Rumah hari tua..

Selepas dua anak mereka dah medirikan rumah tangga, dah ada keluarga masing-masing.
Anak-anak lain pulak dah tinggal di hostel kampus masing-masing.
Mama and Daddy mula rasa sunyi katanya.
Terasa macam dah semakin tua dan perlu ada sebijik rumah di kampung.
Supaya nanti bila anak/cucu balik, baru ada feel "balik kampung". =P

Maka mereka mula mencari rumah yang jauh dari kesibukan kota.
Supaya dapat tenangkan fikiran.
Dan rumah tu mestilah mempunyai halaman yang luas.
Supaya boleh tanam sayur-sayuran, ternak ayam itik.
Pastu kena ada "ruang lepak" di luar rumah.
Supaya boleh letak kerusi malas yang diperbuat daripada rotan untuk baca newspaper setiap pagi.
Oh bunyi macam sungguh tipikal aktiviti orang tua di kampung.

Dan pencarian mereka berakhir, bila terjumpa satu rumah yang menepati citarasa tadi.
Rumah banglo yang berkonsepkan "Old Malaya" ni memang pilihan yang tepat.
Dah la nama pon dah Old Malaya. Tak payah nak eksplen pon, orang dah paham memang akan ada halaman untuk ternak ayam itik, ada ruang untuk letak kerusi malas yang diperbuat daripada rotan. Ok dah takyah eksplen.



Tapi bila dah beli ni, taktau pulak siapa yang nak duduk sementara Mama& Daddy belum tua ni..hehhh



Rasa sungguh "ibu"

Ye aku berasa sungguh "ibu" bila dah start mengemas bilik, almari baby. 
Bila membasuh, melipat, menyimpan baju-baju baby, rasa macam ALAHAIIIII. =P
Aku and hubby asik nak tersenyummmm je. =)


Orang kata, nak timang anak first je akan rasa eksaited camni.
Bila dah ramai anak, mesti rilekkkk je.
Apa-apa pon, aku and hubby still nak rasa nikmat kebahagiaan, ke-excited-an, keseronokan, menimang cahaya mata pertama kami ni dulu.


Dear beloved lovely son we love most.. heheh
Mama & Papa dah sabar nak dukung kamu, nak tengok senyuman kamu, nak dengar kamu menangis (tapi nangis sikit-sikit dah la eh).
Kang kalo nangis banyak-banyak, Mama & Papa cepat kurus. =P

Dah 8 bulan rupanya kamu dalam perut Mama neh.
Makin aktif pulak buat akrobatik kat dalam tu kan.
Sampai tersenget-senget perut Mama. 
Pastu tak semena-mena kena gelak ngan Papa. 
Sabar je la kannnnn.

Mama & Papa selalu berdoa supaya kamu jadi anak yang baik nanti.
Dengar cakap orang tua, hormati orang tua (orang tua = Papa).
Bukan orang tua je, orang muda pon kena hormat (orang muda = Mama).


 
Eh dalam seronok-seronok pon, aku makin chuak bila due date makin hampirrrr...
Huuuuu tattooootttt!!