Showing posts with label Aidiladha. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha. Show all posts

Resepi Aidiladha - Sup Daging, Daging Goreng, Nasi Daging

Bapak lama aku kepam entry ni.
Sepatutnya aku up masa raya haji 1434H hari tu.
Tapi ni dah masuk tahun baru 1435H dah.
-..-

Aku sebenarnya nak share resepi daging korban.
Biasalah raya haji kan. Raya yang sangat sinonim dengan daging.
Atau nama lain, hari menternak daging. :D

Oh sorry. Sekarang kita tengah cakap pasal raya haji ok. Bukan deepavali.
Walaupon orang sekeliling sibuk cakap pasal ladoo,
yang kau dah kenapa tetiba cakap pasal daging?
Takpe.
Tak dosa pon.

So jangan komfius dengan topik kita pada hari ni.
Mentang-mentang kau baru lepas melantak ladoo dua dulang.
Ciss tak ajak. *tetiba*

So musim raya haji lepas, banyak jugak daging aku dapat.
Alhamdulillah, rezeki.

Ada la beberapa resepi baru yang aku try.
Meh aku share.


1) Nasi Daging

Ni first time aku masak nasi daging.
Nasib baik jadi. Kalau tak jadi, mesti tak tenang roh lembu di alam sana. :D

 
  Aku hidang nasi daging ni dengan air asam, acar timun, dan air rebusan daging.


Sebelum aku buat nasi daging ni, aku tengok banyak resepi kat google.
Pastu aku buat la ikut suka hati aku.
Sebab kengkadang ada resepi yang guna bahan yang aku tak makan,
so aku kena substitute dengan something else. Camtu.
So aku share resepi kat bawah ni, pepandai lah korang.
Hopefully kena la dengan tekak korang.
Kalau tak kena, dekatkan sikit. ;D


 


2) Daging Goreng

Ni request dari hubby.
Aku selaku bini paling mitahli abad ini, kena la buatkan. 
Sayang suami kan. -..-


By the way, senang je nak buat bendealah daging goreng ni sebenarnya.
Cuma makan masa sikit sebab nak tunggu daging tu empuk.
Tapi selalunya kalau daging fresh macam daging korban, cepat je empuk.
Tapi tengok jugak la.
Kalau korang potong daging tu setebal ibu jari kaki korang, 
sampai subuh esok pon belum tentu empuk.
Lain la kalau ikut saiz ibu jari kaki aku, sekejap je dah empuk. Ehh! :D

Okay ni resepi daging goreng.


3) Sup Daging

Sup daging ni sebenarnya aku masak masa pagi raya haji tu.
Sah-sah la bukan daging korban kan.
Pagi lagi. Lembu pon belum sembelih lagi.
Elok je lembu tengah meragut rumput melayan perasaan pagi tu.
Hubby ada beli daging kat pasar sehari sebelum raya.
So aku buat la sup pagi raya tu.


Aku kalau masak sup daging ke sup tulang ke sup ekor ke, aku guna slow cooker.
Memang terbaik hasil dia.
Daging empuk tahap boleh kunyah pakai bibir. 
Atau gusi bagi yang takde gigi. :D
Pastu dia punya rasa rempah apa semua, memang meresap kaw-kaw ke dalam daging.
So macam masa kunyah tu, sampai ke halkum boleh rasa keenakan daging tu.
Ok memang exaggerate sangat bunyi dia.
Tapi serious tak tipu.
Lepas seminggu lebih pon still boleh terasa-rasa kat halkum kesedapan daging tu.
Ok exaggerate lagi. ;D

Korang try la guna slow cooker.
Dia tak sama macam pressure cooker tau. 
Pressure cooker memang daging cepat masak kan. 
Tapi dia punya umphh tak sampai bhai..
Slow cooker lagi terangkat bhai..
Aku pernah masak beef stew guna slow cooker.
Dia punya sedapppp..pergh!

Eh ni promot masakan sendiri ke apa?
Terangkat-terangkat apa bagai.
Macam bagus. -..-

Dah. Ni resepi sup daging.

Selamat mencuba! :)

Entry daging

 Ni entry zaman raya haji okay.
Belum basi lagi.
Walau raya haji dah berganti deepavali. Deepavali dah berganti awal muharam. Awal muharam dah berganti musim mengawan. Keh keh keh
Tapi aku tetap nak update pasal raya haji.
Sebab belog aku ni timeless, priceless, odourless *apetah*

Actually bukan pasal raya haji sangatlah.
Tapi pasal daging korban yang banyak time raya haji.
Asal musim haji je, daging sangat banyak. Hujan daging.
Tetiba dalam freezer dah macam almari daging.
Bersusun berlipat cantik. Bukan baju tapi daging. Bayangkannnnn
Tu semua hasil raya haji lah. Jiran-jiran bagi. Sedara- mara bagi. Family aku bagi. In-laws pon bagi. Hamikkkk..

Semakin banyak orang bagi daging korban, maka semakin banyak daging berlipat di dalam freezer, maka semakin banyak masakan daging yang perlu dimasak, maka semakin banyak makan daging, maka semakin banyak daging di tubuh.
Panjang hipotesis kita pada hari ni. Huhu

So bagi menghabiskan stok daging yang banyak tu, kitorang pon pulun makan daging 40 hari 40 malam. Sampai senak ulu hati.
Aku pon sampai hari-hari terbengap-bengap nak pikir nak masak apa daging-daging ni semua. So hari ni aku nak bagitau aku buat apa dengan daging-daging tu. Heheh
Shy shy nak bagitau. Kengkonon la pandai masak.

Pertama, daging salai masak lomak cili api.

 Aku sebagai cucu orang nogori somilan memang tak bulih dipisahkan dongan masak lomak cili api. Aku kalau makan masak lomak selama tujuh generasi pon takkan muak punya. Nak cakap masak lemak memang fevret habis la kan. Haha.

Seminggu lepas raya haji hari tu, aku ada balik rumah MIL.

Mak: Nak mak masak apa tengahari ni? Daging banyak.
Aku: Salai la mak. Buat masak lemak pon sedap jugak. 
*hamboi pandai bagi arahan. puii punya menantu*

So mak pon buat la daging salai masak lomak. Huihhhh sedap dia takyah cakap lah. 
Aku makan macam tiada hari esok. Haha

Pastu masa kitorang dah nak gerak balik Penang, mak bekalkan satu beg plastik daging untuk kitorang.
Aku: Untuk apa ni mak?
Mak: Daging la. Kang buat sendiri daging salai masak lemak kat rumah.

Aku syak, maksud tersirat mak ialah: Kau nak makan daging salai masak lemak, sila buat sendiri. Jangan tau perabih je, masaknya tak tahu. Kah kah kah 

Tapi tak lama lepas tu, bila balik umah Mak lagi,  
"Mak, tengahari ni buat kari ketam boleh?"
Hamboiiiiiiii.....!
Nasib baik mak mertua aku sangat penyayang. Setakat ni tak pernah lagi aku kena hempok pasu kalau mintak dia masakkan apa-apa.

Dipendekkan cerita, ni lah hasil air tangan aku guna daging yang mak bagi tu.
Daging salai masak lomak cili api utagha mai.
Kemain panjang nama masakan. Haha

 Aku letak pauh muda dan terung kecik.
Masam-masam baru menusukkkkk..


Yang kedua, aku buat Black Pepper Beef.
Huiii omputih terus. Huhu.
Daging masak lada hitam je walaupon..

 Motif letak gambar sampai 3 keping? Baru nampak banyak. Walau masak untuk 2 orang makan je. Haha.

Black pepper beef ni hubby suka tahap max. Walaupon dia tak cakap pon sedap ke hape. Tapi aku boleh tahu. Cey ceyyyy.. Haha.
Sebab?
Selalunya kan. Kalau lepas makan nasi, mesti dia akan cakap camni,
"Sayang, nasi lebih ni simpan la untuk tengahari esok."
Tapi tetiba dinner malam tu dia cakap, "Sayang, nasi tinggal banyak ni je ke???"
Wakakaka!
Padahal selama ni aku masak memang banyak tu la setiap hari. Tak pernah pulak tak cukup. Tapi hari aku masak black pepper beef tu, tetiba boleh tak cukup??
Sudah la bang..Cakap je la black pepper beef tu sedap bukan kepalang.
Lalalala~


Yang ketiga, aku dah buntu tahap moksha dah tak tau nak buat apa lagi dengan daging-daging tu semua.
So aku blend kesemuanya. Dan buat popia.
Buat banyak-banyakkkk pastu simpan dalam freezer. Bila nak makan goreng.
Senang.
Selama tujuh purnama kitorang minum petang makan popia je. Huhu.

 Orang melayu suka makan popia dengan sos kan.


Tapi orang filipina suka makan popia dengan cuka campur garlic.
Tapi aku campur cabai sikit. Baru masuk dengan tekak melayu sejati hubby ittew.

Cukuplah kita cerita tiga masakan sahaja.
Kang lebih-lebih jadi belog masak memasak masaklah kau pulak.

Untuk Resepi, korang boleh refer sini:
Masak Lemak Daging Salai
Black Pepper Beef
Popia Daging

Selain tu ada jugak aku buat, bihun sup daging dan spaghetti bolognese.
Tapi malas nak cerita sebab malas. Ehh?
Oleh yang demikian, tamat sudah riwayat semua daging.
Ok bye!


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Satu-satunya tetamu raya

 Raya Haji yang ketiga, baru rumah kitorang didatangi tetamu.
Keluarga sendiri walaupon.. Haha!
Family mertua aku sambut raya haji kat Perlis, kampung Abah (FIL).
So raya ketiga, on the way nak balik Key Ell tu, diorang singgah la Penang.
Sebab kesian sangat orang Penang sekadar beraya kat Jusco.
Tu yang diorang datang buat-buat raya sambil menyamar jadi tetamu. Haha.
Aku la teruja lebih bila hubby kata Mak nak singgah rumah hari Ahad.
Dari hari Jumaat tu aku dah pangkah kalendar menghitung hari. Hamboih!

Dari raya pertama tu aku dah berdoa lebih supaya ada orang datang rumah. Kalau tak aku boleh mati kemurungan sebab beraya sengsorang. Heheh.
So bila Abah, Mak, Ateh, Bangchik, Atam, Ayon datang rumah, aku eksaited la sikit kan. Baru rasa macam eh hari ni hari raya la. Ok kesian sangat.

Dah la diorang singgah tu pon dah malam. Sebab jalan jem teruk dari Perlis ke Penang. Nasib baik naik kereta baru Ayon. *tetiba* Adik ipar sendiri kena la up sikit. Huhu!


Aku jamu diorang dengan satay je. Tu pon hubby beli je kat simpang sebelom masuk tol depan sana. First time kot beli satay kat situ. Sekali sedap pulak kan. Lepas ni harus goda hubby suruh beli lagi. Haha!

Hubby ada beli rojak buah jugak. Tapi tak sempat nak serve. Last-last suruh Mak bungkus bawak balik je. Kitorang ada jumpa satu kuah rojak sedap taw.
Memang satu Penang ni rupanya pakai jenama tu. Jenama Masdina-Kuah Rojak Pulau Mutiara.
Sedap tak hengat bak hang! Dah la kilang dia memang dekat je ngan rumah aku. Tu yang kalau aku pergi je pos opis sebelah kilang tu, mesti aku drop by beli kuah rojak berbakul-bakul. Heheh!
Nanti weekend ni nak balik Key Ell, aku ingat nak tapau banyak-banyak nak bagi Mama rasa pulak.

 

Bila ada diorang ni, riuh la sikit rumah aku. Seronok. 
Walaupon untuk sementara sahaja. Huhu.
Bila dengan adik-adik ipar aku ni kan. Aku memang takleh cakap banyak la. Sebabnya diorang ni suka bahan aku. 
Ada sekali tu, Bangchik bahan aku. Bangchik ni adik hubby tapi tua beberapa bulan la dari aku. Tu yang braniiiiiii je dia bahan ahkak ipar dia yang iras megan fox ni kan. Biasaaa dia tu! Babap baru tau. Huhu! Kat Perlis kan, kitorang ada sorang mak sedara ni, kitorang panggil dia Cik Joyah. Tu yang Bangchik usik aku,

Bangchik: Eh engko tau tak nama sebenar Cik Joyah apa?
Aku: Apa?
Bangchik: Rajiah la.. Hahahaha!
Aku: pfffffffftttttttt

Pastu diorang semua bantai gelak terbarai.
Aku pulak sentap buat-buat angkat cawan bawak masuk dapur. Bahah!
Nasib baik Abah tetiba back-up,

"Ehh nama dia bukan Rajiah la. Abah tengok kad dia, nama lain. Abah tak ingat la apa, tapi bukan Rajiah."

Dalam hati aku, Yesssss! You lose, Bangchikkk!
Tapi mamat tu sikit pon tak terkesan. Sampai ke sudah dia tetapppp panggil aku Joyah Joyah taw. Aku pon pandang Mak sambil buat muka bergenang-bergenang. Terus mak cakap, Jahat la ko ni Achik duk mengusik orang je.

Dan itulah bahana bila adik-adik ipar lagi tua dari kakak ipar. Tak pepasal asik kena bahan. Yang aku ni duk mengharapkan belas kah sih han Mak Abah sahaja lah. Haha! Terasa hidupku tiada pedoman lagi. *tetiba*

Tapi ada sekali tu kan, aku beranikan diri buat serangan balas kat Bangchik. Takut-takut berani la walauponnnn kan. Haha! Bangchik ni tak makan daging lembu taw. Pastu hari tu, Mak cerita-cerita kat aku, Bangchik tak sentuh kerabu kat kenduri rumah Cik Joyah sebab kerabu tu ada perut lembu. Pastu aku pon tingggggg tetiba dapat point nak bahan balik.

Aku: Oooo..engko tak makan perut ye Bangchik. Walaupon engko ada perut (boroi).
Bangchik: *sentap sambil jeling ganazzzz* 

Huiiii takuitt mak hincik. Haha!


 Ni la Bangchik yang duk bahan aku Joyah Joyah tu. pffftt! Demyuh.
Tapikan. Antara adik beradik hubby, Baby Haikal paling rapat dengan Bangchik la. Aku syak sebab muka Bangchik paling iras dengan hubby. Walaupon Pejai Tohir lebih hensem *tetiba*


 Ni Ateh. Adik ipar aku jugak ni. Tapi dia pon tua 2 tahun dari aku.
Sumpah tak syiok langsung bila pegang title kakak ipar tapi lebih muda dari adik-adik ipar. Tak boleh nak buli-buli, diorang yang buli aku ada la. Haha! Dah la diorang suka buli-buli aku secara berjemaah. Sabar aje laaaa Joyah *serender terus ngaku Joyah. haha*

Tapi malam masa diorang datang tu kan. Ada satu kejadian tak diduga. Aku memang dah tau si Ateh ni si penakut lipas. Sebab Mak pernah cerita dulu. Walaupon aku ni dua kali lima pat belas je dengan Ateh, tapi aku tak pernah la tunjuk yang aku takut lipas kalau depan inlaws. Sentiasa bajet macho hebat berani, datanglah bapak lipas sekalipon, aku fireee kan saje.
Tapi malam tu, entah macam mana masa kitorang tengah lepak-lepak kat luar rumah, tetiba Mak perasan ada sekor lipas ni, pastu dia boleh tunjuk-tunjuk pulak. Aku tengok lipas tu, dan lipas tu pon tengah tengok akuuuu!!! Shaitttttt!!!
Mencicit aku ngan Ateh lari masuk rumah.
Siap terjerit-jerit segala. Sumpah lebih teruk dari Joyah.
Dah la malam tu aku pakai tshirt superman. Engko bayangkan la superman lari mencicit takut lipas. Mau tergelak lipas tu sambil cakap,"Taruk longkang je la external spenda engko tu, superman.."
Malu gila hoiiii. Rasa nak bunuh diri bila ingat balik. Haha!

Aku memang tak boleh la tengok lipas-lipas ni. Nak taip perkataan lipas ni pon aku dah terbayang kaki bulu-bulu dia tu. Euuuwwwh!
Apatah lagi nampak makhluk tersebut di depan mata, mesti terbayang dia terbang-terbang dan hinggap kat tengkuk.Walaupon lipas mati. Tetiba nanti mesti roh dia masuk balik, dan terbang ke tengkuk kau. Aku tak sure kenapa tengkuk jugak tempat fevret untuk dihinggap. Nak buat love bite kot. Haha!
Imaginasi si penakut lipas memang begitu. Lipas dan tengkuk tidak boleh dipisahkan. Nasib engko lah.


Mula-mula kawen dulu, macam susah jugak la aku nak IN dengan adik badik hubby ni kan. Everytime balik rumah Mak, mesti aku geng dengan Wan je. Haha. Bila cakap dengan adik badik ipar, kejap sentap kejap sentap. Kah kah kah. Tapi bila dah lama-lama, dah biasa. Diorang bergurau sesama sendiri pon memang saling sentap menyentapi. 
So aku jadi seronok pulak.

Ni masa aku nak publish entry ni, aku baca banyak-banyak kali dulu. Kot-kot ada statement menempah maut ke kan. Delete awal-awal. Sebab diorang pon baca belog aku ni. Takuittt! Tak kuasa dah kena bahan. Joyah is takuit! Haha!


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Raya Haji kita-kita je.

Selama 2 tahun lebih kawen, dah 3 kali raya haji berlalu.
Dan tak pernah lagi balik kampung celebrate dengan family mahupon inlaws.
Ini bukan satu kebanggaan tetapi satu kesadisan yang barangkali perlu diratapi dengan hati yang pilu. Tapi kepiluan yang dirasai ini masih tak boleh nak kalahkan kepiluan hati seekor lembu yang dah ready untuk disembelih. Sambil si lembu mengenang nasib, pasti dia sedang teringat anak bini yang ditinggalkan di kandang. Baru je tadi bergurau senda dengan anak bini, sekarang tengah ready nak bertemu ajal. Terdetak dalam hati si lembu, sabarlah anak biniku, kini tiba masanya kau cari teman pengganti. *ewah! haha*

Hohoho...
Korang mesti peratiiii je perangai aku yang makin pelik ni kan. Dah macam penulis novel dah. Tetiba tulis baik-baik, puitis-puitis, cikedis-cikedis.
Semuanya gara-gara si Mengkudu tempoh hari lah. Hahaha!
Tak habis-habis lagi sentap dia tu! Drama sangat nak sentap lama-lama.

Sehubungan dengan itu, (hamikkk vocabulary khosss untuk Mengkudu haha!) aku nak ucap terima kasih banyak banyak banyak banyaaaaakkkk atas sokongan engkorang-engkorang semua terhadap entry aku sebelom ni. Yang pasal Mengkudu tu lah.
Aku tungguuuuu je si Mengkudu tu komen. Tak jugak muncul samdol tersebut. Entah hidup lagi ke tak tah. Entah berkongsi nasib dengan si lembu tadi tah. Entah si lembu tadi lah sebenarnya yang menyamar sebagai Mengkudu tempoh hari. Disembelih jua akhirnya. Tak sempat nak menatap belog ni buat kali terakhir. Mesti dia tak sempat baca entry yang aku buat khossss untuk dia tu.
Kesian...nasib engko lah Mengkudu..
Aku nak gelak pon tak sanggup. Kang tak tenang roh mu di sana.
Tapi tak boleh. Kena gelak jugak, kang senak perut.
Jadi jom BAHAHAHAHAHAHA ramai-ramai.
Akhirnya engko tewas, Mengkudu. heheheheh~

Ok Mengkudu sudah gone.
Mari kita moving on.

Nak cerita pasal raya haji.
Walaupon takde family di sisi. Walaupon lepas sembahyang raya, hubby terus bergegas pergi kerja.
Walaupon jiran kiri kanan depan belakang sibuk berpakaian sedondon dengan baju raya masing-masing.
Aku? Duk rumah je.
Pakaian pon cuma sedondon dengan langsir dan alas meja je.
Nasib baik pagi tu, ada jiran bagi ketupat dan kuah kacang. At least nampak la sikit simbolik raya tu kan. Dah la kuah kacang ada ayam. Rare habis kuah kacang akak tu. Haha! Sedap pon sedap. Walaupon aku makan sambil sruutt sruutt hingus. Sedih kot raya sengsorang. Ada Baby Haikal pon dia bukan tahu apa.
Nasib baik hubby memahami, pagi tu dia pergi kerja lewat sikit, sebab nak makan suap-suap dengan bini dia (megan fox berhingus) ketupat cicah kuah kacang ada ayam.
Holloh holloh hollohhhh.. Hahahah!


Kat tempat kerja, hubby call aku,

Hubby: Sayang, ramai ke datang raya kat rumah tu?
Aku: Tak ramai pon.. Sorang je.
Hubby: Tu tengah ada tetamu la tu?
Aku: Ha'ah..dia tengah main. Sambil sepah-sepahkan rumah.
Hubby: HAHAHAHA! Tak reti nak balik ke tetamu tu??
Aku: Jenuh dah halau dia balik. Kuih raya taknak makan pulak. Asik nak nenen je. 
Hubby: Haha! Ok lah. Layanlah tetamu tu baik-baik.

Hmmm..tu je lah hiburan kami di pagi raya.
Tetamu pon ialah anak sendiri yang menyamar jadi tetamu. Sadis tahap max.
Balik dari kerja, hubby ajak raya kat Jusco.
Hahaha! Jadah apa raya kat Jusco tah.
Kitorang makan sambil lepak kat Secret Recipe. Nasib baik hubby pandai amik hati. Biasanya dia jarang nak makan kat Secret Recipe. Mamat tu kan tak suka westernnnn. Tapi maybe hari tu dia nak happykan megan fox kesayangan dia ni kan. Maka terpaksalah ke Secret Recipe. Haha! 
Nasib lah banggg..

Buat macam rumah sendiri.


Aku minum milo ais je. 
Cey ceyyy milo ais mende mung ada eskrem pulok atas nung! Haha.

Lepas jenuh lepak kat Secret Recipe, terus blur taktau nak ke mana dah.
Kebanyakan yang berkeliaran dalam mall tu ialah chinese. Sah sah la kan. Raya kan. Orang-orang kita mesti sibuk beraya la tu. 
Orang gila je yang beraya kat Jusco. *ditujukan kepada diri sendiri huhu!*

So keluar dari Secret Recipe, ikut je lah kaki ke mana nak pergi. Magis sangat kaki boleh bergerak sendiri tetiba. Haha. Dan sampai lah kitorang kat tempat playground budak-budak yang inflatable tu. Yang masuk kena bayar tu kan. Tapi mujur Baby Haikal belum kena bayar. Dia kata setahun baru kena bayar. Mak bapak pon masuk free je.



Teringat aku masa pregnen dulu.
Aku peratiiiii je budak-budak main dalam playground inflatable nih. Pastu tengok mak bapak diorang duduk je tepi-tepi tak join main sekali. Aku pelik la kan. Dalam hati, ruginya lah hai korang tak join anak-anak korang main. Kalau aku, dah lama aku melambung-lambung bersama-sama mereka. Waktu tu terus terpasang azam baru, bila dah ada anak nanti, aku akan masuk tempat ni dan lenjan selenjan lenjannya! *sambil usap-usap perut buyung*  
Hahahaha!

Tapi sekarang, bila dah ada anak, hmmmm.. tak bernafsu langsung pulak.
Raya haji hari tu, kali ketiga aku masuk tempat ni.
First time masuk tu batak la sikit. Aku testing la jugak beberapa gelongsor dan kolam bola BAHAHAHA!
Seronok memang seronok. Tapi kejap je la seronoknya. Bila terperasan aku sorang je mak budak yang terencat kat situ, terus sentap dan terus join mak-mak lain duduk di tepi pagar tu je. Kah kah kah. Rasa loser gila bhai... pffft!

Lepas-lepas tu, kali kedua ketiga datang, terus bajet-bajet hot duduk tepi sambil bukak ipad. Dalam hati meronta-ronta nak main! nak main! nak main! walauponnnn.. Haha!
Kesian engko Haikal..mak engko masih pramatang rupanya. Kahkah



Baby Haikal kan, bila jejak kaki ke sini je, terus lupa diri.
Kejap kesini kejap kesana kejap kesinun. Agaknya kalau kitorang tinggalkan dia 3 hari 2 malam kat situ pon dia boleh survive.
Punyalah aku nak tersembul anak tekak duk memanggil-manggil nama dia, tapi dia boleh buat derkkkkkk je. Sambil muka senyum-senyum kat awek dia baru kenal kat situ.
Hamboiiiiii macam kenal je perangai sape nih *jeling ganas kat hubby* Haha!

Ni la awek dia baru kenal tu.
Bukan main. Tetiba macho je perangai.


 Hamboih!
Aku peratiiiii je. Kecik besor kecik besor mata aku perati.

Tapi kan. Aku perasan, sejak masuk taska kan, Baby Haikal dah makin senang berkawan. Bila aku bawak dia keluar mana-mana, dia senang nak attracted dengan budak-budak lain. Tetiba je dah gelak-gelak ngan kawan tu. Lebih-lebih lagi awek.
Aku cakap kat hubby,

Aku: Haikal ni kan, sebijik perangai macam Papa.
Hubby: Hensem dan macho?
Aku: *bluwerghh!* Tak. Gatai.
Hubby: Eh mana ada Papa gatal. Papa ni pemalu orangnya.
Aku: *tak mampu berkata apa-apa lagi. Pitam*


Ni Baby haikal tengah perati sorang lagi awek.
Tapi awek kali ni sumpah cun. Tidak syak lagi.
Aku tengok pon berkenan.


 Ni ha..sumpah cun. Kan? Bahahahaha!
Feeling megan fox walau di mana jua. 
Walau di taman permainan kanak-kanak jua. Kah kah kesiannnn..



Kitorang stay situ daripada Jusco tu ramai orang, sampai lah terpadam lampu-lampu sebab dah nak tutup. Korang bayangkan la berapa jam tah kitorang bertapa kat situ.
Macam orang takde life sungguh. Aku rasa kalau aku apply jadi makgad ke, mesti dah dapat payment untuk beberapa jam. Huhu.

Masa nak ajak Baby Haikal balik tu, punyalah dia meronta-ronta taknak keluar dari situ. Haihhh aku dah cakap dah. Kena letak dia 3 hari 2 malam kat situ. Setakat 2-3jam mana cukup.
Tapi bila masuk je dalam kereta, aku terus sumbat pau (hehe!), terus lena dia.
Penat sangat la tu main tadi.

Sekian laporan tentang raya haji kami.
Sangat unik dan bermakna bukan? 
T_________T

Akhir kata,
Yang bagi sokongan untuk terus berblogging, terima kasih.
Yang bagi daging korban, terima kasih.
Yang call untuk wish "Selamat Hari Raya, padan muka raya sengsorang." pastu siap tuju lagu raya lagi, terima kasih jugak. Kerana sanggup membazir kredit untuk call aku bagi ucapan raya yang hampeh itu. Haha!

Sekian terima kasih.


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh