Malam tadi la. Kemain Baby Haikal dah mula berjalan!
Dan pencapaian terbaik setakat ni ialah 4 langkah. Haha.
Empat langkah sahaja walaupon kannnn.
Tapi okay lah untuk permulaan. Kang terus berlangkah-langkah perginya, terkujat pulak kitorang tengok. Macam ada bela sesuatu je kan. Haha
*sila abaikan tupperware yang bersepah-sepah atas lantai tu ye. Tak lain tak bukan kerja Baby Haikal la tu -___-*
Hubby balik kerja tu terus eksaited tengok Baby Haikal belajar jalan. Siap taknak tukar baju kerja tu okay. Bau asyemmm je. Haha.
31hb ni Baby Haikal genap setahun. So elok sangat la tu.
Dah tau dah nak bagi hadiah birthday ape untuk Baby Haikal. Mestilah kasut. Sempena baru boleh berjalan kan. Hihik.
Hari tu aku dah survey-survey dah kasut budak. Macho-macho je semua! Terus rambang mata aku dibuatnya. Papa, nak yang tu! Nak yang tu! *maknya yang gelabah pilih kasut, anaknya rilek je isap jari dalam stroller sambil dalam hati, KASUT tu ape?? Hahah*
Tapi memang gewwam la tengok kasut tecik-tecik tetomei-tomei ni kan. Ade tu siap matching dengan kasut orang dewasa. Maksudnya kau boleh pakai kasut yang sama dengan anak kau. Satu baby size, satu adult size. Saiz aku pon ade, dah try dah. Eh tetiba birthday aku pon 31hb ni jugek ke? Tetiba aku pon nak beli kasut baru sempena baru boleh berjalan jugek kennn...
Oh lagi satu kan. Aku terlupa nak update korang pasal entry Cerai Susu hari tu.
Cerita aku dalam entry tu macam terdesak gila-babeng punya kan. Tapi sampai hari ni aku masih breastfeed Baby Haikal. Heh. Tapi memang terdesak pon waktu tu. Cuma lepas kejadian tu, aku terus berenti consume steroid. Aku amik yang sedut-sedut tepong tu je (accuhaler).
Tapi aku kena berwaspada selalu la, seboleh-boleh avoid benda-benda yang mendatangkan asthma semula.
Pastu aku makannnnn semua-semua yang dapat menambahkan susu. Dan Alhamdulillah susu aku dah ada balik. Tapi tak sebanyak susu masa sebelom aku kena asthma attack tu la. Tapi at least ada lah.
Dan dalam masa yang sama, kitorang selow-selow ajar Baby Haikal minum susu formula. In case lepas ni kejadian yang sama berulang lagi. Tak sanggup mak!
Ok lah itu je.
Tak sabar nak bawak Baby Haikal tatih-tatih kat luar rumah petang ni. Nak show-opp kat jiran-jiran lettew! Kui kui kui
Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh
5 comments:
wah tahniah..cepat juga jln ni...selalunya budak laki lambat sikit.. anak sy 14bulan baru jln
yay. haikal lps ni lari laju2, biar mama exercise kejar smpi kurus.muehehe.
dik, dont wori wpun pam angin. it might go on smpi 2minggu, tp insyaAllah ada balik
Aisy Nasiha,
lain budak lain kot. itu pon haikal belum jalan betul lagi. Heheh
Kak is,
haikal yang lari laju2 kang dia yang kurus dulu. Huhu. btw, masih berusaha pump setiap 3 jam la nih. Pam angin sajeeeeeeee... grrr! ;(
waaa...comel la baby haikal..
jie, nko rakam pastu tepek tau..nak tgk budak gomok tu jalan..misti terkedek2..heheh
Post a Comment