Kek batik ada topping coklat/ganache?

Kalo ditengok balik, dah almost berkurun jugak lah aku tak makan Kek Batik.
Rasanya last aku makan, masa zaman 90-an dulu kot.
Dah masuk zaman milenium ni, aku makan Kek Sutera je.
Batik-batik ni orang dah tak pandang dah. (lawak la tuh??)

Tapi hari tu, masa sibuk-sibuk prepare barang untuk confinement, sambil basuh kain batik, teringat pulak kek batik. Ewah rhyme pula di situ.
So tetiba kain batik kelihatan seperti kek batik.
Maklom la bulan-bulan puasa ni kan.
Mouse computer ni pon nampak macam cupcake.

Dengan tak semena-mena, aku pon membazirkan beberapa kupang untuk beli bahan-bahan buat kek batik. Tangtang tu jugak aku buatttt. Kes tak menyabar la nih.
Selepas hampir sejam berlemuih kat dapur tu, siap la kek batik aku.
Disebabkan terlebih rajin, maka terbentuk lah lapisan ganache di atas kek batik tu.
Ada topping, baru lah "modernized" kek batik kan? =P


Anda bersedia untuk teguk air liur bergelen-gelen?
Moh layan gambar.


Apsal lah comot sangat kek kau, Jiji??? T_T


Hubby sebagai pengkritik tetap, boleh pulak mengunyah kek batik ni tak berenti-renti.
Siap call MIL, bagitau aku buat kek batik.
Hmmm matilah aku kalau MIL request nak makan kek batik masa balik raya ni.. =O


Motif utama entry ni: Balas dendam kat Along. hihi

Resepi:
 

Hamboi, kad raya kauuuu!

Tahun lepas, aku tak dapat kad raya langsung, walau sekeping.
So tahun ni pon, aku tak heran sangat pasal kad raya.
Sebab aku pon takde bagi kad raya kat orang.
Hamper raya ade lah. Tu pon kat mak bapak sendiri je. Heh.

Tapi petang tadi, balik dari lab, nak bukak gate rumah, tetiba aku ternampak sesuatu dalam post box. Sambil mengatur langkah penguin ke arah post box tu, dalam hati aku, 
Haa ni kalau tak bil api, mesti bil air. 
Kalau tak bil air, mesti bil tertunggak.
Kalau tak tertunggak pon, mesti jemputan perkahwinan kengkawan.
Kalau tak kad jemputan, mesti iklan jualan gudang kat pasaraya Jaya Gading.
Paling-paling pon, mesti iklan membaiki paip/atap bocor.
Atau mungkin kad raya? Memang takkkk ah!


Setibanya aku kat post box tu, jari jemari aku yang "runcing" terus membukanya dannnn....



Yeayyyy KAD RAYA daripada kekasih gelapppp!! ehhh??

Eheh daripada kawan aku yang berada di perantauan lah.
Hazeeq Hazwan, thank yewwwww!!! =)
Aku tunjuk Fify, dia kata, "Hazeeq nampak muda lah".
Ewaaahhh mentang-mentang bini dah macam penguin, puji orang lain je! *majuk ah*

Selamat berayalah kau kat London tu ye, Zeeq. 
Nanti aku tolong makankan ketupat lemang untuk kau.



A ________ H _________ ???

Since kandungan dah berusia 7 bulan lebih ni, hubby and I dah start sibuk-sibuk pilih nama untuk putera sulung kami ni.
Yes, PUTERA. InsyaAllah babyboy! =D
Ofkos kitorang nak nama yang baik-baik untuk anak kan.
So sebelom pick nama tu, kena la telek-telek maksud dan ejaannya jugak.

Kitorang ingat nak bagi nama simple-simple je, macam
LEMAN
SEMAN
BUDIN
SAMEON
Tapi tak diketahui pulak makna-maknanya kan. :P

So we decided to choose the initial letter dulu.
Since nama aku Adlil Rajiah, start dengan letter A.
And hubby's name, Hafify Zulhaimy, starts with the letter H.
So nama anak kitorang nanti probably jadi 
A______    H_______

So sekarang ni kitorang duk mencari nama-nama daripada dua huruf ni je lah.
Senang sikit kan. Takde lah juling mata nak tengok semua huruf from A to Z.

Tapi banyak jugak nama-nama yang best yang start dengan huruf A & H ni.
Korang ada idea tak?? 
Share la. Share la. =)



p/s: Orang lain sibuk-sibuk nak raya, kitorang sibuk-sibuk pasal anak. 
Bak kata Along, bajet raya tahun ni dah lari, sebab duit habis beli barang-barang baby. T_T


Iftar @ Hotel Seri Malaysia Kulim

Macam yang aku cakap tadi, last weekend kitorang pi Hotel Seri Malaysia Kulim for iftar. 
"Kitorang" tu ialah aku, hubby, Rizzy & Raidoo.


Dari rumah kitorang (Batu Kawan, Penang) ke tempat ni (Kulim, Kedah), takdelah jauh mana pon. Dalam 30 minit je.
Tapi disebabkan kitorang ni semangat terlebih, pukul 6pm dah gerak dari rumah. Hahah.
Sampai-sampai je, diorang tengah prepare buffet table tu lagi.
So kitorang pon menge"round" la satu hotel tu.
Sambil photoshoot. Maklom la, hotel ni baru kot, cantik je building dia.



Kebetulan pulak masa kitorang duk photoshoot sakan tu, baby dalam perut aku aktif sangat!
Bertinju sakan.
Hubby seronok la nak bercakap ngan baby. =)



Yang budak dua orang lagi tu, tengok la ape keje diorang ni ha..

 Raidoo & Rizzy-anak sape la nih???


Sorang sibuk dengan camera hubby, sorang lagi sibuk dengan camera aku.
Hmm bebudak zaman sekarang.. =P



Bila dah pukul 7pm, aku dah bising nak pi amik makanan. Takut habis.
Hahah. Padahal kat Kedah, waktu berbuka pukul 7.30pm. Lama lagi kotttt..

 Menu paling spe-sial kat sini- Maggie Goreng! Bahah. 

 
 Ayat paling saiko. Tau la orang nak buka puasa masing-masing bernafsu besar.


Dan aku, bajet Yang Berhormat pada hari tu, tanpa segan silunya menjadi orang pertama mencedok makanan kat buffet table tu.
Bak kata Raidoo, 
"Kau la orang yang mengotorkan senduk-senduk tu semua, Kakngah.."

 Ya Allah! Bini sape nih???


Eh, tapi aku amik sepinggan je la. Tengok ni..

 Sikit je kan?

Yang makanan lain-lain tu, bukan aku punya. (mata-pandang-atas)


Dah azan, kitorang pon memenuhkan tank masing-masing.

 Hubby sengaja capture gambar before-after ni dengan selit nama aku sekali.
He said, "Ni semua sayang makan. Betapa gelojohnya bini den!" T_T


Dah la kitorang orang pertama yang sampai, kitorang jugak la orang yang terakhir balik. Pukul 9pm baru kitorang balik sebab buffet ramadhan dia dari pukul 6.30-9.00pm je. Hahah.
Lepas solat maghrib, boleh lagi buat 2-3 round kaut makanan. Ish ish ish..

Muka riang kekenyangan. =P

Sampai je kat rumah, semua duk menguap sakan. 
Mak oiiii besaunya setan..keh keh keh

Bengong

Last weekend, I invited my two sibs (Rizzy & Raidoo) to buka puasa together-gether kat Hotel Seri Malaysia Kulim.
Bunyi macam jauh, tapi sebenarnya tu la hotel yang affordable yang paling dekat.
Sebenarnya kitorang boleh je nak buka puasa kat Hard Rock Hotel.
Tapi sebab malas nak membazir. HAHAHAHA POYO TAKKK??
Dah miskin, buat la cara takde duit derrr

So, hari kitorang nak berbuka tu, I tot kitorang akan jumpa kat Kulim terus. 
Means, Rizzy & Raidoo takyah la datang rumah aku dulu.

Tapi disebabkan ada sorang minah ni kan. 
Dia ni memang takde muka lah kan.
Dia nak jugak datang rumah aku dulu before berbuka kan.
Sebab nak tumpang print out assignment & basuh baju.
Pastu kan, tak cukup lagi, siap buli laki aku suruh repair water heater dia.
Pastu kan, pastu kan, nama minah tu ialah Raidoo.
Tapikan, baru-baru ni duit dia kena curi. Aku ingat dia terus takde duit nak survive bulan ni. 
Rupanya dia hilang sepuloh hinggit JEWWW. Kecoh je minah ni kan?
Kih kih kih..aku akan make sure Mama baca entry nih! ;P

So sebagai kakak yang mithali kepada minah-muka-tebal tu, aku invite je la dia datang rumah.
Tapi sebelom tu, aku ada SMS dia..

Raidoo, jangan lupa standby duit raya untuk anak-anak buah kau. Maaf Zahir Batin! ;D

Sekian, later lah aku update pasal buka puasa kat Hotel Seri Malaysia tu eh.
Bye.


Macam mermaid...

Ramai yang suruh aku upload gambar pregnant yang latest.
Nak tengok perKEMBANGan terbaru katanya.

Bukannya takde gambar-gambar baru, tapi takde masa lagi nak update kat belog.

So nak puaskan hati diorang, aku jawab camni je..
"Badan aku sekarang macam mermaid.."


Seriously!
Dah makin sarat ni, body aku makin hot macam mermaid.

Tak caya??

Nah la..aku upload gambar terbaru Mak Duyung Buyung.


 30 weeks / 7.5 months.
Another 8 weeks++ to go..

MACAM MERMAID KAN?? -..-"


Kenapa crowded sangat ni??

Macam biasa, petang-petang ramai la yang suka nak berlemuih-lemuih dalam crowd kat bazar Ramadan. Kitorang pon sama.
Tapi hari tu, crowded lain macam sikit.
Rammmmmaaaaaiiiiiiii sangat!

Rupa-rupanya sebab ada world's second tallest man in the world.
Tapi sejak bila dia datang Malaysia eh?

Gambar-gambar ni hubby amik pakai zoom lens je.
Tak kuasa nak pergi dekat-dekat say hello-hello.
Sebab it was too crowded. Boleh sesak napas wooo..

Bila tengok TV and dengar orang lain borak-borak, oh baru kitorang tau rupanya mamat ni dah beberapa hari sampai kat Malaysia. Dia buat macam Asia Tour ke hape tah.
Sambil mengutip sumbangan la. 
Sebab he actually suffers from an orthopaedic problem that afflicted his right leg after he underwent surgery for a hip-bone fracture. 
So sape-sape kat situ yang nak amik gambar ngan dia, kena la hulur 10 hinggit doploh hinggit.
Sebab tu je la cara dia nak sara hidup.

Tapi kan..
I wonder how he travels from one country to another.
Naik ape eh? Ke dia ada private jet? Muat ke?


By the way, these are some info about him yang aku baca kat banner dia..

Name: Ijaz Ahmed
Age: 28 y.o.
Height: 256cm
Weight: 130kg
Shoes size: 22 inches
Born in Bhaker, Punjab-Pakistan
Siblings: 6 brothers & 4 sisters (All normal in height & weight)
Marital status: Single (sila mengorat)
Fav. sport: Cricket & Baseball


Buku ibu bapa =)

Baru-baru ni I asked hubby to buy me an Oxford dictionary.
Tapi bukan dictionary je aku dapat, he also bought me this..


 Aww siap ada cara mandikan & massage baby! So cute. =)


Errrr..hubby belikan buku ni, maksudnya mandi, massage, basuh berak baby nanti semua dia nak tolong buat la kan? kan? kan? ;P


Selamat berbuka yawww!

Hari tu berperang saudara dengan dengan abang sendiri.


 Tapi sikit pon gua tak herannnnn lah!
Sebab gua masak ni..

Ikan bawal 3 rasa.

 Along, kalau post lagi status berbaur perang saudara camtu, hang siap la!!! ;O
Eh, raya nanti kita minta maaf salam-peluk-cium balik eh..