Showing posts with label Baby Gift. Show all posts
Showing posts with label Baby Gift. Show all posts

Terima kasih Mok Jah!

 Kan hari tu aku post entry pasal aku meroyan cari selipar jepun bodoh-bodoh untuk Baby Haikal tu kan.
Bebaru ni ada sorang reader dari Terengganu (jauh mari bhai...) buat surprise!!
Disebabkan dia taknak identitinya didedahkan, marilah kita namakan dia Mok Jah sahaja. Hihi! Mungkin sebab dia nak privasi, atau...mungkin dia sebenarnya ialah makwe zizan razak? Hohh?! Maka perlulah kita hormati privasi beliau kahkah.

Gurau je Mok Jah.. Jangan marah Bang Jah..
*tetiba nama hubby Mok Jah ialah Bang Jah??*

Satu pagi tu, tetiba Mok Jah PM aku kat FB,

"Jiji!!! Saya ada jumpa selipar jepun baby kat kedai runcit kat Pasar Batu 6. Selipar jepun tu adalah seburuk dan sebodoh yang awak nak tu. Haha!"

"Nanti saya belikan 2 pasang, untuk Haikal & Aqil. Saje nak bagi hadiah. Aci tak bagi hadiah selipar jepun je?? Haha!"

Dan tak lama lepas tu,

"Jiji!! Dah pos! Esok sampai depan pintu rumah awak."

Mak aihhhh... Apo copek bona...
Tadi macam baru nak beli, tetiba je dah pos?!
Tanjat gegirl.
Aku syak Mok Jah sebenarnya ialah IronMan.
Sebab tu dia taknak aku dedahkan identiti dia.

Ok sekarang baru aku faham.
-..-

Dan keesokannya....
Abang pos laju sampai depan rumah, pin pin pin pin!! 
Hon motor kan bunyi pin pin gitu. Tolonglah paham. -..-

Aku selak langsir intai luar, ehh alamak ada pos laju!
Terus aku laju-laju pakai seluar panjang, baju lengan panjang kahkah!!
Biasa la duduk rumah mesti la baju tak cukup panjang. :P

Nasib baik abang pos laju tu, sabar menunggu di luar.
Dalam hati dia,
"Manaaaa la tuan rumah tak keluar-keluar. Mungkin tengah bancuh sirap limau ais untuk aku kot. Baik aku tunggu je."
 *aku memang suka monolog untuk orang lain haha!*

Sekali tuan rumah keluar, 
melengganggggg je dengan tudung senget-senget.
Sumpah tak setim langsung.

Aku dengan muka cun sikit je dari Kak Limah, 
keluar, amik parcel, tandatangan, pastu terus masuk rumah hempas pintu. 
Padahal abang pos laju tu pon tak blah lagi.
Mungkin dia masih menunggu......
sirap limau ais??
Kirim salam je lah!

Keh keh keh kehjamnya awakkkk.. -..-

Masuk je bilik, terus bukak parcel tu,
dannnnnnnnnnnnn...

Wahhhhh!!!
Ini cobaan atau betul-betul kejadian??

Terima kasih Mok Jah a.k.a IronMan!!!!
Sayang awakkkkkk
Ini baru betul-betul ho-liao, selipar jepun yang ori lagi asli!
Ia kenyal ia sedap ia rangup.
Haha!

Petang tu aku amik Baby Haikal lebih awal daripada biasa.
Sebab tak sesabar dah nak sarung selipar jepunggg.
Terengganu mari kan. So kena ada dengung sikit, jepungggg! Gitu. 


Muat betul pulak tu dengan kaki Baby Haikal.
Padan sungguh.
Pandai Mok Jah pilih.
Boleh Haikal buat selipar amik wuduk lepas ni. :D

Tapi kan....

Tetiba aku macam dalam dilemma seketika.
Hijau ka..kuning ka..
Dua-dua santek okkk!!
Aku suka dua-dua.
Stressss je nak pilih yang mana untuk Haikal.
Sebab satu lagi kena bagi Aqil kan.

Jenuh tau bincang dengan hubby nak decide yang mana.
Kitorang kira emi kotomi, pon tak jalan.
Kitorang kira polis entri want to jaga, pon tak jalan.
Buat osom air batu burung, pon tak jalan.
Memang dalam dilemma tahap jepungggg punyalah.

So camane kalau kita buat macam ni je..






***







***







***







***







***










Haaa..lebih adil dan saksama bukan? Kahkah.

Tapi tetiba hubby cakap,
"Kang orang ingat curi selipar kat masojid pulak..."

Habis tuuuuu???? 
Macam mana nak pilihhhhh!!!

-__________-"

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Tabung uji pon bolehhhh...

Punyalah kitorang belikan Baby Haikal mainan blocks yang ada bentuk-bentuk tu kan. Kengkonon nak stimulate IQ dia lah. Kang esok-esok kompom jadi pandai macam aku la kan. 
*huuiii pandaiiiii sangat! tersembur halkum ai plissss*

Last-last, korang tengok la Baby Haikal main camane.
 Sangat unik dan tersendiri. -___-"


 Yang blocks bentuk-bentuk yang sepatutnya dimasukkan dalam lobang tu, elok je Baby Haikal sepah-sepahkan atas lantai. 
Bila aku kemas, tetap akan disepahkan balik oleh budak ni.
Terima kasih, sayang. Terima kasih!

Dah dia lebih suka main bende alah tabung uji tu daripada benda yang sepatutnya dia main, terus hubby cakap camni,
"Papa rasa anak kita ni akan jadi pengusaha tabung uji yang berjaya satu hari nanti."

Korang paham je la kan laki aku tu kan.
Tahap imaginasi di luar tabi'i sungguh. Aku pon kengkadang malas nak layan. Eh memang selalu aku tak layan pon. HAHA. Ada ke pengusaha tabung uji perginya? Komplikated sangat pemikiran. Kalau dia kata saintis ke, doktor ke, boleh lagi aku terima kannn. -..-

Rasa macam nak angkut Baby Haikal pergi lab je lah. 
Kat sana ada lagi baaaaanyak tabung uji untuk di"main"kan. Kau tu kan bakal pengusaha tabung uji.. jadi kena la rajin prektis pegang tabung uji. Haha
Sekian terima kasih.

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Secret admirer ;P

Sebenarnya...
Aku ada ramai secret admirer.
Seriously ramai giler.
*statement minta kaki*

Okay tukar topik.
Masa aku memula buat belog dulu.
Takde sape pon baca belog aku.
Kalau ada pon, mesti hubby.
Tetiap hari tanya hubby, "Abang dah baca entry hari ni?"
Belom??!! Pergi baca cepat! -___-"

Sampai begitu sekali.

So kalau orang tanya, ada orang baca ke belog kau?
Senang jawab. MESTILAH ADA!! Pdahal hubby je. kah kah kah

Tapi sekarang dah setahun lebih berbelog.
Sampai tak tahu sape yang baca.
Tau-tau je, eh eh ada 231 visitors hari ni. Eh eh tetiba dah 316 visitors pulak. :')
Aww sapew yang rajin sangat bacew belog kitew niw! *syok sendiri*
Sampai hubby baca ke tak baca ke, dah tak peduli. Cey cey ceyyy...

Dan bila update pasal cerita sedih atau ape-ape problemo yang dihadapi, ramai yang bagi respon.
Bukan saje komen kat belog, tapi siap ada yang komen & PM kat facebook. Ada jugak yang over-daring minta phone no. sebab nak SMS/call.
Dan semua respon sangat-sangat membantu and supportive!

Dan kebanyakannya dari orang yang aku tak kenal ponggg. Tetiba je baca mesej,  
"Hai Jiji, saya silent reader belog awak.."

Masa aku baru beranak dulu, aku banyak dapat mesej camni..  
"Jiji, saya ada hadiah for Baby Haikal, can u please gimme ur address?"
Sampai sekarang aku wonder, apasal uolls ni baik sangattt!!!

Kalau aku tak update belog sebab tak sempat or malas takde masa, mesti sentap bila tetiba dapat mesej camni.. 
"Hai Jiji, kenapa tak update belog hari ni? Saya tungguuu je dari tadi"
Terus rasa berdosa lalu bertaubat.

Ada sekali tu, aku ada tulis kat belog, aku down and rasa macam nak close je belog ni. Tetiba dapat respon camni,
"Tolong la Jiji. Never close ur belog. Setiap pagi akak masuk opis mesti baca belog Jiji dulu, baru semangat nak buat keje."
Hamboih!

And last week, ada sorang lagi silent reader yang buat aku terhawuu nak nanges sampai keluar air hidung.

Baby Haikal got a surprise form his secret admirer. ;D

Hamba Allah tersebut telah pos pillowbooks untuk Baby Haikal.
Siap bagi dua! 
She said, "Satu untuk Haikal, satu untuk Aqil (Haikal's kembar) ye."

Malangnya, hamba Allah tersebut minta aku rahsiakan nama dia.
So tak dapat la aku nak mention kat sini. :(
Masa aku receive pillowbooks ni, aku ada mesej dia to say thanks and try to arrange a date with her. Saje la nak kenal-kenal. 
Hubby pon ada cakap kat aku,  
"Sayang ajak la dia jumpa and belanja dia makan sebagai tanda terima kasih."
Aku dah ajak, tapi beliau menolak dengan baik,  
"Tak payah la belanja makan. Bagi saya jumpa Baby Haikal sekejap pon dah cukop."
 Aku kagum betul dengan keikhlasan beliau. 
Semoga murah rezeki awak ye.

Aku dah call KakLong (Along's wifey), to tell her ada hadiah pillowbook untuk Baby Aqil! Dia pon eksaited sesangat. By the way Kaklong, jangan bawak buku tu pi kuliah pulak nanti ye. Haha.

Aqil, nanti makngah balik Key Ell, makngah bagi pillowbook ni ok!

 Tengok la reaksi Baby Haikal bila dapat hadiah baruuuu..
Nak-nak pulak awekz yang bagi. ;P

Once upon a time.. *baca dalam hati haha*


Nyam nyam nyam..


Dah makan, berguling sakan pulak atas buku tu.

Suka dia!


Malam tu, Baby Haikal lena atas pillowbook baru!

Hoi bongkang!


Kepada semua readers belog ni, tak kisah la yang baca sekali setahun ke, baca sekali seminggu ke, atau baca setiap seploh menet ke, atau yang baca sekali seumur hidup ke.
Korang tau tak, korang la backbone belog ni!
Sebab korang la, belog ni hidup sampai hari ni.
Terima kasih korang.. :')

*Tetiba bajet retisss. Muntohhh!*


Dah setahun pon..

Last weekend, kitorang balik rumah in-laws.
To celebrate the April Babies.
Ada dua orang, Abah (FIL) 7/4/1955 & Engku Naureen Hayfa (anak buah) 27/4/2011
Si Hayfa ni tua 6 bulan dari Baby Haikal.
Aku ingat lagi, dulu masa tengah mengandungkan Baby Haikal, kitorang melawat SIL baru beranakkan si Hayfa ni.
Tup tup tup dah setahun rupanya budak ni. How time flies kan.

So aku pon merajinkan diri membuat puding buah untuk 2 orang April Babies kita tu. Maklom la, pi rumah mertua kena la tunjuk rajin. Kalau nak tunjuk malas, balik rumah makpak sendiri la. Hehe.


Aku buat dua ketui, satu untuk Abah, satu untuk Hayfa.
So that depa takkan berebut. Heh
Oh kalau korang pelik tengok bentuk makhluk asing kaler hijau kat atas puding buah tu, itu ialah bentuk teddy bear ye, dan sesungguhnya bukanlah makhluk asing.
Aku sengaja tepek teddy bear kat atas puding buah tu, dengan harapan orang akan kata puding buah aku cute comel lote macam si pembuatnya. Dan Alhamdulillah, sampai hari ni takde lagi yang cakap comel. Semua memandang dengan muka, ehhh jadah ape kaler hijau nihh.. T_T
Okay takpe.
Hati yang ikhlas tak minta dipuji. Bahaha

Yang penting, anak buah aku, the birthday gurl, suka puding buah aku.
Terkesima dia tengok puding buah ada pacak lilin sebatang.


Suka aku tengok Hayfa makan banyak banyak banyak.
Bila Mama dia hulur je, nganga mulut. Dah telan, nganga lagi.
MIL cakap, eh eh kena pulak puding buah tu dengan selera si Hayfa ni.
Kembang buntut kitew bilew dengar MIL cakap gittew.
 Hihi.


 Angah (SIL) & her birthday daughter (Hayfa).

Bawah nih gambar si Hayfa tengah sakan melantak puding buah air tangan Maklang kesayangannya. Boleh tak aku nak cakap diri sendiri ialah Maklang kesayangan??
Kah kah kah



Budak bawah ni (Baby Haikal), teguk air liur saje. Haha.

Takpe la nak. Next week awak dah 6 bulan.
Hari tu doktor ada suruh Mama bagi solid food bila awak dah 6 bulan.
So nanti boleh la Mama suapkan ikan bakaq ka..
Gulai ketam ka..
Kuey Teow kerang ka..
 Nampak sangat nak suap ke mulut sendiri, bukan mulut anak.
Kah kah kah

 p/s: Abah (the birthday boy) wasn't around masa aku balik hari tu. So takde la gambar dia mamam puding buah. Tapi recently, Abah ada call and cakap thanks sebab buatkan dia puding buah. =)


Baby Haikal genap 0.42 tahun

Poyo tak mention umur dalam bentuk perpuluhan bagai. 
Hah ape lagi? Korang kira la 0.42 tahun = berapa bulann?? 
Haaa nak amik kelkeleter la tuuuu!!
Tu belom aku bagi dalam bentuk perpecahan, peratusan atau pengamiran lagi. 
Tetiba emosional sebab tak dapat terima kenyataan bila adek aku boleh dapat A+ subjek Add Maths bebaru ni.
How come ehhh??
Aku dulu, dapat D pon dah buat sujud syukur patploh kali.
Gila kau masa tuh. 
Setiap kali abis solat aku doa mintak subjek Add Maths dimansuhkan. Tapi sampai sekarang Alhamdulillah wujud lagi subjek tu. T_T

Okay habis cerita Add Maths.
Sekarang cerita pasal Baby Haikal yang dah genap 5 bulan.
Dah 5 bulan rupanya anak Mama nih.
Tapi sampai sekarang, aku masih teringat-ingat detik-detik masa memberanakkan Baby Haikal dulu. Fuhhh..dah 5 bulan berlalu.
Kalau masa lahir dulu, berat Baby Haikal 3.99kg, tapi sekarang berat dia dah 8.7 kg.
And tinggi dia maintain macam bulan lepas 64cm.


Macam baby-baby lain, bila dah 5 bulan ni, makin banyak perkembangan Baby Haikal.
Selain badan berkembang macam belon, Baby Haikal dah makin pandai main. Pandai ajak borak. Pandai toleh bila orang sebut nama dia.  Baru kenal nama sendiri la tu. :)
Selain tu, Baby Haikal dah makin stable bila meniarap.
Siap dah boleh pusing-pusing and main masa meniarap.
Kengkadang sambil tidur pon boleh otomotik termeniarap.
Habisss laa pasni mesti kau tepis mak pak kau jatuh katil kannnn..
Makin lasak tido nya!



Selain tu, Baby Haikal dah pandai buat macam-macam mimik muka.
Semalam aku dah publish muka dia tahan nanges. Yang tu paling tak tahan ah. Aku gelak berguling everytime dia buat muka gitu ok.
Mimik muka lain, ni ha...
Muka geram.


 Dia akan buat muka camni sama ada geram nak capai something, tak pon geram kalau tengok mak pak dia makan.
Ketap bibir, tangan kaki gigil-gigil. 
Hah tu memang trademark geram la tu.

Selain tu, aku perasan makin hari Baby Haikal makin rapat dengan Papanya.
Kalau dapat landing kat atas Papa, kejap je terus lena.
Kalau ngan Mama, kena merengek dulu. Kena cakar-cakar muka Mama dulu.
Kena tampar-tampar Mama dulu. Dah puas buli Mama, baru dia tido.
Sampai hati buat Mama begitu ye nak..
Padahal Mama yang mengandungkan dan melahirkanmu ke dunia ini.
*Ayat tipikal si ibu. Haha* 
Haihhh..dah tagteam dengan Papa, apsal kau tak sondol je nenen Papa tu kalau lapar yangggg..

 


Kengkadang jeles jugak aku tengok dua beranak ni kemain mesra.
Ada sekali tu, Mama aku cakap, Hafify (hubby) lagi pandai buat Haikal gelak. Haikal tengok Papa dia je terus nak gelak.
Pergh menggelegakkkkk je hati seyy..
Berasapppp je lobang idung ni ennn..

Ni video Baby Haikal tengah sakan main dengan Papa dia.
Maknya jadi tukang record je.
Siapalah diri ai ni kannnn.. T_T
 


Ada one of Mama's friend bagi toy ulat kat Baby Haikal. Thank u aunty!
Tapi aku perasan, dia meroyan semacam kalau main dengan ulat tu.
Taktau la dia marah ke geram ke ape. Siap jerit-jerit sambil kerut dahi lagi.
Tengok video bawah ni.



Dah. Tu je update pasal Baby Haikal.
Sekian. Timo kaseh.

Books for Baby Haikal

Recently, kitorang pegi berjimba sambil memborong buku for Baby Haikal.
Ok. Baby Haikal memang belum pandai baca.
Yang dia tau, semua benda nak masuk mulut je.
Tapi aku rasa tak salah, kalau aku & hubby biasakan dia dengan buku-buku dari awal.
Dalam Islam pon suruh IQRA'. READ.

So sejak akhir-akhir ni mak pak Haikal la yang overexcited nak baca buku-buku tu untuk Haikal. Walaupon sometimes Haikal tak interested pon nak dengar. :P
Kengkadang Baby Haikal tengah tidur pon aku baca buku untuk dia.
Bajet masuk dalam mimpi dia la. Ngahahaha!

So ni la buku yang berjaya diborong setakat ni.

Ni pulak buku yang orang hadiahkan untuk Haikal. Thanks The Triple F.



Shhhh..Baby Haikal is reading.
Eh, he actually tries to grab the book untuk dibawa ke dalam mulut. Heh.

Geram sangat tak dapat gigit buku, gigit tangan pon jadi lah!

Why so bother?


Last weekend, I attended a wedding of my supervisor's daughter.
The wedding was quite grand. Biasa la, anak tunggal pompuan.
Ada orang kata, everything was sponsored by the parents.
Wah untung lah. Kawen free! Hihi.

 With the mom-of-the-bride cum my supervisor- Dr. Norhashimah

 Baby Haikal's first time to attend a wedding ceremony. =)

Few days before the wedding, macam biasa lah kitorang nak prepare hadiah for the pengantin. Nak beli gift-wrapper lagi. Nak beli greeting card. Nak beli riben lagi. Nak beli selotape lagi. Gunting lagi. Okay takkan gunting & selotape takde standby kat rumah kot? Kecoh betul.

And masa nak balut hadiah tu, aku punya la duk pikir nak lipat kertas tu camne.
Nak kelepet style camne.
Nak buat bentuk kipas ke. Nak buat style goodie-bag ke.
And then dah balut nak tampal kad kecik yang ada tulis SELAMAT PENGANTIN BARU. IKHLAS DARIPADA BLA BLA BLA.
Padahal kalau ikhlas takyah la tulis daripada siapa segala. Betoi dak?
Lepas pung pang pung pang, nah siap pon hadiah untuk pengantin. 
Dengan harapan, aku punyalah yang paling kreatif.
Aku punyalah yang paling cantik wrapper nya.
Aku punyalah yang si pengantin akan suka and ingat sampai bebila.

Tak lama lepas tu, tetiba aku teringat masa aku baru kawen dulu.
Pada malam pertama lepas bersanding.
Selalunya malam pertama pengantin buat ape eh??
BUKAK HADIAH YE KENGKAWAN.
bukan beromen. heh

So habis je majlis resepsi kat Dewan PKPS tu, berlonggok hadiah menanti kitorang kat rumah.
Alhamdulillah la kan. Rezeki.
Tapi yang jenuhnya, kitorang kena unwrap one  by one. Memang jenuh.

Aku taktau camne depa angkut hadiah ni semua dari dewan PKPS ke rumah. -___-"

So kau bayangkan, dah la tengah kepenatan sehari suntuk untuk majlis resepsi.
Pastu ada selambak hadiah untuk dibuka.
Kau rasa si pengantin kesah ke wrapper sape paling lawa?
Greeting card sape paling mahal, paling kiut. 
Oh yang ni kelepet tang sini, yang ni pulak kelepet tang sana. Kreatif nya!
Oh comelnya kad ni ade gambar teddy bear lah! Comelnya!

MEMANG TAK.

Based on my experience, semua hadiah telah dibuka dengan rakus.
Ofcos la some were attracted, tapi untuk sesaat dua je la aku tenung. Pastu campak.
Maksud aku, gift wrapper tu ye. Bukan campak isi hadiah.
Isi hadiah tu lain cerita. Siap pelok-pelok. =P

 

At the end of the day, lepas semua hadiah dah dibuka, akan ada satu longgokan gift wrapper yang saaaaaangat banyak.
Being an environmentalist, aku rasa saaaaangat membazir nak buang.
Aku tau semua wrapper tu bukannya murah. Pakai duit jugak kan.
Entah berapa banyak pokok la kena tarah nak buat wrapper tu semua.
Pastu berapa saat la sangat wrapper tu membaluti hadiah-hadiah tu semua.
Pikir-pikir balik, what a waste kan?
Kalau sekeping dua tu, I might want to reuse it. 
Tapi kalau dah selambak gitu memang tak kuasa la kan.
But ofcos I appreciate every single pressie we got.
In fact, sampai hari ni pon, aku boleh ingat sape yang bagi hadiah ni hadiah tu.
Kalau guna rice cooker, oh rice cooker ni Atuk bagi.
Kalau guna sandwich maker, oh ni kawan hubby bagi.
Kalau guna oven, oh ni polan ni yang bagi.
Kalau guna cadar sarung bantal comforter, oh ni makcik ni yang bagi.
Kalau guna towels, oh ni minah ni yang bagi.
Kalau guna pinggan mangkuk cawan sudu garpu pisau senduk nasi, I still can remember who gave me that thing.
Dan baaaaanyak lagi.

Yang ni antara hadiah yang paling aku ingat.
It was given by my ex-schoolmate.
Sangat sweet bcoz ada sulam nama kat towels tu.
Thank you, Faziela! =)

Moral of the story, pasni tak payah la nak berabih sangat kalau nak wrap hadiah orang kawen. Pakai kertas cikai-cikai je pon takpe. At least, worth it la kalau si pengantin nak buang begitu saje. Yang penting, isi hadiah tu berguna la untuk si pengantin tu.

First baby gift! Weeee!!!

Anak aku baru 5 bulan 2 minggu dalam perut ni, sudah dapat hadiah!! heheh

Actually, Mama just came back from London & Manchester a few weeks ago.
 So dalam sibuk-sibuk dengan urusan kerja kat sana, sempatlah Mama melancong sakan dengan ex-student dia, Hazeeq (tapi sekarang dah kamceng giler ngan aku) yang tengah study kat sana.


Hamboi kemain ko Zeeq posing ngan Mama camni! Lawan tokey nihhh *jeles*


Tapi bila Mama balik, aku disurprisedkan oleh hadiah istimewa dari Hazeeq!!!
Siap wrapped in a box lagi! Tapi bukan untuk aku, untuk baby dalam perut aku.
Awwwww!!! Tima kaceh, pakcik Ajiq!


 Alahai comelnya kad! Siap ade bau London lagi! *exaggerate giler kau* =P


And this is what I got from Hazeeq!


Masa aku bukak hadiah tu, and nampak baju ni, I was yelling, meroyan sakan okay!
Shooooo chomelllll baju-baju nih..
Giler rockstarrrr taste ko, zeeq!
Seswai dengan jiwa aku dan Pejai Tohir. =P


Instead of pressies from Hazeeq, aku dapat few pressies lagi from Mama. =)
Since she was in UK lagi, Mama dah ketaq-ketaq call and bagitau aku that she bought something special for my baby. Dia pon eksaited terlebih nak jadi nenek. Haha



 Nahhhh kau! Baby monitor bapak besau!
Masa Mama nak describe bendealah ni on the phone (bcoz she forgot the name of this equipment), she was like ALAAA..YANG MACAM WALKY-TALKY TU.. SATU LETAK BESIDE BABY, LAGI SATU U HOLD. SO BOLEH LA DENGAR WHEN THE BABY CRIES. =)


Shirts from The University of Manchester for me and hubby pon ado..
Tak dapat jejak kaki, dapat sarung baju pon okayyyyy lah. =P

 Baju kecik-kecik putih yang belah kiri tu, baju for a new-born baby!

Alahaiiii...


Hamboiii anak, kau belom lahir, dah dapat hadiah ek. Dari UK lak tu..
Mengalahkan mak ko ni ye? =P


Hubby pon excited sangat tengok baju-baju baby tu. Berapa kali dia pelok tah.
Siap "tumpangkan" baju-baju baby dalam wardrobe dia.
Bcoz kitorang sendiri pon belom beli pakaian & furniture baby lagi.
Rasa macam awal lagi je..
Walaupon everytime pi shoppping complex, mesti nak terjah bahagian baby.
Amik mood dulu.. Hihi


By the way, a HUGEEEEE thank u for Mama & Hazeeq!!!