Showing posts with label Belog tingy. Show all posts
Showing posts with label Belog tingy. Show all posts

"Just my 2 cents", katanya.


*tarik nafassssssss, hembuss!*
Hohh!
;D

Ok.
Saya ni jarang reply email dengan cepat.
Selalu saya baca dulu, replynya berminggu kemudian. :P

Tapi lepas baca email yang satu ni, saya rasakan ianya terlalu istimewa sampai mata saya terus terbuntang tatkala membacanya dan berasa sangat excited untuk segera meng-reply.
Malahan saya turut berbesar hati untuk kongsikannya di blog ini buat tatapan pembaca-pembaca kesayangan saya.
Sweet kan saya?

Dan kepada awak wahai penulis email,
terima kasih di atas email yang telah membuat saya tergelak kecil sambil menggetar uri ini.
Bersyukur lah kerana awak telah menghantar email kepada Adlil Rajiah,
seorang yang cukup pro dalam meng-handle email sebegini.
:D

Ayuh kita sama-sama mengamati email yang cukup istimewa ini dengan perasaan yang membuak-buak.
Perasaan apa?
Perasaan hangin la ofkosss.
Hahahaha.


Perkara 1:

Ok awak tak setuju dengan tindakan wanita yang berhenti kerja atau berhenti belajar untuk menjaga anak.
Sebab nanti takde duit sendiri pastu kena cerai dengan suami.
Awak ni baru lepas tengok cerita P. Ramlee ke?
Sebab statement macam orang dulu-dulu. Bahah.

Ok camni lah.
Keputusan terbaik bagi setiap wanita yang bergelar ibu itu berbeza-beza.
Sebab keadaan kita masing-masing pun berbeza. Kan?
Bagi sesetengah orang, berenti kerja dan jaga anak itu lah yang terbaik.
Tapi ada sesetangah orang juga keadaan tak mengizinkan dia untuk berenti kerja,
maka bekerja itu lah yang terbaik.

So mana-mana pun, still terbaik.
Semua ibu hanya mahukan yang terbaik untuk anak dan keluarga.
Dan semua ibu pun memang akan dahulukan anak,
termasuklah ibu binatang.
Kan?

Ok tentang "nanti kena cerai dengan suami".
-_____-

Saya pernah dengar kat ikim,
"80% penceraian berlaku adalah dikalangan isteri/wanita berkerja."

Kejap. Jangan salah faham.
Bukan nak menyakiti hati sesiapa yang berkerja, tapi itu lah faktanya.
Dan ustaz tu ada explain juga kenapa fakta ini terjadi.

Katanya, kebanyakan wanita bekerja akan hilang rasa kebergantungan terhadap suami.
Yang mana sifat kebergantungan itu sebenarnya adalah fitrah isteri yang suami suka.
Suami suka bila isteri mengharapkannya dan sentiasa rasa bergantung kepadanya.
Tak salah untuk isteri jadi independent dan ada duit sendiri.
Tapi jangan sampai melesapkan rasa kebergantungan terhadap suami itu tadi.
Jangan sampai terus rasa takde suami pun takpe, aku selamat.
Itu dah salah dan melawan fitrah.

So working ladies, tak salah pun bekerja.
Dapat pahala kan meringankan beban suami.
Tapi pastikan suami masih tempat anda bergantung dan berharap.
:)

Lagi satu, wahai penulis email,
kenapa ye kita kena fikirkan penceraian, di kala kita sedang mengecapi kebahagiaan?
Dan kenapa kita perlu fikir benda yang buruk, sedangkan terlalu banyak benda yang baik dan boleh disyukuri?

Awak kata,"Apa-apa jadi, bila ada duit, semua selamat."
Awak pasti?
Cuba fikir sekali lagi.

 Saya bagi awak satu hari,
untuk awak lupakan sekejap tentang duit,
dan fikirkan tentang nikmat yang awak dah dapat dari Allah yang awak takkan mampu beli dengan duit.
Mungkin awak akan mula faham kenapa saya lupakan duit, dan pentingkan Haikal.
:)


Perkara 2: 


 Just my 2 cents?
Wow. 
Tahu ke tak entah apa maksud 2 cents tu. Hahaha.
Ye betul, anak saya baru sorang.
Tapi saya pernah mengandung 3 kali.
Sekali dengan Haikal. Dan dua kali lagi keguguran.
Untuk makluman, saya gugur 2 kali selepas Haikal.

Sekali pada Jun 2014 dan sekali lagi pada Februari 2015.
Dan saya telah menjalani D&C sebanyak 2 kali.
D&C ialah satu prosedur di mana doktor akan induce serviks anda,
dan rahim anda akan mengalami kontraksi untuk mengeluarkan kandungan.
Sakitnya, macam beranak.

Terkejut?
Terima kasih.
:)

Lain kali jangan pertikaikan urusan Allah.


Perkara 3:

Untuk pengetahuan awak,
ini adalah blog dan bukan majalah atau surat khabar atau program RTM1.
Jika anda mahukan bahasa dan kosa kata yang tinggi,
mohon baca reader's digest atau sokkabar utusan malaysia atau nak senang baca je kamus dewan.
:D

Dan maaf, saya akan terus berbahasa sebegini.
Sebab dalam 10,000 visitors saya setiap hari,
awak sorang je yang complain tentang bahasa.
So. 
Sorry.
Saya ikut majoriti.


Perkara 4:


Hmm.
Makin lama makin bangang tohmahan awak ni.
;D

Untuk pengetahuan,
 saya menulis semua artikel di blog ini berdasarkan pengalaman, ilmu dan intelek saya,
dan menggunakan ayat saya sendiri.
Walaupun perkara yang dikongsi mungkin perkara common yang mungkin dah ada dalam internet,
tapi saya menulis dari sudut pandang saya sendiri.
Dan untuk pengetahuan,
itu bukan plagiarism.

Dari apa yang saya nampak,
awak sebenarnya tak tahu pun apa maksud plagiat atau plagiarism.
Dan ada banyak perkara lagi yang awak sebenarnya tak tahu tapi takabbur konon-konon tahu.
Saya nasihatkan, awak makan kismis 3 biji sehari.
Esok lusa email saya balik.
Saya nak tengok ada perubahan ke tak.
;D


Ok dah. Tu je.
Bye bye.

Frequently Asked Questions.

Dah lama tak buat sesi menjawab soalan kat sini.
Saya sebenarnya nak minta maaf sangat kepada sesiapa yang pernah hantar email atau FB message,
kerana apa yang korang dapat hanyalah "seen" tanpa jawapan.
-_______-

Actually kebelakangan ni saya terima terrrrlalu banyak email dan FB message
sampai saya hanya mampu baca je tanpa mampu membalas.
Dia macam bila kita belajar last minute for exam,
kita baca banyakkkk sangat benda sampai last-last otak blank.
Tak tahu mana pucuk pangkal.
Last-last tutup buku, tidur sambil nangis.
Hahahahaha.

Camtu lah keadaannya bila baca email korang.
Korang email pun bukan soalan ringkas-ringkas senang-senang.
Semua pun nak bagi karangan 4 muka surat.
Semua pun nak bercerita.
Cerita punya cerita punya ceritaaaa, last-last

"Apa pendapat Jiji?"

Perghhhh.
Itu lah soalan paling susah dalam dunia.
Disebabkan soalan tu, tetiba kau kena recall balik lapan perenggan di atas nya
demi menjawab soalan yang seciput iaitu,
apa pendapat Jiji.

Boleh nangis wei.
-_______-

So bila otak dah blank,
atau belum ada kesempatan untuk reply,
atau tetiba Haikal nak berak,
saya akan mark email as unread.
Dengan harapan, later kang saya jawab.
Namun hari berganti hari, email unread semakin membiak.
Last-last,
sadaqallahul 'azimmmmm semua pun dibiarkan tak berjawab.
-_______-


Seriously korang.
Saya minta maaf.
Sangat-sangat minta maaf.

Masa untuk diri-sendiri pun saya jarang ada.
Inikan pula masa untuk duduk rilek sambil melayan semua email dan message orang.
Saya harap seharap-harapnya korang faham dan tak berputus asa dengan saya.
Saya..
saya cuma manusia biasa.

Sorry.

Ye saya tahu,
sorry naik lorry.
sorry kena makky.
dan sorry pergi matty.

Tapi seriously sorry,
please accept my apology.

Haa kan dah lain sikit bunyi tu.
;D

Walau apa pun keadaannya,
saya nak bagitahu yang saya baca semua email dan mesej korang.
Semua komen kat blog pun saya baca.
Cuma tu lah. Baca je.
Balasnya tak.
-______-

Saya rasa kalau saya ni boboiboy,
yang boleh jadi tiga orang dalam satu masa,
memang dah lama saya reply kesemuanya.
Dengan kuasa halilintar, kuasa angin dan kuasa batu yang saya ada,
saya tak mungkin mengecewakan sesiapa saje yang hantar email.
Jangankan empat muka surat, lapan puluh muka surat pun saya layan.
;D

Tapi sayang, saya bukan boboiboy.
Saya sailormoon.
*tiba-tiba*


So hari ni,
saya nak ambil kesempatan untuk menjawab beberapa soalan dari email dan FB message.
BEBERAPA je lah tapi.
Saya pilih soalan-soalan yang paling banyak diajukan.
Kira soalan yang paling ramai orang tanya.
Kira macam frequently asked question la.
FAQ.
Wah gittew.

Dan saya jawab kat sini supaya senang.
Semua orang boleh baca.
Dan mana tahu mungkin soalan korang ni berguna jugak untuk orang lain yang senasib ke apa kan.

So ok.
Mari mulakan.


1) Saya ibu bekerja. Saya sekeluarga tinggal di rumah keluarga mertua 
dan mak mertua yang jaga anak saya bila saya keluar bekerja.
Malangnya terlalu banyak cara didikan mak mertua yang saya kurang berkenan. 
Contohnya, terlalu memanjakan anak saya, 
tak latih potty train (anak saya dah masuk 4 tahun), 
tidak tegas dan terlalu menurut kata anak saya,
sampaikan mak mertua akan marah saya bila saya marah anak saya.
Dan dia terlalu dedahkan anak saya kepada hiburan seperti televisyen, dan sebagainya.
Saya cuma mahukan yang terbaik untuk anak saya. 
Sedih bila mengenangkan saya tak mampu menjadi ibu sepenuh masa kepada anak sendiri. 
Nak hantar anak ke nursery yang bagus, pun saya tak mampu. 
Apa Jiji akan buat kalau berada di tempat saya?

Ok yang ni sumpah ramaiiiiiii sangat yang tanya.
Semua pun tak suka mak mertua. -____-
Sampai aku wonder, teruk benor ke mak mertua korang ni?
Aku tengok mak mertua aku ok je.
Mak, asam pedas ikan kembung satu mak!
;D

Ok serius serius.

Ye saya faham dan faham sefaham fahamnya, bahawa
ada sesetengah orang yang tak mampu jadi ibu sepenuh masa, sebab perlu keluar bekerja.
Dan perlu minta tolong mak mertua atau mak sendiri untuk jagakan anak,
sebab tak mampu bayar taska, nursery dan sebagainya.
Saya faham.
Dan memang saya akui dan saya pun sedar yuran nursery sekarang sumpah merepek!
Dua anak, boleh cecah RM2k.
Bapak ah. Habis gaji bulanan bayar nursery je.
T___T

Dan betul, ibu mana yang taknak yang terbaik untuk anak.
Kalau boleh, semua ibu nak berada di samping anak 24 jam, kan?
Semua ibu nak lihat setiap saat perkembangan anak di depan mata, kan?

Tapi ada sesetengah daripada kita yang diuji hebat, bila mereka TERPAKSA keluar bekerja,
sedang hati meronta-ronta taknak berjauhan dengan anak.
I totally understand this feeling.
Sebab saya pun pernah mengalaminya masa zaman PhD dulu.
Memang robek ah hati ni bila dengar anak nangis setiap kali hantar ke taska.
Sambil driving sambil air mata berjuraian.
T___T

 Tu yang last-last aku berenti belajar je terus. Setel. ;D
Tapi ye lah kan. Tak semua orang mampu membuat keputusan semudah itu.

Camni lah.
Satu, anggap ini ujian Allah.
Dan percaya, setiap ujian yang diizinkan ke atas kita, adalah yang tertanggung dek khudrat kita.
Orang kuat, ujiannya mesti hebat.

Dua, hidup ni adalah pilihan.
Dalam setiap pilihan yang kita buat, pasti ada buruk dan baiknya.
Ada pengorbanan dan ada ganjarannya.
Kalau kita pilih untuk keluar bekerja tolong suami menyara hidup,
ada benda kita terpaksa korbankan untuk jalani hidup yang lebih baik.
Kalau pilih untuk jadi surirumah jaga anak,
pun akan ada benda kita terpaksa korbankan, untuk kecapi apa yang kita nak
.
Always.
Dalam setiap pilihan hidup. Memang akan ada pros and cons.

Tiga, sentiasa ingat, ibu kita atau ibu mertua BUKAN ibu kepada anak kita.
Zaman mereka menjadi ibu dah lama lepas.
Kita tak berhak untuk memaksa keadaan untuk meng-ibu-kan mereka semula.
Sekarang adalah masa yang mereka nanti-nantikan, iaitu masa untuk berehat.
Dan tak pernah disebut dalam sejarah, didikan awal anak terletak di bahu nenek.
Tak pernah.

Maka sepenat mana pun kita keluar bekerja dari pagi ke malam,
masih takkan melenyapkan tanggungjawab kita kepada amanah Allah iaitu anak.
Kita TETAP ibu bapa mereka.
Dan TETAP perlu jalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Macam susah nak terima kan?
Tapi itu hakikat.

Mungkin boleh cakap elok-elok dengan mak mertua.
Pura-pura bercerita tentang impian kita terhadap anak kita ke,
atau pura-pura "mengadu" betapa kita kesal tak dapat jaga anak dengan tangan sendiri ke,
atau pura-pura berkongsi tips keibubapaan dengan ibu mertua ke.

Lama-kelamaan mungkin mak mertua akan nampak,
impian kita sebagai ibu kepada cucunya.

Dan ofkos, dalam hal ni suami tak terkecuali.
Suami mesti masuk campur.
Isteri yang keluar bekerja bantu suami mencari nafkah keluarga,
layak selayak layaknya mendapat sokongan padu daripada suami dalam segala hal.

Sama jugak untuk parents yang hantar anak ke nursery atau babysitter.
Dapatkan bantuan dan kerjasama penjaga dalam mendidik dan mendisiplinkan anak.
Mungkin payah, but you have to.
Semestinya korang taknak tahun-tahun awal hidup anak korang berlalu dengan sia-sia,
kan?



2) Saya selalu baca, Jiji kerap bawa Haikal jumpa Psychiatrist. 
Untuk apa ye? 
Memang semata untuk dapat tips untuk blog je ke, 
atau Haikal memang ada masalah yang Jiji rahsiakan?

Hahaha.
Ini pun ramai yang tanya.
Siap ada yang ingat Haikal autistic.
-____-

Sebenarnya tak.
Haikal normal and he is totally fine.
Dan bukan jugak semata nak dapat tips untuk blog.
Aku tak lah sekaya yang korang sangka.
Sanggup melabur RM500 untuk update blog ngahahaha.
Jadah lahh.

Saya jumpa psychiatrist setiap tahun sejak Haikal berumur satu tahun.
Untuk apa?
Untuk buat apa-apa assessment yang berkaitan,
untuk kenalpasti tumbesaran mental dan behaviour dia selari dengan umur dia,
untuk lebih kenal anak saya dari segi psikologi dan perangai,
untuk tahu cara yang betul untuk approach setiap tindakan dia,
untuk kenalpasti aktiviti harian yang selayaknya untuk perkembangan otak dia.

Sekian terima kasih.
;D

Kenapa ye mentaliti kita ni, bila jumpa doktor psikiatri je mesti autistic?
Kamon.
Autism tu bukan penyakit.
Autism adalah kelebihan sebenarnya.
Kalau kita tahu macam mana sebenar-benar otak autism berfungsi,
kita akan tercengang, air liur menitik pun tak sedar.
Kagum yang teramat kagum.

Tahukah korang Albert Einstein ialah seorang autistic?
Orang yang seluruh dunia kagum-kagumkan,
seluruh ibu bapa dalam dunia berdoa nak anak brilliant macam Enstein.
HE IS AUTISTIC.

So please.
Mentaliti tu jangan terikut-ikut sangat yang majoriti.
Baca dan kaji,
and set your own mentality tanpa perlu dipengaruhi oleh orang lain.

Dan bawa lah anak korang jumpa psychiatrist.
Memang banyak yang akan korang belajar tentang anak sendiri.
Dan of course menjadikan mentaliti korang lebih ke depan berbanding orang lain.
=)



3) Saya baru berkahwin dan sedang membiasakan diri dengan kehidupan berumahtangga. 
Saya berhijab, tapi semua adik beradik perempuan suami saya free-hair. 
Saya tak memandang serong kepada mereka cuma saya rasa awkward bila saya di rumah mertua, 
kerana hanya saya seorang yang pakai tudung. 
Saya pernah ditanya oleh kakak ipar saya, 
"Tak panas ke pakai tudung dalam rumah?"
Saya terdiam sebab tak tahu nak jawab apa. 
Sedangkan saya pakai tudung kerana semua lelaki dalam rumah itu adalah bukan mahram saya kecuali suami dan bapa mertua. 
Please help, Kak Jiji.

Ok satu, perasaan awkward tu biasa.
Saya rasa semua orang pun mengalami situasi yang sama masa fasa baru-baru kawen.
Ye lah kan. Kita duduk rumah orang yang kita tak pernah kenal,
yang tiba-tiba jadi keluarga baru kita.
Of course rasa awkward, rasa tak selesa, rasa segan, rasa serba tak kena, rasa macam-macam.
Dan of course untuk naturalkan semua perasaan itu,
perlu AMBIL MASA.
Baik di pihak kita, mahupun di pihak keluarga mertua.
Dua-dua kena beri ruang dan masa kepada satu sama lain untuk lebih kenal dan lebih mesra.

Dua, saya puji bila awak kata tak pandang serong kepada adik beradik suami kerana diorang semua free-hair.
Dan memang kita tak layak pun nak pandang serong kepada sesiapa.
Saya selalu pasak kat otak saya,
"Walau jahat mana pun orang lain di mata kita, pasti ada baiknya. 
Dan walau baik manapun kita di mata orang, kita sendiri tahu betapa jahat dan pendosa nya kita."

So,
kita bukan siapa-siapa yang maksum yang berhak mengadili orang lain.

So diorang nak free hari ke apa, takpe. Diorang takde dosa pun dengan kita.
Cuma jangan putus asa doakan mereka supaya tertiup dalam rohnya satu hari nanti,
dan tergerak untuk menutup aurat dengan sempurna.

Tiga, bila akak ipar tanya, tak panas ke pakai tudung dalam rumah?
Keep it cool dan jangan gelabah.
Anggap benda tu soalan dan bukan sindiran.
Jawab lah,
"Tak panas kak. Saya dah biasa. Lagipun kebanyakan lelaki dalam rumah ni bukan mahram saya."
*senyum*

Rilek. Dan tak perlu sentap tak memasal.

Tapi jangan pulak kau over pergi jawab,
"Tak panas kak. Api neraka Allah subhanahu wa ta'ala jauh lebih panas. Orang yang tak memelihara aurat akan dibakar sampai menggelegak otak tau kak. Akak tak takut ke?"

Wah.
Bersedia untuk dipulaukan for the rest of your life.
Hahahahaha.

Orang kafir yang tak pernah tutup aurat seumur hidup pun,
kalau di hujung nafasnya nanti dia mengaku Allah sebagai tuhannya,
akan masuk syurga jugak derrr.
Dah kenapa engko pepandai nak bakar akak ipar engko sampai menggelegak otak lah apa bagai?
-_____-

DOAKAN diorang.
Supaya Allah permudahkan bagi diorang untuk istiqamah menutup aurat satu hari nanti.
Itu baru betul.

Oh in case akak ipar awak baca blog ni,
saya pernah share dulu tentang batas aurat di dalam keluarga sendiri dan keluarga mertua.
Baca sini: Aurat di hadapan keluarga sendiri dan mertua.
:)

Lagi satu, masa fasa awal-awal kawen ni,
sokongan pasangan (suami/isteri) adalah sangat penting.
Minta sokongan suami untuk menyesuaikan diri dalam keluarga mertua.
Suruh dia yang "menghubungkan" kita dengan ahli keluarganya.
Mula-mula memang lah. Semua nak berteman. Nak ambik air kat dapur pun suruh suami teman.
Tapi insyaAllah lama-lama ok.

Macam saya dulu.
Memula kawen awkward nak mampus rasa.
Rasa nak duduk dalam bilik je 24 jam.
Sebab rasa terlalu asing berada kat rumah keluarga mertua.
Tapi sekarang, aku lah yang paling kuat makan dalam rumah tu kahkah.
Dan kalau boleh nak je tidur bergelimpangan dengan diorang kat ruang tamu sambil berpeluk-pelukan.
Hahahahaha.

Dan ye, saya pun keseorangan mengenakan tudung di rumah mertua 24 jam.
Mula-mula memang awkward.
Tapi lama-lama ok.
Dan bila tak pakai tudung pula saya akan rasa awkward dan diorang yang akan pass kan tudung.
;D




4) Saya suka tengok apa yang Jiji share di timeline FB. 
Bila log in FB, mesti nak tengok FB jiji dulu.
Tapi kenapa lately saya perasan, bila Jiji share gambar atau apa-apa status, 
tak lama lepas tu mesti Jiji delete. 
Bila saya cari gambar atau status lama di timeline Jiji, mesti dah takde. 
Kenapa ye?

Soalan camni yang buat aku rasa artis sangat nih.
Kahkah.

Ok sebenarnya camni.
Kebanyakan FB friends saya terdiri daripada pembaca blog.
Mostly young parents.
Dan kebanyakan diorang ni follow saya sebab nak tahu update terkini pasal blog.
Nak tahu pasal tips terbaru dan sebagainya.
So sejak saya sedar timeline saya selalu diintai oleh blog readers,
saya terpaksa kawal dan manage timeline saya supaya tak menghampakan orang yang cari benda-benda berpaedah.
Kalau asyik update pasal benda-benda laghooo je,
asyik nak show off gambar selpi bersama hidung babi je,
memang aku pun meluat tengok timeline sendiri.
;D

So i just have to make sure,
whatever that i put in my timeline, has something good to share with others.
So kalau saya share gambar Haikal ke, gambar family ke, atau status-status biasa yang saje nak melawak,
biasanya selang beberapa hari atau beberapa jam saya akan "Hide from timeline".
Bukannya delete.
Tapi hide dengan delete lebih kurang la kan. Hahahaha.
Sebab bagi saya benda-benda lagho ni effect dia kejap je.
Lama-lama kang hambar.

Kebanyakan gambar dan cerita personal, saya share di Instagram sahaja.
Dan saya sebenarnya lebih aktif di Instagram berbanding FB.
Sebab entah. FB sekarang dah tak macam dulu.
Semua orang pun nak jual barang.
Sampai kadang-kadang keliru, ni social media atau shopping mall? -____-
So tu yang saya macam dah beralih angin.
Wah poyo nya. ;D

http://instagram.com/rajiahnasir
 Instagram: @rajiahnasir

So kalau korang nak tengok gambar ke,
atau nak tahu acik Jiji masak apa hari ni,
atau nak tahu berapa ketul jerawat di wajah acik jiji,
visit my IG.
Haa ayat spammers sangat kahkah.



5) Bila Jiji and the gang nak buat playgroup lagi? 
Saya dah pernah join pada Oktober 2014, best sangat tapi sekali je tak puas. 
Nak join lagi sesi-sesi akan datang. Bila nak mula? 
Dan macam mana saya nak daftar?

Korang ni memang tiada kesabaran di dada kan?
;D

Ok camni.
Sesi pertama akan bermula pada 4 Januari depan.
Dan of course akan ada banyak sesi.
Dan selagi ada permintaan kita akan buka tarikh baru.
Cuma setakat ni kitorang BELUM BUKA untuk pendaftaran.
InsyaAllah next week baru buka.
Tunggu announcement di official FB page di bawah, dan sila follow kalau taknak tertinggal kapal.

https://www.facebook.com/HaikalOPG
Facebook: Haikal's Outdoor Playgroup

Ramai jugak yang dah bagi nama anak siap-siap.
Bukan tak boleh, cuma korang kena juga tunggu announcement dan baca details playgroup yang baru.
Sebab OPG 2015 is totally different from the previous OPG.
TOTALLY DIFFERENT.
Dan of course wayyyy better.
Aktivitinya lain, yurannya lain, konsepnya lain, semuanya lain.
So tunggu announcement.
Dan baca intipatinya dulu, baru decide nak register anak ke tak.
Okeh?

Ramai jugak yang baru dengar pasal Haikal's Outdoor Playgroup ni,
dan tak tahu apa-apa tentangnya.
Kepada yang belum pernah dengar dan nak dapat sedikit bayangan apa itu #HaikalOPG,
boleh tengok video di bawah,
ataupun tengok timeline FB page yang saya bagi kat atas tadi.

Ini #HaikalOPG pada November 2014, yang di-featured dalam program Safiyya TV9.





Ok sekian saje soalan-soalan yang mampu dijawab setakat ni.
 Cukup la kot 5 soalan.
Kang banyak-banyak patah pulak tengkuk korang.
Sebab ada sorang reader ni bagitahu, dia baca blog kat ofis sampai cramp tengkuk.
Apa bendaaaa la baca blog sampai cramp tengkuk?
Ni mesti sebab pakai tudung fareeda brooch 5 kilo. *tetiba*
;D

Kalau korang ada soalan-soalan lain, boleh email. (email tengok kat sidebar)
Cuma tak boleh janji secepat mana saya akan jawab.
Soalan senang mungkin cepat la sikit jawab nya. Kehkeh.

Ok itu je untuk hari ni.
Saya selalu berdoa, agar Allah sentiasa luruskan niat saya.
Agar tak tersimpang kemana-mana.
Manusia kan. Biasa lah.
Bila dah tinggi sikit, mula la berjalan megah tayang bulu dada.

Na'uzubillahi min zalik.
Semoga kita semua sentiasa dalam redha Allah.
 :)

Featured in KOSMO! (29/3/2014)

Amboi tajuk macam memualkan je tu. ;D 

Hai.
Assalamualaikum semua.
Walaupun sebelum ni tak pernah nak bagi salam pun kan. Kahkah.

Bukan apa.
Aku sedar aku public figure sekarang. Semakin hari peminat semakin bertambah.
So perlu sentiasa menunjukkan adab sopan dan pekerti mulia kepada umum. 
*kentut*

Kalau raja bomoh baca boleh menangis teresah-esah ni.
Esah ok. Bukan esak. :D

Ok taknak panjang cerita.
Sebenarnya sabtu lepas aku masuk paper lagi.
Aww. Malu nak taip ni.
Walaupun paper kosmo je pun kan. Tetap nak pura-pura malu. 
Buat pap smear pun tak malu macam ni. -..-

Sebenarnya hari Sabtu tu lagi aku nak hebahkan kepada peminat. BAHAH
Tapi kebetulan aku pindah rumah hari yang sama.
So tak sempat langsung nak update korang pasal benda ni.
Nak bukak FB pun tak sempat.
Tapi nasib baik ada la jugak beberapa orang yang perasan muka aku dalam kosmo. 
Ok la daripada takde orang perasan langsung kan. -..-
 Sedih kot kalau takde orang perasan langsung. Aku takde la hitam sangat. *tetiba*

Tapi family aku dan family mertua pun langsung takde yang perasan. 
Aku yang kena paksa diorang beli Kosmo. T___T

Wartawan tu silap letak nama panggilan "Adlil".
Padahal aku dah cakap letak "Rajiah". Bukan "Adlil".
Sebab semua adik-beradik aku semua ada initial "Adlil". 
Mana boleh bagi populariti kepada adik-beradik dengan sewenang-wenangnya. ;D
Itupun aku suruh wartawan tu letak gambar masa photoshoot Utusan dulu tu je.
Sebab tak sempat nak arrange schedule untuk buat photoshoot baru. 
Lantakkan. T__T

Untuk pengetahuan korang, topik dalam Kosmo ni bukan tentang aku.
Tapi tentang pemilihan permainan kanak-kanak.
Aku masuk sekali dengan Pakar psikologi kanak-kanak (Vicki Panaccione), Pakar perkembangan kanak-kanak (Prof Madya Dr Mariani), Pengetua Tadika (Yoke Chan), dan seorang ibu (Emy Syafinaz).
Rasa rendah diri dan bertuahhhhhh sangat-sangat bila dapat peluang masuk paper dengan orang-orang hebat macam ni dan sama-sama menyumbang pendapat dan pengalaman.
Alhamdulillah. =)

Aku rasa artikel ni sangat bagus dan patut dibaca oleh ibu bapa yang ada anak kecil.
Especially yang suka manjakan anak dengan gajet. -___-

 Page 1
(Untuk besarkan image, Ctrl+left click)


Page 2
(Untuk besarkan image, Ctrl+left click) 

 Walaupon nama aku disebut sebanyak 11 kali je dalam artikel sepanjang dua muka surat tu, aku tetap bersyukur sebab diberi peluang dan kepercayaan macam ni. 
Ye la. 
Siapa la aku ni kan.
Ibarat hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, bulu-bulu hidung terjuih-juih.
;D

Terima kasih Kosmo!

Soalan korang

Fuh akhirnya sempat jugak buat entry ni.
Walaupon dalam kekalutan baru pindah rumah apa semua.
Ni pun baru lepas lap kipas nih. Peluh-peluh bulu keti pun tak kering lagi. ;D

Tiga minggu lepas kan aku ada suruh korang bagi soalan untuk aku jawab dalam satu entry kan.
So.. ni lah entry nya.

Sebenarnya aku terima banyak gila soalan.
Tapi kebanyakannya soalan nak mengusik aku je.
Contoh macam,  "Jiji masak apa hari ni?" -..-

Terima kasih banyak-banyak la di atas soalan yang paling bernas itu.
 So untuk entry ni, aku pilih 10 soalan je yang dirasakan sesuai untuk dijawab.
Aku hanya pilih soalan yang simple-simple je k.
Yang susah-susah, tak kuasa pulak saya. ;D

Oh untuk pengetahuan juga, semua soalan-soalan telah ditaip semula dan diringkaskan supaya senang korang nak faham. Macam ada satu email tu aku dapat lebih kurang camni,

"Kak GG, nk tny cket. Cane nk wat blog ek? Sy bawu lg. Bawu nk mula. Hrp kak GG blh ajr. 
Tingin nk wat blog cam kak GG."

-______-

Sejak bila nama aku jadi GG pun tak tahu. -..-
Dik, kalau bawu lagi, pergi kota bawu la.
Bawu-bawu bacang betul. ;D

So sebab tu ada sesetengah soalan aku kena taip semula.
Kalau tak, sawan korang baca kang.
Ok dah. Jom tengok soalan-soalan berikut.


1) Kak Ji, akak ada dedahkan Haikal dengan ipad tak? -Fatim

Ada. Tapi tak lebih 15 minit dalam satu masa.
Contoh kalau dia nak main puzzle kat ipad, saya akan bagi.
Tapi lepas 15 minit, saya ambil semula ipad tu. Kalau dia marah ke hape lantakkan.
Lama-lama dia akan patuh dan faham - main ipad hanya untuk 15 minit sahaja.
Dan bukan setiap hari saya bagi ipad. Mungkin dalam seminggu, bagi sekali dua camtu.

Kenapa?
Saya pernah kongsi pengalaman saya pernah tengok sendiri BAHANA ipad di ENTRY INI.



2) Saya tengah mengandung. Orang kata kalau baby kulit putih, senang kena alergik. Saya dan suami berkulit putih, so kami expect anak kami nanti pun kulit putih. Tu yang risau ni. Saya tengok Haikal pun putih. Dia banyak alergik tak? -Ain

Saya pernah terbaca satu artikel di blog seorang doktor. Tak ingat dah nama doktor tu.
Memang betul kulit gelap lebih "sihat" dari kulit cerah.
Entah macam mana doktor tu explain tapi lebih kurang camni la dia kata, melanin dalam kulit (yang buat tona kulit lebih gelap) bagi lebih protection kepada kulit dan tulang seseorang.
Tak tahu la fakta ni betul ke tak.

Tapi kalau nak kata budak kulit putih confirm alergik tak boleh jugak.
Sebab alergik ni ikut keturunan dan pemakanan si ibu jugak kalau tak silap.
Macam Haikal, masa baby dulu dia alergik susu lembu.
Dan sekarang Alhamdulillah dah tak alergik susu lembu.
Tapi alergik coklat pulak.
Tak faham aku budak sorang ni. -_____-

Tapi orang tua-tua kata, budak-budak ni alergik kejap je.
Bila besar hilang la.
Entah nya betul ke idok pun tak tahu.



3) Anak saya susah sangat nak gosok gigi. Camane nak buat ye? Lagi satu, boleh kongsi tips potty train? -Fatima

Hahaha. Haikal pun ada masalah malas nak gosok gigi.
Buat masa ni kitorang belikan dia toothbrush yang ada gambar superhero kesayangan dia.
Contohnya ultraman ke, boboiboy ke, etc.
Pastu nanti bila tiba masa nak gosok gigi, buat-buat macam terdengar ultraman panggil dari bilik air.
So macam,
"Eh eh mama terdengar ultraman panggil Haikal lah. Dia nak ajak gosok gigi kot."

Terus semangat Haikal pergi bilik air. Utraman panggil kannn. Kena la patuh. -..-
Untuk potty train, saya pernah share tips kat SINI.



4) Dik, awak memang pakai jubah je ke sekarang? Habis baju-baju lain awak buat apa? Sayangnya baju-baju lain kan? Ye la. Awak kan dah tutup aurat sekarang. -Norma

Kak, nak menutup aurat tak semestinya dengan berjubah.
Dan berjubah tak semestinya menutup aurat. -____-

Bukan hari-hari pun saya berjubah.
Macam kalau malam jumaat saya pakai spenda tersedut dalam bontot (g-string). Kahkah.
Ok gurau.

Baju-baju lain selain jubah, saya masih pakai.
Asalkan baju tu mampu TUTUP AURAT saya.
Tapi saya sendiri pun masih berusaha. Belum sempurna lagi.
Kadang-kadang terkandas jugak.
Biasalah plus-size kan, susah sikit nak pastikan semuanya terlindung. T__T

Kalau setakat berjubah terus rasa dah beriman tahap max, silap besar la tu.
Jubah tu pakaian je kak. Tak semestinya tutup aurat.
Kalau pakai jubah, tapi jenis kain jarang nampak bulu kaki kerinting. Tak guna jugak.
Tak setim langsung nampak bulu kaki. :D

Bagi saya, pakailah apa saje. Asalkan aurat terpelihara.
Pakai kain kapan pun ok. Tutup aurat jugak kan.
Cuma gerun sikit la. ;D
 


5) Saya ada baca dalam entry Utusan tu, betul ke Jiji tangguh PhD sebab nak jaga anak? Dah tahun 3 kan? Ruginya. Kenapa tak hantar anak kat taska je? -Lizza

Rugi???
Kau biar betul.
 Antara Phd dan anak, mana lebih penting? Ofkos lah anak.
Bila mati nanti, takde pun Phd tu tolong memberatkan neraca amalan.
Atau tolong jadi tunggangan titian sirat ke apa.
Tapi anak.
Anak penting.
Lebih-lebih lagi kita ni ibu.

In fact nabi pun pernah pesan kat sahabat -sahabat dia,
kalau nak kawen, jangan pilih perempuan untuk dibuat isteri sahaja,
tapi pilih perempuan yang layak jadi ibu kepada anak-anak kelak.
Kerana ibu itu adalah penentu masa hadapan anak. Penentu masa hadapan umat islam.

Maksudnya, menjadi ibu ni bukan main-main bhai.
Dah sakit-sakit beranak, tak salah rasanya kalau saya nak berikan 100% diri saya untuk Haikal buat masa ni.
Orang kata, umur 0-5 tahun adalah umur paling kritikal.
Paling baik jika boleh dapat didikan asas atau foundation dari ibu bapa itu sendiri.

Takde isu tak percaya taska ke apa.
Cuma saya rasa nak ambil peluang yang ada.
Allah dah bagi saya jadi ibu. Ofkos saya taknak sia-siakan peluang ni.
Mungkin bila Haikal dah sekolah nanti saya boleh fikirkan semula masa depan saya.
Terlalu lambat?
InsyaAllah Allah ada rancangan lebih baik untuk saya di masa hadapan. =)



6) Hubby Jiji garang tak? -Aizatul

Garang gilaaaaa.
Rasa nak tergelak bila dia marah. ;D
 Korang bayangkan shuib bila marah.
Haa sebijik! Kahkah.

Takde la. Suami saya bukan pemarah.
Tapi takut nak puji dia lebih-lebih kat sini.
Sebab dia ada lagi tiga kuota kosong. -_____-

 

7) Buat blog dapat duit ke? -Rien

Dapat.
Tu je jawapan heheh.



8) Anak saya dah 3 tahun lebih. Tapi masih tak boleh bercakap. Normal ke tu eh? -Saleh

Oh yang ni saya tak tahu lah nak jawab.
Tapi saya pernah dengar ibu bapa yang bawa anak diorang pergi speech therapy.
Yang tak bercakap terus boleh cakap.
Mungkin awak boleh try. Cuba google. =)



9) Camane nak attract orang baca blog kita? -Nadia

Emmm. Kalau saya, banyakkan buat entry yang orang akan baca.
Yang memberi manfaat.
Jangan asyik entry syok sendiriiii je.
Asyik buat luahan perasaan la.
Asyik letak gambar selfie la.
Nanti pembaca cepat muak.

"Lepas muka kau, muka kau lagi. Baling komputer ah camnii." detik hati si pembaca.
;D

So jangan.
Kalau nak orang baca, masa taip entry tu, fikirkan hati dan perasaan pembaca.
Pastu bahasa kena rileks dan mudah difahami.
Tak payah shortform canggih-canggih sangat. Aku baca pun nyampah. -..-
Lagi satu, tulis la sesuatu yang positif.
Yang negatif kurangkan.

Makin positif entry tu, makin banyak orang baca.
Makin negatif entry tu, ada jugak orang baca. Tapi orang-orang yang negatif sahaja.
So pilihlah nak orang jenis macam mana yang baca blog kita.



10) Saya suka baca blog jiji sebab selalu buat saya tergelak. Saya wonder perwatakan Jiji kat luar. Sama macam dalam blog tak? Ke garang?

Kahkah.
Kalau hubby baca soalan ni mesti dia gelak 3 hari 2 malam tak henti-henti. ;D
Aku takde la fun mana sebenarnya.
Boring jugak kengkadang. Kalau buat lawak pun, dalam hati je.
Takde la pelawak tahap pergi audition superspontan ke apa.

Aku sebenarnya pendiam. Pemalu. Sopan santun.
Paling sopan time makan.
Tak percaya, tanya mak mertua aku.
Aku menantu paling sopan makan. Sekali makan tiga kali tambah. Kahkah!

Pastu bila makan asyik tergigit cili.
Terus mendengus-dengus panggil mak suruh amikkan air.
Siap request air panas separuh, air sejuk separuh.
Cantik perangai. ;D

Tapi kalau dengan Haikal, aku garang.
Memang garang.
Kadang-kadang aku pun tak suka perangai aku.
Aku rasa ibu tak berguna sangat sebab suka marah-marah anak. -____-



Ok dah.
Itu sahaja 10 soalan yang terpilih.
Sekian terima kasih.

Sekarang aku nak pergi sambung lap kipas.
Bulu ketiak pun dah kering. :D

Orang kata, jangan terlalu benci, takut lama-lama jatuh cinta. =)


Awak,
Sorry tak reply email awak hari tu.
Bukan tak sudi. Bukan juga merajuk atau marah. 
Tapi sebab email awak terlalu special buat saya,
sampai saya rasa nak reply kat sini je.
Supaya semua orang boleh baca.
Mana tahu lepas ni utusan nak interview awak pulak ke.
 -______-

Dulu nenek saya pernah pesan,
"Kalau benci, jangan terlalu benci. Takut nanti benci bertukar sayang."

Betul awak.
Walaupon pada mulanya saya baca email awak tu,
membuak-buak perasaan marah saya sampai saya tunjuk kaki kat skrin komputer. -..-
Tapi bila saya ingat balik nasihat nenek saya,
pelan-pelannnn saya turunkan balik kaki saya. :D

Sebab saya yakin,
kalau sekarang awak benci, lama-lama nanti mesti awak akan sayang saya.
Aww malu tau cakap sayang-sayang camni.
Meremang segala bulu di badan.

Dalam email awak, awak ada mention "Sikit-sikit Allah".
Kenapa?
Awak tak suka eh?
Mungkin awak belum kenal siapa Allah. Sebab tu awak cakap macam tu.
Mungkin sampai masa nanti, awak akan kenal Dia. Dan awak akan jatuh cinta.
Saya akan doakan.
Sebab saya tahu, Allah sayang awak.

Macam mana saya tahu?
Ye la. Kalau Allah tak sayang, mesti awak dah lama mati kena lenyek buldoza.
Pastu mayat awak kena makan lipas.
Awak cuba bayangkan lipas yang kaki berbulu tu hinggap di tengkuk awak dan masuk ke dalam lubang hidung awak.
Bukan seekor ok, ramai. Segerombolan lipas masuk ke dalam lubang hidung awak.
-____-

Tapi sampai hari ni semua tu tak berlaku.
Awak masih sihat walafiat, sempurna anggota badan, cukup 10 jari, siap boleh taip email untuk saya.
Cuma otak je mungkin takde. ;D

Lagi satu, pasal jeans dan jubah.
Saya tak pernah cakap pon pakai jubah confirm masuk syurga dan pakai jeans confirm masuk neraka.
Kalau la saya dah tahu saya ni confirm masuk syurga, uihhh saya terjun bangunan sekarang jugak.
Buat apa saya nak hidup kat dunia ni lama-lama, baik saya pergi syurga terus.
Tak payah saya susah-susah menahan kemarahan baca email awak sambil menuding kaki.

Macam ni la awak.
Saya rasa awak ni tengah sakit.
Atau dalam bahasa mudah, awak ni tengah mereng.
Atau..
awak ni bongok la senang cakap. *puas hati aku*

So saya nasihatkan, awak tak payah la baca blog saya lagi.
Takut membuatkan awak bertambah bongok.
Dah la memang dah bongok, bertambah-tambah bongok pula nanti.
Mohon jangan reproduce kebongokan itu. Guna la kondom. *tetiba*

Saya mohon awak pon jangan hipokrit dan jadi la diri sendiri.
Benci saya takpe. Tapi jangan benci Allah.
Bahaya ok. Ingat cerita lipas tadi. -..-
Jangan lupa dari mana awak datang. Bertaubat la.
Malu saya nak mengaku awak ni reader blog saya.

Readers blog saya semua positif.
Takde yang bongok macam awak ni.

Ok?

I love you.
And I know you love me too.
Kiss sikit?

Featured in Utusan (8/2/2014)

Alhamdulillah.. saya panjatkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi,
dan ribuan terima kasih kepada pihak Utusan Malaysia,
 kerana sudi publish cerita tentang saya pada Sabtu lepas.
Dan menjadikan saya yang dah memang blogger kesayangan ramai ni,
semakin lebih disayangi dan dicintahi. Eh, dicintai.
Terima kasih saya ucapkan.

*kentut*
 ;D

Tak tahu nak gambarkan camane perasaan bila tengok muka sendiri dalam paper.
Teruja tu ofkos la kan.
Tapi perasaan tu jadi bertambah-tambah terharu bila ada family, kengkawan, blog readers yang wassapp dan post kat FB apa semua,
semata-mata nak bagitahu yang diorang dah beli paper. -__-

Siap ada yang tersalah beli paper la. Orang suruh beli utusan dia beli berita harian kahkah.
Ada tu siap mengadu kat FB paper utusan kat kedai depan rumah dia dah out of stock.
"Famous betul Kak Jiji, sampai out of stock utusan kat kedai depan rumah!"

Amboi amboi.
Satu kejiranan tempat tinggal kau tu peminat ahkak ke dik.
Entah-entah peminat Rosmah je kottt.
Maklom la rambut ahkak ni tak kembang mana. ;D

Laki aku pon sama.
Sebelom ni tak pernah-pernah nak beli paper, tetiba sabtu lepas dengan bangganya dia beli.
Pastu baca satu page yang ada muka dia tu je lah aduinya pun. -____-

 

Dan ini reaksi Haikal bila bangun pagi, tengok muka dia dalam paper.


Aku tunjuk je paper, Haikal cakap
"Eh Mama lah! Eh Haikal lah! Eh Papa lah! Eh mama ada dua!"
;D

Last weekend patutnya kitorang kena attend Family Day (organized by Daddy's family) kat Melaka.
Tapi sebab raya cina lepas kitorang dah cuti lama, so minggu ni hubby kena keroje la.
-..-

So masa Family Day tu, family aku kat Melaka tu pon ada post gambar kat wall,
cakap congrats apa semua.
Dan-dan tu tetiba rasa sedih tak dapat join family day. Sob sob.
Kalau tak, boleh main sukaneka sambil baca utusan.
Cey ceyyy.. ;D

Kepada yang tak sempat baca artikel tu sabtu lepas, 
ni aku ada capture full page untuk korang.

(Untuk besarkan image, Ctrl+left click)

Di kesempatan yang ada ni, aku nak ucap terima kasihhhhhhh banyak-banyak
kepada korang semua yang sudi baca dan support blog ni,
tak kisah la baru semalam korang support ke,
dari tahun 2010 sampai sekarang ke,
baru 3 saat lepas start support ke.
Terima kasih jugak.

Tanpa korang siapalah Adlil Rajiah. *tetiba*

InsyaAllah aku akan jadikan blog ni lebih bermanfaat untuk semua.
Dan cuba untuk improve dari hari ke hari.
Seboleh-boleh aku nak kurangkan entry syok sendiri, entry takde motip dan sebagainya.
Sebab sekarang ni aku rasa macam blog ni dah bukan milik penulis (aku) sepenuhnya.
Readers pon ada hak untuk dapat input yang berfaedah dari blog ni.
So aku akan try kurangkan benda-benda merepek ok. InsyaAllah.
AKU TRY. -___-

Teruskan menyokong, teruskan bagi feedback, bagi teguran dan sebagainya.
Sayang korang sangat-sangat.
Rasa macam nak kiss tapi takut batal air semayang.
;D

Di-interview oleh Utusan Malaysia. Ececeh.

30hb Jan yang lepas, 
pada hari yang sama kitorang surprise birthday Adan tu,
aku telah diinterview oleh utusan malaysia.
Uhuk uhuk. Eh terbatuk pula. -..-

Sebenarnya sampai sekarang pon aku duk terfikir lagi, 
layak ke aku nak masuk paper bagai.
Macam takkkkk je kan.

Tapi hubby kata, peluang dah ada.
Terima je lah.

Teringat lagi, dua minggu sebelum interview tu, 
aku dapat call dari Azrin (reporter utusan).
Masa tu aku tengah membongkang tidur kat ruang tamu bahaha. 
Pastu tetiba otak bergegar sebab phone letak bawah bantal. -..-

"Hello."
"Assalamualaikum. Ni Puan Adlil Rajiah ke?"
"Wa'alaikumussalam. Ye saya."
"Saya Azrin dari utusan malaysia. Saya berminat nak feature puan untuk slot blogger dalam special issue hari sabtu kita. Boleh ke?"
"Errrr..." 

Aku kompius sama ada ini mimpi atau betul-betul kejadian.
Terus terduduk dan tampar-tampar muka.
-_______-

"Kejap kejap. Ni call dari mana tadi?"
"Utusan puan."
"Err..saya rasa saya takde mintak kerja dengan utusan. Salah nombor kot."

BAHAHAHA. Mamai punya pasal.

"Eh tak tak puan. Camni. Kami nak interview puan untuk ruangan blogger dalam paper kami. Bukan nak offer kerja."
"Haaa???? Ye ke ni?? Tapi follower saya baru 800."
"Takpe. Kita tak ikut jumlah follower. Puan dipilih kerana dua entry parenting tips yang jadi phenomenal tempoh hari."
"Oooo camtu. Tapi mana encik tahu tentang entry tu? Encik baca blog saya yeeeee.."

Kahkah ;D

"Tak tak. Kami buat story berdasarkan maklumbalas pembaca kami. So saya ada terima beberapa email yang suggest blog puan, dan beberapa penghantar email tersebut adalah doktor kanak-kanak, ibu bapa dan guru tadika."
"Woahhhhhh!!!!"

-____________-

So begitulah kisahnya.
 Tapi jauhhhhhh di sudut hati,
aku masih rasa tak layak.

Tapi takpe.
Berbekalkan wajah yang anggun berseri,
aku yakin aku kena terima offer ni.
Mana tahu dalam paper nanti, gambar aku sebelah Rosmah ke.
Omiomiomiomioooo.. ;D

So tiba lah hari kejadian. Hari shooting dan interview.
Diorang sebenarnya nak datang penang.
Tapi since aku pon nak balik Shah Alam masa raya cina tu,
so kita shooting kat rumah mama je lah.

 Baju Haikal dari Babyequipt.


Masa aku post entry surprise birthday Adan tu,
ada yang tegur kenapa aku beriya sangat melawa.
Dah macam nak pergi beraya ke hape kan.
Padahal celebrate dalam rumah je, dengan family je, tengah malam pulak tu. 
-..-

Sebabnya petang tu aku ada shooting ni la aduinya pun.
Tu yang sampai ke malam pon pakai baju ni. 
Iolls memang pemalas nak bawak baju tukar.
Padahal keti dah belemuih. Cuba korang bau. ;D



Ada 3 orang krew utusan pada hari tersebut.
2 orang reporters sorang photographer.
Semua pon sangat helpful, sporting dan macam kawan-kawan.
Seronok sangat.
Nak posing tonggek pon tak malu langsung. Kahkah.
Dah la diorang siap bawak pisang goreng pergi rumah mama.
Dah macam nak ziarah orang sakit ke hape siap bawak buah tangan. -..-

Thank you Azrin, Diyana dan photographer (lupa nama).
Tu ultraman kat bawah tu pon jangan dilupakan. 
Dia good boyyyyy sangat sepanjang shooting. Alhamdulillah. =)

Korang jangan lupa beli paper esok tau.
8/2/2014
Aku janji gambar kitorang dalam tu takkan mengecewakan korang.
Sekali tengok mesti rasa nak gunting dan tampal dalam bilik dan almari baju. 
Sebab cantik sangat.
Uhuk uhuk terbatuk lagi. -..-


Walaupon sebenarnya takde la cantik mana.
-_________________-

Vontot bergoyang -..-

Ni keywords yang sampai ke blog aku semalam.


Apa ni bhaiii..
Puasa kottt..
Tak payah nak bergoyang sangat la..
Aku libas dengan penyapu lidi kang.
-__________-

Izinkan aku pergi...

Tajuk macam nak pergi berjuang kat Lahad Datu je kan.
Padahal izinkan aku pergi...
ke kedai runcit kak senah depan simpang pos ofis sana, untuk membeli cendol dan jagung manis barang dua tiga cawan.
 -..-
Ok tak kelakar. Foinnnn...

Aku sebenarnya nak mengkhabarkan satu perkhabaran yang nak dikhabarkan kepada korang yang tengah baca surat khabar barangkali. Heheh yennadey parenggek!

Dan perkhabaran ni macam agak menyedihkan jugak la.
Serious sedih. 
Sedih dia macam kau pergi kedai kak senah tadi kan pastu beli cendol ngan jagung manis kan, pastu tetiba masa on the way back tetiba kau kena rompak. Kebetulan perompak tu memang menggemari cendol dan jagung manis kak senah. So terpaksa kau bagi cendol dan jagung manis kat perompak tu. Terpaksa kau patah balik ke kedai kak senah untuk beli lain. Pastu nak cover malu, cakap kat kak senah,  

"Cendol ngan jagung manis kak senah sedap sangat, saya baru jalan lima belas langkah, terus habis saya makan semua. Tu yang saya kena datang balik beli lain."

  Lalu kak senah pon buat cendol dan jagung manis lain untuk kau, tanpa usul periksa.

-__________-

Amacam? Sedih tak cerita tu?
Aku rasa macam nak jotos diri sendiri pon ada. Haha!

Tapi lebih kurang camtu la sedih dia bila korang dapat tahu perkhabaran tu nanti.
So sebelom aku bagitahu, korang kena bersedia physically dan mentally.
Make sure depan korang ada standby sekotak tisu (nak standby seploh kotak pon boleh, nampak sangat ko beli kat mydin yang seploh kotak 3 ringgit tu bahah), pastu make sure standby baldi jugak. Kot kot tisu tak tertampung nak lap air mata air hudung korang nanti, so senang tadah baldi je. Kang kalau takde air tetiba, korang jugak yang senang di kemudian hari. *Eeeuuwwhhh*

Ok.
Tisu dah ada. Baldi dah ada.
Sekarang dah tiba masa aku bagitau perkhabaran itu.
Sila get ready untuk berasa sedih. Boleh buat muka sedih dari sekarang. 

Selama 3 minggu, mulai esok (30/3/13)...
belog ni takkan ada apa-apa update.
Harap maklum.
  
*ok dah boleh start guna tisu dan baldi sekarang*

Dalam masa tiga minggu tu, usah ditanya kemana hilangnya diri ini.
Usah dicari diri ini di kedai kak senah mahupon di lahad datu. *tetiba*
Kerana diri ini ada je kat Batu Kawan ni tak ke mana-mana pon. *haha*
Dan usah ditanya "bila nak update blog. bila nak update blog. bila nak update blog."
Aku luku laju-laju sapa yang tanya. *nampak tak sisi garang seorang megan fosh kahkah*
Jadi izinkanlah seizin-izinnya, relakanlah serela-relanya untuk aku pergi..
pergi jauhhhhh dari hidupmu...

 ketawa bersamaaa menangis bersamaaa kubersumpah harap lalala...


Heheh. Aku syak korang mesti tengah sedih tahap kunyah kotak tisu sekarang ni. Ke ada yang tahap kunyah baldi jugak? Itu bukan sedih, tapi sedih gila. Sedih campur gila. Hak hak hak.

Apa?? 
Korang tak sedih langsung??
Beraniiiii korang tak sedihhhhh
Ni yang aku rasa nak menampakkan sisi garang sekali lagi.

 Anje tak? Alolololo hipopo hipopo.. Haha!
Kalau begini la muka garang aku, Baby Haikal pon gelak lintang pukang
 sambil berkata, 
"Mama, udah-udah la tu..tak payah buat lawak lama-lama. Simpan sikit muka tu untuk esok."
Kahkahkah

-__________-"

Berbalik kepada perkhabaran yang sedih-lah-sangat-haktuih tadi.
Aku mohon korang sila bertabahlah ye sepanjang tiga minggu ni.
Jangan bersedih. This is not the end of the world. *tetiba*
Bajet korang mandi tak kenyang makan tak basah je tanpa blog aku kann.. 
Tak efek pon padahal. Elokkk je korang makan mandi hari-hari kan. Huhu!
Entah-entah bila aku tak update 3 minggu ni, tetiba korang bagitahu aku, hidup bertambah gembira, mandi semakin basah, makan semakin kenyang bila tak baca belog aku. -..-
Mungkin.....
 itu adalah statement yang amat menggembirakan aku. 
Dari 3 minggu, terus jadi seumur hidup aku tak payah update belog. 
Sebab terlalu berkecil hati ngan korang. Haha!

 Sebenarnya aku tak kemana pon 3 minggu tu. Duk rumah je pon macam biasa.
Cuma ada projek rahsia yang aku kena bagi komitmen 100%.
Bunyi macam projek hartanah berjuta-juta di pantai timur afrika selatan sana kan. Kuikui. Drama melayu kan memang pusing-pusing situ je. Penat tengok. -..-
Tapi projek aku ni takde la juta. Seringgit pon tak sampai. Haha!
Korang jangan fikir macam-macam ok.
Kang aku terbuat korang saspen pulak tak pepasal kan.
Padahal takde apa pon.
Projek biasa je.
Bukan projek hartanah.
Bukan projek bukak bisnes.
Bukan projek tambah anak kahkah.
Dan bukan jugak projek yang berkaitan dengan research PhD aku. ;P
 Kalau Mama baca ni, mahu aku kena kejar dengan parang ni kang. Haha! Padahal hari-hari kena jampi dengan Mama, focus study focus study focus study. Tapi diam-diam kau sibukkkkkk dengan projek rahsia lah hape lah kan. Kejar ngan parang la makan dia. Hak hak hak.

So korang, aku mintak diri dulu ok.
InsyaAllah nanti aku update lepas dah free balik.
Kalau diizinkan jugak, aku akan share projek rahasia itu.
Kalau diizinkan la. Tak janji. Hihi.

Kalau rindu, macam biasa..
Fesbuk ada. Email ada. Wassapp ada.
Tapi kalau aku reply lambatttttt sangat, maksudnya aku tengah berprojek. 
*tak habis-habis sebut projek. nyampah*
Aku betul-betul kena bagi komitmen kat projek tu. 
Sebab memang urgent gila tahap nak meninggal. *Hoho melampau*

So korang jaga diri baik-baik. Mandi basah, makan kenyang ok? Kahkah
Sebelom aku pergi, nahh ubat rindu untuk korang.

 Muka bajet anje tahap....mintak hempok kasut bola. Haha!


 
Tahu tak sebenarnya aku pakai baju apa? Tengok SINI.
Tapi jangan salah paham pulak.
Aku tidak berbadan dua, mahupon berbadan tiga.
Walaupon dari jauh macam berbadan...
hipopotamus. Huhu!


  Suami sapeeee la ni. Perut dah kedepan pon nak bajet ultraman cosmos. -..-


Akhir kata, selamat berweekend korang!!
(Untuk weekend ni, weekend depan, weekend lagi satu, dan weekend lepas-lepas tu. Haha!)

Jumpa lagi! =)

TQ nasha aziz. Hahah!

Siapa yang friend ngan aku kat FB, tahu lah pasal ni.
Last week aku dapat surpriseeee dari kejauhan.
Hadiah istimewa dari sorang blog reader dari Lahad Datu dari Sabah dari dari dari. 
Heheh.

Namanya Elisah Alinda. Aku panggil Kak Elisah je.
Aku rapat dengan Kak Elisah ni dah lama.
Rapat kat FB la maksud aku. 
Masa mula-mula kenal dulu (Kak Elisah approach aku kat FB), aku macam sukaaaaa gila borak-borak ngan dia. Lawak habis ok akak ni. Lawak dia tahap spanar boleh laras. *apetah*
So dari situ la, kitorang keep in touch, walaupon dalam FB je pon kahkah.
Bunyi macam dah tahap BFF sangat la khononnnn.

Oh lupa pulak aku. Selalunya kan kalau aku dapat hadiah dari readers, aku akan bagi nickname untuk orang tu kan. Sebabnya ada sesetengah orang macam taknak aku reveal nama sebenar kat belog. Diorang rasa macam tak ikhlas ke hape kot kan. Tapi aku ikhlassssss je terima semua hadiah korang haha! *dasarrrr*
Jadi, untuk menghormati privacy mereka, aku terpaksa la bagi nickname ke hape kan. Tu yang kengkadang keluar Mengkudu la, Datin Seri la, Sup Tulang la hihihi.

Tapi Kak Elisah ni ok je kalau aku reveal nama dia pon.
Tapi sebab dia pon perasan aku suka sangat bagi nickname tah hape-hape kat orang kan, so dia dah siap-siap bagi nickname untuk diri sendiri..

 Ohohohoiiiiiii
Nasha Aziz hoiiiii
Haha!

Taknak kalah nickname diaaaaaa tuuuuu!!
Jadi marilah kita sama-sama berpura-pura setuju angguk laju-laju, ok nama dia ialah nasha aziz.
Walauponnnnnn...
Haha!

Berbalik kepada hadiah yang aku terima dari nasha aziz tadi kahkahkah, 
ada satu petang tu, tetiba pos laju datang rumah aku.
Kali ni lori tau. Bukan motor.
So bunyi hon dia scary sikit. Tetanjat-tanjat aku kat dalam rumah. Aku dah la tengah berangan masa tu, tetiba ada bunyi hon lori, dah la kuat gila.
Terkeras aku kejap. Macam kena renjatan pon ada. pfft.

Masa terima parcel ni, tengok alamat pengirim, terus aku macam...
Lahad Datuuu????
Maigad! Maigad! Terus gigil-gigil tangan. 
Dalam otak, terbayang-bayang..

"Ni kalau tak bom, mesti bazooka. Kena bukak slow-slow ni."
*mesti nasha aziz tengah gelakkan aku sekarang* 
-.-"

Ye la, Lahad Datu sekarang kan tengah feymes dengan kes pencerobohan segala kan. Tu yang tetiba bazooka bermain di minda tu. Haha!
Orang semenanjung kan memang paranoid terlebih pasal kes tu, padahal orang Lahad Datu rilekkkkk je, hari-hari kunyah kuaci, sambil fesbuk. -..-

Aku pon bukak la kotak tu dengan penuh waspada. 
Dah la ada dua kotak tau.
Maksudnya dalam pembalut ada kotak, dan dalam kotak, ada kotak lagi. 
Lagiiiiiiii la aku saspen! Haha!
Buat lawak ke hapeeee nasha aziz nih.. 
Nak kenaaaa diaaa niiiii!!! :P

 Last-last dah buka sampai habis, tengok ada makanan rupanya.
Makanan tradisional Sabah.
Omaiiii...
Omaiiii...
Makanan... Omaii....
Air liur meleleh.. Omaiii...
Omaiii..gad. 
*biasa la orang gemok tengok makanan*

 
 Nama makanan ni ialah
Keropok Amplang Merotai Perasa Sotong Manis Pedas / Ikan.
Tak boleh lagi panjang nama makanan dia.
Jenuh tau setiap kali nak ajak hubby makan.

"Papa, jom kita makan Keropok Amplang Merotai Perasa Sotong Manis Pedas."

"Taknak la. Papa suka yang Keropok Amplang Merotai Perasa Ikan. Mama makan la yang Keropok Amplang Merotai Perasa Sotong Manis Pedas tu."

-______________-"

Tapi seriously, sekali dah masuk mulut, memang tak boleh berenti.
Ketagih terus. Haha!
Petang makan habis separuh bekas, pastu bertaubat kejap.
Malam sambung lagi separuh bekas. Huhu.
Jahat betul awak, wahai Keropok Amplang Merotai Perasa Sotong Manis Pedas! Taknak kawan awak dah. Kita kunyah awak sampai masuk perut. Padan muka awak. -.-

Dannnnn bukan itu sahaja hadiah dari nasha aziz.
Ada lagi.
Di celah-celahan Keropok Amplang Merotai Perasa Sotong Manis Pedas pfft panjang gila nama, terdapat dua benda menakjubkan ini.

 Gelang mutiara dan butang baju melayu mutiara. 
Nasha Aziz, kenapa anda begitu bermurah hati?
Kenapa bagi butang baju melayu je? Butang baju kurung mana??
Kih kih kih.

Honestly, masa zaman anak dara dulu, aku sukaaaa sangat kumpul benda-benda camni. Maksud aku accessories batu-batu camni.
Sebab kampung mak aku kan kat Manila. Sabah ngan Filipina kan lebih kurang je souvenir-souvenir diorang. Pearl-pearl batu-batu camni memang banyak la. Dan cantik-cantikkkk. So bila balik kampung je, mesti aku paw tita-tita (mak saudara) aku kat sana suruh beli gelang-gelang gini. Huhu!
Tapi yang Filipina punya la. Yang Sabah punya aku tak pernah merasa lagi.
Nasib baik ada nasha aziz. Jasa mu dikenang. Huhu!
Dah la gelang tu memang ngammmm sangat kat tangan aku.
Biasa la tangan incredible hulk. Pempaham la. 
Saiz pergelangan tangan equal to saiz pergelangan kaki. Pfft..
So bukan sebarang gelang boleh masuk. T__T

Hubby pon sikit punya excited dapat butang baju melayu baru.
Warna peach pulak tu. 
Terus terbayang-bayang nak beli baju raya warna apa tahun ni. Huhu! 
Biasa la sebelom ni, hubby mana pernah pakai butang baju melayu secantik itu. Pernah pun masa nikah dulu je haha! Lepas-lepas tu, terus butang baju melayu campur-campur je dia pakai. Yang atas warna hijau bentuk bintang, yang tengah bentuk bulat warna merah, yang bawah bentuk segiempat warna oren, aku dah macam.. 
Derrrr..ni butang sari ke hapeeeee, kejap hijau kejap merah kejap oren. -..-

Kesimpulannya, semua semua semuaaaa pemberian nasha aziz ni, memang menepati keinginan kami berdua kahkahkah.
Well done nasha aziz! :P
 Itu saje lah cerita tentang blog reader yang baik hati yang datang dari Lahad Datu Sabah yang bernama nasha aziz.
Terima kasihhhhhh sangat-sangat!
Salam sayang! Muah! =)