20 Facts About Me

Sekarang tengah demam apa entah dekat Instagram.
Tak habis-habis dengan hashtag #20FactsAboutMe.
Dan aku juga telah di-tagged oleh adik sendiri (Raidah).
-_____-

Disebabkan aku tahu ramai readers blog ni takde account Instagram,
Maka aku share lah kat sini sekali k.
Selamat mengenali aku dengan lebih mendalammm lagi.
Jemputlah baca aduinyapuin.


1) Nama saya Rajiah, yang bermaksud HARAPAN. 
So if u wanna say, "itulah harapan saya." Sinonim kepada ayat itu adalah "itulah rajiah saya." Heheh 


2) I have hearing problem. So kalau nak bercakap dengan saya, biaq teghangggg.


3) Susah gila nak nangis depan orang. Sampai sesetangah orang anggap saya ni berhati batu. Tapi saya taklah begitu. 
Macam kita korek hidung, depan orang kita susahhhh nak buat, tapi bila sorang-sorang kita buat bersungguh-sungguh. ;D
So bila keseorangan saya mudahhhh menangis dengan selaju-lajunya.


4) I'm asthmatic. Alah dengan asap, jerebu, habuk etc. 
So kalau kemas rumah, saya akan pakai face mask dan sunglasses. 
Kalau ada helmet, pun saya sarungkan. Dah macam ghostbuster. 


5) Saya bukan surirumah. Tapi surisuami. Sebab saya tak kawen dengan rumah. -..-


6) Saya berkahwin dan mendapat Master in Environmental Engineering pada usia 22 tahun. 
Orang selalu kata saya gatal instead of kata saya bijak. 
Fineeeee. *tiup ketiak* 


7) Saya takut lipas. Suami saya discovered yang saya takut lipas ketika tahun kedua perkahwinan kami. 
Masa tu baru dia betul-betul yakin yang dia kawen dengan wanita tulen dan bukan pondan. 
Sebab pondan tak takut lipas. 


8) Satu Malaysia cuti pada tarikh birthday saya, tapi BUKAN SEMPENA birthday saya. -___-


9) I'm constantly hungry. Selera macam walrus. Kalau nampak walrus pun aku makan. 


10) Saya pandai buat aiskrim. Aiskrim kordial yang ikat dalam plastik panjang tu. 
Haikal selalu cakap, "Wahhhhh hebat la mama buat aiskrim!" 


11) Saya perempuan yg tak berapa nak perempuan. Diakui sendiri oleh suami saya. 
Dia kata kat rumah, saya ni macam rival dia. Gentleman dan kuat kentut. 


12) Dulu saya tak suka budak-budak. Tapi bila dah jadi mak, tetiba rasa sayanggggg budak-budak. 
Nampak budak je, terus pondan. 


13) Saya suka tiru suara pak engku. Tapi skill masak memang out. 
Tapi masih pasang angan-angan nak berjaya macam pak engku. Nak pakai songkok tinggi. 


14) Saya boros. Tapi selalu boros untuk orang lain. 
Sanggup perabih belikan maciam-maciam yang bukan untuk diri sendiri. 


15) Saya tak suka rambut panjang, tapi suami tak bagi potong. 
Pastu malam-malam dia suruh saya nyanyi lagu injet injet semut. 
Dia kata sama macam heroin filem hantu kak limah. 


16) Saya suka makan tapi malas masak. Selalu harapkan jiran-jiran sebelah je hulur lauk, 
pastu nanti aku balas dengan drummet ayamas je hahahah. 


17) Saya ada sindrom suka tengok orang senyum dan gelak. 
Even strangers pun, saya boleh tenung lamaaa tengok dia gelak. Orang ingat saya saiko. 
 Dulu masa sekolah, budak-budak laki selalu salah paham dengan sindrom saya ni. 
Diaorang ingat saya tenung sebab saya nak ngorat. 
Ah hensem tapi bulu dada penuh pun tak berguna. Tak hengen. 


18) Cara saya release stress ialah dengan driving. Long distance drive. 
Drive lah tah kemana-mana pergi tah. Janji drive, pastu mesti lega. 


19) Saya sangat strict dalam mengasuh dan mendidik Haikal. 
Tak tahu lah kenapa jadi camtu. Mungkin ada bakat terpendam sebagai pengetua sekolah. 


20) Saya blogger. Nampak sangat dah takde idea. ;D


2 comments:

NuRuL MoHaMaD said...

kak jiji, bkn GENTELman ke?hihihi

Razf said...

samalah kita pon suka drive.. tp highway lah.. kalau jalan jammed kt kl tu makin tension adela!