Bye-bye labwork!

Alhamdulillah..
Last week ialah minggu terakhir for my labwork schedule since my supervisor asked me to stay home and "rest" while waiting for the baby to come out.
Dan aku pon mestilah happy bila disuruh balik dan bergoyang kaki. hihi

Untung aku dapat supervisor yang understanding :)


Tapi sejak dah beberapa hari duk rumah ni, aku tak reti duk diam pulak.
Maybe sebab tetiba takde keje nak buat kan. 
Sebab sebelum ni adaaaa je "things-to-do" list. 
Bila duk umah, rilekkkk sangat pulak.
So kejutan budaya la ahkak dik non. Gittewww.

Bila dah kejutan budaya ni, mula la gatai tangan nak capai vacuum, capai mop, kemas rumah. Sampai hubby pon dah start bebel. Bukan la salah aku nak tunjuk rajin sekali sekala, tapi kalau dah tahap nak panjat kerusi nak lap kipas syiling, ape citer weiii? Kalau mak mertua nampak pon, kompom dia marah kan? =P
So demikianlah kritikalnya kejutan budaya yang aku alami sekarang ni.
So aku list down some solutions supaya aku dah tak membahayakan diri sendiri lagi lepas ni. Huhu


1) Literature Review
Instead of mop lantai vacuum rumah segala, mungkin aku boleh baca some journals related to my research to make me occupied while staying home. Tapi rajin sangat ke aku ni nak membaca? Dah la dalam buku biodata, hobi aku ialah berkenalan dan mengumpul setem. Bukannya membaca. *alasan* So harapan untuk merealisasikan "membaca journals" ni mungkin tak lojik. Haha.



2) Masak memasak ah masaklah kau
 Or maybe I should enjoy cooking for my hubby sementara masih larat ni. Kang dah dalam pantang sumpah tak larat nak angkat senduk sekalipon. Alhamdulillah setakat ni, lunch and dinner masih air tangan aku. Walaupon aku hanya goreng-goreng/tumis-tumis bodoh je, janji perut laki aku kenyang. Tapi kengkadang ngelat gak la, rindu air tangan mamak tetiba.. Hihihi..

ni yang aku buat for minum petang with hubby recently.. =)


3) Kemas rumah
Yang ni kena buat yang ringan-ringan je la. Seperti lap kipas syiling, lampu pendaflour, tukar langsir, basuh bilik air. Eheh tak tak. Saje nak dengar bebelan suami lagi la tu. =P
Tapi aku kena tukar cadar/sarung bantal, basuh comforter segala. So nanti dalam pantang takdelah meroyan sebab bau bantal kepam. haha



4) Ibadah lebih sikit
Oh ni memang kena buat. Orang kata, dah hujung-hujung ni kena rajin mengaji Qur'an especially Surah Maryam. Supaya proses bersalin nanti dipermudahkan. InsyaAllah.. 
Lagipon, bila dah bersalin nanti, terus takleh bersolat/mengaji 40 hari. So sementara boleh ni, baik ngaji pepuas. 


5) Final check barang baby
Ok nanti nak kena final check beg hospital, barang baby, barang masa pantang segala. Maklom la orang jauh dari keluarga, nanti berpantang pon kena la berdikari. So kena check segala kelengkapan betul-betul. =)


6) Blob blob blob
Memandangkan dah duk umah ni, boleh la aku aktif semula berblogging. Mungkin aku akan update 10 kali sehari. Atau 20 kali sehari. MUNGKIN aku kata MUNGKINNNNN... *jangan harap!* ;P


7) TV??
Atau aku patut ngadap TV je 24 jam? Sambil mengunyah jajan, eskrem, cikedis secara terus menerus tanpa henti? Makin badak lah badan kau, Jiji!


8) Heret hubby berhibur! =P
Oh yang ni memang aku selalu buat. Tetiap malam la aku cari alasan nak ajak hubby ngedate. Nak tengok wayang la. Nak beli barang lah. Nak "tengok" barang baby lah. Kalau hubby bagi excuse, mula la aku buat muka sedih sambil, ALAA NANTI SAYANG DALAM PANTANG DAH TAK BOLEH KELUAR RUMAH SEBULAN LEBIH.. =(
Baikkk punya taktik. hihi


Tu je la yang aku terfikir untuk mengisi masa lapang yang ada lebih kurang sebulan je lagi sebelum aku beranak. Ada yang nak tambah? Atau ada yang nak pinjamkan aku PS3 atau gameboy? =P


3 comments:

erysweetie said...

best dapat cuti lame2..

sporting sv.. hihi

Anonymous said...

As Salam,

oh yeah!!seronoknya~~~~

kak syedi said...

8) Heret hubby berhibur! =P
Oh yang ni memang aku selalu buat. Tetiap malam la aku cari alasan nak ajak hubby ngedate. Nak tengok wayang la. Nak beli barang lah. Nak "tengok" barang baby lah. Kalau hubby bagi excuse, mula la aku buat muka sedih sambil, ALAA NANTI SAYANG DALAM PANTANG DAH TAK BOLEH KELUAR RUMAH SEBULAN LEBIH.. =(
Baikkk punya taktik. hihi


part atas tuh x leh caye.... hehehe.... pasal akak dulu dlm pantang 2nd week dah g giant, cari pampers+susu akak+roti2 nak makan da habis dan ++++ lagi la, mak akak pesan "ha! jangan seronok2 sangat"
stokin+kain batik x main la, i pkai sluar u,