Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

20 Facts About Me

Sekarang tengah demam apa entah dekat Instagram.
Tak habis-habis dengan hashtag #20FactsAboutMe.
Dan aku juga telah di-tagged oleh adik sendiri (Raidah).
-_____-

Disebabkan aku tahu ramai readers blog ni takde account Instagram,
Maka aku share lah kat sini sekali k.
Selamat mengenali aku dengan lebih mendalammm lagi.
Jemputlah baca aduinyapuin.


1) Nama saya Rajiah, yang bermaksud HARAPAN. 
So if u wanna say, "itulah harapan saya." Sinonim kepada ayat itu adalah "itulah rajiah saya." Heheh 


2) I have hearing problem. So kalau nak bercakap dengan saya, biaq teghangggg.


3) Susah gila nak nangis depan orang. Sampai sesetangah orang anggap saya ni berhati batu. Tapi saya taklah begitu. 
Macam kita korek hidung, depan orang kita susahhhh nak buat, tapi bila sorang-sorang kita buat bersungguh-sungguh. ;D
So bila keseorangan saya mudahhhh menangis dengan selaju-lajunya.


4) I'm asthmatic. Alah dengan asap, jerebu, habuk etc. 
So kalau kemas rumah, saya akan pakai face mask dan sunglasses. 
Kalau ada helmet, pun saya sarungkan. Dah macam ghostbuster. 


5) Saya bukan surirumah. Tapi surisuami. Sebab saya tak kawen dengan rumah. -..-


6) Saya berkahwin dan mendapat Master in Environmental Engineering pada usia 22 tahun. 
Orang selalu kata saya gatal instead of kata saya bijak. 
Fineeeee. *tiup ketiak* 


7) Saya takut lipas. Suami saya discovered yang saya takut lipas ketika tahun kedua perkahwinan kami. 
Masa tu baru dia betul-betul yakin yang dia kawen dengan wanita tulen dan bukan pondan. 
Sebab pondan tak takut lipas. 


8) Satu Malaysia cuti pada tarikh birthday saya, tapi BUKAN SEMPENA birthday saya. -___-


9) I'm constantly hungry. Selera macam walrus. Kalau nampak walrus pun aku makan. 


10) Saya pandai buat aiskrim. Aiskrim kordial yang ikat dalam plastik panjang tu. 
Haikal selalu cakap, "Wahhhhh hebat la mama buat aiskrim!" 


11) Saya perempuan yg tak berapa nak perempuan. Diakui sendiri oleh suami saya. 
Dia kata kat rumah, saya ni macam rival dia. Gentleman dan kuat kentut. 


12) Dulu saya tak suka budak-budak. Tapi bila dah jadi mak, tetiba rasa sayanggggg budak-budak. 
Nampak budak je, terus pondan. 


13) Saya suka tiru suara pak engku. Tapi skill masak memang out. 
Tapi masih pasang angan-angan nak berjaya macam pak engku. Nak pakai songkok tinggi. 


14) Saya boros. Tapi selalu boros untuk orang lain. 
Sanggup perabih belikan maciam-maciam yang bukan untuk diri sendiri. 


15) Saya tak suka rambut panjang, tapi suami tak bagi potong. 
Pastu malam-malam dia suruh saya nyanyi lagu injet injet semut. 
Dia kata sama macam heroin filem hantu kak limah. 


16) Saya suka makan tapi malas masak. Selalu harapkan jiran-jiran sebelah je hulur lauk, 
pastu nanti aku balas dengan drummet ayamas je hahahah. 


17) Saya ada sindrom suka tengok orang senyum dan gelak. 
Even strangers pun, saya boleh tenung lamaaa tengok dia gelak. Orang ingat saya saiko. 
 Dulu masa sekolah, budak-budak laki selalu salah paham dengan sindrom saya ni. 
Diaorang ingat saya tenung sebab saya nak ngorat. 
Ah hensem tapi bulu dada penuh pun tak berguna. Tak hengen. 


18) Cara saya release stress ialah dengan driving. Long distance drive. 
Drive lah tah kemana-mana pergi tah. Janji drive, pastu mesti lega. 


19) Saya sangat strict dalam mengasuh dan mendidik Haikal. 
Tak tahu lah kenapa jadi camtu. Mungkin ada bakat terpendam sebagai pengetua sekolah. 


20) Saya blogger. Nampak sangat dah takde idea. ;D


30 fakta rawak tentang suami kesayangan saya.

 30 fakta rawak sempena hari jadi yang ke-30 hubby hari ni, 21/06/13.


1. Sangat sobarrr orangnya. Nisbah kesabaran aku dengan hubby ialah, 2:800juta. Selama 3 tahun kawen ni, tak pernah lagi aku rasa betul-betul kena marah dengan hubby. Paling dasyat pon hubby cakap, "Papa tak suka lah Mama buat macam tu." Itulah kemarahan paling dasyat setakat ni. Sila kagum.

