Showing posts with label MSc. Show all posts
Showing posts with label MSc. Show all posts

Ketahui hak dan had anda.

Tajuk dah macam...
penjual ubat kurus berkolejen. Kihkih

Ada satu perkara yang orang selalu mengadu kat aku.
Biasanya diadu oleh kengkawan yang bergelar students.
Rakan-rakan seperjuangan lah especially.

Bernanah jugak la telinga duk menadah benda yang sama.
Mencecessss nanah keluar dari telinga.
Sampai ke dagu. Sikit lagi nak menitik. Nasib baik sempat hirup.

Euuuwwwwwhhhh!!!
Haha!

So bagi mengelakkan aku produce lebih banyak nanah kahkah,
baik aku share perkara tu kat sini.
Kurang la sikit nanah yang perlu dihirup kembali. ;D

Ramai kengkawan aku dan reader blog duk complain,
lecturer / supervisor selalu busy like heyylll. Susah gila nak jumpa nak buat discussion.
Pastu bila submit anything, berjanggutttt nak tunggu supervisor habis review atau check kerja kita. Dan alasan si supervisor tu, asyik-asyik,

"Sorry. I'm a bit tied up here. Please postpone our discussion."
"Sorry. I just received a letter to attend an important meeting. Will check your paper later."
"I'll be away/on leave for 3 weeks (date given). Kindly postpone any meeting/discussion within that period."

Of kos, aku faham perasaan korang.
Kita sebagai student mesti rasa macam pffttt.. je kan?
Kita ni bersungguh buat kerja sebab nak cepat habis, yang supervisor pulak asik membusyyy setiap masa. So bagi kita, macam supervisor lah penyebab progress study jadi lambat.
Betui dak?
Aku pon selalu je rasa camni.
Gewwam je rasa. Gewwwwwwaaaammmm angat.
;D

Tapi!
Aku ada sesuatu nak share ngan korang.
Mungkin..kita rasa camtu sebab kita fikir bagi pihak diri kita je (sebagai student).
Tapi kita tak tahu apa yang berlaku di pihak supervisor.
Busy melampau lampau kejadah hape la yang dikerjakan sampai busy sangat tu kan.

Ok aku mula faham benda ni pon dari kedua orang tua aku.
Disebabkan aku anak kepada dua orang lecturers merangkap supervisors merangkap professors, so makin lama aku macam boleh faham dan considerate sikit bila supervisor aku asyik BUSY LIKE HEYLL.
Sikit sebanyak aku faham apa yang diorang lalui seharian.
Dan sekarang aku nak bagi korang pulak nampak dari perspektif supervisor korang yang selalu busy mengalahkan rosmah ittew. Hihi!
Macam poyo je bunyi, tapi takpe. Lantakkan.

Ok korang bayangkan eh.

Pertama, supervisor kita pon ada keluarga, ada anak.
Macam mana korang pentingkan anak-anak korang dari kerja dan hal-hal lain, macam tu jugak mereka.
Anak-anak diorang pon perlukan perhatian. Lebih dari kau, student je kot.
Macam parents aku, anak ada enam.
Masa kitorang kecik-kecik dulu, Daddy selalu pergi abroad. Hal kerja.
So kitorang anak-anak ni? Tinggal dengan Mama.
Tapi Mama pon sibuk, dengan kelas dengan students.
Dah tu kami anak-anak? Tinggal dengan pembantu rumah je. T_T

Korang pon tahu kan. Mak bapak mana tak sayang anak.
Dalam kesibukan diorang tu, aku tetap nampak, Mama & Daddy try balik awal dari kerja untuk anak-anak.
Balik kerja tengah penat, tetap layan anak nak main badminton la.
Nak main sorok-sorok la.
Mama pulak, selalu spend time masak sedap-sedap untuk anak.
Walaupon ada pembantu rumah, tapi seboleh-boleh Mama usahakan masak jugak.
Hujung minggu, pon diroang kena entertain anak.
Pendek kata, kalau kat rumah, memang diorang akan lupakan kerja.
Maksudnya, lupakan kau lah wahai students.

Walaupon fone selalu ringing students call.
Walaupon selalu ada site visit dan sebagainya.
Bagi mereka, family comes first.

So kita tak boleh la nak expect seorang supervisor tu, hidupnya adalah sebagai supervisor 24 jam.
Diorang juga ialah ibu bapa.
Diorang juga suri rumah.
Diorang juga ialah lecturers.
Dan sebagainya.

Ok contoh macam aku.
Aku student. Aku isteri. Aku ibu.
Cuba kalau supervisor bagi aku kerja melambak.
Nak jumpa hari-hari. Selalu call nak discuss bla bla bla.
Nak bagi task hari-hari.
Takkan dapatnya aku cope semua tu.
Rasa nak bunuh diri pon iya kot.
So sama lah keadaannya.

Cuba faham diorang.
Sebab diorang sama je macam kita.
Diorang pon ada 24 jam sehari.
Diorang pon manusia macam kita.
Ada life. Ada komitmen.


Kedua, supervisor ada ramai students (postgrad dan undergrad).
Seorang pensyarah tu tak dibayar untuk supervise kau sorang je.
Ramai lagi kot student dia.
Macam mak aku, dia pernah ajar beberapa kuliah yang satu kuliah ada 120 students.
Kalau 3 kuliah, 120 x 3 = ??
Mahu tak pengsan engko?
Nak check assignments la test la quiz la exam la.
Pastu soalan-soalan exams tu bukannya jatuh dari langit.
Kena buat sendiri  la kan.
 Kengkadang tak cukup rehat mak aku.
Balik kerja, kena masak, habis makan basuh pinggan, buat laundry, layan anak.
Bila semua anak dah tidur baru lah dia boleh start construct exam papers.
Terpaksalah stay up sampai 2-3 pagi.
Tu belum bila ada anak sakit, anak meragam, anak kencing malam.
Yang kencing malam tu bukan aku, anak lain. ;D


Ketiga, supervisor/lecturer pon ada kerja sendiri untuk penilaian tahunan mereka.
Kena ada publications (books/ journals). Nak publish, kena ada research.
Kena organize program/ conference/ seminar bla bla.
Kena mengajar kuliah/ class.
Kena supervise under/post gradute students.

Macam kita lah student, ada exam.
Hujung tahun, dapat markah. Nak tengok bagus ke tak bagus.
Lecturers pon macam tu.
Nak dapat markah bagus, diorang kena kerja kuat.
Tonjolkan potensi diri.
Publish journals, buku segala.
Dah berapa students yang grad di bawah supervision dia.
Semua tu dinilai.

Macam mana semua institusi pengajian nak produce graduan-graduan yang bagus, macam tu jugak diorang nak khidmat tenaga pengajar yang bagus.
So lecturers juga perlu struggle untuk kekal dalam kerjaya dia.


Keempat, ada jugak supervisor yang berjawatan.
Macam Dekan, timbalan dekan, ketua program bla bla..
So orang macam ni lagi banyak komitmen.
Jangan ingat lecturers yang berjawatan tinggi lagi rileks, lagi banyak masa nak handle students.
Sebab diorang sebenarnya laaaaagi sibuk tahap moksya.
Jadi sila jangan bangga sangat kalau supervisor kau ialah seorang timbalan naib canselor (contohnya).
Sebab kau bakal berdikari seorang diri dari hari kau register sehingga tamat pengajian haha!

Macam bapak aku dulu, dia pernah jadi dekan dan timbalan naib canselor.
Bukan setakat nak kena mengajar, siap kena amik tahu perihal students kat kolej/rumah sewa. Students accident pon dia kena handle, students tak bayar yuran sebab miskin pon dia kena handle, student tak cukup duit nak bayar sewa rumah pon dia kena handle, students histeria pon dia kena handle, students mengalami masalah cinta pon kena handle kahkah.
So korang bayangkan sendiri.
Sampai ada sekali tu, aku pergi ofis bapak aku, saje nak surprise.
Nak ajak dia pergi makan McD. Sweet tak? Haha!
Bila aku sampai kat ofis dia kan, kerani dia tanya,

"Haa awak ada buat appointment? Takde appointment, tak boleh masuk."

Oh camni lah sekarangggggg. T_T
Padahal nak jumpa bapak sendiri kotttt.
Hazab sungguh.

Pastu aku cakap kat kerani tu,

"Tapi saya anak dia. Nak jumpa kejap je plisss. Nak ajak ayah saya makan McD."

Alhamdulillah kerani tu bagi aku masuk.
Tapi bila masuk ofis, tengok ada ramai gila students tengah bincang apetah.
Pfftttt.
Last-last aku tertidur atas sofa kat ofis tu. Sebab lama gila tunggu giliran nak jumpa bapak sendiri. Dan tak jadi pergi McD pon. Sob sob sobariah.

Bukan dengan student je susah nak spend time ok,
dengan anak sendiri pon susah.

T____________T

Jadi wahai students sekalian,
kesimpulannya di sini, sila lah berdikari.
Kalau benda tu boleh setel sendiri, usahakan sendiri.
Jangan asik nak jumpa supervisor minta suap.
Dia pon bukan suka sangat tengok muka engko. ;D

Bak kata orang,
sesuatu kejayaan tu lebih manis kalau datang dari usaha kita sendiri.
=)

Kes terkilan: Melalak tak berlagu lah aku...

Usia kandungan aku sekarang dah 8 bulan lebih.
Means, aku ada lebih kurang sebulan je lagi sebelum beranak.
And I was advised by the doctor not to do any lengthy travels during these final weeks of pregnancy. Tak kisah la whether to travel by car, flight, speedboat, cruise, motocross, hot air balloon or submarine. =P
Semuanya tak digalakkan! 
Takut memudaratkan baby yang dah nak keluar ni kan.
So okay, I better obey.

TAPI
Dalam aku patuh nasihat doctor tu, aku terkilan.
Terkilan bila dapat jemputan ke Convocation Ceremony untuk dapat scroll Master.
The ceremony will be held somewhere in Terengganu. Tapi aku ni duk kat Penang.
So to travel by car, it'll take about 7 hours drive.
To travel by flight pulak, there's no direct flight Penang-Terengganu.
Kena transit dulu kat KL. Leceh!

Walaupon some people say, ALAA KONVO MASTER JE PON. TAK PENTING SANGAT, BABY LAGI PENTING.
Indeed it's true, tapi only God knows how significant the convocation moments to me. Walaupon dah pernah merasa masa first degree dulu, tapi I still want to enjoy the blessings of being awarded for a "higher achievement" in my life. At least I'll feel appreciated for what I've gone through during my Master years. =(


Okay so aku sangat terkilan tak dapat attend konvo tu.
Dan aku..
Double terkilan bila kengkawan sibuk call/SMS, tanya PERGI KE TAK, NAK PAKAI BAJU APE, NAK BERGAMBAR SAMA-SAMA. 
Siap ada yang over-eksaited, siap post kat FB pasal convo. =(

Triple terkilan bila dapat tau ada special dinner will be organized for the postgrads pada malam sebelum konvo tu. =(

Quadruple terkilan bila my former supervisor pun tanya, pergi convo ke tak. And if pergi, he thought of inviting my family to his house. Since he was a good friend of Daddy's. =(

Quintuple terkilan bila pihak universiti said, YURAN KONVO TETAP KENA BAYAR!! hehehe..

Makin dekat tarikh nak konvo tu, makin jenuh la hubby nak mujuk aku yang hari-hari duk mengeluh pasal tak dapat pi konvo. kih kih kih



IAB IAS Symposium

Hari ni aku attend an International Symposium kat SACC.




This is actually an auto-published entry.
Masa korang baca ni, maybe aku tengah beratur nak register atau tengah minum pagi bersama participants lain atau tengah curi tulang tidur kat surau. Ehhh??!


Kalau sebelum ni aku pernah submit paper and jadi oral presenter at:
ESTEC 2009 -Permai Inn Hotel, Terengganu
UMTAS 2010 - Permai Inn Hotel, Terengganu
CESE 2010 - The Sebel Cairns, Cairns, Australia
 
 
 Sorry la kualiti gambar macam haremmmm. Kawan aku capture pakai fone je..



Tapi ni first time aku attend sebagai Poster presenter saje.
So rileks sikit la kan.. Tak perlu memerah otak siapkan paperwork, hanya submit extended abstract saje. Plus, tak payah nak rehearsal segala. Heh. Masa aku disuruh participate symposium ni pon, due date dah lama lepas. So register secara secara underground la. Haha


I hope i'll enjoy the event. 
Walaupon dalam hati agak sepi, sebab dah rindu gaban kat hubby. =(
Harap-harap dapat new input dari symposium ni. 
Dapatlah aku jadikan 'modal untuk PhD nanti. InsyaAllah. 
Wish me luck, people!


p/s: Ada antara korang yang attend symposium ni? Boleh kita ketemu! =)

Terengganu in Memories! =)


Ni sambungan previous entry.
Lepas aku bebas dari viva, (viva is really a mental torture weh!)
Aku and hubby berjalan sakan sekitar KT.
These are some random scenery in Terengganu.






Ada satu petang tu, aku luangkan masa menziarahi mak angkat aku.
And kenalkan dia ngan hubby aku. =)



Masa nak beli keropok lekor dan pisang goreng kat tepi pantai tu, tetiba ada la sorang mamat ni senyum-senyum kat kami. Rupanya dua pupu aku daa!! Hadoiii..
Masa kat Penang asyik jumpa kakak dia. Tak sangka jumpa adiknya pulak kat Ganu ni..
Kocik na dunio nih!
Kebetulan dua pupu aku tu tengah outstation kat Ganu. =)

Lama tak jumpa kau, Atan. Tak sangka jumpa kat Ganu!! haha


Malam tu, aku dinner dengan ex-housemate aku- Kak Asmah and her coursemate- Aman.
Walaupon Kak Asmah is much older than me, kami rapat sangat. Boleh kata semua benda kami share.

 From left: Aman, Jiji, Kak Asmah



Kak Asmah ni Sarawakian. Bekerja kat DOF. Aku seronok kenal dia. She's so humble & good listener. We are like sisters. Boraklah apa pun, rasa seronok je. =)
Masa serumah dulu, petang-petang kitorang selalu lepak tepi pantai. 



Oh tak lupa jugak pengalaman memasak Laksa Sarawak bersama! 

Sedap wehhh!!


Pernah sekali tu, secara kebetulan aku terjumpa Kak Asmah kat KLIA. Aku dari Shah Alam nak balik KT. Dia pulak dari Sarawak nak ke KT. Tak sangka kami naik flight yang sama!!! Jodoh kuat beb!

 
Aku pasti rindu babeng kat Kak Asmah lepas ni.. =(


Kalau Kak Asmah cuti semester, balik Sarawak, si Aman lah jadi pengganti. Heheh.. Dia macam Ayah aku kat KT tu. Banyak ajar aku itu ini. Bila aku down, he's alwiz there for me. =)
Dia ada hadiahkan aku layang-layang! Hihi..

 Thank u, Aman. U alwiz know how to make me smile! =)


Ramai lagi kawan-kawan yang menceriakan hidup aku during my postgrad years kat Ganu- Shafeeq, Loh, Ain, Nadia, Kak Asmah's coursemates, jiran-jiran dan semualah! Aku harap persahabatan yang terjalin akan kekal selamanya. Ada rezeki, kita pasti jumpa lagi! 
I will miss u, guys! Jumpa masa konvo nanti!
Itu pon kalau aku tak mem'boyot'. Tetttt!!! =P


Sebelom bertolak balik ke Penang, sempat lagi aku bercinta ngan hubby!

 


Gambar lompat adalah wajeb!
 


Lepas tu sakit kaki, sebab terpijak "durian laut". Haha
 
 Sampai jadi tukun dah botol nih. Haih.. pencemaran sungguh!


Dan...aku meninggalkan Ganu dengan hati yang berat.. =(
Bye bye Ganu!


Whew! Finally!! =)

Kembali bersiaran!!!
Selepas 3 hari berada kat Terengganu bertungkus lumus menyiapkan diri untuk VIVA.
Akihrnyaaaaa...semua dah selesai!!! Yeaaahuuuu!! =)


Aku nak share kat sini, pengalaman viva aku. Malam sebelom viva tu, aku takut sangat, tak yakin yang aku boleh buat. Jenuh la laki aku pujuk. =P



Esoknya, the actual day! 
Sejam aku present thesis, lagi sejam Q&A session. So total up, 2 jam!! Lenguh lutut aku!
Ada 5 orang examiners masa tu. Kau bayangkanlah berapa chuaknya aku mengadap diorang tu. Berpeluh-peluh. Tapi aku berusaha jawab setiap soalan sebaik mungkin.


After 2 hours, diorang suruh aku keluar bilik viva kejap because diorang nak meeting sesama supervisory committee. Tak sampai 5 minit aku keluar bilik, diorang panggil masuk balik. Lerrr...baik takyah suruh aku keluar tadi..

Tapi hampir berjurai air mata aku bila Mr. Chairman tu cakap...

"Adlil Rajiah, selepas meneliti thesis dan pembentangan, kami sebulat suara bersetuju untuk menganugerahkan Ijazah MSc Environmental Technology & Menagement kepada awak secara rasminya. Tahniah."


Perkataan pertama yang keluar dari mulut aku,

"Alhamdulillahhhhh..."
Sebak.


Masa aku melangkah keluar dari bilik viva tu, Supervisor aku bisik,

"Macam mana perasaan? Tahniah ye." =)


Sambil tunggu Mr.Hubby fetch aku kat lobby, aku call mama & daddy. Diorang pon cakap tahniah. Along pon said Tahniah.. Aku rasa bersyukur sangat masa tu.


Bila hubby sampai, he gave me a very tight hug sambil cakap,

"Tahniah sayang! Abang dah tau, sayang boleh buat!" =))


Sampai bilik, terus aku on FB...

Thanks, everyone!!! 


Mr. Hubby pon tak nak kalah...
lovesss..


Huhu...Akhirnya segala susah payah aku selama ni, berbaloi!
I thank Allah!

Malam tu, i had a great dinner with suami tersayang & and kawan-kawan.
Nanti aku cerita kat next entry k..


p/s: Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Especially Mr Hubby yang sanggup amik cuti semata-mata nak teman wifey dia viva. =)

Nebergh!

That's the way orang-pantai-timur pronounce the word "nervous".
Aku tengah nebergh gile sekarang ni, okay! pft.

I just received a call from Graduate School of UMT.
Diorang dah kompomkan tarikh untuk VIVA Master aku.
Walaupon kereta aku ialah viva, tu bukan bermakna aku nak beli viva lagi satu.
VIVA or "vaiva" here means Thesis Defense Presentation.Okay paham semua?! =P


Rasa macam nak tercirit masa terima call tadi.
When i submitted my final thesis August lepas, diorang bagitau aku kena tunggu at most 2 months before VIVA because they need time to process and find external examiners. So aku expect, tolak puasa & raya, paling-paling pon mesti bulan november diorang akan panggil. Tapi, elok aku tengah sidai baju sambil bernyanyi-nyanyian di pagi hari tadi, dengan selamber diorang call and cakap..


"Cik Adlil Rajiah, awak punya VIVA 25 oct, isnin ni, pukul 10 pagi."


*Cikkk???? Hello!!! PUAN peliissss!!!*


So ada lagi 3 hari untuk aku get ready.
Sib baik presentation slides dah siap lama dah (kes tak sabar nak habis viva la ni). Tinggal nak buat rehearsal sikit. At least aku dapat bajet masa & fikirkan some expected questions yang bakal ditubi-tubikan kepada aku kelak.




Wish me luck, people! 
Doakan semoga semuanya lancar dan dipermudahkan...