Showing posts with label Babies. Show all posts
Showing posts with label Babies. Show all posts

Kronologi Raya 2013 - Day 2

Raya kedua takde apa sangat.
Family aku pergi ziarah orang meninggal kat Labu.
Kitorang tak ikut, sebab malam sebelom tu kitorang dah ziarah awal-awal.
Dapat tahu, Tok Alang meninggal je, laju-laju kitorang kitorang gerak sana.

Family hubby pulak pergi ziarah orang leukemia kat KL.
So moh la kita ke KL jugak ziarah kawan aku baru beranak.
Nasib simpan lagi contact number dia.
Dah lama kot tak jumpa Deni.
Last jumpa masa aku nikah. Masa tu sumpah aku kurus.
Sekarang pon masih kurus. Kat cuping telinga.
Bahagian lain takmo cakap. Bahaha!


Raya kedua tema kuning.
Korang tengok baju hubby ada huruf "R" kan.
Hubby gedik gila bila orang tanya R tu apa. Mesti dia jawab "Rajiah".
Kalau aku jadi si penanya tu, depan-depan dia aku muntah. Kahkah.
Dah kenapa kan. Tahu la sayang bini kan. 
Dah bini megan fox. Gila tak sayang? ;D

Aku mula-mula nak pakai baju kurung kuning. 
Tapi fikir-fikir balik, kejadahnya nak pakai baju kurung. 
Bukan nak beraya pon. Ziarah orang beranak je kot.

Sekali sampai rumah Deni, dia memang buat open house. Bahahaha.
Merasalah kau beraya rumah orang pakai jeans.

Korang ingat tak Deni?
Banyak kali jugak nama dia keluar dalam blog ni.
Nak tahu kenapa, baca SINI.

Nasib baik hubby boleh bawak bersembang dengan laki Deni.
Dah la aku bersembang ngan Deni seperti tiada hari esok.
Biasalah jumpa kawan lama kan. Kompom borak 3 hari 2 malam tak habis.

Setel kat rumah Deni, kitorang singgah padang layang-layang.
Saje la nak bagi Haikal tengok benda terbang-terbang.
Kang kalau dia ternampak benda terbang-terbang kat rumah, takde la dia takut.
Muahahahahahaha!

Korang tengok. 24 jam makanan dalam genggaman.
Suami mana yang tak sayang bini sebegini??? T_T


Haikal kemain seronok. Sampai takmo balik. -_____-


Omiomiomio.. siapa yang hensem sangat ni.
Siap pakai baju R untuk Rajiah.
Haha!

Ok bye.
(R itu Renoma. Harap maklom.)

Son vs Daughter

Ada satu hari tu,

Hubby: Mama nak berapa orang anak?
Aku: Tak kisah la. Lagi ramai lagi bagus. Tu pon kalau Allah bagi.
Hubby: Mama nak anak laki berapa, anak pompuan berapa?
Aku: Ermmm..tak kisah. Mana-mana pon boleh.

Masa hubby tanya tu, aku macam jelingggg je dia tau.
Sesuatu sungguh tetiba soalan begitu kan.
Macam.... nak order anak je malam nih? Haha!
Kalau nak, cakap je la kan. Tak payah tapis-tapis. I sudi je.
Kahkahkah

Tapi Alhamdulillah malam tu takde apa-apa pon berlaku. -..-
Hubby memang sekadar bertanya je rupanya.
Korang mesti baru mood nak turn on kan, tetiba laaaaa turn off balik.
Haha!

Pasal bilangan anak, memang dari awal kawen lagi, aku dengan hubby kalau boleh nak anak ramai.
Ramai tu takde lah sampai kalau anak-anak beratur tu dah sama panjang dengan penang bridge ke hape kan. Agak-agak la. Kang barai perut aku.
Muka megan fox, tapi perut hipopotamus.
Kan dah konfius disitu? Huhu.

Sebab adik beradik aku ada 6 orang. Adik beradik hubby 7 orang. Aku pon patutnya 7 orang jugak, sebab aku ada kembar seiras, tapi meninggal. So jadi 6 je lah.
Jadinya sebab aku dan hubby pon memang membesar dalam keluarga yang ramai, so kitorang pon rasa macam nak keluarga yang ramai jugaklah.
Baru meriah.
Tapi semua-semua tu, di luar kuasa kita sebenarnya kan.
Kita nak anak lima belas sekalipon, tapi kalau yang tertulis di LuhMahfuz anak dua je, maka dua je lah anak sampai bila-bila pon. Mungkin itu yang terbaik.
Allah sebaik-baik perancang kan.
 Tapi jauhhhhhh di sudut hati aku masih berharap,
 kitorang akan dimurahkan rezeki dapat anak banyak-banyak.
Ehehehehe. InsyaAllah..
*tetiba rasa gatal-gatal seluruh anggota badan haha!*

Pasal jantina anak pulak kan.
Errrr...aku taktahu nak share ke tak benda ni.
Sebab macam rahasiaaa je. Huhu!
Memang la tak kisah kan dapat anak laki ke pompuan kan.
Anak tetap anak.

Tapi kan.
Jauhhhhhhhhhhhhh di sudut hati aku kan,
(tak boleh dekatttt di sudut hati, nanti jatuh cinta. Ehek ehek ehek hek hek)
Aku macam nak anak lakiiiii je semua. Boleh?

Kalau ada anak 4, empat-empat aku nak laki.
Kalau anak seploh, seploh-seploh aku nak laki semua. Huhu!
Jangan buat muka terkejut sangat, tumbuk kang. Aku ada reason tersendiri ok.
*kompiden sangat macam kukuh gila reason engko kannn haha!*

Errr..jap. Aku tengah pikio macam mana nak explain, bagi nampak kukuh. Supaya bila aku explain korang terus angguk laju-laju tanpa persoalkan lebih lanjut lagi.
Hak hak hak

Takde la.
Selalunya anak laki kan manja ngan mak.
Anak pompuan manja ngan ayah.
Selalunya la kan?
So kalau anak aku lakiiiiiiii je, semua manja ngan aku.
Yang manja dengan hubby?
Aku sorang je la, so takde rival. Kahkahkah.

Tu je la pon sebabnya. Cukup kukuh tak? -..-

Ok aku explain lagi kasi kukuh kuh kuh kuh!
Camni, adik beradik aku ada 2 pompuan, 4 laki.
Aku dengan Raidoo je pompuan.
Dan kitorang memang manjaaaa gilllzzzzz dengan Daddy.
Kalau berjalan tu, memang kiri kanan Daddy, keliling pinggang Daddy,
memang kitorang je lah.
So Mama? Selalu tertinggal 500 meter di belakang. Huhu!
Aku pon tak tahu apa perasaan Mama ketika itu.
Mungkin jauhhhh di sudut hati Mama...

"Cehhh...Disebabkan 2 pompuan yang kulahirkan ini, last-last 2 pompuan ini yang merampas kasih sayang suamiku dariku. Mereka kemain lajuuu menonong kehadapan sambil berkepit-kepit tangan, berpeluk-peluk pinggang, yang aku ni ditinggalkan kesepian 500 meter dibelakang?? Apakah inii... ", kata Mama di dalam hati.

Aku memang hebat bab-bab mentafsir apa yang terbuku dihati orang. Hahaha!

Aku agak je la Mama monolog begitu.
Entah-entah Mama tak hairan pon anak-anak dara dia rampas suami dia.
Dia lagiiii happy kot sebab ada 4 anak laki yang manja dengan dia.
Huhu!

Tapi seriously, aku tak dapat bayangkan kalau aku yang berada di tempat Mama masa tu.
Terasa seperti...
Hoi kau pergilah cari suami sendiri. Manja-manja dengan suami aku buat hapeee.
Padahal suami aku itu ialah ayah mereka. Haha!
Bunyi macam mak tak berguna je aku ni kan. Dan mungkin aku sorang je spesis manusia pelik begini. Orang lain ok je kot. -..-

Selain tak mahu berkongsi kasih sayang hubby dengan anak pompuan kelak kahkah,
aku ada lagi beberapa reason kenapa aku rasa macam kalau boleh taknak anak pompuan.
Macam....kong hajo je ayat aku kan. Hmm. Takpe bagi aku explain. *tak habis-habis explain*
Aku pernah terbaca somewhere, jaga anak pompuan requires..
double care
double worries
double control
double patience
double strength
 double faith
double burden
double everything.

Dan aku selaku anak pompuan, terasa macam...
hmmm betul jugak.
Sebab aku sendiri pon rasa susah nak jaga diri sendiri.
Boleh??
-_______________-

TAPIIIIIIIIIIIIIIII
Ada satu hari tu..
aku sembang dengan sorang mak ni, aku namakan dia Miss L la eh.
Miss L ni dah berumur la jugak. Baya-baya mak aku dah kot.Miss L kata, dia dulu pon macam aku.
Kalau boleh taknak anak pompuan.
Nak semuaaaaa anak laki.

Tapi dengan kuasa Allah, Miss L dapat 4 orang anak, 3 laki, sorang pompuan.
Dan sekarang..
Miss L cakap kat aku. Dia menyesal anak pompuan ada sorang je.
Kalau dia tahu bestnya ada anak pompuan, dia nak semuaaaaa anak pompuan je.
Aku macam...
Eh suka hati je nak tukar-tukar prinsip hidup kan. Tadi nak laki semua, tetiba nak pompuan semua. Yennadeyy!

Aku pon tanyalah kenapa, apa yang best anak pompuan kan.
Dan ini jawapan Miss L..

Satu, kerana hanya perempuan yang boleh faham perasaan perempuan. So, anak pompuan ni ibarat "teman" kepada ibunya. Untuk bercerita, kongsi masalah. Hanya anak pompuan yang boleh jadi good listener dan memahami perasaan ibunya. Anak lelaki, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. ;D

Dua, anak perempuan ialah good helper juga. Kalau pesan seploh kerja, dia akan buat seploh kerja. Kalau anak laki, pesan seploh kerja, dia buat satu je. Itu pon kerja yang kita pesan paling last. Haha!

Dan ketiganya, anak pompuan akan lahirkan waris kita, darah daging kita. Memanglah anak laki pon akan menurunkan waris kita jugak, tapi bukan dia yang melahirkan, sebaliknya menantu pompuan yang akan melahirkan. So bila kita ada anak pompuan, dia sendiri yang melahirkan waris kita, dan at least ada seorang wanita dalam hidup kita yang akan faham pengorbanan kita sebagai ibu yang melahirkan. Jerit perih seorang ibu yang melahirkan. Dan lepas anak pompuan kita dah jadi ibu, dia akan pandang kita dari sudut berbeza. Dengan lebih penghormatan, lebih penghargaan, dan lebih kasih sayang. Kerana dia faham apa itu IBU.

Dan atas ketiga-tiga sebab ni lah, Miss L menyesal takde banyak anak pompuan.
Huhu!
Tetiba aku macam.....
hmmm betul jugak kan.
Tengok la nanti aku fikir balik. 
Tetiba rasa nak tukar prinsip hidup jugak kan. Citpooodah! Haha!

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan  rahmat-NYA untuk mereka.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
 
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi) 
 
Sedangkan Rasulullah sendiri pernah menjelaskan besarnya kelebihan memiliki anak perempuan. =)
 
Tapi yang sebenar-benarnya...
soal bilangan dan jantina anak ni bukan kuasa kita.
Kita hanya "usaha" je.
Kalau Allah tak nak bagi, tak dapat jugak. Tapi kalau Allah nak bagi, setakat pegang-pegang tangan je pon boleh dapat anak kottt. Kannnnn. ;P
Camtu jugak dengan jantina anak.
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Tapi kalauuuuu...
muka maknya megan fox habis, pastu tetiba keluar lagi 2-3 megan fox junior, kan ke konfius apaknya nanti. Kesian pulak hari-hari nak konfius kan. So ada baiknya jugak kalau ada satu je megan fox kat rumah.

Ok bye!
;D


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Chicken Ball dap dap dap.

Hari ni kita main masak-masak lagi ye puan puan.
Tapi kali ni resepi untuk baby-baby yang susah nak makan. Macam Baby Haikal. Jangan ingat badan godang gitu makan banyak ok. Aku tak tahu macam mana dia boleh dapat daging sebegitu, padahal susah gila nak makan. Bertambah stress bila ada mak-mak yang tetiba macam,

"Ehh chubby nya anak yew! Mesti kuat makan kan? Senang maknya nak jaga."
-___-

Dalam hati gua, hujan-hujan rintik-rintik air bergelora. Mak bagi seposen ayah bagi seposen. Saya pergi sekolah. Enam darab enam.. ok dah dah.
Memang takde kena-mengena.
Sumpah aku tak tahu nak bagi reaksi camane bila ada mak-mak cakap gitu.
Sebab hakikatnya.........
Everytime nak bagi Baby Haikal makan, dah macam nak perang Camelot dah aku rasa. Nasib baik Merlin ada magik. Eh?
Mana taknya, asal aku hulur je makanan, Baby Haikal tepis.
Aku hulur, dia tepis. Aku hulur lagi, dia tepis lagi.
Aku hulur dari depan, dia tepis guna kaki kiri.
Aku hulur dari belah kanan, dia tepis guna kaki kanan.
Aku hulur dari atas, dia hayun tangan kiri.
Kan dah macam lawan pedang tu.

Last-last, makanan pun habis. Bukan habis dimakan, tapi habis tercampak-campak bersepah atas meja atas lantai. Pfft.
Time tu la aku memerlukan kekuatan mental dan spiritual. Paksa diri senyum dan kutip satu-satu makanan yang berterabur sambil nyanyi lagu Bang Maher,
Everytime u feel like u cannot go on... 
InsyaAllah... InsyaAllahhh~ 
Haha!

Nak jadikan cerita lebih sadis, sambil kutip tu, sambil masuk mulut.
Sebab? Malas nak amik penyapu dan dustpan. Kahkah.
Errr perlu ke aku cerita sampai ke tahap tu?
Macam....menyamakan diri dengan tong sampah pulak kan.

T____________T

Ok apa-apa pon, masa- masa sukar itu telah pon berlalu sebenanrya.
Kalau dulu susahhhhh sangat nak bagi Baby Haikal makan,
Tapi kini? Tidak lagi..
Kerana saya, dah jumpa penyelesaiannnya.
Sekarang saya dah muat baju saiz S. Terima kasih yun nam. Ehh?

Ada dua tips yang aku guna.
Aku pernah bagitau dalam belog pon sebelom ni.
Satu, bagi Baby Haikal makanan yang dia boleh pegang sendiri. Macam nasi kan susah nak pegang. So sila fikirkan alternatif.
Dua, dudukkan budak tu sebelah kita masa kita tengah lunch/dinner. Biarpun budak tu taknak makan, tapi atleast dia tengok kita makan. So kang lama-lama dia akan paham dan reti nak makan.

So entry hari ni berkenaan tips yang pertama.
 Satu resepi makanan Baby Haikal yang dia sukaaaaaa sangat tahap finger lickin' gewddd..

Chicken finger atau chicken ball atau chicken nugget,
apa-apa jelah kejadah namanya aku pon tak tahu.

Jadi mari mulakan.
Yang pertamanya, apa yang kita perlu pastikan ye puan puan??
Bahan-bahan?? Bukan...
Kita perlu pastikan kita berada di dapur dan bukan di ruang tamu mahupon car porch. Okkkk aku tahuuuuu tak kelakar ponnnnn. Bluwekkk -..-

Jadi bahan-bahannya,



 1) Ayam kisar.
Kalau hang rajin, hang pi beli ayam segaq dan blend sendiri. Kalau malaih, minta tolong ngan Bang Ramly. Dia dah kisarkan ayam siap-siap. Tunggu hang huluq duit dan beramboih ja.



 2) Kentang. Direbus dan dilanyak habih-habih.


 3) Spinach Popeye d'sailorman srutt srutt.
Bayam ni korang basuh dan cincang haluih-haluih. Macam bunga rampai. Tapi kang pi kenduri kawen, jangan pi renjis bayam tu pulak. Terus jadi popeye pengantin malam tu. Kahkah.


 4) Carrot. Aku guna baby carrot. Saje je sebab nak buat makanan baby kan. So bahan-bahan pon kena baby-baby. Haha! Carrot tu dibasuh dan di blend kaw-kaw.



5) Teloq. Bukan telur kuda mahupon telur unta, tapi telur ayam. 


 6) Bread crumps.

Jadi, ada 6 bahan semuanya.
Walaupon.......
 dragon ball ada 7 biji semuanya. Ehh?

Jadi langkah pertama,
Gaulkan ayam, kentang, bayam dan carrot tadi.
Gaul punya gaul punya gaul. Sampai sebati.

 Camnilah rupo eh.
Aku memang tak letak garam mahupon gula mahupon ajinomoto.
Harap maklom.

Langkah kedua,
Letak telur dan bread crumps sebelah-menyebelah camni. 
Kasi mereka berkenal-kenalan dulu sebelum disatukan kejap lagi.

 Setelah itu, bentuk-bentukkan kejadah yang digaul tadi (yang dalam besen pink tu), dan celupkan dalam telur, dan celupkan pulak dalam bread crumps. Kira macam lompat dari satu bekas ke satu bekas yang lain laju-laju. Toink toink toink, begitu.


Dan beginilah jadinya..

 Aku buat dua bentuk, chicken ball bulat-bulat. Chicken finger panjang-panjang. Tapi chicken finger tu macam.....gemok sangat je kan. Haha!
Dia sebenarnya bergantung kepada saiz jari si pembuat. -..-


Langkah ketiga,
gorenggggggg!

Aku guna olive oil. Saje nak feeling sihat, padahallllll...

 Dan dah ready untuk dimakan. Siap ada effect ikan goreng ditepi aku pon tak paham. Biasa orang hias guna daun-daun ke hape kan. Aku hias guna ikan goreng. Boleh?


Masa goreng guna api kecik je tau supaya dia masak menusuk dalam-dalam hingga ke liang pori-pori. Hihi.
Baby Haikal lagi suka yang bentuk bulat-bulat. Yang panjang-panjang dia kureng sikit. Aku pon tak tahu kenapa.
Mungkin bentuknya terlalu scary untuk dimakan. Kahkah.

Oh lagi satu kan, aku macam tak reti nak bagi sukatan untuk bahan-bahan tadi. Sebab aku pon main letakkkk je. So korang pon silalah main bantai je ye. Ikut kesesuaian masing-masing. Kalau nak tambah bahan-bahan lain pon voleyyyy.. Contoh macam nak ganti ayam kepada daging ke. Nak ganti daun bayam dengan daun rumput ke. Mana tahu kan, anak korang suka yang eksotik-eksotik ke kan. Taruk je rumput kan dah eksotik habis. Kihkih

Dah tu je lah.
Pergi masak sekarang!


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Masak lomak pertamo untuk anak kosayangan.

Ni nak bagitau awal-awal, dalam entry ni den topakso cakap nogori somilan.
Sesapo yang tak paham tu den nak mintak mahap lah yo.
Den memang sesajo nak carik pasal hari ni. Keh keh.

Jadi corito eh bogini.

Eden ni jam memang tongah latih anak bujang den tu makan podeh.
Maklom lah cucu orang nogori somilan memang kono roti makan podeh.
Kang balik kampung pilah, orang hidang somilang salai masak lomak *ui sodap eh*, anak den bulih makan dongan solambo. Hamik kau slamber jadi solambo. Haha!
Haa lantak kau lah paham ko tidak.

Jadi eh, bebaru ni den ado buek masak lomak ikan tonggiri untuk Baby Haikal.
Umak aihh kocik-kocik dah makan ikan tonggiri. 
Biasolahhh anak den tu kan anak rajo. Ikan memahal yo lah.
Yang memurah tak ndak do. Omak eh yo lah yang makan. T_T

 Tapi for the first time ni, (amboi pandai speaking rupo eh!) den tak buek podeh la masak lomak tu. Den tak lotak cabai pon. Kang moncicit pulak anak den tu. 
Tak dapek den nolong tu do.
Jadi eh, den topakso buek tak podeh lah.

Ni hasil eh...

Nampak sodap, tapi raso eh takdo lah sodap mano.. Haha! 
Sebab tak podeh kan. Tawaaaa yo. (Tawaaaa tu tawar ok..haha)

Tapi Alhamdulillah Baby Haikal suko. Bulih tahan banyak jugak dio makan. 
Sikit pon tak ingat kek omak eh.
Tapi takpo.. Den tak kocik hati pon.
Budak-budak biaso lahhh..

Lagipon den ado masak lomak lain..

 Haa ni den punyo.
Den makan sikit pon tak ingat kek Baby Haikal.
Hah samo la duo kali limo. Haha!

 Kalau ekau pon nak torai (try) buek masak lomak tak podeh untuk anak-anak,
 ni ha resepi eh..
Torai jangan tak torai! Kah kah.


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Macam mana boleh ada baby??

 Soalan tipikal anak-anak kepada ibu bapa mereka yang bakal menimang cahaya mata kedua, ketiga, keempat...., kepatbelas, kelima belas, ialah..
"Macam mana boleh ada baby dalam perut Mama?"
"Macam mana baby keluar dari perut Mama?"

Kann..? Haha!
Aku pon tak tahu camane nak menghadapi situasi begitu nanti.
Mungkin.....

Baby Haikal: Mama, nanti adik nak keluar ikut mana?
Aku: Err..pergi search wikipedia.

Amboiiii...haha!
*by the way, aku tak pregnant harap maklom. jangan salah paham*

Hari tu ada kawan aku share kat FB gambar ni,

So kalau anak korang tanya, tunjuk je la gambar ni. Haha!

Aku suka tengok gambar-gambar baby yang orang share-share kat FB.
Ada tu yang memang lawak stok buat kau duduk terkekek-kekek sengsorang depan laptop.

Yang ni adorable sangat.


Aarrghhhh...bergelumang dengan bayiiiii.. Geremmssss!!


Haha! Comel tapi kesian. Kompius kejap.


Well, sebenarnya aku buat entry ni bersempena dengan Along & Kaklong yang bakal menerima cahaya mata kedua mereka. Expected Ogos kot.
Nanti mesti keluar-keluar je terus dengar Pakcik Najib tengah jerit merdeka! merdeka! merdeka! Haha! *ok tak lawak*
 So Baby Aqil is no longer a "baby" dah. 
Kena panggil Abang Aqil dah sekarang. Hihi!

Masa aku dapat call dari Along last month, and dia bagitau diorang tengah expecting another baby. Aku macam nerves tetiba. Tetiba rasa macam ada baby jugak dalam perut aku kahkah. Tapi check-check alhamdulillah takde. Haha alhamdulillah ok. Hihi.
Bukan tolak rezeki...cuma belum bersedia. Ceyy ceyyy..

Sebelom ni kan aku ngan Along macam semua benda pon nak serentakkkk je.
Tu yang chuak tetiba bila dengar berita sebegitu. Hihi.


Hampeh betul diorang ni bakor-bakor aku.
Kita bakor je fesbuk ni kang. Hak hak hak.
Tak cukup announce kechuakan kat FB, post status kat wall Kaklong pulak..

 Haha! Dan dan macam tercabarrrr sangat kannn.
Padahal lepas tu cepat-cepat bagitau hubby supaya lebih berhati-hati lepas ni kahkah.
iols belum bersedia ok. Next year la next year. Boleh? Hihihi.


Motif letak gambar along & kaklong gambar vontot je?
Sebab diorang ni kalau gambar dari belakang lagi cantik tahap 99.9%. Tapi kalau dari depan, terus jadi 0.09% Wakaka! Kong hajo gilersss aku.

Bohong la kalau aku cakap, sekelumit pon tak rasa jeles ngan Along & Kaklong. Jeles memang jeles ok. Siapa taknak baby. Aku nak baby banyak-banyakkkkk ok. Sebab dapat baby adalah best. Hanya mak-mak je lah yang paham. Huhu!

Tapi buat masa ni??
Cukup la anak aku dah empat orang dah...
*anak buah je la walauponnn..*
-________-


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Gangguan misteri pada bayi / anak kecil

 Ada sorang kawan aku ni kan. Dia cerita kat aku.
Anak dia selalu cakap tatut tatut (takut) sambil tunjuk-tunjuk sesuatu.
Ohoiii..terus meremang bulu tengkok aku mendengornya..
Walaupon tengkok aku takde la berbulu. Tapi bila dengar cerita-cerita camtu, terus tetiba berbulu. Dah berbulu, meremang pulak tu. Haha!
Tengah menaip ni pon macam dah nak meremang-meremang.
Serammmsssss....

Anak kawan aku tu dah nak masuk 2 tahun gitu la.
Dah pandai cakap sikit-sikit.
Yang terbaru dia cerita, satu hari tu dia balik kerja lambat, pastu sampai rumah pon lambat la. Dah maghrib gitu la. Pastu baru nak masuk rumah, tetiba anak dia peluk dia kuat-kuat sambil cakap tatuttt tatuttt..
Pastu tunjuk-tunjuk kat luar tingkap rumah. Apakahhh..
Terus mak dia tutupkan mata budak tu.
Sambil baca ayat kursi, bawak masuk bilik cepat-cepat.
Sampai bilik, budak tu cakap, "Mama, dia dah takde."
Ohohohoiiii..seremsss!

Bila dia cerita tu, aku teringat pasal Baby Haikal.
Haaa.. ni yang aku nak cerita nih. *tetiba semangat*

Dulu kan aku tak percaya sangat bila orang kata budak-budak senang nak nampak la. Senang nak kena ganggu la.
Aku macam..kamon la..kita tak boleh takut selain dari Allah ok.
Ceyyyy..macam kompiden engko cakap gitu. Huhu!
Tengok Kak Limah pon nyorok belakang peti ais padahal... haha!

Bila dah ada anak ni, bila dah terkena kat anak sendiri, baru padan muka. Baru macam...huuu betul la budak-budak boleh nampak. kuikui.
Aku pernah tengok ceramah sorang ustaz ni kat youtube, pasal gangguan-gangguan ni lah. Ustaz apetah nama dia tak ingat dah. Tapi ustaz ni memang feymes la dengan topik makhluk halus camni. Korang mesti kenal kot. Selalu masuk tibi jugak ustaz tu.

Dalam ceramah tu dia ada cakap camni,
"Bayi yang baru dilahirkan, penglihatan dia tak terhijab langsung. Dia boleh nampak apa saja yang orang dewasa tak nampak. Macam jin, malaikat, dan sebagainya. Dan lama-kelamaan, semakin dia membesar, penglihatan dia semakin terhijab. Dan dia tak boleh lihat lagi yang ghaib-ghaib."

Terhijab tu maksudnya macam tertutup atau terbatas la.
Dan ustaz tu kata lagi,
"Jin dan syaitan memang suka mengganggu bayi atau anak kecil kerana mereka tak suka akan kelahiran khalifah baru kedunia." 

Kan iblis dan syaitan dah berjanji depan Allah untuk menyesatkan kita semua kan.
So termasuk lah baby baru lahir sekalipon.

Dan ustaz tu kata, ada beberapa tanda macam mana kita nak tahu yang budak tu kena gangguan. Ni tanda-tanda untuk bayi atau anak kecil la ye.

  1. Mata dia akan melilau melihat sekeliling kekiri kekanan.
  2. Menangis meraung-raung tetapi tiada airmata.
  3. Menangis seolah-olah sedang kesakitan sangat-sangat.
  4. Menangis dalam keadaan takut.
  5. Tidur dalam keadaan terkejut-kejut.
  6. Tidur di selang seli dengan tangisan.
  7. Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari. Contoh, hari ni menangis pukul 3 pagi, esoknya pon menangis pukul 3 pagi, lusa pon pukul 3 pagi. 
  8. Mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Boleh terjadi dalam keadaan tidak sedarkan diri (ketika tidur).  
  9. Menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan.

Sejak Baby Haikal lahir dulu, sampai sekarang, seingat aku ada 3 kali Baby Haikal macam "diganggu" dan ada tanda-tanda macam kat atas tadi.

Kali pertama, masa dia kecik lagi, kitorang on the way balik Key Ell.
Kitorang kalau travel memang suka jalan malam.
Lagi malam, lagi bagus. 2-3 pagi pon takpe. Saje hobi kihkih.
Pastu kebetulan malam tu kitorang ada singgah kat satu R&R apetah Behrang ke Ladang Bikam aku tak ingat dah. Kitorang stop sebab nak isi minyak kot. Takpon nak pegi toilet. Tapi berdekatan dengan R&R tu ada kuil bapak besarrrrr punya tau.
Aku takdelah rasa apa pon. Rilek je.
Sebab dah biasa gerak tengah malam buta gitu kan.
Tapi lepas je kitorang keluar dari R&R tu, terus Baby Haikal nangis meraung-raung kaw-kaw punya. Kitorang pon macam panik tetiba.
Sebab memang all of a sudden sungguh.
Dan Baby Haikal nangis camtu berlarutan selama 2 malam.
Memang tangisan dia lain dari biasa la. Serba tak kena.
Ok tu first time terjadi.

Kali kedua kena, masa kitorang bawak Baby Haikal jalan-jalan kat pantai sampai maghrib. Kehkeh. Memang bangang sikit masa tu. Walaupon dah sedia maklom waktu maghrib, syaitan berkeliaran. Tetap jugak dudukkkk tepi pantai tu. Huhu!
Pon Baby Haikal jadi macam kena ganggu jugak lepas tu.
Pukul 2-3 pagi tetiba dia bangun semata-mata untuk menangis kaw-kaw.
Selalunya, baby kalau bangun memalam takde lain la dia mesti mintak susu je tu. Aku sumbat nenen diam la dia. Tapi malam tu tak. Dia nangis macam dalam kesakitan tau. Sampai timbul-timbul urat muka nangis. Nangis sungguh-sungguhhhh!

Kali ketiga kena, masa Baby Haikal baru je genap setahun.
Kitorang bawak Baby Haikal pergi Bukit Bendera.
Turun je dari Bukit Bendera tu, terussss jadi benda yang sama.
Siap suhu badan dia naik, tapi bila bawak jumpa doktor, doktor pon garu kepala tak tahu nak explain Baby Haikal sakit ape.
Dan tu lah kali terakhir dia kena gitu. Dan harapnya tak berlaku lagi lah.
Na'uzubillahiminzalik.

Aku bukan nak cakap tempat-tempat macam pantai, Bukit bendera tu berhantu ye. Tidak...
Benda-benda ghaib ni sebenarnya berada di mana-mana saje.
Sesuka hati je dia nak ada kat mana. Mana-mana boleh jadi. Begitu.

So aku rasa ada baik jugak aku share cara-cara nak mengelak atau mengobati gangguan tu. (amboih mengOBATI satuhhh haha!) Mana tahu kalau-kalau anak korang kena, boleh amalkan ni.

Bila korang rasa macam anak korang "kena ganggu" dan tanda-tanda tu ada, maka korang cepat-cepat pergi amik air, pastu baca,
Al-Fatihah 11 kali, Ayat Kursi 11 kali, selawat 11 kali. 
Niatkan dalam hati untuk pulihkan anak korang tu. Pastu air tu, korang sapu-sapu sikit kat ubun-ubun, pastu buat macam amik wuduk kat budak tu.

Masa tiga kali jadi kat Baby Haikal tu, aku buat camni la.
 Alhamdulillah memang berkesan.
Dan Baby Haikal kembali tenang dalam sekelip mata je.
Memang boleh nampak perubahan tu.
Tapi kalau masa tu kau macam panik sangat-sangat sebab anak kau macam tak boleh handle dah kan. Terus je baca Al-Fatihah sekali, ayat kursi sekali, selawat 3 kali, hembus kat ubun-ubun dia. Yakin dalam hati, tiada kuasa lain selain Allah.
InsyaAllah akan ok balik.

Macam ustaz dalam ceramah tu kata, kalau bawak anak kecik keluar rumah kena hati-hati. Kalau pergi tempat baru, atau hutan, atau pantai, atau kawasan dah lama kena tinggal. Baca ayat kursi dulu, sebelum masuk tempat tu.
Dan doa mintak Allah lindungi anak tu.
Tapi seboleh-boleh elakkan la bawak anak kecik ke tempat camtu.
Jangan jadi bangang macam aku. Kuikui.
Tapi kalau dah terpaksa, nak buat camane kannn.. Kena doa lebih sikit la.

Lepas tu, cara nak lindungi rumah atau tempat tinggal kita dari dihuni oleh makhluk-makhluk halus tu, baca surah Al-Baqarah kat air. Pastu renjis-renjis je keliling rumah.
Masa aku dalam pantang dulu, Mama buat camni.
Kalau mampu, baca la seminggu sekali. Kalau tak mampu, sebulan sekali pon ok. Kalau tak mampu jugak, terima je lah "mereka" sebagai housemate baru korang. Muahaha!
Ye la..surah Al-Baqarah tu bukannnya pendek. Panjang kan. So memang amik masa sikit nak membacanya. Orang kata, nak seribu daya, taknak seribu dalih bhaiiii..
Baca je lah. Huhu!

Ada orang pernah questioned ustaz tu. Soalan dia camni,
"Saya dah baca Al-Baqarah, tapi lepas seminggu dua, gangguan tu masih ada."

Ok ustaz tu jawab lebih kurang begini,
"Benda halus ni, dia bukan duduk satu tempat je. Dia pon jalan-jalan jugak macam kita. So kengkadang dia memang sesuka hati je pilih tempat untuk tumpang. Dan surah Al-Baqarah tu "valid" untuk 3-4 hari gitu je sebenarnya. Sebab tu kena rajin baca supaya sentiasa dilindungi."

Begitu lah ye tuan puan.

Lagi satu, korang kena rajin jalan-jalan dalam rumah.
Jangan biarkan ada satu-satu tempat yang jarang korang jejak kat dalam rumah tu. Paham tak? Contoh macam bilik setor ke, bilik tetamu ke.
Mestilah kalau takde pape, korang takkan jejak pon kaki ke bilik-bilik tu kan. So jangan. Kena selalu jugak melawat walau takde motif. Huhu!
Lagi bagus kalau sekali-sekali korang tukar-tukar tempat solat/mengaji.
Hari ni solat kat bilik ni, esok kat bilik lagi satu. Gitu. Ngaji pon sama. Tak salah pon kalau tetiba korang nak ngaji kat ruang tamu ke, kat bilik tetamu ke.

So setakat tu je lah input yang aku dapat bagi tentang topik gangguan-gangguan ni.
Aku pon baca-baca dan belajar sendiri jugak. Kalau ada yang aku tersalah cakap, korang bagitau la ye. Kita belajar sama-sama.
Korang pon rajin-rajin la tengok blog-blog ustaz ke. Youtube ceramah-ceramah agama ke. Tak rugi pon. Memang banyak dapat belajar.
Especially yang baru ada anak macam aku.
Mesti banyakkkkkk benda yang kita baru nak tahu kan.
Macam kes gangguan ni lah. Kalau aku takde anak, sampai bila pon aku tak tahu gamaknya. Haha!

Ni salah satu "hantu" yang dijumpai di rumah aku.
Ju'on...
-______________-


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

All about breast.. heheh

Ok seperti yang dijanjikan sebelom ni, aku nak jawab persoalan pasal breastfeeding yang korang tanya kat email.
Persoalan pasal lain-lain aku jawab lengkali lah pulak ye.

Ramai readers yang tanya pasal breastfeeding.
Camane nak breastfeed anak, camane kalau tetek bengkak, tak keluar susu bla bla bla.
Ada jugak yang tanya pasal expressed breastmilk.
Camane nak store susu, nak defrost susu beku, bla bla bla.
Ada jugak yang tanya pasal breastpump.
Nak pakai pump manual ke battery ke electric ke freestyle ke etc etc.

Dan macam-macam lagi lah soalan yang sewaktu dengan nya.
So senang cerita, aku compile semua-semua soalan tu dalam entry ni.
Asal soalan korang tu ada perkataan breast-breast je, aku jawab sini.
Heheh kasarrrr bunyinya.

Tapi kalau ada yang tanya,
"Jiji, camane nak breast macam megan fox?" (kah kah kah)
 Yang ni aku tak dapat nak jawab la kan.
Sebab rahsia turun temurun.
Bahah!! *ok sila hempok pasu*


Seboleh-boleh nak gambar shining-shining konon.
Padahal parkinson taknak mengaku.

By the way, mungkin ada sesetengah maknusia dan paknusia yang kurang senang dengan topik kita hari ni. Mungkin ada yang anggap lucah ke hape kot kan.
Ok camni.
Kita pandang dari sudut positif ye.
Peranan breast adalah untuk menyusukan baby.
Itu sahaja.
Walaupon di malam pertama, lain peranannya. Ehehehe..

Kalau ada antara korang yang tengah membaca ni ialah lelaki, aku anggap korang nak menimba ilmu tentang penyusuan untuk bagi sokongan kat bini atau bakal bini korang.
Aku takkan bertanggungjawab jikalau ada sebarang rasa kelucahan yang terbit di hati lubuk sanubari  saudara saudari makcik pakcik sekalian.
Kalau setim, pergi amik air semayang.
Wah gituuuu.. Haha!

 Niat aku cuma satu, nak kongsi ilmu.
Ok mari mulakan.


Soalan 1: Bila nak start buat stok breastmilk.

Aku start perah susu awal iaitu seminggu lepas beranak. (BACA SINI)
Walaupon ada pendapat kata, start perah susu beberapa minggu sebelom masuk kerja kan. Tapi aku rasa takde salahnya pon kalau engko start awal. Lepas push push beranak terus nak perah pon boleh haha!
Sebab masa berpantang tu susu aku banyak mencurah-curah. Sampai aku pon rimas. Sampai baju basah-basah kena susu. Lama-lama jadi busuk bluwerghhh..
So sebab tu la aku pam/perah. Selain baju tak basah, susu tu boleh kumpul buat stok bila aku dah kena masuk belajar balik lepas habis pantang nanti.
Kesimpulannya, suka hati engkolah nak start pam bila. Kalau dah rasa larat sikit lepas beranak tu, pam je la terus. Start awal, dapat kumpul banyak sikit.


Soalan 2: Pakai breastpump jenis apa?

 Aku pakai spectra 3. Suction dia bagus. Harga reasonable. Boleh buat double-pumping. Tapi ada buruknya jugak. Spectra 3 ni bagi aku terlalu bulky, berat dan tak portable. Kalau nak usung kemana-mana leceh sikit la. Plus dia ada bunyi yang umangaiiii bising! Gurrr gurrr gurrr gitu bunyi dia.
Kalau aku pump dalam surau ke kan, memang semua orang akan pandang-pandang sinis la. Aku faham. Mengganggu orang nak solat kan. Tapi nak buat camane. Dah terpaksa.
Kengkadang ahkak tu baru nak takbiratulihram, tetiba gurrr gurrr gurr, terus toleh belakang sambil geleng-geleng kepala kat aku. Rasa bersalah je mak hincik nak teruskan pam tetek kat situ. Memang mengundang sungguh bunyinya. -__-
 So seboleh-bolehnya aku akan cari nursing room la untuk pump.
Engko nak combine bunyi pump dengan bunyi snoring pon takde masalah.
Tapi harga spectra3 ni murah la dari electric breastpump yang canggih manggih lain macam medela tu kan. Ho ho hoiii tak mampu! Tapi Kaklong aku pakai medela. Dia beli masa sale. Dapat la murohhhh.. Memang syorgaaaa sangat kalau dapat medela murah.

 
 
Selain boleh pump susu, boleh jugak guna untuk talipon orang. Kah kah kah!
Eh tak kelakar ke? Huhu!
Aku sebenarnya tak tahu nak posing camane. 
Takkan nak tepek kat tetek kotttt.. Haha!

 Aku tak boleh komen sangat pasal manual dan battery operated breastpump.
Sebab tak pernah try.
Tapi aku pernah pinjam kawan aku punya manual pump sekali tu. Sebab terlupa bawak pump sendiri. So berjam-jam jugak aku tahan tak pump, tapi last-last tetek rasa macam nak meletop je kan. Tu yang terpaksa pinjam pump orang. Nak minta izin nak pinjam pump kat kawan tu pon malu-malu je. Suara kepit-kepit je. Hihi!
Ok je manual breastpump kawan aku tu. Cuma lepas 5 minit, tangan ko cramp-cramp sikit la. Huhu. Walaupon tangan lenguh, tapi manual pump ada baiknya. Kecik, ringan dan senang nak bawak ke mana-mana. 
Macam kawan aku tu bawak dalam handbag je. Yilekkk...

Soalan 3: Camane kalau tak nak pump susu. Sebab takde masa dan malas.

Aku paham sangat kalau orang kata malas nak pump, takde masa etc.
Sebab aku pon kengkadang macam tu. Huhu!
Tapi aku dah jumpa penyelesaian untuk masalah ni.
Sebelom aku bagitau, korang kena nyanyi camni dulu,
"Dengan Inovasi, Yo!!"
Pastikan dengan intonasi yang betul ok. Cuba lagi sekali.
"Dengan Inovasi, Yo!!"
Ye begitu. Haha!

Aku jumpa dua benda inovatif gileww yang boleh dipakai oleh golongan maknusia yang pemalas nak pump nih. Termasuklah aku.
Satunya, Pumping Strap.

 Begini lah rupanya.

 Dan ni, camane bende alah ni berfungsi.
Kira benda ni tolong hold botol masa tengah pump tu. Maksudnya tangan korang bebas dan boleh buat kerja lain. 
Sejak ada benda ni, pumping tak amik masa dah. Sebab kau boleh pump sambil tengah buat kerja lain. Kira tak kacau kerja kau lah.
Contohnya, aku selalu pump guna benda ni sambil driving, sambil menulis, sambil makan, sambil SMS, sambil lipat baju ,dan macam-macam sambil lagi lah.
Aku beli pumping strap ni kat Lunatots.
Harga RM75 kot tak silap aku. Tapi sebab menang contest kahkah, aku dapat voucher so dapat la murah. Lagi sekali, syorgaaaaa...

Lagi satu ialah Pumping Bra Simple Wishes.
Produk ni baru je masuk Malaysia. 
Baru tadi sampai kat subang. Naik firefly haha! -..-

 Fungsi dia sama je lah macam pumping strap tadi.
Korang boleh buat kerja lain sambil pumping. Aku pon baru je beli nih.
Dan pumping bra ni lagi kuat dan lagi senang pakai dari pumping strap tadi.


 Aku beli online kat onebabyworld.
Harga dia RM132.90. Memang mencekikkk.
Tapi masa aku beli tu ada sale. Terus paksa hubby beli. Huhu

 Tolong percaya ni gambar aku tolong tolonggggg!! *histeria tetiba*


Soalan 4: Waktu-waktu penting untuk pump susu.

Waktu penting means waktu yang wajib korang pump susu. Waktu pertama ialah 30 minit lepas makan. Sebab lepas makan, production susu berlaku dalam badan dengan sangat heibat. Kira kalau pump waktu ni, korang tak perlu pump lama la untuk dapat susu yang banyak.
Waktu kedua ialah waktu bangun tidur pada waktu pagi. Seboleh-bolehnya korang bangun awal sikit sebelom subuh. Bangun-bangun je terus pump. Sebab ada nurse pernah bagitau aku, production susu pada waktu malam adalah 2 kali ganda waktu siang. Dan memang betul. Kalau aku pump waktu subuh, memang aku dapat lagi banyak susu dari aku pump waktu tengahari.
Dan waktu-waktu lain ialah, korang kena pump setiap 3 jam. Kalau nyanyok macam aku, sila la set alarm atau reminder kat fone. Huhu!



Motif letak gambar takde kena-mengena?
Saje nak bagitau, minggu lepas pergi lab pakai baju tidur je.
Pemalas tahap moksha nak pakai cecantik.
Kalau boleh pakai lingerie je dah lama kubuat. Haha!


Soalan 5: Makanan & Amalan untuk banyakkan susu badan.

Sebenarnya, ada banyakkkk makanan yang boleh tambah susu badan. Kalau korang search kat tenet, nahhhhh berderet keluar. Banyak sangat list nya. Tapi yang aku makan ialah, kurma, lobak putih, sawi, cereal, oat, roti whole-grain atau whole-wheat, susu enfamama, minum air setiap sejam. Sebabnya, benda-benda senang nak jumpa dan senang nak makan.
Ada orang kata belut pon boleh tambah susu. Tapi susah pulak nak cari.
So tak kuasa aku. Tapi kengkadang kalau hubby ternampak jual belut kat mana-mana memang dia akan beli.

Bebaru ni aku pergi outlet Lunatots. Sebab nak guna voucher menang contest heh.
Sebenarnya tak tau pon nak beli apa. Tetiba minah jaga kedai tu suggest benda ni.

Cookies for breastfeeding mothers!! Hohoho!!
Biskut ni ada fenugreek, sejenis herba yang boleh banyakkan susu badan.
Tapi harga dia memang na'uzubillah la. RM35.90!!!
Rasa dia macam kuih raya je pon.
Kalau bukan kerana voucher, aku rela makan biskut hup seng je.
Huhu!

Balik rumah terus warning hubby,
"Papa jangan makan biskut ni. Ni biskut untuk breastfeeding mothers je! (hamboih haha!) Kang kalau Papa makan nanti keluar susu. Lalala~"

Amalan lain untuk tambah susu badan ialah, baca surah hujurat. Seeloknya masa tengah pump. Niatkan dalam hati nak bagi rezeki lebih kat anak.


Soalan 6: Ramai yang beli chest freezer. Perlu ke?

Aku dulu pon nyaris-nyaris nak beli chest freezer tapi tak jadi. Yang tak tahu, chest freezer tu yang macam peti kat kedai runcit yang letak aiskrim paddle pop tu pastu campur pulak dengan popia dan karipap segera pastu tetiba ada ikan kembong beku terselit sebelah. -___-"

Bagi aku, tak perlu pon chest freezer sebenarnya.
Memula masa Baby Haikal belum ada, kitorang pakai fridge yang satu pintu tu je.
Pastu hubby beli fridge 2 pintu. Sebab stok susu dah beranak. (BACA SINI)
Walaupon masa Baby Haikal 3-4 bulan tu, stok susu aku memang banyak sampai tak tau nak letak kat mana. Sampaikan kena tumpang peti rumah jiran, tumpang rumah mama, tumpang nursery. Huhu!
Tapi keadaan macam tu tak lama.
Sebab bila Baby Haikal dah 6-7 bulan, dia makin banyak dan kerap minum susu. So stok semakin lama, semakin kurang jugak.


Soalan 7: Camane nak store susu kalau kat tempat kerja takde peti?

Aku pon mengalami masalah ni. Aku ni jenis yang tak duduk setempat macam orang kerja ofis. Lab aku jauhhhhh dari workstation aku kat USM. So dalam sehari, memang aku akan kesini kesinun tak tentu masa. Dan kengkadang aku terpaksa pump susu dalam kereta sahaja.
Aku ada car adapter, so boleh plug in pump kat situ.
Lepas pump, susu yang dah perah tu, aku store dalam peti tecikkk tetomei-tomei ni. Hihi

Peti ni ada adapter untuk kereta jugak. So kesejukan dalam peti tu maintain lah. Icepacks pon tak cair.
Dulu aku pakai cooler bag tu je. Tapi macam tak tahan. Icepacks pon cairrrr je. Sebab aku tinggal dalam kereta kan susu aku. Takkan nak bawak kulu kilir pulak.
Tapi kalau kat tempat kerja/study korang ada pantry ada peti yang sesuai, takde masalah. Boleh tumpang letak situ.


Soalan 8: Bahan bacaan untuk ilmu penyusuan.

Aku rasa sekarang dah senang. Dalam tenet pon banyak cakap pasal breastfeeding. Tu pon kalau pandai cari la.
Kalau tak pandai cari, pergi je kedai-kedai baby. Mesti ada buku-buku pasal breastfeeding.

Ni contoh buku yang aku beli. 10 hinggit je pon. Huhu.
Karangkraf pon ada publish majalah khas on breastfeeding. Tapi limited la. Korang kena pergi kedai baby baru jumpa majalah tu.
Takpon korang beli je majalah Pa&Ma setiap bulan, setiap isu memang ada je cerita pasal breastfeeding.
Masa aku dah nak terberanak dulu, hubby ada belikan aku buku "For first-time parents". (BACA SINI)
Berguna jugak la buku ni.

Soalan 9: Bila terpaksa consume steroid, dan susu badan kering secara mendadak. Camane nak buat?

Ni memang satu kes ngan aku la ni. Aku kan asthma. So bila kena attack tu, nak taknak kena consume steroid jugak. Selama setahun aku breastfeed Baby Haikal, dah dua kali aku kena asthma attack. Dan dua kali jugak la susu aku tetiba takde. (BACA SINI)
Memang itu antara effect steroid tu lah.

Tapi Alhamdulillah, rezeki Baby Haikal masih ada.
Lepas dua tiga hari baik asthma, aku makan Set 3M dari Shaklee.

Memang berkesan produk ni kat aku. Lepas 3-4 hari, susu aku kembali seperti biasa.
Tapi harga dia mencekikkkk jugak la. Huhu.
Demi Baby Haikal, lantakkannnn...


Soalan 10: Rutin pump untuk orang yang takde ofis dan asik kulu-kilir ke sana ke sinun

Jawapan soalan ni lebih kurang macam jawapan soalan 7 tadi.
Sila keatas balik. Haha!
Sekarang ni, memang selalunya aku pump sambil driving sahaja. Dah kata ada pumping bra dan pumping strap tadi kan.
Yang pumping strap tu memang setiap masa tergantung kat rear mirror dalam kereta.

 
Orang gantung tasbih, aku gantung pumping strap. Haha lantakkannn...
Tapi syaratnya kalau nak pump sambil driving, sila pakai nursing cover atau shawl untuk menutupi apa-apa yang harus ditutupi heheh.
Kang kalau terjuih je, abang lori lalu sebelah ternampak boleh masuk gaung ok.
Kesian abang lori yang tak berdosa itu. Dah la baru minum tongkat ali. Ehh??

Ok dah.


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh