Showing posts with label Gelabah. Show all posts
Showing posts with label Gelabah. Show all posts

Geng Papa

Asal nampak Papa je, eksaited.
Asal Papa nak dukung je, seronok.
Asal Papa cakap je, tergelak.
Last-last maknya jugak keseorangan kesepian takde geng.

 Tengok la kemainnnn berkepitttttt!
Macam paham je kau tengok perhimpunan umno kat tibi tu yang!
Asalkan Papa ade sebelah, memang elokkk la dia duk diam.
Poyo lah.

Cer kalau aku nak tengok drama filipin Endless Love tu.
Seminit pon tak kasi chance!
Sakan la merengek menyondol-nyondol celah keti aku.
Memang saje taknak kasi aku feel. Cehhh

Tapi kalau dengan Papa....
Diammmm sediam-diamnya!
Sampai terlena!

 Gaya tidur pon dah menonggeng-nonggeng kemain.
Sejibik macam Papa tidur.
Haha

Haihhh Mama wonder, ape lah yang Papa dah jampi kat Baby Haikal..
*si emak yang jeles tak sudah*

Gomoi-gomoian

Ramai betoi kasi respond on my previous entry pasal Babysitter Gila tu.
Siap ada silent readers yang personally call and SMS lagi.
Tengkiuuuuu sooooo muaachhh! Ai sayang uolls.
By the way, kulit Baby Haikal dah okay.
Dah kembali gebu macam kulit maknya kah kah.
And kitorang pon dah stop hantar kat sitter gila tu dan dah pon jumpa 2 orang potential babysitter yang baru. Tapi belom decide lagi nak pilih hok mana.
And kali ni kitorang dah aware sikit kan.
Siap buat interview session dengan calon-calon babysitter baru. Haha.
Aku and hubby la interviewers nya. Haha.
Tanya soalan bertubi-tubi sambil buat muka garang. Tak tolerate langsung okayyyy. Haha
Tetiba aku rasa atas kepala ada tanduk. Haha.
Okay cukop la kau gelak HAHA.

And maybe sebelom hantar permanently, kitorang nak bagi tempoh trial sebulan dulu kat sitter tu nanti. Maybe ade beberapa spotcheck jugak akan dibuat sepanjang tempoh itu. Kalau ada something wrong, immediately terminate! Bahaha. Dah macam program realiti mencari bintang babysitter ke hape tah aku nih.

Okay let's change the topic.
Bosan asik cerita sedih je dalam belog nih.

Aku nak show opp happy moments kitorang with Baby Haikal yang dahgenap 6 m.o. hari ni!! Hoyeahhh..dah boleh suapkan dia solid food hari ni.
Tak sabar aku nak bawak Baby Haikal pi makan Kenny Rodgers sat lagi. ;P

Bila dah 6 bulan ni, Baby Haikal suka betul nak menggomoi dengan mak paknya.

Makan Mamaaaa!!!


Penat menggomoi sampai peluh-peluh. Lalu tertidurrrr..


Sesi menggomoi bersama Papa pulok.


Ramai yang duk perli-perli Baby Haikal camni..
Minum susu mak dia pon dah mok mok (gemok), nanti dah start makan solid food makin mok mok la nanti.
Itu namanya mulut takde insuran ye tuan puan.
Nak je ku ambil galah dan tolong jolokkan ke mulut beliau.
Mak memang sensitip sikit bab merli-memerli nih.
Sentap sebab diri sendiri pon mok mok. -..-"

Pattern traffic jam kat Penang Bridge

Hari-hari kalau korang dengar Traffic Update kat radio setiap pagi & petang mesti ade mention Penang Bridge heavy traffic/bergerak perlahan. 
Nak-nak pulak waktu peak hour, waktu orang masuk keje and balik keje.

Dan aku ni selaku orang yang almost hari-hari merentas desa Penang Bridge tu, telah berjaya mendiscover sesuatu. Heheh.
Bunyi macam gempak. Atau poyo je lebih?

Bila dah hari-hari duk mengdrive atas Penang Bridge tu, aku macam nampak satu pattern yang menyebabkan bridge tu sesak waktu peak hour pagi dan petang.
Waktu lain, memang lengang lah. Kau nak baring kat tengah-tengah jambatan tu pon boleh. Nak melintas slow-mo biawak pon takde hal. Kalau ade yang langgar kau pon, tak lain tak bukan, kereta sapu jalan tu je.
Tapi waktu peak hour, jangan. Dangewouss!


Pepagi lagi, jambatan dah start sesak. Berpusu-pusu kereta nak masuk/keluar pulau.
Heavy traffic waktu pagi memang normal disebabkan kereta banyak. Semua berebut nak potong. Padahal setakat kedepan dua tiga inci je. Baik tak payah potong.
Kengkadang aku kesian jugak tengok orang-orang kaya yang bawak kereta yang boleh pergi 300km/j. Tapi last-last terpaksa bawak 20km/jam je. Motor kapcai pon sengihhh je potong sebelah. Boleh nanges weiii.

So kesimpulannya traffic jam waktu pagi adalah disebabkan oleh kereta banyak. Dan bridge tu akan sesak from end to end lah. Tak de chance kau nak mencelah.


Tapi bila peak hour waktu petang, jambatan sesak jugak. Tapi kereta taklah sebanyak waktu pagi. Tapi still jam teruk. Selama ni aku duk wonder lah kenapa.
Tapi lama-lama bila aku observe, rupanya orang-orang Penang ni bila waktu balik keje petang je, depa suka bawak kereta santai-santaiiiii je.
Rilekkkkk je. 50-70 km/jam je.
Sebab tu la boleh jam. Haihhh..perangaiiii..
Kalau pagi kemain tak menyabau nak motong, mencucuk-cucuk bagai.
Tapi bila petang, reti pulak nak bawak dengan penuh berhemah. 

Ada sekali tu lagi lawak, aku drive atas jambatan tu waktu bukan peak hour, tapi jam kemain. Aku pon wonder lah kenapa.
Maybe ada accident ke, tak pon kereta rosak, tak pon orang baiki jalan.
Aku pon bersungguh la mencelah kiri kanan sampai ke pangkal jam tu.
Dan ketemu la sebabnya.
Rupanya ada satu lori bagak besau yang sarat dengan babi. Hamikk kau.
Semua orang tak berani potong. Sampai jam dua lane. Haha.
Dengan aku aku sekali tak berani potong lori tu.
Bukan takut, tapi dia punya busukkkkkk, boleh gugur bulu hidung.
So takpe la kita kasi chance la kat babi-babi tu semua menikmati panorama indah beserta angin sepoi-sepoi language di atas bridge tu. -..-"

Lepas ni aku nak request kerajaan Pulau Pinang supaya bina kapal selam la untuk transport babi-babi tu semua. 
Tak payah pakai jalan darat la wei. Boleh sesak napas drebar-drebar lain.

Hopefully, bila dah siap Penang Second Bridge nanti, kurang la sikit traffic jam kan.

Paling rindu!

Dah setahun lebih aku tak jumpa mereka.
Kalau terjumpa kat mana-mana pon terus berpaling.
Pandang sikit pon tak nak.
Tapi lama-lama, aku mula rindu.
Rindu gaban.
In fact sekarang ni kalau ternampak mereka kat mana-mana.
Terus mengigil-gigil tahan nafsu.
Rasa gatallll je tangan ni.
Padahal aku dah tekad taknak jumpa mereka lagi.
Kalau boleh, sampai bila-bila.
Tapi susah, makin lama makin gigil rindu.
Sebab dulu, mereka sentiasa bersama aku.
Kalau gigil je, mesti mereka ada. Terus hilang gigil.
Tapi sekarang, kalau gigil, terpaksa tahan.


Dan semalam aku pi Jusco.
Aku ternampak mereka.
Kat barisan paling depan.


Dan ada tulis 
"Pek Jimat- Maggi & Carbonated Drinks"
Perghhhhh!!! Makin gigillllll!!!

Dah setahun lebih aku tak merasa MEREKA!!! 
Tengok la sampai bila aku boleh tahan gigil ni.
Last year, tak sentuh langsung air gas & maggi sebab pregnen.
Pas beranak, breastfeed pulak.
So kena berpura-pura jadi health freak demi anak.
Tapi bila ternampak air gas/ maggi ade jualan murah, terus bertakonggg je air liur dalam mulut. Badan terus gigil-gigil tahan nafsu.
Gian terlampau.

p/s: Mesti korang macam, Lerrr maggi dan air gas je yang digiankan. Low taste betul. Cuba la gian ciken chop, lamb chop ke, chopstik ke. Kan? Ekceli benda-benda tu aku tak gian sangat, sebab memang makanan ruji harian. Sebab tu perut aku dah tumbuh 6 packs. :P

Am I invisible??


  ***Scene 1***
Having a discussion with the supervisor...

Aku: I've done the mass culture bla..bla..bla..and now i'm constructing the batch experiments for bla..bla..bla..
Supervisor: Oh okay good. Ermmm..eh so how's your baby? Is he doing fine with the babysitter?
Aku: *erkk apsal tetiba makcik ni tanya pasal Baby Haikal pulak?* Oh yes, he's fine. -___-"


***Scene 2***
Masuk lab, terserempak dengan lab assistant..

Lab assistant: Hey Jiji! Baby sihat? Dah berapa berat dia? He's soooo cute la.
Aku: Hmm..sihat.*taknak tanya ke aku ni sihat ke tak??*


***Scene 3***
Nampak jiran tengah sapu-sapu kat luar rumah..

Aku: Tak kerja ke hari ni kak?
Jiran: Balik awal. Haikal mana? Dia okay ke?
Aku: Hmm okay je. *taknak tanya ke aku ni okay ke tak?*


***Scene 4***
Collect comforter kat Kedai Dobi..

Aku: Kak, saya nak amik comforter.
Akak dobi: Haa awak rupanya! Mana baby? Sape jaga dia?
Aku: Hmm dia ade je kat rumah jiran. *aku kat depan mata ni taknak tanya kabar ke?*


***Scene5***
Received a call from hubby..

Aku: Halluuu..
Hubby: Hai sayang. Tengah buat ape tu?
Aku: Tengah buat writing. Kenapa?
Hubby: Abang rindu Haikal la...
Aku: T_T *aku ni tak rindu ke?*


***Scene 6***
Recieved a call from Mama..

Mama: Okay la Mama got to go first. Nak ajar adik-adik mengaji.
Aku: Okay Mama. Kirim salam kat Daddy. Love you. Bye.
Mama: Okay. Please hug and kiss Haikal juta-juta kali for me. I love you, Haikal. Bye.
Aku: *no hug & kiss for me?* T_T


***Scene 7***
I called up Daddy..

Aku: Hello Daddy.. How are you? Is everything fine?
Daddy: Ha..baik. Haikal apa khabar? Dia okay?
Aku: *Haikal again!*


***Scene 8***
Skype-ed with Raidoo..

Aku: Weh kau boleh nampak & dengar aku clearly tak?
Raidoo: Clear. Clear. Kau?
Aku: Clear je.
Raidoo: Okeh aku nak tengok Haikal. Haikal mana? Pegi amik dia letak depan computer. Nak borak dengan dia.
Aku: *itukah tujuan kau nak video call ngan aku?* sobsss


***Scene 9***
Received a call from Rizzy..

Aku: Halluuu..
Rizzy: Kakngah, aku nak datang rumah kau.
Aku: Ok boleh je. Datang la. Kenapa? Ada masalah ke?
Rizzy: Tak. Tak. Aku rindu Haikal.
Aku: *okayyyyyyyyyy fine!*


***Scene 10- yang paling best***
Courier service hantar barang kat rumah..

Abang courier: Ni rumah Ashraf Haikal ke?
Aku: Ye betul.
Abang courier: Dia ada ke? Ada barang untuk dia.
Aku: Dia ada kat dalam. Takpe, biar saya yang terima.
Abang courier: Kejap. Boleh saya tau Ashraf Haikal ni sape?
Aku: Anak saya.
Abang courier: Kalau boleh biar dia sendiri yang terima barang ni, puan. Saya perlukan signature & no.IC dia.
Aku: Wahai encik courier yang hitam manis, anak saya tu baru 3 bulan. Pegang pen pon tak lepas lagi. Apatah lagi nak sign bendealah ni. Haih.
Abang courier: Oooo ok ok.

Terasa hiba bila diri ini semakin invisible dan transparent di mata orang.
Bukankah aku ni lebih comel dan cute dan gebu daripada Baby Haikal.
Memang boleh bawak gaduh la kalau asik Haikallllll je! Sobs.


Eventually dapat jugak merasa..hihi


Dah lamaaaa aku dengar depa dah launch duit syiling baru seposen, doposen & limaposen. Dah distributed all over the country dah pon.
Maka kecoh la rakyat-rakyat Malaysia yang terawal dapat sentuh duit syiling. Lepas satu, satu belog tayang duit baru tu.
Aku jugak la yang loser tak jumpa-jumpa lagi duit tu.

Sampai la bebaru ni, last week kot, nak berceceran air mata aku bila makcik jual nasi berlauk tu hulur duit syiling baru tu kat aku. Sebak melihat duit baru yang telah lama ku nantikan kini berada dalam genggaman. Aku rasa nak peluk je makcik jual nasi berlauk tu sebab bagi baki duit tujuh posen kat aku. Dalam banyak-banyak duit syiling dalam balang duit makcik tu, akhirnya beliau telah mencabut duit syiling lima posen & doposen baru untuk diberikan kat aku. Ya, aku lah insan terpilih itu. HAHA.

Sampai ke sudah la aku riuh menayang duit tu kat semua orang.
Tolong la cam tenuk betoi perangai kau.

Perangai aku bertambah ketenuk-tenukan bila selang beberapa hari lepas tu, aku dapat duit seposen baru pulak dari abang cashier kat Tesco. 
Nasib baik kita bukan muhrim, kalau tak I dah peluks you taw! kehek kehek kehek

 
 Maka lengkaplah koleksi duit syiling bawu ai! Yew jangen jeles!

Padahal sebelum-sebelum ni aku seorang yang tak suka betoi simpan duit syiling. Buat berat wallet je. Tapi bila dah dapat pegang duit baru ni, beria benor pulak nak meng-kolek. Poyo je enn?

Okay sumpah loser giler entry aku kali ni. Kesian!


Wujud lagi spesis manusia camni kannn!! ;(


Korang pernah tak jumpa this kind of species of human being...

Yang macam bagus
(Semua cerita yang keluar dari mulut kau nak LEBAT je. Bajet grade 'A' je semua. Taknak mengaku yang kau tu LOSER. Banyak jugak kekurangan macam orang lain)

Yang talam dua muka
(Pelakon terbaik la nih. Dah buat salah pon, still boleh buat dunnooo je. Takde muka bersalah langsung. Boleh senyum-senyum tenuk lagi depan orang ramai)

Yang jadi duri dalam daging/gunting dalam lipatan
(Ni stok mulut puaka habis. Suka api-apikan orang. Suka fitnah-fitnah orang. Tak pasal-pasal orang di sekeliling boleh berpecah belah. Aku memang tabik la orang camni. Kalau kau jadi Presiden, kiamat la weii)

Yang bebal & kebal nak mamfus
(Semua orang dah tak suka kau, tapi still nak jadi 'role model' kat sini? Eh kambing hitam, Shuh shuh shuh!)

Aku ingat zaman sekarang ni dah pupus la spesis-spesis camni. Semua orang zaman sekarang ni makin matang, makin professional. Attitude makin bagus.

Tapi be careful people, sebab ada lagi sipi-sipi spesis ni yang masih hidup.
Dia akan buat hidup kau jadi haruuuuuu..

To be frank, aku pernah hidup dengan spesis macam ni during my master years dulu.
Perghhhhh..setiap hari aku asyik murungggggg je.
Call tunang, call mak bapak, nangis-nangis.
Pressure dia mengalahkan pressure orang putus cinta. *ok ape kena mengena -__-*
Malas nak cerita lebih la. Aku pon nak lupakan manusia tersebut.
Biarpon dia baca belog aku. Nak sentap ke, nak terguris perasaan ke. Biaq pi!

Biarlah kau je yang paling cantik (padahal muka berkawah)
Biarlah badan kau je yang paling selimmm (padahal baju semua saiz XXXL)
Biarlah kau je yang jadi ketua/presiden/tukang arah (padahal kau yang lantik diri sendiri)
Biarlah kau je yang ade bapak bergelar Dato' (bcoz it's WHO YOU ARE  that matters, not ur father. Anak pemungut sampah pon perangai lagi mulia dari kau)
Biarlah kau je yang tip top soal agama, cerita kat semua orang yang kau tahajud tetiap hari (nampak sangat lah kau tak ikhlas beribadah. InsyaAllah banyak lah pahala kau tu)
Biarlah kau kata aku gatal kawen awal. (padahal umur kau tu dah 30, tak kawen-kawen lagi, muda sangat lah tu???)
Dan baaaaanyak lagi. Tapi biarlahhhh..
Sebab orang macam ni memang tak leh handle langsung!
Tepuk berjuta kali pon tak serik-serik.

Ehh, kenapa baru sekarang aku nak ungkit hal ni??
Padahal benda ni dah lama berlaku.
Yes. Memang benda dah lepas.
Let bygones be bygones la kan.

Tapi tak sangka, baru-baru ni, aku terdengar lagi pasal spesis camni!
Orang yang lain, tapi perangai samaaaaa!!! 
Dan dia semakin hari semakin dekatttt dengan aku dan kaum keluarga akuuuuu...
NOOOOOOOOOOOO~~
And again, she's one of my blog readers!!!!!
NOOOOOO~~

Sempena tahun baru ni, nah pesanan untuk kau (spesis yang baru ku temui itu)

Wahai makhluk Tuhan, boleh tak kau jadi macam orang-orang normal yang lain?
Tak payah nak tambah dosa la. Dah tahun 2012 dah ni. Kau pon bukan muda lagi.
Dosa makin hari makin bertimbun pulak.

Kau baca belog aku ni, setakat baca je dah la.
Tak payah la nak jadi reporter CNN pulak.
Mulut kau tu ada skru longgar ke ape? Pi ketat kan balik boleh?
Bercakap asik nak LEBATTTTT je. -.-
Tau lah kau memang tukang gosip berjaya.
Dan makan gaji buta kat opis tu sebab duk baca belogggg je. Kan?

Ni aku ade buat special poem untuk hang..
SIKIT PON AKU TAK PEDULI *talk to the hand*

p/s: Sorry to my other belog readers yang terpaksa baca entry emo pulak hari ni. Korang tolong la doa-doakan jugak agar spesis-spesis camni segera pupus. ;(

Khas untuk si plagiat tersayang.

Ada satu makhluk ni buat aku betul-betul murka.
Last nite, when hubby was reading blogs, tetiba dia panggil aku.

Hubby: Tengok belog ni, banyak belog entries dia macam belog sayang la.
Aku: Hmm?! *sambil scroll belog tu* Eh, ini bukan MACAM, ni memang kompom copy-paste sayang punya belog!!
Hubby: Ha'ah kan? Siap gambar-gambar pon dia cilok.
Aku: Perangai cam tenuk betul la blogger nih. Mana abang jumpa belog nih?
Hubby: She's one of your blog followers.
Aku: Oh ye ke??! Patutlah kau beria nak follow aku! Rupanya kau cilok semua entry belog aku, tepek kat belog kau! Budus!

Yang paling kelakarnya, bukan setakat words/sentences dia nak copy-paste, dengan gambar, dengan tajuk entry pon sama! Ape bingai sangat tuuuuu..
Tau la aku tak pernah letak watermark kat gambar-gambar tu semua. 
Tak semestinya kau boleh bersenang lenang cilok begitu sahaja.
Aku nak tengok sejauh mana lagi si tenuk tu nak ciplak.

Tapi setakat ni, aku tengok followers dia boleh kira ngan jari je. 
So kau nak harapkan semua followers aku follow belog kau pulak ke? 
Haram zadeyyy takkan dapat punya derrr..



Kecik-kecik dah ada telor?

Okay here's a joke of the day..

Ada satu pagi, my hubby's busy berting-tang-ting-tang kat dapur, siang ikan kembong untuk digoreng waktu lunch nanti.
FYI, ikan kembong yang hubby siang ialah ikan yang saiz kecik-kecik, yang kalau goreng jadi crunch-crunch macam kokocrunch, yang sekali ngap je masuk mulut sebab kecik sangat. Oh yang kaler dia silver-silver camtu. Okey perlu ke eksplen kaler sekali.
Ni mesti kes meroyan tak dapat pi konvo.T_T
Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa hubby yang dikerah untuk siang ikan?
Bukankah itu tugas seorang istewi? Meh aku jawab, sebab masa tu aku takde, aku pergi..aku pergi..bersenang lenang di atas katil. Ewah gittew rupenyeww!

 
Tengah aku bersenang lenang tu, tetiba..

Hubby: Sayaangggg!!! Meh sini japppp!!
Aku: *hoh macam ade emergency je bunyik tu* Ye ye jap jap.
Hubby: Sini jap.
Aku: Ye, kenapa bang?
Hubby: Abang hairan betul lah.
Aku: Haa? Hairan pasal ape??
Hubby: Ni ha..abang hairan la, ikan ni kecik-kecik lagi tapi dah ada telor. ;P
Aku: GFVBCHGTCTRSATYFV!!!!

Cehhh..melawak tak bertempat laki aku nih.
Nasib baik suami, kalau tidakkkkkk ;O


Hamboi, kad raya kauuuu!

Tahun lepas, aku tak dapat kad raya langsung, walau sekeping.
So tahun ni pon, aku tak heran sangat pasal kad raya.
Sebab aku pon takde bagi kad raya kat orang.
Hamper raya ade lah. Tu pon kat mak bapak sendiri je. Heh.

Tapi petang tadi, balik dari lab, nak bukak gate rumah, tetiba aku ternampak sesuatu dalam post box. Sambil mengatur langkah penguin ke arah post box tu, dalam hati aku, 
Haa ni kalau tak bil api, mesti bil air. 
Kalau tak bil air, mesti bil tertunggak.
Kalau tak tertunggak pon, mesti jemputan perkahwinan kengkawan.
Kalau tak kad jemputan, mesti iklan jualan gudang kat pasaraya Jaya Gading.
Paling-paling pon, mesti iklan membaiki paip/atap bocor.
Atau mungkin kad raya? Memang takkkk ah!


Setibanya aku kat post box tu, jari jemari aku yang "runcing" terus membukanya dannnn....



Yeayyyy KAD RAYA daripada kekasih gelapppp!! ehhh??

Eheh daripada kawan aku yang berada di perantauan lah.
Hazeeq Hazwan, thank yewwwww!!! =)
Aku tunjuk Fify, dia kata, "Hazeeq nampak muda lah".
Ewaaahhh mentang-mentang bini dah macam penguin, puji orang lain je! *majuk ah*

Selamat berayalah kau kat London tu ye, Zeeq. 
Nanti aku tolong makankan ketupat lemang untuk kau.



Bengong

Last weekend, I invited my two sibs (Rizzy & Raidoo) to buka puasa together-gether kat Hotel Seri Malaysia Kulim.
Bunyi macam jauh, tapi sebenarnya tu la hotel yang affordable yang paling dekat.
Sebenarnya kitorang boleh je nak buka puasa kat Hard Rock Hotel.
Tapi sebab malas nak membazir. HAHAHAHA POYO TAKKK??
Dah miskin, buat la cara takde duit derrr

So, hari kitorang nak berbuka tu, I tot kitorang akan jumpa kat Kulim terus. 
Means, Rizzy & Raidoo takyah la datang rumah aku dulu.

Tapi disebabkan ada sorang minah ni kan. 
Dia ni memang takde muka lah kan.
Dia nak jugak datang rumah aku dulu before berbuka kan.
Sebab nak tumpang print out assignment & basuh baju.
Pastu kan, tak cukup lagi, siap buli laki aku suruh repair water heater dia.
Pastu kan, pastu kan, nama minah tu ialah Raidoo.
Tapikan, baru-baru ni duit dia kena curi. Aku ingat dia terus takde duit nak survive bulan ni. 
Rupanya dia hilang sepuloh hinggit JEWWW. Kecoh je minah ni kan?
Kih kih kih..aku akan make sure Mama baca entry nih! ;P

So sebagai kakak yang mithali kepada minah-muka-tebal tu, aku invite je la dia datang rumah.
Tapi sebelom tu, aku ada SMS dia..

Raidoo, jangan lupa standby duit raya untuk anak-anak buah kau. Maaf Zahir Batin! ;D

Sekian, later lah aku update pasal buka puasa kat Hotel Seri Malaysia tu eh.
Bye.


Macam mermaid...

Ramai yang suruh aku upload gambar pregnant yang latest.
Nak tengok perKEMBANGan terbaru katanya.

Bukannya takde gambar-gambar baru, tapi takde masa lagi nak update kat belog.

So nak puaskan hati diorang, aku jawab camni je..
"Badan aku sekarang macam mermaid.."


Seriously!
Dah makin sarat ni, body aku makin hot macam mermaid.

Tak caya??

Nah la..aku upload gambar terbaru Mak Duyung Buyung.


 30 weeks / 7.5 months.
Another 8 weeks++ to go..

MACAM MERMAID KAN?? -..-"


Selamat berbuka yawww!

Hari tu berperang saudara dengan dengan abang sendiri.


 Tapi sikit pon gua tak herannnnn lah!
Sebab gua masak ni..

Ikan bawal 3 rasa.

 Along, kalau post lagi status berbaur perang saudara camtu, hang siap la!!! ;O
Eh, raya nanti kita minta maaf salam-peluk-cium balik eh..


Kisah Seram Bukit Putus.. Lemah jantung takyah baca!!!

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah.
Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja...
Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. 

Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya 
" Apahalnya cik adik malam-malam buta kat sini? 

"Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni... Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??" 

Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu... 
'' Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak." Terkeluar dari mulutnya.. 


Tapi  hatinya masih lagi was-was... diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. 
Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. 
Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya...seolah-olah takde apa yang berlaku. 
Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni...seorang diri pulak tu...
Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu...
Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! 
Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika... 

Tiba-tiba...dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi .
Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. 
Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk . 
Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. 
 Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam.  Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. 
Menampakkan giginya yang putih...ditambah lagi dengan baju yang dipakainya....   

Dia pun beranikan diri dan bertanya.. 
''kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni?? 

''ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat...Saya ada kelas yasin...'' jawab perempuan tu 

''Tapi.. putihnya lain macam aje...tak pernah pulak saya tengoknya '' tanya  lelaki tu lagi. 

''Apa yang lain nya... sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??'' 

'' Eyea...lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya...'' 

'' Alah apa yang seramnya...???''  



.....




.....




.....




.....




.....




.....




.....




"Pakai aje le pencuci BOOM, kuasa yang mengeBOOMkan!!"


Satisfy my crazy cravings..

Bila perut makin mengembang, selera makan pon makin menggila.
Dah la tak reti-reti nak kenyang, nak makan pulak benda yang payah nak jumpa kat Penang ni. haihh..jenuh jugak nak menjadi mak buyung ni. Iman kena kuat woh. Heh.
Despite my super-duper banyak research tasks yang nak diuruskan, sempat lagi aku mengidam nak makan itu ini. Orang lain, kalau dah busy tu, sampai terlupa makan kan?
Aku ni, sambil sibuk bekerja, sibuk nak makan. Eh macam prinsip hidup pulak.


Anyway, last week I was craving for these two "makanan tradisional".
Puding gula hangus & Serawa durian.
Tapi cari punya cari, still tak jumpa orang jual dua benda nih.
Siap cari online lagi. Kot-kot la ade orang jual serawa doyan kat ebay. Bahaha.


Setelah penat mencari, maka mak buyung pon berputus asa.
Beliau terus menuju ke kedai runcit berhampiran.
Bukan untuk mencari sebatang eskrem potong bagi mengubat kesedihan, tapi untuk....


BELI BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT PUDING GULA HANGUS & SERAWA DURIAN SENDIRI KAT RUMAH! =)


 walaupon texture yang kurang menjadi. macam kawah bulan pon ade. -..-


 pantun: mak buyung makan serawa doyan, kentut sendawa pon bau doyan. hikhikhik


Alhamdulillah. Tercapai jugak hasrat perut nak melantak dua benda nih.
Yang paling bestnya, perut hubby pon tumpang melantak sekali.
Mudah-mudahan aku dapat la pahala "isteri mithali" hihi


Teka-Teki nak makan penampar ;)

1) Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.

 2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
     Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M
 
3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
     Answer: Kuih salah bikin.

 4) Binatang ape power Karate?
     Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

5) Siape yang menemukan dompet kulit?
    Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

 7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
    Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
   Answer:  Pembohong...

9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
   Answer: Usus

10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
     Answer: Kutu rambut

11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat? 
    Answer: Neneknye si katak

12) Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
    Answer: Sbb lelaki kan 'buaya'

13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
    Answer: - Sekretari  baik..................'Selamat pagi tuan'
                - Sekretari kurang baik...........'Dah pagi tuan'

14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
      Answer: Dua-dua tak  kenal kau...hehe

15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
     Answer: Tukang gali kubur

16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
      Answer: Tahi hidung

17) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
      Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa...gile ape...

18) Gajah terbang dengan ape?
     Answer: Dengan susah payah......


First baby gift! Weeee!!!

Anak aku baru 5 bulan 2 minggu dalam perut ni, sudah dapat hadiah!! heheh

Actually, Mama just came back from London & Manchester a few weeks ago.
 So dalam sibuk-sibuk dengan urusan kerja kat sana, sempatlah Mama melancong sakan dengan ex-student dia, Hazeeq (tapi sekarang dah kamceng giler ngan aku) yang tengah study kat sana.


Hamboi kemain ko Zeeq posing ngan Mama camni! Lawan tokey nihhh *jeles*


Tapi bila Mama balik, aku disurprisedkan oleh hadiah istimewa dari Hazeeq!!!
Siap wrapped in a box lagi! Tapi bukan untuk aku, untuk baby dalam perut aku.
Awwwww!!! Tima kaceh, pakcik Ajiq!


 Alahai comelnya kad! Siap ade bau London lagi! *exaggerate giler kau* =P


And this is what I got from Hazeeq!


Masa aku bukak hadiah tu, and nampak baju ni, I was yelling, meroyan sakan okay!
Shooooo chomelllll baju-baju nih..
Giler rockstarrrr taste ko, zeeq!
Seswai dengan jiwa aku dan Pejai Tohir. =P


Instead of pressies from Hazeeq, aku dapat few pressies lagi from Mama. =)
Since she was in UK lagi, Mama dah ketaq-ketaq call and bagitau aku that she bought something special for my baby. Dia pon eksaited terlebih nak jadi nenek. Haha



 Nahhhh kau! Baby monitor bapak besau!
Masa Mama nak describe bendealah ni on the phone (bcoz she forgot the name of this equipment), she was like ALAAA..YANG MACAM WALKY-TALKY TU.. SATU LETAK BESIDE BABY, LAGI SATU U HOLD. SO BOLEH LA DENGAR WHEN THE BABY CRIES. =)


Shirts from The University of Manchester for me and hubby pon ado..
Tak dapat jejak kaki, dapat sarung baju pon okayyyyy lah. =P

 Baju kecik-kecik putih yang belah kiri tu, baju for a new-born baby!

Alahaiiii...


Hamboiii anak, kau belom lahir, dah dapat hadiah ek. Dari UK lak tu..
Mengalahkan mak ko ni ye? =P


Hubby pon excited sangat tengok baju-baju baby tu. Berapa kali dia pelok tah.
Siap "tumpangkan" baju-baju baby dalam wardrobe dia.
Bcoz kitorang sendiri pon belom beli pakaian & furniture baby lagi.
Rasa macam awal lagi je..
Walaupon everytime pi shoppping complex, mesti nak terjah bahagian baby.
Amik mood dulu.. Hihi


By the way, a HUGEEEEE thank u for Mama & Hazeeq!!!