Showing posts with label breastmilk. Show all posts
Showing posts with label breastmilk. Show all posts

Bonding time dengan mummy baru

Ya.
Masih lagi cerita pasal ibu susuan Haikal. Huhu!
Minggu lepas Kak Lini roger-roger tanya stok susu ada lagi ke tak. Sebab dia nak bagi lagi. Fuhhh meriah habis la susu dia kan. Aku pon bincang la ngan hubby bila nak pergi rumah dia amik susu. Sebab rumah Kak Lini agak jauh la jugak.
Pastu tup tup tup Kak Lini ajak buka puasa rumah dia terus. Dia nak masak.
Ohohoiii aku kalau bab-bab makan ni memang angguk laju-laju.
Tindakan refleks. Haha!
Nak-nak pulak Kak Lini cakap dia nak masak.
*Goyang goyang goyang kepala goyang*

:D

So sabtu lepas, kitorang makan kat rumah dia lah.
Kak Lini masak apa tau?

 Tu diaaaaa...
Nasi minyak, kari ayam, jelatah, daging rebus, air asam, kacang buncis, extra moist chocolate cake, tembikai blended.
Perghhhhh...
Tengah taip ni pon terbayang-bayang nasi minyak lalu-lalu kat tekak. 
Sedap tak hengat ok. Aku siap tambah dua kali. 
Kali pertama, Kak Lini yang sendukkan nasi siap-siap dalam pinggan. Pastu kali kedua tambah, aku letak nasi lagi banyak dari yang Kak Lini letak masa mula-mula tadi. Kahkah!
Daging rebus tu pon aku yang habiskan. Lalala~
Kalau mak mertua aku baca ni, mesti geleng namploh kali serta terdetik sedikit penyesalan di dalam jiwa. Huhu!

Gambar atas tu pon aku amik kat FB Kak Lini je. Sebab tak sempat nak amik gambar. Masuk-masuk rumah je, nampak makanan terus gigil-gigil tahan nafsu. Kahkah!
Dah la Kak Lini memang hari-hari pon nak upload gambar masakan dia kat FB tau. Menjejesssss je aku tengok. Sape yang tengok FB Kak Lini pukul 2-3 petang, mesti terus pergi lunch tanpa sedar. Tindakan refleks. Bahah.

 Ni lah Kak Lini kita. Yang aku dukung tu ialah Rayyan. Anak kedua Kak Lini.
Kecik je Kak Lini ni kan? 
Orang pandai masak tapi badan kecik. Tak jeles engko? Pfffttt.
Hubby pon tak habis-habis dengki dengan Abg Rosli (laki Kak Lini), siap cakap
"Bini rajin masak, tapi Rosli tak buncit pon? Kenapa?"

Dah kenapa tak puas hati orang tak buncit kan? Haha!
Sila lah terima kenyataan. Jangan asyik mencari kesalahan orang lain je.. *tetiba*

 Haikal macam biasa. Habis satu rumah dia explore.
Buat macam rumah sendiri.
Sepah-sepahkan mainan pastu suruh Papa kemas. -_____-

 Oh by the way, Adriana dah tidur masa kitorang datang tu. 
Sebab tu dia takde dalam gambar.

Aku mula-mula takut tau nak dukung Rayyan. Sebab takut Haikal jeles.
Kang dicakornya budak tu kang. Mampos aku.
Tapi lama-lama tengok mamat tu ok je. 
Sibuk sangat main sampai tak mempedulikan aku pon. Pfft.

Oh aku rasa macam nak buat poster je gambar ni.
Tepek kat ruang tamu rumah. Huhu!
Bestnya kalau anak dah dua. Pastu dua-dua laki pulak tuuuu. :D

Aku cakap kat hubby,
"Rindunya nak ada baby lagiiii."

Mamat tu setakat jeling je.
Nyampah.

Nasib baik Haikal ok dengan Mummy dia. Siap cium-cium lagi. Amboi!

Ni laki Kak Lini tengah main kangaroo dengan Haikal. 
Bende alah tu la yang Haikal sepah-sepahkan tu.
Pastu tak reti nak kemas. -____-

Dah nak pukul 12 tengah malam jugak la baru kitorang reti nak balik.
Ingat nak tidur sana terus. Bahah.
Rumah Kak Lini best sangat tau. Dah la tingkat 9. Pastu buka-buka sliding door je terus nampak pantai. Siap bunyi-bunyi ombak lagi.
Kalau nak berkelah tak payah pergi jauh-jauh la, bentang je tikar kat verandah tu. Kot-kot rasa nak makan ikan kerapu ke udang galah ke, campak je jala dari rumah. Heaven gilllsss uollsss.

Dah la masa dah nak balik tu, Kak Lini hasut-hasut aku suruh datang lagi pastu nak ajak mandi pantai. Perghhh sekarang jugak aku cari bikini kaler pink ada bunga dua kuntum kat boobs. Pastu bawak jala sekali.
Mana tahu kan. Ikan jantan ramai berkenan kat iolls. Haha!

Ni kitorang dah nak balik. So Haikal sayang (kiss) la Mummy dia.
Siap Mummy hantar sampai ke pintu pastu pakaikan kasut. Amboi!

Thank you, Mummy Lini!
Nanti next time saya datang nak order nasi beriyani burung unta boleh?
Eh tak tak. Maksud saya, nak order air suam je. Silap taip tadi tu.
Air suam jadi nasi beriyani gam kambing pulak. 
Ehh! Silap taip lagi.

;D

Haikal dah ada ibu susuan. Yeay!

Ok kejap. Jangan buat muka terkejut sangat.
Bagi aku cerita selow-selow.
Dan sebelum tu aku nak bagitahu, aku masih breastfeed Haikal.
Masih. =)

So macam ni cerita dia.
Korang pon tahu kan aku ada asthma. Kalau asthma ada 10 tahap.
Aku kira di tahap 7.5 la kot. Nak jugak ada perpuluhan kat situ kan. Haha!
Nak kata teruk, takde la teruk sangat. Tapi memang teruk la jugak. Heh.

Sejak aku beranakkan Haikal dulu, ada dalam 4-5 kali jugak aku kena asthma attack. Baca SINI, SINI dan SINI. Dan yang paling tak kelakar sekali, everytime kena attack mesti breastmilk aku kering mendadak. Doktor kata most probably sebab steroid yang aku consume tu. Entah lah..
Tapi sampai ke hari ni, aku masih survive alhamdulillah belum kiok lagi. Dan masih mampu breastfeed Haikal.
Semuanya kuasa Allah.
Dan terima kasih juga kepada Shaklee.*tetiba*

Sampai lah bebaru ni. Yang masa jerebu teruk tu.
Walaupon aku takde update apa-apa pon kat blog pasal jerebu tu kan. 
Tapi ramai jugak yang tanya aku,
"Jiji, kau tak affected ke?"

Tapi aku jawab rilek-rilek je la kan. Sihat walafiat.
Walaupon dalam hati,
Bhaii..mestilah affected bhaii..
Jerebu teruk kot bhaii..
Asap orang bakar satay pon aku boleh semput, ni kan pulak jerebu bhaii..
Jangan nak buat kelakar kat sini bhaii.

;D


 Ni gambar masa jerebu tu lah. Kaw-kaw punya dia mai attack.
Lewat malam kot. Semua orang dah syok tidur kot. Pfft.
Kesian Haikal kena teman aku berjaga kat emergency.
Siap dia sempat marah nurse yang pakaikan aku nebulizer tu. Haha!

Gambar tu aku upload kat FB je.
Dan-dan tu la ramai call tanya kenapa-kenapa. Tu yang aku malas nak kecoh tu.
Padahal baru buat nebulizer je kot. Belum nazak lagi. Ehh!

Tapi yang masa jerebu tu agak teruk jugak lah aku rasa.
Siap nyaris nak buat surgery Bronchial Thermoplasty.
Apakahhh nama pon dah seram kan. Pfftttt.
Tapi kelakar gila bila Along wassapp, dia sebut broccoli thermostat ke hape tah. Kahkah. Suka-suka diaaaa je!
Broccoli celoh ketiok mung. Ingat nak main pondok-pondok ke apaaaaa!!

Tapi nasib baik lepas seminggu dua, aku macam dah baik sikit.
So tak payah makan broccoli mahupon thermostat. Kahkah!
Tapi masalah lain pulak timbul. Susu badan kering.
Seperti biasa. T__T

Kesiannnnn sangat Haikal bila susu aku kering. Dia susah nak tidur. T_T
Aku memang la amik shaklee breastfeeding set tu kan.
Tapi mesti la it takes time untuk recover balik breastmilk production tu.
Tu yang nyampah tu. Huhu!
Aku memang doa sungguh-sungguh la masa tu kan. Hubby pon kasi semangat tak henti-henti. Tak habis-habis cakap,
"Mama ada susu. Mama ada susu. Mama ada susu."

 Sampai aku komfius kejap, ni siapa yang nak nenen sebenarnya ni??
;D

Dan Alhamdulillah. Masih ada rezeki Haikal.
Susu aku muncul kembali.
Tapi tak sebanyak dan sepekat dulu la. T____T

Sampai la satu hari tu, ada sorang hamba Allah ni approach aku kat FB.
Dia nak donate breastmilk dia kat Haikal dan nak jadikan Haikal anak susuan dia.
Maigadddd..masa tu aku macam...
dapat rasa satu miracle tau.
Contoh macam, korang tengah lapar kan. Pastu pejam mata, dalam otak terbayang nasi beriyani gam kambing. Pastu bila bukak mata, tetiba ada seploh pinggan nasi beriyani gam kambing depan mata.
Haa gitu la rasa dia. Detail tak aku describe? Haha!

Rasa macam..
Alhamdulillah Allah betul-betul hantar bantuan. =)

Dan dari situ lah Haikal dapat ibu susuan (Kak Lini).
Kak Lini tu muda lagi tau. Tua dua tahun je dari aku.
Tapi baikkkkkk sangat.
Dia pon tahu masalah aku. Dan berbesar hati nak tolong.
Siap cakap, dia nak terus supply susu untuk Haikal sampai Haikal cerai susu.
=)

So lepas ni, takde la aku susah hati lagi kalau kena asthma attack kan. Yeehaa!!
Tapi ofkos aku still nak breastfeed Haikal selagi mampu.
So sekarang ni, kalau kat rumah, Haikal masih nenen kat aku.
Tapi kat sekolah, aku bekalkan susu Kak Lini untuk Haikal. Gitteww

Dan bebaru ni masa kitorang pergi rumah Kak Lini kan, aku baru tahu dia ada anak sebaya Haikal rupanya! Anak dara pulak tuuuuu.
Tak boleh kawen ok bila besar kang. Adik beradik susuan kan. Huhu!
Haikal sampai-sampai je kat rumah Mummy Lini dia, terus kemain rapat sangat dengan Adriana. Macam dah lama kenal ke hape.


Susah gila kot nak amik gambar dua budak ni. Lasakkkkk

Ko tengok..
Semua gambar pon blur.
Kejap lompat katak, kejap berguling, kejap terajang-terajang. -..-



Sampai sekarang tak ter"describe" lagi perasaan syukur aku.
Alhamdulillah je lah aku mampu cakap.
Kan ke Allah dah janji doa orang berpuasa akan makbul? =)

“Berkata Rasulullah saw: Terdapat tiga kaum yang doanya tidak akan ditolak: imam yang adil, orang yang berpuasa sampai dia berbuka, dan orang yang teraniaya.” 
(Hadis Riwayat Abu Hurairah ra)

Aku doakan Kak Lini sekeluarga pon dapat kasih sayang yang tak terbatas dari Allah s.w.t. InsyaAllah..
=)

Cara cairkan/defrost susu ibu sebelum guna

 Ada sorang reader tanya aku,


Ok soalannya ialah,
Camane nak guna frozen breastmilk.
 

Aku try jawab macam yang aku selalu buat la ye.
Tapi taktahu la betul ke tak. Haha!
Sebab aku pon belajar sendiri-sendiri je. 
Baca buku, google sikit-sikit, tanya mak-mak lain. 
So boleh la tahu sikit-sikit camane nak uruskan breastmilk.

Ok susu frozen selalunya aku akan buat camni.
Sehari sebelum Baby Haikal nak minum, aku akan pindahkan susu tu dari tempat sejuk beku ke tempat peti biasa. Paham tak?
Kalau peti dua pintu tu, dari peti atas ke peti bawah la senang cakap.
Sehari sebelum, aku akan pindahkan begitu.
Supaya susu tu boleh defrost pelan-pelan kat peti bawah semasa dibiarkan semalaman tu.
Ada orang biasa buat, dari peti atas (susu beku) terus keluarkan dari peti dan biar sampai cair. Dulu-dulu aku pernah buat jugak gitu. Nak cepat cair kan.
Tapi aku pernah baca somewhere, rupanya tak elok sangat buat gitu.
Sebab susu tu macam terkejut suhu, dari 0'C tetiba 27'C.
So nanti anak ko minum tetanjat-tanjat pulak. Haha! *ok gurau*

Sebenarnya apa-apa bahan pon, makanan ke, ubat-ubatan ke, termasuklah bahan terlarut dalam susu ibu, akan mudah rosak bila terdedah dengan perubahan suhu yang mendadak macam tu.
So sebab tu, dari freezer (peti atas) kena turunkan ke peti bawah dulu. Bila dah totally defrost, baru boleh expose kat room temperature kejap, pastu baru rendam dalam air panas (untuk panaskan susu) sebelom bagi baby minum.
So perubahan suhu tu berlaku secara perlahan dan berperingkat.

Tak silap aku, susu yang dah totally defrost kat peti bawah tu, boleh tahan 24 jam. Maksudnya, dalam masa 24 jam tu, baby kena habiskan la.
Again, 24 jam adalah dari susu tu totally defrost ye. Maksudnya bila susu tu dah betul-betul cair sepenuhnya. Dari situ start kira 24 jam, susu boleh tahan.

Nak panaskan pulak, kena rendam dalam air panas 40-60'C sahaja.
Tak boleh lebih panas dari tu.
Susu boleh rosak jugak kalau panas sangat.
Rosak tu maksudnya dah kurang khasiat la. 
So nak bagi baby minum susu rosak apa jadahnya kan?? 
Mestila kita nak bagi susu bagussss punya kan.

Selalunya aku panaskan susu pakai bottle warmer.
Senang. Dia yang tetapkan suhu 40'C untuk susu tu. 
Kita hanya perlu duduk bersimpuh control ayu sikit dan tunggu je lah sampai susu tu panas. Dulu, masa dalam pantang, mak mertua aku guna cara manual je. Letak air panas (40'C-60'C) dalam mangkuk, pastu rendam botol susu dalam tu.
Tapi leceh sikit la, sebab lepas beberapa minit air panas tu akan sejuk, so kena tukar air panas baru, kena tukar-tukar air, sampai la susu tu panas sepenuhnya.
Aku tengok kat nursey Baby Haikal pon pakai bottle warmer ni.


Pastu bila dah panas, korang rasa dulu kat belakang tangan. 
Kalau sedap-sedap je panasnya, boleh bagi baby minum terus.

Kalau macam nak jalan-jalan ke kan. Nak pergi Tesco ke contohnya.
Lepas dah panaskan susu dalam warmer, aku balut-balut dengan towel, dan letak dalam cooler/warmer bag. Nanti kepanasan dia tu tahan lama la sikit.
Kang kalau Baby Haikal nak minum susu kat Tesco, boleh bagi terus. Dan susu tu masihhhhh suam-suam.
Takpon korang boleh cari warmer wrap untuk botol susu camni...

 Ramai jugak aku tengok mak-mak pakai.
Tapi aku rasa tak perlu pon. Letak je dalam handbag sorok dalam dalam dalammmm pon still boleh tahan what... kehkeh.

 Ok kalau nak bekalkan susu kat nursery pulak, aku selalu bekalkan susu yang belum dipanaskan.
Ok camni. Contoh macam aku nak bekalkan susu untuk esok hari.
So malam ni atau petang ni aku turunkan susu beku kat peti atas ke peti bawah. Esok pepagi sebelom hantar Baby Haikal pergi school, susu dah fully defrost. Aku akan letak dalam beg dan hantar macam tu je. Tak panaskan pon. Sebab kat nursery nanti, teacher dia akan letak balik susu yang aku bekalkan tu dalam peti kat school. Bila Baby Haikal nak minum, baru teacher dia akan panaskan. Begitulah.

Camni la lebih kurang susu yang aku bekalkan kat nursery setiap pagi.
Aku selalu bekalkan daily. 3 botol sehari. Aku tak suka bagi banyak-banyak sebab takut kat nursery tu diorang tak store betul-betul. 
So better aku bagi hari ni, habis hari ni jugak. Esok aku bagi lain.

By the way, susu yang sejuk memang akan ada 2 lapisan.
Lapisan lemak tepu dan air. Macam gambar atas tu.
Kat bawah botol tu kan macam jernih sikit kan. Atas putih pekat.
Korang tak payah la susah-susah nak goncang-goncang supaya dia bergabung meletop. Sebab nanti bila dah panaskan, 2 layer tu akan bersatu padu bercerai roboh dengan sendirinya.
Sekian terima kasih. Haha!

Bawah ni aku ada capture beberapa gambar dari buku yang aku refer.
Berguna jugak aku rasa.
Aku sengaja tak letak watermark dan tak kecikkan saiz supaya korang boleh klik gambar-gambar tu dan save kat computer memasing untuk rujukan. Dan boleh main zoom-zoom masa baca. Heheh.
Nak share kat belog ke, FB ke, twitter ke, feel free to do so.
Tak perlu nak mintak izin atau tulis mohon share atau mohon copy paste atau mohon letak kat blog atau mohon abahhang. Anggap je permohonan anda berjaya. Muahaha!
Sebab ilmu pasal breastmilk ni ialah hak semua ibu, semua ibu patut tahu, bukan hak mutlak seseorang ibu tertentu sahaja walaupon muka mirip megan fox sekalipon.

Ok bye!


 
Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

All about breast.. heheh

Ok seperti yang dijanjikan sebelom ni, aku nak jawab persoalan pasal breastfeeding yang korang tanya kat email.
Persoalan pasal lain-lain aku jawab lengkali lah pulak ye.

Ramai readers yang tanya pasal breastfeeding.
Camane nak breastfeed anak, camane kalau tetek bengkak, tak keluar susu bla bla bla.
Ada jugak yang tanya pasal expressed breastmilk.
Camane nak store susu, nak defrost susu beku, bla bla bla.
Ada jugak yang tanya pasal breastpump.
Nak pakai pump manual ke battery ke electric ke freestyle ke etc etc.

Dan macam-macam lagi lah soalan yang sewaktu dengan nya.
So senang cerita, aku compile semua-semua soalan tu dalam entry ni.
Asal soalan korang tu ada perkataan breast-breast je, aku jawab sini.
Heheh kasarrrr bunyinya.

Tapi kalau ada yang tanya,
"Jiji, camane nak breast macam megan fox?" (kah kah kah)
 Yang ni aku tak dapat nak jawab la kan.
Sebab rahsia turun temurun.
Bahah!! *ok sila hempok pasu*


Seboleh-boleh nak gambar shining-shining konon.
Padahal parkinson taknak mengaku.

By the way, mungkin ada sesetengah maknusia dan paknusia yang kurang senang dengan topik kita hari ni. Mungkin ada yang anggap lucah ke hape kot kan.
Ok camni.
Kita pandang dari sudut positif ye.
Peranan breast adalah untuk menyusukan baby.
Itu sahaja.
Walaupon di malam pertama, lain peranannya. Ehehehe..

Kalau ada antara korang yang tengah membaca ni ialah lelaki, aku anggap korang nak menimba ilmu tentang penyusuan untuk bagi sokongan kat bini atau bakal bini korang.
Aku takkan bertanggungjawab jikalau ada sebarang rasa kelucahan yang terbit di hati lubuk sanubari  saudara saudari makcik pakcik sekalian.
Kalau setim, pergi amik air semayang.
Wah gituuuu.. Haha!

 Niat aku cuma satu, nak kongsi ilmu.
Ok mari mulakan.


Soalan 1: Bila nak start buat stok breastmilk.

Aku start perah susu awal iaitu seminggu lepas beranak. (BACA SINI)
Walaupon ada pendapat kata, start perah susu beberapa minggu sebelom masuk kerja kan. Tapi aku rasa takde salahnya pon kalau engko start awal. Lepas push push beranak terus nak perah pon boleh haha!
Sebab masa berpantang tu susu aku banyak mencurah-curah. Sampai aku pon rimas. Sampai baju basah-basah kena susu. Lama-lama jadi busuk bluwerghhh..
So sebab tu la aku pam/perah. Selain baju tak basah, susu tu boleh kumpul buat stok bila aku dah kena masuk belajar balik lepas habis pantang nanti.
Kesimpulannya, suka hati engkolah nak start pam bila. Kalau dah rasa larat sikit lepas beranak tu, pam je la terus. Start awal, dapat kumpul banyak sikit.


Soalan 2: Pakai breastpump jenis apa?

 Aku pakai spectra 3. Suction dia bagus. Harga reasonable. Boleh buat double-pumping. Tapi ada buruknya jugak. Spectra 3 ni bagi aku terlalu bulky, berat dan tak portable. Kalau nak usung kemana-mana leceh sikit la. Plus dia ada bunyi yang umangaiiii bising! Gurrr gurrr gurrr gitu bunyi dia.
Kalau aku pump dalam surau ke kan, memang semua orang akan pandang-pandang sinis la. Aku faham. Mengganggu orang nak solat kan. Tapi nak buat camane. Dah terpaksa.
Kengkadang ahkak tu baru nak takbiratulihram, tetiba gurrr gurrr gurr, terus toleh belakang sambil geleng-geleng kepala kat aku. Rasa bersalah je mak hincik nak teruskan pam tetek kat situ. Memang mengundang sungguh bunyinya. -__-
 So seboleh-bolehnya aku akan cari nursing room la untuk pump.
Engko nak combine bunyi pump dengan bunyi snoring pon takde masalah.
Tapi harga spectra3 ni murah la dari electric breastpump yang canggih manggih lain macam medela tu kan. Ho ho hoiii tak mampu! Tapi Kaklong aku pakai medela. Dia beli masa sale. Dapat la murohhhh.. Memang syorgaaaa sangat kalau dapat medela murah.

 
 
Selain boleh pump susu, boleh jugak guna untuk talipon orang. Kah kah kah!
Eh tak kelakar ke? Huhu!
Aku sebenarnya tak tahu nak posing camane. 
Takkan nak tepek kat tetek kotttt.. Haha!

 Aku tak boleh komen sangat pasal manual dan battery operated breastpump.
Sebab tak pernah try.
Tapi aku pernah pinjam kawan aku punya manual pump sekali tu. Sebab terlupa bawak pump sendiri. So berjam-jam jugak aku tahan tak pump, tapi last-last tetek rasa macam nak meletop je kan. Tu yang terpaksa pinjam pump orang. Nak minta izin nak pinjam pump kat kawan tu pon malu-malu je. Suara kepit-kepit je. Hihi!
Ok je manual breastpump kawan aku tu. Cuma lepas 5 minit, tangan ko cramp-cramp sikit la. Huhu. Walaupon tangan lenguh, tapi manual pump ada baiknya. Kecik, ringan dan senang nak bawak ke mana-mana. 
Macam kawan aku tu bawak dalam handbag je. Yilekkk...

Soalan 3: Camane kalau tak nak pump susu. Sebab takde masa dan malas.

Aku paham sangat kalau orang kata malas nak pump, takde masa etc.
Sebab aku pon kengkadang macam tu. Huhu!
Tapi aku dah jumpa penyelesaian untuk masalah ni.
Sebelom aku bagitau, korang kena nyanyi camni dulu,
"Dengan Inovasi, Yo!!"
Pastikan dengan intonasi yang betul ok. Cuba lagi sekali.
"Dengan Inovasi, Yo!!"
Ye begitu. Haha!

Aku jumpa dua benda inovatif gileww yang boleh dipakai oleh golongan maknusia yang pemalas nak pump nih. Termasuklah aku.
Satunya, Pumping Strap.

 Begini lah rupanya.

 Dan ni, camane bende alah ni berfungsi.
Kira benda ni tolong hold botol masa tengah pump tu. Maksudnya tangan korang bebas dan boleh buat kerja lain. 
Sejak ada benda ni, pumping tak amik masa dah. Sebab kau boleh pump sambil tengah buat kerja lain. Kira tak kacau kerja kau lah.
Contohnya, aku selalu pump guna benda ni sambil driving, sambil menulis, sambil makan, sambil SMS, sambil lipat baju ,dan macam-macam sambil lagi lah.
Aku beli pumping strap ni kat Lunatots.
Harga RM75 kot tak silap aku. Tapi sebab menang contest kahkah, aku dapat voucher so dapat la murah. Lagi sekali, syorgaaaaa...

Lagi satu ialah Pumping Bra Simple Wishes.
Produk ni baru je masuk Malaysia. 
Baru tadi sampai kat subang. Naik firefly haha! -..-

 Fungsi dia sama je lah macam pumping strap tadi.
Korang boleh buat kerja lain sambil pumping. Aku pon baru je beli nih.
Dan pumping bra ni lagi kuat dan lagi senang pakai dari pumping strap tadi.


 Aku beli online kat onebabyworld.
Harga dia RM132.90. Memang mencekikkk.
Tapi masa aku beli tu ada sale. Terus paksa hubby beli. Huhu

 Tolong percaya ni gambar aku tolong tolonggggg!! *histeria tetiba*


Soalan 4: Waktu-waktu penting untuk pump susu.

Waktu penting means waktu yang wajib korang pump susu. Waktu pertama ialah 30 minit lepas makan. Sebab lepas makan, production susu berlaku dalam badan dengan sangat heibat. Kira kalau pump waktu ni, korang tak perlu pump lama la untuk dapat susu yang banyak.
Waktu kedua ialah waktu bangun tidur pada waktu pagi. Seboleh-bolehnya korang bangun awal sikit sebelom subuh. Bangun-bangun je terus pump. Sebab ada nurse pernah bagitau aku, production susu pada waktu malam adalah 2 kali ganda waktu siang. Dan memang betul. Kalau aku pump waktu subuh, memang aku dapat lagi banyak susu dari aku pump waktu tengahari.
Dan waktu-waktu lain ialah, korang kena pump setiap 3 jam. Kalau nyanyok macam aku, sila la set alarm atau reminder kat fone. Huhu!



Motif letak gambar takde kena-mengena?
Saje nak bagitau, minggu lepas pergi lab pakai baju tidur je.
Pemalas tahap moksha nak pakai cecantik.
Kalau boleh pakai lingerie je dah lama kubuat. Haha!


Soalan 5: Makanan & Amalan untuk banyakkan susu badan.

Sebenarnya, ada banyakkkk makanan yang boleh tambah susu badan. Kalau korang search kat tenet, nahhhhh berderet keluar. Banyak sangat list nya. Tapi yang aku makan ialah, kurma, lobak putih, sawi, cereal, oat, roti whole-grain atau whole-wheat, susu enfamama, minum air setiap sejam. Sebabnya, benda-benda senang nak jumpa dan senang nak makan.
Ada orang kata belut pon boleh tambah susu. Tapi susah pulak nak cari.
So tak kuasa aku. Tapi kengkadang kalau hubby ternampak jual belut kat mana-mana memang dia akan beli.

Bebaru ni aku pergi outlet Lunatots. Sebab nak guna voucher menang contest heh.
Sebenarnya tak tau pon nak beli apa. Tetiba minah jaga kedai tu suggest benda ni.

Cookies for breastfeeding mothers!! Hohoho!!
Biskut ni ada fenugreek, sejenis herba yang boleh banyakkan susu badan.
Tapi harga dia memang na'uzubillah la. RM35.90!!!
Rasa dia macam kuih raya je pon.
Kalau bukan kerana voucher, aku rela makan biskut hup seng je.
Huhu!

Balik rumah terus warning hubby,
"Papa jangan makan biskut ni. Ni biskut untuk breastfeeding mothers je! (hamboih haha!) Kang kalau Papa makan nanti keluar susu. Lalala~"

Amalan lain untuk tambah susu badan ialah, baca surah hujurat. Seeloknya masa tengah pump. Niatkan dalam hati nak bagi rezeki lebih kat anak.


Soalan 6: Ramai yang beli chest freezer. Perlu ke?

Aku dulu pon nyaris-nyaris nak beli chest freezer tapi tak jadi. Yang tak tahu, chest freezer tu yang macam peti kat kedai runcit yang letak aiskrim paddle pop tu pastu campur pulak dengan popia dan karipap segera pastu tetiba ada ikan kembong beku terselit sebelah. -___-"

Bagi aku, tak perlu pon chest freezer sebenarnya.
Memula masa Baby Haikal belum ada, kitorang pakai fridge yang satu pintu tu je.
Pastu hubby beli fridge 2 pintu. Sebab stok susu dah beranak. (BACA SINI)
Walaupon masa Baby Haikal 3-4 bulan tu, stok susu aku memang banyak sampai tak tau nak letak kat mana. Sampaikan kena tumpang peti rumah jiran, tumpang rumah mama, tumpang nursery. Huhu!
Tapi keadaan macam tu tak lama.
Sebab bila Baby Haikal dah 6-7 bulan, dia makin banyak dan kerap minum susu. So stok semakin lama, semakin kurang jugak.


Soalan 7: Camane nak store susu kalau kat tempat kerja takde peti?

Aku pon mengalami masalah ni. Aku ni jenis yang tak duduk setempat macam orang kerja ofis. Lab aku jauhhhhh dari workstation aku kat USM. So dalam sehari, memang aku akan kesini kesinun tak tentu masa. Dan kengkadang aku terpaksa pump susu dalam kereta sahaja.
Aku ada car adapter, so boleh plug in pump kat situ.
Lepas pump, susu yang dah perah tu, aku store dalam peti tecikkk tetomei-tomei ni. Hihi

Peti ni ada adapter untuk kereta jugak. So kesejukan dalam peti tu maintain lah. Icepacks pon tak cair.
Dulu aku pakai cooler bag tu je. Tapi macam tak tahan. Icepacks pon cairrrr je. Sebab aku tinggal dalam kereta kan susu aku. Takkan nak bawak kulu kilir pulak.
Tapi kalau kat tempat kerja/study korang ada pantry ada peti yang sesuai, takde masalah. Boleh tumpang letak situ.


Soalan 8: Bahan bacaan untuk ilmu penyusuan.

Aku rasa sekarang dah senang. Dalam tenet pon banyak cakap pasal breastfeeding. Tu pon kalau pandai cari la.
Kalau tak pandai cari, pergi je kedai-kedai baby. Mesti ada buku-buku pasal breastfeeding.

Ni contoh buku yang aku beli. 10 hinggit je pon. Huhu.
Karangkraf pon ada publish majalah khas on breastfeeding. Tapi limited la. Korang kena pergi kedai baby baru jumpa majalah tu.
Takpon korang beli je majalah Pa&Ma setiap bulan, setiap isu memang ada je cerita pasal breastfeeding.
Masa aku dah nak terberanak dulu, hubby ada belikan aku buku "For first-time parents". (BACA SINI)
Berguna jugak la buku ni.

Soalan 9: Bila terpaksa consume steroid, dan susu badan kering secara mendadak. Camane nak buat?

Ni memang satu kes ngan aku la ni. Aku kan asthma. So bila kena attack tu, nak taknak kena consume steroid jugak. Selama setahun aku breastfeed Baby Haikal, dah dua kali aku kena asthma attack. Dan dua kali jugak la susu aku tetiba takde. (BACA SINI)
Memang itu antara effect steroid tu lah.

Tapi Alhamdulillah, rezeki Baby Haikal masih ada.
Lepas dua tiga hari baik asthma, aku makan Set 3M dari Shaklee.

Memang berkesan produk ni kat aku. Lepas 3-4 hari, susu aku kembali seperti biasa.
Tapi harga dia mencekikkkk jugak la. Huhu.
Demi Baby Haikal, lantakkannnn...


Soalan 10: Rutin pump untuk orang yang takde ofis dan asik kulu-kilir ke sana ke sinun

Jawapan soalan ni lebih kurang macam jawapan soalan 7 tadi.
Sila keatas balik. Haha!
Sekarang ni, memang selalunya aku pump sambil driving sahaja. Dah kata ada pumping bra dan pumping strap tadi kan.
Yang pumping strap tu memang setiap masa tergantung kat rear mirror dalam kereta.

 
Orang gantung tasbih, aku gantung pumping strap. Haha lantakkannn...
Tapi syaratnya kalau nak pump sambil driving, sila pakai nursing cover atau shawl untuk menutupi apa-apa yang harus ditutupi heheh.
Kang kalau terjuih je, abang lori lalu sebelah ternampak boleh masuk gaung ok.
Kesian abang lori yang tak berdosa itu. Dah la baru minum tongkat ali. Ehh??

Ok dah.


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh