Bye-bye 2011, Hello 2012!

Sikit lagi kita akan jadi setahun lebih tua.
Kejap je kan?
Rasa macam baru semalam kita kanak-kanak.
Main teng-teng. Main batu seremban. Main pondok-pondok.
Tetiba je dah remaja. Mula miang-miang bila nampak laki takde bulu.
Walaupon muka stok pecah rumah, takpe. Janji takde bulu. 
I suka u, u suka i.

Tak lama pastu, tup tup tup dah masuk unibersiti.
Bajet dah sampai menara gading la tu.
Dulu masa sekolah selalu cakap SAYA NAK BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH SEHINGGA KE MENARA GADING.
Padahal tak tau pon menara gading tu menatang ape.
So belajar pon main main.
Tu yang hanya sampai ke menara gading yang tak berapa nak gading tu.
Nasib lah. Teruskan hidup.

Hidup lah dengan dunia menara gading beberapa tahun.
Saban tahun, makin banyak ilmu di dada.
Saban tahun, makin banyak taman dalam hati (makin gatal bercinta la tu).
Saban tahun, usia makin meningkat. Makin tua. Eh tak, makin matang.

Lepas dah hinggap dari satu menara gading ke menara gading yang lain, mula rasa eh eh aku ni asik duk belajar bila nak kawen?
Macam dah tua sangat je feeling-feeling nak kawen.
Padahal penyakit miang dah mai. Nak sopan sikit, cakaplah jodoh dah sampai.
Gitteww!

Lepas kawen, bahagia melampau.
Orang kata, kalau kita happy, rasa kejap je masa berlalu.
Betul la katanya.
Tahun 2010, tahun honeymoon.
So tetiba macam eh eh eh dah habis 2010?
Gitu la kejap nya.
Tup tup tup dahhhh 2011!
Dah dapat anak pulak.
Comel pulak tu.
Tembam pulak tu.
Lagi sekali bahagia melampau.
So lagi sekali eh eh eh dah habis 2011?

Rasa macam baruuuuu je semalam main batu seremban main pondok-pondok masa tahun 90-an dulu.
Dahhh masuk 2012!
Dah masuk tahun jubli perak! Dah 25 tahun la maksudnya.
Oh dah tua rupanya.
Dah jadi mak budak dah pon.

Kang sikit lagi, jadi nenek pulak.
Lajuuuuuu je masa meninggalkan kita kan?

Apa yang aku harapkan dari tahun ke tahun, hidup bertambah bahagia.
Dan diri ni makin dekat dengan Allah, pencipta alam.
Kalau di-flashback hidup ni, baru kita sedar, Tuhan dah aturkan semuanya yang terbaik untuk kita.
Dan syukur Alhamdulillah masih ada nyawa. =)

Happy blessed new year peeps!


Sesi mengilai bersama makcik-makcik AS229

AS229 is my class during degree dulu.
Kang ada yang ingat kod rahsia ke hape pulak. =P

Since dalam batch aku tu, aku orang first yang kawen dulu.
Maka yang first jugak dapat anak.
Maklum la perangai miang terlebih, tu yang jodoh awal. Bahaha.
Maka coursemate aku pon excited la nak tengok anak buah pertama mereka ni.

Mulanya, macam ramai yang nak datang.
Tapi last-last 4 orang je datang. Takpelah at least ada wakil AS229. heheh. 
Lagipon korang berempat je pon dah riuh macam 40 orang datang rumah aku. Haha


Masa baru sampai tu, tak masuk gear lagi, semua bajet sopan-sopan je.
Duduk pon bersimpuhhhh je. kui kui kui.
Oh diorang datang masa Baby Aqil pon ada. 
So sempat la makcik-makcik ni tengok dua-dua baby. =)

Tapi lama-lama, lepas semua dah warmed up, mula la terbahak-bahak mengilai-ngilai tak hengat dunia. Yang duduk bersimpuh pon dah duduk bersila (aku target kau, Krun. Haha).
Sakan giler bergelak ketawa especially bila cerita balik pasal zaman degree dulu.
Zaman bebudak hingusan dulu.
Zaman ponteng-ponteng kelas dulu.
Zaman couple-couple dulu (woi woi sensitive issue woi). Haha.


Lama jugak diorang lepak rumah aku.
Sampai dah nak tengah malam okay. 
Nasib tak kena sound ngan mak bapak aku wehh..kih kih kih.
Maklum la lama tak jumpa kan.
Last jumpa pon masa aku kawen. Tu pon tak sempat borak langsung ngan diorang. 
Aku kan pengantin masa tu, kena la control macho, tak leh tunjuk the true colour. Ngeheh.

Before they make a move, kitorang bergambar la dulu.
Bcoz lepas-lepas ni kang, entah bila pulak dapat berjumpa camni. =(

Wei korang, aku nak lepas ni jumpa lagi sekali, korang semua dah dukung baby okay? ;P


The smile I've been waiting for..

I'm so happy bcoz Baby Haikal begins to show his cheeky smile!
Orang tua-tua kata, kalau baby senyum-senyum maknanya dia nampak malaikat lalu. Takpon, dia tengah main dengan "kawan" dia.
Dia sorang je lah nampak "kawan" tu. *macam scary je*

Tapi fakta yang sohehhh mengatakan, kalau baby below 2 months old sengih-sengih, itu hanyalah involuntary (unconcious) smile sahaja.
 So tak perlu lah perasan yang budak tu tengah sengih-sengih kat kau ok.

Tapi satu malam tu, masa kitorang dah nak tido.
As usual, aku breastfeed Baby Haikal sampai dia tertido.
Tapi malam tu, dia tak tido-tido pulak.
Hairan jugak mak pak nya.

Rupa-rupanyaaaaaa...
Baby Haikal nak show off his cheeky smiling face!

Bila aku & hubby cakap..
Auuuchakkk! Dia gelak.
Taaaayang! Gelak lagi.
Haiiiiikal! Gelak lagi.
=)

And we realized, that was not "involuntary smile" anymore!
He started to respond and smiled consciously! Weeehooo!


The following day, aku letak Baby Haikal dalam play mat yang kengkawan Papa bagi tu. 
Hamboiiii..makin sakan lah dia gelak.
Nak-nak pulak bila ada lagu pastu bendealah tu goyang-goyang.
Haha. Kelakar pulak aku tengok.


Alahai anak Mama..
 Bertambah sayang la Mama kat Haikal nih!
*makin terabai la bapak kau, nak. Mak asik melayan kau je*

Bahagianya hidup aku sekarang..
Terima kasih, Ya Allah.

p/s: Bodoh la yang buang-buang anak tu. Tak sempat anak yang tak berdosa tu nak hadiahkan senyuman untuk ibunya.


Jimba sama iparan yuk!

Masa balik "kampung" hari tu, sempat la aku berjimba dengan ipar-iparan ku kat Mutiara Damansara. Motif utama adalah untuk mensurprisekan adik ipar aku yang last yakni Paksu kepada Baby Haikal.
Masa tu dia belum sempat jumpa Baby Haikal lagi since sibukkk benau bekerja.
So kitorang je la yang bawak Baby Haikal kat tempat kerja dia tu.

Sambil tunggu kakak ipar aku yang no.2 (Angah) dan keluarga dia sampai, kitorang bergebang la dulu kat celah-celah building tu.


Susah kot nak cari kerusi kat e@Curve nih.
Limited sangat.
Aku yang dah nak patah pinggang, tercabut lutut ni terpaksa la bertahan.
Maklum la bawak bayi overweight. Keh keh keh.

Tak lama lepas tu, Angah pon sampai.
And nasib baik dia pinjamkan kitorang stroller anak dia.
Bcoz kitorang belum beli lagi stroller untuk Baby Haikal.
Bajet bila dia dah 6 bulan baru nak beli, tapi sekarang pon berat dia dah sama macam baby 6 bulan! Parah la maknya nak mengusung... -_____-"

Yeay! Paksu (leftmost) dah tengok Baby Haikal! =)


Angah with her daughter (Engku Naureen Hayfa). Muka dia fotostat muka mak habis okay!


Lepas tu kitorang decide nak lepak-lepak minum petang.
So kitorang singgah la kat JM Beriani.
APAAAA?? Minum petang dengan Nasi Beriani???
Sah GEMOK!
Eh suka hati aku la, perut aku yang tukang hadam, tak pinjam perut kau ponnnn. =P

Aku order nasi beriani ayam je pon. Tak amik nasi beriani kambing. 
Sebab kolesterol tinggi kannnnn. *kunun-kunun health freak la kan*
BAHAHAHAHA.

Sambil makan-makan borak-borak tu, Baby Haikal lenaaaa je.
Bising-bising camne pon, lenaaaa je. Hihi

Angah, Hayfa and Paksu =)


Lepas bedal segala nasi beriani dan tauhu bakar segala (eh sejak bila kau order tauhu bakar pulak? kolesterol..kolesterol..), kitorang pon berangkat pulang.
Baby Haikal pon dah merengek-rengek nak nenen masa tu.

Bila sampai rumah, MIL masak lauk sedapppp pulak.
Dan makan dan makan dan makan lagi... ;D

The long-lost twins

Baru-baru ni, we brought Baby Haikal to his "kampung" to meet his long-lost "twin".
Betapa moden nya bebudak zaman sekarang, kampung kat Shah Alam uolls.
Maybe someday, people might say BALIK BANDAR instead of BALIK KAMPUNG.
Bcoz semua kampung dah jadi bandar.
Ye dok?

Korang ingat lagi tak my previous entry pasal keserentakan-yang-tidak-berkesudahan tu? So Baby Haikal's long-lost twin yang aku maksudkan ialah anak Along aku tu lah (Aqil Zarif). Selang sehari je jarak umur depa kan. 
Boleh la consider as twins. Cuma lain bapak, lain mak je.
Bulehhh?? =P

Kau bayangkan la, dah la beranak sama-sama, pastu berpantang sama-sama. Dah kata berpantang, sah-sah la tak leh kuar rumah, nak travel balik kampung apatah lagi.
So kena la tunggu abis pantang 44 hari baru la boleh ketemu Along & Kaklong & anaknya. Aku punya la duk ketaq giler nak cepat abis pantang.
Nak cepat balik Shah Alam.
Nak cepat jumpa anak Along & Kaklong.

And bila tiba waktu yang ditunggu-tunggu, kau bayangkan la excited dia camne.
Terpekik terlolong okay.
Terus histeria semua orang bila Baby Haikal bertemu Baby Aqil. Haha.
Riuh satu rumah. Hopefully takde la jiran yang annoyed dengan kitorang hari tu. Macam kau sorang je lah ada cucu kannnnn. Kecoww jeww!


 Baby Haikal says hello to Baby Aqil


 Baby Haikal dapat hadiah from Baby Aqil! Thanks, twin! ;D


 The proud Atok with Baby Haikal and the proud Makngah with Baby Aqil. 
Whilst Along (at the back) merungut lenguh tangan lepas dukung Baby Haikal. 
Nasib lah longgg, hang dapat anak buah debab. Haha


Hubby and I are now Pakngah & Makngah to Baby Aqil! Weeehooo! =D


Dan orang yang paaaaaling excited pada hari itu ialahhhhh..
Atok nya!
Penuh tangan atoknya dengan dua cucu!

Daddy said,"Kalau satu cucu dapat Dato', kalau dua cucu dapat Tan Sri la kan?"
Haha.


Dan orang kedua paling excited ialahhhh...
Lola (nenek in tagalog) nya!

Haaa..kan bagus dapat dua cucu serentak.
Tak payah nak berebut. Dapat sorang satu! =P


My bro (Rizzy) is also proud to be a DaddyLang to his two nephews...

 Dik, muka Haikal & Aqil macam takut kat kau je. Haha


 And these are some pics of the-overexcited-Atok yang lagho melayan cucunya (Baby Haikal). Jeles pulak aku tengok Daddy layan anak aku camtu. =P

Baby Haikal is talking to his Atok.
Syok sendiri je la Atok nya borak.
Sebab Haikal diam je. Haha


Sekian saje story tentang Dhia Baby Haikal ketemu Baby Aqil.
Aku harap bila besar nanti berkawan baik la dua-dua orang ni.

Ape-ape pon aku happy sangat. 
Bcoz Haikal and Aqil menyerikan lagi keluarga kami.
Makin besar, makin meriah dan makin bising la keluarga ini nanti. Hihi.
I feel so blessed. Alhamdulillah.



Bcoz Mom's milk is the best milk.

Walaupon tengah berleleh-lelehan air mata dan berhingus-hingusan air hidung sebab tak sanggup nak hantar Baby Haikal kat sitter/nursery nanti, aku tetap nekad nak jadi ibu yang terbaik untuk anak.
Seboleh-bolehnya, aku nak "suap" anak aku dengan susu aku je.
Susu lembu takmo.
Kang tak pasal-pasal lembu tu jadi ibu susuan anak aku. Dah la muka takde iras langsung. Ada haaati nak jadi ibu susuan. Choii! *pehal emo terlebey??*

Dah la lembu makan rumput.
*Tengah bayangkan Baby haikal makan rumput sebelah lembu*
Oh no no no...

Oleh sebab tu lah aku bersungguh mengumpul breastmilk dari badan aku sendiri.
Maksudnya, dia makan apa yang aku makan.
Aku tak makan rumput. Harap maklom.
Dan sikit pon aku tak tadah dari breast orang lain termasuk la breast hubby. =P
So memang handred persen lah susu badan aku.

And so far, aku dah start ajar Baby Haikal selow-selow minum BM from the bottle.
Dan Alhamdulillah tak susah pon dia nak adapt dengan botol.
And dia still nak breastfeed directly kat aku.
Risau jugak takut dia dah syok dengan botol, taknak breastfeed direct pulak.
So aku kena tukar-tukar bagi botol & breastfeed alternately.
Supaya dia nak dua-dua.



Setakat ni aku berjaya kumpul 22 botol (5oz/150ml).
Akibatnya, freezer kat rumah pon jadi makin sesak.

Maklom lah freezer kecik je.
Bila dah sesak dengan breastmilk, terus takde tempat nak store frozen goods lain macam ayam, daging, ikan segala.
So bila tiba time nak masak, terus  
"Eh eh takde ape nak dimasak lah. Suami yang baik hati, sila beli makanan kat kedai."
So terus dapat excuse memasak di situ.
Sekian terima kasih.


p/s: Citer pasal breastmilk, tetiba boleh bangga tak payah masak. -..-




Now I know how it feels...


Tak lama lagi aku dah nak masuk belajar balik.
 Dah kena start berulang alik pergi lab. 
Dah kena start bergelumang ngan lumut.
T____T

Kejap je rasanya 3 bulan bercuti.

Aku tak tau camne nak explain perasaan aku sekarang.
Sedih.
Yang teramat sangat.
Baru aku tau perasaan mak-mak yang terpaksa tinggalkan anak kat sitter/nursery bila nak pegi kerja.
Baru aku tau kenapa ada ibu yang sanggup berenti keje sebab nak jaga anak.
Sanggup berenti belajar sebab nak jaga anak.
Sanggup duk umah 24/7 sebab nak selalu bersama anak.
Ikutkan hati aku pon nak buat camtu!

Tapi camne dengan cita-cita aku? Nak dapat PhD kununnya?
Dah 6 tahun aku belajar itu ini. Takkan nak stop gitu je?
Bersusah payah apply scholar. Dah dapat, takkan nak batalkan pulak.

Aku: Abang, abang sayang Haikal tak?
Hubby: Mesti la sayang. Itu kan anak abang.
Aku: Tak sampai hati nak tinggalkan Haikal kat orang lain kan?
Hubby: Hmm..tu la. Tapi nak buat camne..Terpaksa la.
Aku: Sayang rasa nak berenti belajar lah.
Hubby: Haish!
Aku: T______T

Bila pandang anak, rasa macam nak nanges tujuh baldi.
Punyalah tak sampai hati nak lepaskan anak kat tangan orang lain.

Aku harap Allah kuatkan semangat aku.
Supaya aku boleh hantar anak kat nursery/sitter nanti.
Supaya aku boleh teruskan mengejar cita-cita aku.

Okay nak sambung nanges lagi.
Baru enam baldi setengah.

I love you, anak..

Tengkiu kawan-kawan Papa!

A hugeee THANK YOU to Papa's friends for giving Baby Haikal's first toy.
I was just looking forward to buy a play mat for him.
Tup tup tup dah ada orang bagi.
Alhamdulillah..selamat duit aku. Kui kui kui.


Bersungguh la aku memasang bende alah ni bcoz tak sabar nak suruh anak main.
Sampai paknya mengusik, kata maknya yang eksaited nak main. Haha

Siap je pasang, tang tu jugak aku letak Baby Haikal kat atas play mat tu.
Tapi, respon negatif yang diterima. Tengok la nihhh.. -___-"




Tapi lama-lama, bila dia asik duk ushar bendealah tu dari jauh, aku pon try letak dia lagi sekali.
And tengok la, wah anak Mama ni dah pandai senyum-senyum!

"Menatang ape la yang pelik sangat berjuntai-juntai atas kepala aku nih."


"Shhhh..Baby Haikal is snoring.." ;P


Mengajar anak berjimba.

Mendeka!!
Mendekaaaaaaa!
Pendekaaaa!

Itulah laungan seorang ibu yang baru habis pantang.
Gila meroyan heboh sekampung. Haha.
Ai overeksaited gileww yuhhh!

Bagi meraikan pencapaian yang "sungguh membanggakan" tu, aku paksa ajak hubby kuar jenjalan. So we went to Jusco dekat-dekat sini je lah.


Sebelom tu kitorang ajak Raidoo sekali. Kot-kot nanti kitorang lenguh dukung si tembam BabyHaikal tu, boleh pas je lah kat Raidoo. Haha.
Sampai je Jusco, boleh buat-buat jakun pulak. 
Amik gambar kat setiap pelosok Jusco. 
Semua orang tengok kottt. Malu kottt. Lantak lah kau peduli hape kottt. =P


Tengok gambar aku gendong BabyHaikal dalam babysling tu, teringat pulak masa bawak dia dalam perut dulu. 
Haihh dah keluar dah anak mama ni. =)

Bukan main sopan Raidoo pi Jusco pakai baju kurung yuh! Haha.
Dia sebenarnya baru habis kelas. Ok habis kelas terus ke Jusco. 
Ish ish ishhh.. (macam perangai aku dulu-dulu je)

Dah puas jenjalan, kitorang singgah makan kat Kenny Rodgers.
APAAAAA????
Kenny Rodgerssss???
Memang sah menggemok balik kau pasni. -..-

 Syok owhhhh.. Lama betul kita tak bertemu ye wahai ayam bersalut black pepper sauce. Haha


Sementara aku & Raidoo makan, hubby la jadi mangsa kena dukung si tecik tu.

 Eh Hubby nampak kurus lah bila dukung BabyHaikal yang debab. =P


Tak sampai beberapa minit papanya dukung, mula lah dia ehek-ehek-ehek.
Nak nenen letteww..

Mama nak makan, dia pon sebokkk nak "makan" ehh..


Lepas makan, "exercise" la sikit. 
Sambung jenjalan dalam Jusco.
Eksesaisss lah sangatttt kannnn..


 Sesi membuli si tembam. Kih kih kih

Sebelom maghrib kitorang balik la.
Risau jugak bawak baby kecik kuar lama-lama kan.
Tapi punyalah susah MamaRai (Raidoo) nak lepaskan BabyHaikal pulak.
Berapa kali bye-bye, tak jugak balik. Haihhh.. 

BabyHaikal with his fevret makcik. Ye ke fevret? =P


Thanks Raidoo bcoz pinjamkan tangan kau untuk dukung BabyHaikal yang berat bertan-tan tu. Huhu.