Showing posts with label aqil. Show all posts
Showing posts with label aqil. Show all posts

Haikal & Aqil tetomei tomei mandi tame-tame.

Itu bahasa alien namanya.
"Tetomei tomei tangat iye mandi tame-tame. Main air tame-tame. Uka angat ade bubble anyak-anyak."

Tak paham sudah.
Haha!


Sebenarnya ni pertama kali mereka mandi bersama.
Seperti....
18sx pula bunyinya kahkah.

Maksud aku Baby Haikal & Baby Aqil.
Kebetulan masa kat rumah Mama hari tu, Along nak mandikan Aqil, pastu tetiba aku pon sibukkkkk nak mandikan Haikal jugak. Saje letteww.
Masing-masing nak tunjuk skill mandikan anak. Haha.

So masa kitorang tengah tetogel-togelkan anak memasing, tetiba aku cakap

"Along, kita mandikan diorang sama-sama nak??"

Nasib baik Along pon redhoooo je. Heheh.
Dannnn
tedeng teng teng tenggg..
Lets bubble pardeyhhh people!!


Tetiba bising satu bilik air.
Dua orang budak kecik, tapi bising dia macam pasar payang dah. Haha!
Sorang duk ketuk jamban, sorak duk ketuk berus gigi.
Lepas tu kang nak hentak-hentak kaki la, nak menari ballet la.
Pening kepala mak hincikkkk

Tapi seronok la tengok diorang.
Gebus gebus je body masing-masing kann.
Geremss!

Sekarang takpe la kan.
Boleh mandi sama-sama camni.
Tapi kalau 20 tahun lagi, korang nak bubble pardeyhh tetogel-togel jugak,
Mama hempok penunu bunsen tahu la.
Toksah buat lagu tu ok.

Habis mandi, pakai baju.
Buh bedak, buh minyak rambut.
Uiiiiii mangi dah anak-anak Mama ni.

 Manginya iye tuuuu.. Nak gomoi-gomoi anje-anje ase. Anje ucuk-ucuk mangi.
Fjbgretyuihgdfghjnbvn lempang mahu? -..-


Baby kalau lepas mandi diorang akan tenang sangat.
Perasan tak?
Baby Haikal kan, selalu kalau lepas mandi, aku bagi nenen,
mesti dia tidur lamaaaaa lepas tu.
Badan rasa sedap kot. Selesa je dia tidur.
Jentik pon tak sedar. Tapi kalau gegar katil, sedar la jugak haha!
Tapi mak gila hape pi gegar katil waktu anak tengah tidur kannn. Kahkah.

Aku tak pernah buat la. Kalau pernah pon sekali je.
Tak pernah tapi pernah sekali. Boleh?
Yennadeyyy!

Chillax chillax sambil nonton.

Baby Haikal memang suka meniarap sekarang.
Buat ape pon meniarap.
Nonton meniarap.
Melukis meniarap.
Main lego meniarap.
Tidur meniarap.
Nenen pon meniarap!

Yang last tu tolong jangan bayangkan.
Terkehel-kehel maknya ok.
Kan bagus kalau tetek ialah detachable.
Ehh?

Ok dah. Bye!
Kenapa macam...
berbaurrrr sungguh entry hari ni.
Abaikan.


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Tajuk apa entahhhhh..

Tajuk je dah tahu boring seboring boringnya.
Macammm...perlu ke aku terus membaca blog yang boring seperti ini?
Kan? Haha!
Jadi apa lagi?
Sila tekan pangkah di sebelah kanan atas dan blah.
Hamboiiiii...halau sangat. Hihi.

Sebenarnya aku pon tak sampai hati nak baca blog yang semakin memboringkan sejak kebelakangan ini. Apatah lagi membiarkan korang membacanya. Mesti lah ibarat kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. 
Kaitan sagu dan blog?
Dua-dua pon boring.
??

Err....apakah aku merepek niiiiiii
Ok marilah kita berterus terang.

Aku nak mintak mahap awal-awal kalau tatkala korang membaca blog ni semakin hari semakin boring. Rasa macam nak taruk longkang je blog ni. 
Korang memang tak bersalah pon. Sebab aku pon rasa gitu. Huhu.

