Dulu dia ni manjaaaaa

 Bulan lepas kitorang pergi space U8.
Sebelom ni aku dengar ramai yang cakap tempat tu best.
Tempat baru kott. Tapi bila aku pergi, aku macam...
Apeeeeee yang bestnyeeeeee???
Haha!
Takde perasaan best ponnnn..
Aku rasa pasar seksyen 6 lagi best kotttt..
-..-
Masa tu, tetiba Daddy ajak hubby join team dia untuk game boling.Game tu dianjurkan oleh surau Al-Munawwarah.
Daddy pengerusi surau tu, so nak taknak kena la joinnnnn.
Masa Daddy cakap kat hubby,

"Hafifi, kamu join team ayah tau. Pastikan kita menang!"

Hubby terus macam excited gila okkk.
Berkobar-kobar.
Malam tu tidur termimpi-mimpi masuk gelanggang kahkah.
Esoknya, hubby semangat bangun awal nak pi boling.
Aku macam chuakkkk je tengok hubby gitu.
Bukan apa, kang jadi macam aku, semangat je lebih, tapi bola ke longkang. Pfft.
Aku memang tak terer boling. Nyampah.

Before diorang gerak space U8 tu,

Aku: Papa terer ke main boling nih? *tak yakin ngan laki sendiri kahkah*
Hubby: Entah. Haha! Bertahun jugak lah tak main.
Aku: So nanti fokus ok. Strike banyak-banyak.
Hubby: Eh mestiiiiii. Mama kenapa macam tak caya Papa je?
Aku: Takdelah..sebab..Daddy terer gila main boling tau. 
Hubby: Erkkk ye ke??? Alamakkkkk

Haha!
Tu yang aku chuakkan sebenarnya. Sebab aku tahu sangat Daddy memang terer boling. Dari dulu lagi, kalau nak main boling dengan adik beradik, syarat pertama ialah, jangan bagi Daddy join. Kalau Daddy ada, semua kelihatan loserrrr.
Tak syok la kan bila kita tak terer main, tapi main dengan orang terer.
Sumpah tak syok. Stresssss je main.
Tapi bila Daddy dah terrrteam up dengan hubby ni, marilah kita bertawakkal sahaja.
Haha!




Aku tak dapat main sebab nak jaga si kecik tu kannnn..
Merayauuu je kerjanya.
Ada sekali tu nyaris nak terhempuk bola boling. Terus aku kena marah dengan sorang makcik ni sebab tak jaga anak betul-betul. Pffts!



Muka bengang kena marah. Haha!
 
Aku sebenarnya kan, bukan nak cerita pasal boling, tapi nak cerita pasal Jahan, adik bongsu aku.
Boleh tak tukar topik tetiba?
Tapi memang tak boleh nak teruskan la cerita boling tu.
Sebabnya, team Daddy kalah kahkahkahkah!
Aku macammmmmm dah agak.
Mungkin kalau dia tambah kategori juara longkang, mungkin hubby boleh menang.
-____________-"

Takpe takpe. Cuba lagi di musim akan datang.
Lagipon, masa main tu, hubby tak berapa sihat sangat.
Ceyyyyy sempat tak bagi alasan lagi. Hahaha!

 Ni lepas game, adik bongsu aku yang baju hitam tu (Jahan), dia main team Daddy jugak.
Dia pon lebih kurang la juara longkang macam hubby.
So next time Daddy kalau nak cari teammates, sila panggil shalin zulkifli.
Takpon main jelah sorang-sorang. Kehkeh.

Masa tu aku balik Shah Alam tak lama, dalam 3-4 hari je.
Tapi aku rasa macam seronok sangat. Sebab ada Jahan.
Jahan ni yang aku pernah cerita dalam entry SINI dan SINI.

Dia ni dulu manjaaaaaaa gila dengan aku.
Adik-adik lain pun manja jugak, tapi yang ni terrrrpalinggggg manja lah!
Selalunya kalau aku balik Shah Alam, jarang dapat jumpa Jahan.
Sebab dia dah duduk asrama kan.
So hari tu dapat jumpa dia, memang seronok la.
Tapi sekarang Jahan dah 15 tahun, dah bujang.
So dah tak manja sangat la kan. Control macho je sekarang.
Tapi ada sekali tu, aku saje lepak-lepak bilik dia.

Tetiba,

Jahan: Kakngah, kakngah nak tahu satu benda tak? Jahan dah ada janggut.
Kakngah: Erk?? Ye ke?? Tak nampak pon.
Jahan: Tengoklah betul-betul. Ada 3 utas. Jahan pon terkejut tengok ada janggut.

Kah kah kah. Buat lawak ok budak ni.

Aku: Laa biasa la tu laki ada janggut.
Jahan: Ha'ah. Dulu takde, sekarang ada. Macam magik.

-_____________-

Aku: Ingat tak dulu Jahan manja sangat? Kalau nak tidur, mesti nak tidur bilik kakngah sambil gosok lengan kakngah sampai tetidur. Ingat tak?
Jahan: Ingat. Tapi bila Jahan bangun, mesti tengok kakngah dah takde. Pfft.
Aku: Haha! Pastu hari-hari mintak kakngah gosokkan baju sekolah la. Gosok sampin sekolah agama la. Suruh kakngah cari songkok la. Suruh kakngah goreng nugget nak bawa bekal la. Paksa kakngah teman buat buku skrap la. 
Jahan: Eh tapi sekarang Jahan dah pandai buat semua-semuaaaaa tu sendiri ok. Kejap kejap, kakngah nak tengok Jahan gosok baju sekolah? Tengok eh. Tengok tengok..

Dengan bangganya Jahan gosok baju batik asrama dia depan aku.
Haha!

Tersenyum aku tengok perangai budak ni haihh.
Dah bujang dah adik kesayangan kakngah ni.
Tapi dalam bujang-bujang dia pon,
masa kitorang dah nak gerak balik Penang, Jahan salam dan peluk aku,
pastu tepuk-tepuk pipi aku sambil cakap,

"Kakngah ni cantik la. Kulit lembut. Macam Haikal."

Amboi dia....haha!



Kakngah sayang Jahan, 
dan kakngah tahu Jahan pon sayang kakngah.
Kakngah doakan semoga Allah kurniakan segala kebaikan dan kejayaan untuk Jahan sampai bila-bila.
=)


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

0 comments: