Showing posts with label engagement. Show all posts
Showing posts with label engagement. Show all posts

Majlis tunang adik ipaq.

Dah tengok video tunang Ateh tu?
Parkinson sangat kan. Haha!

Sedih ok aku tengok video tu.
Gambar gegar-gegar yang tidak dapat dibendung lagi. Huhu!
Nasib Ateh mampu terima dengan redhooo. 

So ini dia cerita majlis tunang Ateh ahad lepas.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Dan alhamdulillah jugak aku sempat la jugak tolong sikit-sikit buat persiapan majlis. Walaupon kitorang sampai malam sebelum majlis tu.
Dalam hati memang niat taknak tolong. Ingat nak datang makan je. Bahah.
Ok tak. Memang nak tolong ok.
Sebab Ateh dah banyak gila tolong kitorang masa tunang dan kawen dulu.
So marilah kita membalas budi.

Tapi takde la banyak sangat aku contribute untuk majlis tu pon.
 Setakat tolong hias pelamin, tolong gubah bunga, tolong kemas bilik pengantin.
Tu je la kot.
Oh ada lagi satu. Tolong habiskan lauk kenduri. Haha!

Masa dah nak gerak balik penang tu kan, aku tanya mak, lauk kenduri tadi cukup tak. Kengkonon macam perihatin la kot-kot ada tetamu tak dapat makan ke apa kan. Padahal maksud tersirat ialah, kot-kot ada lauk lebih, marilah kita bungkus bawa ke penang kahkah.
Nasib baik mak mengerti, terus dia cakap,
"Eh banyak lebih la yang. Gulai pon ada lagi. Nanti mak bungkuskan ye. Kang balik rumah senang, panaskan je. Tak payah masak lain."

Hooooyeahhhh!! ;D
Mungkin jugak Mak dah faham perangai menantu dia yang pemalas nih. Kahkah.


Budak ni nama Haikal. 
Dia tolong mak bapak dia hias pelamin sampai pagi
Dan malam tu dia tidur pukul 4.30 pagi.
Pastu esoknya masa majlis, mengamuk seharian sebab tak cukup tidur.
Padan muka!
Padan muka mak dia lah. 
Tak cool langsung mak dia pakai cantik-cantik tapi handle budak nangis. 
Siap la sampai penang, mak dia babap nantiiiii -..-


Dan ni lah hasilnya. Cantik kan? Cantik gilaaaa!!
Sebab bunga-bunga tu aku yang tepek.
Lupa nak sign kat tepi tu, "Done by..Jiji"
Bahahahah. 
Menggelabah sangat hamik lesung batu deshummm. ;D


Satu reason kenapa aku suka balik rumah mertua, sebab ramai budak.
Meriah dan bising.
Pastu bila sorang nangis, yang lain pon nak berjangkit, last-last semua nangis.
Dengan aku-aku sekali. -..-

So korang bayangkan camane kitorang handle budak-budak ni.
Kejap lompat atas katil pengantin.
Kejap panjat pelamin.
Kejap pergi kopek-kopek bunga hantaran.
Kejap pergi petik anggur dalam dulang hantaran.
Kejap nak pergi celet kek hantaran.
Fuiiii..
Ini memang gila. Kahkah.

Nasib baik Ateh redhoooo je.
Dia pon dah masakkk sangat dengan perangai anak-anak buah dia.
Paling-paling marah pon,  Ateh setakat jerit
"Amboiiiiii!!!!"
Gitu je. Redho sungguh bukan? Huhu!

Sebelum majlis tunang tu ada majlis doa selamat dan bacaan yasin.
Abah kata jemput jiran-jiran situ je. Orang-orang surau gitu lah.

Lepas setel doa selamat, apalagasss moh la kita bertunang. Hihi.


Weolls bajet anak dara sangat ok. Puii.


Masa Ateh bersiap tu, semualah nak kerumun dalam bilik pengantin.
Saje nak sibuk. Nak saiko pengantin.
Dia tengah nerves kan. Kita kasi up up lagi nerves dia tu. Kahkah.

Berpondan-pondanan dengan kakak-kakak ipar (Along & Angah).
Diorang ni gedik ok. So terpaksa aku terikut-ikut gedik sama.
Kang kalau tak gedik, macam tak hormat kakak ipar pulak kan. Bahah!


 Ateh dengan dayang-dayangnya.
Yang gedik-gedik atas tadi tak boleh jadi dayang.
Jadi dugong je boleh. T_T

 Lebih kurang lepas zohor camtu, rombongan lelaki pon sampai.


Bincang-bincang pasal nikah, hantaran, tempoh tunang segala.
Pastu terus sarung cincin.

 
Time ni Ateh nerves gilaaaaaaaa!
Tak habis-habis dia cakap nerves nerves nerves.
Ye saya tahu awak nerves. 
Habis tu nak saya gantikan tempat awak ke? 
Saya on je.
Ehh!


 Camni nerves?? Pui. 
Padahal senyum tu sampai koyak mulut. ;D


 
 Alololo omiomiomiomio! ;D

Masa ni mesti dah rasa lega gila. Dah sarung cincin semua kan.
Tunangan pon dah di depan mata kan.
Mesti rasa macam, awww kittew dah tunang leww ukeee angat!
Ok geli. kahkah.

Kalau sebelum sarung cincin tu darah jenis AB,
lepas sarung cincin mesti darah bertukar jadi jenis M.
Darah Manis.
Haaa..tak lawak kan? -.-


 Mentang-mentang kitorang ni COMEL, pastu bergambar pulak dengan pengantin kecik, lagiiii la kelihatan COMEL aduinya pun. -..-


 Family aku ni je yang datang. Daddy tak dapat join.


 
 Yang belah kiri tu mak andam Ateh. Yang belah kanan tu pakwe dia. Ehh!
Adik hubby ok. Sebaya aku je pon. 
Bangchik ni la yang paling close dengan muka hubby.
Dulu masa Haikal kecik, dia selalu confuse ingat Bangchik ialah Papa dia. Haha!


Makanan hari tu simple saje. Tapi simple-simple pon ada la kambing bongkang di celahan khemah tu. Muka iolls la paling familiar kat situ. Duk ulang alik patbelas kali amik kambing. Kambing tu pon dah kenal muka aku. 
"Ceitttt balik-balik muka kau lagi!", berkata si kambing di dalam hati. ;D


Amboiii encik tunang! Happy punya pasal, cedok ayam goreng sampai 3 ketui terus ye bangg.
Takpelah. Yang penting aku dah cedok 4 ketui dulu sebelom tu kahkah.
Ok tak saya gurau maafkan saya. ;D


Ni Haikal dengan adik hubby yang last (Ayon). Paksu dia lah.
Muka Haikal cembeng sebab marah paksu dia tolong lapkan hingus. Habis tu takkan nak dibiorrr je ngalir yanggg. Lengkali toleh sikit, lap kat baju paksu. Ehehehehe...


Abang Naim tengah busy nenenkan anak dia. Shhh..jangan kacau. kihkih.
Mampus aku kena sondol dengan naza ria balik raya kang.
Tatuit la camni! Hihok hihok.


Lepas rombongan lelaki dah pulang, Ateh pon berphotoshoot sakan.

Eh eh saya pon nak jugak lah! Hihi.
Bukan aku sorang ok menyibuk Ateh photoshoot, semuaaaa pon nak menyibuk.
Masing-masing bajet Bobo terkehel leher depan camera. 
Yang pengantinnya sorang je. Yang Bobonya ramai.
Kesian tahu tak. -..-


Yang aku pegang tu ialah torchlight. Bukan mic.
Aku batak gila main torchlight tu sebab dia macam boleh kelip-kelip banyak cara tau.Sebab kat rumah aku takde kan.
So aku sakan la main lampu tu sengsorang.
Pastu Ayon kong hajo gelakkan aku senyap-senyap. Pfftt.


Ni tengah marah sebab takde orang nak ajak aku bertunang.


 Nasib baik lepas tu Abah ajak bertunang. Yeayyy!! Kahkahkah!!
Abah yilekkk je pakai seluar pendek. Tapi nasib baik comel aduinya pun. ;D


 
 Untuk Ateh & Pali.
Selamat bergembira bertunang-tunangan. =)

Seperaisss bideo untuk orang darah manis.

Woohooooo kebizian kembali melandaaa..
Sehonok angattt puiii. -..-

Orang yang paling aku kesian bila busy ialah
siapa lagi
kalau bukan
 jejaka kesayangan hamba...

 Bukan yang baju coklat tu. Itu tak payah kesian.
Tengok badan laaaagi tak jadi nak kesian. Kahkah. 
Kong hajooo bini jenis hape ni?? ;P


Yang baju putih pegang roti tu la jejaka kesayangan hamba.
Saaaaaayang sangat tahap sayang apa kabar dengan mu terkehel leher. Haha!

Sejak balik dari Manila hari tu la aku jadi kurang waras camni.
Biasa la hari tu cuti lamaaaa kan.
Seronok sangatttt kan.
Bajet takde kerjaaaa kan.
Sekarang hamikkk.
Hari-hari terpaksa overdose caffein.
Agaknya Haikal nenen pon dah rasa kopi kot susu aku nih kahkah.
Eh takpe, susu rasa kopi pon bagus jugak. Kang hubby mintak kopi ais, aku perah je pastu letak ais. Siap!

;D

So camtu lah tahap overdose aku. 
Kopi lapan gelas sehari. Sampai weng terus otak. Pffft.
Sekarang hari-hari aku tidur pukul 6 ok. 6 pagi ok. 
Orang lain bangun tidur dan solat subuh, tapi aku solat subuh dan tidur.
Kan ke takde life sangat nama dia tu? -..-
Hubby cakap aku ni dah boleh mintak kerja jadi mak gad dah.
Setakat berjaga malam pegang kayu besbol, senang je kottt.
Kompiden gila hubby iolls suruh iolls jadi mak gad. 
Terbukti iolls ni gagah habis okkk.  
Gagah tahap cabut bulu hidung tanpa rasa sakit kahkah. 
Ok tak kelakar.

Last weekend adik ipar aku (adik hubby) bertunang.
Adik ipar aku tu nama Hafzan Zaifaridsha. Bila dipendekkan jadi, Ateh. Hihi!
Kitorang balik umah Mak pon last minit tau.
Ateh tunang hari Ahad. Sabtu malam tu kitorang baru sampai rumah Mak. Sempat la tolong-tolong buat persiapan sikit. Pastu habis je majlis, terus zasss balik penang balik.
Ulang alik Penang-KL dalam masa sehari, dia punya penattttt hui!
Parkinson terus aku bila sampai rumah.
Penat satu hal, overdose kopi pon satu hal.
Jadi, penat + kopi = parkinson.
Itulah equation yang dapat kita rumuskan disini huhu.
Sebab tu aku takde update blog langsung.
Dah parkinson kan. Kalau  update jugak, mesti camni
GGGGGGGGGMMMMMMMMQQQQQQQQWWWWWWBBBBBBB
Parkinson kan gigil-gigil. Bahah.
Ok tak baik gelak.

Aku sebenarnya banyak gila benda nak update tau.
Sebab last week jugak anniversary kitorang yang ketiga. Pon tak sempat nak update pasal tu. Aku ada buat sajak anje-anje untuk hubby tau. Kalau aku letak sini kompom korang muntah bubur jagung 40 hari 40 malam.
Anjeeeeee angatttt ;D
Pastu ada beberapa benda random jugak aku nak share. Pon tak sempat.

So takpelah. Lain kaliiii sajelah aku update semua tu.
Hari ni aku nak share video majlis tunang Ateh.
Aku buat video guna phone je tau. So pempaham je la kualiti dia memang stok karaoke jamban punya video la.
Sebab phone aku ni takde la canggih mana. Phone free kottt.
Hasil menang contest kuikuikui.

So korangzzz layanzzzz je la video dulu ye.
Later aku update full story majlis dia.



Engagement Day.. ape rase ek??

Dari semalam aku tengok jiran depan rumah ni berting-tang-ting-tang.
Riuh dan sibuk!
Seluruh kaum kerabat dia berkampung kat rumah depan nih.
Maklom la..nak buat majlis pertunangan anaknya. =)
Nak masak-masak lagi.. Set up khemah lagi..
Nak siapkan hantaran..
Door gift lagi..
Banyaknyaaaaa nak kena buattt!


Tetiba bila aku tengok suasana camtu, aku teringat masa zaman aku bertunang dulu.
 Aku ada sebulan je untuk persiapan pertunangan.
Diorang merisik 10/5/2009.
Set tarikh bertunang 14/6/2009.
Sebulan je weiiii..
Tergopoh gapah habis.



Print benda ni atas kertas biasa je sebelum edarkan.
Dah tak sempat nak book invitation card segala.


Kena lapangkan rumah so that boleh occupy semua orang nak datang.
Walaupon ade khemah kat luar, tapi kau kena paham semua orang nak tengok upacara menyarung cincin tu okayyyy T_T


 Rumah berjaya dilapangkan. Perabot-perabot semua tumpang rumah jiran T_T



And kau as a bride, mestilah paling happy gaban hari tu.
Pukul 9 pagi dah start bermekap, padahal majlis pukul 12 kang.
Siap panggil fotografer naik atas, capture moment-moment bermekap. pfft.



 Bab baju jugak kau paling kerek nak baju songket tenun melayu segala.
Siap ekseseri ek'eleh segala.
Terpaksa orang-orang sekeliling dikerah mencari kelengkapan beta. 
Mesti diorang macam, WEI JIJI KAU NI BARU BERTUNANG JE KOTTT.
DCAWKEGFNNBERMHUYDN!!




Tiba la saat disarung cincin. 
Hati kau macam, WAH WAH AKU DAH BERTUNANGGG
Dengan tak sedar diri terus menganggap mak tunang sebagai MOTHER IN LAW.


 Senyummm sampaiii nakkk terkoyakkkk muluttt!!

 Dan membahasakan diri MAKLANG kepada anak-anak buah si tunang.
POYOOOOOO



Selesai majlis pertunangan tu, terus call si tunang dan cakap,
HELLO TUNANG! (dengan nada eksaited haha)
Sejak hari pertama bertunang, sampai hari ke berapa ratus tah,
Asik duk menayang cincin tunang sambil melalak-lalak,
WEIIII AKU DAH BERTUNANG WEIII...


Agak menjengkelkan jugak perangai aku ni rupanya.
Lepas dah berkahwin ni, bila flashback masa bertunang,
baru sedar pertunangan tu is nothing sebenarnya.
Jauhhh lagi kalau dibandingkan dengan kahwin. -__-"
Tapi at least aku pernah merasai detik itu.


No wonder la ada sorang pakcik pernah pesan kat aku..
"Jangan berhabis sangat masa bertunang. Sebab bertunang mungkin boleh jadi dua tiga kali seumur hidup. Berkahwin nanti baru sungguh-sungguh. Sebab kawen sepatutnya hanya sekali seumur hidup."
Masa tu aku carut-carut je dalam hati kat pakcik tu.
Tapi sekarang aku realize, BETULLL SANGAT yang pakcik tu cakap.


p/s: Selamat Bertunang kepada kawan-kawan yang baru bergelar tunangan orang.. 
Selamat berdarah manissss..=)