall, terus park kereta.
Tapi tetiba diorang jalan kaki menuju ke tempat lain.
Tak masuk Shah Alam Mall pun.
Aku macam, heyyyy nak kemana niiii.
Tapi tengok yang lain diammm je. -..-

Rupanya.....


Ke Concorde ye kita.
Lahai lahaiiii.
Park kat Mall tapi makan kat Concorde sebelah.
Nampak tak konsep penipuan dia.
-____-

Masuk-masuk Concorde,
meja semua dah ready, siap dah ada nama.
Rupanya memang diorang dah lama booking.
Lahai lahaiiii. 
Nakal tau korang ni.
;D

"Korang ni... kata nak makan dekat mall je. Tipu!"

"Betul lah. DEKAT mall. Bukan DALAM mall."

Eh kelakar nya...
-_______-

Terus tersipu-sipu malu birthday girl. Terus tak demam dah. Kahkah.
Masa nak duduk ni, Mama siap tarikkan kerusi suruh aku duduk.
Seingat aku, selama 27 tahun jadi anak Mama,
tak pernah lagi aku tarikkan kerusi untuk Mama.
T____________T


 Ini muka orang demam bila nampak makanan.
Tak payah kolajen. Hulur je makanan terus glowing.
;D


 
 
 

Lepas semua dah makan buffet, tetiba kek datang.
Orang hotel la bawa kek. Takkan kek datang berlari pulak kan. -..-

Time tu aku macam, lahai lahaiii.
Rasa nak tutup muka dengan pinggan.
Kalau ukur muka dengan pinggan, mungkin dah sama besar.
Kembang sepinggan namanya.
 ;D

 Ni aku tengah merenung tajam ke arah Along.
Berani dia letak anak-anak dia kat sebelah aku.
;D


 Amboi zamiyah.. Selamber celet kek makngah ye.
Pastu buat muka tak bersalah.
Tu hidung tu, kenapa macam cendawan butang?
;D


 Dia ni pun sama.
Sebenarnya sebelum kek sampai, Haikal dah tertidur.
Tapi bila kek sampai, terus buntang mata dia.
Terus excited dengar lagu happy birthday.
Haikal, ni birthday mama, bukan birthday awak. Tidur la balikkk.
 -____-


 
Haa ni la dia.
Mama the dalang utama.
Sejak bila mama pandai buat surprise-surprise ni amboi amboi dah besar dah bijak dah dia.
Haha!


Ini Daddy saya.
Yang paling best dalam dunia.
Siap janggut matching dengan baju mana nak cari bhai.. 
;D

Teringat dulu beberapa bulan sebelum saya kawen,
Daddy selalu masuk bilik saya malam-malam ajak borak sampai pagi.
Borak benda random je pun. Tapi dia tetap nak borak.
Masa tu baru saya tahu, betapa seorang ayah susah nak lepaskan anak perempuan dia
Pastu setiap malam Daddy peluk bahu saya sambil ulang-ulang ayat ni,

"My daughter is leaving the nest. I can't believe my daughter is leaving the nest."

T______________T

You're still my king, Daddy.
For. Ever.


Yang pakai chopstick sebagai ariel handphone ni,
 Along saya. ;D
Orang kata saya kelakar macam Along saya.
Tapi sebenarnya Along saya jauhhhh lebih kelakar.
Nasib baik dia takde blog. -..-

Sebelum kawen dulu, kitorang ni rapat gila.
Dari sekolah rendah sampai ke dah nak kawen.
Sampai semua kawan Along jadi kawan saya,
sampai kalau kitorang keluar mana-mana orang ingat saya ni orang rumah Along.
Apalah nasib.
-_____-


Ni Kaklong, bini Along.
Saya tak suka letak gambar Kaklong dalam blog.
Sebab Kaklong dah anak tiga, tapi lagi kurus dari saya.
Habis lah reputasi saya cemnihh.
;D


Ni Adan. Adik saya yang no.5.
Walaupun rambut dia leper, dia dah ada makwe. -..-
Masa makan-makan hari tu,
semua makanan yang dia makan, dia ambik gambar dan send kat makwe dia.
Siap suruh Haikal panggil makwe dia "mak uda", sebab dia "pak uda".
Whatever Adan. What. Ever.
-______-

Ni Raidah. Adik no. 4.
The only sister I have.
Dalam siblings, kitorang berdua je pompuan.
Walaupun dia 6 tahun lagi muda, kitorang rapat sangat.
Dari kecik kitorang sebilik.
So semua rahsia aku dia tahu, semua rahsia dia aku tahu.
Aku pergi kelas pakai spenda getah barai, Raidah tahu. ;D


Ni Jahan. Adik paling bongsu paling manja paling baby.
Dah form 5 tapi manja macam budak 5 tahun.
Eh lupa, kengkawan Jahan ramai yang baca blog ni. Eheh.
Ahkak Jiji tipu je yang tadi tu.
Mana ada Jahan manja. Jahan ni macho orangnya.
Rajin tolong basuh pinggan. Dan jarang dengar dia kentut.
;D


Yang ni.. tak perlu diperkenalkan lagi.
Kat Facebook saya, penuh dengan kengkawan dia je.
Siap hubby cakap, tengok FB saya, macam tengok FB sendiri.
Kat news feed saya, semua kengkawan dia.
Orang kata, bila berkahwin, kita kahwin dengan seluruh keluarga pasangan kita.
Tapi bagi saya, saya berkahwin dengan dia, dengan keluarganya, dan dengan kawan-kawannya.
Selamat datang ke dunia Hafify Zulhaimy.
Tahniah Rajiah. Tahniah.
-_______-


Ye saya paling pendek saya tahu saya tahu. -..-
Dulu Mama kata, saya pendek sebab saya tak cukup tidur (sebab asthmatic), 
adik-beradik yang lain kuat tidur.
Kahkah.

Eh ada kena-mengena ke cukup tidur dengan ketinggian?
-____-

Masa kat Concorde tu tak cukup sorang.
Rizwan tak join sebab dia letih baru balik dari Tioman.
Kat rumah Mama baru complete 6 beradik.

 
Korang tengok chemistry aku dan Raidah cemana.
Kahkah.


Kitorang adik-beradik camni lah.
Very close.
Very close like flesh and nails.
Like water chopped won't break off.
Like carik-carik chicken feathers, sooner will stick together again.

Hamik.
Nanges cikgu BM baca nih.
-______-

Akhir kata,
thank you, beloved family for this wonderful time for my birthday.
I feel so blessed and contented to have all of you.
Kakngah sayangggggg semua!

Tak sabar nak tunggu September tahun depan.
;D

Merdeka a.k.a. Pasca-raya Gathering

Mari kita mulakan entry kali ni dengan muka paling handsome sekali dalam dunia.
Ahak hak hak.
Brad Pitt pun boleh menopos kalau tengok gambar ni. Sorry Brad. ;D

Muka paling hensem ni ialah peminat blog saya yang terfanatik sekali.
Asal balik kerja je,
"Oi bila nak update blog? Penat ah tunggu.."

-_____-

Encik...
Encik dengar sini encik.
Encik tu dah la serumah sekatil sebantal sejamban dengan saya.
Apa yang perlu dikesahkan sangat dengan blog tu encik.
Encik nak komplen blog saya dah lama tak update,
tapi lobang hidung encik yang dah lama tak servis tu sedikit pun encik tak endahkan.
Hetty kos endang betul la encik ni. *tetiba*

Tapi memang saya nak minta maaf jugak la kat semua orang.
Ye saya tahu blog dah lama tak update.
Ye saya tahu lubang hidung korang berkerak kalau saya tak update.
Sebab korang baca blog sambil servis hidung kan?
;D

Well, sebenarnya bukan sengaja taknak update.
Cuma saje nak rehat dan ambik masa untuk muhasabah diri untuk ke arah sebuah anjakan paradigma in life.
Hambik haha!
Di samping memberi ruang untuk korang merindui saya. ;D

Apa?? 
Korang tak rindu pun?
Ye lah ye lah saya pergi basuh pinggan sekarang.
*tetiba*

Ada yang tanya,
"Jiji pergi haji ke? Lama tak update blog?"
Oh how I wish!
-____-

Aku tak ke mana-mana pun actually.
Elok je duk rumah tepuk amai-amai dengan anak. -..-
Dan untuk pengetahuan korang, aku paling aktif kat Instagram.
So kalau rindu, sila lah follow: Instagram Rajiah Nasir
Kalau rindu la. KALAU.
Kalau tak rindu, pergi basuh pinggan. Heheh.

Dan better follow my instagram instead of facebook.
Sebab kebanyakan facebook update pun selalunya via instagram.
Dan TAK SEMUA gambar instagram aku akan share kat facebook. Tak semua.
Selalunya gambar-gambar berhemah je yang aku share kat facebook.
Yang kurang berhemah tu aku upload di instagram sahaja.
Ini kerana..
mama dan daddy takde instagram BAHAHAHAHAH.
Nampak kan perangai sebenar dia camane kahkah.
Mak aku kalau baca ni mahu dia terus buka akaun instagram.
Hai Mama. Mama sihat?
;D


Ok berbalik kepada tajuk asal, Merdeka a.k.a. Pasca-raya Gathering.
Kenapa merdeka a.k.a pasca-raya?
Kerana gathering tersebut dibuat pada 31 ogos dan ia sebenanrnya adalah untuk menyambut belated-raya celebration with Rizwan (adik saya).

Yang tengah tu Rizwan.
Dia kerja chef atas kapal.
Raya hari tu dia tak dapat balik.
Orang duk sibuk raya, tapi dia duk sibuk masak atas kapal.
Dah habis raya baru dia dapat balik jumpa family.
Hape bende laaa kapten kapal dia tu. Kenapa la tak balik masa raya.
 Silap tengok kalendar agaknya.
Tak pun terlepas tengok ucapan pakcik penyimpan mohor-mohor besar kat TV9.
Adudududu...



So sebagai menyambut ketibaan chef kapal yang baru nak rasa beraya itu,
kitorang satu family buat gathering sekali lagi kat rumah Mama.
Dan ofkos, Rizwan yang masak. Haha!



 Paling terharu bila Rizwan cakap,
"Selalunya asyik masak untuk orang lain je, so hari ni let me cook for my beloved family."

Aww!
Thanks dik. You're the best! :')


Along dan princess dia adalah orang pertama yang tuju meja makan.
Pastu terus senyap tak dengar khabar berita.
Rupanya diam-diam tengah habiskan makanan kahkah.

Along ni peminat blog nombor dua terfanatik.
Tak habis-habis,  
"Update la update la update laaaa..."

Update apa? Avira antivirus bulan lepas lagi dah update.
Eh tak kelakar pula. -..-


Penari-penari pondan yang diimport khas dari jalan chow kit.
Yang tudung pink tu baru berhijrah. ;D


Amboi dua orang ni..
Mohon sampai besar rapat camni ok.
Kang jangan nak berebut nombor telefon awek ke apa nanti.
Benda banyak, bagi sama rata. ;D


Mama la paling happy anak kesayangan dia balik.
Sepanjang Rizwan takde, Mama asyik call aku,
"Mama rindu Rizwan la. Kakngah rindu Rizwan tak?"

Ye tahu tahu. Mama rindu Rizwan. Saya tahu.
Tapi orang yang di-call ni tak pula dirindui ye. 
Musykil juga saya sambil berpaling ke bucu dinding dan mengesatkan air mata.
T___T


Bunga raya jalur gemilang tu kan,
Rizwan jumpa tepi jalan terus dia rembat bawak balik.
Tapi sampai je rumah, terus patah-patah dikerjakan oleh cucu-cucu Nasir dan Fatimah Corazon.
;D


Typical sight of these two crazy ladies, yang bila jumpa je terus tergelak barai sampai cramp perut. 
Tapi kalau selalu jumpa, asyik bergaduh pulak sebab berebut spenda sebab Mama selalu belikan kitorang spenda sama colour so tak tahu siapa punya so bila getah dah barai selalu taknak mengaku dan saling tuduh-menuduh dan ianya sering menyebabkan pergaduhan yang berpanjangan. 
;D


Tapi nasib baik saya dah berumahtangga,
maka saya kini memiliki supplier spenda alternatif. Yeayyy.
-_____-


Sekian cerita untuk hari ni.
Doakan esok dan hari-hari seterusnya ada entry baru.
Selamat maju jaya kepada diri sendiri. Heheh.