Salam Aidilfitri semuaaaaa!!!

Dah nak raya dah pon.
Kejap je rasa sebulan berpuasa. 
*memang la sebab kau puasa tak cukup sebulan*


So aku nak amik kesempatan ni untuk wish korang-korang yang terbaca entry ni,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!

Makan lemang tu agak-agak la. Jangan berlebih-lebihan. Tak elok untuk jantung. High cholesterol tu. Kalau terbeli banyak, pass je kat aku barang sebatang dua, aku boleh tolong setelkan.
keh keh keh

Sesape yang nak travel balik kampung tu, drive elok-elok. Tips untuk tak ngantok masa driving, kau pasang lagu raya kuat-kuat, pastu nyanyi beramai-ramai. 
Kalau ngantok jugak, bukak tingkap, nyanyi lagu raya sambil head-banging kat luar tingkap.
Kalau kereta sebelah tengok lagi bagus, boleh ajak diorang sekali. 
Kalau trapped dalam traffic jam, ajak ramai-ramai keluar kereta, boleh buat falshmob lagu raya kat tengah-tengah hiway tu.
Hah kompom tak sampai-sampai lah korang kat kampung. Heh

Selamat bergembira di hari raya uolls!

Kereta kecil ku berbunyi pon pon pon..

 
Thanks Hayfa sebab kasi Baby Haikal pinjam kereta kecil warna merah awak ni. Raya ni, nak pinjam lagi boleh? Heheh. Maklang bukan apa. Hari tu Maklang dah nak belikan satu untuk Haikal kereta macam ni. Dah pilih dah yang lagi power dari Hayfa punya ni. Lagi hensem dari Hayfa punya. Tapi bila nak bayar tu, tetiba Maklang tersedar. Rupanya Maklang mimpi je nak beli kereta tu. 
Kah kah kah

Dasar taik idung masyennn.


Iftar @ Hotel UiTM Penang


Last weekend, kitorang bersama Raidoo & Adan telah beriftar dekat Hotel UiTM Penang. Dah makin familiar pulak term "iftar" ni untuk rakyat Malaysia kan. 
Dolu-dolu, orang sebut bukak puasa je kan. Nak wish pakwe pong, Selamat Berbuka Puasa abam cayam. Makam cedap-cedap tu ingat cayam ye.
Tetiap kali bukak puasa la ko nak wish pakwe. Sekarang dah ada depan mata, harammmmm. Dengar azan, laki ko kemana, ko dulu yang melahap. Dah sendawa, pusat dah tersembul, baru sedar eh eh laki aku mana. Bini mithali sangat.

Aku ni sebenarnya cerita pasal apa tadi? Oh term iftar tu kan. Sekarang mana-mana hotel yang nak buat promo buffet, mesti nak pakai term iftar. 
Aku nak wish kengkawan pon, Happy Iftar y'alls! 
Urban habis lah konon. Hak hak hak.

Sebelom aku masuk cerita iftar kat Hotel UiTM tu, aku nak show opp nih. 
Aku & Raidoo boria baju thepoplook pada hari itu. Hihi.
Rasa macam batak semacam sebab kitorang berdua ni memang jarang lah nak pakai dress-dress begini segala. Melainkan untuk shooting masuk tibi. Acececeyyy. Malu pulak tetiba bila sebut pasal shooting. Rasa hensem tetiba. *muka pandang langit, mata pejam, bibir senyum*

 Cantik kan kitorang? Sorang macam Ima Hashmie, sorang lagi macam Abby Abadas kan? Muka kitorang pon macam muda seploh tahun kan? Cantiknyaaa... 
*tersenyum-senyum sendiri*

 Makcik-makcik di luar sana mesti rasa macam nak jadikan calon menantu anak bujang mereka bila tengok gambar kitorang ni. Tak pon rasa macam nak mintak tips kecantikan. Tak pon rasa macam eh OMG megan fox sudah berhijab? Sambil gosok-gosok mata. Kan kan kan?

