Smekom Pak Aji!

Pak Aji Kecik dah bersiap-siap nak pi solat jemaah kat surau ni ha.
Sat gi Pak Aji kena jadi imam nih.
Moh le kita!


p/s: Kalau lepas ni, korang bukak belog ni, asik keluar muka Pak Aji ni je. Mintak mahap bebanyak la ye. Bcoz maybe lepas ni dah takde/kurang update kat belog ni. Next two-three weeks, I'll be veryyyyyy busy mengalahkan lipas kudung. PM pon belom kalahkan lipas kudung lagi. So tak tau la sempat ke tak aku nak jenguk belog nanti. InsyaAllah bila dah kembali menjadi lipas biasa, aku akan update macam biasa k. Thanks sudi baca belog ni all this while.


Tiram cinta saja.

Semalam, hubby pulang dari tempat keja dengan senyuman telinga ke telinga.
And aku noticed beliau menjinjing sesuatu dalam beg plastik.
Dalam hati aku, oh ni kes nak suruh aku masak la ni. 
Siap pi beli ikan segala.
Maka aku terus buat-buat sibuk layan Baby Haikal. 
Bahaha durrrrhaka betoi.
Tapi aku pelik bcoz hubby dengan muka selamber pergi ke dapur dan berting tang ting tang sendirian kat dapur nun. 
Apo buek eh? Ontahhh..
Bila aku jenguk, rupenya he brought some fresh oysterrrr!!!
Godang-godang pulak tu. Tergamam aku.
Urat-urat otak aku terus lajuuu je imagine gambar ni.

Huhh..apakah benar hubby nak bagi aku seketui mutiara cinta?
Apakah mutiara cinta tu bernilai juta juta juta juta??
Boleh lah aku gadai dan beli ferarirerocher seploh ketui?
Maksudnya lepas ni aku akan menjadi kaya?
Apakah ini betul-betul kejadian?

Tetiba air mata bergenang di kelopak mata tahan sebak dan terharu sambil tenung wajah hubby dalam-dalam.
Tak sangka suami yang dicintai selama ini nak bagi aku mutiara cinta.
Tetiba lagu KRU jadi theme song.

 Apa saja untukmu
Ke dasar lautan biru
Bertaruh nyawa andai kau kau damba
Mutiara... di hari lahirmu~~

Ohhh hubby aku cinta padamu (mata bergenang lagi).

Tetiba hubby berkata, 
Sayang makan tiram tak? Ni abang dah kopekkan nanti sayang masak ok.

Apaaa?? Makan?? Tiram?? Without pearl??

Air mata yang bergenang tadi terus tersedut semula ke dalam mata.
*Memang dasar kuat berangan betoi*

 Terus kesat-kesat mata, sambil buat muka bodoh.
Aku: Mana abang dapat ni?
Hubby: Ade la...Sayang makan tak? Abang amik untuk sayang la ni.
Aku: O ye ke. Tengkiu T_T

Elehhhh.. ini mesti kes tengah pasang tiang jambatan ke ape kat tengah laut tu, tetiba terlanggar terumbu oyster. Dan oyster-oyster tersebut marah lalu bertebaran di permukaan laut. (dah macam kes langgar sarang tebuan pulak imaginasi aku nih). Lalu seorang nelayan ternampak dan terus mencampakkan jala lalu meragut semua oyster tersebut dan jual kepada orang-orang yang tengah pacak tiang jambatan tadi.
-___-"

Maka dinner malam tu, beroyster-oysteran la kitorang. Slurpppp!
Tak dapat mutiara cinta, tiram cinta pon jadi lah. Ye dok?

Nah gambar oyster yang dibawa pulang oleh hubby.

Gambar oyster yang dah dimasak tak sempat nak capture. 
Tau-tau je, ehhh dah sampai kat usus besar. Eheh.

5- 10 % only??!

During my Master years back in 2010, ada sorang pakcik ni (who was like a father to me) told me "When u get married, have kid(s), u'll only spend 5-10% of your days with your partner/spouse. The rest will belong to your kid(s)."
Masa tu, I was about to invite him to my wedding.
Masa dia cakap tu, I was like, elehhh ye la tu. Takkan 5-10% je. Padahal serumah, sebilik, sebantal, seselimut. Mesti la most of the time will be spent together. 
Heheh.
Masa baru-baru kawen, yes. Most of the time were spent together.
Tapi bila dah ada anak, only thennn I realized.


Kau bayangkan eh.
Dah la masa tido anak tido kat tengah (antara aku and hubby).
So tetiba dah ada barrier di situ.
So untuk tido berpelukan seperti sediakala adalah mustahil ye tuan puan.
Tapi kengkadang terpaksa jugak lah anak tido tepi bila dah daruratttt sangat tu kan. ;P
Pepagi bangun tido je. terus tengok muka anak. 
Kiss-kiss anak. Gomoi-gomoi anak dulu.
Bau baby baru bangun tido adalah sangattttt nikmat okay. 
Rasa macam nak tepek je Baby Haikal kat batang hidung.
Tapi bau bapak baby baru bangun tido, ohhh... *pengsan*
Kalau dulu, bukak mata je terus rasa bahagia berada dalam pelukan suami/isteri.
Masa tu tak perasan pulak bau hapak ke ape.
Tapi bila dah ada Baby Haikal ni, terus hapak tetiba. 
Baby Haikal je la yang paling wangi. Haha

 

Waktu makan kitorang pon dah tak boleh together-gether. 
Especially bila anak dah makin lasak ni.
Sorang tengok anak, sorang lagi melantak. Kena bergilir.
Kengkadang ada la jugak time kitorang makan, Baby Haikal tido.
Tapi dalam seminggu aku rasa dalam 0.05% je la yang dia tido time kitorang makan.
Nak makan pun kena laju-laju. Sebab bergilir kan.
So nak buat muka feeling-feeling masa makan macam dalam JJCM pun memang tak boleh. Nganga mulut, masuk makanan, kunyah-kunyah sikit, telan. Tak sampai 30 saat, dah licin pinggan. Pastu tukar turn jaga Baby Haikal. 
Gitu la kekdahnya.
Nak kata rindu saat boleh makan bersama, suap-suap, kepit-kepit masa berdua dulu. Memang tersangat rindu lah kan.
Siap boleh pilih menu lama-lama. Selak buku menu lama-lama.
 Dah berjuta kali khatam buku menu tu pon, still nak selak lagi jugak. 
Sampai waiter boleh tertido-tido sambil tunggu order.
Tapi sekarang, sekali selak je, okay saya nak lamb chop satu! 
Padahal mukasurat pertama ialah menu air buah. 
Nampak sangat lah menu tu dah termaktub dalam otak kau sejak sekian lama. 
Dah hafal tetiba.

 

Kalau dulu, keluar dating boleh pergi midnite movie.
Boleh lepak pantai sampai tengah malam, boleh tawaf uptown seploh ratus kali.
24jam berkepittt, holding hands.
Bila dah ada Baby Haikal, dating kat tesco je la. 
Tak tesco, giant, tak giant, jusco, tak jusco, pasaraya Jaya Gading pun jadi. 
Tu pon dah takleh holding hands dah. Hold Baby Haikal using hands ade lah.
Sorang sorong Haikal, sorang lagi sorong barang.
So nak holding hands camne gitu? Holding kaki boleh?
Nak keluar midnite/lewat malam pon kena pikir dua-tiga ploh kali, lepas pikir dua-tiga ploh kali, terus tak jadi. Duk rumah lebih bagus.


Dulu kalau call/sms,boleh gayut lelama.
Bersayang-sayang bagai.
Tak kesah la sambil masak pon boleh gayut.
Sekarang, bila call/sms je,
Haikal okay? Dia nanges-nanges tak? Rindu Haikal la..
Baby Haikal terus jadi watak utama tetiba.

Panggilan "sayang" tu pon tetiba dah merujuk kepada Baby Haikal.

Hubby: Sayang okay tak?
Aku: Okay je.
Hubby: Bukan tanya Mama la. Tanya Haikal.
Aku: T_T

****
Aku: Are u sleepy, sayang?
Hubby: Ha'ah. Jom tido.
Aku: Hello i'm not asking u lah. Haikal ni ha menguap.
Hubby: Tapi abang pon menguap. :(

Look at my drumstik, salai pon sodappp

Itu baru beberapa yang aku list kan. 
Tu pon dah nampak kesahihan fakta pakcik tu.
Mengikut perhitungan statistik aku, masa aku spend dengan hubby memang lah banyak. Tapi perhatian antara kitorang berdua tu dah kurang. 
Setiap saat Baby Haikal jadi priority.
Maka betullah ape pakcik tu cakap, 5-10% sahaja quality time bersama.
Ini baru anak sorang, kalau anak lima? Terus 0%.
Kalu anak patbelas? Terus -16%. Dah paras beku dah tu. Ehh?!

Kesimpulannya, jadi ibu bapa ni besar tanggungjawabnya.
Mental fizikal kena terima komitmen yang dianugerahkan. Anak kan anugerah.
Sebab tu kena spend more time dengan dia. Jaga dia elok-elok.
Kalau tak, kita jugak yang disoal nanti.
Pasal hubungan antara suami isteri, orang kata, kehadiran anak boleh menyerikan lagi rumahtangga. Memang betullah.
Sejak ada baby Haikal, makin banyak masa kitorang bergurau senda, bergelak ketawa satu family. Rumah makin riuh. Bagi aku, Baby Haikal la hadiah paling indah pernah aku dapat.

Cuma perhatian aku kat hubby (and vice versa) tu yang makin kurang. Eheh.

Paling rindu!

Dah setahun lebih aku tak jumpa mereka.
Kalau terjumpa kat mana-mana pon terus berpaling.
Pandang sikit pon tak nak.
Tapi lama-lama, aku mula rindu.
Rindu gaban.
In fact sekarang ni kalau ternampak mereka kat mana-mana.
Terus mengigil-gigil tahan nafsu.
Rasa gatallll je tangan ni.
Padahal aku dah tekad taknak jumpa mereka lagi.
Kalau boleh, sampai bila-bila.
Tapi susah, makin lama makin gigil rindu.
Sebab dulu, mereka sentiasa bersama aku.
Kalau gigil je, mesti mereka ada. Terus hilang gigil.
Tapi sekarang, kalau gigil, terpaksa tahan.


Dan semalam aku pi Jusco.
Aku ternampak mereka.
Kat barisan paling depan.


Dan ada tulis 
"Pek Jimat- Maggi & Carbonated Drinks"
Perghhhhh!!! Makin gigillllll!!!

Dah setahun lebih aku tak merasa MEREKA!!! 
Tengok la sampai bila aku boleh tahan gigil ni.
Last year, tak sentuh langsung air gas & maggi sebab pregnen.
Pas beranak, breastfeed pulak.
So kena berpura-pura jadi health freak demi anak.
Tapi bila ternampak air gas/ maggi ade jualan murah, terus bertakonggg je air liur dalam mulut. Badan terus gigil-gigil tahan nafsu.
Gian terlampau.

p/s: Mesti korang macam, Lerrr maggi dan air gas je yang digiankan. Low taste betul. Cuba la gian ciken chop, lamb chop ke, chopstik ke. Kan? Ekceli benda-benda tu aku tak gian sangat, sebab memang makanan ruji harian. Sebab tu perut aku dah tumbuh 6 packs. :P

Selak-selak bawah cadar. ;P

Saiko giler tajuk ennn.
Tau la malam tadi malam jumaat enn.
Tak payah nak eksaited sangat lah ennn. =P

Actually aku dah lama sangat berkenan tengok gambar "anak menakan" aku yang sorang nih. Adib Zakwan.

Masa si makpaknya, Kak Is & Abg Sham publish gambar ni, aku pregnant lagi.
So aku duk ketaq la tunggu baby dalam perut keluar sebab nak buat gambar camtu jugak. Tapi bila baby dah keluar, nak kena tunggu dia boleh meniarap dulu pulak.
Nak jugak exactly the sameeee..
Padahal boleh je buat posisi lain pong. Haha.

Dan sekarangggg
Baby Haikal dah boleh meniarap pong..
Berkobar-kobar la aku suruh Baby Haikal meniru aksi Adib Zakwan ittew!
Tapi kekobaran (check kamus dewan) aku kian pudar bila hubby asik sibuk la penat la ape la. 
So tertangguh tertangguh dan tertangguhhhh je la.
Sampai la satu malam tu, jeng jeng jeng
Malam tu ialah malam jumaat pulak, jeng jeng jeng
Kitorang tak ngantuk pulak, jeng jeng jeng
Maka kitorang pong start gatal tangan, jeng jeng jeng
 Amik camera and start photoshoot lah. Eheh.

Ni kira testing testing one two three la nih
Sebab dah ketaq sangat setelah sekian lama kan. Haha
So please excuse the cadar berkedut.
Nampak sangat cadar baru basuh, baru sidai, baru kering kat ampaian, terus bantai grab dan terus bungkus Baby Haikal, terus snap snap.
Lalalala~

Bak kata aku, biar kedut cadar, janji anak tak kedut. Bahah.
So Kak Is, sekarang hang nak cakap aku copycat gak ke camne? :P


Ompek bulan

Alhamdulillah Baby Haikal dah ompek bulan.
Bak kata orang kampong aku, four months old. Ah gittew!
Macam bulan-bulan sebelum ni, Baby Haikal makin hari, makin godang, makin bosar (besar), makin borek (berat), makin suko terajang-terajang.
Tengah tido pon selamber je terajang mak paknya. -___-"
Sampaikan maknya rela tido atas sofa agar tak diterajang. Nightmare betul!


Masa check-up 4 bulan hari tu, Baby Haikal punya
berat is 8.6 kg,
tinggi is 64 cm.
Dah la masa check up hari tu, ada sorang ibu dengan anaknya berusia 8 bulan duk sebelah aku. Terkejut badak makcik tu bila dengar berat Baby Haikal dah 8.6 kg sebab berat anaknya ialah 8.9kg.
Again, anaknya dah 8 bulan okay. Haikal baru 4 bulan.
Haihhh..kau tengok, Haikal.
Rakan sebaya kau semuanya selim-shedeyhh.
Mak taktau nak buat muka camne kat makcik tu, nak.
Memang kurniaan sungguh la dapat anak incredible hulk macam kau ni. -..-



Untuk menambahkan lagi terkejut badak makcik tadi tu, Baby Haikal sekarang dah mula pakai pampers saiz XL.
Masa lahir, pakai saiz S.
Masa dua bulan, pakai saiz M.
Masa tiga bulan pakai saiz L.
Masa 4 bulan pakai saiz XL.
Hah elok la tu. Kang bulan depan pakai saiz XXL pulak.
Pastu bulan lagi satu, dah takde saiz.
Kau pakai je la spenda bapak kau ye.
Tak pon nanti mak survey pampers untuk warga emas tu. Kot-kot ade yang muat.
Mak dah tak kuasa nak pakaikan pampers kecik, asik tembussss aje.
Kang jiran-jiran pikir lain pulak bila mak asik menjemur cadarrrr je kan. ;P

 Kalau last month, Baby Haikal macam tak berapa larat nak pusing badan untuk meniarap.
Tapi since last week, dah bertubi-tubi pulak dia pusing.
Dengan sendirinya pulak tu. Kengkadang dia terus landing atas lantai.
Aku chuak la jugak. Takut surface tu keras ke sejuk ke.
So tilam kekabu bayi yang dibeli empat bulan lepas, dah semakin kecik untuk Baby Haikal.
Sekali pusing, terus terbabas.
So nak selamat, aku letak Baby Haikal atas katil  je la. Pastu pagar dengan bantal.
Tapi kena observe la. Takut jatuh katil pulak.

Kalau time mandi pulak, Baby Haikal dah mula pandai main air.
Main air di sini means menendang-nendang air sampai tersimbah ke muka emaknya yang suci ini. So everytime mandikan Baby Haikal, harus la aku termandi sekali.
Lepas ni aku kena standby baju hujan. Or at least payung. T_T

Banyak lagi la perkembangan Baby Haikal sebenarnya.
Kalau nak cerita satu satu memang terhakis la jari aku nak menaip ni.
Padahal malas.
Tapi makin hari, Baby Haikal gelak makin sakan.
Gelak sampai hilang mata.
Dah la leher memang dah semulajadi hilang. -..-



 Pastu dia dah pandai grab soft toys. Pastu sumbat ke mulut.
Bila toy tu dah penuh dengan air liur dia, dia sumbat pulak ke mulut aku.
Baik sungguh budi pekerti mu wahai anakku.

 

Selain tu, Baby Haikal dah makin observant.
Kalau makpaknya berborak, dia tengokkkk je.
Kalau tengok TV pon sama.
Banyak lagi lah kalau nak citer kan.
Lengkali la pulak aku update.
Takpon simpan je untuk 5 bulan sok. Eheh.

Oh lagi satu, next two weeks, aku kena buat Pap Smear. Tatotttt!
Sakit tak eh? =P

Masak lebih, sayang lebih.

Well, aku kan nyaris-nyaris mendapat kad undangan dari hubby hari tu. So aku perlu melakukan sesuatu bagi mengelakkan kejadian itu benar-benar berlaku.
Heh. *trauma*

Aku rasa macam dah lamaaaa sangat aku tak masakkan untuk hubby.
Especially waktu siang. Kalau dinner tu,  aku masak la jugak.
Bcoz selalunya, aku breakfast kat campus, hubby breakfast kat opis.
Lunch pon sendiri-sendiri.
Dinner pulak, kalau aku balik awal, sempat la tumis bodoh-bodoh (bak kata nenek).
Maksudnya, tumis/goreng je ape-ape yang ada.
Main campak-campak je la dalam kuali tu.
Tapi kalau aku balik dari kampus pon dah maghrib, maka tapau saje lah.
Tapau yang simple-simple je. Macam nasi beriyani ke, nasi kandar ke, nasi arab ke.
simple kepala hott kau.

Lagipon sekarang tak boleh beli stok bahan mentah sangat.
Peti dah mula sesak balik.
Kalau nak beli jugak ikan ke daging ke ape ke, masak tang tang tu jugak.
No simpan simpan.
 
Freezer sesak dengan bahan mentah untuk Baby Haikal sahaja.

Tapi bebaru ni, aku dapat kesedaran sivik.
Lepas nyaris-nyaris nak dapat kad undangan tu kan. Haha.
Tetiba segala urat-urat memasak aku menegang. =P
Tetiba ada kerajinan pulak nak buat surprise kecik-kecilan untuk hubby.
 
Sayang benau nak guna tisu tu katanya, jadi harus ditepekkan di peti menjadi kenangan abadi. Padahal hellooo sandwich jew kowtt! Kecow je lu.

Tapi belom habis lagi surprise tu. Baru mukadimah je tu.
Aku masak lagi another dish for lunch.
Kan aku cakap, urat memasak aku memang tegang tang tang hari tu. =P

I cooked fish curry.

Lepas masak (padahal 1 dish je), aku sms hubby, suruh dia balik lunch sesame.

U see! Bila aku cakap dah masak, terus dia reply LOVE YEWW!
Kalau tak, haremmmmm.. Heh.

Walaupon masak yang simple-simple je, tapi aku puas bila tengok the glow of hubby's face. It was like WAH SAYANG MASAK KE HARI NI?
Maklom la bini jarang masak. :(

Tunggu la lagi sebulan dua baru aku masak balik.
Sebab urat memasak aku menegang sebulan sekali je. Heh.


Baby Haikal "melabur saham besar".

Shhhhh..don't disturb.
Baby Haikal tengah fokusss!

 Ready.....Hiyarrrghhhh!!

 Huhh! Amik nafas, cuba lagih!

 Hiyarghhhhh!!!

 Huhh! Huhh!

Fuh....Legaaaa~


Alahai Atok & Lola..

Daddy And Mama kini bergelar
Atok and Lola.
Kerjanya asik nak berebut cucu.
Dapat je cucu dalam genggaman, maka makan tak lalu, tidur tersenyum, tak mandi pon takpe. Semua benda sekeliling menjadi invisible tetiba. Hanya cucu di dalam genggaman sahaja yang visible sekarang.



Baju Atok pon harus sedongdong dengan baju cucuuuu..


 Lola nya pon serupa je perangai..

Tak cukup tangan nak pelok cucu-cucu gebu.
Haihhh..nikmat habis lah hidup bila dah bercucu gamaknya!