Bila ramai yang tanya aku pasal Baby Haikal,
Berapa umur Baby Haikal la.
Dah pandai cakap apa la.
Dan macam-macam lagi lah.
Baru aku teringat, dah lama aku tak update pasal perkembangan terkini dia kan.
Kalau dulu tetiap bulan update perkembangan terbaru.
Meniarap, angkat bontot, merangkak, angkat kaki, berjalan,
detail gila kot cerita haha!
Tapi lepas dia dah setahun ni, aku macam...dah malas.
Sebab?
Budak tu dah besar, dah lasak, dah ganazzz
dannnnnn....
hanya jauhari mengenal manikam.
Ehh tetiba. haha!
Apakah tetiba jauhari kenal manikam pulak kan.
Biarlah diorang kenal ke tak kenal ke. Pedulik hapeeee
Hujung bulan dua hari tu, Baby Haikal genap setahun empat bulan.
Atau 16 belas bulan la senang cakap.
Dah banyakkkkkk benda berubah.
Dia semakin menjadi manusia, macam aku macam korang.
Dah mampu berjalan.
Dah mampu berlari.
Malah mampu menjadi Bruno Mars bila perlu. Haha!
Dan Baby Haikal dah semakin pandai berdikari.
Dah semakin kenal dunia dia.
Semakin kenal keluarga dia.
Kenal kawan-kawan dia.
Kenal rumah dia.
Kenal sekolah dia.
Daya ingatan dia dah makin kuat.
Contoh kalau dia bangun tidur, tetiba tengok aku takde kat sebelah kan.
Dia akan turun katil, keluar bilik dan dia tahu nak cari aku kat mana.
Kalau dia dengar bunyi keletung keletang, dia tahu aku tengah masak, dan dia akan cari aku kat dapur.
Kalau dia dengar bunyi air, dia tahu aku tengah mandi, so dia akan cari aku kat bilik air.
Nak-nak pulak waktu tu aku lupa nak tutup pintu, nescaya dari tengah mamai baru bangun tidur, terus segar mata hendaknya. Kahkah.
Maknya megan fox, jangan buat-buat tak ingat.
-..-
Selain tu, dia boleh ingat kat mana aku simpan mainan dia, baju dia, beg sekolah dia.
Dia boleh ingat.
Jadi secara amnya, itu perkembangan Baby Haikal yang paling menggembirakan aku.
Perkembangan otak dan daya ingatan.
=)
Tetiba teringat iklan susu kat tibi, kisah perkembangan otak si manja.
Sel-sel otak saling berhubung bla bla bla. Pastu ada animasi wayar-wayar dalam otak tetiba bergabung bergabung bergabungggg!
Pastu tetiba budak tu susun-susun mainan, nyala lampu suluh, terus jadi dinosaur.
Itulah kuasa Gangliosida dan lima kali ganda DHA.
-_____-
Syabashhhh..
Tapi Baby Haikal belum sampai tahap tu lagi.
Sebab lampu suluh semua aku simpan dalam laci.
Tak boleh main, kang bateri cepat habis.
Bateri dah la mahal. Hakhakhak.
Sekarang kalau kitorang tengah gayut dengan Mak (MIL) atau Mama, Baby Haikal mesti nak datang dekat-dekat sambil
"bak bak bak.."
mintak telepon.
Bila bagi kat dia, dia akan bawak lari jauh-jauh, pastu duduk satu tempat sambil borak kat telepon dengan Wan atau Lola dia.
Banyak la yang dia cakap.
Tapi hanya dia dan Tuhannya sahaja yang faham. Huhu!
Kalau hubby call aku dari tempat kerja, dia pon sibukkk nak cakap jugak.
Bila dengar suara hubby dalam phone, Baby Haikal excited sambil
"Papa.. Papa.. Papa.."
Itu je la pon. Bukan nak tanya Papa apa kabar ke ape.
Duk la berpapa papa sampai ke sudah.
Ye la kan. Apa je pon yang dia mampu cakap lagi.
Takkan tetiba,
"Papa, macam mana projek jambatan kita di Afrika Selatan?"
Haaaa....mahu terkujat aku mendengornya. Haha!
Selain tu, Baby Haikal dah pandai respon bila dia tengok kartun fevret dia,
upin ipin atau pocoyo.
Kalau ada part lawak, dia akan gelak.
Kalau ada part takut/saspen, terus muka chuakkk je. Kehkeh.
Pastu kan, kalau Baby Haikal nak ajak main, atau nak mintak sesuatu,
dia dah pandai tarik tangan, tarik baju, suruh ikut dia mana dia pergi tu.
Kalau aku malas nak layan, Baby Haikal akan merajuk okkkk.
Sambil muka mencebik, air mata bertakung.
Dramaaa sangat. Menyampsss.
Cara-cara merajuk adalah seperti menjerit kuat-kuat sambil tarik-tarik baju, baling-baling mainan, tarik-tarik rambut, dan lastttt sekali, airmata bergenang, bibir ketar-ketar.
Nak nanges lettew.
Haha!
Muka orang merajuk. Tolong la kesian kahkah.
Hmm. Apa lagi ek?
Sebenarnya ada banyak la perkembangan Baby Haikal.
Kalau nak cerita satu per satu, ibarat mengira bulu kambing la.
Kalau mengira bulu hidung kambing, possible la jugak kan.
Mungkin tak sampai duaploh utas. -____-"
So aku list down yang mana aku ingat je la eh.
Kalau tengah baca doa pulak, Baby Haikal dah pandai tadah tangan,
pastu sapu muka bila "Aminn".
Kalau tengah berus gigi, dia dah pandai kumur/hembus air keluar.
Sebab dulu, dia asikkkk terminum air paip je. Pffts.
Pastu kalau terjatuh, Baby Haikal dah pandai cover malu tau.
Yang ni lawak.
Contoh macam kalau dia terjatuh termeniarap atas lantai kan, dan tetiba ada pen dekat-dekat situ, mesti dia ambik pen tu pastu buat-buat main pen tu, ketuk-ketuk pen tu sambil meniarap. Bila dah lama sikit, baru dia bangun sambil muka tahan sakit kahkah.
Contoh muka coverline. Haha!
Perubahan dari segi fizikal pulak, Baby Haikal dah makin kurus slim shadeyhh.
Sebab dah makin lasak. Dah laju berlari, sekarang nak start melompat pulak.
Aku paling heart attack kalau dia melompat atas katil atau atas kerusi.
Camane kalau tetiba dia lompat atas katil, tapi terrrlanding atas lantai.
Camane?! Tak keeeeee......!!
Pffffttttttt!!!
Jangan gelak sangat, semua mak paranoid ok.
Tolonglah paham.
-..-
Lagi satu kan, rambut Baby Haikal dah lembut dan jatuh ke bawah.
Kalau duluuuuuu!!!
Mengalahkan berus besi, tercacakkk je.
Dah macam kertas pasir kasar dia.
Aku pernah buat entry pasal rambut keras Baby Haikal SINI.
Tapi sekarang tidak lagi. Dah boleh guna jari ok.
Siap berkibar-kibar kalau kena angin.
Kalau dulu, kental ok. Libas-libas pon tetapppp tegak.
Stresssss maknya.
Dah. Tu je lah pasal perkembangan terkini Baby Haikal.
Nanti-nanti aku update lagi ok.
Takpon nanti Baby Haikal dah besar sikit, aku suruh dia update sendiri la.
Suruh dia taip sendiri kat sini.
Mungkin doploh tahun akan datang....
Mungkin doploh tahun akan datang....
"Hai saya Haikal. Perkembangan terbaru saya sekarang ialah,
saya sudah berjambang dan
sudah ada bulu kaki. Sekian terima kasih."
Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh
0 comments:
Post a Comment