2. Bijak bab kewangan. Hubby takdelah berduit sangat tahap boleh beli lapan bijik ferrari. Dia biasa-biasa saje. Cuma aku tak pernah lagi rasa miskin selama kami bersama. Sebab hubby pandai manage duit.

3. Suka manjakan orang. Yang ni obvious. Masa baru kawen dulu, ramai orang cakap hubby terlalu manjakan aku. Takut kang aku pijak kepala ke apa kan. Kamon la. Hubby lagi tinggi dari aku kot. Mana sampai kaki aku nak naik sehingga paras kepala? Kangkang gymnastic kuasa lapanbelasjuta pon belum tentu sampai. Huhu! Sebenarnya bukan aku sorang je hubby manjakan, tapi semua orang. Anak dia, mak ayah dia, adik beradik dia, etc.

4. Suka tersasul-sasul. Lidah panjang ke pendek entah. Asikkkk tersasul. Land Bridge jadi Rand Blidge. Ok tu contoh. ;D

5. Susah gila nak nanges. Hubby pernah bagi perumpamaan, "Menangis depan orang ialah ibarat berak di tengah padang futsal depan penonton" -..- Tapi masa aku beranak dulu, tertik tik tik la jugak air mata hubby. Nasib aku tak cakap, "Woiii orang tengah main futsal ni woiii.." Kihkih

6. Cepat emo kalau rambut buruk. Kalau rambut cacat sikit, macam baru bangun tidur ke kan, pastu gel rambut dah habis pulak kan, mesti emo sepanjang hari terus taknak berhadapan dengan dunia luar. Pfft. So lepas ni pakai shawl je la ok? -..-

7. Tak berapa suka kopi. Tapi kalau teh, dah balun 8 teko pon, still mintak lagi patbelas teko. Haha! Hubby memang gila teh.

8. Sangat cenderung dalam bisnes dan pelaburan. Cenderung ye, bukan expert. Dia punya minat tu, overrr. Contoh kalau aku cerita pasal gossip retis siti norhalija jatuh motor terpele'ot tumit ke kan. Dia tahan 3 saat je dengar cerita camtu. Tapi kalau aku cerita pasal kawan aku buat bisnes dobi, basuh baju anak2 yatim, basuh telekung surau, dua hari tiga malam pon hubby boleh layan. Lagi satu pasal jual beli properties. Dia cukup suka. Dan sekarang pada usia 30, hubby dah ada dua buah rumah. =) Dan dua-dua pon bukan untuk aku. Ini tidak kelakar. Huhu!

9. Tidur berdengkur. Ok tak aku gurau. Kahkahkah!!

10. Tulisan cantik dan kemas. Lagi dia malas, lagi cantik tulisan dia. Nyampah. Kalau aku, bila rajin macam cakar ayam, bila malas macam cakar vavi. Buruk nak mamfff. Aku pon tak paham apa aku tulis.

11. Pandai melukis. Tapi aku lagi pandai. Tak percaya, tengok SINI. ;D

12. Kalau bab makan memang main bedal je. Hubby tak kerek sangat bab makan. Macam aku la. Ikan laut ke ikan air tawar ke semua dia makan. Ikan duyung pon dia makan. *sila pandang saya* Bahah!

13. Suka mancing. Tapi sejak kawen ni, dah jarang pergi. Dah berabuk rod mancing dalam setor. Ye la kan, bila balik kerja je, tengok ikan duyung tengah bersimpuh. Tu yang tak jadi pi mancing kat luar. Mancing dalam rumah je cukup. *sila pandang saya lagi* kahkah! Lempang satu kali.

14. Tak suka pompuan mekap heavy-heavy. Sejak dah kawen ni, aku memang jarang mekap. Bedak pon pakai johnson baby tu je. Yang taruk kat bontot Haikal tu la jugak bedak yang aku tepek kat muka hari-hari. Bukan sebab hubby marah aku mekap, tapi kalau kitorang jalan mana-mana kan, pastu hubby nampak pompuan mekap tebal kan, mesti dia cakap buruk la, macam arbok la, macam nenek-nenek la, macam kak limah la. Sentap iolls tau. Aku ni kan ikan duyung *keladak tekak*, bukan kak limah. So sejak tu terus taknak mekap dah.

15. Lebih suka mengalah dari melawan. Tak kisah la bila dengan aku ke, dengan kawan-kawan dia ke, dekat ofis dalam meeting ke. Kalau benda dah tegang, dia akan diam dan tadahhhh je dulu. Dah reda sok, baru dia argue balik slow-slow. Ni berkaitan dengan fakta no.1 tadi.


16. Lebih layan muzik/lagu orang lama. Dah kata dah tua kan. Bahah. Hubby macam tak in sangat dengan muzik zaman sekarang. Kamon laaa siapa je yang layan kpop?? Pi mampoih. -..-

17. Bab cintan cintun, hubby takde la romantik tahap lautan api sanggup kurenangi gunung daik bercabang tiga. Hubby ni jenis berpaksi kepada realiti. Bohohoh! Time nak ngorat aku dulu, direct je cakap, "Habis projek LEKAS ni, saya masuk minang eh? Kita kawen je la senang." Hamboiiiii.. couple pon tak, terus nak masuk minang deshuummmm!! Tapi aku suka je. Kahkahkah.

18. Hubby paling nyampah tengok pompuan bawak kereta mewah/mahal tapi macam siput. Pegang stereng sampai ke siku. Bahah. Aku pon nyampah. Bagi saya je la kereta tu kakkk. Ehehehe....

19. Minat bercucuk tanam. Selama tiga tahun kitorang kawen, dah banyak hubby tanam, macam pokok cili padi, pokok gajus, bunga raya. Tapi Alhamdulillah semua tak menjadi. Kahkah!! Dia tu rajin tanam je. Siram dan baja malas. Ingat pokok tu rajin nak berjalan sendiri cari makan bila lapar? Tetiba pokok cili padi berjalan pergi gerai depan, "Bang, bagi burger ayam special cheese lebih lapan bungkus. Dah lapan tahun tuan saya tak bagi makan nih." -..-

20. Tak minat sangat gajet-gajet terkini. Bukan tak minat sangat, tak minat langsung! Huhu! Nak tahu hubby pakai phone apa? Nokia, yang keypad dah terjojol keluar, nombor-nombor dah terhakis, screen takde colour, takde camera, apetah lagi instagram haha! Berharga RM80. Tapi phone tu ada satu apps special tau. Nama apps tu "pencuri-dapat-kompom-pulangkan-balik". Smartphone pon takde apps ni. ;D

21. Minat gilaaaaa kereta. Yang ni memang annoying kadang-kadang. Kalau kitorang tengah travel ke kan, tengah atas hiway tu mesti hubby macam, "Oh ni volkswagen passat nih. Harga 180k. Enjin 1.5. Boleh pergi sampai 200 laju dia ni." Selang dua tiga minit, "Perghhh cantik gila warna kereta ni, ni colour code brilliant red ni. Yang perdana tu pulak pakai flat black." Boring tak hidup kau? -..- Ke semua lelaki memang macam ni? Boring boring boringggg.

22. Tak amik kisah sangat benda-benda remeh. Kalau sakit sikit-sikit, hubby tak kisah. Makanan tak sedap, tak kisah. Cuaca panas, tak kisah. Kena bebel dengan boss, tak kisah. Kena bebel dengan bini, pon tak kisah. Haha!

23. Suka mendaki. Dulu masa zaman kurus, dah banyak gunung hubby naik. Banyak kali jugak dia ajak aku naik gunung. Tapi maafkan saya, saya tak kuasa. Huhu! Aku kan ada asthma. Ok memang takde kena-mengena ponggg.

24. Pandai buat ketam masak lemak cili api. Pergh! Mencecessss ayaq lioq baq hang...

25. Kalau siang ikan ke, ketam ke, ayam ke atau apa saje, mesti berejammmm. Sangat teliti, bersih dan kemas. Kalau ikan kan, segala sisik, sirip, isi perut, ekor semua dicantas. Jangan ada sikittttttt pon. Kalau ada, selagi tu la dia duduk kat dapur tak keluar-keluar. Anak dara sangat perangai.

26. Boleh tidur dimana jua. Panas ke sejuk ke. Selesa ke tak selesa ke. Baring ke duduk ke. Hubby amik masa 3 minit je untuk nyenyak dan mengeluarkan bunyi mesin rumput. ;D

27. Tak berapa suka makan sayur. Macam budak-budak nak kena pujuk supaya habiskan sayur, kang sayur tu nangis. -..-

28. Deria dengar sangat kuat dan sensitif. Tapi deria bau dan rasa, kurang. Contoh macam rasa coffee mocha dengan coffee latte, hubby tak boleh beza. Tapi kalau coffee mocha dengan sirap limau boleh la beza. Kalau tak boleh jugak maksudnya aku yang tak reti buat air. Haha!

29. Tak reti duk diam kat rumah. Kalau lamaaaa sangat kat rumah, mesti panas bontot terus nak ajak keluar. Walaupon tak tahu nak ke mana pon. Kengkadang aku malas nak layan suruh dia keluar sorang-sorang. Huhu!

30. Lahir kat mentakab pahang. Tapi membesar kat KL. Anak ketiga dari tujuh beradik. Ok nampak sangat aku takde idea dah kahkah.

Happy 30th Birthday, suami!
I love you sooooo much.
Walaupon mama selalu bebel, tapi dalam bebelan tu sebenarnya ada maksud tersirat iaitu 
"aku cinta padamu".
Geli tak? Haha!

Alaa kasi la aku jiwang sikit. Bukan selalu pon. Sekali ni je.
Lagipon bukan jiwang tahap nak muntah lapan baldi pon.
Ok bagi aku sambung sikit lagi.

"Papa, Mama nak Papa tahu, Mama cinta Papa sangat. 
Walaupon Papa dah tua, Mama tetap cinta. Cintaku sentiasa mekar untukmu."

Haaaa...tak jiwang sangat pon kannn.
Libas kasut bola tahu la. ;D

Koleksi kereta Daddy

Okay hari ni saya nak meng-fulfill request orang, ye tuan puan.
Ada one of my belog readers (padahal org kampong den kek pilah tu ha!), buat suggestion untuk belog ni. Arigatou banyak-banyak la ye.
Padahal orang request 2 bulan lepas, tapi baru sekarang kau nak buat entry kan.
Kunun sayang readers, poyosss je lebih!!! Hihi

Ni ha request nya..

Okay beliau telah meng-request supaya aku buat entry pasal kereta Daddy.
To be frank, aku sebenarnya agak berat hati nak buat entry pasal ni, sebabnya:

1) Takut orang ingat aku angkuh riak takabbur bongkak bongkok bongok dan sebagainya.

2) Aku rasa macam dah out of aku punya belog scope pulak. Bcoz cakap pasal koleksi kereta Daddy, bukan kereta aku. So takut orang kata, Ehhh itu kereta Daddy dia, bukan kereta dia pong. Padahal dia pakai kereta sorong je pong. Dan sebagainya.

3) Aku sebenarnya tak amik port sangat pasal harta mak pak aku nih. So nak buat entry ni pon aku macam, Eh Daddy pakai kereta ape eh? Eh Daddy ada lesen kereta ke lesen motobot eh? Haa gitu.. Betapa tak amik portnya aku. Haha

Tapi despite those reasons, aku terpikir jugak apa salahnya sesekali memenuhi permintaan peminat pembaca. So aku anggap benda ni hanyalah untuk meng-happy-kan pembaca sahaja. Takde niat lain okayyy.

So let's begin.


Aku rasa, ni la kereta pertama Daddy.
 
Aku teka je nih. Sebab ade aku pulak dalam gambar tu.
Along, betol ke ni kereta Daddy?? Hihi.
Tapi taktau la kalau masa tu Daddy sesaje nak amik gambar ngan kereta jiran sebelah ke hape. Takpon kereta sebenar Daddy ialah yang kereta belakang (JKR) tu. Siapa tahu, bukan? Along, please correct me kalau salah ye.
Biasalah kan. Soal harta khazanah terawal mak bapak kena la rujuk anak sulong. Heh.


Kereta Daddy seterusnya yang aku ingat ialah Honda bontot ketot kaler merah.
Bentuk dia lebih kurang camni la..
 
Gambar ni aku cilok kat Gugel.
Tapi lebih kurang gini la keretanya, tapi kaler merah.
Tapi aku tak ingat la pulak Honda cap ape.
Cap Accord ke cap Civic ke cap ayam brand ke. Tak sure.
Lagi sekali, Along, boleh tak tolong ingatkan brand ape? Heh
Maklom la, masa ni aku kan kecik lagi.
Kapal selam ngan kereta lembu pon tak boleh beza lagi.


Dan kereta seterunya, Proton Wira silver.
Hah yang ni aku ingat.
Sebab masa ni aku dah sekolah.
Dah pandai ABC.
Siap aku ingat no.plet dia sampai sekarang.
TR9757.
Betol dok, Along?


Dah bosan dengan Wira, Daddy tukar kepada Proton Perdana V6.
Kaler silver jugok.
Oh ni aku nak bagitau, Daddy aku meeeeemang suka kaler silver.
Daddy kata,semua yang silber-silber nih ekslusiff! Hahh tu dia!
Tak silap aku no.plet perdana Daddy TAA9809.


Lepas beberapa bulan migrate dari Ganu ke Shah Alam.
Daddy tukar selera.
Dia sambar BMW325 sejibik.
Well, dulu orang kampung, sekarang dah jadi orang Key Ell.
 Kena la feeling-feeling Key Ell bila bawak BMW. *muntah*
Pastu dekat sekolah, Awak nak tau tak? Daddy kita baru beli kereta. Kereta tu hidung besar. Kereta canggih. Kereta mahal.
Padahal rakan sedarjah tak tanya pong.
Bila habis sekolah tengok bapak rakan sedarjah bawak kereta lagi canggih. 
Haha padan muka.

Aku ada pengalaman kelakar dengan BMW Daddy ni.
Masa aku final year kat UiTM masa degree dulu, aku terpaksa bawak kereta ni pegi kelas. Sebab kereta aku (kenari merah) kena pas kat adik, Rizzy.
Mula-mula, aku punya la menyampah bawak kereta besar dalam UiTM tu.
Well kau tau je la UiTM DiHatiku tu camne, dengan jalan sempit, parking menyelit-nyelit, traffic jam during peak hours. Boleh gila kalau hadap hari-hari.
Ni kan pulak dengan kereta besar. Kau pikir ada parking ke? Nak parking menyelit celah pokok, takkan dapat punya derrr. Pegi cari parking bas la!
Tapi yang kelakarnya, masa aku bawak kenari dulu, baaaaaanyak saman aku dapat dari Pak Gad. Siap kena clamp tayar lagi sebab parking kat tempat staf.
Tapiiiii..semenjak bawak BMW, tak pernah sekali pon kena saman/clamp.
WALAUPON AKU PARKING KAT TEMPAT DEKAN.
Bahahahaahaa
Dah la kereta Daddy tu memang takde stiker Pelajar UiTM pon.
Kalau ade pon, kau pikir Daddy kasi tepek ke?? Stiker drive-thru McD pon tak boleh tepek okayyy. So everytime nak drive thru McD, tepek la kat muka sendiri.
So bukan setakat tak kena saman/clamp, malahan (hamboih MALAHAN!) tak pernah kena tahan kat main gate UiTM.
Biasanya kalau takde stiker, mesti kena tahan pastu amik tag pelawat segala kan. Tapi aku, dah la tak kena tahan, siap Pak Gad tu yang angkat tangan kat aku. Hamboih!
Banyak kali jugak la aku tengok cermin, kot-kot muka aku ade iras Siti Nurhalija ke hape kan. Maklom la sebelom-sebelom ni, bangla je berani angkat tangan kat aku. -__-"
So tu la nikmatnya pinjam kereta Daddy. Haha


Dan yang terbaru, Daddy tukar angin kepada Honda Accord yang panjang macam bas.
Dan akhirnya, dia dah tak pakai kaler silver, tukar kaler hitam la pulok.
Kereta ni la dia duk pakai sampai la ni.
Taktau la lepas ni Daddy nak tukar kereta ape pulak. 
Kereta lembu je la Daddyy...mesra alam sikit! Keh keh keh.

So tu je lah untuk entry kali ni.
Sebab requestnya ialah kereta Daddy, so takde la aku nak include kereta Mama sekali. Mahupon kereta anak-anak Daddy. Mahupon kereta sedara-mara dan jiran-jiran Daddy. Mahupon kereta orang jual goreng pisang dan Char Kuey Teow depan rumah Daddy.
Sekian timo kaseh.

Ni ha ade lagi satu request dari orang yang sama.
Later aku buat.


Why so bother?


Last weekend, I attended a wedding of my supervisor's daughter.
The wedding was quite grand. Biasa la, anak tunggal pompuan.
Ada orang kata, everything was sponsored by the parents.
Wah untung lah. Kawen free! Hihi.

 With the mom-of-the-bride cum my supervisor- Dr. Norhashimah

 Baby Haikal's first time to attend a wedding ceremony. =)

Few days before the wedding, macam biasa lah kitorang nak prepare hadiah for the pengantin. Nak beli gift-wrapper lagi. Nak beli greeting card. Nak beli riben lagi. Nak beli selotape lagi. Gunting lagi. Okay takkan gunting & selotape takde standby kat rumah kot? Kecoh betul.

And masa nak balut hadiah tu, aku punya la duk pikir nak lipat kertas tu camne.
Nak kelepet style camne.
Nak buat bentuk kipas ke. Nak buat style goodie-bag ke.
And then dah balut nak tampal kad kecik yang ada tulis SELAMAT PENGANTIN BARU. IKHLAS DARIPADA BLA BLA BLA.
Padahal kalau ikhlas takyah la tulis daripada siapa segala. Betoi dak?
Lepas pung pang pung pang, nah siap pon hadiah untuk pengantin. 
Dengan harapan, aku punyalah yang paling kreatif.
Aku punyalah yang paling cantik wrapper nya.
Aku punyalah yang si pengantin akan suka and ingat sampai bebila.

Tak lama lepas tu, tetiba aku teringat masa aku baru kawen dulu.
Pada malam pertama lepas bersanding.
Selalunya malam pertama pengantin buat ape eh??
BUKAK HADIAH YE KENGKAWAN.
bukan beromen. heh

So habis je majlis resepsi kat Dewan PKPS tu, berlonggok hadiah menanti kitorang kat rumah.
Alhamdulillah la kan. Rezeki.
Tapi yang jenuhnya, kitorang kena unwrap one  by one. Memang jenuh.

Aku taktau camne depa angkut hadiah ni semua dari dewan PKPS ke rumah. -___-"

So kau bayangkan, dah la tengah kepenatan sehari suntuk untuk majlis resepsi.
Pastu ada selambak hadiah untuk dibuka.
Kau rasa si pengantin kesah ke wrapper sape paling lawa?
Greeting card sape paling mahal, paling kiut. 
Oh yang ni kelepet tang sini, yang ni pulak kelepet tang sana. Kreatif nya!
Oh comelnya kad ni ade gambar teddy bear lah! Comelnya!

MEMANG TAK.

Based on my experience, semua hadiah telah dibuka dengan rakus.
Ofcos la some were attracted, tapi untuk sesaat dua je la aku tenung. Pastu campak.
Maksud aku, gift wrapper tu ye. Bukan campak isi hadiah.
Isi hadiah tu lain cerita. Siap pelok-pelok. =P

 

At the end of the day, lepas semua hadiah dah dibuka, akan ada satu longgokan gift wrapper yang saaaaaangat banyak.
Being an environmentalist, aku rasa saaaaangat membazir nak buang.
Aku tau semua wrapper tu bukannya murah. Pakai duit jugak kan.
Entah berapa banyak pokok la kena tarah nak buat wrapper tu semua.
Pastu berapa saat la sangat wrapper tu membaluti hadiah-hadiah tu semua.
Pikir-pikir balik, what a waste kan?
Kalau sekeping dua tu, I might want to reuse it. 
Tapi kalau dah selambak gitu memang tak kuasa la kan.
But ofcos I appreciate every single pressie we got.
In fact, sampai hari ni pon, aku boleh ingat sape yang bagi hadiah ni hadiah tu.
Kalau guna rice cooker, oh rice cooker ni Atuk bagi.
Kalau guna sandwich maker, oh ni kawan hubby bagi.
Kalau guna oven, oh ni polan ni yang bagi.
Kalau guna cadar sarung bantal comforter, oh ni makcik ni yang bagi.
Kalau guna towels, oh ni minah ni yang bagi.
Kalau guna pinggan mangkuk cawan sudu garpu pisau senduk nasi, I still can remember who gave me that thing.
Dan baaaaanyak lagi.

Yang ni antara hadiah yang paling aku ingat.
It was given by my ex-schoolmate.
Sangat sweet bcoz ada sulam nama kat towels tu.
Thank you, Faziela! =)

Moral of the story, pasni tak payah la nak berabih sangat kalau nak wrap hadiah orang kawen. Pakai kertas cikai-cikai je pon takpe. At least, worth it la kalau si pengantin nak buang begitu saje. Yang penting, isi hadiah tu berguna la untuk si pengantin tu.

Air Kelapa dan Mak Buyung

Bila dah dekat-dekat nak bersalin ni, ramai yang suruh aku minum air kelapa muda.
Ada yang kata, untuk "melicinkan" jalan keluar baby tu nanti.
Macam pelincir la kot.
Ada pulak yang kata, supaya badan baby nanti tak banyak selaput yang putih-putih tu.
Bersihhhhhh je kulitnya.

Tapi setakat ni aku tak jumpa lagi bukti saintifiknya.
Ramai yang cakap based on their experience je.
Tapi never mind lah sebab aku ni memang suka pon minum air kelapa.
In fact, masa duk Ganu dulu, tiap-tiap petang duk mengait kelapa.
Eh kelapa boleh kait ke?
Ok nampak nau penipunya.
Tapi memang sakan la aku minum air kelapa sejak zaman anak dara lagi.

So takde masalah bila pregnen ni nak teguk air kelapa banyak-banyak pon.
Hatta nak telan sejibik kelapa pon aku rela gamaknya. erkkk?!

Tapi laki aku ni pulak, punya la dia taknak aku minum air kelapa kat kedai.
Alasannya, sebab banyak air gula.
Sanggup je dia pi beli buah kelapa and kopek sendiri!


Berpeluh-peluh keti kauuuuu!!! 
Mengalahkan kopek doyan!
 Kesian lak aku nengok.

 

Tapi hasilnya berbaloi loi loi la.
Air dia sedap and isi pon banyakkkkk.
Lupa diri kejap bila dapat layan air kelapa.


Dan selagi tak beranak ni, tetiap minggu la hubby pi borong buah kelapa kat kedai buah kat roundabout simpang nak masuk highway sana. Yang sebelah tapak funfair tu. Oposit kedai jual tilam. Ha kat situ boleh repair sofa jugak. Nak direction selanjutnya, sila gugel map.

Sampaikan apek tokey kelapa tu pon dah kenal hubby.
Sampai everytime hubby pi beli kelapa, mesti sangkut kat kedai tu berjam-jam sebab layan Apek tu bersembang. Haha.

Aku ada gugel-gugel jugak pasal khasiat air kelapa ni. Dan ni yang aku jumpa.
Dipetik dari belog ni.
Hang rajin, hang baca. Hang malaih, hang boleh beramboih naa. 

1. Elektrolit Alami
Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Sebagai isotonik alami yang kaya mineral dan mempunyai elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.

Ibu hamil memerlukan lebih banyak air berbanding orang lain. Dehidrasi selama kehamilan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi, termasuk sakit kepala, kram, edema dan bahkan kontraksi yang boleh menyebabkan kelahiran pramatang.

2. Diuretik Alami

Sebagai diuretik natural yang steril, air kelapa muda melancarkan air seni dan membantu membersihkan saluran kencing. Hal ini berkhasiat mengeluarkan zat-zat toksin dari tubuh dan mencegah jangkitan saluran kencing- yang juga cukup umum terjadi pada wanita hamil.

3. Antipenyakit
Air kelapa muda mengandung asam lauric, asid yang membantu melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan mempunyai ciri-ciri antijamur, antibakteria dan antivirus sehingga menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteria klamidia dan heliokobater.

4. Membantu Pencernaan

Air kelapa juga boleh dipercayai memperbaiki fungsi pencernaan. Selama kehamilan, plasenta menghasilkan hormon progesteron yang melambatkan kontraksi otot perut sehingga pencernaan pun melambat. Air kelapa dapat membantu meningkatkan kelajuan pencernaan.

5. Meningkatkan HDL
Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol, bahkan menurut penyelidikan dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.


Maths & Pregnancy - betul ke tipu??

Dah banyak kali dah aku dengar/baca. Since sebelum pregnen lagi.
Banyak sumber yang kata pregnant mommies yang selalu deal with Maths boleh jadikan anak dalam kandungannya bijak pandai. Mungkin lebih bijak dari Adi Putra. =P
Kalau ada yang tak pernah dengar pasal ni, kau sila lah google sendiri.

Aku, macam biasalah, antara percaya tak percaya je.
Sampai la bila aku sendiri yang pregnant ni, makin ramai pulak suara-suara yang cakap pasal kebenaran fakta tu - Maths does affect your baby's brain. hmmm..
Recently, masa pi check up perut, aku tanya la doktor tu.
Betul ke orang yang selalu buat Maths, babynya bijak??

Dan ini jawapannya...
Tu semua kuasa Tuhan kan. TAPI SAYA PERCAYA FAKTA TU.
Tapi bukan la mak buyung yang buat Maths je.
Sebenarnya mak buyung yang sentiasa berfikir. Tak kisah la Maths atau ape jugak bidang.
Sebab everytime si ibu berfikir secara kritikal, otak baby lebih berkembang.

Paling aku kembang hidung bila doktor cakap..
"Untunglah awak buat PhD masa tengah pregnant ni. Mudah-mudahan anak awak bijak lah."
Ohhh!! Maksudnya saya tak perlulah beli buku latihan Matematik. haha

Balik rumah, I told hubby...
"Abang, doktor cakap, untung sayang buat PhD tengah pregnant. Nanti anak bijak."

And hubby answered,
"Haaa elok la tu. Jangan nanti anak keluar asyik tanya pasal lumut je."
Ceyttttt! Mentang-mentang research aku pasal lumut (microalgae). D;

So ape pendapat korang pasal Maths and pregnancy nih?
Betul-betul atau cobaan?


p/s: Sama jugak dengan "Mozart Effect" yang di gembar-gemburkan boleh buat baby dalam kandungan jadi bijak. Hmmmm tapi betul ke eh??


LADYbirds - Are they female/male?

Masa balik rumah MIL recently, I noticed a couple of ladybirds tengah intimate.
Pastu aku wonder, eh what are these LADIES-birds doing? =P
Diorang ni bukan sama-sama pompuan ke?
Haaaaa diorang ni L*sbo kotttt!


Hamboiiii bukan main lagi hangpa berdua ehhh!

Agaknya sape la yang cipta nama LADYbird ni eh?
Malu la yang jantan, tak pepasal jadi maknyah.
Atau memang ada nama lain untuk male ladybird, yang aku tak pernah tau?
Atau the name "lady+bird" actually indicates a combination of male & female sex organs, means a ladybird got two sex organs, mungkin?

Errrr..ish tak puas hati betul la dengan nama ladybird tu. =P


Indon's random facts

This will be the last entry on Indon.
Mesti korang baca belog aku sebelom ni pon dah macam belog orang Indon gamaknya. T_T Okay for the last time, korang kasi la chance untuk last entry Indon ni okay.
Pasni aku janji aku jadi orang Mesia balik. =P

Sebelom ni aku asik promot benda bestttttt je pasal Indon kan?
Untuk last entry ni, aku nak ngumpat sikit.
Dalam banyak-banyak benda best, harusla ada yang TAK BEST nya!


1) Eating habit

Memang la diorang pon makan nasi putih berlauk macam kita, tapi susahnya nak cari lauk sayur & ikan kat Indon. Sebab diorang prefer lauk daging, ayam, tempe, telor. 
Sayur takde??? Tempe tu "sayur" lah. 
Aiyooo.. nak-nak pulak aku yang tengah pregnen ni memang wajeb makan sayur hijau. 
Mana nak cari wooo..Aku ratah rumput je la.


2) Smoking habit

As an asthmatic @ HRP (high risk person), aku memang concern sangat pasal udara that I breathe. Kat Mesia, aku boleh tolerate lagi dengan smoking habit orang kita.
Kalau kena hembus asap depan muka, aku boleh lari tempat lain.
Tapi kat Indon, memang worst! Almost everyone smoke, almost everywhere, almost everytime! Setiap langkah kau jalan tu, mesti ada asap rokok. Tak leh nak elak dah.
Paling aku hangin, dalam air-conditioned room pon kau boleh smoke? Bahlul!

 

Hello smokers, I'll try to tolerate with u as much as I can. Bcoz u are endangered species and u definitely don't have much time left! Do enjoy ur life to the fullest!


3) Driving habit


From the picture above pon dah boleh tau betapa kucaq-kaciaq nya jalan raya diorang.
Jalan 2 lane, boleh jadi sampai 5 lane. Yang 3 lane, jadi sampai 5-6 lane.
Kalau kat simpang, lagi haru. Yang belah kanan duk hon-hon nak belok kiri, yang belah kiri duk hon-hon nak belok kanan. Yang nak straight duk faking-faking je la orang kiri kanan.
Helloooo!!! Trafik light kan ada!! Takde maknanya trafik light tu. Hiasan je tu. -.-
Kepada mereka yang berhajat nak memandu kat sana, korang kena remember these two rules:
1) HONK IS A MUST. Make sure ur honk is well-functioned.
2) SIGNALS ARE UNNECESSARY. Kau nak belok kiri/kanan, kau pakai hon je. Lampu signal boleh modify jadi lampu study kat rumah.


 4) Entertainment Industry

Hiburan adalah benda wajib diorang.
24 hours konsert. 24 hours program nyanyi-nyanyi kat TV.
Tengok je la betapa banyaknya band indon, sinetron, iklan komersial masuk negara kita.
Pastu kita pulak duk layaaaaan je la.
Semua saluran radio/TV kita pulak duk tayaaaaaaang je la produk diorang. =(


5) Support Indon's products ONLY!

Selama seminggu kitorang kat sana, kat TV/radio, tak pernah sesaat pon kitorang terdengar lagu, drama, iklan dari Mesia. Dari Korea pon kurang. Lagu omputih banyak le.
Tapi malu la weiii depa tak support kita, tapi kita duk tergila kat depa. =(
Paling sadis, kereta proton Persona, Waja & Wira kita, jadi teksi je!! *nanges*


6) Poverty

Negara diorang masih dibelenggu oleh masalah kemiskinan. Sebab tu jenayah berleluasa, keadaan sekeliling nampak sangat tak terurus. Especially kat Bandung, Lembang, etc.
Diorang memang obviously nampak sangat desperate.
Kalau berniaga tu, macam nak ugut kita je kalau taknak beli.

 Mamat ni jual topeng kat simpang trafik light. Ade ke yang nak beli benda alah ni??
Kesian kan?
Bersyukurlah kita cukup mewah kat Malaysia.


7) A very huge range of wealth/lifestyle between Jakarta-Bandung

Macam aku cakap tadi, kat Bandung nampak daif je.
Kalau kat tepi-tepi jalan tu, macam dalam program Bersamamu TV3 je rasa. =P


 Bandung

Tapi kalau kat Jakarta, mewah! Aku and hubby berapa kali terserempak dengan kereta Hummer, Bumblebee. Mercedes & BMW takyah cakap lah. Tak terkira.
 Pakaian diorang pon mewah-mewah. Muka-muka diorang pon stok gebu-gebu muka sinetron je. 
 
Jakarta


8) Tipping is a must!

 Semua benda nak kena bagi tips.
Tolong tunjuk direction, nak tips. Tolong amik gambar, nak tips.
Kat kedai makan, nak tips. Naik cab, nak tips.
Kalau tak nak bagi, diorang ikut je mana kau pergi.
Kalau takde duit kecik, terpaksa la bagi jugak! T_T

Benda pink ni pon kena bagi tips!


9) Romance in public is ordinary

 French kiss kat atas kerusi urut, slamber je.
Ringan-ringan kat McD, rilek je.
Yang paling best, masa dalam train, ada couple beromen betul-betul kat seat depan kitorang.
Woot! woot!



10) Public transport

 Selain teksi- Wira, Persona, Waja, Vios, ada banyak lagi public transport diorang.

Angkot

Kuda

Banjai / tut-tut

Can u imagine, semua kenderaan ni termasuk kereta kuda tadi bergerak di atas jalan raya yang sama? Kereta kuda yang lembap tu pon boleh jalan kat lane kanan. 
Bersama-sama dengan bas, lori segala. Hmmmm no wonder jalan raya diorang tak terurus je. Pastu tengah laju-laju tu, tetiba kereta kuda boleh berenti nak turunkan orang. Mulalah hon sana sini. Haih!
Tapi aku suka tengok tut-tut/banjai sebab unik! Ia sebenarnya sebuah motor, pastu tambah bumbung sikit, and seat untuk 3 orang lagi. Driver dia pon bukan pakai steering, tapi pakai handle motor lah. Hihi..comel je.
Bunyik pon preng preng preng macam motor. =P