Hihiksss. Malu-malu.

Ok moving on to cerita iftar.
Iftar buffet kat Hotel UiTM ni takdelah mahal sangat RM35/pax je. Tapi makanan dia, perghhhhhh... Sangat banyak dan semuanya sedap. 
Semua yang kau cari kat bazar tu, memang ada punya kat sini. Memang nafsu tak terkawal sejurus melihat deretan makanan. 
Megan fox tengok pon, terus makan sampai tersembul pusat. Pedulik hape pakai dress ke hape kan. Pedulik hape rupa bertukar menjadi walrus selepas tu kan. Janji nafsu terlampias. Wohhh "terlampias" satuhhh.. Ayat mesti urban beb.

 
Ni bukan pinggan aku. Bukan bukan. *mata pandang atas sambil jari tuding Baby Haikal*


 Baby Haikal pon sebokkkk nak makan. Kau bukan puasa pon yang. Cuba la bagi laluan untuk Mama makan dengan tenang boleh? *padahal maknya pon tak puasa HAHA*


 Pak Uda (Adan) pon makan berbondong-bondong walau badan melidi gitu.


 Time ni Baby Haikal dah merengek mintak nenen. Cehhh potong setim betol la kau ni yang. Mama baru makan lima pinggan kot. Kalau ikutkan harga 35 hinggit tu, kena makan lapan belas pinggan. Baru tak membazir dan bersederhana namanya. Heh.


 Adan bajet cool dapat duduk atas sofa pusat-pusat gitu. Kau bajet CEO ke hape Dan?


 CEO bersama kakak CEO aka Megan Fox.


 Okay kantoi cover pusat. Maksudnya? Dah tersembul lettewww.. Kah kah kah


 Ni pulak CEO bersama kakak CEO yang lagi sorang yang tak berapa hensem sangat sebab kakak CEO yang first tadi lagi hensem.


 Ni kakak CEO tengah caklempong ke hape? 
Kah kah kah seronoknya letak gambar candid buruk orang lain. 
Cer kalau gambar sendiri? Siang-siang dah delete. Heheh.

Dia pon sebokkkkk...

Sekarang Baby Haikal suka tiru apa yang aku buat.
Ada sekali tu, kitorang pi makan kat Aeon Bukit Mertajam.
Kebetulan masa tu aku terlupa bawak bekal air kosong dalam botol Baby Haikal. Tapi tu tak jadi masalah negara pon, bcoz boleh je order air kosong kat mamak tu pastu suap Baby Haikal pakai sudu ke hape kan.

Tapi tetiba hari tu, Baby Haikal taknak pulak disuap dengan sudu.
Sebab dia duk tengok aku & hubby minum guna straw kot.
So bila aku hulur straw, baru nganga mulutnya.


 

 
Menjolok-jolok straw dalam mulut. Aku punyalah seriau tengok takot terjolok anak tekak ke hape kan.


 Nahhhh berjurai-jurai.. Dia bukan nak sangat minum pon. Sesaja nak try test nak minum guna straw. Cehhh.. Dah tu, baju kau lencun, mak jugak yang nak kena menukarnya lepas tu. Haih.


Tak lama lepas tu, berlaku lah kes buli yang keempat.
Di mana Ibu mangsa memberi mangsa minum nescafe!
Kah kah kah
Nasib baik kau tak reti sedut lagi yang. 
Menggigit-gigit straw perisa nescafe je lah. Hihih.



Lepas makan, naik doraemon sambil goyang-goyang montot some more.
Nanti suruh bapak kau beli doraemon camni satu letak kat rumah. 
Boleh mak naik sekali.

Demi kau.

Wah! Update belog di hujung minggu? 
Jarang aku rajin update belog during weekend.
 Selalunya aku occupy masa dengan melayankeluarga saje. 
Walaupon ada masa barang sejam dua free, tetap takmo bukak belog. 
 Banyak lagi benda-benda best yang boleh dibukak. Ehh? 
Puasaaa.. puasaaa.. kah kah kah 

Tapi hari ni aku yang baik hati sopan santun lemah lembut ni sanggup update belog semata-mata nak menunaikan permintaan seorang belog reader. Beliau bukan setakat belog reader lah actually kan. Kawan aku lah actually kan. Tetiba beberapa hari lepas, mamat ni telah meng-request sesuatu kat FB aku.
Sesuka hati Mak Jah diaaaa je nak suruh aku upload video Wanita Hari Ini tuh.
Aku sebenarnya memang ada rasa macam nak show opp segmen WHI tu kat sini untuk tatapan semua readers. Tapi bila aku tengok balik, tetap rasa macam nak tumbuk diri sendiri je. Susah betul nak terima kenyataan. Nak kata malu, aku ni memang pemalu orangnya. Kah kah kah. Mungkin sebab nerbes kot, tu yang jadi macam poyo-poyo tenuk je dalam tibi tempoh hari. 

Tapi demi kawan aku yang hensem budi pekerti mulia hormat orang tua yang jauh duk kat Londong nung. Ok la aku boleh consider la show opp video tu kat sini. 

 So kepada semua yang belum tengok segmen tajaan WHI yang ada muka aku iras-iras megan fox tu, nah aku upload untuk korang. Aku cuma nak ingatkan, tahap kepoyoan dan kehenseman aku dalam video ni memang tak dapat dinafikan lagi. So kalau rasa tak tahan, rasa nak muntah, rasa macam nak tumbuk muka aku dalam video tu, anda dialu-alukan berbuat demikian. Tumbuk laju-laju menggunakan tangan kiri dan kanan secara bergilir-gilir pon takpe. Nak baling laptop dari tingkat lapanbelas pon boleh. Tapi kalau dah tahap moksya sangat, setop je takyah tengok dah. Kang nightmare pulak. Kah kah kah. 

So hazeeq, this is for u!

Bila mereka bertemu...

Maka tak kering gusi la kitorang sekeluarga.
Riuh rumah melayan dua budak ni.


Sekarang dah nampak sikit-sikit perangai Baby Aqil & Baby Haikal.
Baby Aqil cepat betul belajar. Dia lagi cepat merangkak, duduk dan berdiri. Baby Haikal lambat sikit. Mungkin sebab muatan lebih. Haha
Baby Aqil saaaaangat manja dengan maknya.
Maknya jauh seinci dari dia, hamboiiiii berjurai-jurai air mata.
Baby Haikal pulak manja ngan bapaknya kot.
Dah tu maknya garang sikit je dari singa. Kah kah kah

Bila kitorang letak Baby Haikal & Baby Aqil sebelah menyebelah, aku tengok Baby Aqil lebih sopan dan behave.
Baby Haikal? Hmmm..kau tengok gambar dan interpret sendiri. Haha

Duk menjolok telinga orang la, duk tarik rambut orang la.
Kau ni dah kenapa yang??


Bila marah, nangesssss. Cehh!


Tengok la tangan Baby Haikal, yilek landing atas peha orang. Kemain kau eh!


 
Mainan Baby Aqil pong dia yang balun. 
Thanks Aqil, kasi Haikal pinjam mainan. Kat rumah, Haikal bukan takde mainan. Selambak je. Tapi dia taknak main pon. Asik main dengan alas kaki je. Tapi kat rumah orang boleh pulak dia main mainan. 
Derrrrrrrrrr...mak tak paham la kau ni yang.


Last-last Baby Aqil main dengan bapaknya saje lah.
Bapaknya tu dah la hensem, hensem pulak tu.
*Along, nahhh hamik dua kali hensem bagi! Cukop?!*


Goodboy Baby Aqil! Makngah sayang dia.
Nanti raya, bagi makngah duit raya ok! Ehh?