No No No~

Baby Haikal sekarang kemainnnnn lagi perangai dia tau.
Bebaru ni kan, ada beberapa lagi perangai baru dia muncul. Huhu!
Kalau tengah nenen kan, kengkadang dia boleh main tiup-tiup pulak. Tak payah la korang nak tanya aku dia tiup ape. Dah aku cakap tadi tengah nenen, tiup apaaaaa lagi kannnnn.. Haha!
Dia bukan nak nenen sangat pon sebenarnya. Tapi nak main. Takde benda yang lebih senonoh kau nak main kan yang.. -..-
Sorry pasal ni aku tak boleh letak gambar mahupon video. Kangggg..... huhu!

Lagi satu perangai dia, dia suka buat No No No pakai jari telunjuk.
Sebelom-sebelom ni memang aku dengan hubby je selalu buat camtu kat dia. Contoh macam tetiba Baby Haikal main dengan tong sampah ke kan. Mesti aku datang dekat-dekat sambil cakap no no no sambil jari telunjuk goyang-goyang.
Tapi sekarangggg, Baby Haikal pulak yang buat no no no kat kitorang.
Derrrrr...kong ajo la tu kannnnn...

Kengkadang aku tengah masak kat dapur kan. tetiba cari senduk takde. Mesti Baby Haikal la yang main sape lagi. Pastu aku pon rampas la senduk tu dari dia kan. Tetiba dia buat jari no no no. Terpaksaaaa aku masak guna garpu. 
Ye rumah aku ada satu je senduk. -______-

Ada sekali tu, aku punya la dah separuh gila berebut periuk dengan Baby Haikal.
Aku nak masak sup ayam, yang dia pulak sibuk nak main periuk tu.
Ho ho hoiiiii..maka berebut la kitorang periuk tu.
Sampai melalak budak tu nak mempertahankan periuk dia kahkah.
Last-last hubby datang, amik periuk tu telangkupkan atas kepala Baby Haikal.

 Terus buat muka simpati tahap maksimum bila aku dan hubby bantai gelakkan dia.
Dah macam magician dah Mama tengok engko yang.
Cuba buat magik sikit. Hahaha!

Last-last projek sup ayam aku terbengkalai begitu sahaja. Kita makan je lah apa yang ada. Bukan di rumah tapi di kedai. Kahkahkah.
Bagus jugak engko main semua periuk Mama yang. 
Dapatlah Mama cuti memasak, cuti memotong bawang, cuti membasuh pinggan mangkuk. Huhu!

Nah video Baby Haikal buat no no no.
Untuk tatapan bakal ibu mertua diluar sana. Huhu!



Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

0 comments: