Deepavali hari tu.

Weekend deepavali lepas, kitorang balik kampung.
Tak lama pon. Dua hari je.
Tapi ok lah dari tak balik langsung. 
Terubat la jugak rindu di hati.
Walaupon takdelah rindu mana kahkah.
Sebab hari-hari pon call lah skype lah wassapp lah. 
So jauh pon tak rasa jauh.

Tapi dalam sebulan, kitorang wajib jugak balik kampung.
Sebab nak kasi Haikal kenal family dia kan.
Kang sepupu sendiri pon tak kenal. Tak fun langsung hidup.
Aku dulu, asal cuti sekolah je mesti nak stay rumah nenek.
Ramai-ramai berkampung kat rumah nenek ngan sepupu-sepupu semua.
Pastu hari-hari pon dengar nenek bising sebab telur ayam kat reban asik hilang.
Atok pulak bising sebab lighter rokok dia asik hilang.
Dua-dua pon sebab kitorang main masak-masak kat sungai belakang rumah.
;D

Kalau bernasib baik, dapat la menjala ikan kat sungai tu.
Curi jala tah sape-sape punya entah.
Tangkap dua tiga ekor ikan. Masak sekali ngan telur ayam. Bahaha.
Tapi kitorang tak makan la.
Habis masak, biar je situ. Simpan elok-elok. 
Tutup ngan daun keladi supaya tak kena hujan.
Esok boleh sambung masak benda yang sama. ;D
So aku nak Haikal pon rapat dengan sepupu-sepupu dia camtu.
Walaupon sekarang ni zaman gajet kan. Takpe lah nak buat camane kan.
Tapi interaction dengan saudara-mara wajib ada.

 Hari sabtu masa deepavali tu, tak ramai lagi kat rumah mak.
So hubby bawak la Haikal jenjalan naik motor. Pinjam motor Abah.
Nasib ada minyak bahaha.
Haikal sekarang memang tak boleh tengok motor atok dia.
Asal nampak je mesti
"Nak bike! Nak bike!" (read: motorbike)

Aku upload gambar ni kat FB.
Ada sorang tu cakap hubby macam Mr. Arrogant.
Terus kembang semangkuk mamat tu. Tak habis-habis cakap kat aku,
"Mama jangan jeles ye. Mama! Jangan jeles ye mama. Mama jangan jeles ye!"
Pfft.

Petang sabtu tu kitorang singgah rumah Mama pulak.
Oh takut korang komfius,
Mak = mak hubby
Mama = mak aku
Ok?

Sebenarnya aku tak suka sangat cakap "mak mertua".
Sebab dalam islam pon takde istilah tu kan.
Mak suami kan wajib kita taat macam mak kandung sendiri. Takde beza pon.
Kalau bercerita dengan orang pasal mak mertua pon, aku akan cakap "Mak" je.
Aku jarang guna "mak mertua".
In fact aku pernah dengar dalam tivi. Ustaz tu cakap, dalam doa lepas solat pon kena doakan mak suami dulu sebelum mak sendiri. Gitu.
Eh terceramah pulak. :P

Masa kat rumah Mama, Daddy ada belanja aiskrim.
Sempena birthday Haikal dengan Aqil la kengkonon.
Tapi secubit pon birthday boys tak merasa.
Mak bapak atok nenek dia yang habiskan. -..-


Pastu kebetulan Aunty Sarah jiran sebelah rumah Mama bagi surprise.
Thoughtful sangat tau. :')

 
 Sedap tak hengat ok pretzel cookies ni.
Ada white choc dengan dark choc. Aku suka dua-dua.
Aunty Sarah ni memang buat bisnes baking tau.
Memang berhantu ok air tangan dia.
Aku ingat lagi dia buat pavlova. Pergh!
Pastu dia pernah buat birthday cake masa birthday bash Haikal & Aqil dulu.
Pun pergh! jugak.
Belum cakap pasal kuih raya dia lagi. Almond choc apa semua.
Pergh pergh pergh! *tersembur-sembur air liur sebut pergh banyak kali* :D

Tak caya, korang try usha blogshop dia:
Choc Hut

Malam sabtu tu, kitorang bawak Haikal pergi studio Les Copaque.
Saje nak bagi dia tengok gambar upin ipin kat tepi-tepi building tu.
Ni first time kitorang bawak Haikal ke sana.
Terkesima terus budak tu. :D

Kemain bising mulut dia sambil tunjuk-tunjuk upin ipin.
Pastu kejap berlari kesana kejap berlari kesini. Excited sangat.
Paling tak boleh blah, Haikal siap boleh bawak bersembang dengan upin ipin kat dinding tu.
Terus aku macam,
"Papa, mama masuk kereta dulu lah."
Tak sanggup tengok anak cakap ngan dinding. Kahkah!

The next day, hari Ahad.
Kitorang lepak rumah Mak je sepanjang hari.
Seronok sebab cucu-cucu mak complete semua ada.

Masa ni lawak gila. Diorang nak lumba basikal.
Tapi Haikal sorang takde basikal.
Terpaksa dia naik bendealah kereta sorong tu haha!
Pastu bila hubby bilang,
"Satuuuu duaaaa tigaa!!"

Terus Haikal turun dari kereta sorong, dan berlari. Bahahaha!
Dia ingat lumba lari. :D
Pastu semua orang gelakkan dia. Termasuk aku.
T___T

Camni la suasana kat rumah mak.
Riuh!
Yang mak-mak duk kejar anak masing-masing.
Pastu kang,
"Abang jangan bawak laju-lajuuu!!"
"Kakak jangan buat adik!!"
"Adik jangan main situ! Calar kereta paksu kang!"
-________-

Pastu ada bhaiya datang jual aiskrim rumah ke rumah.
Terus kitorang borong banyak.
Abah siap buat lawak,
"Bhaiya, berapa satu tong?"
Amboi abahh.. haha!

 Haikal curi Mamalong dia punya aiskrim.
Selalunya kalau kitorang beli aiskrim, Haikal tak suka.
Tapi kali ni bila Mamalong dia offer, terus dia habiskan semua.
-..-

Nasib lah Mamalong.
Siapa suruh ambik aiskrim yang paling mahal. ;D


Anak-anak buah (belah hubby) pon dah makin rapat ngan aku. :)
Dah berani ketuk pintu bilik, pastu

"Maklang, maklang tengah buat apa? Nak masuk boleh?"
"Baru habis solat. Masuk lah."
"Maklang, ni bra siapa?"
"Maklang punya lah. Takkan paklang punya pulak."
"Maklang, ni stokin siapa?"
"Laa stokin maklang lah."
"Macam stokin sekolah je. Maklang sekolah lagi ke?"

Ada jugak yang kena halau ni kang.
-_________-
 

0 comments: