Showing posts with label Disgusting. Show all posts
Showing posts with label Disgusting. Show all posts

Cicak ekor dua!!

Bebaru ni, kitorang terjumpa makhluk aneh dalam bilik air rumah kitorang.
Cicak ekor bercabang dua engko! Aku serius engko!


Malam-malam aku tercari-cari la jugak cicak ni, tapi tak pernah jumpa pulak. 
Asik asik asik terjumpa waktu siang je.
Aku syak, cicak ni bertukar jadi cicakman la memalam. 
Dia mesti pergi lawan profesor klon ke ape kan. Hehek.

Pattern traffic jam kat Penang Bridge

Hari-hari kalau korang dengar Traffic Update kat radio setiap pagi & petang mesti ade mention Penang Bridge heavy traffic/bergerak perlahan. 
Nak-nak pulak waktu peak hour, waktu orang masuk keje and balik keje.

Dan aku ni selaku orang yang almost hari-hari merentas desa Penang Bridge tu, telah berjaya mendiscover sesuatu. Heheh.
Bunyi macam gempak. Atau poyo je lebih?

Bila dah hari-hari duk mengdrive atas Penang Bridge tu, aku macam nampak satu pattern yang menyebabkan bridge tu sesak waktu peak hour pagi dan petang.
Waktu lain, memang lengang lah. Kau nak baring kat tengah-tengah jambatan tu pon boleh. Nak melintas slow-mo biawak pon takde hal. Kalau ade yang langgar kau pon, tak lain tak bukan, kereta sapu jalan tu je.
Tapi waktu peak hour, jangan. Dangewouss!


Pepagi lagi, jambatan dah start sesak. Berpusu-pusu kereta nak masuk/keluar pulau.
Heavy traffic waktu pagi memang normal disebabkan kereta banyak. Semua berebut nak potong. Padahal setakat kedepan dua tiga inci je. Baik tak payah potong.
Kengkadang aku kesian jugak tengok orang-orang kaya yang bawak kereta yang boleh pergi 300km/j. Tapi last-last terpaksa bawak 20km/jam je. Motor kapcai pon sengihhh je potong sebelah. Boleh nanges weiii.

So kesimpulannya traffic jam waktu pagi adalah disebabkan oleh kereta banyak. Dan bridge tu akan sesak from end to end lah. Tak de chance kau nak mencelah.


Tapi bila peak hour waktu petang, jambatan sesak jugak. Tapi kereta taklah sebanyak waktu pagi. Tapi still jam teruk. Selama ni aku duk wonder lah kenapa.
Tapi lama-lama bila aku observe, rupanya orang-orang Penang ni bila waktu balik keje petang je, depa suka bawak kereta santai-santaiiiii je.
Rilekkkkk je. 50-70 km/jam je.
Sebab tu la boleh jam. Haihhh..perangaiiii..
Kalau pagi kemain tak menyabau nak motong, mencucuk-cucuk bagai.
Tapi bila petang, reti pulak nak bawak dengan penuh berhemah. 

Ada sekali tu lagi lawak, aku drive atas jambatan tu waktu bukan peak hour, tapi jam kemain. Aku pon wonder lah kenapa.
Maybe ada accident ke, tak pon kereta rosak, tak pon orang baiki jalan.
Aku pon bersungguh la mencelah kiri kanan sampai ke pangkal jam tu.
Dan ketemu la sebabnya.
Rupanya ada satu lori bagak besau yang sarat dengan babi. Hamikk kau.
Semua orang tak berani potong. Sampai jam dua lane. Haha.
Dengan aku aku sekali tak berani potong lori tu.
Bukan takut, tapi dia punya busukkkkkk, boleh gugur bulu hidung.
So takpe la kita kasi chance la kat babi-babi tu semua menikmati panorama indah beserta angin sepoi-sepoi language di atas bridge tu. -..-"

Lepas ni aku nak request kerajaan Pulau Pinang supaya bina kapal selam la untuk transport babi-babi tu semua. 
Tak payah pakai jalan darat la wei. Boleh sesak napas drebar-drebar lain.

Hopefully, bila dah siap Penang Second Bridge nanti, kurang la sikit traffic jam kan.

Oh tali pusat!


***Scene 1***

Aku: Mama, tali pusat baby yang dah tercabut nanti nak buat ape? Tanam eh?
Mama: Kalau ikut petua orang Philippines (my mom is a Filipino), jangan tanam terus.
Aku: Dah tu buat ape? Buat lauk? =P
Mama: Simpan je sampai kering. Bukannya berbau pon.
Aku: Simpan sampai bila?
Mama: Sampai anak yang last. Kumpul semua tali pusat (dari anak first sampai anak last) then tanam sekali. Orang kata, supaya nanti ikatan adik-beradik rapat.
Aku: Hoh gitu? Tapi memang berkesan ke?
Mama: Heheh. What do u think?
Aku: Betul la kot. Tengok kitorang adik-beradik rapat je. 
Mama: Ehehehehe..Entah. Mama ikut orang je. Kuasa Allah jugak yang menentukan. =)



***Scene 2***

Aku: Mak, tali pusat anak-anak dulu, camne mak uruskan ye?
MIL: Mak simpan sampai kering.
Aku: Untuk?
MIL: Nanti kalau anak-anak degil, rendam tali pusat dalam air, kasi diorang minum.
Aku: *tahan muntah* erkkk ye ke Mak?
MIL: Hahaha..tapi mak tak pernah buat pon. Mak rendam je dalam air, pastu acah-acah nak kasi diorang minum kalau degil. Tapi takde la kasi minum betul-betul. Geli lah. Ehehe.
Aku: *phewww!*



***Scene 3***

Hubby's friend: Fify, nanti tali pusat anak tu, ko jangan buang. Simpan je.
Hubby: Kenapa?
Hubby's friend: Nanti kalau anak kau tak dengar cakap, kau kasi dia minum air tali pusat!
Hubby: Hahhhh???!! Ye ke?
Hubby's friend: Iye..Mak aku dulu memang selalu buat camtu..
Hubby: *cekik diri sendiri* Bluekkkkk!


Be strong, honey!! ;)

A man escapes from prison where he has been for 15 years. He breaks
into a house to look for money and guns and finds a young couple in bed.

He orders the guy out of bed and ties him to a chair. While tying
the girl to the bed he gets on top of her , kisses her neck. Then gets up and
goes into the bathroom.

While he's in there , the husband tells his wife , 'Listen , this guy's
an escaped convict! Look at his clothes! He probably spent lots of time
in jail and hasn't seen a woman in years. I saw how he kissed your neck.
If he wants sex , don't resist. Don't complain. Do whatever he tells you.

Satisfy him no matter how much he nauseates you. This guy is probably
very dangerous. If he gets angry , he'll kill us. Be strong. Honey , I
love you.'

To which the wife responds , 'He wasn't kissing my neck. He was whispering
in my ear. He told me he was gay. He thought you were cute and asked
if we had any Vaseline. I told him it was in the bathroom. Be strong honey ,

I love you too!!



Doktor paling biadap

Ni kejadian masa aku pi buat buku merah tu.
Rasa nak terajang je doktor tu laju-laju.
Padahal selama ni profession doktor ni la yang paling aku kagum.


Kau bayangkan, ziarah orang sakit pon dah dapat pahala,
inikan pulak doktor yang tugasnya merawat penyakit orang.
Berlipatganda la pahala tu kan.. Syabas doktor! 


Tapi doktor cha-ya-nun-alip yang aku jumpa last week tu, lain macam sikit.
Biadap.
Kurang ajar.
Otak kat kaki.
Semua lah!
Jarang jumpa doktor pompuan perangai camni.


KeBIADAPan beliau terserlah masa dia check buku merah aku tu.



Dia argue pasal column "Tahap Pendidikan" tu.

Doktor: How old are u?
Aku: 23.
Doktor: *Jeling kat nurse dia sambil gelak sindir* U tot i'll believe this ah?? U're juz 23 and u're doing PhD?
Aku: *sentap* Why? But i'm still in the 1st year. 
Doktor: heheheh..impossible!
Aku: Nah *tunjuk kad pelajar*


Doktor: How can u finish ur study so fast? *tetap taknak percaya*
Aku: Belom habis lagi. Baru first year!
Doktor: U pakai kabel kan?
Aku: *shit lah kau ni* Nope.


Aku wonder ape yang memelikkan sangat doktor tu??
Sambil muka tak puas hati, dia check blood pressure aku.
Conteng-conteng dalam buku merah aku. 
Ape ntah yang dia isi. Malas aku nak amik tau.
Sambil dia tulis-tulis tu, aku try la tanya dia pape soalan.
First pregnancy kan. Mesti la banyak bende aku nak tau.


Aku: Dr, nanti i've to attend a course kat Bukit Jalil. So i've to travel for about 4 hours. Is it ok?
Doktor: Bahahahaha!!!! U orang pertama yang tanya i soalan bodoh macam ni!
Aku: *sentap lagi*
Doctor: Of course lah boleh! U pergi naik kereta, bukan naik kuda kannn.
Aku: *cehhh lawak sangat la tu!*
Doctor: Better u risau pasal aktiviti lasak. Such as having sex ke.. Ha itu lagi bahaya kan?? HAHAHAH *gelak lagi*
Aku: Sebelom ni i pernah tanya doktor kat klinik swasta. And she answered me properly! She said, travelling can be dangerous kalau rahim tak kuat.
Doctor: *terdiam* If that case, u kena lapik pillow la okay.
Aku: Can i leave now?
Doctor: oh sure-sure.
*aku sengaja hempas pintu kuat-kuat lepas keluar*


So ape pendapat korang?
Layak ke orang camni jadi doktor??
Aku rasa doctor cha-ya-nun-alip tu racist la.
Padahal sebelum tu aku ade pergi klinik swasta, baikkkkk je doktor kat klinik tu layan semua soalan aku. Soalan remeh pon dia layan.
Bcoz she knew this is my first time. Consider la sikit kan.


On the way home, aku story kat hubby.
Dia pon hanginnnnn je.


Demi Allah aku tak mereka-reka cerita ni. 
Jauh sekali nak benci para doktor sekalian. 
In fact, dalam hidup ni kita memang memerlukan doktor kan. 
Tapi seorang doktor tu kena la ada moral yang tinggi jugak bcoz diorang ni berurusan dengan nyawa orang lain.
Tuhan jadikan kau seorang doktor untuk berjasa kepada masyarakat.


Sekian entry emo giler!


Engagement Day.. ape rase ek??

Dari semalam aku tengok jiran depan rumah ni berting-tang-ting-tang.
Riuh dan sibuk!
Seluruh kaum kerabat dia berkampung kat rumah depan nih.
Maklom la..nak buat majlis pertunangan anaknya. =)
Nak masak-masak lagi.. Set up khemah lagi..
Nak siapkan hantaran..
Door gift lagi..
Banyaknyaaaaa nak kena buattt!


Tetiba bila aku tengok suasana camtu, aku teringat masa zaman aku bertunang dulu.
 Aku ada sebulan je untuk persiapan pertunangan.
Diorang merisik 10/5/2009.
Set tarikh bertunang 14/6/2009.
Sebulan je weiiii..
Tergopoh gapah habis.



Print benda ni atas kertas biasa je sebelum edarkan.
Dah tak sempat nak book invitation card segala.


Kena lapangkan rumah so that boleh occupy semua orang nak datang.
Walaupon ade khemah kat luar, tapi kau kena paham semua orang nak tengok upacara menyarung cincin tu okayyyy T_T


 Rumah berjaya dilapangkan. Perabot-perabot semua tumpang rumah jiran T_T



And kau as a bride, mestilah paling happy gaban hari tu.
Pukul 9 pagi dah start bermekap, padahal majlis pukul 12 kang.
Siap panggil fotografer naik atas, capture moment-moment bermekap. pfft.



 Bab baju jugak kau paling kerek nak baju songket tenun melayu segala.
Siap ekseseri ek'eleh segala.
Terpaksa orang-orang sekeliling dikerah mencari kelengkapan beta. 
Mesti diorang macam, WEI JIJI KAU NI BARU BERTUNANG JE KOTTT.
DCAWKEGFNNBERMHUYDN!!




Tiba la saat disarung cincin. 
Hati kau macam, WAH WAH AKU DAH BERTUNANGGG
Dengan tak sedar diri terus menganggap mak tunang sebagai MOTHER IN LAW.


 Senyummm sampaiii nakkk terkoyakkkk muluttt!!

 Dan membahasakan diri MAKLANG kepada anak-anak buah si tunang.
POYOOOOOO



Selesai majlis pertunangan tu, terus call si tunang dan cakap,
HELLO TUNANG! (dengan nada eksaited haha)
Sejak hari pertama bertunang, sampai hari ke berapa ratus tah,
Asik duk menayang cincin tunang sambil melalak-lalak,
WEIIII AKU DAH BERTUNANG WEIII...


Agak menjengkelkan jugak perangai aku ni rupanya.
Lepas dah berkahwin ni, bila flashback masa bertunang,
baru sedar pertunangan tu is nothing sebenarnya.
Jauhhh lagi kalau dibandingkan dengan kahwin. -__-"
Tapi at least aku pernah merasai detik itu.


No wonder la ada sorang pakcik pernah pesan kat aku..
"Jangan berhabis sangat masa bertunang. Sebab bertunang mungkin boleh jadi dua tiga kali seumur hidup. Berkahwin nanti baru sungguh-sungguh. Sebab kawen sepatutnya hanya sekali seumur hidup."
Masa tu aku carut-carut je dalam hati kat pakcik tu.
Tapi sekarang aku realize, BETULLL SANGAT yang pakcik tu cakap.


p/s: Selamat Bertunang kepada kawan-kawan yang baru bergelar tunangan orang.. 
Selamat berdarah manissss..=)


A giant green moth! :O

Satu malam tu..
Masa hubby nak lock pintu, gate, grill semua,
tetiba dia menjerit dari luar rumah..

"Sayang, tengok ni! Ada kupu-kupu askar!"


Aku pon bergegas la keluar.
Nah, yang aku nampak.....






Toruih togamam den!
Muka dia scary, tapi 'body painting' dia cantikkkk kan?..
Seriously, aku tak pernah tengok 'monster' nih.


Maka terus aku pi google,
and terjumpa decription pasal 'monster' ni kat Wikipedia.



The Pandora sphinx moth (Eumorpha pandorus), also called the Pandorus Sphinx Moth is a North American moth in the Sphingidae family. It is a large, greenish gray moth with darker patches and pink edges and small pink eyespots. The underside is usually pale yellow-green or brown. It has a wingspan of 8.2–11.5 cm, females being slightly larger than males. Pandora sphinx moths fly during dusk.



Ni pulak gambar larva kupu-kupu tu.
Masa kecik kaler ceklat, bila besar kaler hijau pulak.
Peliknya!


Hish...meremang tengkuk aku tengok ulat nih.



p/s: Orang tua-tua kata, kalau ada kupu-kupu masuk rumah, maksudnya ada orang nak datang. 
Tapi kalau 'kupu-kupu askar' ni, maksudnya ada askar nak datang ke???


Pantai Bersih - indah khabar dari rupa..

Banyak kali kitorang lalu kat Pantai Bersih, tapi belom berkesempatan untuk singgah.
Tapi everytime lalu, motor/kereta banyaaakkkk port kat situ.
Dalam hati,"Ramai orang suka lepak situ eh? Mesti best!"
Dah nama pon Pantai BERSIHHHH!




Hubby pernah tanya boss dia,  
"Best ke Pantai Bersih tu?"


Boss dia terkejut sambil jawab, 
"Hang nak buat apa pi sana?? Tak payah laaa.. tu tempat orang beromen. 
Hang jangan la pi sanaa.."



Haha.



Tapi baru-baru ni, kitorang pi jugak!
Wah dengar tempat orang beromen, terus nak pi! =P









Unfortunately...............
Tempatnya memangggggg sekadar indah NAMA dari rupa!
Pantai Bersih! 
Bersih keee??



TAK BERSIH LANGSUNG!




Aku rasa Pantai Morib yang dah tercemar tu lagiiiii bersih!
Tapi alang-alang dah sampai tu, kitorang lepak la jugak.




 Time tengah hang out la, fone asyik ringing. Haihhh..




Walaupon awal-awal lagi dah potong setim, sebab tempatnya omaigod 'bersih' giler! 
So, tak jadi nak beromen kat situ.
At least, tengok orang lain beromen je dah memadai. Haha




Seriously raaaaamai giler tengah bertenetttt kat situ.
Kitorang tengokkk je. =P





 Jom 'tengok' sambil kunyah Twisties mesti mauuuu.!




 Hubby kata," Hamboi..notty ni!" ;P




Selain dari beromen, ramai jugak yang datang memancing.
Memancing ikan ye. Bukan mancing fomfuan.




 Hubby kusyuk tengok orang mancing.









Sedang kitorang syok mengunyah sambil berborak-borak, ade satu couple yang agak berumur tetiba datang port betul-betul kat depan kitorang!
Aihhh mencapub betoll!
Aku rasa couple ni memang dah pangkat pakcik-makcik.
At first, kitorang expect diorang ni baru kawen.
Sebab mesranyaaaa, bukan main lagih!
Romantik habis.




Tapi bila dah lama tengok gelagat diorang ni, macam belom kawen pon ade.
Pegang sana pegang sini. Raba sana raba sini.
Hello pakcik, pi cari bilik la kalau dah setim sangat!




 As usual, kitorang memang suka buat dialog untuk orang lain.
Asal nampak je orang buat aksi pelik-pelik depan mata, mesti spontaneously terkeluar dialog. Heheh.




Aku sebagai Makcik. Hubby sebgai Pakcik.
Jom layan dialog kitorang..


Pakcik: Meh abang garu ketiak sayang ye.
Makcik: Eh jangan la bang.. Ketiak sayang tengah lebat ni. Tadi lupa nak shave.
Pakcik: Takpe.. lebat-lebat la abang suka. Eh nape ketiak sayang basah ni?
Makcik: Ha'ah..bukan saja basah malah berdaki lagi.





 Pakcik: Sayang, abang nak amik gambar sayang ni. Nak masukkan dalam belog. 
Sayang senyum la kasi nampak gigi emas tu.
Makcik: Nak buat 'peace' sekali boleh tak?





 
 Makcik: Abang amik la gambar dari bawah. Baru nampak bulu kaki sayang yang kerinting ni.
Pakcik: Ye lah. Demi sayang, abang terpaksa menonggeng kat batu nih.





Macam-macam ragam lagi pakcik-makcik ni buat depan kitorang. 
Cuma aku tak kuasa nak capture semua 'adegan'.
Bernanahhhh je aku tengok.




Dah bosan tengok 'warga emas' beromen, kitorang mengalih pandangan kepada orang memancing. Hmmm..lebih tenang rasanya..













Ehh..terlupa pulak nak amik gambar berdua.
Hari dah gelap baru teringat. T_T
 Leka sangat tengok orang beromen gamaknya..








Bila matahari dah nak terbenam, kitorang kemas-kemas nak balik.




Nampak tak anak bulan seco'et je kat langit tu? Cantik.








Tobat la, it's the first and the last time kitorang jejak kaki ke Pantai 'Bersih' tu.
Boleh jadi mentally retarded wei.




p/s: Puan Isabelle, chantek tak aku belit tudung gitu? Ala-ala sape eh? Lalalala~