Showing posts with label labour pain. Show all posts
Showing posts with label labour pain. Show all posts

Pelupa

Lepas beranakkan Baby Haikal kan. Aku perasan yang aku jadi makin pelupa.
Pelupa tahapppp...taktau camne nak cakap. Kengkadang rasa nak hempok kepala kat tiang gol patratus kali je. Sebab tak boleh terima tahap pelupa macamni. Haaa..bunyi macam kronik gila kan. Memang pon. -..-"

Aku pernah mengadu kat Mama pasal ni. 
Mama cakap, masa tengah beranak tu 99 urat kita akan putus. 
Hohoho amik kooo..
Tak boleh lagi banyak urat nak putus tu. Tu yang masa beranak dah macam renjatan-renjatan letrik je aku rasa. Tanjat-tanjat gitu. *jangan bayangkan*

So lepas setahun beranak ni, aku makin nampak efek dia. 
Efek urat putus tu lah kengkonon kan. Heheh.
Aku rasa salah satu urat yang putus tu ialah urat matematik. Hamboih ada urat matematik pulak dia. Sebabnya aku macam lembapppp je mengira sekarang. Padahal masa darjah satu dulu subjek matematik selalu dapat 100%. Cuma masa darjah dua je teruk sikit. Masa form 5, langsung taknak cerita kat sini. Hahahaha!

Muka aku masa Form 5 lebih kurang gini la. 
Semua orang kata aku budak taska, padahal dah Form 5. *Tolonglah percayaaaaa.*

 Maksud aku matematik tu bukanlah pengamiran atau algebra jadah apetah tu semua. Tapi kira-kira yang biasa la dalam kehidupan seharian. Contoh macam kira duit ke kan. Mesti aku lembappppp gila. Kengkadang hubby geleng-geleng kepala tengok aku.
Hari tu aku pinjam duit hubby sebab malas nak withdraw. Aku pinjam RM55. 
Pastu malam tu aku nak bayar balik la kan lepas dah withdraw duit. Aku bagi hubby RM10+10+10+10+10+1+1+1+5(RM58). Pastu aku cakap, 
"Alamak tak cukup 2 ringgit lagi. Esok la Mama bayar k."
Derrrrr...pinjam 55, bayar 58. Tak cukup 2 hinggit celah mana nya??
-________-

 
 Bila urat matematik dah putus, muka megan fox sangat-sangat pon, memang dah tiada maknanya. Haha!

Ok contoh yang lain.
Bab mengira hari atau tarikh pon aku fail.
Biasanya kalau baby kan kita kena pantau dia berak regularly ke tak kan. 
Sebab takut dia sembelit ke tak cukup air ke hape kan.
So everytime hubby tanya,
"Mama, last Haikal berak bila?"

 Aku mesti macam, ermmmm... rasa-rasa macam baruuuu je lagi basuh berak dia. Tapi bila eh? Dah lupa dah. Rasanya semalam kot.
Pastu hubby masuk dapur nak basuh pinggan, tengok tong sampah ada pampers Baby Haikal. Rupanya baru petang tadi je Baby Haikal berak, malam tu aku dah lupa.
-..-"

 
 Masa aku naik jongkang jongkit ni kan. Berbunyi-bunyi spring dia. Krekk krekkk krekk gitu. 
Maksudnya? Ok simpan sahaja didalam hati. Haha!

Contoh lain pulak. 
Amboi banyak contoh nak bagi nih. 
Nak tunjuk betapa kukuhnya bukti aku dah nyanyuk. Hak hak hak.
Hari tu lagi best. Aku marah-marah hubby sebab tak sidai tshirt betul-betul. Bersepahhh je atas lantai. Hubby pon senyap je masa aku marah tu. Sedap sangat kot kena bebel. Haha!
Lepas je aku bebel tu, selow-selow hubby amik baju tu sidaikan. 
Pastu datang kat aku dekat-dekat sambil cakap,
"Sayang..tshirt ni kan sayang yang pakai semalam. Bukan Papa."

Ho ho hoiiiii.. tin biskut mana tin biskut?? Malu gila woiiii!!! 
Dalam hati aku, tolonglah pengsan sekarangggg!!! 
Sebab taktau dah nak cover malu camane. Haha!
Aku kalau kat rumah memang selalu cilok tshirt hubby. 
Sebab selesa pakai longgar-longgar. Kengkadang boxer dia pon aku pakai. 
Cuma spenda je belum sempat cilok lagi kahkah.

Tu belom lagi setiap malam aku tanya hubby henpon aku kat mana. Sebab dah tak ingat last aku letak kat mana. Kengkadang dah nak tidur nak set alarm kan. Pastu raba-raba bawah bantal, atas katil, tak jumpa henpon. Terus marah hubby,
"Papaaa!! Mana fone Mama niii.. Mesti Haikal main sepah-sepahkan. Papa call sekarang."

Truuttt trruuutt.. Truutt truutt..
Rupanya dalam handbag je. Sejak sampai rumah petang tadi aku tak keluarkan pon fone tu dari handbag.
Dan kes henpon ni memang tetiap malam akan berlaku. Kira macam rutin harian la. Haha!
Tetiap malam hubby kena call henpon aku. Sangatsss sadissss gilesss...

 
Memang selalunya pon hubby la yang kena tempias nyanyuk aku ni.
Ada sekali tu, aku terlupa bawak breastpump.
Terlupa bawak breastpump adalah sesuatu yang disasterrrrr ok.
Dengan breasts rasa macam nak meletop sebab susu penuh. Dengan nak kena drive balik sejam perjalanan semata-mata nak amik breastpump. Apakah ni?? Kalau tak amik, kang sakit pulak. Kalau breast bengkak, sakit dia macam nak demam ok. Lain macam je sakit tu. Rasa macam nak suruh sesape tolong hisapkan kasi reda sakit. Amboiiiii melampau. Haha!

So aku pon call hubby mengadu sambil buat-buat suara nangis minta kesian. Buat-buat je ok. Suara nanges tapi sebenarnya muka macho angkat-angkat kening. *dasar drama sangat*
So hubby suruh aku drive balik amik breastpump. 
Sebab takut bertambah sakit pulak.
Selang lima belaih minit lepaih tu, hubby call balik.
"Sayang dah kat mana? Papa tunggu kat tepi jalan besar ni k. Sayang takyah masuk sampai kat rumah. Papa pass breastpump kat sini."
=')

Bini mana yang tak rasa nak nangis bila dapat laki camni?? Aku pon kengkadang tak faham camne laki aku boleh mempunyai tahap kesabaran dan ke-cool-an yang sangat tinggi. 
Padahal baru malam tadi kena bebel dengan bini sebab tak sidai tshirt. 
Esoknya terus sweet camni? Apakah niiiii.. *lap air mata*

Tu je la kot antara bukti-bukti kukuh kenyanyukan aku sekarang. 
Bukti yang kurang kukuh pon banyak. Huhu. 
Contoh macam, eh aku dah solat ke belum eh. Bila tengok telekong dah beralih tempat. Ok maksudnya aku dah solat. Takkan laki aku pulak yang pakai telekong tu kan. Haha! 
Kengkadang tu dah nak solat, dah nak Allahuakbar dah, tetiba je eh aku dah amik wuduk ke belum eh? *ish ish ish..nyanyuk tahap apakah nii??*

So bagi mengatasi kebanyakan kes diatas, semua-semua urusan aku akan set alarm/reminder kat fone. Dari benda paling remeh sampai la benda paling penting, semua aku list dalam fone. 
Contoh urusan penting macam benda-benda yang aku kena bayar monthly. 
Bulan-bulan aku kena bayar kereta dengan yuran nursery Baby Haikal. Dua tu je lah pon. Yang lain-lain semua hubby setelkan. Tapi setakat yang DUA SAHAJA tu pon aku kena set reminder kat fone. Kalau fone pon lupa letak kat mana, maka tak dapek den nak nolong tu dooo. Ekau poie la call somilan somilan somilan. Mintak bantuan.

 
Korang korang yang pernah beranak camane? Mengalami tahap kenyanyukan macam aku tak? Ke aku sorang je camni? 
Tapi kan. Aku tengok Mama aku kan. Dah anak 6 pon yilekkkk je lagi semua benda pon boleh ingat. Tak perlu pon nak set set reminder ni semua. 
Hmmm...aku rasa kan, masa aku beranak tu kan, urat aku putus lebih dari 99 la. Mungkin 101  kot. Kang beranak anak kedua, lagi 101 urat putus, dah 202 urat semuanya. 
Eh pandai pulak matematik tetiba. 
Urat dah bersambung balik ke camane? Hahaha!

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Asthma Attack

Hmm..aku bajet tak berhapdate dah belog aku minggu ni.
Sebabnya.. aku masih trauma kot.
And belom fully recovered.
Tapi memandangkan baru 2 hari tak hapdate, dah ada yang dah sok sek sok sek bertanyakan tentang ke mana hilangnya diriku yang sudah tidak mempedulikan belog ini, malahan membiarkan mereka di luar sana tertanya-tanya sendirian tentang status sebenar belog ini, adapun segelintir daripada mereka telah pun melontarkan persoalan tersebut, justeru aku lantas bertindak untuk menjelaskannya di sini seberapa segera.
Kahak kahak kahak kahak *gelak bergaya*

Actually hari Komis lepas, aku terima satu kejutan.
Kejutan dari Yang Maha Pencipta barangkali.
Mungkin aku sudah semakin jauh dariNya.
Alhamdulillah, sebelom aku terjerumus lebih jauh, Dia segera memanggilku kembali ke jalanNya. After almost 2 years, aku tak kena asthma attack, eventually hari komis malam jumaat lepas aku diserang semula.
Lepas 2 tahun tak kena, tetiba kena balik, memang azab.
Tuhan je yang tahu.

Dah la malam tu malam jumaat.
Laju je otak aku tetiba teringat hadith ni.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud; Tiadalah seorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat melainkan Allah memeliharanya daripada fitnah kubur. (Riwayat Tarmizi) 


Aku siap berdoa lepas solat isyak malam tu, kalau betul ajal aku dah hampir, tamatkan lah ia dengan cara yang baik dan peliharalah anak, suami dan seluruh keluargaku.
Bergenang air mata bila teringat Baby Haikal yang masih menyusu badan. =(
Lepas solat, air mata pon tak kering lagi, kitorang terus rush ke KPJ Penang.
Dalam perjalanan tu, berdebar-debar je rasa.
Sampai-sampai, terus ke emergency.
 Pastu aku terus dicucuk sana sini, masuk ventolin segala.
Dan aku kembali tenang.
Actually bukan tenang, tapi tengah khayal sebab steroid yang diberi. Hihi.
Lepas beberapa minit, aku terdengar, doktor yang check aku tu cakap kat nurse..
"Call Dr. Chan now. We need a specialist here. And she needs to be warded tonight."

Tak sempat aku nak jawab ape-ape, terus nurse amik darah aku bergelen-gelen, sorong aku ke bilik x-ray.
By that time tangan aku dah gigil-gigil.
Bukan sebab takut, tapi sebab effect steroid high dosage yang diorang bagi tadi.
Dah macam penagih dadah ke hape keadaan aku waktu tu.

Pastu sekali lagi air mata aku tumpah bila doktor cakap, aku tak digalakkan breastfeed baby sebab  kandungan steroid tengah tinggi dalam darah.
Kang dengan anak aku sekali boria gigil. Haha
Fortunately aku memang dah standby perah sebotol susu.

Baby Haikal & Papa terpaksa tunggu kat emergency hall tu.


Keluar je dari emergency, aku terus suruh hubby pass Baby Haikal kat aku.
Sebak rasa. Tapi control la. Tak macho pulak nanges depan orang.
hikhikhik

Ni aku tengah laloq & gigil-gigil. Siap kena sorong.
Aku cakap kat nurse, nak jugak bawak Baby Haikal ke mana jua. Haha.
Nasib baik nurse tak kisah.

Dah tengah malam buta tu baru aku ditransfer ke ward.
 Hubby amik single-bedded room. Supaya dia boleh jaga aku.
Kalau bilik reramai, kena mahram perempuan je yang jaga.
Nak mintak tolong sedara mara celah mana nak cari.
Semua orang kat Key Ell.
So hubby cakap, takpe biar dia yang jaga.
Love u hubby! *tetiba*

Dapat katil, aku terus landing.
Tak kuasa aih nak gigil-gigil sambil duduk/berdiri.


Lebih kurang pukul 2 pagi baru everything settled.
Nasib baik Baby Haikal behaved very well.
Macam tau-tau je maknya sakit.

Kesian Baby Haikal. Penat sangat je nampaknya.
Hubby pon kesian. Sepanjang malam duk bersengkang mata jaga aku.
Padahal banyak kali aku suruh dia tido, tapi dia duk keras juga nak tengok aku.
Walaupon kerja dia kat site tu tengah kritikal, hubby tetap jugak amik emergency leave 2 hari. Aku takut jugak kang dia kena marah ngan boss ke hape kan.
Hubby cakap, takpe..sayang lagi penting.
Love u hubby! *eh eh tetiba*

3 hari jugak lah aku bertapa kat sepital tu.
Keje aku, makan tido makan tido je la.
Tibi 24 jam bukak.
Bukan aku yang tengok tibi, tapi tibi yang tengok aku.
Bosanggggg!


Dah la bila selak langsir, Jusco terpacak depan mata.
Kalau lah aku the avengers..... -___-




Alhamdulillah hari kedua aku kat sini, Mama & Daddy sanggup amik coti, drive dari Shah Alam ke Penang, semata-mata nak tolong jaga Baby Haikal supaya aku boleh rest and hubby boleh concentrate jaga aku.
Love u Mama & Daddy! hihik



Selama aku kat situ, terseksa jugak lah rasanya.
Tapi nasib baik hubby selalu ingatkan..
"Sabar ye sayang.. sakit itu penghapus dosa."
Hmmm..bukannya aku tak redha dengan ketentuan, tapi rasanya terlalu berat untuk ditanggung.
Aku kena buat nebulizer every 4 hours.
Kena injection every 6 hours.
Kena masuk 6 botol antibiotik.
Itu belom lagi jadah pil-pil yang nak kena telan. T_T

 

Nasib baik si suami pandai mengalih perhatian isterinya. Cey cey cey
Asal nampak aku tengah free dari sebarang treatment/ubat, hubby akan entertain aku. 
Jenjalan kat sepital tu. Ye, kat sepital sudahhh..
Kalau lah boleh terbang ke Jusco dan tengok wayang sambil menjamah popcorn caramel eh eh....


Ini kah perangai orang sakit??
Ye. Bila dapat makanan, terus tak sakit.
Bila tak dapat makanan, kembali sakit secara tiba-tiba.



Bilik "hotel" saya: 506


Sangattttt ohsem hotel kauuuuu


Setiap hari, Mama & Daddy akan bawak Baby Haikal datang sepital.
Mama cakap Baby Haikal susah nak tido.
Dia macam tercari-cari pelukan mak dia.
Hmm..tapi aku pon sebanarnya tak dapat tidur malam tu, rindukan Baby Haikal T_T



Aku bersyukur sangat sebab dianugerahkan, suami yang penyayang macam hubby.
Walaupon Allah dah tarik satu nikmat kesihatan dari aku, tapi Allah dah zahirkan kasih sayang Dia melalui hubby. Alhamdulillah..
Seazab mana pon keadaan aku sekarang, aku tetap bersyukur kerana aku masih mendapat kasih sayangNya.
Love u Allah.. =)

Lepas 3 hari, aku dibenarkan pulang.
Dua-dua belah tangan bengkak, "hasil" injection setiap 6 jam plus antibiotik 6 botol.
Tahniah!

The following day, hubby dah start masuk kerja.
Pagi tu, aku bangun tido, tetiba tengok ada note kat atas study table...

Thanks Papa.. u're the best hubby in the whole universe! =)


Eh tapi kan tapi kan..
Selama aku bersakit-sakitan kat ward tu, ada dua berita gembira yang dah buat aku happy walaupon sakit.
Satunya, sebab Baby Haikal dah tumbuh gigi pertamaaaa!!


Yeeeeehaaaa!!!
Habis la lepas ni maknya akan jadi mangsa gigitan la.
Aduhhhhh!

Good news kedua?
Eh nanti-nanti lah aku bagitau. ;)

Hair Loss

Lepas beranak, aku mengalami masalah keguguran rambut yang dasat.
Rambut aku takde lah panjang mana.
Sampai paras ketiak je. Macam kalau kau depakan tangan, terus rambut kau nampak macam bulu keti. Jadinya, rambut telah resemble bulu keti tetiba.
*Punyalah detail nak bagi deskripsi*

Walaupon rambut aku tak panjang mana, tapi bila dah berguguran secara pukal tu, berlingkar-lingkaran sana sini. Aku rasa annoyed la jugak.
Everytime aku mandi, nak kena kutip satu-satu yang berguguran atas lantai bilik air.

Tengok la kemain banyak rambut aku gugur.
Ni dah habis gemalai dah aku belai shampoo kat kepala. 
Nak jugak gugur dengan banyaknya. T_T

Kat bilik tidur pon banyak rambut aku gugur.
Kengkadang bangun tidur, sampai ke muka Baby Haikal rambut aku melingkar. Rimas betul aku tengok.


Pendek kata, seluruh rumah la ada rambut aku. Hatta kalau aku ikat/klip rambut 24 jam pon, adaaaaa jugak yang nak gugur. Memang takleh handle.
Kalau 3 hari tak vacuum, terus nampak macam rumah hantu, banyak rambut berceceran.


Itu belum time aku sikat rambut. 
Harus la selonggok rambut di dalam genggaman. T_T
Masa aku baru noticed pasal rambut gugur ni, aku punyalah chuak.
Ye la kalau dah berdozen-dozen rambut gugur, mau botakkkk kanggg.
Tapi aku tengok mak aku and mak-mak orang lain, takde pulak yang dah berjaya gugur sampai botak.

Ni yang aku baca dari SINI:
Women often see noticeable hair loss a few months after childbirth. This hair loss is completely normal. It is caused by falling estrogen levels. After delivery, you may be losing about 500 hairs a day. This can be very disturbing, but try not to worry too much — you won't go bald!
The good news is that this hair loss is temporary and you do not have to do anything to remedy it. Most women see their hair return to its normal fullness by their child’s first birthday. Many women regain normal fullness even earlier.


Uwaaaaa!!! Bila anak setahun kang baru rambut akan kembali normalll?? 
Lamanya lagiiiii.. =(
Aku rasa nak pergi haircut la to minimize the hair loss.
Hopefully hubby tak kesah la. Bcoz dia pernah cakap, dia lagi suka tengok aku rambut panjang. Hmmm..


Is it so necessary for others to remember our birthday?

Not really necessary kot.
Yang paling necessary ialah
We ourselves, have to remember ourselves' birthday.

Why??
Meh nak habaq maii..

Dah jadi macam benda wajib pulak bila birthday je, nak tunggu semua orang wish.
Sanggup tunggu detik 12 malam, sebab time tu la FB notification keluar nak announce hari ni birthday kau.
Bersungguh nak like and reply segala wishes yang orang bagi.
Kalau yang tengah bercinta tu, tungguuuu lah sampai pakwe/makwe call nak jadi orang pertama yang wish birthday kununnya.
Pastu syok sendiri bila pakwe/makwe/kengkawan buatkan surprise party pulak.
Untunglah sape yang ramai kawan, ramai peminat, ramai yang wish dia birthday.
Banyak dapat pressies. Banyak makan kek. Banyak yang buatkan surprise party.
Rasa diri dihargai bila semua orang ingat birthday kau kan?
Senyummm lebarrrr je sepanjang hari tu.
Aku tak tuding jari kat sesape, tapi kat diri sendiri.
It's undeniable, aku pon buat perangai camtu.

Tapi sejak dah jadi ibu ni.
Dah rasa beratnya tanggungjawab yang nak kena pikul.
Sakitnya mengandungkan dan melahirkan anak.
Bukan takat tu je, bila dah lahir, nak menyusukan, nak jaga belai dengan kasih sayang.

Aku mula terfikir.
Birthday/hari lahir sebenarnya bukan hari aku.
Tapi hari untuk ibu aku (Mama).

Honestly, since dah jadi ibu ni, aku rasa berdosa sangat especially kat Mama.
Sebelum ni, bila 16 September je, aku bangga and happy celebrate birthday dengan hubby. Dengan kengkawan.
Tak pernah terdetik pon nak call Mama.
Aku pulak yang duk tunggu Mama & Daddy call untuk wish birthday kat aku.
Kalau diorang tak call, boleh pulak nak merajuk, kecik hati bagai.

Padahal on 16th September tu lah Mama rasa azab bersalin nak keluarkan aku from her womb lepas 9 bulan bersusah payah bawak aku ke hulu ke hilir. Dan hari tu jugak lah menitik air mata Mama bila urat-uratnya putus waktu melahirkan aku.
Dan sejak hari tu lah Mama merelakan susu badan dia diminum oleh aku. Supaya aku tak kelaparan. Supaya jadi darah daging aku, yang sempurna sihat walafiat sampai ke hari ni.

Bila tengok orang sekeliling sakan duk celebrate birthday, dan sikit pon tak teringat kat mak, aku sangat terkilan.
 Memang la aku bukan mak orang tu pon.
Tapi aku dah mula faham.
Padahal pada tarikh yang kau anggap keramat, yang kau anggap "big day", yang kau anggap "special day", ialah hari mak kau bertarung nyawa untuk kau.

Have u ever wondered why most mother never forget the birthday of each of her children? Even pukul berapa kau lahir pon dia ingat.
Although mak kau jenis yang tak pernah wish birthday kau. Cer try tanya dia, the date of your birthday. Kompom dia boleh jawab.
Walau umur kau dah tiga ploh empat ploh pon, mak kau takkan lupa detik dia kesakitan lahirkan kau.
Dan impossible dia boleh lupakan kesakitan tu sampai bila-bila.

Seorang sahabat Nabi bertanya kepada Rasulullah s.a.w, 
"Aku telah mengusung ibuku sewaktu tawaf di Kaabah tadi. Dan aku kelihatan amat terhina kerana berbuat begitu. Apakah dengan cara itu aku dapat membalas jasanya terhadap ku?"

Rasulullah s.a.w menjawab, 
"Tidak. Takkan terbalas walau dengan sehela nafasnya sewaktu melahirkan mu."

Aku buat entry ni bukan untuk buat korang sentap.
Aku cuma nak share sambil bagi peringatan jugak kat diri sendiri.

Dan jugak untuk adik beradik aku, yang berkongsi ibu yang sama dengan aku.
Ibu yang sangat kuat dan tabah lahirkan dan besarkan kita semua.
Along, Rizzy, Raidoo, Adan (ur birthday is coming very soon!), Jahan, me myself, pasni bila birthday kita, kita celebrate Mama okay? Paling tak pon, peluk Mama kuat-kuat dan cakap terima kasih atas segalanya. :')


I love you, Mama.
Tolong ampunkan segala dosa Rajiah ye.
Halalkan setiap titis susu Mama yang Mama bagi Rajiah minum waktu kecil dulu.
Halalkan setiap peluh Mama waktu membesarkan Rajiah dulu.
Maafkan setiap air mata Mama yang pernah jatuh sebab Rajiah.
I thank Allah for giving me the strongest and best Mother in the universe-YOU!
Semoga Allah janjikan syurga untuk Mama kelak. Ameen. =)

p/s: Dan untuk Mak (MIL), terima kasih kerana melahirkan suami saya. Dan izinkan saya untuk menjaganya. Ketahuilah, yang syurga dia tetap di bawah tapak kaki Mak.  =)



The MOTHER of pain..

Ramai yang tanya aku how is exactly the feel of sakit bersalin?
Aku cuma jawab, INDESCRIBABLE.
Hanya yang pernah mengalami saja yang tahu.


Sebelom aku beranak pon, aku selalu tanya semua orang pasal sakit bersalin.
Kononnya nak get ready la dengan sakit tu kan.
Tapi lepas aku sendiri yang mengalami kesakitan tu, baru la aku tau, it's moreeeeee than words can say! Sakit yang paling dekat dengan ajal.
No wonder ibu yang mati masa melahirkan, dapat pahala mati syahid.
And no wonder jugak ibu yang selesai melahirkan akan terhapus segala dosa-dosanya.
MasyaAllah.
Bertuah dan bersyukurlah aku dilahirkan sebagai wanita yang berpeluang untuk dapat ganjaran besar macam ni. Terima kasih Allah!


Pengalaman pertama beranak, bagi aku, memang menginsafkan.
Kalau aku tau sakit bersalin macam tu rupanya, sesaat pon aku tak sanggup lukakan hati Mama dulu. Seriously wehhh. Lepas keluar labour room hari tu, aku terus cari Mama, nampak je Mama terus peluk kuat-kuat. Sampai berjurai-jurai air mata aku.
Berdosanya aku selalu buat mak aku sakit hati sebelom ni. =(


Ada sorang lelaki yang pernah teman isteri dia beranak kat labour room.
Dia kata,
"Sepanjang hidup saya itulah wajah wanita yang paling azab yang pernah saya tengok (semasa isteri sedang melahirkan). Dan semasa isteri saya dakap bayi kami untuk pertama kali, itulah wajah wanita yang paling bahagia yang pernah saya tengok. Sangat menginsafkan."


Since hubby pon temankan aku masa beranak hari tu, aku pon ada tanya dia, how's the first experience tengok aku beranak. Hubby pon cakap menginsafkan.
Lepas dia tengok Baby Haikal dah keluar, hubby terus kiss dahi aku and cakap, 
"Terima kasih,sayang".
Bergenang air mata hubby.
Aku harap hubby akan lebih sayang and hargai mak dia lepas ni.
Macam tu jugak aku.=)
InsyaAllah.


So kaum-kaum wanita di luar sana, especially kengkawan aku yang sebokkk nak tau rasa sakit bersalin tu, jangan la takut untuk bersalin.
Ape lah sangat kesakitan tu jika nak dibandingkan dengan ganjaran yang Allah dah janjikan untuk kita. Betul tak?
Semoga kita semua mendapat perlindungan dan rahmatNya.
InsyaAllah.


Agak skema entry aku kali ni. Saje je nak kasi mood Ombak Windu sikit.
Ngehehe.