Showing posts with label Anak buah. Show all posts
Showing posts with label Anak buah. Show all posts

Deepavali hari tu.

Weekend deepavali lepas, kitorang balik kampung.
Tak lama pon. Dua hari je.
Tapi ok lah dari tak balik langsung. 
Terubat la jugak rindu di hati.
Walaupon takdelah rindu mana kahkah.
Sebab hari-hari pon call lah skype lah wassapp lah. 
So jauh pon tak rasa jauh.

Tapi dalam sebulan, kitorang wajib jugak balik kampung.
Sebab nak kasi Haikal kenal family dia kan.
Kang sepupu sendiri pon tak kenal. Tak fun langsung hidup.
Aku dulu, asal cuti sekolah je mesti nak stay rumah nenek.
Ramai-ramai berkampung kat rumah nenek ngan sepupu-sepupu semua.
Pastu hari-hari pon dengar nenek bising sebab telur ayam kat reban asik hilang.
Atok pulak bising sebab lighter rokok dia asik hilang.
Dua-dua pon sebab kitorang main masak-masak kat sungai belakang rumah.
;D

Kalau bernasib baik, dapat la menjala ikan kat sungai tu.
Curi jala tah sape-sape punya entah.
Tangkap dua tiga ekor ikan. Masak sekali ngan telur ayam. Bahaha.
Tapi kitorang tak makan la.
Habis masak, biar je situ. Simpan elok-elok. 
Tutup ngan daun keladi supaya tak kena hujan.
Esok boleh sambung masak benda yang sama. ;D
So aku nak Haikal pon rapat dengan sepupu-sepupu dia camtu.
Walaupon sekarang ni zaman gajet kan. Takpe lah nak buat camane kan.
Tapi interaction dengan saudara-mara wajib ada.

 Hari sabtu masa deepavali tu, tak ramai lagi kat rumah mak.
So hubby bawak la Haikal jenjalan naik motor. Pinjam motor Abah.
Nasib ada minyak bahaha.
Haikal sekarang memang tak boleh tengok motor atok dia.
Asal nampak je mesti
"Nak bike! Nak bike!" (read: motorbike)

Aku upload gambar ni kat FB.
Ada sorang tu cakap hubby macam Mr. Arrogant.
Terus kembang semangkuk mamat tu. Tak habis-habis cakap kat aku,
"Mama jangan jeles ye. Mama! Jangan jeles ye mama. Mama jangan jeles ye!"
Pfft.

Petang sabtu tu kitorang singgah rumah Mama pulak.
Oh takut korang komfius,
Mak = mak hubby
Mama = mak aku
Ok?

Sebenarnya aku tak suka sangat cakap "mak mertua".
Sebab dalam islam pon takde istilah tu kan.
Mak suami kan wajib kita taat macam mak kandung sendiri. Takde beza pon.
Kalau bercerita dengan orang pasal mak mertua pon, aku akan cakap "Mak" je.
Aku jarang guna "mak mertua".
In fact aku pernah dengar dalam tivi. Ustaz tu cakap, dalam doa lepas solat pon kena doakan mak suami dulu sebelum mak sendiri. Gitu.
Eh terceramah pulak. :P

Masa kat rumah Mama, Daddy ada belanja aiskrim.
Sempena birthday Haikal dengan Aqil la kengkonon.
Tapi secubit pon birthday boys tak merasa.
Mak bapak atok nenek dia yang habiskan. -..-


Pastu kebetulan Aunty Sarah jiran sebelah rumah Mama bagi surprise.
Thoughtful sangat tau. :')

 
 Sedap tak hengat ok pretzel cookies ni.
Ada white choc dengan dark choc. Aku suka dua-dua.
Aunty Sarah ni memang buat bisnes baking tau.
Memang berhantu ok air tangan dia.
Aku ingat lagi dia buat pavlova. Pergh!
Pastu dia pernah buat birthday cake masa birthday bash Haikal & Aqil dulu.
Pun pergh! jugak.
Belum cakap pasal kuih raya dia lagi. Almond choc apa semua.
Pergh pergh pergh! *tersembur-sembur air liur sebut pergh banyak kali* :D

Tak caya, korang try usha blogshop dia:
Choc Hut

Malam sabtu tu, kitorang bawak Haikal pergi studio Les Copaque.
Saje nak bagi dia tengok gambar upin ipin kat tepi-tepi building tu.
Ni first time kitorang bawak Haikal ke sana.
Terkesima terus budak tu. :D

Kemain bising mulut dia sambil tunjuk-tunjuk upin ipin.
Pastu kejap berlari kesana kejap berlari kesini. Excited sangat.
Paling tak boleh blah, Haikal siap boleh bawak bersembang dengan upin ipin kat dinding tu.
Terus aku macam,
"Papa, mama masuk kereta dulu lah."
Tak sanggup tengok anak cakap ngan dinding. Kahkah!

The next day, hari Ahad.
Kitorang lepak rumah Mak je sepanjang hari.
Seronok sebab cucu-cucu mak complete semua ada.

Masa ni lawak gila. Diorang nak lumba basikal.
Tapi Haikal sorang takde basikal.
Terpaksa dia naik bendealah kereta sorong tu haha!
Pastu bila hubby bilang,
"Satuuuu duaaaa tigaa!!"

Terus Haikal turun dari kereta sorong, dan berlari. Bahahaha!
Dia ingat lumba lari. :D
Pastu semua orang gelakkan dia. Termasuk aku.
T___T

Camni la suasana kat rumah mak.
Riuh!
Yang mak-mak duk kejar anak masing-masing.
Pastu kang,
"Abang jangan bawak laju-lajuuu!!"
"Kakak jangan buat adik!!"
"Adik jangan main situ! Calar kereta paksu kang!"
-________-

Pastu ada bhaiya datang jual aiskrim rumah ke rumah.
Terus kitorang borong banyak.
Abah siap buat lawak,
"Bhaiya, berapa satu tong?"
Amboi abahh.. haha!

 Haikal curi Mamalong dia punya aiskrim.
Selalunya kalau kitorang beli aiskrim, Haikal tak suka.
Tapi kali ni bila Mamalong dia offer, terus dia habiskan semua.
-..-

Nasib lah Mamalong.
Siapa suruh ambik aiskrim yang paling mahal. ;D


Anak-anak buah (belah hubby) pon dah makin rapat ngan aku. :)
Dah berani ketuk pintu bilik, pastu

"Maklang, maklang tengah buat apa? Nak masuk boleh?"
"Baru habis solat. Masuk lah."
"Maklang, ni bra siapa?"
"Maklang punya lah. Takkan paklang punya pulak."
"Maklang, ni stokin siapa?"
"Laa stokin maklang lah."
"Macam stokin sekolah je. Maklang sekolah lagi ke?"

Ada jugak yang kena halau ni kang.
-_________-
 

Haikal dan Hayfa dah kamceng!

 Belah family hubby, Baby Haikal ada sepupu sebaya jugak.
Kalau belah family aku, Baby Haikal ada Aqil kan.
Selang sehari je beza umur diorang.
Tapi belah family hubby, Baby Haikal ada Hayfa.


Tapi beza umur 6 bulan.
Hayfa bulan April, Haikal bulan Oktober.
Dulu macam nampak la jugak gap umur 6 bulan tu kan.
Tapi sekarang dah tak nampak sangat dah.
Maybe dulu sebab Hayfa dah boleh berjalan, tapi si Haikal masih termeniarap je lagi. 
Tapi sekarang, dua-dua pon dah boleh berjalan, dah boleh berlari.
Saiz badan pon dah lebih kurang je aku tengok. Haha!
Tapi ofkos la Hayfa lebih tinggi.

Takpe yang. Orang kata, kalau pompuan lebih tinggi, bahagia.
Ehh tetiba kan?

So bila diorang dah boleh main sesama ni, makin tak nampak la gap 6 bulan tu.
Nampak sebaya je.
Dah memang sebaya ponnnn. -..-

Bebaru ni, masa balik rumah Mak (MIL).
Elok pulak Hayfa ajak Haikal main sama-sama.
Biasanya macam ambik masa sikit sebelom nak ngam.
Mungkin sebab jarang jumpa kan.
Kitorang pon balik sebulan sekali je. Takpon 2 bulan sekali.

Dan Hayfa ni memang Mak yang jaga.
So hari-hari pon, memang dialah "Mam Besar" kat rumah Mak tu kan.
So bila kitorang balik, Haikal pon sibukkk nak sentuh mainan Hayfa, tu yang macam culture shock tetiba kot kan.

Sebelum ni, semua semua semuaaaa mainan ni gua yang punya, tetiba lu datang nak sentuh-sentuh barang gua pulak kan. Lu apahal Haikallllll. Nak bajet abang kawasan, pi balik Batu Kawan sana laaaa...

Hayfa monolog dalaman. Haha!

Tapi sekejap je la bermonolog.
Tak lama kang, main elok la budak dua orang tu.

Kebetulan dua-dua pon suka upin ipin.
Hah elok sangat la.
Pergi baca komik upin ipin sana.
Mama nak goyang kaki kunyah kuaci patploh paket. 
Amboi melampauuuu kahkah.

 Hayfa ni dah pandai cakap tau.
Banyak betul mulut dia sekarangggg

Kengkadang aku boleh faham apa dia cakap, 
tapi kengkadang macammm

"Ni adik unye. Angan amik adik unye. Angan uat adik. Eyut adik akit."

Paham?? 
Haha!
Nasib engkolah tak paham.

Dari dulu, aku suka observe Hayfa nih.
Sebab dia tua sikit dari Haikal kan.
So dia develop dulu dari Haikal.
Contoh macam,
umur 9 bulan dia dah start berdiri
umur setahun dia dah start berjalan
umur setahun setengah dia dah boleh faham arahan

So development Hayfa ni macam reference aku la, untuk observe Haikal.
Boleh buat persediaan mental fizikal awal-awal.
Contoh umur setahun dah boleh jalan kan, so masa umur Haikal 10-11 bulan aku dah start pasang pagar sana sini keliling rumah. Kahkah.
Kang esok-esok engko dah berjalan, 
takdelah Mama kalut nak kejar engko kesana kesini kannnn.
Mama dah siap-siap label "kawasan berjalan dan kawasan larangan berjalan".
Jadi sila patuhi. Haha!
 
 
 Baby Haikal memang hoverr sokmo kan kalau bergambar. Pfts.
Bruno Mah sokmo mung.

Aku rasa macam bentuk mata diorang sama.
So maybe betullah kot, orang duk kata mata Baby Haikal ikut mata apaknya.
Foinnnnnnn tak kecik hati ponnnnnn. -..-

In fact, family aku cakap mata Haikal macam mata Ateh (adik hubby).
Ohohoi apakah ini semua Atehhhhh
Terima kasih banyak la ye. Sebab mewariskan genetik mata kepada Haikal.
Mata aku je la tak diwarisi sesiapa. Foin foin foinnnn.
-_________________-"

 Upin jugak la yang mata macam aku kan.
Takpe la. Takpe.
Tak kisah ponnnnnnnn!!!!

T______________T


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Baby Haikal meets the other kazenssss

Semalam cerita pasal kazen Baby Haikal, hari ni pong nak cerita pasal kazen Baby Haikal lagi. Tapi kazen hok lain pulok.
Untung Baby Haikal ramai kazen belah family hubby.
Tapi kebanyakan kazennya ialah aweks.
Tu yang aku cakap untung. Kah kah kah.

So masa balik rumah in-laws last weekend, kitorang sempat terjah rumah my eldest SIL kat Kota Damansara (tapi depa duk panggil "Kota Damn" haha).
So seronok la Baby Haikal berkenalan sambil membuli kazen-kazen beliau di sana.
Ish ish ish..

Along (SIL) with Sara (her daughter) and Baby Haikal.

Korang ingat lagi tak anak buah aku si Sara ni?
Dia lahir beberapa minggu je lepas kitorang kawen.
So selaku pengantin baru masa tu, Sara ni telah menjadi kegilaan aku and hubby.
Biasa la orang baru kawen kannnn. Mesti la ketaq tengok baby kannnnn. ;P
Dan sekarang, dah setahun lebih dah pon budak ni.
Dan aku & hubby pon telah berjaya mendapat baby sendiri. ;P
Maka Sara bukan kegilaan kami lagi. Keh keh keh.

Korang cer layan jap gambar bawah ni.
Korang tengok la sendiri camne Baby Haikal membuli budak setahun lebih.
Tak padan ngan kecik lah kau ni yang.

Chuakkkk je si Sara ni tengok Baby Haikal. Guilty pulak aku tetiba.


Hah ni lagi satu.
Dah la pinjam mainan orang, tapi kau pulak yang conquer.
Haih! *double guilty*


Bila dua-dua pindah atas riba wan (MIL), dibulinya jugak si Sara tu. Hmmm..
Ape pendengki sangat kau ni yang. *triple guilty*
Tengok la selamber dia cubitttt. Ya Allah seriau aku nengok.
Sedangkan kalau aku kena cubit pon sakit. Ni kan pulak budak.

Dah begitu perangainya, aku cepat-cepat la amik.
Kang nanges pulak si Sara tu, chuak aku.

Dan akhirnya, dia dapat conquer riba wan sengsorang. Kodokut!


 Bcoz si Sara lari join Pakcik dia (my BIL) tengok photobook Baby Haikal. 
Lega aku tengok Sara ok je.


Ni satu-satunya kazen lelaki Baby Haikal, nama Tasnif. Rival besar la nih.
Tak berani pulak dia buli Abang Tasnif tu. Kekeke


Dah la aku tengah guilty bcoz Baby Haikal duk cubit Sara je, Along (SIL) boleh pulak bagi some juice & fruit puree for Baby Haikal.
Segan aku nak terima. Tapi rezeki jangan ditolak. Kah kah kah


Sebelom gerak balik, Along suruh Sara kiss Baby Haikal.
Korang tengok la reaksi dia camne.
Hahaha.
Gedik la kau ni yang. Awek nak kiss pon marah ke.
Cer kalau bapak kau, awek nak kiss, sukaaaaa! Tettt!


Dah setahun pon..

Last weekend, kitorang balik rumah in-laws.
To celebrate the April Babies.
Ada dua orang, Abah (FIL) 7/4/1955 & Engku Naureen Hayfa (anak buah) 27/4/2011
Si Hayfa ni tua 6 bulan dari Baby Haikal.
Aku ingat lagi, dulu masa tengah mengandungkan Baby Haikal, kitorang melawat SIL baru beranakkan si Hayfa ni.
Tup tup tup dah setahun rupanya budak ni. How time flies kan.

So aku pon merajinkan diri membuat puding buah untuk 2 orang April Babies kita tu. Maklom la, pi rumah mertua kena la tunjuk rajin. Kalau nak tunjuk malas, balik rumah makpak sendiri la. Hehe.


Aku buat dua ketui, satu untuk Abah, satu untuk Hayfa.
So that depa takkan berebut. Heh
Oh kalau korang pelik tengok bentuk makhluk asing kaler hijau kat atas puding buah tu, itu ialah bentuk teddy bear ye, dan sesungguhnya bukanlah makhluk asing.
Aku sengaja tepek teddy bear kat atas puding buah tu, dengan harapan orang akan kata puding buah aku cute comel lote macam si pembuatnya. Dan Alhamdulillah, sampai hari ni takde lagi yang cakap comel. Semua memandang dengan muka, ehhh jadah ape kaler hijau nihh.. T_T
Okay takpe.
Hati yang ikhlas tak minta dipuji. Bahaha

Yang penting, anak buah aku, the birthday gurl, suka puding buah aku.
Terkesima dia tengok puding buah ada pacak lilin sebatang.


Suka aku tengok Hayfa makan banyak banyak banyak.
Bila Mama dia hulur je, nganga mulut. Dah telan, nganga lagi.
MIL cakap, eh eh kena pulak puding buah tu dengan selera si Hayfa ni.
Kembang buntut kitew bilew dengar MIL cakap gittew.
 Hihi.


 Angah (SIL) & her birthday daughter (Hayfa).

Bawah nih gambar si Hayfa tengah sakan melantak puding buah air tangan Maklang kesayangannya. Boleh tak aku nak cakap diri sendiri ialah Maklang kesayangan??
Kah kah kah



Budak bawah ni (Baby Haikal), teguk air liur saje. Haha.

Takpe la nak. Next week awak dah 6 bulan.
Hari tu doktor ada suruh Mama bagi solid food bila awak dah 6 bulan.
So nanti boleh la Mama suapkan ikan bakaq ka..
Gulai ketam ka..
Kuey Teow kerang ka..
 Nampak sangat nak suap ke mulut sendiri, bukan mulut anak.
Kah kah kah

 p/s: Abah (the birthday boy) wasn't around masa aku balik hari tu. So takde la gambar dia mamam puding buah. Tapi recently, Abah ada call and cakap thanks sebab buatkan dia puding buah. =)


Kembar tak berapa nak seiras


Aqil Zarif & Ashraf Haikal.
Both were born on 29th and 31st of Oct 2011.
Ya, mereka kembar tapi lahir selang sehari. Heheh.
Kembar lain bapak, tapi mak pon lain jugak. Heheh lagi.
Sebab tu memang tak seiras langsung. Bcoz actually they're cousins.
Mueh mueh mueh. *dah taktau nak gelak camne*

Sorang kepala licin, sorang lagi rambut macam pulasan.
Sorang bibir terlebih juih, sorang lagi nipisss je bibirnya. Bila senyum je, hilang bibir. 
Sorang ade 2 lubang kat hidung, sorang lagi pon ade 2 lobang kat hidung.
Hah tang tu je la yang seiras kot.

 Bergabung Meletoppp

Sorang asik nak makan tangan sendiri, sorang lagi pulak asik nak berborakkk je. 
Pastu gelak sengsorang. 
Dia buat lawak, dia yang gelak sendiri. 
Maklom la Zarif kan maksodnya periang. Haha. ;P

 
 Aqil: Camera dah role ke belum nih? Aku nak bercerita nih.
Haikal: Nyum nyum nyummm! Tangan aku ni buat gulai sedap nih.

Walaupon tak seiras, 
walaupon sorang rambut trojan, sorang lagi rambut dua tiga utas je,
tapi kami tetap akan bersama bersatu dalam mengharungi hari-hari yang mendatang!
*dua-dua muka semangat sambil genggam tangan ke atas*
Ape yang penting. Kerjaaaa sama! ;P

She's a big girl now.. =)


Do u guys still remember one of my niece (Engku Naureen Hayfa) yang rasanya macam baru semalam aku publish pasal entry newborn dia.
Tapi sekarang she's already 9 months old! Rasa macam sekejap je.
How time flies kan.
Masa jumpa Hayfa bebaru ni, I was so happy to see her development.
Dah mula berdiri. Kalau naik walker, bukan main lajuuuu je meluncur.
Dah pandai, bila hala camera mula la buat muka cheeky. =)
Gerammmm!


Aku wonder, camne la pulak anak aku nanti.. 
Tak sabar nak tunggu dia berjalan, bercakap, berlari, haihhh...