Dan minggu ni, banyak lagi entry-entry boring akan menyusul. 
Hadap lah kalau sanggup.
Haha!

Aku bukan sengaja.
Kalau ikutkan memang tak termampu langsung nak update blog.
Sebab terrrrrrrrrrr
terrrrrrrr
terrrrlalu occupied.
Terrrrrlalu sibuk.
Orang kata, kalau terrrr maksudnya tak sengaja. So boleh dimaafkan.
So korang kena assume aku ni macam, 
Eh eh tak sengaja sibuk. Eh eh tersibuk pulak tetiba.
Cepat-cepat rasa nak maafkan aku.
Begitu.
Kihik kihik kihik.

Jadi jujur aku katakan, minggu ni (dan mungkin minggu depan dan minggu depan dan minggu depan jugak HAHA), semuanya adalah secheduled post sahaja dan mungkin semuanya adalah boring. Aku kena bagitau begini, kang takde la korang expect tinggi sangat macam,
masuk office terus bukak computer laju-laju sambil 

"uish uish uish tak sabarnya nak baca entry terbaru megan fosh hari ni. Mesti best."

Macam bagus tak aku buat dialog untuk korang?
Kahkah.

So aku expect bila aku dah bagitau awal-awal, dari sekarang korang dah boleh set kepala otak korang, masuk office, bukak komputer, bancuh kopi, tengok fail-fail dokumen yang bergelimpangan atas meja lalu tersenyum, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, buka fail-fail dokumen, jalankan tugas seperti biasa.
Dan tetiba ada sekretari korang masuk, 

"Dato', sebentar lagi kita ada meeting dengan Cemara Holdings berkaitan projek eksport rambutan crepe ke amerika selatan yang bernilai 29 juta itu."

"Ok baiklah. Tolong sediakan fail untuk saya tandatangani."

Rupanya korang adalah CEO syarikat tetiba kannnn??
Kejadah apa CEO nak baca belog saatakukaupilih pulak???
Macam bagus nak ngaku CEO baca blog aku kan. 
Mudah-mudahan dapat berbesan la kita. Ehh?

-__________-

Lempang tahu la.

Jadi sebelum saya mengakhiri entry ni, izinkan saya meminta maaf memohon ampun dari korang semua. Saya tahu saya bersalah.
Tetiba nak bersaya-saya kannnn. Geli bulu hidung.

Marilah kita beramai-ramai menghayati gambar-gambar di bawah, sambil memaafkan diri ku yang serba kekurangan ini.
Aku terrrrrrlalu sibuk. 
Tak sengaja sibuk. 
Kan?
Jadi mohon sebarkan maafkan.

 
 
 
 
 Dua makhluk comel ni, kalau kat rumah Atok Nasir & Lola Corazon, memang macam retis lah. Semua-semua yang dibuat ada je yang nak mengsnap gambar.
Aku yang mirip macam meganfff.. 
ok tak tak.
Belum habis cakap lagi korang dah bluwek bluwek kannnn..
Tahu sangat.

Untung Baby Aqil dan Baby Haikal dapat kasih sayang yang melimpah ruah dari sesiapa sahaja yang melihat. Especially Atok & Lola.
Alhamdulillah.
Kang diorang cuti sekolah kang senang. Takyah susah-susah nak pikir nak taruk mana budak dua orang ni. Longgok kat rumah Atok & Lola je. Haha!
Tapi diorang (Atok & Lola) tu kannnnn..
Sampai tak pergi kerja kalau cucu depan mata. 
Cucu datang je, tetiba EL, tetiba MC.
Biasaaaaaa dia!

 
Dan ini....
Akibat terlebih kasih sayang. Kahkah.
Dua-dua bajet bagus.
Yang belah kiri tu (Baby Haikal) hidung terseret kat jalan.
Yang belah kanan (Baby Aqil), lebam terantuk dahi.
Dua-dua atas sebab yang sama.
Iaitu tak reti duk diam, bila berjalan, menonongggggg je kedepan. Nak lajuuuuu je. Dah seronok sangat menonong tu, terus lupa safety first.
Maka ratapi lah akibatnya.
Berjurai air mata 2-3 minit.
Pastu sambunggg menononggg.
Berjalan tu bukan reti nak tengok bawah, tahu-tahu dah tersadung mainan, tersadung karpet, tersadung ibu jari kaki sendiri.
Dah elok satu luka, naik satu luka baru.
Bak kata DaddyLang depa, 

"Haaa..kan dah mendapattttt kat hang! Yang duk loqlaq sangat pasaipa.."

Baik punya kena sound. Kahkah.
Tu la duk membajet boboiboy masing-masing.

Tapi....
yang parahnya, ibu-ibu yang asik kena heart attack everytime anak jatuh.
Pfft.

Kesimpulannya,
Errr........

Selamat Hari Kekasih.
Eh dah lepas ke?

Selamat Hari Buruh la kalau camtu.


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Entry busuk lagi basi.

Hamboih tajuk macam hina sangat je. Huhu!
Semalam, aku godek-godek entry dalam draft. Sesaje la nak tengok berapa banyak entry yang pending dalam tu. Sekali bukak, wahhhhh banyakkkkk!!!
Tapi semua pon dah basi.
Kalau aku up kan jugak, maka keluar la muka Baby Haikal yang tengah merah lagi, pipi masih tembam macam donut, kaki belum boleh jalan lagi, so nampak sangat la entry tu adalah basi sebasi-basinya. kuikui
Hellooo..Baby Haikal kan dah kurus, dah macho, dah bujang sekarang..
Dah boleh kawen dah. Tunggu nak sunat je. Ehh??

Tapi tetiba masa aku scroll down tengok entry draft tu kan, ada satu entry ni tajuk dia "Pesta Gay".
Ohhh makkk gaddd apakah iniii??
Lajuuuu je aku bukak. Nampak sangat otak kemana kannn. Haha!
Dalam hati berdebar-debar dah nih. 
Sebab sikit pon aku tak ingat bila masa tah aku buat entry pasal pesta gay tu.
Atauponnnnn....
Hubby ialahhhh...dot dot dot.
Oh tak muntinnnnn!!!!!!!!!

Dan bila aku click je entry Pesta Gay tu, 
gambar-gambar ni yang keluar...






***







***







***







***







***







***






Korang nerves ke?
Aku ponggg... hihihikk..







***








***








***


 






***









Derrrrrrrrrrrrrrr....................
Takdelah gay mana camni. Kahkah.

Entry Baby Aqil & Baby Haikal mandi jacuzzi dengan bapak masing-masing je rupanya. Pesta Gay celah mana nya??? -..-
Huhu!

Tapi aku tersenyum-senyum tengok Baby Haikal & Baby Aqil masa ni. 
Tembam nak mammfff!! Geremmmssss!!
Masa ni diorang umur 6 bulan gitu. 

Gambar-gambar ni masa kitorang menang 3D2N accomodation kat Presidential Suite, ShangriLa Hotal, Putrajaya.
Contest HotFM. Yang ai masuk tibi tu.. Malu taw. -___-

Ok lah. Korang menataplah entry pesta gay sangat-sangat ni.
Aku nak sambung buat kerja. Huhu!
Tatatititutu!

p/s: Kalau ada yang tak pernah tahu pasal contest HotFM tu, ni entry-entry yang berkaitan. Silalah tengok.


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

PKL PKT

Malam ni patutnya kitorang gerak balik Key Ell.
Sesaje la nak jumpa family. Tapi tak jadi.
Kerana? Tetiba elok pulak tiga-tiga beranak semua demam serentak.
Cantekkkk.. -..-

Baru doa banyak-banyak semalam, supaya perjalanan balik kampung malam ni dipermudahkan. Biasalah travel dengan budak kecik adalah sangat challenging ok.
Sekali memang Allah permudahkan sungguh.
Terus tak jadi balik. Haha!
Selalunya kalau travel, aku selalu harap Baby Haikal akan bantai tidur je sepanjang perjalanan heheh.
Sebab dia tu kannn..kalau tak tidur, kejap nak melompat, kejap nak tepok amai-amai, kejap nak main bola sepak, kejap nak tukar gear, kejap nak pakai sunglasses, kejap nak tarik tudung aku, kejap nak baring kat seat belakang, kejap nak tengok muka sendiri kat rear mirror, kejap nak...bla bla bla. Fuiiiiiiiii...letihhhhh tahu takkkkkk!!!

Bayangkan dalam kereta yang bergerak selaju 110km/h, walaupon kadang-kadang lebih laju dari tu tapi tak boleh bagitau kat sini kang korang bagitau kat incik AES. Hak hak hak. Dah la kereta tengah laju kan, pastu kalau ada bump ke, lobang ke, lembu mati ke, mesti kereta macam melambung-lambung sikit, terhuyung-hayang sikit. Pastu kau kat dalam kereta sibuk nak kejar anak yang dah macam lipas kudung dalam kereta tu. Kejap ke sana, kejap ke sini, kejap kesinun. Huiiiiiyai! *urut dada. sabarrrrr*

Sebab tu jangan sesekali kata co-driver tak letih pon kalau travel jejauh.
Sebab co-driver banyak tidur je.
Derrrrrr??? Awak apa tahu??
Aku rasa driver lagi rilek kottt.. Cuma perlu bawak kereta sambil miming lagu kegemaran berkumandang di radio je. Yang bergerak pon cuma jari tangan untuk main-main signal sikit, main wiper kalau hujan, main lampu kalau nak cucuk orang depan. Pastu jari kaki nak tekan pedal minyak kalau nak potong lori balak sebelah yang lembapss. Pastu nak tekan brek kalau terserempak lembu mati. Itu jeeeeee!!!!
 Senang sangat la jadi driver.

Tapi bila sampai destinasi, driver yang selalunya mendapat hak lebih untuk berehat. Tidurrrrrr setidur tidurnyaaaaa!!!
Co-driver??

"Sayang, nanti kejutkan abang ye. Nak lelap kejap. Penat sangat-sangat ni."

Ok sekarang kena jadi alarm clock pulak. *pasrahhhh..*
-___________________________-"

Begitulah fitrah alam rumah tangga.
Habis manis sepah dibuang. *tetiba*

Lagi satu, kalau travel, sekali-sekala memang jalan akan jem.
Kalau jem, maka kena singgah petronas beli roti lah.
*ni lawak Daddy. memang tak lawak langsung kan??*

Selalunya kan, kalau jalan jem, mesti kitorang bosan tahap max dalam kereta.
Sampai tak tahu nak buat apa untuk hilangkan bosan.
Kalau waktu jem tu Baby Haikal tidur, Alhamdulillahhhh... 
Kalau tak?
Na'uzubillahhhh.. Haha!
Ada sekali tu kan, kitorang trapped dalam jem. Tak ingat sebab apa. Ada accident kot. Standard la accident bebbb.. Walaupon accident tu kat emergency lane je pon, we malaysian drivers alwaysssss concern kannnn.. Mesti nak slow down jugak punya. Mesti. Wajibulghunnah. Tak kesah la bangkai kereta kat tepi jalan tu ialah semalam punya accident ke, bulan lepas punya accident ke. Kami pemandu malaysia sangat prihatin ok. Motor pancit tepi jalan pon kami tetap akan slow down tolonglahhhh.. Untuk tengok je walaupon, bukan untuk tolong. Kahkah.

Jadinya kitorang selaku malaysian drivers jugak, terpaksalah terikut-ikut dalam kepasrahannnn...
So bagi mengelakkan kebosanan, aku pon sesaje la open topik kengkonon nak ajak hubby borak-borak. Aku paham, drive dalam jem memang stresssss ok. Rasa macam nak tekan button keluarkan sayap kereta je kan. Oh how I wish..... Haha!

Aku: Papa, banyak betul kereta malam ni kan? *boring gila permulaan perbualan kau*
Hubby: Hm. *malas nak layan*
Aku: Nak pergi mana la agaknya diorang ni semua. Cuba la duduk rumah diam-diam. Baru lapang sikit jalan ni. Senang kita nak balik kampung.
Hubby: Laaa..diorang pon nak balik KL la macam kita.
Aku: Erk..mana papa tahu?
Hubby: Tuuuu..cuba tengok kereta depan tu.


PKL = pi KL.

-_______________-

Hubby: Haa ni kereta depan kita ni nak balik terengganu. Lagi jauh.


PKT = pi KT

-__________________________-

Terasa seperti.......
pasu mana pasuu?? -..-

Akhir kata, 
DRIVE SAFELY and HAPPY WEEKEND, everyone!

 Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh Baby Aqil & Baby Haikal untuk semua pembaca saatakukaupilih.blogspot.com.
=)


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Baby Haikal's 1st Birthday - Episod 3 (sambungan)

Sebelom tetamu-tetamu semua beransur pulang, moh le amik gambar dulu.

 Ni dengan family hubby.
Cuba korang tengok muka mak kat gambar yang last, comellllsss! Haha! Itu la muka Mak yang paling comel pernah aku tengok semenjak kawen dengan hubby. Hihihi..


Ok ni family Kaklong pulak (Along's wifey).
*ok tak berani nak komen lebih-lebih. Haha!*


Lepas habis snap-snap,semua tetamu mintak diri.

Baby Haikal marah bila dikiss oleh Ateh. Makteh bau daging lombu kottt.. Huhu!


Bila semua tetamu dah pulang, rumah pon kembali lapang, kitorang pon buat la hal sendiri. Ada yang sambung makan. Ada yang lahap kek. Ada yang berangan tak sudah. *aku la tu haha!*


Ni Baby Aqil main aeroplane-aeroplane dengan Pak Uda (Adan). Shuuu~ shuuu~


Daddy dengan anak-anak daranya. Yang baju hijau tu paling dara. *Dara sangat! Puiiii*


 Hubby sebok layan Baby Haikal. Hubby cakap, tadi masa orang ramai-ramai dia takde chance pon nak peganag Baby Haikal. So nak lepas rindu katanya. Holloh holloh hollohhh..


Ni ialah gaya Baby Haikal "amin" orang. Salam tangan dan cium di pipi. Haha!
Aku syak cikgu dia kat taska la yang ajar nih.


Adan pon join hubby layan Baby Haikal. Adan ni selalu datang rumah aku, sebab Kuala Kangsar dengan Batu Kawan dekat je kan. Tu yang dia rapat dengan Baby Haikal jugak.


Masa semua orang tengah buat hal masing-masing dalam rumah, aku keluar rumah senyap-senyap. Sebab ada agenda tersembunyi.

Aku melahap spaghetti untuk kali yang ke berapa tah. Aku punya la makan lelaju supaya tak kantoi ngan diorang kan. Tapi last-last kantoi ngan hubby, "Hoiii makan lagi!!" Terus hubby snap gambar sambil gelakkan aku. Pffft!


Aku, Along & Mama.
Mama kata, "Dah besar baby-baby Mama ni." =')


Ni chef kita pada hari ini. Rizzy la yang masak spaghetti yang aku lahap tadi tu.
Sedap kottt..


Aku bila bergabung dengan Raidoo ni, memang tak ketahuan hala la jadinya.
Gila sekejap.


Adaaa je si lampir kat belakang nak buat photobomb kan. Kesian Mama ngan Daddy tak dapat nak bergambar romantik-romantik berdua. Huhu!


Semua duk berebut-rebut nak amik gambar ngan dua orang bayi ni.
Huhu biarkannn..

Dan last sekali, gambar kitorang sekeluarga...
Jangan nanges sambil scroll down nanti ok.

Gambar sopan.


Nyaris-nyaris sopan.


Ok tak tahu nak cakap apa dah bila tengok perangai masing-masing. Haha!


Selesai semua, kitorang pulak minta diri sebab nak balik rumah Mak hubby pulak.
Tapi Baby Haikal boleh pulak nak delay-delay sebab sakan sangat main belon.

Mama tengok pipi kau pon dah macam belon yang. Tiada bezanya ponn..
Dah jom balik!


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Baby Haikal's 1st Birthday - Episod 3

Okeh ni episod last la kot pasal birthday Baby Haikal.
Aku pon dah muak dah asik menaip pasal birthday je.
Birthday aku 16 September. *tetiba*
Entry ni adalah sangat sarat dengan gambar.
So aku cuba untuk tidak membebel terlalu banyak.
Dan jugak aku cuba untuk tidak letak gambar-gambar syok sendiri.
Tapi kalau ada je yang menyusul nanti, korang kena banyak-banyak bersabar.
Heheh!

So weekend lepas kitorang celebrate birthday Baby Haikal dan kembarnya Baby Aqil (anak Along). Birthday diorang memang wajib celebrate together-gether, sebab lahir selang sehari je. Hamboi kawen serentak, dapat anak pon serentak. Baikkk punya plan ehhh..Heheh. Semuanya kebetulan okay.. jangan fikir jauh sangat. Haha!

Kitorang ada buat makan-makan sikit kat rumah Mama kat Shah Alam, buat kecil-kecilan je. Just jemput family-family saje.
Tak mampu nak buat meriah-meriah.
Memula nak order catering untuk 50-60 pax. Tapi mengenangkan perut sendiri pon makan bagaikan mewakili lapanbelas pax haha. So kita jemput je la beberapa ketul orang saje, kang lauk lebih boleh masuk perut sendiri. Lalalala~

Tetamu datang waktu tengahari.
So sebelom menunggu waktu tengahari tu, masing-masing tersadai tidak ketentuan hala.


Aku sibuk bermanja dengan Daddy as usual.



 Adan ngan Along sibuk dengan piano.
Oh Adan pandai main lagu Anak Kampung. Aku rasa cool gila. Sebab aku tak reti. Dari dulu, sampai sekarang lagu happy birthday je la aku tau main. Haha!


Aqil saaaaaangat manja dengan Atoknya.
Siap gesel-gesel kat perut bunchhh Atok. Heheh


Tak lama kemudian tetamu mula datang.
Oh tapi kan. Ada sesuatu berlaku yang buat kitorang naik hantu kejap.
Korang bayangkan eh. Tetamu dah datang, tapi catering belom datang. Pastu call catering, memanjang dia kata on the way. Last-last delay sampai 2 jam setengah. Alasan catering ialah sesat tak jumpa rumah. Padahal ini 2nd time kitorang order dari catering tu. Pastu dia boleh masuk susun lauk sambil muka tak bersalah.
pfffttttttt!!! Aku rasa macam nak hempok pasu je.

Dah la waktu tu dah tengahari semua orang dah lapar nak lunch la kan.
Kesian kat tetamu menuggu.
Hmmm..kitorang memang rasa bersalah tahap max la waktu tu.
Tapi nak buat camane, benda dah jadi.
Aku syak, orang catering tu lambat sebab dia berenti dulu tepi jalan, pastu dia makan sikit lauk kitorang, pastu dah kenyang baru sambung perjalanan. Tu yang aku tengok sambal ikan bilis macam kurang dua-tiga ekor ikan bilis. Lojik jugak kan.
Ha haaa..tatayokkk...



 Bila catering sampai je, semua orang serbu.
Dah macam zombi kelaparan masing-masing. *merujuk kepada diri sendiri walaupon. Haha!*


Hubby dengan Abah.
Hubby kan kelakar betul. Lepas makan tu dia cuit aku pastu bisik,"Sayang, pagi tadi Papa pakai baju ni elok je, sekarang tetiba rasa ketat pulak kat perut. Pelik betul la.."
Hamboiiii kecik besor kecik besor aku tengok hubby.
Dah tu makan dah macam ada jin bertenggek je kan, mana tak kedepannya perut tu banggg.. Tak payah la nak buat muka pelik pura-pura tak tahu punca konon kannnnn..



 Adan & Jahan. Adik aku dua yang last.
Sorang form 4 (MCKK), sorang form1 (SAMTAJ).
Ada sesape berminat? Boleh hubungi talian NUR 15999.



 Eh ehhh.. siapakah wanita di atas ni. Raut wajahnya sangat keibuan dan kewanitaan.
Ibarat wanita melayu terakhir abad ini.
Bertuahnya sape yang dapat beristerikan dia. Lebih bertuah sape yang dapat bermenantukan dia. Dan lebih-lebih bertuah empunya diri yang bernama Nurul Megan Fox Latipah ini. Huhu!
*puji diri sambil tutup muka dengan tin biskut sebab shy... Haha! Tolongggg!!*



 See! Baby Aqil manja sangat dengan Atok.
Mengikut Atok kemana jua. Atok yang dukung walaupon.. Haha!


Lepas semua orang sudah kekenyangan, dan mintak diri untuk pulang. Amboiii dah kenyang je terus nak balik. Macam perangai aku je tu. Haha!
Tapi kitorang tetappppp tak bagi balik. Sebab?
Upacara potong kek la dulu bhai..

Ok ni kek Baby Haikal & Baby Aqil.
I loike to the max! Ada dua perisa, vanila dan cokelat.
Nak tahu aku tempah kat mana? Teruskan membaca.
Hamboih! Haha.



 Seperti biasa, disebabkan Baby Haikal & Baby Aqil, tak reti lagi nak tiup lilin dan potong kek, maka para ibu secara otomatis tolong tiup lilin dan potong kek sambil feeling birthday girl 1 year old dilubuk hati. Haha! Orang tak habis nyanyi lagi aku dah hembus-hembus. Eksaited yuh!


Sebelom apa-apa, aku dulu yang amik gambar kat situ. Haha.
Kasi can la dulu kecik-kecik aku tak dapat pon camni. Paling-paling pon Mama bagi duit suruh beli cikedis kat Kedai Abang Jepp depan tu je. Tu pon mampu beli Tora datang lagi je. Tapi dah cukup untuk feeling birthday girl habis la waktu tu. Huhu!


Kami bertiga.
Terserlah keterujaan mak bapak yang melebih-lebih berbanding birthday boy yang memanjang muka tak faham apakah yang sedang berlaku di sekeliling. Haha!

Masa aku menaip entry ni baru aku terfikir, eh takde pulak gambar Baby Aqil bertiga dengan mak bapaknya. Adoiii.. Lupa nak snap.


Yang ada gambar kami berenam saje lah. Baju kitorang tema hijau, baju family Along tema coklat. Along kata dah macam pokok pon ade. Haha!


Ni la Aunty Sarah. Orang yang wajib aku contact kalau nak tempah kek.
Air tangan dia memang terbaik wok!
Kalau korang nak tempah untuk wedding ke, birthday ke, engagement ke, untuk door gift ke, mahupon untuk dilahap oleh perut sendiri ke, Aunty Sarah adalah orang yang paling tepat untuk korang contact.
Kompom takkan menyesal, malah rasa nak order lagi lagi dan lagi. Hamboih kemain!

Nah contacts Aunty Sarah. Salin dalam buku nota sekarang!

Email: sarahanimah@yahoo.com
Facebook peribadi: Sarah Animah Mohamad
Facebook blogshop: Choc Hut
Belog: http://chochut.blogspot.com/


 Ni Raidoo & Jahan dengan anak bongsu Aunty Sarah. Nama dia Iman (baju biru).
Cute sangat. Masa aku pregnen dulu, asik menatappppp je la muka budak ni. Dengan harapan, dapat anak comelssss macam Iman.
Tup tup tup lepas beranak, anak yang dilahirkan memang comel, sebab maknya comel tidak syak lagi. *tetiba*


 
Ni Ateh dengan Baby Haikal. Cantik kan Ateh? Umur dia 27 tapi macam budak sekolah belum lepas SPM pon ada kan. Sebab dia ni jenis yang memang happyyyy je manjang. Sesape yang berkenan boleh hubungi talian kecemasan 999. Haha!

Oh Ateh ni kan suka betul mengusik aku masa birthday party Baby Haikal ni. Ada sekali tu aku tengah breastfeed Baby Haikal. Tetiba si Ateh ni datang gomoi-gomoi pipi Baby Haikal yang tenagh nenen tu kan. Aku pon macam, Aihhhh gaya dah lain macam je kan. Macam nak gomoi aku pon ade. Haha tettttt!
Pastu aku usik la Ateh, "Hoi nak nenen jugak ke?"
Ateh jawab, "Boleh ke? Nak nenen yang sebelah lagi boleh?" 
 *sambil acah-acah nak selak shawl aku*
Hahahaha!
Biasaaaa dia tu!


Ni sape punya kerja buat anak aku camni nihhhh?? Babap tahu la!


Baby haikal dengan Bangchik tengah main dengan kucing.
Setakat ni memang kucing je la yang dia suka. Kalau aku tunjuk dog ke, ayam ke, mesti dia buat tak tahuuu saje.

Bersambunggg..


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh