Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Kebun Bunga & Straits Quay

Kebun Bunga & Straits Quay adalah tempat jenjalan fevret aku masa pregnen.
Infact, masa buat maternity photoshoot dulu, kitorang pilih Kebun Bunga sebagai lokasi paling ohsemestinya! So selepas keluarnya "isi perut", kitorang pergi balik dua-dua tempat ni.
Sesaje la kan. Pasal dulu masa pregnen ketagih benor pergi tempat.
Kali ni kasi Baby Haikal tengok sendiri tempat yang mak paknya suka bawak masa beliau dalam perot dulu.

 Rasanya macam dah lama pulak aku tak camwhoring begini.
Dulu zaman anak dara selalu la, camwhore pakai camera phone, pastu amik dari pandangan atas supaya nampak cute, pastu buat mulut itik, pastu MMS kat boypreng dengan caption 
"kittew windu awak. ase nak nanges jew. ni pon bulu idung dah start basah-basah" 
Berkeladak tekak bila teringat perangai dolu-dolu. Haha


 Tapi sekarang boypreng dah ada depan mata. 
Muak pon ada kengkadang. Wakakaka


Saguhati je ponggg

Aku ingat memang takmo reveal benda ni kat belog.
Pasal gambar aku & hubby & Baby Haikal masuk majalah Pa&Ma bebaru ni.
Alahhh besar sikit dari cengkerik je gambo nya..

Aku expect mesti nobody will notice our pics punya lah!
Sebab bukannya jadi cover atau featured story pong.
Tapi lepas sorang, sorang. Lepas sorang, sorang. 
Mengkantoikan aku. Haha

The first person to kantoikan aku was Along (my bro).

 Cehhh kantoi jugak aku ngan mamat nih.
Aku bajet mamat ni muka brutal kompom takkan baca Pa&Ma derr.
So kompom takkan kantoi punya. Sekali kawan dia pulak bagitau. Cehh.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya abang tupai boleh ada informer pulak.

So takpe lagi kantoi ngan abang sendiri.
The following day, boleh pulak dua pupu aku (Kak Syedi) pi publish gambo tu kat FB!!
Kah kah kah..
Nganga je la aku nengok.. -___-"

Sejurus selepas itu, lantas sekalian semesta bertalu-talu tanya aku, menang ape, hadiah ape, kenapa tak update kat belog, ada jugak yang ingat aku tak tahu. Adehhh..
Aku rasa macam, segeralah kita ke kedai runcit Pak Leman dan membeli topeng SinChan sejurus itu ditepekkan ke muka seberapa segera agar tiada lagi yang akan notice kewujudan dugong itu dalam Pa&Ma. T_T

Aku malu la ekceli muka tak semenggah duk menayang kat magz kan.
Dah la majalah Pa&Ma je pong. 
Kalau majalah FHM atau Magga atau Mempelam boleh tahan la jugak nak hebah-hebah gambar posing ala dugong kat celah bathtub kan. Heh. ;P 
Sebenarnya gambo-gambo tu dah lama berbulan-bulan lepas dah aku submit.
Tapi baru sekarang pulak nak muncul.
Lagipon, gambo pregnen tu aku menang saguhati je.
Dan gambo Baby Haikal tu menang set product baby ape tah.
Itu saje.
 So aku rasa setakat benda-benda remeh gitu tak perlu kot nak update kat belog.
Lagipon gambar lama. Plus dua-dua gambar tu pon memang aku dah pernah publish kat belog ni sebelom ni kan.

Tapi bila semua duk sok sek sok sek tanya kenapa tak update kat belog, nahhhhh la aku update jugok kekdahnyerrrrr..
 Pasni kalau korang terperasan lagi gambar aku menyelit-nyelit kat magz tu, ignore je la. Mungkin pelanduk dua serupa je tu.
Bahahaha. *seboleh-boleh nak coverrrr*

p/s: Sepanjang minggu ni belog ni akan sunyi without any updates. Sebabnya..I have to attend a conference. Got 1 paper to be presented. Wish me luck okayy. Hopefully, takde la audience tanya soalan pelik-pelik kang. By the way, lokasi conference tu kat Bt. Feringghi saje. Dekat je pongg. So aku hangkut sekali hubby & Baby Haikal ke sana. Hihik. So senang la aku nak breastfeed si kecik tu nanti. Kalau si bapaknya nak breastfeed jugak, aku sumbat ibu jari kaki je la. Haha.
InsyaAllah akan kembali mengadap belog minggu depan.
Stay tiunggg!

The MOTHER of pain..

Ramai yang tanya aku how is exactly the feel of sakit bersalin?
Aku cuma jawab, INDESCRIBABLE.
Hanya yang pernah mengalami saja yang tahu.


Sebelom aku beranak pon, aku selalu tanya semua orang pasal sakit bersalin.
Kononnya nak get ready la dengan sakit tu kan.
Tapi lepas aku sendiri yang mengalami kesakitan tu, baru la aku tau, it's moreeeeee than words can say! Sakit yang paling dekat dengan ajal.
No wonder ibu yang mati masa melahirkan, dapat pahala mati syahid.
And no wonder jugak ibu yang selesai melahirkan akan terhapus segala dosa-dosanya.
MasyaAllah.
Bertuah dan bersyukurlah aku dilahirkan sebagai wanita yang berpeluang untuk dapat ganjaran besar macam ni. Terima kasih Allah!


Pengalaman pertama beranak, bagi aku, memang menginsafkan.
Kalau aku tau sakit bersalin macam tu rupanya, sesaat pon aku tak sanggup lukakan hati Mama dulu. Seriously wehhh. Lepas keluar labour room hari tu, aku terus cari Mama, nampak je Mama terus peluk kuat-kuat. Sampai berjurai-jurai air mata aku.
Berdosanya aku selalu buat mak aku sakit hati sebelom ni. =(


Ada sorang lelaki yang pernah teman isteri dia beranak kat labour room.
Dia kata,
"Sepanjang hidup saya itulah wajah wanita yang paling azab yang pernah saya tengok (semasa isteri sedang melahirkan). Dan semasa isteri saya dakap bayi kami untuk pertama kali, itulah wajah wanita yang paling bahagia yang pernah saya tengok. Sangat menginsafkan."


Since hubby pon temankan aku masa beranak hari tu, aku pon ada tanya dia, how's the first experience tengok aku beranak. Hubby pon cakap menginsafkan.
Lepas dia tengok Baby Haikal dah keluar, hubby terus kiss dahi aku and cakap, 
"Terima kasih,sayang".
Bergenang air mata hubby.
Aku harap hubby akan lebih sayang and hargai mak dia lepas ni.
Macam tu jugak aku.=)
InsyaAllah.


So kaum-kaum wanita di luar sana, especially kengkawan aku yang sebokkk nak tau rasa sakit bersalin tu, jangan la takut untuk bersalin.
Ape lah sangat kesakitan tu jika nak dibandingkan dengan ganjaran yang Allah dah janjikan untuk kita. Betul tak?
Semoga kita semua mendapat perlindungan dan rahmatNya.
InsyaAllah.


Agak skema entry aku kali ni. Saje je nak kasi mood Ombak Windu sikit.
Ngehehe.


After 30 daysssss

Ingat lagi zaman kegemilangan aku masa mengandung dulu?
Lebih comel dari Happy Feet okayhhh.

 
Dah macam badak air mana sesat kat playground.

FYI, I gained 23kg masa preggie.
Atlet sumo pon tak leh kalahkan kegemukan aku.
Memang obes habis lah! Haha.

Tapiiiiiii...
After 30 daysssss..
Lepas aku sebulan berpantanggggg..
Jeng jeng jenggggggg..





***





***





***






***






***







I lost 18 kg!!
Weehoooo!
Maksudnya another 5 kilos to lose, before I can get back my figure sebelum pregnant. =)
Tapi memandangkan less than 2 weeks lagi aku akan habis pantang, instinct aku mengatakan untuk aku lose lagi 5 kilo tu, MEMANG TAK LAAA!
Habis je pantang, harus la dibalun semula segala jenis makanan yang boleh di makan.
Ish ish ish rosak diet..
Selamatlah kembali menjadi happy feet. T_T



The day I became a MOTHER


As i promised before, aku akan citer pengalaman first time melahirkan anak.
Memang  la sangat chuak takut nerves sakit seksa macam nak mati tapi last-last bila dah tengok muka baby, terus rasa nak melompat keriangan, terus lupa baru je sesaat lepas kena potong, koyak, jahit, darah terpancut-pancut.
Ok extreme sangat ke aku cakap camtu? :P


On 30th October 2011, Sunday (in the morning)

Knowing that my due date sebenarnya 6/11/11 (about a week ahead), aku pon rilek-rilek tanpa expect ape-ape possibilities yang kot-kot aku akan terberanak awal.
Padahal nurse dah berapa kali warning, suruh standby nak beranak.
Tapi aku buat bodo je, siap cakap kat hubby, 
"Kenapa misi-misi ni semua suka membebel? Cuba cool sikit boleh?"
hihi

So as usual, Ahad memang hari tak lekat kat rumah. As usual jugak kitorang pegi setelkan groceries kat Carrefour, pas tu pegi tawaf semua shopping malls yang ada kat Penang ni, pastu pegi memuaskan nafsu kat pasar malam. Ewah! Terus lupakan perut yang rupanya dah nak meletup ittew!


On 30th October 2011, Sunday (malam)

Sambil tengah bermanja-manjaan di atas sofa while watching TV, suddenly aku ter'noticed' yang perut aku mengeras every 10 minutes. And it was very consistent.
I wonder if it is a labour contraction. Aku try recall balik how the nurse-mulut-bising tu describe labour contraction kat aku hari tu.
She said,"Awak akan rasa perut mengeras dan sakit. Kalau keras tanpa rasa sakit, itu cuma false alarm."

So aku pon kompiden yakin boleh rakan muda bahawa yang aku rasa tu hanyalah false alarm. Maka aktviti bermanjaan sambil menonton TV diteruskan begitu sahaja. Haha.

Tapi bila sampai waktu nak tidur, tak silap aku dalam pukul 12.30 malam camtu, aku pelik sebab perut aku still mengeras consistently every 10 mins.
I told hubby, takkan false contraction akan maintain for 4-5 hours tanpa henti.
Ini lain macammmmm je nih.
*terus chuak tetibe*

Memandangkan dah lewat malam, we started to argue sama ada nak pegi check kat sepital atau tak.

Hubby: Jom la kita gi check kat sepital. Check je, kalau takde pape, kita balik la.
Aku: *chuak* Kalau dah sampai masa camne?
Hubby: Beranak la terus. hihi
Aku: Tapi kalau takde pape? Kan dah membazir masa, minyak, tol lagi.
Hubby: Laa itu yang dirisaukan??..Better kita pastikan betul-betul. Kang jadi pape, susah.
Aku: Okay, sayang siap-siap kejap.
Hubby: Eh tapi kan. Nanti kita start enjin kereta, mesti jiran sebelah terjaga, mesti dia tau kita nak pergi sepital nak beranak. Padahal kita nak pegi check je. Kang kalau takde pape, kita kena balik umah semula, malu la..Orang ingat dah bersalin, rupanya belum. Haha
Aku: -____-"

Berjam-jam jugak kitorang argue nak pegi check kat sepital atau tak. Mereng kan? And finally we decided to go jugak la.
Kitorang sampai Hospital Seberang Jaya dalam pukul 2 pagi.
Terus rush ke wad bersalin untuk check. Nurse kata dah 2cm dilated!
Oh maksudnya betul la yang aku rasa tu ialah labour contraction!! Haha.
 But unfortunately, diorang suruh balik dulu bcoz ward and labour room penuh.
What daaaa.. ;(

So kitorang decide to go to Hospital Pulau Pinang.
Walau terpaksa membelah jambatan pulau pinang pukul 3-4 pagi, lantak la.
Sepanjang perjalanan tu, aku tunggu jugak rasa sakit tu datang, tapi tak jugak rasa sakit.
Why oh why eh? Entah.

Sebelom sampai sepital, kitorang singgah dulu makan McD. Sempatttttt lagiiii! Rilekkk je mak buyung masuk McD pepagi buta ennn. Cashier tu pon pandang slackkkk je.
Pedulik hape aku kan. Lapar kottt.


 SIKIT giler aku makan! ;P

Dah kenyang, baru semangat sikit nak pegi sepital kan? Heh. 
Sesampai Sepital Penang, depa suh balik dulu jugak! 
Sebab ward and labour room penuh. Again! 
Huhhh hangin jugak kitorang masa tu. Rasa nak FIRE je sepital gomen nih. Eh tak tak. Eheh. Disebabkan masa tu dah almost 5am, mata kitorang pon kuyu sebab belom tidur the whole night. Tambah pulak dengan perut kenyang sebab baru baham McD. 
So kitorang decided to go home untuk tidur je lah.
Plus aku pon tak rasa sakit lagi. Pelik kan? 
Tu yang aku setuju balik rumah dan membongkang saje. 
Lantak la dah berapa cm dah bukak ke ape. Malas dah nak pikir.


On 31st October 2011 (11.30 pagi)

Baru bangun tidur! Hamik kau terlajak tidur sampai tengahari. Nikmat kekenyangan McD semalam gamaknya. Bangun dari tidur, aku noticed ade darah. Banyak la jugak. 
Hubby tidur lagi. So aku pegi mandi bersih-bersih. Bakar roti, buat Milo, makan. 
Switch on TV, tapi takde benda menarik. So aku kejutkan hubby.

Aku: Abang, Sayang bleeding.
Hubby: Hahhh??! Banyak ke?
Aku: Banyak jugak.
Hubby: Okay jom jom pegi sepital now.
Aku: Rilek la. Abang pi mandi dulu, breakfast dulu.
Hubby: Sayang tak sakit ke?
Aku: Tak.
Hubby: Erkk? Okay. -____-"


 On 31st October 2011 (12.30 tengahari)

Bcoz we dont want to take the risk of "kena balik rumah dulu sebab ward penuh bla bla bla", so we decided to go to KPJ Penang Specialist Hospital. 
Sampai je, kitorang terus jumpa gynae yang buat 4D scan kat aku hari tu. 

 Wah! Nama bapaknya lagi gah dari nama anaknya! Haha

Dr. Fawziah-anak-tan-sri-dato' tu check aku and she said aku dah kena admit terus untuk beranak. Dia pelik jugak kenapa aku tak rasa sakit langsung. Siap aku taknak wheelchair masa nak dihantar ke delivery suite (labour room). POYO!

 Perlu ke edit gambar pakai topi Bruno Mah? -..-"

Sampai je kat labour room, tukar baju, amik darah, pasang name tag kat tangan, pasang CTG belt and wait for the baby to knock the "door".


Tunggu punya tunggu....
Dah almost pukul 3pm, tak jugak rasa sakit.
Then doctor-anak-tan-sri-dato' tu decided to pecahkan air ketuban.
Tak sampai 15 minit lepas tu, terus rasa macam perut berombak-ombak, macam nak meletop, bontot rasa macam nak terkoyak, seluruh muka aku tetiba berpeluh sakan. Hamik kau rasalah labour contraction yang sebenar!! Tadi kau kata tak rasa sakit langsung kan? Nah bila saat baby dah ready nak keluar ni, rasa macam ajal saaaaaaangat hampir!

Saat ni lah aku beristighfar banyak-banyak. Berdoa diberi kekuatan hadapi semua ni. Saat ni jugak wajah Mama terbayang-bayang depan mata. Betapa dasyatnya kesakitan seorang ibu masa nak melahirkan.
Bertaubat aku kejap. =(

Pukul 4.30pm, setiap manusia yang mengelilingi aku (termasuk hubby) dah macam cheerleaders suruh aku PUSHHHHHHH!!! Entah dari mana aku dapat kekuatan dalam rasa sakit tu, aku push sekuat hati jiwa raga bakul pasar.

Sampai jam 5.30pm, tak jugak muncul-muncul baby. Aku dah hilang banyak tenaga, banyak darah. So doctor tu suh dayang-dayang dia pi amik vacuum. Sebab takut baby lemas. 

Tepat jam 5.50pm, dengan bantuan vacuum, Alhamdulillah sekali push keluarlah baby yang ahhhhh demoknya! Menitik air mata aku first time tengok muka anak, first time dengar dia menangis, first time dakap dia kat dada. Rasa macam, boleh tak stop kan masa kejap? 
Bahagianya Tuhan je yang tahu.
Terus terlupa pasal darah yang bergelimpangan kat lantai labour room tu. 
Rasa macam nak tanya, eh eh ni darah banyak-banyak ni darah sape ye? 
Lupa pulak aku baru lepas bertarung nyawa tadi. ;P


Lahirnya seorang superhero baru yang bernama Ashraf Haikal.
Atau nama samaran dia Faizal Tohir heheh.


Lepas jahit-jahit, cuci-cuci luka segala, aku dihantar ke ward. 
Sempat la tidur beberapa minit.
Pastu terjaga sebab disurprisedkan oleh Mama & Daddy from Shah Alam yang datang ke Penang sebab overeksaited nak tengok cucu. 
Dari ofis terus pecut ke KPJ Penang. Siap dengan baju kerja lagi. Nasib tak bau keti. hihi. Mama siap tak habis meeting sebab nak tengok cucu. Ish ish ish...

Proud Atok


 Proud Lola!


Hamik kau penuh sebakul!
3.99kg wehhhhh.. Normal delivery wehhhh...
Ape lagi nakkk?

Alhamdulillah saje lah. =)

Kenapa mak buyung duduk terkangkang?

Dulu masa sebelom preggie, aku selalu rasa annoyed bila tengok wanita hamil duduk terkangkang. Hoishhh sungguh mencemarkan pemandangan alam semulajadi!
Tak boleh ke duduk sopan-sopan? Kaki rapat. Tak pon silang kaki.
Masa bersanding atas pelamin dulu boleh je kau duduk kepittttt.

Tapi bila aku sendiri dah pregnen,

♪ ♫ ♩ Tapi pabila aku sedar diri siapakah aku ini,
Aku tertanya sendiri apakah yang terjadi ~ ♪ ♫ ♬ 


Hihihi..baru nak sedar diri!
Especially bila perut dah boyot 8 bulan lebih. Kepala baby dah pointing downwards, memang dah takleh duduk rapat kaki. Nak silang kaki apatah lagi. T_T
Bila perut makin berat ke bawah, lagi terkangkang lah kau, yop.
Nak berjalan pon kena slow-mo je. Sebijik macam penguin.
Bila duduk, mesti menyandar ke belakang, pastu kaki terkangkang je.
Kan burok benau rupanya tuhh.. haihhhh..tapi nak wat camne..
 Itulah lumrah orang mengandung.
Ha tu lah kau! Lengkali kutuk lagi orang duduk terkangkang. 
Suka hati dia la nak duduk tonggek ke, duduk sambil shuffle ke. ;O
*Bebel diri sendiri*


"Menembak" perut seksi. =P

Last month, we had a maternity photoshoot at the Botanical Garden Penang.
Bulan lepas amik gambar, bulan ni baru boleh tengok hasilnya.
Kenapa lamaaaaa sangat? 
Sebabnya aku malas nak pi amik CD gambar yang dah lama siap tu kat Incik Fotografer. hihi. So tangguh punya tangguh, last-last Incik Fotografer tu yang baik hati poskan je CD tu ke rumah. Eheheh..thank you, Incik Fakaruddin. =)

 We enjoyed the pictorial session sepanjang dua hari with Incik Fotografer from QBabyFace.
Kitorang terpaksa buat 2 hari bcoz first day tu hujan la pulakkkk.. So extra 1 hari lah.
Walaupon aku bukan main mengah lagi nak berjalan, berlari, mendaki tempat tu.
Yang dua orang jantan tu (hubby & Incik Fotografer) bukan reti nak berjalan selow-selow. Berlari-lari penguin aku nak kejar diorang. T_T
Nasib baik aku bawa balang air sebesar alam untuk diminum bila mengah.

So untuk tatapan uolls semua, iolls dah tepek beberapa gambar sepanjang sesi menembak tu. Tapi just a few pics la ye.
Tak kuasa la pulak iolls nak upload semua.
Takut uolls muntah darah pulak baca entry yang tak habis-habis nanti.


Okay dah dah. Finish!
Gambar-gambar lain pon lebih kurang gini la gayanyer. Tayang perut.
Sesape yang belah-belah utagha ni, nak try khidmat QBabyface ni, boleh la add kat FB.
Incik Fotografer ni pon baik, senang berunding, bertoleransi, bertanggungjawab, hormat orang tua, berbudi bahasa, berpewatakan menarik, handsome, eh eh eh.

Thank you, Incik Fakaruddin @ QBabyface for a great maternity pictorial session!

Aku plan nak buat photobook khas untuk maternity pics nih.
Tapi bila bagitau Mama, terus kena bebel...

"Buat ape nak membazir buat photoshoot, photobook segala?! Baik spend duit tu untuk benda-benda berfaedah. Spend untuk buat akikah nanti ke, untuk barang keperluan anak ke, bawak Mama pergi melancong ke, belikan Mama gelang baru ke.."

Baiklah Mama... -_____-"