Kami bukan gemok tapi comel. Ngeheh.

Semalam, aku bertekak dengan Along (abang aku).
Isu semasa yang dibangkitkan ialah "Dua-dua taknak mengaku COMEL"


From left: Mama, Aku, Daddy & Along tuncit.


**Scene 1**
Along: Rajiah!!! How come ur arm is bigger than mine! 
Aku: Elehhh..Along tu! Dah tumbuh tetek!! *Sambil picit tetek Along*
Along: Ehhh..Along laki, takpe..
Aku: Hurm.. Ye la.. *pasrah*



**Scene 2**
Along: *Standing beside me* Eh, bontot kamu lagi besar dari bontot Along lah!
Aku: *Ish mamat ni, asik bikin panas je* Elehh tetek Along lagi "tinggi" dari tetek rajiah! Muahahaha!!
Along: *makan hati dan berlalu* 




**Scene 3**
Bila adik-adik perli kitorang...


Adik: Along!!! Besarnya perottt!!!
Along: Ni tandanya murah rezeki...


Adik: Kakngah (aku)!!! Lengan kauuu!! Besar macam peha aku!
Aku: Ni bukan lemak la.. Ni muscle.. Hari-hari aku work out.. =P



**Scene 4**
Setelah berjanji untuk tak membangkitkan isu "bontot dan tetek" antara kami berdua lagi, keadaan kembali aman.
Tetiba we heard mama and daddy said...


Ayah: Diorang ni dah gemok kan??
Mama: Exactly! BOTH RASHID & RAJIAH. Cepat betul diorang ni gemok. Baru 5 bulan kawen.


Aku & Along: Berpandangan sesama sendiri. *CEYYYTTT!!!*

Credit to Cherita Pictures

Jangan main-main dengan keluarga mertua!

Tadi, berlakunya sesi bergayut-gayutan bersama Mama.
And it was such a looooooooong conversation. 
Lenguh-lenguh tangan aku nak tepek phone kat telinga.
Satu jam lebih jugak lah aku gayut ngan Mama tadi. Mengalahkan orang bercinta!


Dan biasalah bila bercakap dengan Mama. Kau tahu seorang "emak" kan, kemain teruja dapat cakap ngan anak dia diperantauan. There's tooo much stories, gossips, tips, tazkirah, bebelan, nasihat to tell!
I enjoyed bergayut-gayutan with Mama in a way bcoz kitorang ada satu persamaan- lawak atau tak lawak, kami tetap gelak sampai nak pecah bumbung. Haha.


Sampai satu tahap, rasa sangat annoyed dengan diri sendiri sebab gelak tak tentu pasal. =P Tapi apa salahnya pon sekali sekala bergila-gilaan dengan ibu sendiri.
Eh jap, kat tajuk entry tadi aku ada cakap pasal "mertua". Tapi dah separuh hasta kau taip ni, takde lak yang berbaur pasal mertua. Gawat lah kau ni, Jiji. You throw our time la. =P


Okay sebenarnya, intipati paling penting dari perbualan aku ngan Mama tadi is all about menantu-mertua relationship.


Alhamdulillah, so far I have no problem with my in-laws. 
Everyone seems easy to get along with me. Rasanya lah kan.
Kitorang ni pon baru je lagi. So masih mencari trend and style keluarga mertua masing-masing. It takes time, isn't it?


Biasanya, if there's something yang aku discomfort with my in-laws, aku akan speak out kat Mr.Hubby. And vice versa lah. Dan dari situ, kitorang akan bincang/explain tentang keluarga masing-masing sampai everything is clear. So takdelah nak melenting tak tentu pasal bila the same thing happens, sebab kita dah faham kan. 
Betullah orang kata, dalam rumahtangga, everything must be well-communicated.
Kalau tak, memang haruuuu lah!



Kalau bab-bab mertua-menantu ni, aku lebih suka bincang dengan Mama aku. Bagi aku dia sangat berpengalaman pasal bab camni. Sebab, Mama is a mu'allaf masa baru kawen dulu, dengan tak pandai cakap BM, dengan very huge difference between dia dengan family mertua dia. Of course it's hard to merge in the family kan. Dan hari ni, terbukti, she made it very well. Hubungan dia dengan in-laws, memang cool. Walaupon cara dia bebahasa melayu selalu kena gelak, at least she managed to tear down the boundaries between her and the in-laws. Aku kagum.


To those yang still wonders, Mama aku is actually a Fillipino who got married with Daddy (orang Negeri Sembilan). They bumped together during their postgrad years kat Swansea, UK long time ago.


Mama & Daddy were and still in LOVE. Heh.

Masa on the phone, Mama ada nasihat sikit regarding this matter. She said....

"When u're married to Hafify, u're also bound to his family. Parents dia are your parents as well. Dosa u mengasari ur MIL, sama macam berdosa dengan Mama. Kutuk-kutuk family mertua, sama macam u kutuk ur own family. So don't ever do anything that hurts Hafify's family."


Dan yang paling aku sentap, when Mama said this..

"Remember this, dalam Islam, hubungan u and ur in-laws bukan di dunia je, tapi sampai akhirat taw. Even if Hafify's dead or u divorced (na'uzubillah), ibu dia tetap ibu mertua u. Seluruh keluarga dia tetap keluarga mertua u sampai akhirat takkan terputus.."


 Huhhh! Aku tak pernah tahu, sekuat tu rupanya hubungan mertua-menantu.
Aku takkan lupa sampai bila-bila apa yang Mama cakap tadi, demi mengukuhkan hubungan aku dan keluarga mertua. InsyaAllah.


Akhirnya..kami ambil keputusan untuk berkawan baik.

Setelah bertahun-tahun tak bertegur-sapa.
Malah bermusuh. Saling benci-membenci.


Akhirnya, hari ni ialah harinya. Kami membuat cubaan untuk berdamai.
Terlerailah segala dendam kesumat antara kami.


Antara aku dan STADIUM..heheh
Aku pernah cerita pasal permusuhan dan permasalahan antara kami kat SINI.


Tapi yesterday, aku diajak oleh Mr.Hubby untuk melawat musuh aku tu.
We went for a jog at the stadium!
Yes, aku jogging people!



Sila bayangkan aku yang tembambambam ni, tengah jogging. Dua tiga langkah jogging, pastu jalan. Kerana sikap tak mahu berputus asa, aku try berlari lagi. Selepas beberapa langkah, larian makin slow, dan akhirnya kembali berjalan.. Dalam hati,"Takpe..1st time memang camni.. Kena pelan-pelan, takleh gelojoh.." Ehehe..

Namun, aku terus berusaha.
Dalam otak, aku cuba bayangkan bentuk tubuh idaman. Gila highly motivated kau!




Aku tengok Mr.Hubby kemain tegar lagi berlari tak setop-setop!
Hamboihhhh! Tercabar kelakianku. =P
Tapi aku redha je la tengok dia lari. Aku bukan malas, cuma takut nahas pulak sistem peranakan aku nanti! Haaaamikkk Jiji dah keluarkan teori-takleh-pakai dia tu!


After completed the 5th round, (huiyoo, 5 round beb!) Mr. Hubby tunjuk sign "jom balik". Pastu aku balas dengan sign "OK". Aku tengok Mr.Hubby memang betul-betul pancit dah. Tapi aku rasa aku larat lagi nak buat another round, yang last la ni. Oh time ni lah kau nak berlagak ngan suami ye! Kau tu dah la berjalan je! Orang belari pon boleh complete 10 rounds, kau baru nak masuk 6! Loser gila wehhhh...

Ok ok. Jangan kondem diri sendiri. Aku kena slow sebab nak jaga sistem peranakan. *Tipu diri sendiri lagi* Bila dah complete last round, aku pon pegi kat hubby. Aku buat-buat pancit.



Hubby: Wahhh..hebat lah sayang abang nih.
Aku: Hmmm.. (cehhhh bangga!!)
Hubby: Eh, tapi sayang tak peluh-peluh pon.
Aku: Erkkk.. (kantoi) Tadi peluh la..Dah kering.. 


HAHAHA.. bunguknya hang, nak kelentong orang..


Sampai rumah, terus cari penimbang. Bahah. Desperate kau!


Hubby: Ada luak ke sayang?
Aku: Errr.. maybe sebab baju basah (peluh), so berat. Kena minus 5 kilo kot.
(Bahaha..peluh je dah 5 kilo! Mereng!)
Hubby: Kah kah kah.. Tapi sayang nampak kurus sikit la.. (amik hati bini)
Aku: Err..malam ni sayang off. Penat. (dasar loser!) =P




Dan malam tu, aku sempot!
Tahniah, Jiji!! Tahniah! =(


Raya Haji sendiri-sendiri

Ni first time kitorang beraya haji di rumah sendiri.
Tak balik rumah family aku (Shah Alam), rumah in-law (Puncak Alam) pon tak balik.
Alasannya, sebab hubby kerja. =(
Ye, takde cuti langsung! Hurmmm..


Kalau masa anak dara dulu, tiap-tiap tahun, mesti mama and daddy terlibat dengan korban.
And upacara sembelih menyembelih tu berlaku kat depan rumah aku je.
Sebab rumah family aku opposite je dengan surau tu.. Keh keh keh..
Bila pagi raya je, mesti bersemangat bangun awal pagi, tengok orang-orang surau nak sembelih lembu. Part yang paling menginsafkan sekali, bila mata pisau tu dah berada kat leher lembu tu, bila disembelih je, lembu tu terus terkulai, darah terpancut-pancut. Adehhhh..


Tengoklah Daddy tu (rightmost), bukan main lagi siap bercekak pinggang!

Team laki tengah setup tempat masak segala.
Team ladies lak, duk potong-potong bawang. Aku pon tengah sibuk gak masa ni. Sibuk amik gambar. Hihi

 Tapi...itu semua berlaku last year.
Tahun ni, kami beraya haji berdua je.. =(
Aku redha je la because hubby kerja.. Takkan aku nak balik kampung tanpa suami.
Tapi last nite, kitorang dah call family masing-masing.
Siap call nenek den kek Kolo Pilah laie!
Hamboih sonok kemain laie cucu eh tepon! Heh.
So kitorang decide balik kampung next week je la..
Ada sesape nak buat korban sesi kedua untuk kitorang tak??
Ngehehehe..


Bang Pejai, Pakwe Maklang!

Sekarang kan tengah mood Muzik-muzik separuh akhir. =P
Aku layan jugak wehhh...
Sebab pakwe aku masuk semi final wehhhhh!!!
*bangga*


Jap jap ni pakwe aku. 

Heheh..
Yes, Pejai Tahir kecintaan kuuuu... =P


Ok lepas Faizal Tahir perform je, terus tukar channel TV.
Haha nampak sangat tengok muzik-muzik semata-mata sebab Bang Pejai je. 


Aku rasa satu dunia pon tahu aku kemaruk dengan Faizal Tahir, 
 Memang kemaruk tahap kambing gurun lah!
Eh tapi dia tu memang smart woh..


Bang Pejai yang dirindui selalu jugaklah yang selalu jadi "modal" gurauan kami suami isteri.



***Scene 1***
Kalau aku gaduh-gaduh manja dengan hubby..
Hubby: Takmolah kawan sayang dah!
Aku: Elehhh.. tak kesah..sayang ada Bang Pejai.
Hubby: Dia tu dah la pendek, gemok pulak tu.
Aku: Tapi dia lagi cute dari abang!
Hubby: Tapi abang lagi tinggi dari dia. Dia pendek. Dia pendek!
Aku: Ngahahahahahaha!!! Loserrrrr!! ;D




***Scene 2***

Kalau tetiba hubby terdengar/ ternampak Faizal Tahir kat radio/TV..
Hubby: Eh sayang, Faizal Tahir sayang tengah nyanyi lah!
Aku: Ha'ah.. before Bang Pejai nyanyi tadi, dia dah SMS sayang, dia cakap dia nak nyanyi lagu untuk sayang. *muka selamber*
Hubby: Bluekkkkk!!!




***Scene 3***
Bila aku puji hubby..
Aku: Wahhhh..Hensemnya hari ni. Wangi-wangi lagi! Abang nak ngurat bangla-bangla kat site tu ke? Hihi
Hubby: Ehehehe..Hensem kan? Abang hensem ke Faizal Tahir hensem?
Aku: Errrrr.. Faizal Tahir. Heh.
Hubby: Ye laaa!!!! Abang ngurat bangla kat site lagi bagus!
Aku: Keh keh keh!!




***Scene 4***
Bila kat rumah MIL, duduk-duduk ngan anak buah aku sambil tengok TV..
 Tetiba Faizal Tahir muncul dikaca TV. Mesti anak buah aku jerit-jerit,
"Maklang! Maklang! Pakwe Maklang! Pakwe Maklang tengah nyanyi!"
*keh keh bangga aku*
Bila Siti Nurhaliza muncul kat TV, excited diorang panggil laki aku pulak,
"Paklang! Paklang! Makwe Paklang nyanyi!"
Cehhhhh!!! Sejak bila Paklang kau kapel ngan Citi Nurhalija!
Hubby terus angkat-angkat kening. Ceytt..macam bagus je! *jelesss*






***Scene 5***

Kalau nak buat perangai annoying sikit...

Aku: Abang, dulu masa sayang kapel ngan Bang Pejai kan... Bla..bla..bla..
Hubby: Eh sayang ni. Dia tu laki orang lah!
Aku: Elehhhh..Siti pon bini orang. 
Hubby: Alaa..Abang saje je kasi kat Dato' K. Sebab sayang tergila-gila kat abang dulu. Kesian lak kat sayang. Kang takde orang nak kawen ngan sayang lak.. Lalalala~~
Aku: FINE!!!!!!!!
Hubby: Kah kah kah loser!!



p/s: Kalau aku ada anak ni, mesti jenuh diorang tengok perangai mak bapak! Heheh

Tahun ke tahun.

Aku suka tengok gambar-gambar artis-yang-konon-cun/hensem-kegilaan-ramai tapi masa muda-muda or kanak-kanak, diorang ni pon muka sememeh and hingusan jugak seperti orang kebanyakan macam kita.


Contoh macam kat bawah ni


 Fasha Sandha


 Lisa Surihani


Wardina


Dan ramai lagi lah. rasa nak tergelak tengok zaman muda-muda diorang. Tapi sekarang bukan aku nak story pasal diorang. Eh ni kan belog aku, mestilah cerita pasal diri sendiri! Hihi syok sendiri je kau.


Okay meh aku nak "show up" sikit perubahan fizikal aku dari tahun ke tahun.
Kau gelak, siap arrr! =P


1988

1989

1993

1998
2003
2004

2007

2009

2010!

Hehehe..amacam? Apa perubahan yang korang tengok?
Bilangan kedutan di wajah bertambah?
Pertambahan lemak?? Owh itu semestinya! =P


Aku teringin nak tengok gak gambar muda-muda blogger-blogger lain.
Korang buatlah satu entry camni gak!
Seronok ape. Kih kih kih.


Angkat-angkat..

Korang pernah main angkat-angkat tak?
Angkat-angkat abang/kakak?
Angkat-angkat mak/ayah?


Haa?? Tak larat??
Yang kau pi try test angkat diorang tu apekehenye yeop?! Diorang tu dah le ringan sikit je dari gajah. Kang patah pulak tulang rawan urat belikat kau tu. Haih. Maksud aku, korang pernah ada adik/kakak/abang/mak/bapak angkat tak? Mesti pernah kan? At least angkat-angkat sesama jantina i.e., mak/kakak/adik fomfuan angkat. Kan?


Aku pernah. Dan hubungan tu, ada yang tak lama, ada yang masih berkekalan sampai sekarang.


Masa aku kecit-kecit mak bapak aku sibuk kerja, so diorang upah orang untuk jaga kitorang adik beradik kat umah. Lama jugak beliau jaga kitorang. Sampai kadang-kadang tu, kalau mama marah-marah, beliau jugak la tolong defend kitorang. hihi. Ni lah orang yang aku maksodkan.

Makcik Yah. Tersayang.


Bila aku naik sekolah menengah, Mcik Yah dah tak jaga kitorang dah. Sebab kitorang migrate ke Shah Alam. Tapi, hubungan kami rapaaaaaat sangat sampai ke hari ni macam mak-anak. Even masa aku buat MSc kat UMT tu pon, aku selalu pi rumah dia. Semua kawan-kawan aku pernah bawak and kenalkan kat mak angkat aku tu. And of course hubby aku pon dah kenal dia sebab Mcik Yah datang masa wedding aku dulu.

Okay itu cerita mak angkat.


Bapak angkat aku takde.


Abang angkat, aku ada! Heheh.
Eh ini bukan yang miang-miang punya taw! Ni betul-betul punya.
Because he's actually "diangkat" oleh bapak aku. Dia ni lecturer kat UiTM Jengka. Dia dah takde ayah. So entah macam mana masa tahun 2005/2006 camtu, dia kenal ngan bapak aku, terus dia panggil "ayah". Sejak tu diorang ni makin rapat. Bila dah rapat, selalu pulak datang rumah kami kat Shah Alam. So kitorang adik beradik pon terpaksalah merapat-rapatkan diri ngan dia.. haha.


Introducing our Abang Zul!..
Kanan sekali

Kiri sekali


Masa aku matriks dulu, daddy & mama suka la menyakat aku konon-konon nak kenenkan aku ngan Abg Zul nih. Everytime kena usik, mesti aku hangin gila. Ye la sebab time tu aku dah ada boyfren (bukan hubby).

Ada sekali tu dengan selamber aku cakap kat daddy, "Rajiah akan cari Abang Zul Rajiah sendiri! Abang Zul yang lebih baik daripada Abang Zul ni!"
Sekali mulut aku masin daaa.. Sekarang aku dah kawin dengan hafify ZULhaimy.
Keh keh keh... =P


Okeh tutup cerita Abang Zul.


What about kakak angkat pulak?
Aku ada banyak. Aku realize, aku memang senang close dengan pompuan lebih tua dari aku as compared to yg lebih muda dari aku. Entahla kenapa. So aku tend to have kakak angkat daripada adik angkat. During my undergrad years, aku ada Kak Martha, Kak Zatil and Kak Shana. Diorang ni memang jaga aku sungguh-sungguhlah. Caring sangat. Sampai masalah aku & boyfren aku pon diorang risaukan. =')
Tapi sekarang kami dah jarang berhubung.


Masa praktikal kat NAHRIM pulak, i have Kak Fizun. Kitorang jadi rapat since aku sewa bilik kat rumah dia masa tu. Tapi entah camane dia layan aku macam adik-adik dia je. Bestlah dapat kenal dia. Sampaikan masalah-masalah peribadi pon kitorang share sama-sama.

 Kak Fizun yang baik. =)



Masa aku dah nak habis praktikal kat NAHRIM tu, aku ada bagi Kak Fizun benda ni....
Frame gambar kami untuk kenangan.. =)



Lepas aku habis Degree kat UiTM, aku rapat pulak ngan ex-lecturer aku. Dulu Puan Is, sekarang Kak Is bebbb!! Excuse mehhhh!! =P
Masa aku nak kawen dulu, Kak Is banyak share tips nak berumahtangga. Tak kiralah masa jumpa ke, chatting ke, SMS ke. Tanyalah apa saje, Kak Is tak lokek ilmu. Aku dah kata she's a lecturer kan! =P
Dia jugak la yang bagi aku hadiah berimpak tinggi tuh! haha.

 Ni dulu, masa aku Sem 1 kat UiTM. Skema gila kau, Jiji! Bluek! Masa ni Kak Is lecturer course aku.
"Kak Is, hang mesti tak ingat gambar ni waktu bila kan?"
Untuk makluman semua, time ni Kak Is anak dara lagi tawww!! kihkihkih..


Tapi la ni, kitorang dah macam adik/kakak angkat.

Aku dah kawen, anak Kak Is pon dah nak masuk dua! =)
Husband aku pon dah boleh tagteam dengan Abg Sham (laki Kak Is).




During my postgrad years pulak, aku ada Kak Asmah. Dia ni sebaya la dengan Kak Is tadi. Buat Master kat UMT jugak macam aku. Dia baiiiiikkkkk.. Aku ada cerita banyak pasal dia kat SINI.
Kak Asmah, nanti kita konvo sama eh! hihi



Aku hargai setiap orang yang pernah jejak dalam hidup aku. Kerana mereka ni lah aku lebih matang dan kenal erti hidup. Terima kasih kerana sudi singgah.

Deepavali at Feringgi

Hai tawan-tawan!!! Anda semua sihat? =P
Aku dah kat Ganu! Thanks for all supportive comments on my previous entry! =')
Sejuk owwwhhh kat sini! Musim salji tengkujuh weyh! Hujan tanpa henti. Kilat sabung menyabung. Guruh berdentam dentum. Seluruh bumi dah ditenggelami air! (Perghhhh..extreme gila keadaan yang kau bayangkan! Padahal hujan renyai-renyai je.)  -_____-"


Eh apasal tajuk entry tak selari dan sejajar dengan isi kandungannya? Eheh sebenarnya aku nak habaq pasai raya deepavali hari jumaat lepaih. Aku pi bercinta kat pantai Batu Feringgi nuuuuunnnn! Saja la nak spend time ngan orang tersayang sebelom cheq mai Ganu ni kan..

So jom kita zasssss tengok panorama-panorama indah nan mengusik kalbu nan roti nan kat Batu Feringgi! Sewonok yuhhhh!!!!!!



Kitorang sengaja tak nak mandi pantai. First, sebab ya rabbiiii ramainya umat yang tengah mandi pantai masa tuhhh. Aku bukan apa, takut tersilap peluk laki orang je.. Hihi.. Nak nak pulak yang berbulu satu badannnn!!! Waaaaa!!! Ini orang ke mawas nihhhh.... =P
Second, sebab tengok air lautnya pon dah macam bertukar warna ala-ala air loji je.. Hurmmm terus tak selera.. Third, sebab kitorang prefer lepak-lepak borak-borak kat tepi pantai tu je, sambil photoshoot. 


Pape hal sebelum lepak, wajeb beli makanan dulu. *Cari muka paling desperate sekali*



Okay perut dah kenyang, hati dah gembira, muka dah boleh tersenyum riang. 
Boleh mulakan sesi lepak sekarang.




Sesi main nyorok-nyorok ala hindustan yang meloyakan. Sila standby baldi hijau untuk muntah hijau masing-masing. Pergh dah la baldi hijau, muntah pun hijau. Lembu yang makan rumput hijau pon tak muntah hijau. Ok ok dah dah.




Bila tengok orang-bercinta-beromen-sakan-tanpa-menghiraukan-kalayak-ramai-macam-dunia-ni-kaulah-yang-punya, terus kitorang teringat zaman-zaman bertunang dulu. Hihi. Port dating memang wajib tepi pantai je. Tapi lepas kawen ni, bila pi pantai takde pulak nak beromen sungguh-sungguh! Bila "orang agama" datang tunjuk je la kad nikah tu. pft. -___-"


 Tengok la jari aku point kat mana. Hamboiii..peluk-pelukkkkkk..


Terus rasa tercabar. Dengan selamber kitorang buat aksi di ranjang kitorang pulak.. 
Awas, jangan tiru aksi-aksi terlarang ni di rumah. Hak hak hak.


 Cincin pon nak beromen jugak... heh


 Iklan Santa Clause Barbara kejap.




 Hello sunset!!!



Kasih ku takkan padam, setia menerangi duniamu.. Ewwahhhh!!
(Try guna slow shutter, tulis guna lampu henset. keh keh keh)

Mine!


Hubby's. Alolololo... U tulis nama I?? Awww!



On the way home, kitorang ternampak satu tadika/taska ni.. Wow banyaknya hidupan liar! Giraffe, Zebra, Elephant semua ada. Mungkin tema taska ni ialah "Belajar Dalam Zoo". heheh

Kalau camni gayanya, mak bapak budak pon nak masuk taska balik. Betul tak, Kak Is & Abg Sham?? Hehehe.. Otromen dah sampai Malaysia la weh! Watch out, Adam Zuhair!! =D




p/s: Teka teki untuk hari ni: Banyak-banyak orang gila, orang gila mana yang pergi pantai pakai high heels?? =P