Baru-baru ni, we had a maternity pictorial session bersama Abang Fakar, fotografer dari Q-Babyface.
Nanti dah siap gambar-gambarnya aku show off kat sini kayy.. ;P
Lepas habis sesi fotografi tu, Abang Fakar told us about Straits Quay, "tempat baru" untuk orang yang suka main camera.
Dia pon baru tau tempat tu since dia dapat job untuk satu Birthday Party kat sana. Katanya, tempat tu adalah residential area yang sangatlah mewah dan exclusive untuk golongan bangsawan.
Kalau nak photoshoot kat situ kena bayar! Mangaihhh!
Dan ada kura-kura mengatakan, Dato' Siti Nurhaliza pon ada beli satu unit rumah kat situ. Alaaa..ape nak dihairankan,setakat RM 3-4 juta celah gigi dia je tuuu..
Lepas kitorang dengar pasal Straits Quay nih, terus ketaq-ketaq nak pegi.
Walaupon dalam hati takut kena halau, kitorang terjah jugakkk.
Memang dasar tak sedar diri kan? =P
Bila kitorang sampai, alhamdulillah tak kena halau.
Agaknya sebab aku ni hensem macam Dato' K kot. Eheh.
Tapiiiii, memang mewah tempat tuuuuu, I tell yeww!
Siap belakang rumah ada tempat parking yacht masing-masing.
So nanti kalau tetiba bini mengidam nak makan lobster,
OKAY KEJAP ABANG PEGI MENJALA UDANG KAT BELAKANG TU JAP.
Start enjin bot, dan terus pergi menjala. Senang.
Okay tu imaginasi aku je. -..-"
Tak pon, kalau nak balik beraya, tetiba tiket bas/flight semua habis.
Nak drive kereta, sah-sah la highway traffic jam memanjang.
So, OKAY TAHUN NI KITA BALIK KAMPUNG NAIK BOT ABAH YE, ANAK-ANAK.
Senang.
*Tak habis lagi imaginasi*
Tempat ni lengkap dengan beautiful garden, restaurants, shopping complex mewah.
Semua dalam satu tempat.
Best kan?
Kalau malas nak masak for lunch/dinner, tak payah susah-susah nak drive 10-15 mins nak cari kedai makan terdekat.
Kau keluar je dari pintu rumah pakai boxer/kain batik, nah berderetttt kedai makan kat depan mata. Kau nak order menjerit je dari rumah pon boleh. =P
Hai, awak ni jiran Siti Nurhalija ke? =P
Yang aku perasan, ramai foreigners je yang tinggal kat sini.
Yang rambut putih, kuning, oren, coklat, perang, memang ramai!
Yang rambut hitam, ermm cleaner kat situ mungkin.
Kitorang ingat nak beli satu rumah kat Straits Quay ni.
Kalau boleh nak yang betul-betul macam Dato' Siti punya.
Tapi diorang kata dah sold out.
So tak jadi la beli.
Miahahahahaha muntahhhhh!!
3 comments:
wah mak yong tetap ceria di situ huhu..walaupun akak blajar di penang dulu tapi tak pernah smpai ke sini huahuahua..nanti leh lar singgah kalau ada ke sana :)
tak bangsawan pun leh masuk ke huhuhu..tak mampu pulak mendengarnyer ;)
Berangan tak yah bayar pun. So teruskan jer berangan. Syok tauuu...
teringinnya nak g sana :D
Post a Comment