Kes terkilan: Melalak tak berlagu lah aku...

Usia kandungan aku sekarang dah 8 bulan lebih.
Means, aku ada lebih kurang sebulan je lagi sebelum beranak.
And I was advised by the doctor not to do any lengthy travels during these final weeks of pregnancy. Tak kisah la whether to travel by car, flight, speedboat, cruise, motocross, hot air balloon or submarine. =P
Semuanya tak digalakkan! 
Takut memudaratkan baby yang dah nak keluar ni kan.
So okay, I better obey.

TAPI
Dalam aku patuh nasihat doctor tu, aku terkilan.
Terkilan bila dapat jemputan ke Convocation Ceremony untuk dapat scroll Master.
The ceremony will be held somewhere in Terengganu. Tapi aku ni duk kat Penang.
So to travel by car, it'll take about 7 hours drive.
To travel by flight pulak, there's no direct flight Penang-Terengganu.
Kena transit dulu kat KL. Leceh!

Walaupon some people say, ALAA KONVO MASTER JE PON. TAK PENTING SANGAT, BABY LAGI PENTING.
Indeed it's true, tapi only God knows how significant the convocation moments to me. Walaupon dah pernah merasa masa first degree dulu, tapi I still want to enjoy the blessings of being awarded for a "higher achievement" in my life. At least I'll feel appreciated for what I've gone through during my Master years. =(


Okay so aku sangat terkilan tak dapat attend konvo tu.
Dan aku..
Double terkilan bila kengkawan sibuk call/SMS, tanya PERGI KE TAK, NAK PAKAI BAJU APE, NAK BERGAMBAR SAMA-SAMA. 
Siap ada yang over-eksaited, siap post kat FB pasal convo. =(

Triple terkilan bila dapat tau ada special dinner will be organized for the postgrads pada malam sebelum konvo tu. =(

Quadruple terkilan bila my former supervisor pun tanya, pergi convo ke tak. And if pergi, he thought of inviting my family to his house. Since he was a good friend of Daddy's. =(

Quintuple terkilan bila pihak universiti said, YURAN KONVO TETAP KENA BAYAR!! hehehe..

Makin dekat tarikh nak konvo tu, makin jenuh la hubby nak mujuk aku yang hari-hari duk mengeluh pasal tak dapat pi konvo. kih kih kih



Anak hyperactive?? Na'uzubillah..

Lately, aku selalu kena marah dengan Mama bcoz selalu sangat makan snacks masa mengandung ni. Bila kena marah tu, insaf la kejap kan. Tapi kejap je laaa. Lepas tu makan balik!!

Orang kata bila dah 8 bulan lebih ni, bantai la makan apa yang kau nak. Sebab nanti dalam pantang terpaksa "puasa". Makan jamu je la.. So aku pon dengan selamber membantai segala benda masuk ke mulut. Senyap-senyap dah la kan. Takyah bagitau Mama. =P

Sampai satu hari tu, aku teringin benau nak makan kerepek lada hitam. Siap suruh Along import dari Banting lagi! Nasib baik Along ai yang pemurah ittew sudi belanja peket besau yuh! Teruja ai!


 Tapi tup tup kantoi jugak ngan Mama pasal kerepek lada hitam ni. Haihhhh..
Mama siap call and bebel-bebel. kih kih kih. 
Tapi satu ayat Mama yang buat aku sentap..
DONT U KNOW, EATING TOO MUCH JUNK FOOD CAN CAUSE HYPERACTIVE BABY???!!
Hah amik kau! Sentap aku dengar wehhh.. Terus tahan nafsu makan kerepek. Kalau teringin sangat pon, makan sekeping sehari je. huhu..

And baru-baru ni, Mama balik kampung (Manila). Aku teringat ada satu local jajan yang best kat situ. Dengan selamber aku suruh Mama belikan.


 Tengok-tengok, Mama beli peket kecikkkk je.. Sekali ngap je dah abis.


Haihhhh susah jugak ada mak yang health freak nih. Heh.
Apa-apa pon, I believe Mama knows better. Untuk kebaikan aku jugak kan..
Kepada ibu-ibu mengandung di luar sana, don't consume too much jajan okayyy? ;P

Bye-bye labwork!

Alhamdulillah..
Last week ialah minggu terakhir for my labwork schedule since my supervisor asked me to stay home and "rest" while waiting for the baby to come out.
Dan aku pon mestilah happy bila disuruh balik dan bergoyang kaki. hihi

Untung aku dapat supervisor yang understanding :)


Tapi sejak dah beberapa hari duk rumah ni, aku tak reti duk diam pulak.
Maybe sebab tetiba takde keje nak buat kan. 
Sebab sebelum ni adaaaa je "things-to-do" list. 
Bila duk umah, rilekkkk sangat pulak.
So kejutan budaya la ahkak dik non. Gittewww.

Bila dah kejutan budaya ni, mula la gatai tangan nak capai vacuum, capai mop, kemas rumah. Sampai hubby pon dah start bebel. Bukan la salah aku nak tunjuk rajin sekali sekala, tapi kalau dah tahap nak panjat kerusi nak lap kipas syiling, ape citer weiii? Kalau mak mertua nampak pon, kompom dia marah kan? =P
So demikianlah kritikalnya kejutan budaya yang aku alami sekarang ni.
So aku list down some solutions supaya aku dah tak membahayakan diri sendiri lagi lepas ni. Huhu


1) Literature Review
Instead of mop lantai vacuum rumah segala, mungkin aku boleh baca some journals related to my research to make me occupied while staying home. Tapi rajin sangat ke aku ni nak membaca? Dah la dalam buku biodata, hobi aku ialah berkenalan dan mengumpul setem. Bukannya membaca. *alasan* So harapan untuk merealisasikan "membaca journals" ni mungkin tak lojik. Haha.



2) Masak memasak ah masaklah kau
 Or maybe I should enjoy cooking for my hubby sementara masih larat ni. Kang dah dalam pantang sumpah tak larat nak angkat senduk sekalipon. Alhamdulillah setakat ni, lunch and dinner masih air tangan aku. Walaupon aku hanya goreng-goreng/tumis-tumis bodoh je, janji perut laki aku kenyang. Tapi kengkadang ngelat gak la, rindu air tangan mamak tetiba.. Hihihi..

ni yang aku buat for minum petang with hubby recently.. =)


3) Kemas rumah
Yang ni kena buat yang ringan-ringan je la. Seperti lap kipas syiling, lampu pendaflour, tukar langsir, basuh bilik air. Eheh tak tak. Saje nak dengar bebelan suami lagi la tu. =P
Tapi aku kena tukar cadar/sarung bantal, basuh comforter segala. So nanti dalam pantang takdelah meroyan sebab bau bantal kepam. haha



4) Ibadah lebih sikit
Oh ni memang kena buat. Orang kata, dah hujung-hujung ni kena rajin mengaji Qur'an especially Surah Maryam. Supaya proses bersalin nanti dipermudahkan. InsyaAllah.. 
Lagipon, bila dah bersalin nanti, terus takleh bersolat/mengaji 40 hari. So sementara boleh ni, baik ngaji pepuas. 


5) Final check barang baby
Ok nanti nak kena final check beg hospital, barang baby, barang masa pantang segala. Maklom la orang jauh dari keluarga, nanti berpantang pon kena la berdikari. So kena check segala kelengkapan betul-betul. =)


6) Blob blob blob
Memandangkan dah duk umah ni, boleh la aku aktif semula berblogging. Mungkin aku akan update 10 kali sehari. Atau 20 kali sehari. MUNGKIN aku kata MUNGKINNNNN... *jangan harap!* ;P


7) TV??
Atau aku patut ngadap TV je 24 jam? Sambil mengunyah jajan, eskrem, cikedis secara terus menerus tanpa henti? Makin badak lah badan kau, Jiji!


8) Heret hubby berhibur! =P
Oh yang ni memang aku selalu buat. Tetiap malam la aku cari alasan nak ajak hubby ngedate. Nak tengok wayang la. Nak beli barang lah. Nak "tengok" barang baby lah. Kalau hubby bagi excuse, mula la aku buat muka sedih sambil, ALAA NANTI SAYANG DALAM PANTANG DAH TAK BOLEH KELUAR RUMAH SEBULAN LEBIH.. =(
Baikkk punya taktik. hihi


Tu je la yang aku terfikir untuk mengisi masa lapang yang ada lebih kurang sebulan je lagi sebelum aku beranak. Ada yang nak tambah? Atau ada yang nak pinjamkan aku PS3 atau gameboy? =P


Straits Quay - another breathtaking attraction in Penang

Baru-baru ni, we had a maternity pictorial session bersama Abang Fakar, fotografer dari Q-Babyface. 
Nanti dah siap gambar-gambarnya aku show off kat sini kayy.. ;P
Lepas habis sesi fotografi tu, Abang Fakar told us about Straits Quay, "tempat baru" untuk orang yang suka main camera.
Dia pon baru tau tempat tu since dia dapat job untuk satu Birthday Party kat sana. Katanya, tempat tu adalah residential area yang sangatlah mewah dan exclusive untuk golongan bangsawan.
Kalau nak photoshoot kat situ kena bayar! Mangaihhh!


Dan ada kura-kura mengatakan, Dato' Siti Nurhaliza pon ada beli satu unit rumah kat situ. Alaaa..ape nak dihairankan,setakat RM 3-4 juta celah gigi dia je tuuu..

Lepas kitorang dengar pasal Straits Quay nih, terus ketaq-ketaq nak pegi.
Walaupon dalam hati takut kena halau, kitorang terjah jugakkk.
Memang dasar tak sedar diri kan? =P

Bila kitorang sampai, alhamdulillah tak kena halau.
Agaknya sebab aku ni hensem macam Dato' K kot. Eheh.

Tapiiiii, memang mewah tempat tuuuuu, I tell yeww!


Siap belakang rumah ada tempat parking yacht masing-masing.
So nanti kalau tetiba bini mengidam nak makan lobster, 
OKAY KEJAP ABANG PEGI MENJALA UDANG KAT BELAKANG TU JAP. 
Start enjin bot, dan terus pergi menjala. Senang.
Okay tu imaginasi aku je. -..-"

Tak pon, kalau nak balik beraya, tetiba tiket bas/flight semua habis.
Nak drive kereta, sah-sah la highway traffic jam memanjang.
So, OKAY TAHUN NI KITA BALIK KAMPUNG NAIK BOT ABAH YE, ANAK-ANAK.
Senang.
*Tak habis lagi imaginasi*



Tempat ni lengkap dengan beautiful garden, restaurants, shopping complex mewah.
Semua dalam satu tempat.
Best kan?
Kalau malas nak masak for lunch/dinner, tak payah susah-susah nak drive 10-15 mins nak cari kedai makan terdekat. 
Kau keluar je dari pintu rumah pakai boxer/kain batik, nah berderetttt kedai makan kat depan mata. Kau nak order menjerit je dari rumah pon boleh. =P


 Hai, awak ni jiran Siti Nurhalija ke? =P

Yang aku perasan, ramai foreigners je yang tinggal kat sini.
Yang rambut putih, kuning, oren, coklat, perang, memang ramai!
Yang rambut hitam, ermm cleaner kat situ mungkin.



Kitorang ingat nak beli satu rumah kat Straits Quay ni.
Kalau boleh nak yang betul-betul macam Dato' Siti punya.
Tapi diorang kata dah sold out.
So tak jadi la beli.
Miahahahahaha muntahhhhh!!



Jom gelak!

Daddy says,
When there's something brings you down, U just need some laughs.

Gelak tersembur-sembur gigi bila tengok dua video ni.
Lawak okayyy!




Happy Wednesday, everyone! =)

The devil-est birthday surprise by hubby & sibs ;O

Ramai yang noticed birthday aku sama dengan tarikh Hari Malaysia. 
16 September. 
Ye jadi setiap tahun, aku berbesar hati bagi cuti kepada seluruh rakyat Malaysia. 
keh keh keh..
Walaupon aku ni jarang betul update FB status, tapi this was my status gedik-gedik on Hari Malaysia last Friday. ;)


 Oh okay dah lari dari tajuk asal nampaknya.
Aku sebenarnya nak story-mory about these "cruel people" yang sanggup buat birthday surprise yang paling tak beragak. 
Dah la aku ni tengah membuyung.
Kalau terberanak tang tu jugak, tak ke nayaaaa weii.

Dan orang-orang yang dimaksudkan adalah hubby, Rizzy and Raidoo (my sibs).
At first, aku macam dah hidu pasal ke-surprise-an yang bakal diterima. Heh. 
Bcoz hubby beria benau nak ajak aku keluar malam tu (on the birthday eve).
Tapi somehow dia berjaya "cover" balik. 
Terus aku macam tak dapat expect apa-apa dah. Hoh. 
So moh ler aku cerita sutir-sutir (sebutir-sebutir bak kata orang Ganu) "tragedi" malam tu.

Pada Malam Jumaat lepas, macam biasa aku akan bersiap-siap lepas maghrib untuk ke pasar malam. Tu memang dah rutin setiap malam jumaat, bila Hubby balik dari kerja terus fetch aku and gerak ke pasar malam. 
Tapi malam tu, aku tunggu punya tunggu tak sampai-sampai jugak batang idung laki aku nih. Aku punyalah risau gaban.

8pm- aku contact hubby, he said KERJA BELUM HABIS.
Whatttt?? Okay takpe sabar lagi tunggu kat rumah.

9pm- hubby tetap belum balik! Uishhh pasar malam pon dah nak tutup.
Aku dah la tengah lapar giler nih. Call/SMS hubby tak berjawab pulak. ;O

Sampai lah pukul 9.30pm camtu, tetiba ada orang dingdong doorbell.
Dalam hati aku, Alhamdulillah sampai jugak laki aku.

Tapi bila aku jenguk ke luar, TAKDE ORANG!
Sape pulak yang dingdong tadi?
Selang seminit ade orang dingdong lagi, and again takde nampak kelibat sesiapa pon!
Seriously aku dah menggeletar ketakutan giler masa tu.
Kau bayangkanlah, dah la dah lewat malam. Gelap je kat luar tu.
Ade pulak anjasmoro nak main-main doorbell ngan aku kan. Gigil wehhh!

Aku call hubby, TAK BERANGKAT PULAKK! Demmm!
Sampailah kali ketiga doorbell berbunyi, aku takut-takut-berani buka pintu rumah selow-selow.
Dannnnnn tiba-tiba...


HAPPY BIRTHDAY TO YOUUU~~
*nasib baiklah takde anjasmoro yang muncul depan mata, kalau tidakkkk..pheww!*


 Tengok la laki aku dengan uniform kerja lagi.. T_T


Tapi kejam giler kottt cara korang buat surpriseeee!!!
 Nak gugur kepala lutut! ;D


 Nasib baik ada cheese cake fevret, terus tak jadi marah. Keh keh keh


 Sebab kedua tak jadi marah- Chunky Loaded yang paling yummyhhh! ;P


Lepas diorang berjaya pujuk aku balik, lap-lap air mata semua.
Diorang terus set up meja untuk sesi melantak. 

 Mak buyung bila dah lapar, memang gelojoh giler la kannnn.


Bila semuanya dah licin ditelan, aku ingat that's all lah kan.
Tak sangka pulak ada lagi surprise from Rizzy and Raidoo. 

Aku dapat selipar shangat shomel from Rizzy.
Alololo sho shweeeet~ =P
 Rizzy kata,"Kakngah, ko pakai selipar ni dalam pantang nanti" 
Eheheh. Thanks dik!

And then, bila Rizzy and Raidoo say bye-bye bcoz masing-masing dah nak balik, aku terpandang satu box merah kat bilik.
Rupanya, another surprise from Raidoo pulak. Alahaiii... =)

Rajin kau masuk kedai buku kan, Raidoo! haha 


 Thank yew bery-bery much, Rizzy & Raidoo. 
Love yeww both. =)


You guys really made my Malam Jumaat lah.

And to my dearest hubby, HAMBOIII..NASIB BAIK SAYANG TAK TERBERANAK OKAYYY!
Tapi your surprise kali ni betul-betul menjadi lah. Hahaha.
Thank you, abang.. I love u more n more n more!

Tepat pulak birthday eve aku jatuh pada malam jumaat. 
So MEMANG TEPAT  lah! Ehhhemmm.. ;)


Tahniah, ada perkembangan!

Orang kata, manusia harus berkembang dari semasa ke semasa.
Dari tahun ke tahun.
Dari satu tahap ke tahap yang lain.
Dan entry ni adalah untuk mengucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya menunjukkan "perkembangan" yang AMAT MEMBERANGSANGKAN!
Berangsang sampai terangsang wa cakap lu!


Masa anak dara / zaman bercinta:

Pijak ais pon tak pecah!


Bila dah dekat-dekat nak kawen: 

Wah dah tumbuh "6 packs" pulak!


Masa baru kawen:

Asyikkkkk nak pakai baju gelap. Nak kasi nampak kurus la kunun. 
Padahal, 6 pakcs dah jadi 7-8 packs, bawah lengan dah goyang-goyang. T-T


Masa honeymoon:

 Selalu nak amik gambar dengan benda yang lebih gemok. Supaya diri nampak kurus.
Seperti...dengan kuda?? Ish Ishhh..


 Masa babymoon / 4 months pregnant:

Baby bump yang dah timbul sikit dapat menyembunyikan "6 packs". Yeayyy! =P


Makin lama, makin tak leh sembunyikan "perkembangan".
Bukan setakat baby bump, tapi pipi bump, bontot bump, paha bump semua ada lah!
Inilah yang dikatakan perkembangan yang pesat. -..-"


7.5 months pregnant:

 U see!  U see!!!


 Dan perkembangan paling terkini adalah paling auummm! 


***



***



***



8++ months pregnant:

Tak patah ke kerusi tu cik kak?? 
T_T