Showing posts with label Jokes. Show all posts
Showing posts with label Jokes. Show all posts

Lawak antarabangsa apakah ini? (-____-)

Anda dikehendaki buat muka serius bila baca entry ni.
Sebab benda ni seriusssssss lawak. Heheh.

 Sangat ramalan cuaca okkk.
Cuaca yang dua paling bawah adalah cuaca yang rare habisss.
Siapa punya kerja ni hoiii.. Haha!
Sambil ramal cuaca sambil buat lawak antarabangsa kannnn.. 
Tergelak kelepet kelepet aku. Adehhh..


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Bahana keboringan melampau

Kanapa hari ni aku rasa masa berlalu sangat perlahan?
Tadi tengok jam 2.45, pastu aku buat donnoo lama sikit, tengok jam lagi masihhhhh 2.45!! Grrrr! Aku puterrr jugak jam ni kang. Lambat benor bergerak nya!
Huhu..

Biasalah. Sindrom hari jumaat. Haha! Otak dah set hari weekend tapi jasad masih berpijak di bumi nyata (masih hari jumaat pffffftt).
Setiap orang mengalaminya kannnn.
Cuma aku je kronik sikit sekarang ni.

Aku rasa sikit lagi kalau tengok jam masihhhh 2.45 jugak, siap lah engko wahai jam! Aku herdik-herdik jugak nanti. Hamboih herdik tak tahan! Haha!

Hoii tak sabar sangat nak balik Key Ell hoii..
Siap dari pagi tadi lagi aku dah start nyanyi 
Balik kampung.. ho ho balik kampung..
Sadis gila ok tolonglah paham.

Oooo tak sabar nak balik kampung rupanya. Kesiannn..
Huhu!

Jadi marilah kita membunuh masa dengan aktiviti paling berfaedah.

Tetiba rasa macam nak hantar gambar-gambar ni kat National Geographic- The Weirdest Deep Sea Creatures. Haha! 
Ke Animal Planet lebih sesuai?

Happy weekend uolls!


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Jatuh longkang

Bila teringat balik benda ni, mesti aku rasa nak tutup muka dengan tin biskut. Pastu bila family aku berkumpul, diorang akan cerita balik pasal benda ni, mesti aku kena bahan kaw-kaw. Especially Along la. Dia memang suka open cerita-cerita lama. Asik asik asikkk aku je kena. Pastu semua orang bantai gelak, aku sorang je diam buat-buat tak dengar. Pastu buat-buat balas SMS, padahal takde orang mesej pon. Sebab? Sentap. Kah kah kah. LOSER sangat disitu.

Dulu, petang-petang aku memang suka jalan-jalan keliling kampung naik basikal dengan kengkawan. Ni zaman kanak-kanak la aku cerita ni. Zaman ikat rambut tanduk kambing dulu. Dah la ikat tak center. Kanan besar kiri kecik. Aku tak pasti mata kero mana yang ikat rambut aku masa tu. Takpon aku sendiri yang ikat kot. Kah kah kah. Tapi pedulik ape kan. Biasala kanak-kanak hingusan, rambut rupa hantu kak limah pon pedulik hape.

So ada satu petang tu, macam biasa, aku dah standby nak keluar main basikal dengan kengkawan. So sementara tunggu kengkawan sampai tu, aku round round la dulu dalam kawasan rumah. Pusing la patplohnam kali nak panaskan enjin basikal. Haha. Pastu kan, tetiba kawan aku panggil dari seberang jalan. Dia nak ajak main la tu.

Aku pon kalut-kalut la excited tak sesabar nak pergi kat kawan tu kan. Sambil tengah naik basikal la nih. Pastu aku keluar je gate, tetiba ade kereta lalu, melintas zappppp depan muka aku. Aku pon lost control la kan. Terus eh eh eh eh ehhhh!!! menjunam masuk longkang. Dengan basikal-basikal sekali join aku kat dalam longkang tu.

-_____-"

Longkang tu agak dalam la jugak. Tenggelam jugak la aku dalam tu. Haha. Ada la air sikit. Paras betis kot. Entah tak ingat.

Yang tak boleh blah tu kan, bila termasuk je dalam longkang tu kan, aku tergamam kejap. Sebab macam, eh aku kat mana nih?? Haha. Pastu dengar ada suara-suara gelakkan aku. pffffttt!
Terus aku tak tahu nak buat apa kat dalam tu. Pastu aku pelik, eh apsal aku tak sakit pon. Haha. Tapi sebab malu kan, aku pon buat-buat menggelupur kat situ sambil paksa nangis sambil cakap sakit..sakit..sakit.. Kah kah kah.

Pakcik yang bawak kereta yang lalu tadi, berenti la sambil tolong selamatkan aku. Pakcik tu jiran sebelah rumah aku je pon. Pastu tak pepasal ramai-ramai kerumun kat situ tengok aku dalam longkang. Aku tak tahu la camne nak kaver malu masa tu. Rasa macam nak buat-buat main masak-masak pon ade.

Pastu aku dengar suara-suara orang sekeliling.
Kenapa tu? Kenapa tu? Eksiden ke?
 Ni haaa Rajiah masuk longkang..

HUUU MALU MALU MALU. DIE DIE DIE.
Sambil buat-buat menggelupur.
Dalam hati, ohhh gelapnya masa depan aku lepas ni. Dah ada rekod masuk longkang. Mesti takleh nak bajet diva dah lepas ni. 

Bila diorang dah angkat aku keluar dari longkang tu, Daddy terus dukung aku masuk rumah. Lepas kejadian tu, beberapa hari jugak aku tak keluar rumah. HAHA. Mesti jiran-jiran ingat aku trauma teruk. Padahal muka tebal nak berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Kah kah kah.

Aku cuba la jugak lupakan kejadian tu. Tapi Alhamdulillah sampai hari ni tak lupa-lupa. Haha. Nak-nak pulak family aku asik ungkitttt je. Aku perhatiiiiii je everytime diorang gelakkan aku. Gewwam! Dah tak sayang aku la tu. Eh tetiba.

Aku yang paling kiri. Yang jari bersepah. -..-


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Baby Haikal mencetus kontroversi

Wah bajet glamorous habis lah tajuk gitu. Haha
Aku ni kalau petang-petang camni, jarang la nak bergelak ketawa. Pukul 2 keatas mesti muka mula cembeng, mata kuyu. Tak bermaya langsung. Kalau orang buat lawak pon, setakat terangkat-terangkat bahu gelak dalam hati. Tapi muka yilek je. Heh.

Tapi tadi, aku boleh tergelak sampai nak tersembur halkum bila tetiba ada sorang makcik aku post something kat wall FB.



Hah ado berkorutttt muko tu konapo? Tak paham la tu. Keh keh keh.
Mahap la yo. Entry kali ni memang untuk orang nogori yo.
Ekau tak paham silo poie main jauh-jauh.

Hek elehhhhh..berlagak!
Yang engko tu macam betul sangat je cakap nogori pong!
Heheh.

Oklah. Aku nak mandi. Badan tengah minyak-minyak.
Aku baru balik dari spa ni.
Aww! Perlu ke bagitau satu dunia? Nampak sangat batak tak pernah pegi spa! Kah kah kah. Kalau mak aku baca ni mesti kena sembur nih. Dia memang dah syak aku makin mengada-ngada sejak dah kawen ni. Pergi spa lah, buat rambut lah. Hihik
Ermmm..Mama dulu pon macam ni kan? Ekekekekeke!


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Smart spenda??

 
Aku nyaris-nyaris tersalah faham. 
Haha.


Ok tak??

Spotted kat Seremban.


Semburan Angry bird!


 Kau parking kereta kat perkampungan Angry Bird ke bhai??
Kaw kaw kena sembur tuuu.. keh keh keh


Teka teki vandalism style.

Spotted at Seremban.



Dah elok-elok diletak papa tanda kat situ untuk kesenangan orang ramai, tapi dikikisnya pulak. Aku kikis tangan tu kang baru tau.

Btw, agak-agak apa yang sepatutnya tertera kat papan tanda tu eh??
Siap tahu angkat tangannnnn!!!
Siapa yang berjaya jawab dengan betul, aku kasi chance dating ngan Baby Haikal. ;P

Sketsa Raya



 

Sketsa puasa #5


Sketsa puasa #4