Showing posts with label Childhood. Show all posts
Showing posts with label Childhood. Show all posts

9 Rutin Untuk Build Strong Connection Dengan Anak.


Saya terima banyak inbox daripada parents yang mengadu tentang--

anak tak dengar cakap, 
anak taknak ikut peraturan, 
suka melawan, 
suka memberontak, 
tak hormat ibu bapa, 
macam-macam. 
.
Maybe I’m not the right person to talk about this.
Because I myself is still far from a perfect parent.

Tapi mungkin saya boleh kongsikan sikit, 
apa yang saya tahu, apa yang saya belajar dari pakar-pakar psikiatri yang saya jumpa, dan apa yang saya sendiri dah prektikkan for the past 5 years dengan anak sendiri. 
.
To be honest, in parenting I believe —
in the power of CONNECTION.
.
Sikap dan tahap toleransi anak adalah sangat bergantung kepada kekuatan HUBUNGAN parent-child itu sendiri.
Dan kekuatan HUBUNGAN itu, bergantung kepada effort ibu bapa dan anak dalam membina HUBUNGAN tersebut.
.
Kalau difikirkan balik, sebenarnya banyak improvement yang berlaku pada Haikal dari segi perkembangan sikap, minda, dan emosi, 
bila saya dan suami mula focus on building CONNECTION dengan dia.

Dan kami sangat percaya bahawa, 
only with a strong CONNECTION, Haikal akan patuh arahan, dengar cakap, beri kerjasama dan ikut peraturan yang kami tetapkan untuknya. 
.
Anak-anak ni macam kita juga.
Kita hanya “ikut cakap” dan “ikut arahan” orang yang kita rasa “connected to” sahaja. 
Dan kalau orang tu macam tak penting atau takde kena-mengena, 
kita akan ignore je, dan feel free to break the rules.
Kan? 

Kajian menyatakan—
anak-anak yang mempunyai STRONG CONNECTION dengan ibu bapa, 
adalah anak-anak yang paling mudah beri kerjasama, 
bukan saje dengan ibu bapa, tapi juga dengan orang sekeliling.
.
But course, anak-anak ni ada angin dia jugak.
Sometimes mereka akan “buat perangai” dan ikut kepala sendiri, sebab bahagian otak “prefrontal cortex” mereka masih belum berkembang sepenuhnya. 

That's why dalam Islam pun sebutkan mereka ini sebagai--
belum mummayiz. 
Belum ada kewarasan dan kematangan sepenuhnya.
.
So hari ni, saya nak kongsikan 9 rutin yang saya sendiri buat for the past 5 years, untuk build strong connection dengan Haikal.
Sejujurnya, rutin-rutin ni dah banyak bantu saya setakat ni, dan Alhamdulillah, my parenting journey is not that hard for me. ðŸ˜Š
.

1) Amalkan 12 Pelukan Sehari

Menurut kajian--
"Setiap manusia perlukan 4 pelukan untuk "hidup", dan 8 pelukan untuk maintain emosi yang baik sepanjang hari."

So total up, 
kita perlukan 12 pelukan setiap hari.

And in order to receive enough hugs,
we must give enough hugs.

Jadikan rutin untuk beri pelukan pertama lepas bangun tidur, 
dan pelukan terakhir sebelum masuk tidur.
Selain tu, selit la bila-bila. 
Masa pergi kerja ke, masa balik kerja ke, masa hantar anak sekolah, ambik dari sekolah, masa tengok TV, masa main, etc.

Kajian mengatakan, pelukan adalah sangat penting.
Lebih-lebih lagi bila anak dah meningkat remaja.
Hugs will trigger stronger parent-teens connection, 
dan lebih mudah untuk ibu bapa “mengawal” anak-anak remaja.


2) PLAY!

Bermain bersama anak-anak ye.
Bukan bermain yang masa malam jumaat tu. ðŸ˜‚

Setiap kali main dengan anak, wujudkan interaksi.
Bukan bagi anak main sorang-sorang dan mak bapak main phone kat tepi. ðŸ˜‘

Bermain dan bergelak ketawa dengan anak will keep us deeply connected and feel younger, by stimulating endorphins and oxytocin in our bodies. 
Ia juga akan buat anak lebih positif dan tenang setiap kali berhadapan konflik dan amarah. 


3) Bila berinteraksi dengan anak, TURN OFF YOUR PHONE

Zaman sekarang ni, memang susah betul nak berenggang dengan phone, kan? 
Bila orang suruh put away phone masa layan anak, kita pun beri alasan kononnya--
Nak rekod moment indah dengan anak, 
nak simpan buat kenangan, 
nak optimize penggunaan teknologi, 
blablabla.. ðŸ˜‘

Tak salah pun nak rekod video atau gambar anak-anak untuk kenangan.
Memang semua orang pun suka flashback kenangan. 
Saya pun sama.

Tapi jangan lah sampai setiap saat pun, phone melekat kat tangan, 
sampai kita lose those "live moments" dengan anak-anak! 

Kalau dalam solat, 
we have to put away our phones, to get connected to Allah.
So untuk build connection dengan manusia pun sama. 
Minimize distractions dan bina connection sebaiknya pada ketika dan waktu tersebut. 

Even turning off music in the car can be a powerful invitation to connect, 
so kids (even orang dewasa pun) are more likely to open up and interact. 


4) CONNECT, before each activity transition

Selalunya anak-anak akan ada hard time transitioning from one activity to another. 
Kan?

Contohnya bila kita nak suruh anak berhenti main dan pergi mandi.
Atau suruh anak switch off TV, dan bersiap untuk tidur.
Mestiiii macam nak berperang.
Panggil berulang kali, anak tetap buat derkkk,
last-last jiran sebelah yang menyahut. ðŸ˜‘

In this case, I always use this method —
connect first, then ask.

Sebelum suruh anak buat apa-apa, 
datang kat anak, look him in the eye, sebut namanya, connect with him, geletek2 sikit badan dia ðŸ˜‚
sampai lah you’re confident enough that he has the inner resources to manage himself through a transition, 
then baru lah suruh dia buat apa-apa yang sepatutnya. 


5) One-On-One Time, untuk setiap anak. 

Menurut kajian, setiap anak perlukan sesi one-on-one dengan setiap ibu bapa mereka sekurang-kurangnya 15 minit sehari, untuk bina kepercayaan dan hubungan yang kuat.

Semasa sesi tersebut, you can do anything yang anak suka. 
Atau boleh alternate doing what your child wants,
and doing what you want. 

Ada hari, kita yang beri kebebasan untuk anak pilih apa yang mereka nak buat.
Dan ada hari, kita pula yang menentukan aktiviti dan peraturan.
Lebih baik, kalau aktiviti tu ada unsur gelak ketawa dan physical touch.


6) RASA, apa yang anak rasa.

Memang, bukan senang nak consistently engaged dengan emosi anak-anak.

But remember--
sepertimana kita nak orang lain faham apa yang kita rasa,
macam tu jugak lah anak2 nak kita faham dan bimbing apa yang mereka rasa.

Emosi dan perasaan—
menentukan sikap dan tindakan seseorang. 

That’s why it's very important to let the children express their emotions (happy, anger, fear, etc), and guide them where to drive their behavior. 

Bagi saya sendiri, 
setiap kali anak tantrum atau mengamuk,
saya akan anggap itu sebagai peluang keemasan untuk saya bantu dia kenali emosi dan get connected with him.

As parents,
we don't let their anger trigger us,
but we welcome the tears and fears that always hide behind the anger. 
Just acknowledge what they feel, and offer understanding of their pain. 

Lama-lama nanti—
anak akan belajar untuk kawal emosi sendiri, lebih mudah bekerjasama, 
dan lebih percayakan ibu bapa mereka. 
.

7) LISTEN LISTEN LISTEN! 

Connection begins—
with listening. 

In parenting, we need to listen more,
rather than just answering, advising or instructing.

Melihat dunia dari perspektif anak-anak, akan buat anak rasa dihormati dan sentiasa cuba wujudkan win-win situation dalam perhubungan.

Anak-anak yang selalu didengari oleh ibu bapa, akan lebih mendengari ibu bapanya juga.
Bila hari kita moody, keletihan atau stress,
of course kita nak anak-anak dengar dan faham keadaan kita juga, kan? 

So we must first--
be a good listener to them. 


8) Slow down, and embrace the moments. 

Setiap rutin harian kita, sebenarnya adalah peluang untuk connect dengan anak-anak. 
Masa makan, masa mandi, dalam kereta, masa tengok TV, masa duduk-duduk, masa masak, masa kemas rumah, etc.

We are all busy with life, 
dan kadang2 takde masa untuk duduk menghadap anak.

So gunakan setiap ketika bila anak ada bersama, sebagai peluang untuk get connected dengan dia. 
Slow down on each task, and share the moment together.

Contohnya--

Masa masak, 
ajak anak berbual. 
beri anak sentuh sayur, ikan, etc.

Masa lipat baju, 
main peek-a-boo dengan longgokan baju.
Memang sampai malam pun tak habis lipat baju. ðŸ˜‚

Masa tengok TV, 
snuggle together dan main teka teki.

Masa driving, 
nyanyi lagu favourite dan menari sama-sama. 

So dalam apa jua keadaan, 
ambil peluang untuk get connected.

Give hug. 
Listen to their laughter. 
Look at them in the eyes, 
open your heart and sharing that big love you both have. 


9) Sesi peluk-peluk dan berbual, sebelum tidur.

Bagus juga kalau kita ajak anak masuk tidur dan tutup lampu a lil bit earlier daripada waktu tidur sebenar.
Supaya kita dapat spend time together, tell a bedtime story, and snuggling in the dark. 

Menurut pengalaman saya, 
ini sahaja masa yang Haikal akan cerita SEGALANYA yang berlaku pada dia sepanjang hari tersebut kepada saya. 
Apa yang jadi kat sekolah, 
apa yang kawan2 / cikgu2 dia cakap atau buat, 
apa isu2 yang dia alami masa saya takde, 
etc.

Dan setiap kali anak mula bercerita, apa yang kita perlu buat ialah--
LISTEN, and acknowledge their feelings.

Dan jangan lupa,
malam seterusnya, follow up dengan isu yang diluahkan pada malam semalam.
.
You'll be amazed how your relationship with your child deepens,
and how your child appreciates you, by sharing EVERYTHING with you, and only you. 

Dan menurut kajian, this routine is very powerful especially when you have teenagers.
Because late at night is often the only time teens will open up and share.
So be there for them, 
before they choose WeChat over you. ðŸ˜©


Sekian 9 tips yang tak seberapa daripada saya.
.
Apa pun,
kita semua manusia biasa.
Ada kalanya baik dan penyabar macam malaikat.
Ada kalanya “kencang” macam ribut taufan. 

Tiada siapa pun yang sempurna--
termasuklah anak-anak.
Salah faham, merajuk, bertekak, marah-marah, itu semua NORMAL dalam sesebuah perhubungan.

Bak kata Master Splinter dalam cerita Ninja Turtle--

“Kita tak perlu paksa semua orang mempunyai cara berfikir dan sikap yang sama macam kita. Sebab perbezaan itulah sebenarnya yang melengkapkan sesebuah hubungan, dan menguatkan sesebuah keluarga. Sebagai ketua, kita perlu bijak meraikan setiap perbezaan itu.”

Haa.
Tetiba cerita Ninja Turtle pun ada parenting values. ðŸ˜‚

Semoga apa yang saya kongsikan hari ni bermanfaat, 
dan beri perubahan positif dalam hidup anda. 




P/s: Ada banyak lagi tips yang pernah saya kongsikan untuk build connection dengan anak dan pasangan. Check it out in my two Bestseller books #3Kertas3Krayon3PenselWarna an #WhySoSeriousParents

More info here ðŸ‘‡:
https://www.facebook.com/rajiahnasir/posts/1633307310055389


Macam mana nak capai Quality Play ketika bermain bersama anak?

Assalamualaikum!
Korang okay?
Anak-anak korang okay?
Poket korang okay?
Eh sorry sorry soalan sensitif. ;D

Hari ni saya nak share pasal satu isu yang nampak remeh, tapi sebenarnya sangat penting dan mampu menjadikan parenting lebihhhhh fun kalau kita ambik tahu.
Tentang BERMAIN BERSAMA ANAK.
Ramai antara kita yang sebenarnya KURANG tahu cara yang betul untuk bermain dengan anak.
Acah-acah tahu, tapi sebenarnya tak tahu.
Dari budak tu lahir, sampai dah umur 18 tahun,
dukkk la main aucak aucak je.
Maka membesarlah anak itu dengan penuh kemurungan. -___-

Ada parents yang menulis kepada saya,
"Jiji, anak saya suka main bola, so saya belikan dia banyakkkk bola. Dan kitorang main bola je hari-hari."
"Saya surirumah, jaga anak sendiri. Saya selalu buntu fikir nak main apa dengan anak."
"Anak-anak jiran suka datang rumah saya, tapi tak tahu nak layan macam mana. So saya longgok je la mainan depan diorang."
"Jiji, quality play tu camane? Adakah dengan meng-expose anak saya kat playground hari-hari dah dikira bermain secara berkualiti?

Haa..nampak kan?
Ramai je yang ada persoalan dalam bab bermain ni sebenarnya. 
To be honest, saya dulu pun blur-blur ubi jugak bila hari-hari menghadap Haikal,
sampai bosan main benda yang sama dan buntu fikir nak main apa.
Dan saya juga pernah beranggapan bahawa kalau nak buat banyak aktiviti dengan anak,
kena beli mainan banyak-banyak.
Hmm membazir satu hal. Dungu pun satu hal. -___-

TAPI!

Sejak saya berkawan dengan ramai Early Childhood Education practitioners,
saya mula terdedah dengan pengatahuan tentang types of quality play.
Ataupun, jenis-jenis bermain yang berkualiti.

Sejak itu, saya dah tak payah fikir teruk sangat bila nak buat aktiviti dengan Haikal.
Sebab types of play ni dah jadi macam guideline saya yeayy!
So seperti yang dijanjikan, hari ni saya akan share dengan korang.

 Bulan oktober 2015 bejanji, bulan mac 2016 baru nak tunaikan.
Memang tak boleh jadi perdana menteri sangat ni. -____-


Jom tengok satu per satu jenis-jenis play yang bagus dan boleh didedahkan kepada anak-anak.
Bagi saya, penting untuk kita faham setiap jenis play ini supaya,
Satu, anak dapat experience banyak aktiviti, tak mudah bosan, dan perkembangan mental fizikal mereka diransang dengan baik.
Dua, mak bapak pun tak buntu nak fikir aktiviti apa. Balik-balik main lukis-lukis rumah kampung, bukit, matahari dan sungai.
Dan oh, sawah padi petak-petak juga. ;D

So by knowing these 16 types of play,
korang dah boleh fikir aktiviti apa nak main dengan anak semudah petik jari je.
Gicu.
Walaupun agak panjang dan banyak, saya harap korang boleh baca slowly, fahamkan dan bezakan setiap satu daripadanya.
Tengok sekali lalu dulu, kalau tak paham jugak, tengok lapan belas kali lalu. Beheh.



 1) Symbolic Play



Symbolic play ni adalah yang paling natural dan sesuai untuk semua peringkat umur anak.
Dan kadang-kadang, memang anak-anak akan naturally main symbolic play ni dengan sendirinya.
Contoh, ambik sikat dan jadikan sebagai microphone.
Atau ambik pisang dan jadikan sebagai telefon.
Ambil daun dan jadikan sebagai penyapu.
Dan sebagainya.

Symbolic play membenarkan anak-anak explore persekitaran mereka secara perlahan-lahan dan meningkatkan pemahaman mereka tentang dunia sekeliling tanpa terdedah dengan risiko yang terlalu bahaya.



2) Rough and Tumble Play


Rough and tumble play adalah sejenis play yang banyak melibatkan aktiviti fizikal.
Contohnya main lawan-lawan, main perang-perang, main golek-golek, main geletek-geletek, main gusti-gusti, etc.
Ini paling sesuai untuk father-son activity.
Sebab anak lelaki memang suka aktiviti berguling bergolek berlanggar meletop kebabom camni.
Macam suami saya, dia kalau main dengan Haikal atau anak-anak buah lelaki atau anak-anak jiran lelaki, dia memang akan mulakan dengan rough and tumble play.
Sampai budak-budak beraturrrr nak tunggu turn untuk dikerjakan oleh suami saya. ;D

Anak perempuan pun boleh jugak, apa salahnya.
Cuma kebanyakan anak-anak perempuan lebih sukakan aktiviti setempat.
Tapi kalau yang jenis lasak macam saya dulu, bagi je dia panjat tiang bendera tu sampai puncak.
Saya kecik-kecik dulu spiderman, dah besar terus jadi megan fox.
Ehh?! ;D



3) Socio-dramatic Play



Socio-dramatic play selalunya melibatkan suasana atau persekitaran yang lebih nyata.
Contoh macam, pergi shopping barang dapur dengan anak.
Pergi mancing.
Pergi berkhemah.
Pergi gortong royong bersihkan rumah.
Anak sental lantai tandas, bapak cuci mangkuk jamban, mak cuci rambut kat salon.
Ehh?! ;D

Socio-dramatic play boleh membantu anak-anak explore potensi dan kemahiran diri mereka sendiri, disamping membantu ibu bapa memastikan tandas sentiasa bersih. Bahah.



4) Social Play


Social play adalah sejenis play yang melibatkan interaksi dan perhubungan.
Melalui social play, anak-anak akan belajar cara bergaul, cara bertolak ansur dan cara mengawal emosi diri dan menjaga emosi rakan-rakan.

Tak kisah la main apa pun.
Asalkan ianya aktiviti berkumpulan dan terpaksa dilakukan bersama, itu ialah social play.
Untuk yang anak satu atau anak sikit, social play ni bagus untuk develop social skills anak-anak dan slowly reduce "overly-attachment" atau tahap kemanjaan atau tahap ke-bossy-an mereka.

Ibu bapa yang anak satu macam saya pasti faham apa yang saya maksudkan.
-_____-




5) Creative Play



Creative play pula melibatkan kreativiti dalam pemikiran dan tindak balas anak-anak.
Melalui creative play, anak-anak akan mula belajar menghubungkan elemen-elemen di sekeliling mengikut kreativiti, dan menceritakan atau menterjemahkan apa yang mereka fikir atau lakukan.

Contohnya, melukis gambar, buat scrapbook, memotong dan menampal kertas, merekacipta sesuatu dan sebagainya.



6) Communication Play



Commucation play adalah apa sahaja aktiviti yang melibatkan komunikasi, ekspressi wajah, dan pergerakan badan.
Contohnya, main nyanyi-nyayi, menari mengikut music, berlakon, berdebat dan sebagainya.



7) Dramatic Play



Dramatic play adalah common.
Especially yang ada anak yang obses dengan watak-watak superheroes atau princess.
Kalau anak lelaki, balik-balik jadi spiderman. Kalau tak spiderman, mesti ironman. Kalau tak ironman, mesti superman. Takpun ultraman. Takde pun yang nak jadi pak pandir ke si luncai ke. ;D
Kalau anak perempuan pulak, mesti elsa. Takpun barbie. Paling ganas pun, robocar poli.
-____-

Pastu kalau parents pun main sekali, mak-mak sibuk nak jadi kajol,
bapak-bapak sibuk nak jadi aaron aziz.
Halaaaahaiiii.



8) Deep Play


Deep play pula melibatkan sedikit risiko bahaya, memberikan anak-anak pengalaman baru, membantu mereka untuk mengatasi fear dan meningkatkan self-esteem.

Aktiviti-aktiviti first time, contohnya first time naik basikal, first memanjat tangga, first time main roller blade, juga dianggap sebagai deep play.
Selain tu, apa sahaja aktiviti yang melibatkan panjat memanjat atau mengimbang badan, juga adalah deep play dan perlukan pemantauan orang dewasa.



9) Exploratory Play



Exploratory play boleh membantu ibu bapa untuk mengenalpasti manipulative behaviour anak-anak melalui cara mereka memberi reaksi terhadap sesuatu alat atau persekitaran, contohnya membaling barang, menggigit, menyentuh, menjauhi, mengetuk, dan sebagainya.

Exploratory play boleh dilakukan dengan mendedahkan anak-anak dengan sesuatu alat atau benda, dan perhatikan cara anak menggunakan atau memberi reaksi kepada benda tersebut.



10) Fantasy Play



Apa sahaja aktiviti yang membenarkan anak-anak untuk berfantasi dalam dunia mereka sendiri,
adalah dianggap fantasy play.

Contohnya, berfantasi sebagai astronaut yang berada di bulan.
Atau, pilot yang sedang mengelilingi dunia.
Atau pahlawan yang sedang menentang gergasi.
Atau jutawan yang memandu lamborghini aventador.
Ehh itu fantasi apaknya. ;D



11) Imaginative Play



Dalam imaginative play, tiada batasan atau peraturan untuk anak berimaginasi dalam menghasilkan atau melakonkan sesuatu.
Aktiviti imaginative play adalah sangat luas.
Boleh jadi dalam bentuk lukisan, rekacipta, lakonan atau apa sahaja.

Contohnya, melukis sambil mendengar music yang dipasang.
Atau, berimaginasi sebagai seekor kucing atau ikan di lautan.
Atau, berimaginasi sedang berada di negara bersalji.



12) Loco-motor Play


Loco-motor adalah apa sahaja aktiviti yang melibatkan pergerakan badan.
Contohnya, main sorok-sorok, treasure hunt, main kejar-kejar, main panjat-panjat, dan sebagainya.



13) Mastery Play



Mastery play pulak menguji keupayaan anak-anak dalam melalukan sesuatu aktiviti secara intense dan bersungguh-sungguh sehingga selesai.
Mastery play selalunya ada target atau matlamat yang hendak dicapai.

Contohnya, mencipta istana pasir, menanam pokok, membuat kolam kecil, mencipta robot menggunakan kotak, etc.



14) Object Play



Object play adalah sejenis play yang melibatkan objek untuk meransang hand-eye coordination anak-anak.
Contohnya, menyusun dominos, memasang lego, dan sebagainya.



15) Role Play



Role play pun agak common dan ini adalah favourite saya dan Haikal!
Ok tak tanya. -..-

Role play selalunya membantu anak-anak explore intrapersonal dan interpersonal mereka.
Contohnya, menjadi sesuatu atau seseorang yang real dan melakukan sesuatu yang real.

Macam saya dan Haikal, kitorang suka main switch role.
Haikal jadi mama dan mama jadi Haikal.
Dan kami akan memainkan watak masing-masing.
Memang kelakar la, sebab Haikal akan cekak pinggang berkerut dahi sejibik macam mak dia.
Siapa tah mak dia tuh. -____-

Selain main switch role,
boleh jugak berlakon jadi bomba, jadi doktor, jadi jurujual dan sebagainya.



16) Recapitulative Play



Recapitulative play membenarkan anak-anak lebih memahami kejadian manusia, kejadian alam dan benda hidup.
Apa sahaja yang melibatkan sejarah, budaya, suasana, pekerjaan, peringkat kehidupan, cuaca dan sebagainya.

Contohnya, membela binatang, memberi haiwan makan, menanam pokok, melihat gambar-gambar lama dan perhatikan perkembangan diri, menyalakan api dalam gelap, perhatikan fenomena hujan, panas, ribut dan sebagainya.



Phewww habis pun 16 types of play.
Kurus jari saya menaip. *oh please la percaya*

Saya harap, dengan membaca perkongsian saya hari ni, dapat memberikan korang lebih banyak idea dalam menyediakan aktiviti untuk anak-anak.
Tak perlu lagi main aucak aucak selama 18 tahun sehingga anak kemurungan. ;D

Dan untuk pengetahuan korang, dalam Haikal's Outdoor Playgroup 2016 (#HaikalOPG), kami cuba sedaya upaya untuk terapkan kesemua jenis play ini ke dalam modul kami.
Haa so sesiapa yang belum register dan belum tahu camane rasa dia,
jom lah joinggggg!
Saya dan Haikal sendiri akan berada bersama anda di setiap sesi.
Boleh lah kita beramas ramas mesra yeayyy.

To register, boleh whatsapp:
011-2077 2324 (Ms. Fie)

Ok dah. Pergi hafal kesemua 16 types of play tadi.
Semoga bermanfaat!