Kenapa mak buyung duduk terkangkang?

Dulu masa sebelom preggie, aku selalu rasa annoyed bila tengok wanita hamil duduk terkangkang. Hoishhh sungguh mencemarkan pemandangan alam semulajadi!
Tak boleh ke duduk sopan-sopan? Kaki rapat. Tak pon silang kaki.
Masa bersanding atas pelamin dulu boleh je kau duduk kepittttt.

Tapi bila aku sendiri dah pregnen,

♪ ♫ ♩ Tapi pabila aku sedar diri siapakah aku ini,
Aku tertanya sendiri apakah yang terjadi ~ ♪ ♫ ♬ 


Hihihi..baru nak sedar diri!
Especially bila perut dah boyot 8 bulan lebih. Kepala baby dah pointing downwards, memang dah takleh duduk rapat kaki. Nak silang kaki apatah lagi. T_T
Bila perut makin berat ke bawah, lagi terkangkang lah kau, yop.
Nak berjalan pon kena slow-mo je. Sebijik macam penguin.
Bila duduk, mesti menyandar ke belakang, pastu kaki terkangkang je.
Kan burok benau rupanya tuhh.. haihhhh..tapi nak wat camne..
 Itulah lumrah orang mengandung.
Ha tu lah kau! Lengkali kutuk lagi orang duduk terkangkang. 
Suka hati dia la nak duduk tonggek ke, duduk sambil shuffle ke. ;O
*Bebel diri sendiri*


3 comments:

Ardini Humaira said...

hehehe..
nak wat cemano kan :D
takpe takpe lepas habis pantang duk silang kaki kaw2

isabelle said...

ooo..musti dulu awak kutuk akak dok terkangkang masa preggy kan?

ADLIL RAJIAH said...

kak is,
bukan sahaja akak, malah semuaaaaa mak buyung. ngehehehee