Sojuk budak tu jang oiii!!

Masihhhhh bukan entry Mother's day. Haha!

Dah kenapa sibuk sangat tanya mana entry Mother's Day kan.
Hari-hari pon aku mother apa.
Setiap saat, setiap detik waktu dan ketika aku ialah mother..
Esok pon masihhhh 
maderrrr...

-______-

Penat ok sebenarnya jadi maderrr nih.
Maderrr mana ada cuti.
Kalau hari buruh, semua buruh dapat cuti kan.
Dah kalau hari ibu?
Mana ada ibu-ibu dapat cuti bhaiiii..
Tetap kena menjadi ibu jugak ok.

Cuba kalau aku bangun pagi di hari ibu, tetiba rasa macam nak cuti dari menjadi ibu pada hari tersebut. Pastu bila Haikal mintak nenen, tetiba jawab 

"Eh eh tak boleh tak boleh! Sorry hari ni saya off day."
*libas boxer sambil tarian ballet*

Boleh??
Takkan dapat der gitu. 
Tak sampai 3 minit kompom kena panah petir. Hanya kerana tidak memberi nenen. Haha!

 So begitulah ye kita ibu-ibu sekalian.
Walaupon nama Hari Ibu,
tetap kena setelkan laundry, kosongkan sinki dapur yang tak pernah kosong tu, 
paling lama kosong pon patbelas saat je pfft
Pastu siapkan sarapan, lunch dan dinner untuk family. Mungkin lepas ni boleh syorkan hari ibu adalah hari puasa sunat sedunia kecuali ibu-ibu je boleh puasa yok-yok haha!
Anak kencing berak pon tetap ibuuuuuuuuu yang kena setel.
Anak nak mandi pon, ibuuuuuuuu
Anak nak nenen, ibulah jugak takkan ayah pulak. Masin kottt kahkah.

Jadi
Marilah kita bersabar. Huhu!

Tapi hari ni bukan aku nak cerita pasal Mother's Day tempoh hari (walaupon dah lima perenggan engko bebel pasal Mother's Day, oh maafkan saya).
Sebab rasa malas pulak nak upload gambar Ahad lepas. Esok je la eh. Takpon lusa. 
Pastu buat-buat lupa je lah senang kan.. ;D

Hari ni aku nak share video Haikal main hujan je. T_T
Ye dia sekarang memang semakin kronik bila nampak hujan. 
Sebijik macam ipin nampak ayam goreng. *eh ada kena mengena ke?*
Dah la dalam video ni, dia main hujan masa kat rumah Mak (MIL).
Berapa kali tah kitorang kena marah ngan Wan (nenek hubby). Haha!

Sikit-sikit Wan jerit,
"Ya Allah kang domam anak kau tuuu!"

Selang seminit,
"Eyyyyyy!! Den tak tahu la camano laie nak koba an! Masuk la, jangan main hujan tu laieeee!!"

Selang seminit setengah,
"Ya Allah apo dogey bona tuuu! Bawak masuk budak tu! Sojuk budak tu jang oiiii!"

Aku diam je. 
Sebab aku tengok hubby pon buat tak tahu je. Kahkah.
Kong hajo sangat.
Tapi Wan kalau marah comel tau. 
Sampai rasa was-was nak rasa takut ke taknak ni? Haha!
Tapi kalau dah kali ke patratus juta dia jerit suruh masuk tu, aku takuit la jugak. Kang kena sumpah jadi peti ais pulak...



Video ni aku buat ada soundtrack.
Sebab kalau tak letak soundtrack, nanti boleh dengar suara Wan marah kitorang hihi. 
Malu iolls dah tua bangka pon kena marah. T_T

0 comments: