Air Kelapa dan Mak Buyung

Bila dah dekat-dekat nak bersalin ni, ramai yang suruh aku minum air kelapa muda.
Ada yang kata, untuk "melicinkan" jalan keluar baby tu nanti.
Macam pelincir la kot.
Ada pulak yang kata, supaya badan baby nanti tak banyak selaput yang putih-putih tu.
Bersihhhhhh je kulitnya.

Tapi setakat ni aku tak jumpa lagi bukti saintifiknya.
Ramai yang cakap based on their experience je.
Tapi never mind lah sebab aku ni memang suka pon minum air kelapa.
In fact, masa duk Ganu dulu, tiap-tiap petang duk mengait kelapa.
Eh kelapa boleh kait ke?
Ok nampak nau penipunya.
Tapi memang sakan la aku minum air kelapa sejak zaman anak dara lagi.

So takde masalah bila pregnen ni nak teguk air kelapa banyak-banyak pon.
Hatta nak telan sejibik kelapa pon aku rela gamaknya. erkkk?!

Tapi laki aku ni pulak, punya la dia taknak aku minum air kelapa kat kedai.
Alasannya, sebab banyak air gula.
Sanggup je dia pi beli buah kelapa and kopek sendiri!


Berpeluh-peluh keti kauuuuu!!! 
Mengalahkan kopek doyan!
 Kesian lak aku nengok.

 

Tapi hasilnya berbaloi loi loi la.
Air dia sedap and isi pon banyakkkkk.
Lupa diri kejap bila dapat layan air kelapa.


Dan selagi tak beranak ni, tetiap minggu la hubby pi borong buah kelapa kat kedai buah kat roundabout simpang nak masuk highway sana. Yang sebelah tapak funfair tu. Oposit kedai jual tilam. Ha kat situ boleh repair sofa jugak. Nak direction selanjutnya, sila gugel map.

Sampaikan apek tokey kelapa tu pon dah kenal hubby.
Sampai everytime hubby pi beli kelapa, mesti sangkut kat kedai tu berjam-jam sebab layan Apek tu bersembang. Haha.

Aku ada gugel-gugel jugak pasal khasiat air kelapa ni. Dan ni yang aku jumpa.
Dipetik dari belog ni.
Hang rajin, hang baca. Hang malaih, hang boleh beramboih naa. 

1. Elektrolit Alami
Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Sebagai isotonik alami yang kaya mineral dan mempunyai elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.

Ibu hamil memerlukan lebih banyak air berbanding orang lain. Dehidrasi selama kehamilan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi, termasuk sakit kepala, kram, edema dan bahkan kontraksi yang boleh menyebabkan kelahiran pramatang.

2. Diuretik Alami

Sebagai diuretik natural yang steril, air kelapa muda melancarkan air seni dan membantu membersihkan saluran kencing. Hal ini berkhasiat mengeluarkan zat-zat toksin dari tubuh dan mencegah jangkitan saluran kencing- yang juga cukup umum terjadi pada wanita hamil.

3. Antipenyakit
Air kelapa muda mengandung asam lauric, asid yang membantu melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan mempunyai ciri-ciri antijamur, antibakteria dan antivirus sehingga menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteria klamidia dan heliokobater.

4. Membantu Pencernaan

Air kelapa juga boleh dipercayai memperbaiki fungsi pencernaan. Selama kehamilan, plasenta menghasilkan hormon progesteron yang melambatkan kontraksi otot perut sehingga pencernaan pun melambat. Air kelapa dapat membantu meningkatkan kelajuan pencernaan.

5. Meningkatkan HDL
Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol, bahkan menurut penyelidikan dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.


9 comments:

halila Ibrahim said...

hoho ... masa kak peknen dulu pun kak minum air kelapa .. org kata bg anak aktif.. selain tu kak minum air soya .. dah dekat2 nak tarikh bersalin kak minum air gas ...coke .. cola2 .. haha .. sila jgn ikut air yg last .. sebab kak nak cepat bersalin .. ni pun petua jugak ...

Unknown said...

uiskhh, pekena air kelapa musim panas ni mmg best...

tapi baik2 tau yanngg,
ada yg tak serasi...
maybe sebab awak dah biasa sedari muda so perut tahan, mcm kak ipar sya keguguran masa 6 bulan sebb minum air kelapa..huhu, org kata tajam...wallahualam...

rajin betul cik abe kan, sampai terserlah paha dia...heheheh

isabelle said...

insyaAllah nnt baby kuar 'bersis'..kurang selaput2 putis tu.

eee...tak sabar la nak dpt anak sedara.

prototype said...

hi dear
hehe thanks for dropping by
sekarang semua journal postgrad i dianaktirikan sbb i sibuk baca ur post entries hehe, mati la kalau lecturer tau kan;p

Bardboo said...

aku lak tak suka air kelapa..ntah naper la agaknya..org kata rugi aku tak minum air kelapa tu..huuh

ADLIL RAJIAH said...

halila,
air kelapa boleh wat anak aktif jugak ke? hoh baru dengar tips nih. Ahahaha yang pasal air gas tu, dah ramai yang bagitau. tapi lom berani try. kih kih kih

mamaNoriz,
Alamak..na'uzubillah. tapi skarang dah nak masuk 9month. insyaAllah tak memudaratkan dah kot. :P

kak is,
insyaAllah..nak putis bersis cam Rozita cek we. kekekeke.. hamboiii akak makin tak sabar, saya makin takutssss!

prototype,
oh u tgh pursue phd ke? kat mana? same lah kita! seppp! eheheheh

bardboo,
sbb kau suka macaron je! sampai skang aku kempunan nak makan bende alah tu sejak tgk entry kau hoi! :P

gadisBunga™ said...

kalau tak tau pasal khasiat air kelapa pun, saya tetap suka sebab sedap! heheh~

Ardini Humaira said...

sedap dan berkhasiat :)
amalkan minyak kelapa dara pun bagus :)

skuterlady.blogspot.my said...

saya pernah minum air kelapa 2 minggu sebelum bersalin. tak minum banyak pon..tapi lepas tu 1 badan sakit2 macam nak bersalin sangat. Sakitnye tak terkata...since that, dah tak berani nak minum lagi time mengandung.