Terima kasih Mok Jah!

 Kan hari tu aku post entry pasal aku meroyan cari selipar jepun bodoh-bodoh untuk Baby Haikal tu kan.
Bebaru ni ada sorang reader dari Terengganu (jauh mari bhai...) buat surprise!!
Disebabkan dia taknak identitinya didedahkan, marilah kita namakan dia Mok Jah sahaja. Hihi! Mungkin sebab dia nak privasi, atau...mungkin dia sebenarnya ialah makwe zizan razak? Hohh?! Maka perlulah kita hormati privasi beliau kahkah.

Gurau je Mok Jah.. Jangan marah Bang Jah..
*tetiba nama hubby Mok Jah ialah Bang Jah??*

Satu pagi tu, tetiba Mok Jah PM aku kat FB,

"Jiji!!! Saya ada jumpa selipar jepun baby kat kedai runcit kat Pasar Batu 6. Selipar jepun tu adalah seburuk dan sebodoh yang awak nak tu. Haha!"

"Nanti saya belikan 2 pasang, untuk Haikal & Aqil. Saje nak bagi hadiah. Aci tak bagi hadiah selipar jepun je?? Haha!"

Dan tak lama lepas tu,

"Jiji!! Dah pos! Esok sampai depan pintu rumah awak."

Mak aihhhh... Apo copek bona...
Tadi macam baru nak beli, tetiba je dah pos?!
Tanjat gegirl.
Aku syak Mok Jah sebenarnya ialah IronMan.
Sebab tu dia taknak aku dedahkan identiti dia.

Ok sekarang baru aku faham.
-..-

Dan keesokannya....
Abang pos laju sampai depan rumah, pin pin pin pin!! 
Hon motor kan bunyi pin pin gitu. Tolonglah paham. -..-

Aku selak langsir intai luar, ehh alamak ada pos laju!
Terus aku laju-laju pakai seluar panjang, baju lengan panjang kahkah!!
Biasa la duduk rumah mesti la baju tak cukup panjang. :P

Nasib baik abang pos laju tu, sabar menunggu di luar.
Dalam hati dia,
"Manaaaa la tuan rumah tak keluar-keluar. Mungkin tengah bancuh sirap limau ais untuk aku kot. Baik aku tunggu je."
 *aku memang suka monolog untuk orang lain haha!*

Sekali tuan rumah keluar, 
melengganggggg je dengan tudung senget-senget.
Sumpah tak setim langsung.

Aku dengan muka cun sikit je dari Kak Limah, 
keluar, amik parcel, tandatangan, pastu terus masuk rumah hempas pintu. 
Padahal abang pos laju tu pon tak blah lagi.
Mungkin dia masih menunggu......
sirap limau ais??
Kirim salam je lah!

Keh keh keh kehjamnya awakkkk.. -..-

Masuk je bilik, terus bukak parcel tu,
dannnnnnnnnnnnn...

Wahhhhh!!!
Ini cobaan atau betul-betul kejadian??

Terima kasih Mok Jah a.k.a IronMan!!!!
Sayang awakkkkkk
Ini baru betul-betul ho-liao, selipar jepun yang ori lagi asli!
Ia kenyal ia sedap ia rangup.
Haha!

Petang tu aku amik Baby Haikal lebih awal daripada biasa.
Sebab tak sesabar dah nak sarung selipar jepunggg.
Terengganu mari kan. So kena ada dengung sikit, jepungggg! Gitu. 


Muat betul pulak tu dengan kaki Baby Haikal.
Padan sungguh.
Pandai Mok Jah pilih.
Boleh Haikal buat selipar amik wuduk lepas ni. :D

Tapi kan....

Tetiba aku macam dalam dilemma seketika.
Hijau ka..kuning ka..
Dua-dua santek okkk!!
Aku suka dua-dua.
Stressss je nak pilih yang mana untuk Haikal.
Sebab satu lagi kena bagi Aqil kan.

Jenuh tau bincang dengan hubby nak decide yang mana.
Kitorang kira emi kotomi, pon tak jalan.
Kitorang kira polis entri want to jaga, pon tak jalan.
Buat osom air batu burung, pon tak jalan.
Memang dalam dilemma tahap jepungggg punyalah.

So camane kalau kita buat macam ni je..






***







***







***







***







***










Haaa..lebih adil dan saksama bukan? Kahkah.

Tapi tetiba hubby cakap,
"Kang orang ingat curi selipar kat masojid pulak..."

Habis tuuuuu???? 
Macam mana nak pilihhhhh!!!

-__________-"

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

11 comments:

D' Hasnie Aini said...

adeh tergelak baca entry nie...hehehe..suh baby haikal pilih sendiri ^_^

ADLIL RAJIAH said...

d'hasnie,
dah suruh haikal pilih. tp dia hanya mampu buat muka seposen. mungkin dia juga dlm dilemma. Haha!

Aida.Ohno said...

alahai comelnya!tersenyum baca entri ni.hehe.tapi kan,rasanya tak boleh pakai selipar berlainan warna,nanti mewarisi kepapaan.rasanyalah.

izzain said...

ok je jiji ko buat terbalik kaler camtu.. aku ada satu selipar jepun beli kat ROXY original tau rm88 sebelah lain sebelah lain.. sebelah bunga kecik2, sebel;ah bunga besar2. sampai dh nk setahun org dok kata aku pakai selipar terbalik..

ADLIL RAJIAH said...

aida,
oh ye?? tak pernah dengar pulak. na'uzubillah.. btw, thanks bagitau :))

izzain,
kahkah! biasalah..trend selipar sekarang pon kengkadang pelik2. tak lama kang keluar pulak trend baru, sebelah selipar, sebelah kasut. aku syak, mesti ko orang first yang pergi beli. Kahkahkah.

NorrShakor said...

hehehe..kalo akak la akak pilih yg kuning..dr jauh dah nampak eh tu abg kawasan sudah datang ooooo..tp kene ajin sental skit la sbb cepat nmpk kotor..kuiii.

ADLIL RAJIAH said...

mamafarah,
haah.macam nak pilih warna kuning jugak. cepat kotor la bagus. baru reallll punya abg kawasan. kahkah

sitinorafizah said...

jiji, nak lagi abg kawasan, ko kasik haus kan tapak bhgn tumit tu. Jgn plak sampai berlubang.

dari sisi hidupku said...

haikal pakai selipar apa pong tetap comel kalah megan foz. Warna kuning lah-nampak meriah siket. Haha.

aiShah_sOfeaTJ@katoJie said...

ha ha ha.. terkekeh kekeh baca entry ni...haha

so dah tak meroyan la kan mamanya? hi hi :P

the dietitian said...

kuning...kuning...haha..cute gile baby haikal..