Showing posts with label iftar. Show all posts
Showing posts with label iftar. Show all posts

Iftar @ Hotel UiTM Penang


Last weekend, kitorang bersama Raidoo & Adan telah beriftar dekat Hotel UiTM Penang. Dah makin familiar pulak term "iftar" ni untuk rakyat Malaysia kan. 
Dolu-dolu, orang sebut bukak puasa je kan. Nak wish pakwe pong, Selamat Berbuka Puasa abam cayam. Makam cedap-cedap tu ingat cayam ye.
Tetiap kali bukak puasa la ko nak wish pakwe. Sekarang dah ada depan mata, harammmmm. Dengar azan, laki ko kemana, ko dulu yang melahap. Dah sendawa, pusat dah tersembul, baru sedar eh eh laki aku mana. Bini mithali sangat.

Aku ni sebenarnya cerita pasal apa tadi? Oh term iftar tu kan. Sekarang mana-mana hotel yang nak buat promo buffet, mesti nak pakai term iftar. 
Aku nak wish kengkawan pon, Happy Iftar y'alls! 
Urban habis lah konon. Hak hak hak.

Sebelom aku masuk cerita iftar kat Hotel UiTM tu, aku nak show opp nih. 
Aku & Raidoo boria baju thepoplook pada hari itu. Hihi.
Rasa macam batak semacam sebab kitorang berdua ni memang jarang lah nak pakai dress-dress begini segala. Melainkan untuk shooting masuk tibi. Acececeyyy. Malu pulak tetiba bila sebut pasal shooting. Rasa hensem tetiba. *muka pandang langit, mata pejam, bibir senyum*

 Cantik kan kitorang? Sorang macam Ima Hashmie, sorang lagi macam Abby Abadas kan? Muka kitorang pon macam muda seploh tahun kan? Cantiknyaaa... 
*tersenyum-senyum sendiri*

 Makcik-makcik di luar sana mesti rasa macam nak jadikan calon menantu anak bujang mereka bila tengok gambar kitorang ni. Tak pon rasa macam nak mintak tips kecantikan. Tak pon rasa macam eh OMG megan fox sudah berhijab? Sambil gosok-gosok mata. Kan kan kan?

Hihiksss. Malu-malu.

Ok moving on to cerita iftar.
Iftar buffet kat Hotel UiTM ni takdelah mahal sangat RM35/pax je. Tapi makanan dia, perghhhhhh... Sangat banyak dan semuanya sedap. 
Semua yang kau cari kat bazar tu, memang ada punya kat sini. Memang nafsu tak terkawal sejurus melihat deretan makanan. 
Megan fox tengok pon, terus makan sampai tersembul pusat. Pedulik hape pakai dress ke hape kan. Pedulik hape rupa bertukar menjadi walrus selepas tu kan. Janji nafsu terlampias. Wohhh "terlampias" satuhhh.. Ayat mesti urban beb.

 
Ni bukan pinggan aku. Bukan bukan. *mata pandang atas sambil jari tuding Baby Haikal*


 Baby Haikal pon sebokkkk nak makan. Kau bukan puasa pon yang. Cuba la bagi laluan untuk Mama makan dengan tenang boleh? *padahal maknya pon tak puasa HAHA*


 Pak Uda (Adan) pon makan berbondong-bondong walau badan melidi gitu.


 Time ni Baby Haikal dah merengek mintak nenen. Cehhh potong setim betol la kau ni yang. Mama baru makan lima pinggan kot. Kalau ikutkan harga 35 hinggit tu, kena makan lapan belas pinggan. Baru tak membazir dan bersederhana namanya. Heh.


 Adan bajet cool dapat duduk atas sofa pusat-pusat gitu. Kau bajet CEO ke hape Dan?


 CEO bersama kakak CEO aka Megan Fox.


 Okay kantoi cover pusat. Maksudnya? Dah tersembul lettewww.. Kah kah kah


 Ni pulak CEO bersama kakak CEO yang lagi sorang yang tak berapa hensem sangat sebab kakak CEO yang first tadi lagi hensem.


 Ni kakak CEO tengah caklempong ke hape? 
Kah kah kah seronoknya letak gambar candid buruk orang lain. 
Cer kalau gambar sendiri? Siang-siang dah delete. Heheh.

Iftar @ Hotel Seri Malaysia Kulim

Macam yang aku cakap tadi, last weekend kitorang pi Hotel Seri Malaysia Kulim for iftar. 
"Kitorang" tu ialah aku, hubby, Rizzy & Raidoo.


Dari rumah kitorang (Batu Kawan, Penang) ke tempat ni (Kulim, Kedah), takdelah jauh mana pon. Dalam 30 minit je.
Tapi disebabkan kitorang ni semangat terlebih, pukul 6pm dah gerak dari rumah. Hahah.
Sampai-sampai je, diorang tengah prepare buffet table tu lagi.
So kitorang pon menge"round" la satu hotel tu.
Sambil photoshoot. Maklom la, hotel ni baru kot, cantik je building dia.



Kebetulan pulak masa kitorang duk photoshoot sakan tu, baby dalam perut aku aktif sangat!
Bertinju sakan.
Hubby seronok la nak bercakap ngan baby. =)



Yang budak dua orang lagi tu, tengok la ape keje diorang ni ha..

 Raidoo & Rizzy-anak sape la nih???


Sorang sibuk dengan camera hubby, sorang lagi sibuk dengan camera aku.
Hmm bebudak zaman sekarang.. =P



Bila dah pukul 7pm, aku dah bising nak pi amik makanan. Takut habis.
Hahah. Padahal kat Kedah, waktu berbuka pukul 7.30pm. Lama lagi kotttt..

 Menu paling spe-sial kat sini- Maggie Goreng! Bahah. 

 
 Ayat paling saiko. Tau la orang nak buka puasa masing-masing bernafsu besar.


Dan aku, bajet Yang Berhormat pada hari tu, tanpa segan silunya menjadi orang pertama mencedok makanan kat buffet table tu.
Bak kata Raidoo, 
"Kau la orang yang mengotorkan senduk-senduk tu semua, Kakngah.."

 Ya Allah! Bini sape nih???


Eh, tapi aku amik sepinggan je la. Tengok ni..

 Sikit je kan?

Yang makanan lain-lain tu, bukan aku punya. (mata-pandang-atas)


Dah azan, kitorang pon memenuhkan tank masing-masing.

 Hubby sengaja capture gambar before-after ni dengan selit nama aku sekali.
He said, "Ni semua sayang makan. Betapa gelojohnya bini den!" T_T


Dah la kitorang orang pertama yang sampai, kitorang jugak la orang yang terakhir balik. Pukul 9pm baru kitorang balik sebab buffet ramadhan dia dari pukul 6.30-9.00pm je. Hahah.
Lepas solat maghrib, boleh lagi buat 2-3 round kaut makanan. Ish ish ish..

Muka riang kekenyangan. =P

Sampai je kat rumah, semua duk menguap sakan. 
Mak oiiii besaunya setan..keh keh keh