As i promised before, aku akan citer pengalaman first time melahirkan anak.
Memang la sangat chuak takut nerves sakit seksa macam nak mati tapi last-last bila dah tengok muka baby, terus rasa nak melompat keriangan, terus lupa baru je sesaat lepas kena potong, koyak, jahit, darah terpancut-pancut.
Ok extreme sangat ke aku cakap camtu? :P
On 30th October 2011, Sunday (in the morning)
Knowing that my due date sebenarnya 6/11/11 (about a week ahead), aku pon rilek-rilek tanpa expect ape-ape possibilities yang kot-kot aku akan terberanak awal.
Padahal nurse dah berapa kali warning, suruh standby nak beranak.
Tapi aku buat bodo je, siap cakap kat hubby,
"Kenapa misi-misi ni semua suka membebel? Cuba cool sikit boleh?"
hihi
So as usual, Ahad memang hari tak lekat kat rumah. As usual jugak kitorang pegi setelkan groceries kat Carrefour, pas tu pegi tawaf semua shopping malls yang ada kat Penang ni, pastu pegi memuaskan nafsu kat pasar malam. Ewah! Terus lupakan perut yang rupanya dah nak meletup ittew!
On 30th October 2011, Sunday (malam)
Sambil tengah bermanja-manjaan di atas sofa while watching TV, suddenly aku ter'noticed' yang perut aku mengeras every 10 minutes. And it was very consistent.
I wonder if it is a labour contraction. Aku try recall balik how the nurse-mulut-bising tu describe labour contraction kat aku hari tu.
She said,"Awak akan rasa perut mengeras dan sakit. Kalau keras tanpa rasa sakit, itu cuma false alarm."
So aku pon kompiden yakin boleh rakan muda bahawa yang aku rasa tu hanyalah false alarm. Maka aktviti bermanjaan sambil menonton TV diteruskan begitu sahaja. Haha.
Tapi bila sampai waktu nak tidur, tak silap aku dalam pukul 12.30 malam camtu, aku pelik sebab perut aku still mengeras consistently every 10 mins.
I told hubby, takkan false contraction akan maintain for 4-5 hours tanpa henti.
Ini lain macammmmm je nih.
*terus chuak tetibe*
Memandangkan dah lewat malam, we started to argue sama ada nak pegi check kat sepital atau tak.
Hubby: Jom la kita gi check kat sepital. Check je, kalau takde pape, kita balik la.
Aku: *chuak* Kalau dah sampai masa camne?
Hubby: Beranak la terus. hihi
Aku: Tapi kalau takde pape? Kan dah membazir masa, minyak, tol lagi.
Hubby: Laa itu yang dirisaukan??..Better kita pastikan betul-betul. Kang jadi pape, susah.
Aku: Okay, sayang siap-siap kejap.
Hubby: Eh tapi kan. Nanti kita start enjin kereta, mesti jiran sebelah terjaga, mesti dia tau kita nak pergi sepital nak beranak. Padahal kita nak pegi check je. Kang kalau takde pape, kita kena balik umah semula, malu la..Orang ingat dah bersalin, rupanya belum. Haha
Aku: -____-"
Berjam-jam jugak kitorang argue nak pegi check kat sepital atau tak. Mereng kan? And finally we decided to go jugak la.
Kitorang sampai Hospital Seberang Jaya dalam pukul 2 pagi.
Terus rush ke wad bersalin untuk check. Nurse kata dah 2cm dilated!
Oh maksudnya betul la yang aku rasa tu ialah labour contraction!! Haha.
But unfortunately, diorang suruh balik dulu bcoz ward and labour room penuh.
What daaaa.. ;(
So kitorang decide to go to Hospital Pulau Pinang.
Walau terpaksa membelah jambatan pulau pinang pukul 3-4 pagi, lantak la.
Sepanjang perjalanan tu, aku tunggu jugak rasa sakit tu datang, tapi tak jugak rasa sakit.
Why oh why eh? Entah.
Sebelom sampai sepital, kitorang singgah dulu makan McD. Sempatttttt lagiiii! Rilekkk je mak buyung masuk McD pepagi buta ennn. Cashier tu pon pandang slackkkk je.
Pedulik hape aku kan. Lapar kottt.
SIKIT giler aku makan! ;P
Dah kenyang, baru semangat sikit nak pegi sepital kan? Heh.
Sesampai Sepital Penang, depa suh balik dulu jugak!
Sebab ward and labour room penuh. Again!
Huhhh hangin jugak kitorang masa tu. Rasa nak FIRE je sepital gomen nih. Eh tak tak. Eheh. Disebabkan masa tu dah almost 5am, mata kitorang pon kuyu sebab belom tidur the whole night. Tambah pulak dengan perut kenyang sebab baru baham McD.
So kitorang decided to go home untuk tidur je lah.
Plus aku pon tak rasa sakit lagi. Pelik kan?
Tu yang aku setuju balik rumah dan membongkang saje.
Lantak la dah berapa cm dah bukak ke ape. Malas dah nak pikir.
On 31st October 2011 (11.30 pagi)
Baru bangun tidur! Hamik kau terlajak tidur sampai tengahari. Nikmat kekenyangan McD semalam gamaknya. Bangun dari tidur, aku noticed ade darah. Banyak la jugak.
Hubby tidur lagi. So aku pegi mandi bersih-bersih. Bakar roti, buat Milo, makan.
Switch on TV, tapi takde benda menarik. So aku kejutkan hubby.
Aku: Abang, Sayang bleeding.
Hubby: Hahhh??! Banyak ke?
Aku: Banyak jugak.
Hubby: Okay jom jom pegi sepital now.
Aku: Rilek la. Abang pi mandi dulu, breakfast dulu.
Hubby: Sayang tak sakit ke?
Aku: Tak.
Hubby: Erkk? Okay. -____-"
On 31st October 2011 (12.30 tengahari)
Bcoz we dont want to take the risk of "kena balik rumah dulu sebab ward penuh bla bla bla", so we decided to go to KPJ Penang Specialist Hospital.
Sampai je, kitorang terus jumpa gynae yang buat 4D scan kat aku hari tu.
Wah! Nama bapaknya lagi gah dari nama anaknya! Haha
Dr. Fawziah-anak-tan-sri-dato' tu check aku and she said aku dah kena admit terus untuk beranak. Dia pelik jugak kenapa aku tak rasa sakit langsung. Siap aku taknak wheelchair masa nak dihantar ke delivery suite (labour room). POYO!
Perlu ke edit gambar pakai topi Bruno Mah? -..-"
Sampai je kat labour room, tukar baju, amik darah, pasang name tag kat tangan, pasang CTG belt and wait for the baby to knock the "door".
Tunggu punya tunggu....
Dah almost pukul 3pm, tak jugak rasa sakit.
Then doctor-anak-tan-sri-dato' tu decided to pecahkan air ketuban.
Tak sampai 15 minit lepas tu, terus rasa macam perut berombak-ombak, macam nak meletop, bontot rasa macam nak terkoyak, seluruh muka aku tetiba berpeluh sakan. Hamik kau rasalah labour contraction yang sebenar!! Tadi kau kata tak rasa sakit langsung kan? Nah bila saat baby dah ready nak keluar ni, rasa macam ajal saaaaaaangat hampir!
Saat ni lah aku beristighfar banyak-banyak. Berdoa diberi kekuatan hadapi semua ni. Saat ni jugak wajah Mama terbayang-bayang depan mata. Betapa dasyatnya kesakitan seorang ibu masa nak melahirkan.
Bertaubat aku kejap. =(
Pukul 4.30pm, setiap manusia yang mengelilingi aku (termasuk hubby) dah macam cheerleaders suruh aku PUSHHHHHHH!!! Entah dari mana aku dapat kekuatan dalam rasa sakit tu, aku push sekuat hati jiwa raga bakul pasar.
Sampai jam 5.30pm, tak jugak muncul-muncul baby. Aku dah hilang banyak tenaga, banyak darah. So doctor tu suh dayang-dayang dia pi amik vacuum. Sebab takut baby lemas.
Tepat jam 5.50pm, dengan bantuan vacuum, Alhamdulillah sekali push keluarlah baby yang ahhhhh demoknya! Menitik air mata aku first time tengok muka anak, first time dengar dia menangis, first time dakap dia kat dada. Rasa macam, boleh tak stop kan masa kejap?
Bahagianya Tuhan je yang tahu.
Terus terlupa pasal darah yang bergelimpangan kat lantai labour room tu.
Rasa macam nak tanya, eh eh ni darah banyak-banyak ni darah sape ye?
Lupa pulak aku baru lepas bertarung nyawa tadi. ;P
Atau nama samaran dia Faizal Tohir heheh.
Lepas jahit-jahit, cuci-cuci luka segala, aku dihantar ke ward.
Sempat la tidur beberapa minit.
Pastu terjaga sebab disurprisedkan oleh Mama & Daddy from Shah Alam yang datang ke Penang sebab overeksaited nak tengok cucu.
Dari ofis terus pecut ke KPJ Penang. Siap dengan baju kerja lagi. Nasib tak bau keti. hihi. Mama siap tak habis meeting sebab nak tengok cucu. Ish ish ish...
Proud Atok
Proud Lola!
3.99kg wehhhhh.. Normal delivery wehhhh...
Ape lagi nakkk?
Alhamdulillah saje lah. =)
13 comments:
fuhhh!!! 3.99 dear! beratnye.. siat baby ni. dni dulu 2.33kg awww kecitttt je :D
alolo debabnya dia...moga jadi anak yang soleh dunia dan akhirat yer...;)
waaa!almost 4kg,alhamdulillah,normal..ooo,ngn dr fawziah ye,dulu yun buat d&c dengan die..=)
as-salam.. congrate on ur new born baby... nak tanya bape ye kos bersalin kt kpj penang nie..
fuh. mantap faizal tohir 3.99kg! tahniah laling!! :D
dni,
ha'ah. kita dulu pon masa lahir dalam 2.7kg je. tapi bila dah besar ni, debab jugak. haha
kancilbiru,
insyaAllah. Aminnnn
Yun,
oh ye ke. dr fawziah tu okay cuma muka dia ketat sangat. garangggg je manjang. :P
Anon,
kalau normal delivery & duduk ward biasa dalam RM2300++. :)
Gadis bunga,
Hah! lagi debab dari pejai tohir okehhhh :P
alhamdulillah...
kurniaan allah tak terhingga kan!
syukur semua selamat...
nanti dah besar sket cuba test suara superhero tu ada kenan Bruno Mars tak sbb mak dia pakai topi tu...ekekekeke
ko makan banyak sgt eh? kalah anak aku ni weh,..hehe
congrats!
nampak mudah bersalin..apapun slmt berpantang ..
memang!!yun tak suka die,garang sgt,yun nangis sakit,die marah..lepas tu merajuk,bila deliver balik KL,xmo jmpe die,haha!
Alhamdulillah. Tahniah. Almost 4kg youuuu!
alhamdulillah, congrats dear! hugs n kisses for the new mummy and charming baby! jaga diri ye. jgn otai sgt dlm pantang heee
Post a Comment