Spot "the hidden tiger"..

Tengok gambar bawah ni betul-betul.
Can you spot THE HIDDEN TIGER in the pic?



It's not the tiger gedabak yang terang lagi bersuluh u see in the pic.
Itu bukan HIDDEN namanya.
There is another HIDDEN TIGER!
Find it.

Dapat tak?
Dapat tak?
 Dapat takkkkkk???

If belom dapat-dapat lagi, here is a clue..

ɥǝɥǝɥ ˙˙nnnnʇ nɐɯıɹɐɥ ƃuɐlǝq ƃuɐʇ ʞoƃuǝʇ


Belum lahir dah dapat cake?

Actually, aku ada dapat voucher dari satu kedai kek.
And voucher tu valid sampai end of this year je.
Harus lah aku tak sempat nak melenjan voucher tu kalau nak tunggu sampai lepas bersalin kan? Nak berpantang segala bagai. Mesti tak dan nak redeem punya.
So aku pikir, baik aku lepas gian sebelom bersalin. Kang dalam pantang dah takleh makan macam-macam.
So dengan penuh perasaan tamak haloba nafsu serakahnya, aku pi lah redeem voucher tu.

Yang lawaknya, bila orang kedai tu tanya,

"Kak, nak tulis apa atas kek? Lilin nak berapa?"

Erkkk! Errrrr..

So aku pon main bantai tulis nama anak aku kat kek tu.
Pastu lilin mintak dua. Pekejadah pon aku tak tau! Haha



Aku beli Black Forest Cake 1kg.
Harga sebenar RM69. Tapi sebab aku guna voucher, aku cuma bayar RM18!
Murah kannnn?? hihi
Balik rumah, sepantas kilat aku and hubby membaham kek tu.
Niat nak bagi jiran sikit, tapi haremmmmm satu habuk pon tak sampai kat jiran. -..-"



Bila terlalu bergegas ke ofis.. ;)

Pepagi buta lagi aku dah terima SMS dari hubby.

"Sayang, Abang terbawak remote tv hehe. Dalam vest abang"

Aku yang masih bergolek-golek atas katil boleh terbahak-bahak bila baca mesej tu.
Punyalah rushing sangat hubby pagi tu, sampai terbawak remote TV!
Hadoiii..Nasib tak bawak ngan TV sekali. kih kih kih...

Abang, cuba la sekali abang TERRRbawak sayang ke ofis.
Kan ke lagi bagus. hihi.
Jangan marah ehhh. ;D

Kenapa mak buyung duduk terkangkang?

Dulu masa sebelom preggie, aku selalu rasa annoyed bila tengok wanita hamil duduk terkangkang. Hoishhh sungguh mencemarkan pemandangan alam semulajadi!
Tak boleh ke duduk sopan-sopan? Kaki rapat. Tak pon silang kaki.
Masa bersanding atas pelamin dulu boleh je kau duduk kepittttt.

Tapi bila aku sendiri dah pregnen,

♪ ♫ ♩ Tapi pabila aku sedar diri siapakah aku ini,
Aku tertanya sendiri apakah yang terjadi ~ ♪ ♫ ♬ 


Hihihi..baru nak sedar diri!
Especially bila perut dah boyot 8 bulan lebih. Kepala baby dah pointing downwards, memang dah takleh duduk rapat kaki. Nak silang kaki apatah lagi. T_T
Bila perut makin berat ke bawah, lagi terkangkang lah kau, yop.
Nak berjalan pon kena slow-mo je. Sebijik macam penguin.
Bila duduk, mesti menyandar ke belakang, pastu kaki terkangkang je.
Kan burok benau rupanya tuhh.. haihhhh..tapi nak wat camne..
 Itulah lumrah orang mengandung.
Ha tu lah kau! Lengkali kutuk lagi orang duduk terkangkang. 
Suka hati dia la nak duduk tonggek ke, duduk sambil shuffle ke. ;O
*Bebel diri sendiri*


Nak amik pembantu rumah?

Dua tiga menjak ni, aku and hubby sibuk survey tempat nursery/babysitter/pengasuh untuk hantar anak kami nanti.
Dah ada dua-tiga tempat seswai dalam list. Cuma belom decide betul-betul lagi the best place yang kitorang akan pilih.
Banyak jugak benda nak kena consider kan.
Yuran mahal ke tak, distance dekat ke jauh, bilangan pengasuh kat tempat tu cukup ke tak, bilangan baby yang dah ada kat situ ramai ke tak, schedulenya macam mana, perangai pengasuhnya selalu gila meroyan ke tak, pengalaman mak bapak yang dah pernah hantar anak kat situ diorang satisfy ke tak. hewww!

So nak compare semua tempat yang kitorang pergi tu? huihhh jenuh!

Sampai la tetiba hubby asked me..

Hubby: Kita amik pembantu rumah nak?
Aku: *berbunga* Are u serious??
Hubby: Dah tu susah sangat nak pilih nursery. Baik kita hire pengasuh jaga anak kat rumah kita sendiri.
Aku: Tapi cara tu lagi mahal kot.
Hubby: Takpelah. Yang penting anak & sayang happy.
Aku: Oh okayyyy jewwww!! Tapi abang nak hire sape?
Hubby: Hurmmmmmm...jap abang pikir.. hurmmmmm.. Kalo boleh yang macam Tiz Zaqyah okay gak.
Aku: Hahhh?!! Taknak! Cari yang macam Norlia Ghani! *terus merajuk dan berlalu pergi*
Hubby: HAHAHAHAHAHAHA!!



Sudahnya, tak dapat buat apa-apa decision pon.
Sebabnya bini kuat merajuk. kah kah kah =P

Khas untuk si plagiat tersayang.

Ada satu makhluk ni buat aku betul-betul murka.
Last nite, when hubby was reading blogs, tetiba dia panggil aku.

Hubby: Tengok belog ni, banyak belog entries dia macam belog sayang la.
Aku: Hmm?! *sambil scroll belog tu* Eh, ini bukan MACAM, ni memang kompom copy-paste sayang punya belog!!
Hubby: Ha'ah kan? Siap gambar-gambar pon dia cilok.
Aku: Perangai cam tenuk betul la blogger nih. Mana abang jumpa belog nih?
Hubby: She's one of your blog followers.
Aku: Oh ye ke??! Patutlah kau beria nak follow aku! Rupanya kau cilok semua entry belog aku, tepek kat belog kau! Budus!

Yang paling kelakarnya, bukan setakat words/sentences dia nak copy-paste, dengan gambar, dengan tajuk entry pon sama! Ape bingai sangat tuuuuu..
Tau la aku tak pernah letak watermark kat gambar-gambar tu semua. 
Tak semestinya kau boleh bersenang lenang cilok begitu sahaja.
Aku nak tengok sejauh mana lagi si tenuk tu nak ciplak.

Tapi setakat ni, aku tengok followers dia boleh kira ngan jari je. 
So kau nak harapkan semua followers aku follow belog kau pulak ke? 
Haram zadeyyy takkan dapat punya derrr..



"Menembak" perut seksi. =P

Last month, we had a maternity photoshoot at the Botanical Garden Penang.
Bulan lepas amik gambar, bulan ni baru boleh tengok hasilnya.
Kenapa lamaaaaa sangat? 
Sebabnya aku malas nak pi amik CD gambar yang dah lama siap tu kat Incik Fotografer. hihi. So tangguh punya tangguh, last-last Incik Fotografer tu yang baik hati poskan je CD tu ke rumah. Eheheh..thank you, Incik Fakaruddin. =)

 We enjoyed the pictorial session sepanjang dua hari with Incik Fotografer from QBabyFace.
Kitorang terpaksa buat 2 hari bcoz first day tu hujan la pulakkkk.. So extra 1 hari lah.
Walaupon aku bukan main mengah lagi nak berjalan, berlari, mendaki tempat tu.
Yang dua orang jantan tu (hubby & Incik Fotografer) bukan reti nak berjalan selow-selow. Berlari-lari penguin aku nak kejar diorang. T_T
Nasib baik aku bawa balang air sebesar alam untuk diminum bila mengah.

So untuk tatapan uolls semua, iolls dah tepek beberapa gambar sepanjang sesi menembak tu. Tapi just a few pics la ye.
Tak kuasa la pulak iolls nak upload semua.
Takut uolls muntah darah pulak baca entry yang tak habis-habis nanti.


Okay dah dah. Finish!
Gambar-gambar lain pon lebih kurang gini la gayanyer. Tayang perut.
Sesape yang belah-belah utagha ni, nak try khidmat QBabyface ni, boleh la add kat FB.
Incik Fotografer ni pon baik, senang berunding, bertoleransi, bertanggungjawab, hormat orang tua, berbudi bahasa, berpewatakan menarik, handsome, eh eh eh.

Thank you, Incik Fakaruddin @ QBabyface for a great maternity pictorial session!

Aku plan nak buat photobook khas untuk maternity pics nih.
Tapi bila bagitau Mama, terus kena bebel...

"Buat ape nak membazir buat photoshoot, photobook segala?! Baik spend duit tu untuk benda-benda berfaedah. Spend untuk buat akikah nanti ke, untuk barang keperluan anak ke, bawak Mama pergi melancong ke, belikan Mama gelang baru ke.."

Baiklah Mama... -_____-"


Saya nak seluar dalam Superman!

I was driving and stop kat simpang traffic light.
While waiting for the light turns green, mata melilau dan terpaku.
Terpaku kat perkataan SELUAR DALAM!


So sesape nak ubat mati pucuk, sila la beli "SELUAR DALAM SUPERMAN" ni.
Siap ada hadiah-hadiah percuma lagi. -..-"



Kenapa orang lelaki selalu buncit? ;)


Bcoz satu pinggan is never enough. 
keh keh keh


So, this is business.



Air Kelapa dan Mak Buyung

Bila dah dekat-dekat nak bersalin ni, ramai yang suruh aku minum air kelapa muda.
Ada yang kata, untuk "melicinkan" jalan keluar baby tu nanti.
Macam pelincir la kot.
Ada pulak yang kata, supaya badan baby nanti tak banyak selaput yang putih-putih tu.
Bersihhhhhh je kulitnya.

Tapi setakat ni aku tak jumpa lagi bukti saintifiknya.
Ramai yang cakap based on their experience je.
Tapi never mind lah sebab aku ni memang suka pon minum air kelapa.
In fact, masa duk Ganu dulu, tiap-tiap petang duk mengait kelapa.
Eh kelapa boleh kait ke?
Ok nampak nau penipunya.
Tapi memang sakan la aku minum air kelapa sejak zaman anak dara lagi.

So takde masalah bila pregnen ni nak teguk air kelapa banyak-banyak pon.
Hatta nak telan sejibik kelapa pon aku rela gamaknya. erkkk?!

Tapi laki aku ni pulak, punya la dia taknak aku minum air kelapa kat kedai.
Alasannya, sebab banyak air gula.
Sanggup je dia pi beli buah kelapa and kopek sendiri!


Berpeluh-peluh keti kauuuuu!!! 
Mengalahkan kopek doyan!
 Kesian lak aku nengok.

 

Tapi hasilnya berbaloi loi loi la.
Air dia sedap and isi pon banyakkkkk.
Lupa diri kejap bila dapat layan air kelapa.


Dan selagi tak beranak ni, tetiap minggu la hubby pi borong buah kelapa kat kedai buah kat roundabout simpang nak masuk highway sana. Yang sebelah tapak funfair tu. Oposit kedai jual tilam. Ha kat situ boleh repair sofa jugak. Nak direction selanjutnya, sila gugel map.

Sampaikan apek tokey kelapa tu pon dah kenal hubby.
Sampai everytime hubby pi beli kelapa, mesti sangkut kat kedai tu berjam-jam sebab layan Apek tu bersembang. Haha.

Aku ada gugel-gugel jugak pasal khasiat air kelapa ni. Dan ni yang aku jumpa.
Dipetik dari belog ni.
Hang rajin, hang baca. Hang malaih, hang boleh beramboih naa. 

1. Elektrolit Alami
Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Sebagai isotonik alami yang kaya mineral dan mempunyai elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.

Ibu hamil memerlukan lebih banyak air berbanding orang lain. Dehidrasi selama kehamilan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi, termasuk sakit kepala, kram, edema dan bahkan kontraksi yang boleh menyebabkan kelahiran pramatang.

2. Diuretik Alami

Sebagai diuretik natural yang steril, air kelapa muda melancarkan air seni dan membantu membersihkan saluran kencing. Hal ini berkhasiat mengeluarkan zat-zat toksin dari tubuh dan mencegah jangkitan saluran kencing- yang juga cukup umum terjadi pada wanita hamil.

3. Antipenyakit
Air kelapa muda mengandung asam lauric, asid yang membantu melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan mempunyai ciri-ciri antijamur, antibakteria dan antivirus sehingga menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteria klamidia dan heliokobater.

4. Membantu Pencernaan

Air kelapa juga boleh dipercayai memperbaiki fungsi pencernaan. Selama kehamilan, plasenta menghasilkan hormon progesteron yang melambatkan kontraksi otot perut sehingga pencernaan pun melambat. Air kelapa dapat membantu meningkatkan kelajuan pencernaan.

5. Meningkatkan HDL
Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol, bahkan menurut penyelidikan dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.


Coconite @ Honolulu!

Last weekend, aku and hubby attended an annual dinner organized by IJM Berhad.
The dinner was very grand and beyond my expectation!
Aku ingat biasa-biasa je. -.-"
It was held at Eastern & Oriental Hotel, Georgetown.

 Invitattion card yang ala-ala flight ticket to Honolulu.
Agak-agak kalau aku pi check in kat airport, depa percaya tak? =P


Dress code- Hawaiian/Beach
First yang aku terpikir is, BIKINI!!!! 
Dengan daun kelapa lilit kat pinggang, dua tempurung to cover breasts, bunga-bunga lilit kat kepala/leher. Awww!! ;P

Tapi bila mengenangkan perut yang memboyot ni, terus down. 
Kang kalau pakai bikini gak, orang ingat aku meniru gaya badak air pulak.
So,terus decide pakai jubah je la. -___-"

Setelah berdiskusi dengan hubby, he asked me to wear this.
Bila aku tengok depan cermin, hurmmm okay jugak!

Let's get party started, babyhhh!


Bunga kat topi and tangan tu, aku DIY jewww.


Kitorang sampai agak lewat sebab nak Solat Maghrib dulu.
Ingat dah lambat sangat, rupanya diorang baru nak mukaddimah.
So sampai pon ngam-ngam tepat waktunya.

 CEO of the company


 
Hawaiian dance by the "hawaiian girls bermuka cina". Haha
Bergegar dewan masa depa duk menari! =P


Jom tengok apa berlaku kat table kitorang pulak.
At first, kitorang ingat dapat seat tak best. Sebab sampai lambat kan.
Sekali, duduk sebelah big boss kauuuuuu!!!
Tetiba the Project Manager hulur tangan kat aku.
Ketar lutut mak! Nak tak nak terpaksa je la tarik kerusi duk sebelah bini dia.. -..-

 Wife of the Project Manager.

Memula, aku kekok la jugak nak sembang ape. So dua-dua diammmm je. Haha.
Bini big boss wehhh.. Yang aku ni bini buruh kasar jeww.. =P
Tapi lama-lama kitorang boleh bercerita sakan pulak. 
Sebab we both preggy. Both 1st pregnancy and both dah 8++ months.  =)
Sampai makanan kat atas meja silih berganti pon, kitorang boleh wat bodo berborakkkkkk je lagi.

Boleh tahan jugak sense of humor bini boss nih. Aku suka!


 The one standing next to me is the big boss. Tu yang aku gedik semacam tu. Eheh




Most Chinese & Indians staffs sibuk la cheers dengan beer segala.
Sampai merah-merah muka, jalan pon dah bergoyang-goyang. Hmm
Yang muslim ni, tengok je la ye..




Hubby gatai nak ngetest topi aku. -.-"


Disebabkan dalam ballroom tu sangatlah bising berdentamdentum, anak aku pulak duk menendang sakan dalam perut. Agaknya dia tak selesa kot.
So aku ajak hubby keluar kejap mengeround keliling hotel.
Dah keluar ballroom tu, baru anak aku rileks sikit.

Beach-girls-yang-bareback tengah menyusun doorgift.


Bila kitorang masuk balik, diorang tengah panggil nominees for The Best Dress Award.


 And the selected winners kena dera buat hawaiian dance dulu before being awarded.

 The "King & Queen" of the night - Best Dress Award.

The event finished around 11.30pm, aku and hubby sempat lagi bersiar-siar sebelom balik rumah. Sampai je rumah, dua-dua tumbang atas katil tak sedar diri sampai ke pagi.

Selama setahun 4 bulan kitorang kawen ni, this was the first dinner yang kitorang attend as husband-wife. Siap bawak anak sekali dalam perut. Heheh.