Bcoz Mom's milk is the best milk.

Walaupon tengah berleleh-lelehan air mata dan berhingus-hingusan air hidung sebab tak sanggup nak hantar Baby Haikal kat sitter/nursery nanti, aku tetap nekad nak jadi ibu yang terbaik untuk anak.
Seboleh-bolehnya, aku nak "suap" anak aku dengan susu aku je.
Susu lembu takmo.
Kang tak pasal-pasal lembu tu jadi ibu susuan anak aku. Dah la muka takde iras langsung. Ada haaati nak jadi ibu susuan. Choii! *pehal emo terlebey??*

Dah la lembu makan rumput.
*Tengah bayangkan Baby haikal makan rumput sebelah lembu*
Oh no no no...

Oleh sebab tu lah aku bersungguh mengumpul breastmilk dari badan aku sendiri.
Maksudnya, dia makan apa yang aku makan.
Aku tak makan rumput. Harap maklom.
Dan sikit pon aku tak tadah dari breast orang lain termasuk la breast hubby. =P
So memang handred persen lah susu badan aku.

And so far, aku dah start ajar Baby Haikal selow-selow minum BM from the bottle.
Dan Alhamdulillah tak susah pon dia nak adapt dengan botol.
And dia still nak breastfeed directly kat aku.
Risau jugak takut dia dah syok dengan botol, taknak breastfeed direct pulak.
So aku kena tukar-tukar bagi botol & breastfeed alternately.
Supaya dia nak dua-dua.



Setakat ni aku berjaya kumpul 22 botol (5oz/150ml).
Akibatnya, freezer kat rumah pon jadi makin sesak.

Maklom lah freezer kecik je.
Bila dah sesak dengan breastmilk, terus takde tempat nak store frozen goods lain macam ayam, daging, ikan segala.
So bila tiba time nak masak, terus  
"Eh eh takde ape nak dimasak lah. Suami yang baik hati, sila beli makanan kat kedai."
So terus dapat excuse memasak di situ.
Sekian terima kasih.


p/s: Citer pasal breastmilk, tetiba boleh bangga tak payah masak. -..-




3 comments:

Lynn Abd Latib said...

kena beli deep freezer lah gitu

:-))

mss fix89 said...

fuyoo da boleh bukak kedai da ni kak..hehehehe....pape pun kim salam sayang kat baby comel yerr..:)

isabelle said...

itu belum susu fify sekali, kalo x..mesti laaaagi byk kan?

simpan dlm plastik utk ebm can save space in the freezer, tapi akak x suka, sebab not reusable. hehehe